Sunday, December 27, 2009
Enjin Hilang: Kenapa Tidak Bangkit Dlm Lapuran Tahunan K/Audit Negara?
KL Dis 27, 09: KENAPA kehilangan dan kecurian harta pertahanan negara itu tidak dibangkitkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 atau 2008, di mana ianya selaras dengan Seksyen 6 Akta Audit 1957? Sedangkan penguditan Ketua Audit Negara adalah termasuk dalam menentukan sama ada perhatian sewajar telah diambil atau tidak, bagi memberi penjelasan mempastikan, penggunaan, pengawalan, penyenggaraan dan pelupusan yang sepatutnya segala harta awam berada di bawah auditnya.
Demikian yang dipertikaikan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengenai dua buah enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang berharga RM50 juta setiap satunya di mana enjin pertama hilang pada 2007 dan enjin keduanya hilang dua tahun lalu yang disedari pihak berkenaan pada Mei 2008.
Menurut Tan, Seksyen 9(5) akta tersebut memperuntukkan bahawa Ketua Audit Negara boleh 'dalam apa-apa laporan yang dikemukakan mengikut Perkara 107(1) Perlembagan Persekutuan (lebih dikenali sebagai Laporan Tahunan Ketua Audit Negara)' membuat syor dan boleh secara umum memberikan ulasan tentang semua perkara yang berhubungan dengan akaun, wang dan harta awam.
Mengenai kehilangan enjin jet pejuang itu, beliau berkata Ketua Audit Negara seharusnya membangkitkan penyelewengan itu dalam laporan tahunannya kerana ia membabitkan kepentingan awam. Ketua Audit Negara perlu memberi penjelasan kenapa penyelewengan tersebut tidak dibangkitkan dalam laporan tahunannya hingga kini?
Selain dari itu, kata Tan, Kerajaan juga harus mengambil tindakan untuk memastikan Ketua Audit Negara akan membangkitkan dalam laporan tahunannya semua penyelewengan yang membabitkan harta kerajaan pada masa hadapan. (AK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang. Kelalaian Ketua Audit Negara memang perlu disiasat.
Post a Comment