Saturday, December 26, 2009

Esok, Himpunan UMNO Ambil-alih S'ngor Januari Ini?

Rampas Selangor selewat-lewatnya Januari ini..
Itukah arahan Najib?

SHAH ALAM, 26 Dis 09: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. "Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini. "Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'. Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat. (AK)

5 comments:

Anonymous said...

saya dpt SMS ngatakan Hasan Ali jd MB minggu depan? macam-macam...

al-brangi Online said...

salam Dr,

Bebanyak kita berdoa agar PAS tidak berpecah dan Pakatan Rakyat tidak tumbang

Ibnu Hasyim said...

Sebuah anugerah Allah ke arah memproses, menapis, menepis dan memantabkan gerakan Islam.

Pemmpin boleh datang dan pergi, namun perjuangan Islam tetap berterusan hingga kiamat.

Allahu aklam.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim,
UMNO akan berbuat apa saja untuk menggangu Kerajaan PR diSelangor apatah lagi Ketua Perhubungan UMNO Selangor,Najib.Suasana diSelangor,akibat kelakuan dan perangai Hassan Ali menjadikan Selangor sebagai "Projek" yang berpotensi bagi UMNO.Ini ditambah dengan sikap beberapa pemimpin PAS Selangor yang "taat setia" dan wala kepada Hassan Ali kerana telah "diumpan" Hassan Ali dengan projek-projek yang mendatangkan wang.Kesempatan ini diambil oleh UMNO Selangor untuk menggugat Selangor.
Kononnya,yang berhimpun akan menghantar memorandum kepada Hassan Ali wal hal ini semua permainan Hassan Ali.PAS Pusat mesti tegas,gugurkan Hassan Ali dari jawatan PP Selangor - habis cerita.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim,
UMNO akan berbuat apa saja untuk menggangu Kerajaan PR diSelangor apatah lagi Ketua Perhubungan UMNO Selangor,Najib.Suasana diSelangor,akibat kelakuan dan perangai Hassan Ali menjadikan Selangor sebagai "Projek" yang berpotensi bagi UMNO.Ini ditambah dengan sikap beberapa pemimpin PAS Selangor yang "taat setia" dan wala kepada Hassan Ali kerana telah "diumpan" Hassan Ali dengan projek-projek yang mendatangkan wang.Kesempatan ini diambil oleh UMNO Selangor untuk menggugat Selangor.
Kononnya,yang berhimpun akan menghantar memorandum kepada Hassan Ali wal hal ini semua permainan Hassan Ali.PAS Pusat mesti tegas,gugurkan Hassan Ali dari jawatan PJ Selangor - habis cerita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails