CATATAN SANTAI
PADA tahun 2001, bancian dari sebuah agensi di France mendapati hanya 21% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan Masjid di negara mereka. Baru-baru ini pula satu bancian baru yang dijalankan oleh IFOP (L'Institute Francais D'Opinion Public, sebuah agensi kajian pemasaran antarabangsa di France) menunjukkan bahawa 41% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan masjid di France, yakni meningkat sebanyak 2 kali ganda. Banyak lagi kajian-kajian berikutnya.
"Ketegangan atau ketakutan terhadap Islam berada di tahap tinggi yang tidak pernah dialami sebelum ini", kata Jerome Foquet pegawai yang mengetuai kajian tersebut. Begitu juga kajian mengenai menara azan juga meningkat. Sila lihat.. klik
- Ketakutan Kepada Islam Di Eropah Memuncak
- Masjid Di Cabuli Di Tarn, France
Yang menarik rumusannya berbunyi, 'kajian yang dijalankan menyatakan ketakutan terhadap Islam di Eropah adalah atas percepsi bahawa Agama Islam merupakan 'Agama Penakhluk'.' Segala apa yang berlaku mungkin merupakan tempias atau lanjutan daripada pengharaman kerajaan Swiss terhadap pembinaan menara sebagai lambang Masjid di Negara mereka di mana terdapat 400,000 umat Islam. Akibat dari pengharaman tersebut timbul rungutan dan kemarahan dari seluruh umat Islam ke semua negara Eropah.
"Perkembangan di atas sepatutnya menyedarkan kita terhadap bahayanya arus deras yang sedang bangkit menentang para pengganut agama Islam di seluruh dunia walaupun para pemimpin kuasa-kuasa besar pada zahirnya nampak seperti sedang meneutralkan perpecahan dan buruk sangka terhadap Islam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya."Demikian kata penulisnya Mohd Shubhi dalam blog Warta Shubhi.
Saya kenal Mohd Shubhi. Dia lama belajar dan tinggal di Perancis. Mahir bahasa Perancis. Dia termasuk usahawan berjaya. Dia banyak mengkaji isu-isu terkini dari Perancis dan Eropah. Anda boleh lihat blognya. Saya terpanggil dengan saranan seterusnya, "Bagaimana pula pandangan mereka yang Non-Muslim di Malaysia terhadap Islam?, satu kajian perlu dilakukan untuk tindakan kita selanjutnya."
Ini yang perlu kita fikirkan. Baik dan akrabnya PAS/DAP, apakah ada kesan kepada keseluruhan rakyat bukan Islam di Malaysia? Apakah akan berlaku kesan yang negatif kepada Islam, sama mengikut trend seperti yang berlaku di Perancis dan mungkin Eropah itu? Apakah trend itu akan mengalir ke Malaysia?
Teringat pula kepada berita sehari dua dari Tok Guru Nik Aziz. Lihat...
Apakah ini ada kena mengena dengan gambaran ngeri Islam sebagai 'agama penakluk' seperti mimpi khayal di Eropah itu? Apakah virus mimpi buruk itu ada tanda-tanda akan berjangkit ke negara ini? Kalau betul akan berjangkit, apa persiapan kita? Perlukah kita tukar mimpi buruk itu kepada mimpi indah, dari 'agama penakluk' kepada 'agama pembebas', jika berlaku serangan mengejut di saat hampir PRU 13? Barangkali ini isu umph! ..boleh menggerhanakan purnama PAS?
Sebab itu saya sokong kata blok Warta Shubhi, 'satu kajian perlu dilakukan untuk tindakan kita selanjutnya.'
Sekian, wallahu 'aklam.
Ibnu Hasyim, Catatan Sanai.
ibnuhasyim@gmail.com
Dis 16, 2009
KL.
No comments:
Post a Comment