ALHAMDULILLAH pada pagi ini (Julai 4, 09)dapat kami bangun untuk solat fardhu Subuh secara berjemaah di Masjid Sultanahmet pada pagi ini. Waktu subuh masuk pada jam 3:32 pagi, dan waktu syuruk (terbit matahari) ialah pada jam 5:38 pagi. (sebab sekarang musim panas, subuh masuk awal)
Walaupun awal, kami sangat beruntung kerana sempat untuk solat berjemaah di Masjid pada semua waktu subuh, walaupun tidaklah bangun pada seawal jam 3-4 pagi, ini kerana majoriti penduduk Turki ialah bermazhab Hanafi, dan mereka berpendapat solat Subuh lebih afdal di hujung waktu solat menghampiri waktu syuruk. (alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun macam tu…hehehe)
Solat di Masjid Sultanahmet memang sungguh mendamaikan. Solat menghadap ke Selat Bosphorus. Kalau dilihat melalui tingkap di hadapan (lepas solat lah, masa solat kena fokus!) dapat melihat warna matahari terbit dengan lautan di Selat Bosphorus yang sangat membiru. Pada ketika matahari sedang terbit, memang sungguh indah suasananya. Burung-burung berkicauan di atas kubah masjid.
Jumlah mereka yang hadir ke waktu Subuh lebih kurang 50 orang yang memenuhi saf pertama, itu pun ada lagi kekosongan kerana saf solatnya snagat panjang.
Istana Topkapı (sebut dengan bunyi top-ka-pe), dikira tidak memenuhi protokol dan standard istana yang dihendaki pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Majid I, yang merupakan Sultan Khilafah Uthmaniyah yang ke-31. Pada zaman ini, Kerajaan Uthmaniyah sudah berada dalam keadaan yang sungguh kritikal. Namun pemerintah pada zaman ini mengambil keputusan untuk membina Istana Dolmabahce.
Antara sebab yang dikatakan ialah Sultan Abdul Majid I hendak membuktikan kepada barat bahawa Uthmaniyah masih lagi hebat dan gagah (padahal dah makin lemah, mereka makin melemahkan lagi, sehingga Nicolas Tsar menggelar Uthmaniyah sebagai ”the Sick Man of Europe” Istana Dolmabahce dibina daripada tahun 1843 hingga 1856 dengan diketuai oleh arkitek pada zaman tersebut yang bernama Karabet Balyan.
Memang membazir sungguh istana ini, tetapi maksud saya, bukanlah si istana yang membazir, pastinya si pembina yang membazir, atau lebih tepat lagi, yang meminta agar istana ini dibina (pemerintah la, siapa lagi). saya juga pernah mendengar beberapa orang ustaz yang bagus-bagus merasakan jijik bahkan masuk ke istana ini memikirkan pembaziran yang kemusnahan yang telah dilakukan oleh pemerintah pada zaman ini.
Lebih kurang 100 kg emas tulin digunakan, dan bahkan siling disalut dengan emas. Tandasnya sungguh moden untuk zamannya dan saiz hammam (tandas) ini lebih kurang 2.5×2.5 meter. Bahan yang digunakan untuk bahagian hamma ialah marmar merah, untuk memastikan hawanya panas senantiasa. Semasa berada di dalam Istana Dolmabahce yang kami berjaya masuk dengan harga yang sungguh murah (1 lira) kerana menunjukkan students’ ID card, saya ternampak gambar isteri kepada Sultan Abdul Majid I (yang saya tak dapat ingat dengan jelas namanya).
Namun melihat kepada gambar potret yang besar ini sekali lihat, memang saling tak tumpah macam gaya pakaian wanita barat. Ala-ala gown kembang dan rambut kembang. Nampaknya budaya pemakaian Barat sudah jelas pada pemakaian isteri pemerintah pada ketika ini. Semasa zaman Mustafa Kamal At-tarturk, dia telah memindahkan ibu negara daripada Istanbul ke Ankara. Dan jika ada majlis rasmi di Istanbul, dia akan menggunakan Istana Dolmabahce sebagai pejabat rasmi.
Bahkan dia mati pun dalam sebuah bilik di sini. Mustafa Kamal meninggal pada 10 November 1938, pada jam 9:05 pagi di atas katil, mati sebab apa, saya pun tak pasti. Namun apa yang pasti, seluruh jam di Istana Dolmabahce ditukarkan untuk statik pada waktu 9:05, kononnya sebagai tanda hormat dan memperingati pemergiannya.Di katil tempat Mustafa Kamal meninggal, diseliputi duvet berwarna merah yang ada bendera Turkey. Sebuah meja di sebelah katil mempamerkan jam yang menunjukkan pukul 9:05.
No comments:
Post a Comment