Wednesday, December 23, 2009

Kampung Terapung Tasik Titicaca, Pulau Buatan Dari Rumputan Lalang.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran 6 (Dubai & Amerika Selatan)


"APA rasa tuan, bila bangun dari tidur lihat melalui tingkap, dunia sedang terapung.. Terbayang dan terkejut seolah-olah tsunami melanda, banjir menyerang bersama mimpi ngeri menerjang arah kita?" Saya tanya saudara. "Rupanya begitu rasanya, sewaktu hari pertama saya berada di katil rumput kepulauan terapung di dalam Tasik Titicaca, di bumi Amerika Selatan.

Tasik Titicaca, antara yang tertinggi di dunia
3,812 meter di dataran Peruvian. Terdapat 40 pulau-pulau terapung di dalamnya, yang didiami oleh orang-orang Uros dari Peru, sejak zaman Inca. Pulau-pulau cantik seperti gambar di atas ini digunakan untuk tempat pelarian dan berlindung dari peperangan yang tidak pernah berhenti di tanah airnya. Cara suku Uros ini benar-benar membuat mereka susah dijangkau oleh gangguan luar. Kedamaian dalam masyarakat mereka selama berabad-abad, seolah-olah tidak ada alasan untuk berpindah keluar dari pulau-pulau itu ke tanah daratan.

Kampung terapung ini dibuat dengan tangan mereka sendiri bersama-sama secara gotong-royong. Disusun dari lapisan-lapisan rumput lalang tortora yang dijadikan satu dan diikatkan ke suatu struktur dasar yang terapung. Hasilnya menjadi rakit raksasa, atau pulau buatan dan hebatnya mampu menahan muatan beban yang berat lagi besar.

Pulau-pulau ini sebenarnya cukup tahan dengan muatan berat. Tetapi perlu diperbaiki secara berkala untuk menjaga muatannya. Ketika lalang-lalang tua mulai terlepas dari struktur dasarnya, perlu diganti yang baru. Rumput-rumput lalang ini diambil dengan hati-hati dari pinggir tasik. Pulau-pulau buatan ini ditambat di tempatnya dengan tali-tali yang diikatkan ke tiang-tiang kayu yang dipancang ke dasar tasik.

Hanya sedikit dari penghuni pulau-pulau itu yang mahu menerima pengunjung atau pelancung. Ada laporan menyebutkan tradisi hidup suku Uros ini cepat berubah kerana bertambahnya interaksi mereka dengan pelancung, walaupun masih ramai penghuninya menganggap diri mereka sebagai pelindung tasik. Dan cerita dongeng kononnya peradaban mereka sudah lama ada sebelum wujudnya matahari, bintang, dan bulan lagi, maka tidak hairan bila mereka bimbang orang-orang yang banyak tanya dan ingin tahu tentang mereka.

Di situlah seseorang yang saya temui di Dubai tempoh hari (dua tiga bulan lepas) menginap dan melancung ke sana. Soalan yang mula-mula saya ajukan di atas tadi, adalah soalan dia kepada saya, dan saya ajukan kepada anda pembaca budiman. Apa rasanya berada di bumi perantauan di sana?

Kepadanya saya bacakan ayat Al-Quran Surah Al Hajj ayat 46, ertinya..

"Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, supaya mereka menjadi orang yang ada hati dengannya mereka dapat faham, atau ada telinga dengannya mereka mendengar, sesungguhnya bukanlah mata kepala itu buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dada."

Menurut Ibnu Umar, Rasullullah SAW telah memegang bahunya dan bersabda, “Hendaklah engkau berada di dalam dunia seolah-olah engkau seorang peniaga atau pengembara yang sedang dalam perjalanan.” Sayidina Ali pula pernah menggambarkan, antara lain bermaksud, dunia ini bukanlah tempat untuk bermukim dan duduk bersenang-senang sepanjang hidup, tetapi seseorang itu dikehendaki berdagang atau mengembara.

Ini kerana keadaan orang yang berdagang atau dalam dunia perantauan mesti berusaha sediakan bekal terbaik dan secukupnya sebelum kembali dari pengembaraan itu. Jadi, mengembara di muka bumi adalah suatu tuntutan dalam Islam sebagaimana firman Allah SWT Surah Al-Naml ayat 69...

"Katakanlah (wahai Muhamad) Mengembaralah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu."

Ya, di mana-mana pelusuk dunia pun kita berada, Allah SWT itu jugalah yang melihat dan mengawasi kita. Oh ya.. gambar saya yang di bawah sekali itu bukan gambar saya di sana (Tasik Titicaca), tetapi gambar saya di pantai Laut Caspian semasa berada di Iran tempuh hari.
Allahu 'aklam.

Catatan Perjalanan
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com

Dis 23,09

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..
E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

1 comment:

Anonymous said...

Tuan Hj Hashim,

Sebut pasai mengembara betui dak ada berlaku penyelewengan fakta mengenai perjalanan Ibnu Batuta?

Kalau ada masa tolong jelaskan, kerana aku selalu dok iku blog hang.

Mat Abu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails