Thursday, December 03, 2009

Kaya Giler.. Dalam Hartanya Ada Hak Orang Miskin?

SIAPA yang tak mahu kaya? Kaya macam mana yang dikehendaki oleh agama Islam? Inilah salah seorang antara yang terkaya di dunia. Kebetulan dia adalah seorang Islam, di Asia ini. Itulah Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, siapa tak kenal? Dia adalah antara raja atau pemimpin negara yang terkaya di dunia..

Era Muslim.com melaporkan, hampir semua kegunaan harian dalam kehidupannya terbuat dari emas, atau paling tidak, ada unsur salutan emasnya. Misalnya, tempat makan, baju-baju dan lain-lain. Istananya sangat besar dan megah indah. Terdiri dari 1788 bilik, semuanya disalut emas dan permata.

Ada 257 bilik mandi, juga masih dengan emas dan perak. Istana Sultan juga mempunyai 650 bilik suite. Harga furnish tiap bilik tidak kurang dari 150,000 euro.

Jadi, kalau kebetulan kita bertamu ke istananya, kita perlukan masa 24 jam hanya untuk berada di satu ruang, selama 30 detik!

Jom kita ke garej kereta pula. Garej yang menyimpan 110 buah kereta. Sultan Hassanal Bolkiah memang gemar koleksi kereta. Pada tahun 1998, Autocar, majalah kereta Eropah memaparkan kereta-kereta Sultan.

Ada Ferrari dan Bentley, jumlah kesemuanya itu antara 3,000 sampai 6,000 buah.

Tercatat dalam buku Guiness World Record, koleksi kereta Rolls-Royce berjumlah 500 buah, yang tersebar di beberapa negara.

Pesawat terbang Sultan Hassanal Bolkiah juga merupakan salah satu pesawat yang paling mewah juga. Jangan lupa, memeang betul, disalut emas! Pesawatnya, di dalamnya, macam istana juga. Berharga lebih dari $120 ribu dollar. Ada kolam renang, juga disalut emas. Sultan juga ada 6 pesawat lain yang 'kecil' dan dua helikopter.

Semasa perkahwinan anak perempuannya, majlis diadakan selama 14 hari 14 malam, dengan menghabiskan sebanyak $ 5 juta dollar.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih dari 25 ketua-ketua negara dan anggota keluarga.

Begitulah kisah orang kayawan.. Apakah beliau sudah menunaikan hak orang miskin yang ada dalam hartanya? Contohnya zakat dan lain-lain? Hak jihad fi sabilillah, di mana umat Islam di Palestin sedang dirampas hak hidupnya? Atau tugas sebagai pemerintahIslam terhadap rakyatnya? Bagaimana dia boleh kaya begitu, terlibatkah dengan harta kerajaan dan rakyat?

Bukan sahaja sultan, bahkan tokoh agama atau ulama-ulama pun akan ditanya di hadapan Allah SWT mengenainya. Mereka juga akan terpalit dengan najis busuk yang diberak oleh tok ketuanya. Kita akan bongkar lagi kisah 'kaya giler' dari luar hingga ke dalam negara. Insya Allah! Sesiapa yang ada maklumat, kita alu-alukan untuk sumbangan.

Wallau 'aklam. (Pelbagai sumber/2MA)

Rujukan, sila klik tulisan lalu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails