SUKAN
KL: Dis 24, 09: MENARIK sungguh program Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan sehari baru-baru ini, bukan sekadar acara sukan namun turut menitik beratkan syiar Islam yang cuba ditonjolkan oleh DPPP (Dewan Pemuda PAS Pusat).
Pihak penganjur telah menyediakan ruang solat di tengah-tengah gelanggang futsal untuk memudahkan semua pemain, petugas dan pangadil mendirikan solat secara berjemaah. Azan Zohor berkumandang di gelanggang futsal apabila seorang petugas, wakil DACS Pandan, Khusyairi telah melaungkan azan. Hebat sungguh!
Demikian komen editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim ketika dihubungi sebentar tadi. "Hal inilah yang tidak ada dalam sukan anjuran BN, kalau ada pun cara sembunyi-sembunyi.. Inilah hasil dari perjuangan Pakatan Rakyat. Inisiatif ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh generasi muda agar tidak mengabaikan solat walaupun dalam program sukan." Jelas beliau lagi.
Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat belia seluruh negara sekaligus membuktikan sukan mampu menarik golongan anak muda. Kejohanan anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Pusat itu berlangsung meriah di Subang Grand Sports Planet, Subang Jaya, Selangor dan diuruskan sepenuhnya oleh tuan rumah, DACS negeri Selangor. Sebelum sampai ke peringkat akhir ini,
DACS setiap negeri telah memilih empat pasukan terbaik untuk mewakili negeri melalui perlawanan yang diadakan di peringkat negeri masing-masing. Hasilnya, hampir 40 pasukan mewakili Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan meyertai perlawanan tersebut bagi merebut piala pusingan Ketua Pemuda PAS Pusat. Pasukan Wilayah FC A yang mewakili Wilayah Persekutuan muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1200, piala pusingan beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Wilayah FC B, juga dari Wilayah Persekutuan dengan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta piala iringan. Manakala tempat ketiga masing-masing jatuh kepada pasukan Perak dan Pahang dengan wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan. Hadiah disampaikan oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan .
Sementara itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada DACS Selangor yang berjaya mengadakan perlawanan tersebut dan berharap ianya akan menjadi program tahunan DACS.
No comments:
Post a Comment