Sunday, December 27, 2009

Kisah Cinta, Antara Datuk & Nenek, Walaupun Berusia 80 Tahun.


KALSUM Arslan, seorang janda dan nenek berusia 80 tahun, tiba-tiba dikhabarkan hilang dan lenyap dari rumahnya. Hal ini berlaku setelah anak-anak, cucu-cucunya menolak kisah cintanya mengiringi rancangan perkahwinan dengan kekasihnya, juga seorang duda atau datuk (kakek) yang seumur dan sebaya dengannya.

Ooh, kisah cinta ini benar-benar menggetar dan menggeletek perasaan. Ianya bukan kisah novel atau sinetron, tetapi kisah nyata. Berlaku sebuah kota Konya yang eksotik dan menawan, di wilayah tengah Turki. Sebagaimana yang dipaparkan warta Turki 'Dunya Bulteni' Dis 25 09, Kaltum tinggal di salah satu desa berbukit yang hijau dan indah di daerah tersebut. Dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Kazim Yildiz yang akhiranya terpaut menjadi kekasihnya itu.

Kalsum dan Yildiz bertemu sekitar dua bulanlalu semasa mereka sama-sama mengambil wang kebajikan warga emas dari pemerintah. Memang dasar cinta itu tidak mengenal usia. Perasaan abstrak itu pun bersemi di hati kedua kakek-nenek itu. Hingga akhirnya, keduanya pun sepakat menjadi sehati dan sejiwa untuk terus merencanakan perkahwinan. Begitulah lumrah cinta yang biasanya ada halangan dan cubaan.

Amat malang baginya kerana penghalang itu adalah anak-anak dan cucu-cucu Kaltum sendiri yang menolak cinta dan rancangan perkahwinannya. Maka pada 10 Desember kelmarin, Kaltum keluar rumah. Ia akan berangkat ke sebuah klinik hendak cek kesehatan, katanya. Tetapi tak pulang-pulang. Dia dikatakan hilang lenyap.

Salah seorang cucu Kaltum pun menyusul ke klinik itu dan mencarinya tetapi tiada. Diperiksa melalui kakitangan klinik pun tiada, bahkan daftar pun tidak. Keluarganya membuat laporan polis. Setelah 3 hari membuat pencarian, rupanya dia berada di rumah kekasihnya, Kazim Yildiz. Kalsum memberitahu, dia tidak akan kembali ke rumahnya jika tidak dapat berkahwin dengan kekasih idamannya itu.

Melihat kepejalan cinta sedemikian, anak-cucunya tidak dapat menghalang lagi dan berfikir semula. Mereka terpaksa berlembut dan mengalah. Akhirnya berubah dan bersetuju, maka perkahwinan akan dilangsungkan pada awal tahun depan beberapa hari lagi. Al-hamdulillah! (2MA)

Sebuah lagi kisah cinta.. klik di sini!

Love Story from China..

No comments:

Post a Comment