Friday, December 11, 2009

Kisah Natrah Akan Difilemkan -Datuk Seri Rais Yatim

HALAMAN HIBURAN


KL.Dis 11 09. BERNAMA hari ini melaporkan, teater Natrah, rentetan kisah kehidupan seorang wanita Belanda bernama Nadra Maarof, atau nama asalnya Bertha Heartogh, yang dipelihara oleh seorang wanita Melayu mungkin difilemkan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perkara itu akan dikaji daripada semua aspek termasuk skrip.

"Kita (kementerian) sedang cetuskan idea untuk buat filem tetapi skripnya harus berbeza sedikit. Tidak wajar bagi kita mengambil 100 peratus daripada sudut pementasan untuk dijadikan filem.

"Tetapi kalau nak dijadikan filem ada beberapa pengolahan yang perlu dilaksanakan supaya lebih menarik daripada segi skrip dan penceritaannya.

"Sebagai satu pementasan saya kira ia telah berjaya," katanya kepada pemberita selepas menonton teater Natrah di Istana Budaya di Kuala Lumpur malam tadi. Turut hadir isterinya Datin Seri Masnah Rais, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.

Rais juga berkata memandangkan kejayaan yang ditempa Istana Budaya melalui pementasan teater Natrah, beliau meminta supaya penggiat seni supaya tidak takut untuk membuat "eksperimen" teater bagi tontonan masyarakat. Ditanya mengenai teater itu yang dikatakan tercetus daripada idea beliau, Rais mengakui bahawa idea untuk mementaskannya berlaku kira-kira tiga setengah tahun lepas.

Teater Natrah memaparkan perebutan hak penjagaan antara Che Aminah Mohamad dengan ibu bapa Natrah di Belanda dan konflik percintaan antara Natrah dengan pemuda Melayu, Mansoor Adabi, yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan itu terjadi ekoran wujudnya sentimen agama dan warna kulit. Natrah meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada 9 Julai 2009.

Teater Natrah mula dipentaskan di Istana Budaya pada 30 Nov lepas dan sepatutnya berakhir semalam. Berikutan sambutan hangat, teater itu dilanjutkan selama empat hari sehingga Ahad ini. (AK)

Berkaitan..

4 comments:

Anonymous said...

Kes Natrah ialah kes di mana undang-undang Ingeris Singapura digunakan untuk mengatasi undang-undang di negeri Terengganu dalam mengmabil kembali Natrah untuk dibawa pulang ke Belanda.
Keluarga angkat Natrah ditipu dan terus tertipu bila sanggup ke Singapura.
Rusuhan kaum yang menyebabkan berpuluh orang Islam dibunuh oleh polis Inggeris Singapura adalah satu bukti betapa Inggeris juga ganas seperti Bintang Tiga dan PKM satu masa dulu.
Natrah adalah satu peringatan kepada kita semua bahawa Iman ini adalah hidayah Allah Taala dan tidak semestinya akan kekal sehingga kita mati.
Kita semua hanya boleh berdoa agar dikekalkan iman yang ada ini.
Dan jalannya yang paling jelas adalah berada dalam jemaah Islam.
Walau di mana kita berada Alla tetap bersama kita.
Kes Natrah adalah satu contoh bahawa iman itu perlu diamalkan.
Kekuatan Iman ini perlu bersandarkan juga kepada ilmu dan bukan adat semata-mata.
Kes Natrah sekali lagi menunjukkan bahawa kita gagal menjelaskan Islam itu akan tetap bersama kia sampai bila bila selagi kita mengamalkannya.
Sama seperti Islam di Kampuchea, Islam boleh ersu subur kerana kita mahu terus berpegang dengan ajaran Islam dan bukan sebagai adat.

ahmed said...

Kita (kementerian) sedang cetuskan idea untuk buat filem tetapi skripnya harus berbeza sedikit. Tidak wajar bagi kita mengambil 100 peratus daripada sudut pementasan untuk dijadikan filem.

ali said...

Kita semua hanya boleh berdoa agar dikekalkan iman yang ada ini.
Dan jalannya yang paling jelas adalah berada dalam jemaah Islam.
Walau di mana kita berada Alla tetap bersama kita.
Kes Natrah adalah satu contoh bahawa iman itu perlu diamalkan.
Kekuatan Iman ini perlu bersandarkan juga kepada ilmu dan bukan adat semata-mata.
Kes Natrah sekali lagi menunjukkan bahawa kita gagal menjelaskan Islam itu akan tetap bersama kia sampai bila bila selagi kita mengamalkannya

zaid said...

Teater Natrah memaparkan perebutan hak penjagaan antara Che Aminah Mohamad dengan ibu bapa Natrah di Belanda dan konflik percintaan antara Natrah dengan pemuda Melayu, Mansoor Adabi, yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan itu terjadi ekoran wujudnya sentimen agama dan warna kulit. Natrah meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada 9 Julai 2009.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails