Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (gambar kanan) berjalan sambil memijak poster tiga ADUN Bebas manakala Lim Guan Eng melompat poster tersebut sambil diperhatikan ahli-ahli DAP semasa konvensyen parti itu di Ipoh, Perak, kelmarin.
Tindakan Melampau
Tindakan beberapa pemimpin DAP memijak poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Perak, ketika menghadiri konvensyen parti itu di Ipoh kelmarin sememangnya tidak boleh dimaafkan.
Perbuatan yang tidak masuk akal dan melampaui batas kesusilaan itu jelas menggambarkan betapa pemimpin pembangkang termasuk yang bertaraf Ketua Menteri tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini.
Ternyata pemimpin pembangkang tidak boleh menerima hakikat ketiga-tiga ADUN itu sanggup keluar meninggalkan pakatan pembangkang sehingga tergamak memijak poster Hee Yit Fong (Jelapang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) [-sedutan dari Utusan Online Dis 1, 2009]Komen Blog Ibnu Hasyim: Jangan kata mereka, sepatutnya seluruh pengundi-pengundi Pakatan Rakyat di Perak berhak memijak dan meludahi muka-muka pembelot yang mengkhianat dan memijak harapan rakyat pengundi-pengundi yang mengangkat mereka.. Sehingga menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah pilihan rakyat, dan menaikkan rejim haram bagi menzalimi rakyat Perak.
Tidak timbul soal Melayu-Cina, kerana ketiga-tiga mereka adalah dari bangsa-bangsa itu juga. Tindakan mereka sebenarnya lebih melampau lagi dan tidak boleh dimaafkan! (AK)
1 comment:
Salam sahabat,
Sepatutnya kita letak semua gambar 3 orang tu diatas semua jalan di negeri Perak.Biar semua rakyat tahu kerana merekalah PR negeri Perak tumbang.
Jika rasa diri nak melompat jangan sertai PR jadi calon.Ini pengajaran untuk PR tapis dulu dari hujung rambaut sampai hujung kaki setiap calonnya....
Post a Comment