Wednesday, December 23, 2009

Malam Ini, Penentuan Dr Hasan Ali -Tuan Ibrahim Tuan Man



PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini bakal menentukan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini.

"Kami akan sama-sama mengkaji semua butiran yang ada dengan teliti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," katanya ketika ditemui mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Menurut beliau jawatankuasanya akan mengadakan mesyuarat pada pukul 9 malam ini di Ibu Pejabat PAS Pusat.

Jawatankuasa disiplin berkenaan dianggotai lima orang ahli.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Malah jelasnya, siasatan yang adil juga akan mencerminkan imej dan maruah parti.

"Saya harap semua pihak bersabar, jangan buat sebarang andaian kerana kami berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus.

"Kita harus ingat, apa jua tindakan dan keputusan badan disiplin ini akan mencerminkan maruah parti," katanya.

Menurutnya jika Hassan dan beberapa pemimpin lain yang disiasat itu didapati bersalah, mereka masih mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri.

"Terpulang kepada hasil siasatan nanti, setakat ini hanya diperingkat pertuduhan, kalau benar-benar ada kes nanti baru kita akan panggil Datuk Hassan dan yang lain-lain itu untuk memberikan keterangan," katanya. (mSrar Online))

2 comments:

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR!!!!.BUSUKNYA HATI JIWA RAGA PAS,ISU PERPADUAN SESAMA ISLAM PUN DIHARAMKANNYA,KELUAR FATWA LAGI.

SIMPATI DENGAN HASSAN ALI.INILAH PAS YANG INGINKAN ISLAM .PAS KHAWARIJ,SESAMA ISLAM DIKAFIR DAN DIHARAMKAN,SESAMA KAFIR DIISLAM DAN DIHALALKAN.

ALLAHUAKBAR !!!.pas kembalilah pada jalan tyang betul.diri kamu penuh dengki dan dendam kesumat.

Anonymous said...

CUBA FIKIR SECARA POSITIF,KALAU BERGABUNG DENGAN UMNO BANYAK MANAFAATNYA.
HUKUM ISLAM DAPAT DIJALANKAN DENGANSEMPURNA,
KUASA MELAYU ISLAM AKAN DIGERUNI OLEH KAFIR.
AMBIL IKTIBAR KEJATUHAN ISLAM DMASA LALU KERANA BERPECAH,
MENAMBAH KEIMANAN,TAKWA DAN BESAR PAHALANYA DISISI ALLAH .
TIDAKKAH NAMPAK AKAN KAMU KEPADA SYURGA YANG KAMU LAUNGKAN.
MENCARI SYURGA BUKAN HANYA BERCERAMAH,SEMBAHYANG DAN BERAMALIBADAT TETAPI MENYERU KEPADA PERPADUAN JUGA ADALAH SYURGA YANG SANGAT BESAR.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails