Tuesday, December 15, 2009

Nakhaie, Isteri PM, Aurat & Ketagih Cium Di Khayak Ramai.



Oleh Asyok Kumar
KL DIS 15, 09. TIDAK dapat dipastikan samada kenyataan Datin Seri Rosmah Mansor seperti yang disiarkan oleh BERNAMA hari ini, ditujukan kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad. Kata editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim sewaktu ditemui sebentar tadi.

BERNAMA menyebutkan Datin Sri Rosmah tidak risau dengan begitu banyak 'tuduhan' jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.

"Soalnya itu bukan 'tuduhan', itu adalah realiti.. kritik yang membina insan, supaya menjadi insan yang bertakwa. Bukan dedah aurat saja, bahkan gambar isteri PM bercium di khalayak ramai dengan bukan muhrim. Contohnya dengan bekas PM British dan lain-lain tersebar di mana-mana." Jelas Hj Mohd.

Nakhaie berkata di Kota Bharu semalam, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.(Lihat: YDP Yadim: Rosmah Berdosa Tidak Tutup Aurat. Najib Tak Ajar Ke?)

Menurut BERNAMA lagi, Rosmah berkata, sebagai isteri perdana menteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan. “Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di Singapura hari ini apabila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja. Rosmah berkata apabila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat apabila pilihan raya semakin hampir. Rosmah berada di Singapura untuk menghadiri Forum Pemimpin Wanita Asean dan beliau menyampaikan ucaptama mengenai kepimpinan wanita dalam era baru, menurut BERNAMA lagi

Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang menjelaskan lagi, "Sepatutnya, isteri PM bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas kritikan itu, apalagi yang mengkritik itu bukan dari parti pembangkang, bahkan dari YDIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) di bawah naungan kerajaan sendiri. Jangan terlalu ego sangat, kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri!! " (AK)



Lanjutnya.. klik di sini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails