KUALA LUMPUR, 10 Dis 09 Pemimpin Pakatan Rakyat menyuarakan kebimbangan mengenai suasana ekonomi negara masa kini. Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang tersebut disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.
“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.
Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.
Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas. Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat. Ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun, disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan atau pengurusan kerajaan sendiri.
Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008, katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar memohon Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat peruntukan dana RM10 bilion dalam pakej ransangan ekonomi yang diberikan pada Khazanah Nasional Berhad tahun lepas. Mahfuz juga turut mempersoal tentang penyusutan 1.2 peratus ekonomi negara.
"Mengapa boleh ada penyusutan ekonomi negara sebanyak 1.2 peratus untuk suku tahun ketiga tahun ini, sedangkan Khazanah menjanjikan pelbagai projek pasang siap dengan ransangan ekonomi ini, sepatutnya penyusutan ini tidak berlaku."
Beliau yang juga Naip Presiden PAS berkata, ada pihak berpendapat peruntukan dana tersebut untuk meransang saham beberapa anak syarikat Khazanah sendiri di dalam Bursa Saham Malaysia. Beliau turut memberikan contoh, sejumlah wang tertentu dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan untuk menyelamatkan ValueCap Sendirian Berhad.
Tambahnya lagi, kerajaan juga memperuntukan banyak dana untuk meransang ekonomi nasional sebelum ini, namun rakyat tidak merasai impak ekonomi dan pembangunan dari pakej ransangan tersebut. Dana-dana yang dimaksudkan termasuk pemberian RM2 bilion kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk membina terminal pengangkutan tambang murah di KLIA.
Selain itu, kerajaan juga memperuntukan dana RM250 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang. Telekom Malaysia Berhad turut mendapat RM2 bilion untuk penyediaan sistem jalur lebar berkelajuan tinggi dan RM480 juta kepada PLUS Berhad kerana tidak menaikan tol. Selepas membuat kenyataan tersebut, Mahfuz menyampaikan suatu memorandum kepada Azmi. (Pelbagai sumber/2MA)
2 comments:
Sekarang ini musim untuk merampas duit rakyat melalui parlimen.
Bajet 2010 merupakan satu kaedah untuk merompak duit rakyat melalui parlimen.
Pinjaman percuma 300 juta untuk Syabas oleh kerajaan pusat adalah satu contoh.
Kerajaan juga memperuntukkan ratusan juta untuk program Khidmat Negara pada masa negara kekurangan sumber kewangan. Kenapa tidak 100 ribu orang ini digaji untuk menjalankan pelbagai projek kerajaan termasuk tanaman semula dan kerja pembinaan selama tempoh 12 bulan terus dengan mendapat gaji 2 kali upah buruh Inodnesia dan Bangaldesh?
\Sudah tentu negara menjimatkan lebih 10 bilion daripada mengeluarkan 700 juta ringgit yang hendak diagihkan kepada kroni pengusaha kem latihan dan kontraktor pakaian, pengangkutan dan yag berkaitan.
Anggota dan pegawai tentera yang terbabit juga boleh dipindahkan kembali kepada tugas asal mereka.
Belanja lebih 100 juta untuk projek permata juga satu projek pembaziran.
Jika kita telah ada sekolah asrama penih dna program pelajar pintar lompat darjah 3 ke darjah 5, kenapa perlu ada algi program permata pintar?
kenapa perlu 200 juta untuk tujuan ini?
Sedangkan di Amerika Syarikat tidak ada peruntukan wang yang keluar dari kerajaan pusat.
Johns Hopkins yang menjalankan program serupa bertujuan sebenarnya untuk mengenalpasti pelajar berpotensi memasuki sekolah perubatannya 8 tahun lebih awal.Ia tidak ada kaitan dengan program permata pintar yang dihebohkan di Malaysia.
Lebih menarik usaha memmindah tenaga dari Bakun adlaah satu kerja bodoh yang membebankan pembayar cukai.
kenapa tidak bina 10 stesen hidro letrik di Semnanjung yang berskala kecil.
Cukup untuk keperluan beberapa daerah dan tanpa menjejaskan lembangan air yang besar seperti Bakun?
Apa guna ratusan pegawai PTD di Putrajaya jika tidka boleh memberi nasihat yang berguna?
Masalah utama Malaysia ialah terlalu ramai PTD yang bersifat parasit yang akan menghancurkan negara.
Mungkin selepas ini Anwar dan PR perlu menilai semula adakah perlu ada skim perkhidmatan PTD yang lebih banyak menghabiskan sumber negara dari menajan wang untuk rakyat.
Mungkin pindahkan pegawai Petronas ke PTD dan biar PTD ini dibersarakan terus dari kerajaan dan agensi kerajaan. JUMUD terus.

Post a Comment