Wednesday, December 16, 2009

Rabbi Israel Kecam Serangan Ke Atas Masjid


TEBING BARAT - Ketua rabbi Israel ketika melawat sebuah perkampungan Palestin kelmarin mengutuk serangan ke atas sebuah masjid oleh sekumpulan pelampau Yahudi beberapa hari lalu. Rabbi Yona Metzger menyifatkan serangan ganas tersebut sebagai mengimbas semula peristiwa Holocaust yang berlaku pada era Perang Dunia lalu.

Lawatan Metzger ke perkampungan Palestin itu adalah reaksi daripada kebimbangan beliau mengenai insiden keganasan yang dicetuskan pelampau Yahudi ke atas sebuah masjid pada Jumaat lalu.

Namun, serangan tersebut dipercayai didalangi kumpulan pelampau Yahudi yang membantah dasar pembekuan penempatan dalam wilayah Palestin yang diumumkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Semasa Holocaust, terdapat beratus-ratus kuil dan mereka (Nazi) mengambil dan membakar semua kitab suci di jalanan.

“Kami masih hidup dalam trauma dan kami tidak akan membenarkan seorang Yahudi pun melakukan tindakan serupa ke atas orang Islam di negara Yahudi ini,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails