Ribuan ahli Hizbut Tahrir mengadakan tunjuk perasaan antirasuah di Jakarta, semalam. - AFP
Susilo digesa tegakkan Syariah tangani rasuah
JAKARTA 6 Dis 09. - Ribuan penunjuk perasaan berarak hari ini di Indonesia bagi bagi menggesa kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya melaksanakan undang-undang Syariah sebagai satu-satunya kaedah untuk menangani kegiatan rasuah yang berleluasa di republik itu.Anggota Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa buah bandar termasuk di ibu negara Jakarta, sebagai membantah isu tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century berjumlah AS$700 juta (RM2.5 bilion).
Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan menguasai jalan raya bersama keluarga dan anak-anak mereka sambil membawa sepanduk yang mengecam sistem kapitalis sebagai punca kepada kegiatan rasuah.
"Skandal Bank Century merupakan bukti kegagalan sistem kapitalis," menurut kenyataan pada sebuah daripada sepanduk.
"Dengan mengamalkan sistem Syariah di bawah khalifah Islam, Indonesia bebas daripada rasuah," menurut satu lagi sepanduk.
Penggubal undang-undang kini sedang meneliti dakwaan rasuah yang berkaitan dengan tindakan menyelamatkan Bank Century tahun lepas selepas ketua juruaudit negara tersebut menemui tanda-tanda kukuh wujudnya 'pencabulan' undang-undang.
"Sistem kapitalis telah menghancurkan ekonomi kita. Itu merupakan punca kepada semua masalah di negara kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto pada perhimpunan itu.
Presiden Susilo telah dipilih semula dalam satu kemenangan besar pada pilihan raya pada bulan Julai lalu yang mana beliau berjanji untuk membanteras rasuah yang sudah sebati di negara itu.
Namun popularitinya telah diuji dengan skandal yang membelenggu suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dengan kira-kira AS$715 juta (RM2.6 bilion) jaminan kerajaan daripada bank. - Agensi.Komen Blog Ibnu Hasyim: Ternyata sistem kapitalis gagal. Kembalilah kepada Islam sebagai ad-dien, 'agama' yang meliputi seluruh cara hidup. Bukan dari sudut pandang fahaman sekular atau seperti fahaman agama selain Islam. (2MA)
2 comments:
hizbut tahrir??siapahkh khalifahnya?? jika ada khalifah siapakh amirnya??
syariah + demokrasi = islamisasi
sy jwb dgn ringkas:
1.mgkin hizb perkara baru bg saudara dokpikiaq..hizb adalah parti islam sm spt PAS tp....
2.khalifah adalah seorg islam..xkira dia anggota hizb atau x..klau nik aziz layak dia jgak bleh dibaiah sbg khalifah..wilayah islam bkn hnya di malaysia sj bro..
3.haji hadi awang mengakui demokrasi haram disisi islam dlm bukunya 'bagaimana islam memerintah'..so..
4.bersamalah kita tegakkan syariah..dan khilafah...
Post a Comment