Thursday, December 24, 2009

RM100 Bilion Mahathir, RM270 Bilion Pak Lah.. Hangus? Najib Pula..


KL Dis 24 09. TIDAK cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Cuba cek PM Najib pula, walaupun baru memegang jawatan, entah-entah lebih banyak lagi jangkauannya... (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails