Monday, December 14, 2009

YDP Yadim: Rosmah Berdosa Tidak Tutup Aurat. Najib Tak Ajar Ke?

(Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama. Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan. Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof. Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: PM tak pernah nasihat ke isterinya suruh tutup aurat? Atau guru kencing berdiri, macam mana murid tak kencing berlari? Atau kerana virus B1N1? Moga-moga perutusan Nakhaie itu sampai kepada Rosmah. Ulama-ulama UMNO dan dalam kerajaan pun kerana berani begitu. Bukan macam ketam tumpul, bila kena tempat keras sikit, angkat!!

Lanjutnya.. klik di sini..

3 comments:

Anonymous said...

SALAM PROF. MALAON NAKHAE NI KAN BOLEH PERCAYA SANGAT, KALAU DIA TAK JADI YDP YADIM, PUN BERIBU ORANG MASUK ISLAM, MASA DIA BELUM JADI YDP YADIM TAK DA ORNG MSK ISLAM KA, DIA BARU BAGUN TIDOK DIKAKI LIMA UMNO ( PINJAM KATA2 HJ SUBKI LATIF, BBERAPA THUN DULU ). DAH TAK DI SAMBUNG JADI YDP, BARU BAERANI CAKAP SEBELUM NI, MULUT TUTUP RAPAT, LEBIH RAPAT DARI JUBUQ AYAM. - MAN KAWI

Anonymous said...

Salam Dr,

Aku setuju dgn man kawi, kita tak lupa ruangan 'sepatutnya berfikir begini " dlm Harahak dulu-dulu ni,
nak suruh orang pikiaq macam dia, masa dah kena sepak dr kaki lima umno, baru berani cakap dosa phala, masa jadi YDP yadim lebih teruk dari DAYUS. takut hilang jawatan, dalam pas apa ada bk dok dlm UMNO. dayus pon tak pa. janji boleh kedarah.

Anonymous said...

Menarik bila Nakahie bersuara dan bercakap soal mengIslamkan masyarakat di Sabah dan Sarawak.
ALhamdulillah jika benar ini terjadi.
Dan tentu satu cabaran kepada semua.
Lebih menarik Nakhaie berada bersebelahan dengan Dr Asri, yang dianggap saingan atau yang akan merampas kerusi Yg DiPertua YADIM.
Adakah satu yang kebetulan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails