SANAA, 14 Dis. - Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam satu serangan udara di perkampungan Yemeni berdekatan sempadan Arab Saudi hari ini, menurut puak pemberontak Huthi yang mendakwa insiden itu sebagai satu pembunuhan.
Seorang jurucakap tentera Yemen, Askar Zuail mengesahkan bahawa berlaku serangan udara di daerah itu serta ia dilakukan oleh pesawat-pesawat Yemen yang mensasarkan kawasan puak pemberontak dan bukannya terhadap orang awam.
Menurut satu kenyataan di internet, serangan itu dilakukan pada waktu awal pagi semalam ke atas perkampungan Bani Maan di daerah Razeh di utara wilayah Sadaa, iaitu kubu terkuat pemberontak.
“Pesawat-pesawat Saudi telah melakukan satu pembunuhan terhadap penduduk Bani Maan yang tidak bersalah,” menurut kenyataan pemberontak itu.
Berdasarkan jumlah kiraan awal, katanya, serangan itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh selain mencederakan lebih 100 orang. - AFP
No comments:
Post a Comment