▼
Thursday, December 10, 2009
Terbaru! Perak Darul Kartun -Zunar
KARTUNIS kontroversi, pemimpin majalah Gedung Kartun yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), melancarkan karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.
Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.
"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.
"Matlamat kami adalah menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini termasuk kartunis," katanya ketika mengumumkan karya itu di pejabatnya hari ini.
Buku setebal 80 muka surat itu hasil usaha enam kartunis – Ronasina (atau, Mohd Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orangorang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar) – yang diketuai kartunis popular dan berpengalaman luas itu. (AK)
No comments:
Post a Comment