"Make-up bagi wanita dalam acara selama program tv berlangsung adalah ilegal dan melawan hukum syariah Islam ... Tidak boleh ada satu pun kes seorang wanita yang mengenakan make-up selama berjalannya program acara tv itu." kata Ezatollah Zarghami seperti dikutip oleh akhbar Reformis Etemad.
Zarghami merupakan seorang mantan anggota elit Pengawal Revolusi yang ditunjuk oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei. Beliau memerintahkan bintang tamu wanita yang muncul dalam rancangan televisyen perlu dipandu oleh host wanita juga.
Bercakap di sebuah konfren jaringan sutradara, beliau juga menyebut untuk memotong suara muzik selama program televisyen itu berlangsung dan mendesak stafnya untuk mengambil beberapa adegan dari film action Barat.
"Saya tidak bermaksud kita perlu jadi seperti mereka, tetapi kita perlu menggunakan point positif. Kerana itu kita (perlu) memakai agenda pengurangan dan memperbaiki muzik tersebut." katanya.
"Mulai hari ini, anda di departemen produksi hendaklah memulai metode pengawasan baru ... Saya tidak ingin mengatakan kepada anda untuk menyaring, tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidak boleh ada yang tidak patut." kata Zarghami.
Kepada sutradara, Zarghami mengatakan mereka juga perlu melarang "gurau yang menjijikkan" antara lelaki dan perempuan di tv atau radio, seperti diarahkan pejabat berita Etemad dan Fars. Ketika Khamenei mengangkat kembali Zarghami 2 bulan lalu, Khamenei mengatakan bahawa amat perlu membuat suatu program yang mempersembahkan acara lebih menonjolkan moral, agama, simpati dan harapan" dalam program-program media kerajaan.
Republik Syi'ah Iran memiliki 8 saluran tv dan 15 stasyen radio, telah mengawal dengan ketat penonjolan pakaian dan alat make-up wanita. Wanita yang tampil di kaca tv tidak boleh mengekspos rambut mereka. Larangan ini dikuatkuasakan kerana dalam beberapa tahun terakhir ini wanita yang tampil di televisyen telah berdandan dan memakai make-up yang cukup menjolok. Tv di Iran kini berada di bawah pengawasan yang ketat dan kena mematuhi panduan yang ditentukan, bahkan beberapa filem tempatan pun perlu ditapis sebelum ditayangkan. (2MA)
3 comments:
Syabas diucapkan kpd Ibn Hasyim di atas perkongsian dan juga tahniah kepada Iran. Ana selalu tertanya2 yang bilakah pula negara yang mengaku berpegang kepada Quran dan Sunah untuk mencontohi mereka? Harapnya ianya bukanlah sekadar retorik semata2.
salam
saya cilok gambar dan link anda ke post saya. sekian harap maklum. thanks.
Boleh cilok.. Takde masalah..
Post a Comment