Saturday, January 17, 2009

Murtad Di Sana-Sini, Siapa Bertanggungjawab?

Kartun-kartun di atas ini menghina agama Islam.. ramai yang murtad kerana berotak kartun ini!

by Prosencons Procon

SABDA Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yang bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun.

Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 orang remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yang diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah.

Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yang bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.

Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorang bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa `lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metal nya, kini terdapat kumpulan baru yang menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan.. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka sebagai "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian Al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yang telah bercampur dengan darah kambing (kalau tidak silap saya).

Kemudian mereka minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan Al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dengan senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut itu.

Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website (www.forum.jiwang.org) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dengan saya. Seorang anak cikgu yang berasal dari Muar. Seorang pelajar yang pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme".

Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yang tidak baik berlaku. Beliau seorang yang patuh pada perintah orang tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendapat pekerjaan di sebuah syarikat guaman yang terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yang sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dengan anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorang penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah datang mencari saya; dan terakhir yang saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yang setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible."

Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang.

Dulu, mereka menggunakan missionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yang dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yang sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.


P/S: Usah lagi biarkan Islam berduka di negara kita. Cukuplah sudah peristiwa sadis berdarah di Palestine, di Iraq, di Lebanon, di Afghanistan… cukuplah sudah dengan dugaan yang menimpa umat Muhammad… Harapan saya agar apa yang anda baca di sini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Tidak secara elektronik - forwarding-forwarding, secara lisan pun jadilah.

Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada mimpi buruk ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! Semoga ia akan menjadi ikhtibar & peringatan untuk manfaat kita bersama.

Komen Blogger IH: Siapakah sebenarnya yang bertanggung-jawab? Apa alternatifnya?


Rahsia Kemenangan Tentera Islam, Apa Hubungan Dengan Uzbekistan?

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

NABI SAW pernah meramalkan, sebuah kuasa besar Kerajaan Romawi Timur atau Byzantium (ibukotanya Konstantinopel) akan tumbang. Kata beliau.. “Konstantinopel (Constantinople) akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Maka pada 29 Mac 1432 Masehi, lahirlah Sultan Muhammad Al-Fateh. Ketika berita kelahirannya sampai, ayahnya Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran tepat pada Surat Al-Fath ayat 1.. “Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.” Waktu itu, Sultan Murad sedang mempersiapkan penyerbuan ke atas Konstantinopel.

Tiba-tiba datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahawa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW tersebut. Apakah itu isyarat bahawa sultan tersebut akan menjadi orang besar yang mencipta sejarah hebat? Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali, seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.

Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarikat yang cukup kuat. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah. Sultan Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan uji. Beliau dididik memiliki cita-cita besar iaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW menaklukkan Konstantinopel. Ayahnya mendatangkan panglima-panglima berpengalaman mendidik beliau dalam ilmu peperangan. Beliau sendiri juga adalah seorang intelektual yang gemar mengumpulkan ilmuan-ilmuan di istana untuk berdiskusi.

Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka bagaikan singa-singa lapar yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi intelijen untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama juruteranya beliau membangunkan benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih sesuai dengan ukuran zaman itu.

Bahkan dalam membangun benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun tangan ikut mengangkat batu dan pasirnya. Setelah persiapan matang, dimulailah penyerbuan ke Konstantinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga menampakkan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut, kerana di taut oleh pasukan Romawi yang memasang rantai-rantai besar dan panjang hingga menghalang kapal mendekat rapat.

“Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu akan tiba?” Tanya Muhammad Al-Fateh dalam suasana tidak jelas itu kepada gurunya Syeikh Syamsuddin Al Wali.

“Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi!” Jawab Syeikh Syamsuddin.

Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang serupa, sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan. Maka pada suatu malam Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Jurutera Sultan telah menemui inovasi teknologi yang boleh disebut terobosan besar zaman itu. Iaitu, mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan mengelilingi selat pada tengah malam, tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bahagian belakang benteng Konstantinopel.

Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategik kerana dilindungi oleh benteng alami, iaitu bukit-bukit. Kapal-kapal tentera Islam berjumlah 70 buah mendarat di Semenanjung Pera di pinggir bukit itu dan berusaha mendakinya. Di situlah terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Allah SWT pada malam itu. Secara lahiriah, meskipun kapal-kapal itu dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tetapi untuk mendaki bukit membawa 70 kapal layar berukuran besar dalam tempo beberapa jam adalah suatu hal yang mustahil.

Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi se akan-akan melayang mendaki dan menyusuri bukit-bukau sejauh 16 km sampai di Golden Horn, sehingga operasi pendaratan 5,000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopel. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takluk ke tangan tentara Islam, di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Telah diceritakan juga, ketika Sultan Muhammad Al-Fateh memasuki Konstantinopel, prajuritnya menjumpai maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari RA. Di maqam tersebut mereka melihat sebahagian kaki As-syahid Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih tidak rosak sama sekali, walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun lalu. Inilah karamah para sahabat Nabi.. Panglimanya dan Sultan pun bergiliran mencium kaki tersebut. Sultan mengambil giliran yang terakhir.

Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan pula bahawa pada petang hari setelah penaklukan bersejarah itu, Syeikh Syamsuddin Al-Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Anshari. Abu Ayyub menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al-Fateh kerana berjaya menakluk Konstantinopel dan menyatakan Abu Ayyub sendirilah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, bukan sebaliknya.

Pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika diadakan sholat terdapat masalah dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, “Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal sholat fardhu silakan duduk!”

Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan sholat fardhu.

“Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggatkan sholat sunat rawatib silakan duduk!” Tanya Sultan lagi.

Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib.

Kemudian Sultan bertanya lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sholat tahajjud silakan duduk!”

Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan sholat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam sholat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.

Rupanya, beliau dan tenteranya bukan orang yang pernah meninggal sholat fardhu walau satu waktu sekalipun. Bahkan beliau sendiri pun tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib dan sholat tahajjud tengah malam. Itu, dan begitulah antara ciri-ciri kemenangan tentera Islam dan sebaik-baik pemimpin… seterusnya tentera dan rakyat.

Soalnya sekarang, apa hubungan dan kena-mengenanya beliau dengan Negara Urbekistan sehingga berjaya meraih ‘Sultan Muhammad Al-Fateh, Pemimpin Yang Dijanjikan’, ‘Mehmed II The Conqueror’ atau ‘…in the Last Days, Islam will rise back from the East’?

Bila diteliti, Syeikh Syamsuddin Al-Wali guru dan jurulatih rohaniah beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiah berasal dari Khurasan. Atau kini, di Uzbekistan! Pada saya itulah yang penting diketahui antara syarat kemenangan Islam, dalam menghadapi musuh-musuh Islam dahulu dan sekarang, bila anda melawat Uzbekistan! Insya Allah kita sambung lagi kisah-kisah dari Uzbekistan.

Ibnu Hasyim,
Catatan Santai…
Jan17, 2009

Friday, January 16, 2009

Imam Bukhari Yang Unik..

Umat Islam di Usbekistan


Ibnu Hasyim:
Catataan Santai

“WAHAI ibu.. Sesungguhnya Allah telah kembalikan penglihatan dua mata anakmu, kerana kerapnya kamu berdoa!” Kata seseorang kepada seorang ibu yang menemuinya dalam mimpi di suatu malam.

Pada pagi harinya, ternyata ibu tersebut telah menyaksikan sendiri bahawa Allah telah kembalikan penglihatan kedua mata anaknya itu. Anak tersebut adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Bardizbah, yang kelak menjadi seorang perawi hadis terkenal. Itulah Imam Bukhari yang buta matanya semasa kanak-kanak.

Imam Bukhari lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H bersamaan 21 Julai 810 M. Keunggulan dan kegeniusan Imam Bukhari sudah nampak sejak masih kecil lagi. Allah SWT telah menganugerahkan kepadanya hati yang bersih, otak yang cerdas, pikiran yang tajam, dan daya hafalan yang sangat kuat, khususnya dalam menghafal hadis. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah banyak menghafal hadis.

Rasyid ibn Ismail, abang Imam Bukhari menceritakan, pernah Al-Bukhari semasa muda bersama beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendikiawan Balkh… “Tidak seperti murid lainnya, Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia pun dicela kerana tidak mencatat. Namun, pada suatu hari, Bukhari meminta teman-temannya membawa catatan mereka. Maka tercenganglah kawan-kawan mereka semua, kerana Bukhari ternyata hafal di luar kepala 15,000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat!

Tahun 210 , Bukhari berangkat ke Baitullah untuk menunaikan haji dan menetap di Mekkah serta sesekali ke Madinah. Di kedua tanah suci itulah ia menulis sebahagian karya-karyanya, dan menyusun dasar-dasar kitab ‘Al Jami As Sahih’. Ia juga menulis ‘Tarikh Kabir’nya di dekat makam Nabi Muhammad SAW. Sementara itu ketiga buku tarikhnya, ‘As Sagir’,Al Awsat’, dan ‘Al Kabir’, lahir dari kemampuannya yang tinggi mengenai pengetahuan terhadap tokoh-tokoh dan kepandaiannya mengkritik.

Karya-karyanya itu tidak lepas dari pengembaraannya ke banyak negeri, Syam, Mesir, Baghdad, Kuffah, dan Jazirah Arab. Berkat geniusnya itu, Imam Bukhari berhasil merawi hadits dari 80,000 perawi, dan menghafalnya rinci dengan sumbernya. Mengembara beribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja mudah. Tetapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini. Pernah Imam Bukhari bermusafir 8,000 kilometer untuk mendapatkan sepotong hadis sahaja. Imam Muslim bin Al Hajjaj, pengarang kitab As Sahih Muslim menceritakan..

Ketika Muhammad bin Ismail (Imam Bukhari) datang ke Naisabur, aku tidak pernah melihat seorang ketua daerah, para ulama dan penduduk Naisabur memberikan sambutan seperti apa yang mereka berikan kepadanya. Mereka menyambut kedatangannya dari luar kota sejauh dua atau tiga marhalah (100 km), sampai-sampai Muhammad bin Yahya Az -Zihli berkata.. ‘Barang siapa hendak menyambut kedatangan Muhammad bin Ismail besok pagi, lakukanlah, sebab aku sendiri akan ikut menyambutnya.’

Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fikih, dan tarikh. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat. Antara puluhan kitabnya, yang paling masyhur ialah kumpulan hadits shahih yang berjudul ‘Al-Jami Ash-Shahih’, atau lebih terkenal dengan sebutan ‘Shahih Bukhari’. Ada kisah unik tentang penyusunan kitab tersebut, iaitu… Pada suatu malam, imam Bukhari bermimpi bertemu dengan Rasulullah.. seolah-olah Nabi SAW berdiri di hadapannya. Dalam penyusunan kitab tersebut, Imam Bukhari sangat berhati-hati.

Menurut Al-Firbari salah seorang muridnya, ia mendengar Imam Bukhari berkata.. “Saya susun kitab Al-Jami Ash Shahih ini di Masjidil Haram, dan saya tidak mencantumkan sebuah hadis pun kecuali sesudah shalat istikharah dua rakaat memohon pertolongan kepada Allah.. dan sesudah meyakini betul bahawa hadits itu benar-benar shahih.

Setelah itu, ia menulis mukadimah dan pokok-pokok bahasannya di Rawdah Al-Jannah, sebuah tempat antara makam Rasulullah dan mimbar di Masjid Nabawi. Barulah setelah itu beliau mengumpulkan sejumlah hadis dan menempatkannya dalam bab-bab yang sesuai. Proses penyusunan kitab itu dilakukan di kedua kota suci tersebut dengan cermat dan tekun selama 16 tahun. Beliau menggunakan kaedah penelitian secara ilmiah dan cukup canggih sehingga hadis-hadtsnya dapat dipertanggungjawabkan.

Dengan bersungguh-sungguh Imam Bukhari meneliti dan menyelidiki kredibiliti perawinya sehingga benar-benar beroleh kepastian akan kesahihan hadis yang diriwayatkan itu. Dengan demikian, kitab hadis susunan Imam Bukhari benar-benar menjadi batu uji dan penyaring bagi sejumlah hadits. “Saya tidak memuat sebuah hadis pun dalam kitab ini, kecuali hadis-hadis yang shahih sahaja.” Katanya pada suatu ketika.

Pernah juga pada suatu masa penduduk Samarkand mengirim surat kepada Imam Bukhari, meminta beliau tinggal tetap di negeri itu (Samarkand). Beliau pun pergi memenuhi permohonan mereka. Ketika dalam perjalanannya di Khartand, sebuah desa kecil sebelum Samarkhand, beliau singgah dulu kerana terdapat beberapa keluarganya di sana. Rupanya takdir telah menentukan, beliau jatuh sakit dan menemui ajalnya di situ. Beliau wafat pada malam Idul Fitri tahun 256 H bersamaan 31 Agustus 870 Masehi, dalam usia 62 tahun kurang 13 hari.

Sebelum meninggal, beliau berpesan bahawa jika meninggal nanti, jenazahnya hendaklah dikafan dengan tiga helai kain, tanpa baju dalam dan tidak memakai sorban. Pesan itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat. Mengapa begitu? Disitulah antara uniknya beliau!

Sekian catatan santai kali ini. Insya Allah, kalau ada kesempatan kita akan sambung mengenai khazanah dari Usbekistan lagi.

Ibnu Hasyim
Catatan Santai.

Jan16, 2009

Ketulan Kepala Khinzir Dibaluti Bendera PAS…


PAGI tadi saya dapat telefon dari kawan saya di Universiti Malaya, memberitahu bahawa pilihannraya kampus di situ telah dicemari beberapa ketul kepala khinzir dibaluti bendera PAS, yang dimasukkan ke surau di sana, sejak waktu sebelum subuh pagi tadi lagi. Lihat gambarnya!

Di samping pilihanraya kampus, apakah ianya ada kaitan dengan PRK P 036 di Kuala Terengganu besok hari? Adakah ianya suatu serangan oleh puak-puak yang menuduh PAS membaluti projek ternakan babi di Selangor? Siapakah yang untung dari eksploitasi isu agama ini samada di kampus UM atau Kuala Terengganu?? Siapa yang untung , maka diakah yang melakukannya?

Ibnu Hasyim, Catatan Santai…Jan16 2009

Perutusan Ibnu Hasyim Untuk Pengundi Kuala Terengganu…


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

SAYA klik blog http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/ ‘Masanya Memilih Jalan Yang Lurus – Tiada Kehidupan Selain Akhirat’ di bawah tajuk ‘Kita dan Palestin’ (Disember 31, 2008 dunia, haraki, jihad, palestin, politik, tarbiyyah, tazkirah). Komen bermula dengan Salam Kamunting.

Antara tulisannya saya petik…

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam. Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel!

Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini. Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan…”

Komen Saya:

Jika anda mengharapkan keadilan Islam tertegak di bumi Palestin, UNDILAH PAS di PRK P 036 Kuala Terengganu ini! Jangan harapkan perempuan mandul lahirkan anak atau harapkan lelaki yang telah dikasi, untuk syahwati perempuan! Begitu juga, dalam mengharap keadilan Islam di laksanakan di negara yang diperintah oleh BN assobiah ini.


UNDILAH PAS!

Sekian catatan santai kali ini..

Ibnu Hasyim,
akan ke K.ganu
sebentar lagi..

Kisah Dari Usbekistan.. Imam Bukhari Lawan Kerajaan!

Ibnu Hasyim:
Cata
taan Santai
Bendera Usbekistan


“LEPAS ziarah China, jom ziarah Usbekistan pula! Pergi ke Taskent, Bukhara d
an Samarkhand..” Kata kawan saya.

“Ada apa di sana?”

“Lihat kesan-kesan sejarah! Ribuan pelawat-pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, telah menziarahi maqam seorang ulama hadis terkenal, iaitu Imam Al-Bukhari di sebuah kampung bernama Khartang di sana. Bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal maqam beliau yang ada sekarang, telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran. Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian nya," kata kawan saya itu.

Beliau berkata kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991, yang sebelum itu mengharamkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan. Kompleks Imam Al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Okt 1998. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung hanya dibenarkan melawat bangunan itu sahaja, manakala maqam asal Imam Al-Bukhari yang terletak di bawah bangunan berkenaan, hanya boleh diziarahi dengan melalui satu pintu khas setelah mendapat keizinan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus kompleks itu.

Selain maqam ulama terkenal ini, kompleks berkenaan mengandungi Masjid Al-Bukhari dan sebuah muzium yang mempamerkan kitab suci Al-Quran dari beberapa negara Islam, kata beliau. Bila kita lihat sejarah, nama sebenar Imam Al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail Al Bukhari. Beliau dilahirkan pada tahun 194 Hijrah, bersamaan 810 Masehi, di Poyikent, sebuah kampung di Bukhara. Dikatakan sejak kelahirannya, Imam Al-Bukhari tidak memiliki daya penglihatan, sehinggalah beliau berusia dua tahun.

Apabila mencapai usia enam tahun, beliau mampu menghafaz seluruh kitab suci Al-Quran dan ulama besar ini menetap di Arab Saudi selepas menunaikan ibadah haji ketika berusia 16 tahun bagi mengumpul dan menyusun Hadith mengikut urutan asalnya. Imam Al-Bukhari mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul Hadith dan hanya menulisnya setelah meneliti perawi semua hadith terbabit bagi menjamin kesahihannya. Setelah urusan ini selesai, beliau kembali ke Bukhara untuk mengajar di madrasah.

Sebagai intelektual yang berdisiplin tinggi, Imam Bukhari dikenal sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadits, tapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fikih, dan tarikh. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat, sehingga ia menduduki darjat sebagai mujtahid mustaqil (ulama yang ijtihadnya independen), tidak terikat kepada mazhab tertentu, sehingga mempunyai otoriti tersendiri dalam berpendapat mengenai hukum. Diantara puluhan kitabnya, paling terkenal ialah kumpulan hadits shahih yang berjudul Al-Jami’ Ash-Shahih, atau lebih populer dengan sebutan ‘Shahih Bukhari’.

Imam Al-Bukhari adalah seorang yang tetap berpegang teguh dengan prinsipnya. Beliau sanggup diusir atau diperintahkan tinggalkan Bukhara oleh keluarga diraja atau pihak kerajaan ketika itu, hanya apabila beliau enggan datang ke istana bagi mengajar anak raja. Kerana dia tetap dengan pendiriannya bahawa ‘bukan guru yang pergi mencari murid, tapi muridlah yang perlu datang kepada guru untuk menuntut ilmu!’.

Ulama Hadith ini tidak berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa bertentangan atau berlawan dengan pihak raja, yang kemudiannya beliau pun membawa diri ke perkampungan Khartang dan menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi. Kata penduduk kampung berkenaan, selepas beliau dimasukkan ke liang lahad di Khartang, seluruh kampung itu harum dengan bau kasturi untuk beberapa lama.. dan pada malamnya sekitar kawasan kubur beliau telah diterangi cahaya..

“Bukan melawat saja, tapi kita kena ambil iktibar dari ilmu Imam Al-Bukhari. Beliau yang berprinsip dan tetap tidak berganjak dari prinsipnya. Beliau mengamalkan ilmu yang beliau tulis, walaupun dianggap membinasakan diri. Ertinya, beliau sanggup menulis kitab dengan darah sendiri… Ulama-ulama dan pemimpin seperti itulah yang amat dikehendaki sekarang.” Kata saya.

Sekian catatan santai kali ini. Insya Allah, kalau ada kesempatan kita akan sambung mengenai Imam Al-Bukhari lagi.

Ibnu Hasyim
Catatan Santai,
KL Jan16, 2009.


Thursday, January 15, 2009

Sikap Sangka-buruk Kaum Cina… Dr Mohd Ucap Syabas Kepada Guan Eng..

by ASYOK KUMAR


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang


Dr Hj Mohd Hasyim

BUKIT BINTANG Jan14, 2009. Sikap sangka buruk kaum Chi
na Malaysia kepada bangsa Melayu di negara ini terus membimbangkan.. Hal ini dapat dilihat melalui bantahan-bantahan dan ketidak puasan orang-orang Cina, seolah-olah tidak bersetuju dengan .hak istimewa orang Melayu, dari sudut bahasa, pembelajaran, perkembangan agama Islam, seperti hukum murtad & hudud, DEB dan lain-lain.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang dalam suatu majlis perjumpaan bersama ahli-ahlinya di sebuah restoren di Kuala Lumpur semalam. Perjumpaan bertajuk ‘Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negara China’ adalah hasil dari lawatan beliau kira-kira 2 minggu di negara tersebut.

“Nampaknya orang-orang Cina di negara China langsung tidak ada prasangka buruk terhadap bangsa Melayu dari Malaysia.. Layanan yang sama diberi tidak kira kaum, walaupun sama-sama dari Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa api perkauman yang membakar keharmonian kaum di negara ini bukanlah dihasilkan oleh bangsa Cina itu sendiri atau bangsa Melayu penghuni asal negara ini, tetapi adalah lanjutan dari dasar ‘pecah-pecah jajah’ oleh penjajah barat, dan juga ekoran dari Perang Salib di Eropah.” Jelas Dr Mohd lagi.

Menurut beliau, hal ini telah dibuktikan oleh sejarah, bagaimana bangsa-bangsa barat telah berjaya meruntuhkan dan melerai-leraikan kerajaan Turki Othmani… mereka memecah-belahkan negara-negara Arab tetapi mereka bersatu mewujudkan ‘Negara Haram’ Israel menjadi ‘duri dalam daging’ di jantung bumi Arab, merampas tanah dan menindas rakyat Palestin. “Saya ucap tahniah kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah menghadiri demontrasi anti kezaliman Israel di bumi Palestin, yang diadakan di Pulau Pinang Jumaat lepas! Syabas kepada beliau, harap dapat menjadi ikutan pemimpin-pemimpin Cina yang lain.”

Sejarah juga membuktikan, bagaimana bangsa-bangsa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dulu dipisah-pisahkan melalui penempatan-penempatan menurut kaum, kaum India di estet-estet, kaum Melayu di bidang pertanian dan orang Cina di sektor perniagaaan, walaupun orang Melayu pernah menguasai dunia niaga di Asia Tenggara sebelumnya. Bagaimana kemerdekaan diberi bersyarat, dipaksa mengekalkan undang-undang mereka, walaupun undang-undang itu bukan undang-undang kaum Cina dan India, bahkan undang-undang yang amat asing bagi penduduk asal negara ini, menurut beliau lagi.

Bagaimana penjajah berjaya mengasingkan Singapura dari Malaya, dan mencantumkan Sabah dan Serawak ke dalam Malaysia yang pernah menimbulkan ketegangan di alam Melayu sesuai dengan ‘dasar pecah-pecah jajah’nya itu. Mereka terus menggunakan ‘talibarut-talibarut dungu’ mereka sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 69, dan isu-isu perkauman yang menjadi berterusan. Bila ditanya beliau, siapakah ‘talibarut dungu’ itu?

“Itulah orang-orang yang membakar isu perkauman untuk jadi wira negara.. mereka masih ada hingga kini..” Jelas Dr Haji Mohd Hasyim yang juga antara penulis blog www. ibnuhasyim.com. Anda boleh lihat banyak lagi pandangan beliau mengenai bangsa Cina dalam blog tersebut.(AK)