Saturday, January 24, 2009

Sejarah Politik B.Pulau 5- Kisah Long Tambang Pulau Betong.




Ibnu Hasyim Catatan Santai

SESEORANG anak Pulau Betong lahir 39 tahun lalu bernama Zaidi Ali, telah memberi komen pada artikel saya, ‘Thursday, January 22, 2009 Obama Lawan Osama, Kita Di Mana?’ yang lalu. Rupanya beliau ada blog sendiri. ‘Long Tambang Pulau Betong’. Tak pernah saya lihat tulisan mengenai ‘Sejarah Long Tambang dan Pulau Betong’ seperti ini sebelumnya… Amat menarik, antara tulisannya, saya salinkan…

Asal Usul nama Betong menurut bahasa Melayu lama bermaksud buluh-buluh yang dicantumkan untuk dijadikan rakit. Jadi, buluh tersebut telah ditinggalkan di pulau itu dan serumpun buluh telah tumbuh kemudiannya. Sejak itulah dua buah pulau besar dan kecil yang dipisahkan oleh selat, dinamakan Pulau Betong. Menurut salahsilah orang-orang dahulu, penduduk asal Kampung Pulau Betong ialah Long Tambang. Berasal dari Pinang Tunggal, Seberang Perai. Mata pencariannya yang utama ialah menambang dengan mengayuh sampannya dari Telok Ayer Tawar ke Tanjung.

Beliau bersama isteri tercinta, Tok Yah serta anak-anak mereka telah menyelamatkan diri dengan bersampan dari Telok Ayer Tawar dan mendarat ke Kampung Pulau Betong sewaktu berlakunya serangan Thai ke atas Kedah (Tahun 1821-1876). Sewaktu itu Pinang Tunggal boleh dimudiki dari Kota Kuala Muda. Hanya empat orang anak -anaknya yang diketahui iaitu Tok Timah , Tok Leha, Siti Hajar dan Tok Bu. Kampung asal yang diterokainya itu dinamakan Kampong Long Tambang.

Kira-kira 150 tahun dahulu, Sungai Pulau Betong merupakan pusat perdagangan laut yang terpenting melalui anak sungai untuk memunggah dan mengambil barang-barang seperti pasu, periok belanga dan hasil-hasil dari kawasan ini seperti cengkeh, buah pala, kelapa kering untuk diperdagangkan. Ketika itu, terdapat dua buah pengkalan iaitu Pengkalan Oh (terletak di Kuala Pulau Betong) dan Pengkalan Toji (terletak di Kawasan Sekolah Kebangsaan Pulau Betong kini). Kesan -kesan jalan yang digunakan oleh pengangkutan darat masih lagi terdapat sekarang.

Pada masa sekarang, Pengkalan Toji telah masih boleh digunakan oleh sampan kecil manakala Pengkalan Oh telah dibangunkan sebagai pusat pendaratan ikan dan dikenali sebagai Kuala Pulau Betong. Tsunami 2004 mengorbankan 27 mangsa di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong. Syukur ke hadrat Ilahi, tiada seorang pun keturunan Long Tambang yang terkorban. Setelah 4 tahun kejadian Tsunami berlalu, Pantai Pasir Panjang kembali nampak ceria dan indah. Kerap juga saya memancing di waktu malam di Pantai Pasir Panjang. Seram sejuk juga bila diamati bunyi hempasan ombak yang begitu kuat di pantai. Memang garang hempasan ombak di situ! Setiap kali hendak pergi memancing malam Ibu tidak pernah lupa berpesan, "Beringat-ingat kalau pi kat pantai tu malam-malam! Bagi salam kat Tok Peran!"’

Demikian tulisannya. Saya mohon maaf, kerana baru sekarang nak minta izin salin semula, saya rasa beliau beri… Saya cuma kenal beliau melalui web saja. Boleh jadi sebelum ini kita dah kenal lama. Tah tah ada kaitan keluarga.. adik beradik ka? Kerana tok perempuan saya bernama Tok Benah, ibu kepada ayah saya, tinggal di Long Tambang situ, semasa hidupnya. Ramai lagi adik beradik saya, pak penakan saya (Adik ayah saya Pak Ngah Kasim & Cu Milah) dan keluarga masih tinggal di sana. Kalau tak salah, harta warisan ayah saya pun masih ada di sana. Teringat saya semasa kecil-kecil dulu, saya dan tok perempuan (Tok Benah) saya itu sering berpegangan tangan, jalan kaki berulang-alik dari dari rumahnya cerok Long Tambang itu ke rumah saya di Kampung Perlis, kira-kira 2 kilometer jaraknya.

Oh.. Berbalik kepada kisah Long Tambang. Berhampiran dengan rumah Tok Benah itu, ada sebuah rumah keluarga Pak Japaq (nama asalnya Jaafar). Dulu orang panggil beliau Pak Japaq Lawak. Sejak kecil saya kenal beliau sebagai pelawak di pertunjukan pentas majlis kenduri di kampung-kampung, termasuk kampung saya. Semasa remaja saya aktif dalam pertubuhan belia kampung, beliau pernah kami lantik sebagai penasihat kepada kesenian boria Pulau Betong. Saya pernah menjadi ahli Persatuan Belia Pulau Betong sebelum menubuh sendiri Persatuan Belia PERINTIS Kampung Perlis. Kalau ada persembahan dan pertandingan boria, maka beliaulah yang ke depan pada masa itu.

Dari Pak Japaq inilah saya dapat cerita sejarah Long Tambang, lebih kurang seperti yang diceritakan oleh Zaidi Ali dalam blognya. Boleh kata, Pak Japaq adalah antara periwayat kuat melalui lisan cerita Long Tambang. Apa kena mengena dengan politik dan PAS Balik Pulau? Pernah suatu ketika pada akhir 1980an sebelum PRU 1990 (kalau tak salah ingatan, buku mengenainya ada diterbitkan) PAS Kawasan Balik Pulau (saya YDPnya) menganjurkan satu program bersama rakyat dengan kerjasama Parti Rakyat Malaysia di tengah pekan Pekan Pulau Betong. Antara acaranya, perasmian oleh saya sendiri dan pimpinan-pimpinan negeri, perlepasan sukan ‘mencari harta karun’, pertandingan dam seluruh negeri Pulau Pinang, pertandingan barang antik, barangan pertanian dan mengayam sarung cempedak.

Saya masih ingat, sarung cempedak yang menang itu dilelong. Dan pembeli yang menang dengan harga tertinggi adalah seorang Cina bukan Islam, sebagai sumbangannya kepada parti. Juga diselitkan penceritaan sejarah Pulau Betong oleh ahli sejarah tempatan Pak Japaq. Sebelumnya, saya dan Saudara Riduan Oon dari KL telah ke rumahnya, berbincang mengenai sejarah tersebut. Di situlah baru saya tahu sejarah Pulau Betong di Balik Pulau. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada beliau, dan beliau dikatakan seorang ahli UMNO Pulau Betong, tetapi tidak kedekut sumbangan ilmunya kepada orang ramai, walaupun melalui pentas PAS.

UMNO waktu itu cuba bersaing mencari pengaruh menandingi parti pembangkang. Melalui Sekolah Kebangsaan Pulau Betong yang berhampiran, telah diarahkan pelajar-pelajarnya hadir program ‘Qiamul-lail’ dari malamnya hingga siang sehari suntuk. Tujuannya supaya pelajar-pelajar itu tidak dapat hadir ke program rakyat anjuran parti pembangkang tersebut pada hari yang sama, walaupun sudah dirancang oleh PAS/PRM berbulan-bulan sebelumnya. Pihak bomba juga telah memberi kerjasama baik membuat pertunjukan ‘padam api’ dan membunyikan siren bombanya sepanjang perjalanan ke pejabatnya, antara yang amat mengembirakan orang kampung.

Ada lagi peristiwa lucu yang tak dapat dilupakan. Dalam acara sukan ‘Mencari Harta Karun’ dikelolakan oleh Saudara Elias dan Saudara Fauzi yang mencipta soalan untuk carian. Soalan dan pelan perjalanan diberi kepada sekumpulan peserta-peserta yang menunggang basikal. Contoh soalan, “Anda akan jumpa pengawal lalu lintas jalan raya yang sedang tidur!” Apa dia? Jika jumpa markah akan dikira. Jawapannya, mereka akan jumpa bamping di tengah jalan raya dalam kampung, sebagai tanda mesti jalan perlahan. Itulah pengawal lalu lintas yang sedang tidur, tentunya bukan manusia.

Dan banyak lagi soalan-soalan lain. Perjalanan peserta diteruskan hingga ke sekitar rumah Pak Japaq dan Tok Benah. Antara soalan lagi ialah, “Di kawasan ini, anda akan jumpa ‘katok’. Carilah rumah yang cucunya pernah bertanding sebagai calon PAS di kawasan DUN Teluk Bahang (waktu itu Pulau Betong masuk dalam DUN Teluk Kumbar) pada pilihan raya umum lepas (1985). Bila jumpa, sebut nama calon itu?”. Ramai peserta yang tidak tahu makna ‘katok’. Mereka pergi tanya maknanya kepada orang kampung. ‘Katok’ ertinya mata air jernih dari dinding tanah atas yang mengalir ke bawah berhimpun menjadi telaga kecil di tanah. Sehingga ada yang mencari-cari lalu terlanggar meter paip air kepunyaan penghuni rumah sekitar itu hingga pecah berderai dan memancut airnya mencurah-curah.

“Kami nak lari, takut kena marah dengan orang kampung di situ, apa lagi kerana kami ikut program parti pembangkang!” Seorang peserta akhirnya bercerita kisahnya kepada saya.

“Depa kata apa, depa marah ka?” Saya Tanya.

“Depa kata.. Dak! Dak! Kami tak marah. Kami cuma nak betuikan meter paip tu balik.. Rupanya depa baik. Kami pun tanya kat depa, sapa nama calon yang dalam soalan kertas pertandingan kami ni? Salah sorang dari depa sebut nama ustaz la!” Sambil jarinya menunjukkan saya.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Jan24, 2009 KL.


Sejarah PAS 17: Parti Islam Pertama Membentuk Kerajaan.



IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 17


Dr Mohd Asri Hj Muda

Prof Zulkifli Muhammad

TELAH diterangkan sebahagian dari aktiviti-aktiviti penerangan PAS dalam menghadapi pilihan raya 1959. Hasilnya PAS berjaya menguasai dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Juga memenangi 13 dari 104 kerusi Parlimen, 9 di Kelantan dan 4 di Terengganu. Antaranya dimenangi oleh tokoh-tokoh PAS seperti Dr Burhanuddin dari Perak di Besut. Khadijah Sidek dari Johor di Dungun. Hasan Adli dari Perak di Kuala Terengganu Utara.

Zulkifli Muhammad dari Perak di Bacok. Othman Abdullah dari Johor di Tanah Merah. Datuk Raja Muhammad Hanifah di Pasir Mas Hilir. Haji Ahmad Perai atau Haji Ahmad Abdullah dari Butterworth di Kuala Kelantan dan lain-lain. PAS telah berjaya meragut 13 kerusi Perlimen, mendapat 21.2% dari keseluruhan 73.3% undi. Kebanyakan dari kemenangannya diperolehi di negeri Kelantan dan Terengganu. Kejayaan PAS dipengaruhi oleh beberapa factor.

Menurut Khaider Khatib tokoh awalan PAS, perjuangan Islam yang dikemukakan oleh PAS adalah bersesuaian dengan jiwa masyarakat Kelantan sendiri. Mereka terdiri dari orang-orang Islam, mempunyai tradisi kepercayaan agama yang kuat. Juga disebabkan oleh kebencian penduduk kepada UMNO, akibat dari sikap UMNO tidak menepati janji-janji yang dibuat semasa pilhan raya 1955. Ketidak upayaan UMNO menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi oleh penduduk setelah memperolehi kemenangan 1955, juga dikatakan sebagai punca kekalahan UMNO.

Mengulas tentang ramai pemimpin PAS tidak bertanding di negeri masing-masing tetapi sebaliknya bertanding di Kelantan dan Terengganu, Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS ustaz Zulkifli Muhammad yang terus meletakkan jawatannya sebagai Pensyarah Kolej Islam Malaya untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen pada 19 Ogos 1959 di Bacok Kelantan meninggalkan tempat tumpah darahnya di Kuala Kangsar Perak, mengatakan:

PAS berjuang kerana bangsa Melayu dan agama Islam, dan tidak berfaham kedaerahan dan kenegerian, maka itulah sebabnya pemimpin PAS berani dan sanggup berdepan dengan rakyat di mana saja.”

Dikatakan juga pertarungan ini merupakan pertarungan sengit, kerana turut terlibat banyak parti-parti politik dan tokoh-tokoh berkelibar. Nampaknya kali ini PAS lebih bersedia dari pilihan raya 1955, jenteranya lebih kemas dan jelas terbukti dengan aktiviti-aktiviti serta manifestonya yang diedarkan kepada pengundi-pengundi. Antara kata pengantar manifesto itu berbunyi:

Persatuan Islam Se Tanah Melayu mengumumkan bahawa ia akan menjalankan pemerintahan berdasarkan Islam dan pemerintahan yang akan dijalankan dengan penuh bijaksana, keadilan dan kemajuan yang akan membawa kepada kemakmuran hidup, keamanan dan perdamaian bagi seluruh rakyat negeri ini.

Radio Malaya pun telah mengadakan satu program khas, di mana setiap parti politik besar yang akan bertanding diberikan peruntukan masa untuk menerangkan dasar-dasar perjuangan parti masing-masing. PAS melalui Ustaz Zulkifli Muhammad dalam ucapannya di radio, antara lain mengatakan:

Bahawa sekiranya berkuasa kelak, PAS akan mensederhanakan perbelanjaan negara, dan PAS akan mengambil Islam sebagai bentuk masyarakat negeri ini, kerana dalam Islam terdapat jawapan dan huraian kepada masalah yang dihadapi oleh negeri ini.

Seterusnya PAS mengatakan:

Bahawa kelamahan ekonomi rakyat negeri hanya dapat diubah dengan memberikan peraturan ekonomi Islam dan pengundi tidak kira bangsa mestilah memberi sokongan kepada PAS.”

Ada juga penulis-penulis dan pengkaji politk meletakkan ciri-ciri ketokohan kepimpinan sebagai factor yang membawa kemenangan PAS. Menurut golongan itu:

Kemenangan PAS juga dapat diletakkan kepada tokoh penting PAS dan calonnya. Tokoh PAS seperti Dr Burhanuddin, Zulkifli Muhammad, Datuk Mohd Asri dan Othman Abdullah mempunyai identity yang tersendiri dalam pidato dan ketokohan...

Umpamanya di kerusi Parlimen Bacok, calon PAS Ustaz Zulkifle Muhammad mengalahkan calon PERIKATAN Nik Man Ali dengan majority agak besar, iaitu sebanyak 10,119 undi. Ustaz Zulkifli mendapat 13,880, manakala Nik Man Ali 3,761 undi sahaja. Undi rosak sebanyak 231, dan peratus keluar mengundi ialah 70%. Di Perak PAS memenangi satu kerusi tunggal di DUN Gunung Semanggul melalui calunnya Ustaz Baharuddin Abdul Latif.

Tetapi bagi kerusi DUN Terengganu, pemerintahan PAS hanya oleh bertahan selama 2 tahun sahaja, setelah kalah dalam suatu usul undi tidak percaya kepada kerajaan PAS Terengganu. Ini terjadi apabila ada ADUN yang memenangi 13 dari 24 kerusi itu, ‘melompat’ atau disifatkan sebagai ‘dibeli’, atau ‘culik’ oleh UMNO. Ini menjadikan PAS dan UMNO sama kuat untuk memerintah negeri Terengganu. 12 lawan 12 kerusi.

Tetapi malangnya, seorang lagi ADUN PAS yang menjadi undi penentu kepada usul tidak percaya itu, iaitu Ustaz Ahmad Azam, tiba-tiba bertukar menjadi anggota bebas telah menyokong usul tersebut. Dengan menyokong usul itu, Ahmad Azam telah berjaya menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Dua tahun adalah masa yang begitu singkat dan memang tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS bagi meninggalkan suatu perubahan yang nyata dari segi pentadbiran dan juga dasar negeri di Terengganu.

Perhatian:

Setelah terbit buku ‘1990-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?’ pada tahun 1993, saya penulis (Ibnu Hasyim semasa menjadi YDP PAS kawasan Balik Pulau, Ketua Lajnah Ekonomi PAS Negeri Pulau Pinang, AJK Lajnah Ekonomi PAS Pusat dan AJK Kelab Professional & Ushawan PAS Pusat) mendapat arahan dari PAS Pulau Pinang (waktu itu Pesuruhjaya PAS Negeri Pulai Pinang adalah Ustaz Hamdan Abdul Rahman) supaya menemui Ustaz Ahmad Azam (waktu itu masih menjadi pimpinan Persatuan Ulama Malaysia) untuk dapatkan maklumat sejarah PAS Pulau Pinang.

Ahmad Azam menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pertama dan diarahkan oleh PAS Pusat meneroka PAS di Terengganu. Beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS pertama di Terengganu dan berjaya merampas Terengganu dari PERIKATAN dalam PRU ke 2 1959, dengan mendapat 13 dari 24 kerusi DUN. Apabila 1 kerusi dirampas PERIKATAN, maka tinggal 12 lawan 12, sama kuat.

Saya masih ingat kata beliau kepada saya, kira-kira… “Saya tidak menjadi anggota bebas semasa usul undi tidak percaya itu, cuma saya bersikap bebas, tidak mengundi mana-mana pihak.. atas sebab-sebab tertentu….” Sebab-sebab itulah yang sentiasa dibincangkan dengan saya beberapa kali. Saya taarifkan, beliau seolah-olah menyesali apa yang berlaku dan dilakukan terhadap beliau.. Sekian.

Tetapi berlainan dengan PAS di Kelantan, menang dengan majority besar, iaitu 28 dari 30 kerusi yang dipertandingkan. Ini memberi kekuatan kepada PAS untuk bertahan lama, bahkan mungkin mampu mengembangkan pengaruhnya ke negeri-negeri lain. Tetapi menurut tulisan seorang pemimpin UMNO kini:

Keupayaan PAS menguasai suatu wilayah daripada persekutuan yang dikuasai oleh parti lain, iaitu UMNO adalah keupayaan yang boleh dibanggakan. Di negara-negara lain, jarang bagi sesebuah parti yang memerintah suatu wilayah dapat bertahan begitu lama dalam negeri yang diperintah oleh parti lain. Ini adalah kerana kekuasaan kerajaan pusat atau parti pemerintah lebih besar dan lebih berkesan.”

PAS adalah parti Islam pertama yang berjaya membentuk kerajaan di Asia Tenggara ini. Juga merupakan parti Islam pertama selepas kemenangan Ikhwanul Muslimin di Yaman dalam tahun-tahun 40an, yang mampu membentuk kerajaan di mana wilayah-wilayah lain di dunia pertengahan kurun kedua puluh ini tidak mendapat peluang sepertinya.

Ada juga yang mengatakan bahawa kemenangan PAS dalam masa singkat iaitu beberapa tahun sahaja setelah ditubuhkan, merupakan kemenangan pengaruh pondok dan penampungan semangat orang-orang Melayu yang mulai bimbang akan kedudukan mereka akibat dasar pintu terbuka Inggeris. Perkembangan pesat penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan kemasukan Orang Cina dan India juga memarakkan lagi kebimbangan tersebut. Semangat keMelayuan dan rasa bimbang itu masih menebal di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu yang membantu menyebabkan kemenangan PAS.

Menurut Saudara Amaluddin Darus:

Kemenangan PAS di Pantai Timur adalah kemenangan yang menjadi ujian. Kemenangan PAS melalui pilihan raya ala demokrasi di dalam negara demokrasi adalah satu kemenangan yang belum pernah didapati oleh sebarang parti politik Islam di Asia dan Afrika.”

Menurutnya, kemenangan yang dicapai oleh PAS, apabila diketahui oleh pejuang-pejuang Islam di Asia Barat, mereka terperanjat dan ikut bersyukur dengan rahmat Allah kepada Muslimin di negara ini. Mereka terperanjat kerana mereka sedar tidak ada sebuah negara di Asia Barat atau Afrika telah berjaya memberi kemenangan kepada parti politik yang mendukung cita-cita politik Islam. Apalagi untuk menguasai dan memerintah dua negeri dalam sebuah persekutuan.

Sebenarnya bukan itu saja, pengaruh pondok adalah merupakan pengaruh Islam. Pondok-pondok merupakan benteng yang mempertahankan aqidah Islam di Tanah Melayu. Apabila Tok-tok Guru pondok telah memberi sokongan bulat kepada PAS, maka rakyatpun mudah terpengaruh untuk menyontohinya. Seperti yang berlaku kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari Pondok Bunut Payung di Kelantan, kemenangan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin dan lain-lain.

Penilaian terhadap kerajaan PAS di Kelantan mestilah dilihat secara objektif dan menyeluruh. Terutamanya dari segi cabaran yang dihadapi dan kesukaran melaksanakan cita-cita politiknya dalam masyarakat yang telah lebih 400 tahun dijajah. Segala institusi dan struktur pentadbiran kerajaan serta system pendidikan, telah dirombak dan dicernakan menurut cernaan penjajah. Bahkan dalam keadaan pendukung-pendukung parti sendiri kurang mempunyai persediaan yang lengkap, kecuali persediaan aqidah dan ideology keIslaman.

Selain dari itu hubungan luar boleh dikatakan tidak ada, dan kemenangan sebuah parti Islam seolah-olah tidak langsung disedari oleh gerakan Islam yang lain di dunia. Ini menyebabkan kemenangan itu kurang dimanfaatkan sepenuhnya oleh gerakan-gerakan Islam lain. Sedangkan tentangan dan cabaran daripada kuasa sekularisme yang menguasai Kerajaan Pusat adalah besar dan kuat. Mehnah-mehnah telah berlaku dalam mempertahankan kerajaan yang telah dicapai itu.

Kemenangan itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk Islam bukan kerana tawassur atau aqidah penyokong yang tidak jelas. Bahkan pendekatan politik mereka sesuai dengan keadaan tempat dan masa tanpa mengorbankan prinsip keIslaman yang mereka dukung. Ini merupakan suatu pendekatan yang maju sehingga berjaya menempatkan PAS di tempat yang penting di dalam pergolakan menentukan haluan negara.

Tulisan-tulisan tokoh-tokoh PAS masa itu membuktikan tawassur dan gambaran mereka tentang Islam adalah sama dengan tawassur atau gambaran harakah Islam kini. Ini adalah kerana mereka mengambil dari sumber yang sama. Juga pendukung-pendukung PAS menerima percikan tarbiah dari gerakan Islam antarabangsa terbesar seperti Ikhwanul Muslimin. Bahkan antara mereka juga mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh Islam awalan.

Ketidak upayaan PAS mengambil peluang kemenangan itu untuk mengisi tuntutan Islam yang syumul dianggap lebih penting dari persoalan berkaitan dengan tawassur dan aqidah. Penghayatan Islam secara syumul dan perlaksanaan tuntutannya dalam masyarakat dan negara tidak memadai dengan adanya tawassur jelas dan syumul sahaja. Ia memerlukan kekuatan maddiyah dan ma’nawiyah, kecekapan dan kepakaran, ilmu dan pengetahuan yang telah wujud sebelumnya, sebagai persiapan sempurna untuk digerakkan, di saat-saat kemenangan dapat dicapai.

Demikian pula persiapan pendukungnya untuk mencapai cabaran dari musuh yang sentiasa berkerja keras untuk memastikan kegagalan parti Islam memenuhi tujuannya. Pengaruh pemikiran barat dan mentaliti colonial masih bertapak dengan kukuh se waktu PAS mengambil alih kekuasaan. Sukar didapati di kalangan pegawai-pegawai kerajaan, yang mempunyai gambaran sempurna tentang Islam dan keupayaan membantu pemimpin-pemimpin politik mengendalikan urusan negara berlandaskan Islam. Sedangkan pemimpin-pemimpin politik pula hanya sekadar mempunyai tawassur tentang Islam.

Apabila melibatkan persoalan teknik yang detail dan terperinci, mereka tidak berupaya menyelesaikannya menurut Islam. Ini menyebabkan penghayatan Islam sebagai satu system tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Kepakaran dari luar negara tidak dapat diperolehi dengan mudah pada masa itu, adalah disebabkan oleh beberapa halangan:

1..Kerana PAS sendiri tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan harakah Islam di luar negara.

2..Kerana harakah Islam luar negara itu juga tidak menyedari bahawa satu jamaah Islam telah berkuasa di sebuah wilayah di Malaysia.

3..Harakah Islam yang terkenal seperti Ikhwanul Muslimin sedang menghadapi mehnah yang sukar diadakan hubungan dengannya.

4..Untuk mendapat kepakaran luar, perlu berurusan dengan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh golongan secular.

5..Kesedaran untuk mendapatkan tenaga kepakaran itu sendiri tidak mendalam di kalangan pemimpin PAS waktu itu, kerana kepakaran itu sendiri masih diragukan wujudnya.

Kemenangan PAS tersebut adalah merupakan suatu peluang ke emasan yang telah diperuntukkan oleh Allah SWT kepada PAS, supaya dipergunakan base dari Pantai Timur menuju kemenangan yang dijanjikan kepada hambanya yang beriman dan beramal sholeh. Menurut saudara Amaluddin Darus lagi:

Saya telah mengingatkan teman-teman, bahawa sekalipun seribu tahun PAS menguasai Pantai Timur tidak akan membawa kejayaan kepada cita-cita perlaksanaan politik Islam, kecuali PAS menguasai Kuala Lumpur. Yang demikian, base di Pantai Timur adalah merupakan pengkalan bersiap dan bertolak ke arah menguasai Kuala Lumpur yang bermakna menguasai negara Malaysia.

Bagi beliau, kemungkinan PAS menguasai Kerajaan Pusat bukanlah suatu perkara yang mustahil. Cuma untuk mencapainya hendaklah bersabar, meluaskan dakwah dalam dan luar PAS, supaya dasar, program politik, ekonomi serta social yang diperjuangkan oleh PAS dapat difahami oleh rakyat negara ini, secara menyeluruh. Kesempatan boleh datang dan pergi dengan tiba-tiba. Jika digunakan dengan kesedaran dan kesungguhan, tidak syak lagi bahawa manusia di Malaysia dapat menerima PAS dan konsep Islam yang sememangnya diberi oleh Allah sebaik-baik petunjuk dan peraturan hidup.

Oleh kerana masyarakat Melayu terdiri dari berbagai keturunan dan bahasa, maka penyampaian perutusan Islam oleh PAS dalam berbagai bahasa adalah perlu, dan perbuatan-perbuatan contoh iaitu hidup sederhana di antara rakyat yang sebahagian besarnya miskin adalah sebaik-baik teladan dan bukti bicara kepada semua manusia di Malaysia untuk memahami kebaikan Islam dan kejujuran pemimpin-pemimpinnya.” Jelas Amaluddin.

Demikianlah antara penilaian-peilaian terhadap kemenangan, tribulasi dan halangan, serta masalah-masalah yang dihadapi oleh Parti Islam pertama di Asia Tenggara membentuk kerajaan di pertengahan kurun ke 20 ini.

Tambahan:

Tuan Guru Haji Bidin: Pengasas PAS Terengganu
Dilulus terbit pada Thursday, December 04 @ 20:34:05 MYT oleh TokBatin (Tranungkite Online) Oleh Mohd Fadli Ghani

 PAS Terengganu telah mengadakan sambutan Jubli Emasnya di Dungun dua tahun lalu. Sambutan ini dibuat di tempat ia ditubuhkan iaitu Surau Haji Bidin, Sura Gate. Kira-kira 50 tahun sebelum itu, iaitu pada 6 Julai 1956, satu perjumpaan 24 orang pemuda Islam telah diadakan di surau ini yang dikenali juga sebagai Madrasah az-Zainiyah dengan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Bidin.

Dalam perjumpaan ini, cawangan PAS yang pertama di Terengganu telah berjaya ditubuhkan dan dinamakan sebagai PAS Cawangan Dungun dengan Tuan Guru Haji Bidin sebagai Yang Dipertuanya. Inilah bermulanya sejarah PAS Terengganu sebelum ia menjadi kubu kuat PAS hari ini.

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.

Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi dan Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayah Mursyidul Am PAS).

Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun. Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.

Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. Ketika menjadi imam di sini, Haji Bidin telah berhadapan dengan beberapa masalah amalan khurafat dan ajaran sesat, tetapi berkat usaha gigihnya, beliau berjaya mengatasi masalah ini.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin mengajar beberapa cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam seperti fiqh, hadis, nahu, tafsir, balaghah, mantiq dan lain-lain. Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah Matan Ajrumiah, Azhari, Qatr, Syuzuz al-Zahab, Ibnu Aqil, Asymuni, Sittin, Fathul Muin, Tahrir, Mahalli, Iqna?, Fathul Wahab, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibni Ibad, Iqaz al-Himam, Jauhar al-Mauhub, Siyarus Salikin dan lain-lain.

Beliau juga berjaya melahirkan ramai murid yang terkenal termasuk Ustaz Omar Shukri Embong (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Ustaz Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen Dungun yang juga pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau juga dikatakan boleh mengangkat kayu besar seorang diri. Cerita-cerita kekeramatan beliau ini telah menyebabkan beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Kerana gurunya seorang yang minat politik, Haji Bidin turut mewarisi minat ini di mana beliau semenjak di Kenali lagi sudah mula menulis dalam akhbar Majlis. Beliau tertarik dengan perkembangan politik di Istanbul tetapi keras menolak fahaman sekular yang dibawa oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Sejak muda, kecenderungan beliau adalah politik Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Tetapi pada peringkat awal, beliau menyokong Umno untuk menghalau British, bahkan turut berkempen dalam pilihan raya 1954 untuk menyokong Ustaz Mohd Taib Sabri menentang calon Parti Negara. Tetapi pada 1956, setelah PAS mulai berkembang, Haji Bidin bersetuju dengan gagasan politik yang dibawa oleh Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, Datuk Mohd Asri Muda.

Atas usaha gigih beliau mengumpulkan pemuda-pemuda yang berminat dengan politik Islam, maka satu perjumpaan diadakan di suraunya di Sura Gate. Hasilnya, PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan sebagai cawangan pertama di Terengganu. Haji Bidin diberikan amanah sebagai Yang Dipertua PAS Dungun untuk satu tempoh yang lama. Beliau melepaskan jawatannya pada 1971 kerana uzur, tetapi terus komited dengan perjuangan PAS.

Enam tahun kemudian, iaitu ketika muridnya yang juga anak saudaranya, Ustaz Abdul Wahab Yunus sedang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Bidin telah jatuh sakit dan meninggal dunia di rumah anaknya, Haji Anuar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun. - tajdid _

Friday, January 23, 2009

Bunuh Tahanan? Sokong Tubuh Pasukan Siasat Bebas.. Dr Mohd Hasyim

By Asyok Kumar

IBNU Hasyim, seorang blogger atau nama sebenar Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang bersetuju dengan cadangan anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam agar Polis menubuhkan badan bebas untuk siasat kejadian kematian tahanan kerana ianya melibatkan insiden yang berlaku dalam premis Polis dan mangsa sedang ditahan ketika itu.


“Melihat laporan berita berhubung kematian A. Kuhan, 23 semasa masih ditahan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya (lihat http://www.ibnuhasyim.com/ Thursday, January 22, 2009 Misteri Kematian Di Lock up Subang Jaya?), masyarakat digambarkan seolah-olah pihak polis terlibat dalam kes pembunuhan tahanan, walaupun berita malam tadi pihak polis telah membuat penafian, mendakwa kematian mangsa adalah disebabkan oleh penyakit asma dan paru-paru berair, yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.” Jelas beliau ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu dalam web Tranungkite pagi ini, telah menyiarkan tulisan Herman Samsudeen menceritakan pengalamannya yang pernah dipukul di dalam lokap.

“SAYA dan beberapa teman lain juga pernah ditahan dan dimasukkan dalam lokap kerana sertai demontrasi satu ketika dahulu. Ketika dalam lokap kami dipukul oleh sekumpulan tahanan. Selepas memukul kami mereka pergi pula ke sel lain yang berhampiran dan memukul tahanan lain hingga kepala orang itu berdarah. Walaupun kumpulan itu mengatakan bahawa mereka juga tahanan seperti kami tetapi lagak mereka amat mencurigakan kerana mereka mempunyai semua kunci sel yang ada dalam lokap itu.

Ini bermakna mereka boleh pukul sesiapa sahaja yang mereka mahu.
Setiap pagi juga, merekalah yang mengagihkan makan pada semua tahan. Pendek kata polis hanya berada di pintu lokap sahaja. Apa yang berlaku di dalam lokap dikawal oleh ‘tahanan tiruan’ ini. Kami syak mereka juga polis kerana dalam setiap sel ada cctv, tetapi setiap kali mereka menyerang tahanan lain tiada seorang polis pun datang meleraikannya.

Selain itu, saya juga sering dengar cerita dari sahabat-sahabat lain yang pernah ditahan lebih dari satu malam. Mereka juga dibelasah teruk. Sama ada cerita mereka benar atau tidak saya tidak tahu. Tapi kita juga sudah pernah lihat bagaimana Polis bertindak ganas secara terbuka semasa perhimpunan membantah kenaikkan harga minyak di KLCC, perhimpunan penduduk di Cheras dan juga tragedi Batu Buruk.” Demikian Tulis Herman Samsudeen.

"Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!" Jelas Dr Mohd yang juga mahu menjaga nama baik pihak polis di negara ini. (AK)

Thursday, January 22, 2009

Obama Lawan Osama, Kita Di Mana?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

Obama memakai lebai orang Yahudi.


MENARIK juga, saya terima e-mail dari Azrinizam Ibrahim, Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM) bertajuk ‘Hati-hati... Barrack Obama boneka Israel!’. Begini bunyinya…

BARRACK Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel ? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ? Pertama, Obama memakai Yarmulke , lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel .

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan . Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel ) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff . Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Klik sini

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel : Our strongest ally in the region and its only established democracy . That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan "makan dalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Berhati-hatilah kita...”

Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden


Saya bersetuju pandangan beliau, dan saya pernah menyiarkan dalam web ini kenyataan ‘Friday, December 5, 2008 Pesanan Syeikh Aiman Kepada Obama..DR Ayman Al-Zawahiri adalah orang nombor dua dalam pergerakan mujahidin Al-Qaeda, sesudah Osama Laden yang dituduh pengganas oleh Amerika. Ada 6 pesanan, membuktikan bahawa pertembungan hebat antara dua pemikiran ini terus perpanjangan. Ditambah lagi kenyataan Azrinizam Ibrahim, Presiden GPMM ini. Soalnya, pandangan negara kita di mana? Beranikah pemimpin berjiwa kerdil melawan mereka? Kalau tidak kerdil pun mereka sudah masuk ke blok ‘boneka Israel’ macam Mesir dan kuncu-kuncunya dalam masalah Palestin sekarang?

Teringat saya, suatu masa dulu ramai rakyat Malaysia berbisik-bisik memperkatakan mengenai hasrat Amerika Syarikat hendak menyerang Iraq… Ada ahli-ahli parlimen kita kononnya bermaufakat di luar dewan bersetuju untuk berbincang dan menyatukan suara membantah serangan Amerika tersebut di parlimen. Tetapi tiba-tiba tak jadi.. Rupanya, Presiden Amerika telah mengarahkan sendiri PM melalui telefon supaya jangan bertindak begitu.. Itu satu contoh. Jadi dalam pertarungan Obama dengan Osama ini, kita di mana? Di pihak Rasul, Yahudi & Musyrikin atau munafik?

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai.
Jan22, 3009. KL.

Siapa Dapat Bantu Usaha Dakwah Kami Di Rusia?

Masjid Soltan merupakan sebuah masjid di Kazan, Rusia. Dibangunkan tahun 1868 dengan bantuan peniaga Cihanşa Ğosmanov. Tahun 1931 masjid ini ditutup oleh Soviet. Pada 1994 masjid dibuka kembali.

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

SELEPAS paparan catatan santai ‘Friday, August 29, 2008 Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam? melalui e-mailnya kepada Ibnu Hasyim, yang tidak mahu namanya disebutkan, telah disambut oleh FMM (Nov11, 08). Beginilah kata-kata dan harapan beliau itu..

“Asalamualaikum. Saya nak respon artikel saudara berkenaan kumpulan mafia Islam, di sebuah universiti di Russia. Masjid /surau tersebut sebenarnya adalah bekas stor/bilik memasak di hostel kami. dan sehingga hari ini status masjid/surau tersebut masih non-legal.. Alhamdulillah, semenjak beberapa tahun,pihak pengurusan hostel sanggup toleran pasal benda ni. Sebenarnya hampir setiap tahun masjid/surau ini telah diarahkan untuk di tutup dan baru je beberapa minggu lepas, Rektor Universiti telah keluarkan notis untuk kosongkan serta merta surau/masjid ni.

Memang sudah pasti, ada yang tidak puas hati bila kumpulan-kumpulan Islam kat sini dapat kemudahan macam ni kat hostel. Student-student Islam kat sini sebenarnya telah berhempas pulas sejak sekian lama untuk pertahankan masjid/surau ni. Tapi masjid/surau yang ada kat Moscow ni sangatlah sedikit berbanding jumlah gereja & lain-lain tempat ibadah kuffar. Untuk pengetahuan, dekat dengan kawasan tempat tinggal kami ni ada 1 gereja besar. Plan awal sebelum pembinaan gereja ni sebenarnya adalah untuk mendirikan masjid. Tetaip, penduduk kawasan ni menentang pembinaan masjid dan mahukan ianya djadikan sebuah gereja. mungkin saudara sedia maklum. Dah banyak masjid lama kat sini yang telah di tukar kepada church dan gudang-gudang serta muzium.

Oh ya, saya nak tanya, ada tak siapa-siapa kenalan saudara yang boleh dikenalkan di sini? Untuk membantu aktiviti-aktiviti dakwah kat sini.. Kami berharap dapat menembusi civilian, masyarakat Russia.. Membawa risalah tauhid.. Kalau kami dapat Islamkan penduduk Russia, insyaallah Islam akan bangkit di sini, dan kita semua dapat pahala..., kan?

Dan kalau ada maklumat-maklumat yang mungkin boleh bagi manfaat untuk dakwah kat sini, kongsi-kongsi lah ek..... Itu saja untuk kali ini. Sebelum tu, boleh berkenalan tak?”

Demikian FMM. Maaf, kami jawab agak lambat, kerana terpaksa mendapat restu dari Gadis Rusia itu. Apa lagi bagi yang ingin berkenalan dengan gadis itu. Kami paparkan tulisan ini bertujuan kepada sesiapa yang ingin berkenalan dan membantu usaha dakwah mereka, sila hubungi kami seterusnya. Sekian, As-salamu ‘alaikum.

Ibnu Hasyim
Jan22, 2009 KL.

Sila rujuk tulisan berikut dalam blog ini:

1.. Friday, August 29, 2008 Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam?
2…November 17, 2008 8: Monday, September 1, 2008 Gadis Rusia: Mengapa Aku Minat Sejarah Islam?
3…Thursday, September 4, 2008 Gadis Rusia: Di Tebing Sungai Volga..

YB Balik Pulau, Penjelasan..

BY ASYOK KUMAR

PIHAK kami (Ibnu Hasyim.com) menerima e-mail dari En Juraimi Zainal komennya mengenai ‘Kelas Bahasa China’ kepada MUAFAKAT, baru semalam dihantarkan kepada kami. [‘Posted by Juraimi Zainal to MUAFAKAT@Balik Pulau at January 21, 2009 5:15 PM’].


Pihak kami mengucapkan terima kasih. Demi suatu penjelasan yang adil atas komen-komen Ibnu Hasyim sebelumnya, kami kemukakan salinannya dari http://yusmadiyusoff.blogspot.com/

Monday, November 3, 2008 Kelas Bahasa Cina













Hari Sabtu lepas bermula kelas Bahasa Cina di Akademi Rakyat yang dikendalikan oleh seorang bekas guru yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa JKKK Sungai Pinang. Kehadiran masyarakat Melayu untuk sama-sama belajar bahasa yang amat berpengaruh di iklim ekonomi sejagat sekarang amat menarik minat saya. Tahniah Cikgu! Posted by Yusmadi Yusoff

5 comments:

shahdeliklau said...

Inilah perubahan yang aku nantikan..Masya Allah...Ok keep it up...Sebelum ini tiada siapa yang peduli pasal bahasa yang paling banyak penuturnya. November 4, 2008 2:06 AM

namiaz said...

YB Yusmadi, ada soalan:
1. bahasa yang di ajar tu bahasa lisan ka atau bahasa penulisan?
2. bahasa Hokkien ka atau Mandarin?

Walauapapun, tahniah diucapkan kerana mampu untuk dapatkan guru dari kalangan Cina untuk mengajar...Muafakat nampaknya berjaya.

YB, apakata kalau YB juga usahakan projek perintis (pilot) seperti kedai runcit atau projek pertanian berasaskan kepada konsep muafakat juga antara orang Cina dan orang Melayu? Saya rasa orang Cina boleh bantu transfer sikap disiplin dan kesungguhan kerja, juga bantu membuka peluang pemasaran dan mendapatkan sokongan bekalan bahan dan orang Melayu boleh memanfaatkan sunmber sokongan modal diperuntukkan kpd bumiputra melalui pelbagai agensi maka kedua-dua boleh mengusahakan business dan kongsi untung/rugi dari pendapatan/modal secara mudarabah.

Bab pekerja2 terutamanya pertanian saya rasa boleh rekrut remaja dari SMK Sri Balik Pulau atau mana2 sekolah menengah dalam bahagian YB yang memang akan tercicir (mula rekrut mereka2 yang di kalangan tingkatan 4 sahaja) sebab lemah dari segi pencapaian akademik. Penegetua sekolah saya pasti akan membantu untuk menyelamatkan pelajar2 berkenaan sebelum mereka "graduate" selepas SPM.

Hanya satu cadangan.

Terima kasih wassalam. November 7, 2008 8:20 AM

namiaz said...

Saya mencadangkan pelajar yang mungkin tercicir tu diambil terlibat hanyansanya kerana untuk memberi pendedahan dan latihan usahawan...sambil mengharapkan ini dapat menyegarkan outlook kehidupan mereka. Dari pengamatan saya, pelajar2 lembab dan lemah selalunya menghadapi penyakit atau sindrom 'boredom' (rasa jemu atau jemuan dengan kehidupan seharian yang tidak produktif dan penyakit ini juga sedang melanda dengan hebat sekali OKU-OKU dan orang-orang tua Muslim yang tidak gemar ke mesjid!).

Please help them get lives; Muslims/Melayu or not.

Salam. November 7, 2008 9:27 AM

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah YB Balik Pulau.. November 11, 2008 6:48 PM

Juraimi Zainal said...

Keep it up with the good work Bro.. Rakyat sentiasa menilai service yang anda laku kan ditempat anda. Jgn putus semangat.. Sy doa kan tuan berjaya... January 21, 2009 5:15 PM

Misteri Kematian Di Lock up Subang Jaya?

By ASYOK KUMAR


RAMAI yang bertanya Ibnu Hasyim.com mengenai peristiwa di atas. Antaranya peristiwa tersebut disiarkan oleh Berita ‘National Express Malaysia' Wednesday, January 21, 2009 Death in Custody KUGAN A/L ANANTHAN 22 years old boy at Subang Jaya Lock up, seperti berikut:























Brutal murder by the PDRM.

DEATH IN CUSTODY
21/1/09, Wednesday, Family of KUGAN A/L ANANTHAN will lodge police report at IPD Subang Jaya, (Section 8) with S.JAYATHAS Police Watch Malaysia, Lawyer N.Surendran, Kapar MP YB.Manikavasagam and Makkal SAKTHI.
PLEASE COME, PLEASE SMS TO ALL TO COME.

S.JAYATHAS
COORDINATER
POLICE WATCH MALAYSIA

Komen:
Apakah kematian ini suatu misteri? Rakyat Malaysia ingin tahu penjelasan sebenarnya. Sama-sama kita tunggu jawapan lanjut seperti yang dijanjikan oleh pihak berwajib dalam berita tv3 malam tadi... (AK).

Wednesday, January 21, 2009

Mengapa Dikatakan HAMAS Menang?

Ibnu Hasyim Catatan Santai:

WALAUPUN Gaza musnah dibom dan ribuan ramai rakyatnya mati kebanyakan orang awam, namun HAMAS dikatakan menang. Dua sebab, pada pandangan saya…

Pertama:

Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut:

80 tentera Israel terbunuh (paling kurang).
49 terbunuh secara langsung.
48 syahid di kalangan pejuang Briged Qassam.
Menjatuhkan pesawat peninjau tanpa pilot.
Menembak 4 helikopter.
Memusnahkan 47 kereta kebal dan kenderaan tentera.

Melancarka 980 roket dan misil ke arah bandar-bandar Israel.
Tiada seorang pejuang pun yang ditangkap.
Meletupkan 79 bom ke arah tentera Israel.
Menembak hendap 53 orang tentera Israel.
Melancarkan 12 serangan hendap.
Bertempur secara berdepan 19
kali.
Menawan tentera-tentera Israel sebanyak 2 kali, dan semua tentera yang ditawan sudah dibom oleh jet pejung Israel.
Melancarkan satu serangan berani mati ke atas kereta kebal Israel.
Menghentikan serangan, dan memberi masa seminggu kepada tentera Israel supaya keluar dari bumi Gaza (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak).

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Israel pula tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan HAMAS. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata-senjata diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:


"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”

Ulasan:

Pasukan Briged Qassam dan briged-briged lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dari bumi mereka. Israel pula tidak Berjaya, kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel) yang mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap HAMAS. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang HAMAS tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1,300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak-kanak dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5,000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel.

Sabda Nabi SAW:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya:

“Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yang berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanyalah buih-buih yang lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam, menyebarkan dan memperjuan

gkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku ‘Al-Quds Qadiyyah Kullu Muslim’ oleh Qardawi. Dikutip dari http://akhisalman.blogspot.com/

Kedua:

Dalam perjuangan Islam, apabila kita meletakkan perjuangan kita sesuai dengan apa yang dikehendaki agama, maka samada kita kalah atau menang dalam pertarungan di dunia ini, itu adalah suatu kemenangan. Apalagi kalau kita syahid, kita sudah dipilih Allah SWT yang menganugerahkan kemenangan yang lebih besar lagi! Dua kali menang!!

Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin yang sentiasa mencari helah untuk mengelakkan dari perang dan mati syahid dengan berbagai alasan, termasuk alasan pengganas, bahkan sanggup menjadi boneka musuh-musuh Allah? Nak boikot barang Yahudi dan AS pun tak sanggup dengan berbagai alasan? (Sila rujuk Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih mengenai jihad, mati Syahid atau bersekutu dengan musuh-musuh Allah.)

Sekian. Wallahu ‘aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Jan21, 2009 KL.

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT


MENEMBAK 4 HELIKOPTER


MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA


MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL


TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.


MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.


MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL


MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI


MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.


MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails