Feb3, 2009. Terowong Gaza-Tebing Barat dicadangkan sepanjang 48 km akan kekal di bawah Israel.. Ibnu Hasyim Catatan Santai:
Anak ketua HAMAS...
WALAUPUN tidak guna nama sebenar memberi komen atas tulisan ‘Tuesday, February 3, 2009 ‘Brain wash’ Anak Ketua Hamas Jadi Agen Yahudi/Kristen..’, bunyinya..
“Anonymous said... Pak Ibnu. Sepintas lalu saya baca.. 1. Tiada bukti bahawa anak ketua Hamas tu agen Yahudi, sedangkan di Eropah pun Kristian dengan Yahudi tak berapa ngam. 2. Kalau betul dia agen Yahudi fasal apa Pak Ibnu sanggup panjangkan lagi ceritanya, sedangkan blog-blog lain di Malaysia ramai yang tak buat begitu. 3. Pak Ibnu kena beri penjelasan lebih panjang sikit, supaya pembaca naik menyampah dengan sikap anak ketua Hamas itu. 4. Kenapa Pak Ibnu tak siarkan siri lanjut ke 3, Apakah kerana dia lebih teruk hentam Islam? Patutkah dibiar begitu sehingga lebih ramai lagi mencari dan baca sendiri? 5. Maaf, hal ini hanya sekadar membuka minda, untuk kebaikan bersama.. February 3, 2009 1:09 PM”
Maka saya siarkan sambungannya… Saya gunakan tajuk ini kerana ada pendapat mengatakan, “Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut ‘kibbutz’. Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?” Lihat dalam blog ini ‘Thursday, January 22, 2009 Obama Lawan Osama, Kita Di Mana?’
Melihat kepada Mosab Hassan Yousef , disebut-sebut sebagai seorang anak muda luar biasa dengan kisah hidup yang luar biasa pula. Dia adalah putera seorang pemimpin berpengaruh HAMAS di Tebing Barat Palestin yang diragut dari sebuah keluarga Islam yang taat. Sewaktu ditemuramah beberapa bulan lepas (Oleh Avi Issacharoff 31/07/2008), usianya berumur dalam 30an, ia menghadiri gereja evangelis Kristian di Barabbas Road, San Diego, California. Ia murtad dari Islam, meninggalkan keluarganya di Ramallah dan sedang mencari suaka di AS.
Pada saya wawancara eksklusif dengan FOX News ini, adalah termasuk dalam projek awal puak Zionis menggunakannya bagi menyerang Islam dan pertubuhan sah yang dapat sokongan majority rakyat Palestin dalam pilihan raya lalu, iaitu HAMAS. Sila renung temuramahnya dengan Jonathan Hunt dari Fox News.
JH (Jonathan Hunt): Mengapa, setelah 25 tahun, anda berubah?
MHY (Mosab Hassan Yousef): Saya percaya bahawa semua tembok yang didirikan Islam selama 1400 tahun terakhir ini tidak lagi eksis. Mereka tidak mengakui ini. Mereka mendirikan tembok-tembok ini dan membiarkan orang bodoh kerana mereka takut. Mereka tidak ingin orang membahas apapun tentang realiti Islam, tentang pertanyaan-pertanyaan penting mengenai Islam dan mereka meminta kepada para pengikut mereka, 'Jangan tanya tentang hal-hal tertentu itu.'
Tapi kini, orang sudah memiliki media. Jika seorang ayah mengurung puterinya dirumah, puterinya akan duduk dibelakang komputernya dan melancong keseluruh pelosok dunia (via internet). Jadi, orang ramai boleh dapatkan informasi, pengetahuan, searching engines, dengan mudah bagi siapapun untuk mempelajari Islam, dan agama-agama lainnya. Tidak dari sudut pandang Islam sahaja, namun dari sudut perspektif lain. Jadi dalam 25 tahun nanti, ini jelas akan membawa perubahan besar dalam dunia Arab dan Muslim.
JH; Anda berbicara dari sebuah perspektif unik, sebagai lelaki yang tidak saja dibesarkan dalam keluarga Islam tetapi sebagai sebahagian dari organisasi yang dianggap sebagai kekuatan ekstrim dalam Islam, HAMAS! Apakah realiti Islam? Kau mengatakan orang tidak melihat realitinya; Apa realiti Islam itu?
MHY: Ada dua fakta yang tidak difahami oleh Muslimin... Saya perkirakan, lebih dari 95% Muslimin tidak mengerti agama mereka sendiri. Islam muncul dalam bahasa yang jauh lebih keras daripada bahasa yang digunakan Muslimin sekarang, sehingga mereka tidak tahu .. mereka hanya bergantung diri kepada para ulama untuk mendapatkan pengetahuan tentang agama ini. Kedua, mereka tidak tahu apapun mengenai agama-agama lain. Masyarakat Kristian yang hidup sebagai minoriti dalam sebuah masyarakat majoriti Muslimin lebih memilih untuk tidak bercakap mengenai Jesus Kristus kerana itu terlalu bahaya bagi mereka.
Jadi, semua pandangan Muslim mengenai agama lain dibumi ini hanya datang dari sudut pandang Islam. Nah, realiti inilah yang tidak difahami kebanyakan orang! Jika orang itu, jika Muslimin, mulai tahu agama mereka dan melihat kandungannya yang mengerikan itu, mereka akan mulai tahu bagaimana ini semua terjadi ... kerana kebanyakan ulama hanya berfokus pada hal-hal tertentu dari Islam. Ini kerana mereka sangat malu untuk membahas hal-hal yang luar itu.
JH: Contohnya?
MHY: Saperti isteri-isteri Muhammad, misalnya. Kau tidak akan pernah mendengar khutbah di mesjid mengenai isteri-isteri Muhammad, yang mungkin lebih dari 50 orang itu, walau tidak ada satupun yang tahu, by the way. Tanyalah sendiri kepada majoriti Muslimin, dan mereka tidak tahu menahu mengenai fakta ini. Jadi, mereka malu membahas ini, mereka cuma bercakap tentang kejayaan Islam, kemenangan-kemenangan yang dicapai Muhammad. Tetapi, bila mereka pandang diri sendiri, mereka akan lihat bahawa mereka sebenarnya kalah. Mereka bodoh, tidak dididik, tidak mampu memimpin dunia seperti yang mereka harapkan. Oleh kerana itu mereka ingin kembali kepada masa jaya dengan melakukan apa yang dilakukan Muhammad, tidak peduli bahawa hal itu terjadi 1,400 tahun lalu dan tidak akan berulang lagi.
JH: Apakah mereka ingin menghancurkan agama Kristian?
MHY: Memang, Islam sudah hancurkan Kristian sejak mula lagi, Muslimin tidak mengaku bahawa mereka menusuk hati Kristian dengan mengatakan bahawa Jesus tidak mati di salib. Muslimin menganggap bahawa inilah caranya menghormati nabi Isa. Ini yang dilakukan kaum Muslimin. Mereka tidak tahu bahawa inilah bahagian yang paling penting dari agama Kristen.. Salib! Jadi, mereka berpandangan sempit, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan, dan inilah asal usul segala idea jahat dibelakang agama yang bernama Islam ini!
JH: Apakah peristiwa khusus yang mulai mengubah pendapat anda tentang Islam?
MHY: Sejak kecil saya sudah memiliki sejumlah pertanyaan sulit, bahkan keluarga saya sering mencela saya, 'Kau memang anak keras kepala dan kami susah nak jawab pertanyaan-pertanyaanmu. Mengapa kau tanya yang bukan-bukan? Inilah mulanya. Namun saya merasa bahawa semuanya.. dan ayah saya adalah contoh bagus bagi saya, kerana ia memang orang jujur dan bersahaja, sangat baik terhadap ibu saya dan terhadap kami, dan membesarkan kami dengan prinsip-prinsip pengampunan. Nah, oleh kerana itu saya menyangka semua orang Islam begitu.
Ketika saya berusia 18 tahun, dan saya ditahan orang Israel dan meringkok di sebuah penjara Israel. Tetapi disana HAMAS memiliki kontrol atas anggota mereka didalamnya dan saya melihat HAMAS menyiksa orang dengan sangat parah.
JH: Maksudmu, anggota HAMAS saling menyiksa sesama anggotanya?
MHY: Pemimpin HAMAS! Pemimpin-pemimpin HAMAS yang kita kini saksikan di TV sekarang, dan pemimpin besar, bertanggung jawab atas penyiksaan terhadap anggota-anggota mereka sendiri. Mereka tidak menyiksa saya, tetapi ini tetap sebuah shock bagi saya, melihat mereka menyiksa sesama anggota mereka, menusuk kuku-kuku dengan jarum, membakar tubuh mereka, dan juga banyak yang dibunuh.
JH: Mengapa mereka membunuh orang-orang mereka sendiri?
JH: Kerana curiga bahawa mereka telah bekerja sama dengan pihak Israel.. bekerjasama dengan penjajah Israel melawan HAMAS... Jadi ratusan orang jadi korban. Saya menyaksikan penyiksaan ini selama setahun. Nah, itulah titik perubahan paling besar dalam hidup saya. Saya mulai membuka mata saya. Tetapi saya masih merasa bahawa ada Muslimin baik dan ada Muslimin jahat. Muslim baik, seperti ayah saya, dan Muslimin buruk seperti orang-orang HAMAS ini yang menyiksa rakan-rakan sendiri. Nah, itulah permulaan mata saya terbuka lebar.
JH: Anda berbicara tentang Muslimin baik, seperti ayah anda, tetapi anda tetap saja meninggalkan agama ayah anda. Bukankah kamu boleh jadi Muslim yang baik seperti ayah anda?
MHY: Ya, inilah realitinya. Saya mendalami agama Kristian yang asalnya saya salah faham keseluruhannya, kerana saya mempelajarinya dari sudut Islam, padahal tidak ada satupun yang benar tentang Kristian kalau dipelajari dari sudut Islam.. Ketika saya mendalami Injil perlahan-lahan, ayat demi ayat, saya pastikan dulu bahawa ini kitab Tuhan, pernyataan Tuhan, sehingga saya mulai memandang Injil dengan cara berbeda. Tidak mudah bagi saya untuk mengatakan bahawa Islam adalah salah. Islam adalah ayah saya.
Saya dibesarkan untuk satu ayah, 22 tahun untuk ayah itu.. dan seorang ayah lain datang kepada saya dan mengatakan, 'Maaf, sayalah ayahmu!’ Dan saya tersentak, 'Apa maksudmu? Saya ada ayah saya sendiri, dan dia adalah Islam!' Dan lalu ayah Kristian mengatakan kepada saya, 'Tidak, sayalah ayahmu! Saya berada dalam penjara, dan ini (Islam) bukan ayahmu.'. Ya, itulah yang terjadi. Tidak mudah untuk percaya bahawa (Islam) bukan ayahmu lagi. Jadi saya harus mendalami Islam sekali lagi dari sudut pandang lain untuk menyedari semua kesalahan.
Kesalahan-kesalahan besar nampaknya, tidak hanya terhadap Muslimin, yang nilai-nilainya saya benci... Saya tidak suka tradisi manapun yang hanya menyulitkan kehidupan orang, juga bagi umat manusia. Pada umat manusia! Manusia saling membunuh atas nama Tuhan. Ya, mulailah saya dengan pasti menyimpulkan bahawa problemnya adalah Islam, bukan Muslimin. Saya tidak dapat membenci Muslimin kerana Tuhan mencintai mereka dari permulaan.
Dan Tuhan tidak menciptakan sampah. Tuhan menciptakan orang-orang baik yang dicintaiNya, tapi Muslimin adalah orang-orang sakit (sick), mereka memiliki pemikiran berbeda. Saya tidak lagi membenci mereka tapi saya sangat sedih melihat mereka dan satu-satunya cara bagi mereka untuk berubah adalah dengan mengenal siapa Tuhan dan mana jalan sebenarnya.
JH:Apakah kamu tidak bimbang dengan kenyataan-kenyataan semacam ini, dan mengingatkan latar belakang, kamu akan diperhatikan yang juga boleh meningkatkan kesulitan, kebencian antara Kristian dan Muslim di dunia pada masa ini?
MHY: Ini boleh terjadi kalau seseorang Kristian datang kepada Muslim dan berbicara mengenai realiti Islam. Tetapi Kristian memang sudah ditempatkan dalam daftar musuh mereka anyway, bahkan sebelum mereka membuka mulut mengenai Islam lagi. Jadi, jika kamu pergi kepada mereka sebagai Kristian, Muslim akan langsung merasa tersinggung dan membencimu.. dan ini jelas akan meningkatkan jurang antara kedua agama. Tetapi apa yang membuat orang seperti saya boleh berubah?
Beberapa tahun lalu, ketika saya disana, Tuhan membuka mata dan juga otak saya dan saya menjadi orang yang berubah total. Jadi sekarang, saya boleh melakukan kewajiban ini, kamu sebagai Kristian boleh bantu saya melakukannya, tetapi kamu mungkin tidak sanggup. Muslim kini tidak lagi memiliki alasan, sekarang.
JH: Bagaimana sulitnya proses meninggalkan keluargamu dan rumahmu?
MHY: Ibarat mencabut kulit dari tulang saya, begitu kira-kira. Saya cinta keluarga saya, mereka cinta saya. Dan adik-adik saya seperti putera saya sendiri. Saya membesarkan mereka. Basically, ini keputusan terbesar dalam hidup saya. Saya tinggal semuanya, tidak hanya keluarga saja. Jika kamu memutuskan untuk murtad dari Islam ke Kristian, tidak cukup untuk mengatakan goodbye dan thank you. Tidak cukup!
Kamu juga membelakangi budaya, peradaban, tradisi, masyarakat, keluarga, agama, Tuhan atau apa yang ku sangka sebagai tuhan selama bertahun-tahun! Jadi, ini sangat complicated. Orang menyangka itu mudah, seperti benda kecil. Kini di AS saya mendapatkan kebebasan saya and it's great, tetapi dilain pihak, tidak ada yang boleh mengganti famili... berat sungguh kehilangan family.
JH: Jadi, kau kehilangan keluarga?
MHY: Keluarga saya terdidik dan ini juga sulit bagi mereka. Mereka meminta saya berkali-kali, khususnya selama dua hari pertama, untuk menyembunyikan agama saya yang baru ini dan tidak mengumumkannya di media. Tapi saya diwajibkan Tuhan untuk mengumumkan namanya dan memujanya keseluruh dunia kerana penghargaan bagi saya adalah bahawa ia akan melakukan hal yang sama bagi saya. Jadi, saya lakukan ini sebagai sebuah kewajiban. Saya ingin tahu berapa orang yang dapat melakukan apa yang saya lakukan sekarang ini. Saya belum jumpa satu orangpun. Saya mesti kuatkan diri. Ini cabaran yang sangat besar.
Ini keputusan yang sangat besar dalam hidup saya. Saya tidak main-main. Saya tidak melakukan ini untuk kebahagiaan dunia. Saya melakukannya untuk satu alasan saya: saya percaya. Setiap hari orang menderita kerana kepercayaan yang salah. Saya boleh membantu mengeluarkan mereka dari lingkaran tidak berkesudahan ini... lingkaran yang disediakan syaitan untuk mereka.
JH: Kamu masih sempat bercakap dengan ayah kamu?
MHY: Tak sempat untuk berkomunikasi dengan ayah saya, dia sekarang berada di penjara dan tidak ada telelefon di penjara.
JH: Apakah anggota keluargamu tidak bercerita kepada kamu tentang reaksi ayahmu?
MH: Mereka memang mengunjunginya. Tetapi sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana reaksinya, tapi saya yakin ia sangat sedih tentang keputusan saya ini. Tetapi dia juga akan faham kerana dia tahu saya dan dia tahu saya bukan jenis orang yang mengambil keputusan secara enteng, tanpa kepercayaan kuat.
JH: Apakah kamu semakin menyulitkan posisi diantara sesama anggota HAMAS?
MHY: Jelas! Keluarga saya, termasuk ayah saya harus menanggung beban atas keputusan saya ini. Ini bukan keputusan mereka. Ini keputusan saya, tetapi mereka tetap harus menanggung beban dan saya minta, saya berdoa bagi ayah, semua kakak dan adik saya di gereja ini.. selalu berdoa setiap kali bagi mereka.. Tuhan, bukalah mata mereka, pemikiran mereka, untuk datang kepada Kristus. Dan berikan rahmatMu kerana mereka juga perlu menanggung salib ini bersama saya.'
JH: Ceritakan kepada kami tentang HAMAS dan cara kerjanya. Apakah HAMAS sebuah organisasi Islam yang murni, sehingga dimatamu disitulah kesalahan mereka. Atau ada hal-hal lain dalam HAMAS yang kamu tidak suka? Atau kamu menganggap HAMAS sebuah organisasi baik? Apa arti HAMAS bagi dirimu?
MHY: Ya, dimanapun ada orang baik. Sesungguhnya Tuhan memang menciptakan orang-orang baik. Saya kenal banyak orang yang mendukung HAMAS tetapi tidak pernah terlibat dalam serangan teroris, misalnya. Mereka hanya mengikuti HAMAS kerana cinta Tuhan dan mengira bahawa HAMAS mewakili Tuhan. Mereka tidak tahu sama sekali, mereka tidak mengenal Tuhan yang sebenarnya dan mereka tidak pernah mendalami agama Kristian. Tetapi HAMAS sebagai wakil Islam.. Ini adalah problema besar!
Problemnya bukan HAMAS, bukan orangnya. Akar masalahnya adalah Islam itu sendiri sebagai sebuah idea, sebuah ideologi. HAMAS sebagai sebuah organisasi. Jelas, termasuk pemimpinnya dan ayah saya, mereka bertanggung jawab atas semua kekerasan yang terjadi oleh organisasi itu. Saya tahu mereka menganggap diri sebagai reaksi atas agresi Israel.. Tetapi tetap saja, mereka sebahagian darinya dan perlu mengambil keputusan dalam operasi-operasi melawan Israel, termasuk membunuh banyak orang awam.
JH: Kau percaya Israel tidak salah dalam konflik ini?
MHY: Okupasi memang buruk. Tetapi kami disini berbicara tentang idea. Israel memiliki hak untuk membela diri, tidak ada yang boleh membantah ini. Kadang-kadang mereka menggunakan terlalu banyak agresi terhadap penduduk. Kadang-kadang banyak penduduk tewas kerana tentera Israel kurang bertanggung jawab, mengenai bagaimana mereka memperlakukan orang di checkpoints (pos-pos penjagaan).
Pesan saya kepada tentara Israel, setidaknya perlakukan orang dengan cara sepatutnya di checkpoints. Tetapi ini bukan masalah antara- bangsa, ini mengenai idea-idea yang salah pada kedua pihak dan satu-satunya cara untuk keluar dari lingkaran syaitan ini, adalah dengan mengenal prinsip-prinsip yang dibawa Jesus ke bumi ini, grace, love, forgiveness. Tanpa ini, mereka tidak akan pernah maju ataupun mematahkan lingkaran tak berkesudahan ini.
JH: Kamu percaya bahawa Israel akan mengadakan perjanjian damai dng HAMAS?
MHY: Tidak mungkin. Ini seperti api co-exist dengan air. Tidak mungkin! HAMAS boleh main politik selama 10 tahun, 15 tahun; tetapi tanya saja setiap pemimpin HAMAS, 'Okey, apa yang akan terjadi setelah itu? Apakah kamu akan co-exist dengan Israel untuk selamanya?' Jawabannya sudah pasti, tidak!... Kecuali mereka melakukan sesuatu yang melanggar Quran. Tetapi itu sudah ideologi mereka dan mereka tidak akan berganjak darinya. Jadi, tidak mungkin. Ini bukan soal Israel, bukan soal HAMAS, ini menyangkut kedua ideologi. Tidak mungkin.
JH: Kamu tidak takut dibunuh kerana mengutarakan hal-hal semacam ini yang memang akan diridhoi oleh Quran?
MHS: Mereka kena bunuh pemikiran-pemikiran saya terlebih dahulu. Tetapi pemikiran-pemikiran saya sudah beredar luas. Jadi, bagaimana mereka akan membunuh pemikiran saya? Bagimana mereka akan membunuh pendapat-pendapat yang saya miliki? ...Mereka boleh bunuh tubuh saya, tetapi tidak jiwa saya.
JH: Kamu pernah diancam?
MHY: No, not really. Jujur saja, banyak Muslim dan pemimpin Muslim di AS ini, di masyarakat Eropah… mencoba mencari saya. Mereka menelefon keluarga saya, ibu saya untuk mengetahui cara menghubungi saya. Mereka mengatakan kepada ibu saya, 'Kami ingin membantunya.'
JH: Mereka percaya kamu perlu bantuan?
MHY: Ya, mereka fikir saya dimanipulasi oleh orang-orang Kristian. Nah, disinilah mereka salah total. Saya sudah menjadi Kristiann utuk waktu lama dan tidak seorangpun tahu. Sudah selama beberapa tahun sekarang. Tetapi sekarang saya baru mengumumkannya. Mereka tahu saya berpendidikian dan mendalami Islam dan Christianity. Ketika saya mengambil keputusan, ini, bukan kerana saya kena jampi-jampi atau mencoba meyakinkan saya. Ini 100% keputusan saya seorang diri.
JH: Apa pesanmu kaum Muslimin yang mendengarmu pada saat ini?
MHY: Pesan saya adalah, pertama, bukalah pemikiran kamu. Mereka lahir dari keluarga-keluarga Muslim. Inilah.. bagaimana mereka masuk Islam... seperti juga keluarga-keluarga Kristian mahupun Yahudi. Jadi, saya ingin mereka membuka mata, pemikiran mereka dan membayangkan diri mereka tidak lahir dalam keluarga Muslim.. Untuk apa Tuhan memberikan mereka otak? Bukalah hati kamu.. Bacalah Injil. Pelajarilah agamamu, Saya ingin membuka pintu gerbang bagi mereka. Saya ingin mereka bebas. Mereka pasti ingin hidup dengan baik di dunia dengan cara mengikuti Tuhan, dan mereka juga akan bertemu jaminan bagi hidup di akhirat.
Demikian wawancara eksklusif dengan FOX News ini, untuk di perhatikan betul-betul sudut-sudut serangan mereka ke atas Islam. Serangan psikologi yang biadap! Sekian. Wallahu ‘aklam.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
Feb3, 2009 KL.