Saturday, February 07, 2009

Bantai 95% Penduduk, Untuk Ambil-Alih? - Philip Slater.

Jumaat, 06/02/2009 - Zionis menggali terowong baru di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Ibnu Hasyim Catatan Santai.

DALAM buku ‘They Dare to Speak Out’ terbitan 1985, mantan Ahli Kongres, Paul Findley, mengungkapkan kekuatan cengkaman lobi Yahudi dan Israel di Amerika Syarikat, terutama mengnai Timur Tengah, sehingga orang Amerika atau Barat yang berani mengkritik Israel dicap sebagai ‘anti Yahudi’ dan ‘pendukung Nazi’.

Menurut Findley, pengkritik-pengkritik yang berkeadaan lemah telah diintimidasi dan disingkirkan, sementara yang kuat diasingkan untuk kemudiannya dimiskinkan secara politik dan ekonomi, dideskreditkan oleh media massa, bahkan dilenyapkan sama sekali. Senator Joseph Raymond McCarthy dari Partai Republikan adalah salah seorang korbannya. Dia diasingkan dari kancah politik AS dan dideskreditkan oleh media massa sebagai komunis, bahkan penyebab kematiannya pun tidak jelas.

Kini, setelah agresi Israel ke Gaza, sebahagian orang Amerika dan Barat mulai mengeluarkan kritik tajam pada Israel, bahkan beberapa diantaranya cenderung anti Yahudi. Di Yunani, pada 29 Desember lalu, Harian Avriani mengaitkan Perang Gaza dengan lobi Yahudi, “Setelah Yahudi Amerika menguasai kembali (sistem) kemakmuran dunia dan menenggelamkan dunia dalam satu krisis kewangan yang tidak pernah terjadi sebelumnya, mereka mulai berlatih untuk (persiapan) Perang Dunia Ketiga.”

Sementara itu, di Italy, persatuan perniagaan ‘Flacia-Unity’ menyeru warga kota Rom untuk memboikot segala produk usaha buatan komuniti Yahudi. “Kami tidak boleh terus diam terhadap apa yang sedang terjadi di Gaza. Kami telah membuat mendaftar perusahaan (Rom) yang berhubungan dengan Tel Aviv kerana rakyat (Italy) tidak tahu siapa mereka,” kata Giancarlo Desiderati, perancang boikot tersebut.

Di AS, suara kritik terhadap Israel terus lantang, bukan hanya dari keturunan Arab, tetapi juga non Arab yang muak pada eksploitasi nasib buruk Israel semasa pasca Perang Dunia Kedua, demi membenarkan serangan kejinya ke Palestin. Salah seorang warga AS yang mengkritik Israel adalah seorang aktor, sasterawan, ahli sosiologi, dan pengarang buku terkenal ‘The Pursuit of Loneliness,” Philip Slater.

Dalam ‘Huffington Post’ edisi 6 Januari 2009 yang dipublikasikan lagi ‘Middle East Times’ pada 19 Januari, Philip menyampaikan opini berjudul, ‘A Message to Israel: Time to Stop Playing the Victim Role’, begini kira-kira terjemahannya…

Di awal tulisan, Philip menyatakan dia tidak dapat memahami Israel yang selama ini dibela bangsanya, berubah menjadi agressif masih mendramai nasib silamnya sebagai korban permusuhan Arab.

“Kamu jangan lagi pura-pura menjadi mangsa. Konon ‘Israel yang malang’, terdengar aneh manakala kamu terus menjadi kekuatan dominan di Timur Tengah,” kata Philip.

“Kamu duduki beberapa tetanggamu, mengebom dan menaklukannya di medan perang, menguasai tanah mereka, dan mengusir mereka dari rumah-rumah mereka, maka tibalah masanya untuk berhenti berpura-pura tertindas.. Memang, negara-negara Arab menolak mu, mengancam akan membuang kamu ke laut, dan semua itu retorika palsu. Faktanya adalah kamu kuat, mereka (Arab) tidak. Kamu ada senjata canggih, mereka tidak.

Kamu bersenjata nuklier, mereka tidak. Jadi berhentilah bersikap cengeng! Itu sudah tidak laku lagi. Ya, saya tahu, kami rakyat Amerika mesti bercakap dan selalu bergetar bila dengar nama teroris, ‘negara brandal’ dan ‘kerajaan iblis’ masa kami memiliki cukup nuklier untuk meledakkan dunia dan berbelanja senjata lebih besar dari negara manapun. Tetapi, hanya kerana kami hipokrit dan gelisah, tidak bererti kamu perlu macam kami!”

Philip berkata, menyebut HAMAS sebagai agressif sungguh tidak betul, kerana Jalur Gaza lebih dari sebuah kamp konsentrasi besar Israel di mana warga Palestin diserang sesuka Israel dan mereka menderita kesulitan makan, bahan bakar, energi, bahkan suplai obat-obatan. “Mereka tidak tidak dapat keluar dan mesti membuat terowongan untuk menyelundup keperluan harian mereka. Kamu tidak akan pedulikan mereka jika mereka tidak menembakkan roket-roketnya pada kamu.”

Philip menulis, lobi Israel bertindak sepuas-puasnya sehingga mereka dituduh mengadopsi metodologi Nazi yang telah menyiksa mereka, dengan menghukum sebuah bangsa, menyerang bahagian kecil bangsa itu dan secara konsisten dilakukan terhadap Gaza. Israel, demikian menurut Philip, telah melanggar hukum internasional, sebuah hukum yang ironisnya pernah diterapkan untuk mengadili praktik keji yang dilakukan Nazi kepada bangsa Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

“Jom, pisahkan kami dari kemunafikan yang mengatakan setiap usaha Israel adalah demi mencegah korban awam. Semasa kamu menjatuhkan bom-bom di suatu kota yang padat penduduk, kamu mengebom peradaban. Bom yang tidak pernah bertanya, apa kad pengenalan kamu. Bom adalah pembunuh rakyat awan. Bom-bom dirancang untuk menjatuhkan semangat sebuah bangsa dengan membantai keluarga-keluarga. Bom digunakan selama Perang Dunia Kedua oleh semua pihak dengan tujuan meruntuhkan semangat bangsa. Dan ini pula yang dilakukan di Gaza!

Wahai Israel, cubalah tahan diri kamu untuk tidak berkelah dengan argumen menyesatkan yang dipinjam dari Bush, bahawa para pemimpin HAMAS bersembunyi di tengah rakyatnya, meninggalkan rumah-rumah mereka. Yang sebenarnya terjadi, adalah Israel ingin menggiring mereka ke tempat-tempat yang tidak ada penduduknya, padahal tak ada satu pun lahan kosong penduduk dan pemukiman di Gaza. Jadinya, para pejuang HAMAS bolak balik di daerah padat penduduk itu.”

Philip melanjutkan, Israel telah mengebom tiga sekolah PBB dan membunuh lusinan anak-anak serta orang dewasa, meskipun faktanya PBB memberi kamu koordinat semua sekolahnya di Gaza, agar sekolah-sekolah itu tidak menjadi sasaran pengeboman kerana PBB ingin mencegah jatuhnya korban awam dengan tanda itu, sehingga kamu tidak mungkin mengebomnya. Alih-alih Israel mengebom juga sekolah-sekolah itu.

“Nampaknya kamu merasa boleh membunuh sesiapa, bila-bila dan di mana-manu pun yang kamu suka, hanya kerana kamu mendapat restu dari Amerika Syarikat,” kata Phiilip. Setiap hari serangan yang dilancarkan ke Pelestin, kamu semakin jelas melecehkan PBB, masyarakat internasional dan hidup manusia. Perangai negara pengganas. Kamu mungkin juga memberi perhatian pada fakta bahawa kebijaksanan kuno nak jadi hero, yang kamu lakukan berdekad-dekad, tidak berhasil!

Bangsa Palestin itu manusia. Mereka bukan anjing. Makin buruk kamu perlakukan mereka, makin mereka melawanmu. Itulah erti menjadi manusia. Semakin kuat kamu tindas, semakin kuat mereka melawan. Kami (AS) pernah mengebom Vietnam dengan jumlah lebih banyak dari seluruh bom yang dijatuhkan selama Perang Dunia Kedua. Itu belum termasuk bom napalm (bom curah), herbisida (bom biologi) dan semua jenis ranjau darat canggih. Tetapi, apakah mereka (bangsa Vietnam) lantas bersujud dan mencium lutut penjajahnya? Tidak, mereka pantang tunduk.

Kamu mesti membunuh mereka semua. Dan waktu melakukan itu, kamu akhirnya tidak akan lagi didukung oleh siapapun, bahkan Amerika Syarikat sendiri. Ingatlah, bahawa dukungan Amerika kepada kamu seluruhnya didasarkan pada gagasan bahawa tidak ada satu pun politikus (AS) menang pilihan raya tanpa dukungan suara Yahudi. Tapi tidak semua Yahudi Amerika berfikir Israel mengemban misi agung dari Tuhan. Banyak warga Yahudi Amerika lebih mempercayai hukum dan keadilan internasional.

Objek: Phan Thi Kim Phic (8 Juni 1972) @ Trang Bang, Vietnam. Anak perempuan yang berlari dengan tubuh terbakar dalam penyerangan menggunakan bom 'napalm' di Vietnam, sebagai tanda keganasan AS.

Saya tahu, Israel benci nasihat seperti ini dari seorang Amerika. Tapi bukankah ini yang telah kami orang Amerika lakukan? Mendatangi negara orang lain, membantai 95% penduduknya untuk kemudian mengambilalihnya? Ketika yang dirampas tanahnya serentak melawan, pengganas (Israel di tanah Arab) panik dan segera menyebut agresinya ke tanah orang lain itu sah meskipun dengan melakukan pembantaian genosidal.

“Mohon maaf saya mesti katakan padamu wahai Israel, kamu ketinggalan zaman. Alasan genosida tidak lagi laku. Saya tahu ini tidak adil, kamu memiliki hak untuk tersinggung dengan semua ini, namun dunia itu semakin kecil, gaya koboy itu sudah kuno, dan tentera tidak lagi menjadi pahlawan,” kata Philip menutup tulisannya.

Demikian catatan santai kali ini, yang sengaja saya pilih pandangan dari warga AS sendiri mengenai perbantaian di Gaza.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb07, 2009. Malaysia.

Sejarah PAS 21: Demokrasi Liar.

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 21

DALAM ucapan dasar Muktamar Agung PAS ke 11 tahun 1962, Dr Burhanuddin mensifatkan parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang sepatutnya menjadi ‘rumah yang penuh dengan kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan cita-cita politik yang baik dan halal’ telah dikongkong oleh sekatan peraturan mesyuarat. Ianya tidak memberi peluang untuk ‘mengemukakan usul dan pandangan mengenai sesuatu umat sekiranya menyakiti hati umat yang lain’.

Itulah ‘tekanan terhadap fahaman politik yang halal dan hak’ telah ditunjukkan oleh PERIKATAN apabila parlimen bermesyuarat. Menurutnya, tujuan utama politik kotor PERIKATAN itu ialah hendak menghapuskan pembelaan umat Islam di parlimen kerana PAS berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah SWT dan kepentingan umat di dalam negara. Siapakah yang untung dengan peraturan yang tidak demokrasi itu selain dari orang-orang yang bukan Islam? Beliau bertanya.

Mencerobohi demokrasi adalah berlawanan dengan semangat perlembagaan Persekutuan yang mengakui kedaulatan bersuara, Tetapi, bagi kerajaan yang zalim seperti PERIKATAN, itu semuanya menjadi sia-sia sebab tujuan mereka ialah hendak mengekalkan kekuatan politik mereka. Penangkapan terhadap musuh politik kerajaan telah dibuat. Beliau memberi peringatan kepada PM (Perdana Menteri), bahawa perjuangan Islam tidak dapat dihentikan dengan kekerasan, bahkan akan terus melalui salurannya hingga tercapai cita-cita suci sepenuhnya.

Akhbar The Malaya Tribune, 10 Feb 1947

Menangkap lawan politik adalah perbuatan yang sehabis-habis tidak bermodal sama sekali dan lebih baik mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak ada niat hendak memanjangkan demokrasi. PAS telah nmpak bahawa umat Islam, negara dan rakyat seluruhnya tidak dapat diselamatkan, melainkan dengan berpegang kepada ajaran dan asas pemerintahan yang adil serta jujur seperti yang diajarkan oleh Al-Qur;an. Bila disebut menurut Al-Qur;an dan Al-Hadis, maka menjadi tujuannya ialah mengamalkan sepenuhnya dalam masyarakat dan lain-lain, yang lengkap keseluruhannya, tidak boleh dipecah-pecahkan dan dipisah-pisahkan antara satu sama lain.

Beliau menyelar percubaan mengunakan Islam sebagai alat politik seperti yang dibuat oleh UMNO yang hanya mencemarkan nama Islam. Ketika menyebut dasar perhubungan negara-negara Islam dalam membentuk sebuah Komanwel Islam menurut akhbar, PM telah mengatakan bahawa antara yang akan diselesaikan oleh negara-negara Islam ialah menyamakan masa puasa 12 jam, tidak lagi berbeda 15 jam atai 17 jam bagi semua negara Islam.

Bagi orang yang memahami hukum puasa tentu mengetahi bahawa itu adalah satu percubaan menukar hukum Allah SWT yang tidak patut terlintas di hati sesaorang Muslim. Bila beliau menyebut negara berdasarkan Islam, maka asas dan pandangan politik hendaklah terang sesuai dengan ajaran Islam. Perundangan yang berlawanan dengan Al-Qur’an adalah terbatal. Itu menjadikan keadilan Islam dalam undang-undang dan politik negara sebagai asas pemerintahan dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

Hendaklah diinsafi bahawa punca kesalahan yang besar adalah kezaliman. Apabila kezaliman berlaku dalam apa bentuk sekalipun maka akan terganggulah ketenteraman hidup masyarakat di dalam negara. Selagi kezaliman tidak dibetulkan, maka selama itulah kepincangan akan terus melanda. Keadialan politik tersebut tidak akan menganiayai sesiapa dan layanan yang sesuai dengan kehidupan rakyat tentulah akan diberikan. Ramai orang memikirkan bahawa di dalam negara Islam, orang bukan Islam tidak langsung mendapat tempat.

Menurut beliau, itu tidaklah sesuai dengan ajaran Islam malah sebaliknya Islam mengakui wujudnya mereka, tetapi tidak meletakkan mereka untuk memerintah dan mempunyai kekuasaan ke atas orang-orang Islam. Timbang rasa Islam kepada orang bukan Islam itu tidak sekali-kali sama seperti apa yang dibuat oleh UMNO, yang telah memberikan kuasa kepada orang bukan Islam, untuk memerintah orang Islam seperti yang berlaku. Kerana itu menurutnya, sedikit demi sedikit kuasa yang ada pada orang Islam berpindah kepada orang yang bukan Islam, sehingga orang Islam merasa bahawa mereka tertindas dan akan diper’budak-budak’kan di masa mendatang.

Parti PERIKATAN juga melaksanakan tekanan politik dengan menggunakan alat kerajaan seperti Jabatan Penerangan Kerajaan. Terutama dalam pilihan raya lepas dan sudah tentu demikian juga pada masa akan dating. Katanya dalam muktamar tersebut, ‘Perbuatan yang tidak halal itu hendaklah kita hadapi bukan sahaja dengan cakap-cakap dan menuntut kerajaan memberhentikannya, tetapi dengan menambah kuat perpaduan dan tenaga pilihan raya.’

Dalam ucapan PAS ke 12 tahun 1964 selepas pilihan raya umum berlalu, beliau menekankan bahawa kalau orang hendak menghukum dengan jujur adil, dia hendaklah meneliti dari segenap sudut dan aspek. Terutama dari segi kegiatan PERIKATAN yang memainkan peranannya sebelum dan sewaktu pilihan raya itu berlangsung. Demikian juga dalam pilihan raya kecil yang baru berlalu waktu itu. Dengan menggunakan alat-alat negara, tekanan, ugutan dan tangkapan telah dilakukan dengan tidak silu dan malu. ‘Inilah senjata sulit mereka, agaknya.’ Kata Dr Burhanuddin lagi.

‘Muka berpandangan, budi kedapatan! Norma-norma susila dan hukum-hukum demokrasi telah dilanda dengan cara sewenag-wenangnya.’ Peristiwa konfrantasi dan ancaman subversive telah diperalatkan demikian rupa sehingga telah menimbulkan suatu suasana, yang kelam, kaku, beku dan menggerunkan rakyat, menurut Dr Burhanuddin lagi. Kehidupan demokrasi di tanahair yang dimegah-megahkan oleh pemimpin negara, pada hakikatnya talah lama ternoda dan dinodai sehingga ia menjadi liar.

Menurut beliau, ‘Demokrasi liar’ dalam negara telah banyak memakan korban, termasuk antaranya tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) dan beberapa orang ulama telah ditahan di bawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau ISA beberapa ketika sebelum pilihan raya berlangsung. Tetapi ketiga-tiga ADUN tersebut telah dicalunkan semula oleh PAS walaupun sedang merengkuk dalam tahanan. Kemenangan mereka dalam pilihan raya tersebut menjadi satu alasan besar membuktikan sanggahan rakyat atas tangkapan wakil-wakil mereka. Sampai bilakah agaknya pihak PERIKATAN akan menghidupkan demokrasi liar yang memilu dan memalukan itu? Tanya beliau.

Belaiu berseru atas nama kebenaran dan keadilan supaya pihak berkuasa membebaskan mereka segera! Beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin PAS supaya semakin tabah dan terus memperkuatkan kedudukan parti, kerana perjuangan Islam tidak mengenal putus asa. Itulah ujian ke atas kaum Muslimin yang perlu dihadapi dengan ketenangan, kesabaran dan penuh keparcayaan bahawa satu ketika nanti akan berjaya juga, insya Allah. Pilihan raya telah berakhir, tetapi bahang panasnya masih terasa.

Begitu hebat. Sehingga setengah-setengah tempat perlu diadakan pertemuan-pertemuan muhibbah untuk menenangkan suasana tempatan. Sengketa politik semasa berkempen perlu diganti dengan suasana keharmonian sebagai kehendak demokrasi itu sendiri. Beliau menyeru supaya sama-sama berdemokrasi mewujudkan kerajaan pilihan rakyat dan menjalankan kerajaan tanpa membedakan antara puak dan golongan. Bertengkar mengenai politik bukanlah bermakna berpecah belah dalam kehidupan masyarakat.

Itulah yang belum difahami umum dan menjadi tragedy demokrasi. Oleh itu demokrasi dengan pengertian yang murni perlu difahami benar-benar. Peristiwa yang berlaku di Singapura waktu itu juga menarik perhatian beliau dalam muktamar tersebut. Bermulanya kejadian tersebut menurut Tun Razak, ‘Orang lempar botol waktu perarakan Maulid Nabi’, atau teori Lee Kuan Yew, ‘Kerana tindakan gangstar’ dan teori PM .Kerana kegiatan agen-agen Indonesia. Sebarang peristiwa semuanya boleh berlaku selagi pemerintah tidak dapat memahami hakikat naluri kehidupan masyarakat adil.

Menyembunyikan hakikat tersebut semata-mata untuk merebut kemenangan cakap, adalah bererti membiarkan api yang bebas meresap ke dalam sekam. Walau bagaimanapun peristiwa itu hanya sekadar percikan manifestasi dari kepincangan masyarakat di Singapura itu sendiri. Beliau merasa kesal dengan peristiwa tersebut. Usaha-usaha yang konkrit supaya tidak berulang lagi hanya dapat dilakukan dengan membetulkan kepincangan. Kerajaan Pusat yang bertanggung jawab.

Bukan hanya dengan melaungkan cakap kononya ‘perpaduan rakyat dalam negara ini utuh dan kukuh’ atau ‘negara ini menjadi contoh bagaimana beberapa kaun dan keturunan dapat hidup dengan harmoni sebagai satu warganegara yang padu, aman dan damai’. Akhirnya beliau mengenengahkan Islam sebagai cita-cita kenegaraan. Tidak sahaja membawa rahmat kepada umat Islam, tetapi juga membawa kebajikan kepada yang bukan Islam di dalam negara.

Kerana Islam itu di dalam sifat dan sejarahnya telah membuktikan pengakuan kepada orang bukan Islam atas hak-hak dan melindungi kesejahteraan hidup harian mereka sebagai rakyat yang taat setia kepada negara. Tidak ada apa yang hendak dirunsingkan oleh orang bukan Islam di dalam negara Islam. Kerunsingan yang timbul adalah kerana kejahilan dan momokan pihak lain, menurutnya lagi. PAS sebagai sebuah parti politik Islam selalu disalahfahamkan, kononnya bersifat anti Cina dan anti orang bukan Islam.

Tuduhan yang tidak bertanggung jawab ini telah dibuktikan oleh pemerintahn kerajaan PAS Kelantan, bahawa orang yang bukan Islam dapat hidup dengan tidak dikenakan sebarang penindasan dan kezaliman ke atas mereka. Tetapi bagi tokoh-tokoh mereka yang berbangga kononya parti mereka ‘bencikan perkauman’, ‘juara damai dan hidup tenteram pelbagai kaum’, sejarah telah membuktikan dengan peristiwa di Singapura berlaku di hadapan mata mereka waktu itu. Sejarah juga menjadi bukti sejauh manakah politik PAS telah mengharu-birukan keharmonian masyarakat berbagai kaum di dalam negara?

Jawapannya, tidak!!

Friday, February 06, 2009

Erti Syahid & Menang Dalam Politik Malaysia..

Ibnu Hasyim Catatan Santai.







“YA ALLAH, aku mohon mati syahid di jalanMu dan wafat di negeri RasulMu (Madinah)”. Hadis Riwayat Malik. 87.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَوَفَاةً بِبَلَدِ رَسُولِكَ

Inilah bacaan doa Khalifah Umar bin Khatttab RA, Khalifah Ke 2 kerajaan Islam Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sewaktu beliau sedang wukuf di Arafah. Beliau telah menceritakan hal ini kepada salah seorang sahabat di Madinah, selepas pulang dari menunaikan ibadah haji itu

“Wahai Khalifah, kalau engkau hendak mati syahid, tak tidak mungkin di sini.. Keluarlah berjihad, baru boleh jumpa!” Komen sahabatnya itu pada Umar.

“Aku dah ajukan pada Allah, terserah pada Allah le!” Jawab beliau.

Esokan paginya, semasa Umar RA sedang mengimami sholat Subuh di masjid, tiba-tiba dalam suasana kegelapan pagi itu, seorang pengkhianat Majusi bernama Abu Lukluah telah menikam beliau dengan tiga tikaman, menyebabkan beliau tersungkur rebah di samping mihrab. Abdur Rahman bin Auf RA cepat-cepat menggantinya, mengambil kedudukan sebagai imam itu dan terus sembahyang sehingga selesai sambil menangis. Tidak lama sesudah itu, Umarpun menghembuskan nafas terakhir. Beliau syahid di jalan Allah. Beliau wafat dalam keadaan sedang memimpin sholat kaum Muslimin. Subhanallah!

Kesimpulannya, berdasarkan riwayat ini, kita dapat menyimpulkan bahawa Islam menganjurkan supaya umatnya mengharap ‘mati syahid’ Bahkan inilah yang dinanti-nantikan seperti doa para pendahulu itu. Bukan sahaja panduan untuk hidup, bahkan untuk matipun! Mati mulia, itulah mati syahid. Secara umum bererti mati dalam perjuangan menegakkan agama Allah, akibat pembunuhan oleh pihak musuh kuffar di medan perang. Begitu juga Nabi SAW menyebutkan beberapa bentuk kematian seperti mati tenggelam, mati semasa mempertahankan harta dari dirampas perompak, mati kerana terkena wabak, atau juga mati bagi seorang wanita yang sedang berjuang melahirkan bayinya.

Begitu juga Asy-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi, misalnya. Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin HAMAS di Gaza, Palestin. Hanya beberapa waktu sebelum beliau wafat dalam sebuah wawancara beliau berkata…

“Setiap orang pasti menemui kematian. Kematian boleh datang dalam berbagai bentuk. Kalau aku boleh memilih, aku berharap mati syahid di jalan Allah dalam bentuk dirudal oleh helikopter Apache pasukan Yahudi Zionis Israel...”

Akhirnya memang betul, tidak berapa lama lepas itu beliau ditewaskan oleh oleh helikopter Apache pasukan Zionis sebagaimana yang beliau sendiri cita-citakan. Syahid.. Subhanallah!!

Nabi pernah memberi tahu…

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَا

Barangsiapa memohon dengan jujur kepada Allah agar mati syahid maka Allah akan berikan kepada belaiu kedudukan syuhada walaupun beliau mati di atas katil.” (Hadis Riwayar Muslim. 3532.)

Oleh itu berdoalah minta mati syahid. Mengenai Jihad pula sila layari blog ini..
1…Monday, January 19, 2009 Pelajaran Jihad Diharamkan Di Seluruh Universiti Islam?
2…Saturday, January 31, 2009 Qardhawi Mahu Syahid Di Ghazzah, Kita Sertai HAMAS?

Kita sambung kuliah Jihad di sini dengan tafsir dari Surah Al-Fath, untuk mengetahui apa erti menang sebenarnya..

Firman Allah SWT…

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾
لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾
وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾

“SESUNGGUHNYA Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).” (Qur’an Surah. Al Fath: Ayat1 – 3)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa surah yang mulia ini turun ketika Rasulullah SAW kembali dari Hudaibiyah di bulan Dzulqaidah tahun ke 6 H, yang pada masa itu dihalang-halangi oleh kaum Musyrikin untuk memasuki Masjidil Haram dalam menunaikan umrah. Kaum Musyrikin cenderung untuk mengadakan perjanjian dan gencatan senjata serta meminta Rasulullah SAW pulang pada tahun ini dan kembali lagi pada tahun berikutnya. Tawaran ini disambut oleh Rasulullah SAW meskipun nampak agak ‘kurangsuka’diwajah sebahagian sahabat, diantaranya adalah Umar bin Khattab RA.

Setelah mereka menyembelih haiwan-haiwan kurban dan waktu pulang kemudiannya, Allah SWT menurunkan surah ini. Surah yang menceritakan tentang apa yang terjadi diantara Rasulullah SWT dengan mereka orang-orang Quraisy dan mengatakan bahawa perjanjian tersebut adalah kemenangan kerana terdapat berbagai maslahat didalamnya. (Tafsir Ibnu Katsir juz VII hal 325)

Erti ayat 1 surah di atas, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.” (QS. Al Fath : 1)

Terdapat perbedaan pendapat tentang maksud dari kata ‘fath’ (kemenangan) didalam ayat itu. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah Futuh Mekah, berbagai kemenangan yang didapat oleh Rasulullah SAW, kemenangan orang-orang Romawi, ataupun bai’at Ridwan pada hari-hari Hudaibiyah, namun banyak yang menyebutkan bahawa kemenangan itu adalah perjanjian Hudaibiyah.

Az Zuhri mengatakan bahawa tidak ada kemenangan yang lebih besar dari perjanjian Hudaibiyah, dimana orang-orang Musyrik bercampur dengan kaum Muslimin memperdengar perkataan mereka, mulai bersemayamnya Islam di hati mereka, sehingga dalam kurun waktu tiga tahun ramai manusia yang masuk kedalam agama islam . (Fathul Qodir juz V hal 44)

Ayat setrussnya, ertinya : “..supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).” (QS. Al Fath : 2 – 3)

Ibnul Anbari mengatakan bahawa kata ‘fathan mubina’ (kemenangan yang nyata) belum sempurna kerana perkataan,”supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu” masih berkaitan dengan kemenangan tersebut, seakan-akan Dia mengatakan ”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata” agar Allah SWT mengumpulkan buatmu dengan kemenangan ini ampunan dan mengumpulkan bagimu dengannya berbagai hal, yang menyenangkan pandanganmu di dunia dan akhirat.

Sayyid Qutb mengatakan bahawa kemenangan Hudaibiyah ini pun diikuti oleh berbagai kemenangan lainnya, seperti:

Satu: Kemenangan dalam Da’wah. Ibnu Ishaq mengatakan bukti kebenaran perkataan Az Zuhri diatas, adalah bahawa Rasulullah SAW tatkala berangkat menuju Hudaibiyah bersama dengan 1,400 orang, menurut penuturan Jabir bin Abdullah dan dua tahun kemudian beliau SAW berangkat lagi pada masa Futuh Mekah (kemenangan di Mekah) bersama 10,000 orang.

Kedua: Kemenangan di bumi. Kaum Muslimin masa itu merasa aman dari kejahatan orang-orang Quraisy, untuk itu Rasulullah SAW mengarahkan da’wahnya dalam rangka pembebasan jazirah dari sisa-sisa kejahatan orang-orang Yahudi, setelah membebaskannya dari Yahudi Bani Quinuqo, Bani Nadhir dan Bani Quraizhoh.. Dan kejahatan itu tergambar pada kekokohan benteng Khaibar yang menakutkan dijalan menuju Syam. Kemudian Allah SWT menundukkannya bagi kaum Muslimin dan mereka mendapatkan ghonimah yang banyak.. Dan Rasulullah SWT mengkhususkan ghonimah tersebut untuk orang-orang yang telah ikut serta dalam peristiwa Hudaibiyah.

Ketiga: Kemenangan pada sikap antara kaum Muslimin di Madinah, Quraisy di Mekah dan seluruh kaum Musyrikin yang berada di sekitar mereka… Orang-orang Quraisy mengakui ketangguhan dan eksistensi Nabi dan kaum Muslimin, dan menganggap bahawa Nabi dan kaum Muslimin adalah musuh mereka. Tetapi mereka menghalangi Nabi dan sahabatnya dengan cara yang paling baik pada waktu dimana mereka telah memerangi Madinah dalam dua tahun dengan dua kali peperangan dan peperangan terakhir adalah satu tahun sebelum Hudaibiyah ini.

Kaum Muslimin juga nampak begitu kuat di mata kabilah-kabilah, orang-orang Arab pun banyak yang mundur dari memeranginya, dan semakin tidak terdengar lagi suara-suara orang-orang munafiq.. Rasulullah SAW pula begitu gembira dengan surat ini. Hatinya gembira dengan karunia Allah yang besar diberikan kepadanya dan orang-orang beriman yang bersamanya. Bergembira dengan kemenangan yang nyata, ampunan yang menyeluruh, kenikmatan yang sempurna, petunjuk kepada jalan Allah yang lurus, pertolongan yang kuat dan dengan keredhoan Allah SWT kepada orang-orang beriman yang telah mensifatkan mereka dengan penyifatan yang mulia. (Fii Zhilali Qur’an juz VI hal 3316 – 3317)

Jalan Menuju Kemenangan

Surah ini memberikan penjelasan bahawa kemenangan yang diperoleh kaum Mukminin tidak selamanya harus melalui suatu kontak senjata dengan orang-orang kafir atau musuh-musuhnya, namun kemenangan juga bisa diperoleh melalui suatu perjanjian atau perdamaian dengan mereka selama hal itu memang memberikan kemaslahatan bagi da’wah Islam dan kaum Muslimin.

Kondisi realiti umat Islam saat ini yang terus menerus menjadi ‘mangsa’ orang-orang kafir tidaklah boleh dikatakan kontradiksi dengan surat Al Fath ini yang menceritakan tentang kemenangan yang diperoleh kaum Mukminin. Perintah Allah SWT kepada Rasul Nya dan juga orang-orang beriman untuk pergi berumrah yang kemudian dihalang untuk memasuki Masjidil Haram oleh orang-orang Quraisy dan pada akhirnya menghasilkan perjanjian Hudaibiyah ini terjadi pada tahun ke 6 H.

Perjanjian yang dikatakan oleh Allah SWT sebagai kemenangan yang nyata ini tidaklah terjadi secara tiba-tiba atau tanpa sebab. Allah SWT tidak memberikan kemenangan ini diawal-awal da’wahnya ketika di Mekah ataupun ketika mereka baru tiba hijrah di Madinah. Tetapi Allah SWT memberikan kemenangan ini setelah 13 tahun da’wah Islam ini muncul dan dibawa oleh Rasulullah SAW di Mekah dan 6 tahun da’wah ini mewarnai masyarakat Muslim di Madinah.

Selama masa itu Rasulullah SAW mempersiapkan suatu generasi yang kuat, kokoh, sabar dan tahan akan berbagai ujian yang menerpa mereka sebagai satu konsekuensi dari perjalan da’wah di jalan Allah SWT untuk menyongsong kemenangan yang dijanjikan Allah SWT termasuk Hudaibiyah ini. Selama masa itu berbagai ujian dan peristiwa-peristiwa besar mewarnai perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya, diantaranya :

Pada fase Mekah terjadi berbagai penyiksaan dan intimidasi yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, pemboikotan selama tiga tahun, penolakan masyarakat Thaif terhadap da’wah. Yang pada akhirnya fase ini ditutup dengan hijrahnya kaum Muslimin dan Rasulullah SAW ke Madinah.

Pada fase Madinah sebelum terjadi perjanjian Hudaibiyah berbagai upaya dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mengukuhkan masyarakat Muslim pertama tersebut, seperti pembangunan masjid dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Anshor dan setelah itu Allah SWT mengizinkan mereka untuk berperang melawan orang-orang yang menentang da’wah sehingga terjadilah berbagai peperangan, seperti Badar, Uhud, dan Ahzab disamping peperangan melawan orang-orang Yahudi.

Dari perjalanan da’wah generasi Muslim pertama tersebut maka kondisi umat Islam saat ini merupakan salah satu proses untuk meraih kemenangan yang dijanjikan Allah SWT. Meskipun kesewenang-wenangan orang-orang kafir terhadap kaum Muslimin begitu melampaui batas terlebih lagi didukung dengan berbagai saranan yang dimilikinya namun hingga saat ini mereka belum mampu menguasai kaum Muslimin. Soviet Union cuba takluk Afghanistan, Amerika pernah diusir dari Somalia, dan akan barambus dari bumi Iraq dan Afghanistan. Hingga sekarang hendak hapuskan HAMAS di Gaza dan mahu hancurkan Iran pula.

Tetapi ternyata Allah SWT takdirkan hal itu tidak terjadi dan justru kemenangan berada di pihak mujahidin Gaza bahkan mereka mendapatkan simpati dari seluruh masyarakat dunia. Berbagai kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang kafir terhadap kaum Muslimin di bumi mereka tidak akan pernah sanggup memusnahkan Islam dan kaum Muslimin… Di Malaysia perjuangan menegakkan keadilan dan Agama Allah dalam semua bidang termasuk politik tetap diteruslkan. Oleh itu tentu ada kemenangan dan syahid, dan tidak akan pernah meredupkan cahaya Allah yang akan senantiasa menyinari bumi ini.

Justru itu semua akan semakin menyedarkan kaum Muslimin bahawa pertentangan antara haq dan batil akan terus berlangsung hingga hari kiamat dan juga akan menyedarkan mereka untuk kembali kepada Allah SWT. Kembali berkomitmen dengan nilai-nilai robbani, dan mengukuhkan ukhuwah Islamiyah sebagai modal meraih kemenangan yang telah dijanjikan Allah SWT.

Firman Allah SWT…Ertinya : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.” (QS. Al Baqoroh : 214)

Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada seluruh mujahidin yang berjuang di jalanNya, samada di dalam dan luar negara demi meninggikan kalimat-Nya dan menyatukan umat ini didalam satu barisan yang kokoh. Wallahu A’lam

Catatan Santai

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb.06, 2009. Singapura/Malaysia.

Thursday, February 05, 2009

Politik Mem’BN’kan Perak..

MB Perak Ir Nizar
Ibnu Hasyim Catatan Santai.

“LIHAT filem itu, . Seorang kepala mafia, dengan kuasa, wang dan gengnya, kini sedang berusaha merampas, membeli serta mengugut orang lain untuk memenuhi kehendaknya..” Kata seseorang penulis dari Singapura, kepada saya se waktu kami sedang rihat-rihat, minum ringan sambil menonton tv di sebuah restoran Muslim di Woodland, Singapura, malam tadi. "Inilah yang berlaku dalam politik negeri Perak sekarang!"

Politik Perak kini sedang menghadapi kemelut, antaranya

1)..DUN Perak akan dibubarkan, pilihanraya mengejut akan dijalankan. Ini kehendak dari pihak kerajaan negeri Perak sekarang.
2)..BN pula sedang berusaha ingin bentuk kerajaan baru. MB baru akan angkat sumpah secepat mungkin. Hal ini berlaku ekoran dari berita 4 ADUN dari PR akan sertai BN.. Iaitu 2 dari PKR, 1 DAP dan 1 Bekas UMNO yang sertai PR beberapa hari lalu.
3)..Mungkin BN ambil tindakan mahkamah halang Pilihanraya atau mungkin juga PR ambil tindakan mahkamah halang MB baru angkat sumpah dan lain-lain.
4)..Sultan Perak dijangka akan buat keputusan esok.

“Lebih kurang macam Israel yang sedang meng’Israel’isasi negara Palestin, atau kerajaan Singapura yang telah meng’Singapura’kan Orang Melayu/Islam di sini!” Jawab saya. “Begitulah yang sedang di lakukan oleh Datuk Najib bakal PM Malaysia akan datang, ke atas negeri Perak!”

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Feb5, 2009, Singapura.

Tuesday, February 03, 2009

Anak Ketua Hamas Bagaikan Obama Kecil?

Feb3, 2009. Terowong Gaza-Tebing Barat dicadangkan sepanjang 48 km akan kekal di bawah Israel..

Ibnu Hasyim Catatan Santai:

Anak ketua HAMAS...

WALAUPUN tidak guna nama sebenar memberi komen atas tulisan Tuesday, February 3, 2009 ‘Brain wash’ Anak Ketua Hamas Jadi Agen Yahudi/Kristen..’, bunyinya..

Anonymous said... Pak Ibnu. Sepintas lalu saya baca.. 1. Tiada bukti bahawa anak ketua Hamas tu agen Yahudi, sedangkan di Eropah pun Kristian dengan Yahudi tak berapa ngam. 2. Kalau betul dia agen Yahudi fasal apa Pak Ibnu sanggup panjangkan lagi ceritanya, sedangkan blog-blog lain di Malaysia ramai yang tak buat begitu. 3. Pak Ibnu kena beri penjelasan lebih panjang sikit, supaya pembaca naik menyampah dengan sikap anak ketua Hamas itu. 4. Kenapa Pak Ibnu tak siarkan siri lanjut ke 3, Apakah kerana dia lebih teruk hentam Islam? Patutkah dibiar begitu sehingga lebih ramai lagi mencari dan baca sendiri? 5. Maaf, hal ini hanya sekadar membuka minda, untuk kebaikan bersama.. February 3, 2009 1:09 PM”

Maka saya siarkan sambungannya… Saya gunakan tajuk ini kerana ada pendapat mengatakan, “Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut ‘kibbutz’. Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?” Lihat dalam blog ini ‘Thursday, January 22, 2009 Obama Lawan Osama, Kita Di Mana?

Melihat kepada Mosab Hassan Yousef , disebut-sebut sebagai seorang anak muda luar biasa dengan kisah hidup yang luar biasa pula. Dia adalah putera seorang pemimpin berpengaruh HAMAS di Tebing Barat Palestin yang diragut dari sebuah keluarga Islam yang taat. Sewaktu ditemuramah beberapa bulan lepas (Oleh Avi Issacharoff 31/07/2008), usianya berumur dalam 30an, ia menghadiri gereja evangelis Kristian di Barabbas Road, San Diego, California. Ia murtad dari Islam, meninggalkan keluarganya di Ramallah dan sedang mencari suaka di AS.

Pada saya wawancara eksklusif dengan FOX News ini, adalah termasuk dalam projek awal puak Zionis menggunakannya bagi menyerang Islam dan pertubuhan sah yang dapat sokongan majority rakyat Palestin dalam pilihan raya lalu, iaitu HAMAS. Sila renung temuramahnya dengan Jonathan Hunt dari Fox News.

JH (Jonathan Hunt): Mengapa, setelah 25 tahun, anda berubah?

MHY (Mosab Hassan Yousef): Saya percaya bahawa semua tembok yang didirikan Islam selama 1400 tahun terakhir ini tidak lagi eksis. Mereka tidak mengakui ini. Mereka mendirikan tembok-tembok ini dan membiarkan orang bodoh kerana mereka takut. Mereka tidak ingin orang membahas apapun tentang realiti Islam, tentang pertanyaan-pertanyaan penting mengenai Islam dan mereka meminta kepada para pengikut mereka, 'Jangan tanya tentang hal-hal tertentu itu.'

Tapi kini, orang sudah memiliki media. Jika seorang ayah mengurung puterinya dirumah, puterinya akan duduk dibelakang komputernya dan melancong keseluruh pelosok dunia (via internet). Jadi, orang ramai boleh dapatkan informasi, pengetahuan, searching engines, dengan mudah bagi siapapun untuk mempelajari Islam, dan agama-agama lainnya. Tidak dari sudut pandang Islam sahaja, namun dari sudut perspektif lain. Jadi dalam 25 tahun nanti, ini jelas akan membawa perubahan besar dalam dunia Arab dan Muslim.

JH; Anda berbicara dari sebuah perspektif unik, sebagai lelaki yang tidak saja dibesarkan dalam keluarga Islam tetapi sebagai sebahagian dari organisasi yang dianggap sebagai kekuatan ekstrim dalam Islam, HAMAS! Apakah realiti Islam? Kau mengatakan orang tidak melihat realitinya; Apa realiti Islam itu?

MHY: Ada dua fakta yang tidak difahami oleh Muslimin... Saya perkirakan, lebih dari 95% Muslimin tidak mengerti agama mereka sendiri. Islam muncul dalam bahasa yang jauh lebih keras daripada bahasa yang digunakan Muslimin sekarang, sehingga mereka tidak tahu .. mereka hanya bergantung diri kepada para ulama untuk mendapatkan pengetahuan tentang agama ini. Kedua, mereka tidak tahu apapun mengenai agama-agama lain. Masyarakat Kristian yang hidup sebagai minoriti dalam sebuah masyarakat majoriti Muslimin lebih memilih untuk tidak bercakap mengenai Jesus Kristus kerana itu terlalu bahaya bagi mereka.

Jadi, semua pandangan Muslim mengenai agama lain dibumi ini hanya datang dari sudut pandang Islam. Nah, realiti inilah yang tidak difahami kebanyakan orang! Jika orang itu, jika Muslimin, mulai tahu agama mereka dan melihat kandungannya yang mengerikan itu, mereka akan mulai tahu bagaimana ini semua terjadi ... kerana kebanyakan ulama hanya berfokus pada hal-hal tertentu dari Islam. Ini kerana mereka sangat malu untuk membahas hal-hal yang luar itu.

JH: Contohnya?

MHY: Saperti isteri-isteri Muhammad, misalnya. Kau tidak akan pernah mendengar khutbah di mesjid mengenai isteri-isteri Muhammad, yang mungkin lebih dari 50 orang itu, walau tidak ada satupun yang tahu, by the way. Tanyalah sendiri kepada majoriti Muslimin, dan mereka tidak tahu menahu mengenai fakta ini. Jadi, mereka malu membahas ini, mereka cuma bercakap tentang kejayaan Islam, kemenangan-kemenangan yang dicapai Muhammad. Tetapi, bila mereka pandang diri sendiri, mereka akan lihat bahawa mereka sebenarnya kalah. Mereka bodoh, tidak dididik, tidak mampu memimpin dunia seperti yang mereka harapkan. Oleh kerana itu mereka ingin kembali kepada masa jaya dengan melakukan apa yang dilakukan Muhammad, tidak peduli bahawa hal itu terjadi 1,400 tahun lalu dan tidak akan berulang lagi.

JH: Apakah mereka ingin menghancurkan agama Kristian?

MHY: Memang, Islam sudah hancurkan Kristian sejak mula lagi, Muslimin tidak mengaku bahawa mereka menusuk hati Kristian dengan mengatakan bahawa Jesus tidak mati di salib. Muslimin menganggap bahawa inilah caranya menghormati nabi Isa. Ini yang dilakukan kaum Muslimin. Mereka tidak tahu bahawa inilah bahagian yang paling penting dari agama Kristen.. Salib! Jadi, mereka berpandangan sempit, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan, dan inilah asal usul segala idea jahat dibelakang agama yang bernama Islam ini!

JH: Apakah peristiwa khusus yang mulai mengubah pendapat anda tentang Islam?

MHY: Sejak kecil saya sudah memiliki sejumlah pertanyaan sulit, bahkan keluarga saya sering mencela saya, 'Kau memang anak keras kepala dan kami susah nak jawab pertanyaan-pertanyaanmu. Mengapa kau tanya yang bukan-bukan? Inilah mulanya. Namun saya merasa bahawa semuanya.. dan ayah saya adalah contoh bagus bagi saya, kerana ia memang orang jujur dan bersahaja, sangat baik terhadap ibu saya dan terhadap kami, dan membesarkan kami dengan prinsip-prinsip pengampunan. Nah, oleh kerana itu saya menyangka semua orang Islam begitu.

Ketika saya berusia 18 tahun, dan saya ditahan orang Israel dan meringkok di sebuah penjara Israel. Tetapi disana HAMAS memiliki kontrol atas anggota mereka didalamnya dan saya melihat HAMAS menyiksa orang dengan sangat parah.

JH: Maksudmu, anggota HAMAS saling menyiksa sesama anggotanya?

MHY: Pemimpin HAMAS! Pemimpin-pemimpin HAMAS yang kita kini saksikan di TV sekarang, dan pemimpin besar, bertanggung jawab atas penyiksaan terhadap anggota-anggota mereka sendiri. Mereka tidak menyiksa saya, tetapi ini tetap sebuah shock bagi saya, melihat mereka menyiksa sesama anggota mereka, menusuk kuku-kuku dengan jarum, membakar tubuh mereka, dan juga banyak yang dibunuh.

JH: Mengapa mereka membunuh orang-orang mereka sendiri?

JH: Kerana curiga bahawa mereka telah bekerja sama dengan pihak Israel.. bekerjasama dengan penjajah Israel melawan HAMAS... Jadi ratusan orang jadi korban. Saya menyaksikan penyiksaan ini selama setahun. Nah, itulah titik perubahan paling besar dalam hidup saya. Saya mulai membuka mata saya. Tetapi saya masih merasa bahawa ada Muslimin baik dan ada Muslimin jahat. Muslim baik, seperti ayah saya, dan Muslimin buruk seperti orang-orang HAMAS ini yang menyiksa rakan-rakan sendiri. Nah, itulah permulaan mata saya terbuka lebar.

JH: Anda berbicara tentang Muslimin baik, seperti ayah anda, tetapi anda tetap saja meninggalkan agama ayah anda. Bukankah kamu boleh jadi Muslim yang baik seperti ayah anda?

MHY: Ya, inilah realitinya. Saya mendalami agama Kristian yang asalnya saya salah faham keseluruhannya, kerana saya mempelajarinya dari sudut Islam, padahal tidak ada satupun yang benar tentang Kristian kalau dipelajari dari sudut Islam.. Ketika saya mendalami Injil perlahan-lahan, ayat demi ayat, saya pastikan dulu bahawa ini kitab Tuhan, pernyataan Tuhan, sehingga saya mulai memandang Injil dengan cara berbeda. Tidak mudah bagi saya untuk mengatakan bahawa Islam adalah salah. Islam adalah ayah saya.

Saya dibesarkan untuk satu ayah, 22 tahun untuk ayah itu.. dan seorang ayah lain datang kepada saya dan mengatakan, 'Maaf, sayalah ayahmu!’ Dan saya tersentak, 'Apa maksudmu? Saya ada ayah saya sendiri, dan dia adalah Islam!' Dan lalu ayah Kristian mengatakan kepada saya, 'Tidak, sayalah ayahmu! Saya berada dalam penjara, dan ini (Islam) bukan ayahmu.'. Ya, itulah yang terjadi. Tidak mudah untuk percaya bahawa (Islam) bukan ayahmu lagi. Jadi saya harus mendalami Islam sekali lagi dari sudut pandang lain untuk menyedari semua kesalahan.

Kesalahan-kesalahan besar nampaknya, tidak hanya terhadap Muslimin, yang nilai-nilainya saya benci... Saya tidak suka tradisi manapun yang hanya menyulitkan kehidupan orang, juga bagi umat manusia. Pada umat manusia! Manusia saling membunuh atas nama Tuhan. Ya, mulailah saya dengan pasti menyimpulkan bahawa problemnya adalah Islam, bukan Muslimin. Saya tidak dapat membenci Muslimin kerana Tuhan mencintai mereka dari permulaan.

Dan Tuhan tidak menciptakan sampah. Tuhan menciptakan orang-orang baik yang dicintaiNya, tapi Muslimin adalah orang-orang sakit (sick), mereka memiliki pemikiran berbeda. Saya tidak lagi membenci mereka tapi saya sangat sedih melihat mereka dan satu-satunya cara bagi mereka untuk berubah adalah dengan mengenal siapa Tuhan dan mana jalan sebenarnya.

JH:Apakah kamu tidak bimbang dengan kenyataan-kenyataan semacam ini, dan mengingatkan latar belakang, kamu akan diperhatikan yang juga boleh meningkatkan kesulitan, kebencian antara Kristian dan Muslim di dunia pada masa ini?

MHY: Ini boleh terjadi kalau seseorang Kristian datang kepada Muslim dan berbicara mengenai realiti Islam. Tetapi Kristian memang sudah ditempatkan dalam daftar musuh mereka anyway, bahkan sebelum mereka membuka mulut mengenai Islam lagi. Jadi, jika kamu pergi kepada mereka sebagai Kristian, Muslim akan langsung merasa tersinggung dan membencimu.. dan ini jelas akan meningkatkan jurang antara kedua agama. Tetapi apa yang membuat orang seperti saya boleh berubah?

Beberapa tahun lalu, ketika saya disana, Tuhan membuka mata dan juga otak saya dan saya menjadi orang yang berubah total. Jadi sekarang, saya boleh melakukan kewajiban ini, kamu sebagai Kristian boleh bantu saya melakukannya, tetapi kamu mungkin tidak sanggup. Muslim kini tidak lagi memiliki alasan, sekarang.

JH: Bagaimana sulitnya proses meninggalkan keluargamu dan rumahmu?

MHY: Ibarat mencabut kulit dari tulang saya, begitu kira-kira. Saya cinta keluarga saya, mereka cinta saya. Dan adik-adik saya seperti putera saya sendiri. Saya membesarkan mereka. Basically, ini keputusan terbesar dalam hidup saya. Saya tinggal semuanya, tidak hanya keluarga saja. Jika kamu memutuskan untuk murtad dari Islam ke Kristian, tidak cukup untuk mengatakan goodbye dan thank you. Tidak cukup!

Kamu juga membelakangi budaya, peradaban, tradisi, masyarakat, keluarga, agama, Tuhan atau apa yang ku sangka sebagai tuhan selama bertahun-tahun! Jadi, ini sangat complicated. Orang menyangka itu mudah, seperti benda kecil. Kini di AS saya mendapatkan kebebasan saya and it's great, tetapi dilain pihak, tidak ada yang boleh mengganti famili... berat sungguh kehilangan family.

JH: Jadi, kau kehilangan keluarga?

MHY: Keluarga saya terdidik dan ini juga sulit bagi mereka. Mereka meminta saya berkali-kali, khususnya selama dua hari pertama, untuk menyembunyikan agama saya yang baru ini dan tidak mengumumkannya di media. Tapi saya diwajibkan Tuhan untuk mengumumkan namanya dan memujanya keseluruh dunia kerana penghargaan bagi saya adalah bahawa ia akan melakukan hal yang sama bagi saya. Jadi, saya lakukan ini sebagai sebuah kewajiban. Saya ingin tahu berapa orang yang dapat melakukan apa yang saya lakukan sekarang ini. Saya belum jumpa satu orangpun. Saya mesti kuatkan diri. Ini cabaran yang sangat besar.

Ini keputusan yang sangat besar dalam hidup saya. Saya tidak main-main. Saya tidak melakukan ini untuk kebahagiaan dunia. Saya melakukannya untuk satu alasan saya: saya percaya. Setiap hari orang menderita kerana kepercayaan yang salah. Saya boleh membantu mengeluarkan mereka dari lingkaran tidak berkesudahan ini... lingkaran yang disediakan syaitan untuk mereka.

JH: Kamu masih sempat bercakap dengan ayah kamu?

MHY: Tak sempat untuk berkomunikasi dengan ayah saya, dia sekarang berada di penjara dan tidak ada telelefon di penjara.

JH: Apakah anggota keluargamu tidak bercerita kepada kamu tentang reaksi ayahmu?

MH: Mereka memang mengunjunginya. Tetapi sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana reaksinya, tapi saya yakin ia sangat sedih tentang keputusan saya ini. Tetapi dia juga akan faham kerana dia tahu saya dan dia tahu saya bukan jenis orang yang mengambil keputusan secara enteng, tanpa kepercayaan kuat.

JH: Apakah kamu semakin menyulitkan posisi diantara sesama anggota HAMAS?

MHY: Jelas! Keluarga saya, termasuk ayah saya harus menanggung beban atas keputusan saya ini. Ini bukan keputusan mereka. Ini keputusan saya, tetapi mereka tetap harus menanggung beban dan saya minta, saya berdoa bagi ayah, semua kakak dan adik saya di gereja ini.. selalu berdoa setiap kali bagi mereka.. Tuhan, bukalah mata mereka, pemikiran mereka, untuk datang kepada Kristus. Dan berikan rahmatMu kerana mereka juga perlu menanggung salib ini bersama saya.'

JH: Ceritakan kepada kami tentang HAMAS dan cara kerjanya. Apakah HAMAS sebuah organisasi Islam yang murni, sehingga dimatamu disitulah kesalahan mereka. Atau ada hal-hal lain dalam HAMAS yang kamu tidak suka? Atau kamu menganggap HAMAS sebuah organisasi baik? Apa arti HAMAS bagi dirimu?

MHY: Ya, dimanapun ada orang baik. Sesungguhnya Tuhan memang menciptakan orang-orang baik. Saya kenal banyak orang yang mendukung HAMAS tetapi tidak pernah terlibat dalam serangan teroris, misalnya. Mereka hanya mengikuti HAMAS kerana cinta Tuhan dan mengira bahawa HAMAS mewakili Tuhan. Mereka tidak tahu sama sekali, mereka tidak mengenal Tuhan yang sebenarnya dan mereka tidak pernah mendalami agama Kristian. Tetapi HAMAS sebagai wakil Islam.. Ini adalah problema besar!

Problemnya bukan HAMAS, bukan orangnya. Akar masalahnya adalah Islam itu sendiri s
ebagai sebuah idea, sebuah ideologi. HAMAS sebagai sebuah organisasi. Jelas, termasuk pemimpinnya dan ayah saya, mereka bertanggung jawab atas semua kekerasan yang terjadi oleh organisasi itu. Saya tahu mereka menganggap diri sebagai reaksi atas agresi Israel.. Tetapi tetap saja, mereka sebahagian darinya dan perlu mengambil keputusan dalam operasi-operasi melawan Israel, termasuk membunuh banyak orang awam.

JH: Kau percaya Israel tidak salah dalam konflik ini?

MHY: Okupasi memang buruk. Tetapi kami disini berbicara tentang idea. Israel memiliki hak untuk membela diri, tidak ada yang boleh membantah ini. Kadang-kadang mereka menggunakan terlalu banyak agresi terhadap penduduk. Kadang-kadang banyak penduduk tewas kerana tentera Israel kurang bertanggung jawab, mengenai bagaimana mereka memperlakukan orang di checkpoints (pos-pos penjagaan).

Pesan saya kepada tentara Israel, setidaknya perlakukan orang dengan cara sepatutnya di checkpoints. Tetapi ini bukan masalah antara- bangsa, ini mengenai idea-idea yang salah pada kedua pihak dan satu-satunya cara untuk keluar dari lingkaran syaitan ini, adalah dengan mengenal prinsip-prinsip yang dibawa Jesus ke bumi ini, grace, love, forgiveness. Tanpa ini, mereka tidak akan pernah maju ataupun mematahkan lingkaran tak berkesudahan ini.

JH: Kamu percaya bahawa Israel akan mengadakan perjanjian damai dng HAMAS?

MHY: Tidak mungkin. Ini seperti api co-exist dengan air. Tidak mungkin! HAMAS boleh main politik selama 10 tahun, 15 tahun; tetapi tanya saja setiap pemimpin HAMAS, 'Okey, apa yang akan terjadi setelah itu? Apakah kamu akan co-exist dengan Israel untuk selamanya?' Jawabannya sudah pasti, tidak!... Kecuali mereka melakukan sesuatu yang melanggar Quran. Tetapi itu sudah ideologi mereka dan mereka tidak akan berganjak darinya. Jadi, tidak mungkin. Ini bukan soal Israel, bukan soal HAMAS, ini menyangkut kedua ideologi. Tidak mungkin.

JH: Kamu tidak takut dibunuh kerana mengutarakan hal-hal semacam ini yang memang akan diridhoi oleh Quran?

MHS: Mereka kena bunuh pemikiran-pemikiran saya terlebih dahulu. Tetapi pemikiran-pemikiran saya sudah beredar luas. Jadi, bagaimana mereka akan membunuh pemikiran saya? Bagimana mereka akan membunuh pendapat-pendapat yang saya miliki? ...Mereka boleh bunuh tubuh saya, tetapi tidak jiwa saya.

JH: Kamu pernah diancam?

MHY: No, not really. Jujur saja, banyak Muslim dan pemimpin Muslim di AS ini, di masyarakat Eropah… mencoba mencari saya. Mereka menelefon keluarga saya, ibu saya untuk mengetahui cara menghubungi saya. Mereka mengatakan kepada ibu saya, 'Kami ingin membantunya.'

JH: Mereka percaya kamu perlu bantuan?

MHY: Ya, mereka fikir saya dimanipulasi oleh orang-orang Kristian. Nah, disinilah mereka salah total. Saya sudah menjadi Kristiann utuk waktu lama dan tidak seorangpun tahu. Sudah selama beberapa tahun sekarang. Tetapi sekarang saya baru mengumumkannya. Mereka tahu saya berpendidikian dan mendalami Islam dan Christianity. Ketika saya mengambil keputusan, ini, bukan kerana saya kena jampi-jampi atau mencoba meyakinkan saya. Ini 100% keputusan saya seorang diri.

JH: Apa pesanmu kaum Muslimin yang mendengarmu pada saat ini?

MHY: Pesan saya adalah, pertama, bukalah pemikiran kamu. Mereka lahir dari keluarga-keluarga Muslim. Inilah.. bagaimana mereka masuk Islam... seperti juga keluarga-keluarga Kristian mahupun Yahudi. Jadi, saya ingin mereka membuka mata, pemikiran mereka dan membayangkan diri mereka tidak lahir dalam keluarga Muslim.. Untuk apa Tuhan memberikan mereka otak? Bukalah hati kamu.. Bacalah Injil. Pelajarilah agamamu, Saya ingin membuka pintu gerbang bagi mereka. Saya ingin mereka bebas. Mereka pasti ingin hidup dengan baik di dunia dengan cara mengikuti Tuhan, dan mereka juga akan bertemu jaminan bagi hidup di akhirat.

Demikian wawancara eksklusif dengan FOX News ini, untuk di perhatikan betul-betul sudut-sudut serangan mereka ke atas Islam. Serangan psikologi yang biadap! Sekian. Wallahu ‘aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Feb3, 2009 KL.