Saturday, February 21, 2009

Sultan Perak Murtad?


Ibnu Hasyim Catatan Santai

SAYA terima komen atas tajuk Friday, February 20, 2009 Lawan Yahudi Di Indonesia.. dalam blog saya. MJ said... Salam, saudara.. Sultan Perak yang baru-baru ni memecat YB Ir Nizar adalah penaung kepada Lion Club dan Rotary Club di Perak. Saya ada soalan. adakah dia murtad mengikut fatwa ulama-ulama Azhar? Adakah kita boleh kategorikan baginda sebagai pengikut zionis? Harap saudara boleh ulas. February 20, 2009 10:15 PM.

Sementara saya akan mengulas panjang, kalau ada kelapangan, maka saya muatkan tulisan ‘Sultan Penaung Freemason??’ dari blog http://www.mj2020.blogspot.com/ untuk pengetahuan kita bersama…


[ Di Indonesia Ketua Umum FUUI (Forum Ulama Ummat Indonesia), Athian Ali menyebutkan, “Freemasonry ini merupakan Intelligen Yahudi yang merupakan induk dari organisasi-organisasi di bawahnya antara lain Rotary Club dan Lions Club.” Freemason menggunakan pelbagai nama lain bagi menjalankan aktivitinya di sesebuah negara. seperti Persatuan Yoga dan Badan-badan kebajikan yang lain. Sila lihat: Sejarah dan Bgrnd Freemason

Baru-baru ni rangkaian pertubuhan Freemason (Lion Club & Rotary Club) telah diharamkan di Indonesia Sila Lihat: Lawan Yahudi di Indonesia Haram bagi orang Islam menganggotai atau melibatkan diri dengan Lion Club dan Rotary Club. Sila lihat: Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason Di Malaysia..lodge Freemason ini telah bercambah dengan banyaknya. dan mandapat protection oleh VIP-VIP Malaysia. Ok, sebelum tu, anda harus tahu dan sedar serta menginsafi, Freemason inilah yang terlibat secara langsung dalam melakukan penzaliman terhadap rakyat Palestin, pembunuhan anak-anak kecil dan wanita yang mengandung.

Anda juga harus faham dan cuba untuk memahamkan orang di sekitar anda bahawa hasil sumbangan dana yg disalurkan ke US serta kegiatan Freemason inilah yang menyebabkan kematian ribuan dan jutaan umat manusia di banyak tempat. Anda harus tahu juga bagaimana tangan Freemason ini cuba untuk membelit Malaysia dalam kewangan melalui campurtangan Tan Sri Azman Hashim, dalam perundangan, dan dalam perangkaan strategi politik UMNO melalui sebuah syarikat Jepun kepunyaan Yahudi...dan..banyak lagi....McD, Milo,..... ok. Cukup. buat kali ini, cukup.. 1 benda yang kita kena ambil peduli.

Di Malaysia, seorang sultan rupa2nya merupakan penaung ataupun bapak kepada pertubuhan sebuah lodge Freemason. Sultan ini adalah penaung kepada Rotary Club dan Lion Club di Perak. Oleh sebab itu, Sultan ini telah bersekongkol dengan Freemason secara langsung dan terlibat dalam membunuh anak-anak Palestin melalui kegiatan jahat Freemason. Saya tegaskan, SULTAN INI BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MURTAD MENGIKUT PANDUAN FATWA ULAMA AL-AZHAR DAN ULAMA INDONESA.

Seorang Muslim mesti bertanggungjawab menyelamatkan saudara2nya yang lain. Sebaran maklumat seperti ini atau usaha menuntut Tok-tok mufti Malaysia mengeluarkan fatwa pengharaman Rotary Club dan Lion Club di Malaysia adalah sangat mustahak dari segi dharuriat. Anda takut? Anda tidak perlu takut dengan seorang manusia tetapi takutlah kepada ALLAH yang Maha Berkuasa keatas segala-galanya. Perjuangan Islam tidak mengira darjat dan pangkat. marilah bersama-sama...... Hapuskan FREEMASON!!! ]

Sekian catatan santai buat kali ini, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 21, 2009.


Sila rujuk artikal berkaitan antaranya… 1.. Sejarah dan Bgrnd Freemason 2.. Lawan Yahudi di Indonesia 3.. Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason 4..Sila lihat juga http://wartashubhi.blogspot.com/ di bawah judul Friday, February 20, 2009 Umat Islam Umpama Buih... & Thursday, February 12, 2009 Palestin, bumi pilihan.

Mengapa Yahudi Tambah Ganas? Apa Peranan Kita..



Ibnu Hasyim Catatan Santai


2 SEBAB. Pertama… Kerana rasa takut yang berlebihan menyentuh saraf kehidupan di negara Yahudi itu. Kebimbangna itu timbul akibat bahaya yang mengancam mereka, namun bahaya itu tidak jelas sangat. Ketakutan ini akhirnya menggerakkan warga Yahudi menggunakan alasan kepada warisan sejarah, dan keyakinan terhadap idelogi rasisme mereka. Dari sana, mereka mencari jalan keluar. Alasan ketakutan ini kembali kepada meningkatnya perlawanan Palestin dan Lubnan, dan perubahan-perubahan yang menggelisahkan negara Yahudi.


Kubu ekstrimis [Lieberman] memanfaatkan situasi ini. Ia berperanan mengeruhkan lagi suasana dengan menguatkuasakan undang-undang kewarganegaraan Palestin di wilayah 48, mengancam akan menghapuskan HAMAS, menghancurkan Jalur Gaza dengan bom nuklier, termasuk kepada Mesir yang tidak lagi mencegah penyelundupan senjata kononnya, dan kepada Iran yang membiayai perlawanan. Ada juga yang cuba menganalisis dengan menghubungkan kemenangan Partai Buruh Israel [19 kursi untuk 13 kursi] dan serangan roket Palestin yang berterusan ke selatan Israel.

Suara parti Buruh menurun di kota Ashdod dari 11% pada pilihan raya sebelumnya menjadi 5% pada pilihan raya kali ini. Penurunan yang hampir sama juga terjadi di kota Be'er Sheva, Ashkelon. Ini mengisyaratkan bahawa warga Israel di sana meragui Menteri Pertahanan yang gagal mempertahankan mereka di kota-kota di selatan Israel. Namun penurunan Partai Buruh juga terjadi di kota-kota tengah Israel dan utara Israel yang tidak mendapatkan serangan roket Al-Qassam. Bahkan Partai kiri ‘Meretz’ yang sebelumnya memiliki lima kursi di Knesset Israel, menurun menjadi tiga kursi. Kesimpulannya menunjukkan, telah terjadi perubahan radikal dalam psikologis, mental, dan emosional serta logika orang-orang Yahudi mengenai warga Palestin, dan wilayah secara keseluruhan.

Kedua… Kerana keyakinan yang berlebihan di mana mereka boleh melakukan segala-galanya tanpa ragu dan perkiraan lagi. Tindakan ganas mereka tidak pernah mendapatkan reaksi berarti dari bangsa Arab. Perasaan ini semakin kuat sehingga mereka menghina bangsa Arab ketika Liga Arab memasang iklan di media Israel untuk mempromosikan cadangan perdamaian Arab yang tidak pernah diperdulikan langsung oleh Israel.

Lihat saja, setelah 22 hari perang kejahatan Israel, semua senjata di dikerahkan ke Jalur Gaza di depan mata dan telinga negara-negara Arab namun mereka hanya mampu diam seribu bahasa saja. Hendak buat macam mana? Secara lahir, mereka hanya boleh beri makanan dan ubat-ubatan. Hanya bantu pelarian, bukan bantu senjata. Jadi, kecenderungan negara Yahudi kepada ekstrmis kanan dan keganasan melampau, adalah kerana ketidak upayaan politik Arab itu sendiri.

Sehingga berkata Dr. Fayez Abu-Shamala, “Ini adalah negara demokrasi Yahudi”. Inilah yang dibanggakan oleh ‘Tzipi Livni’ pada suatu malam semasa memberikan sambutan kemenangan, sebelum di pagi hari diumumkan parti ekstrim pihak Yahudi telah menang 65 kursi, sedangkan yang lebih ringan radikalinya menang 44 kursi. Bakinya dari 11 suara parlemen diperoleh oleh Arab. Kemenangan ini membuat Silvan Shalom salah satu elit parti Likud mengatakan, “Tidak ada pemerintah persatuan nasional, tidak ada pertukaran Jabatan Perdana Menteri dari parti Kadima dan Likud. Pemerintah hanya untuk kelompok radikal kanan.”

Apa peranan kita yang di luar negara-negara Arab? Teruskan kempen boikot barangan Yaudi dan talibarutnya AS. Korek lagi, cari apalagi rahsia kekuatan hubungan ekonomi dan lain-lain yang mengukuhkan kekuatan negara bangsat tersebut. Satu lagi yang paling penting! Kembalikan paksi perjuangan kita kepada paksi Islam. Bukan asobiah nasionalis. Kerana jelas nasionalis Arab, atau nasionalis Melayu tidak mampu menyatukan puak-puak Islam mengalahkan Israel.

Kalau nak pilih pemimpin, pilihlah pemimpin dari kumpulan paksi Islam, atau kumpulan yang berPAKATAN (pakatan dengan kumpulan bukan paksi Islam adalah cuma dari segi taktik dan strategi bukan matlamat) dengan parti Islam.

Kerana kalau manusia sudah menyerah diri pada Islam, dia pasti yakin, hanya ALLAH yang saja yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, yang lain semua kecil dengan kuasa yang terhad. Allahu Akbar!

Sekian, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 21, 2009.

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ 1..Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot... 2..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 3..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 4.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim.
5..Saturday, February 7, 2009 Bantai 95% Penduduk, Untuk Ambil-Alih? - Philip Slater. 6.. Monday, February 2, 2009 Cerpen: Aku Anak Palestin. 7..Friday, February 20, 2009 Lawan Yahudi Di Indonesia..

Sila lihat juga http://wartashubhi.blogspot.com/ di bawah judul Friday, February 20, 2009 Umat Islam Umpama Buih... & Thursday, February 12, 2009 Palestin, bumi pilihan.

Sejarah PAS 25: Masalah Singapura.


IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 25

ADALAH tidak memeranjatkan bagi yang mengerti perkembangan politik, apabila dengan tiba-tiba sahaja pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Malaya meledakkan satu projek baru yang dikatakan kepada orang Melayu, bahawa ianya adalah ‘Melayu Raya’. Tetapi bukanlah ‘Melayu Raya’ seperti yang dimaksudkan oleh Dr Burhanuddin merangkumi Gugusan Kepulauan Melayu. Ia akhirnya dikenal dengan persekutuan Malaysia yang diwujudkan pada 16 September 1963.

Walaupun ‘Melayu Raya’ menurut Perdana Menteri atau Malaysian itu adalah projek Malaya dengan kerjasama Inggeris untuk menggabungkan Federation of Malaya, Singapura, North Borneo atau Sabah, Sarawak dan juga Brunei, tetapi sebenarnya adalah projek Inggeris. Ini dapat dilihat apabila matawang di semua negeri tanah jajahan Inggeris telah disatukan. Juga dalam abad ke 19, Lord Brassey seorang pengarah North Borneo Campany telah mengemukakan kepada kerajaan Inggeris untuk menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, dengan menubuhkan satu jajahan Inggeris yang besar.

Tetapi ianya dibantah oleh kebanyakan pemegang-pemegang saham dari syarikat-syarikat Inggeris yang berkepentingan di daerah ini. Hasrat yang telah lama dipendamkan oleh Inggeris, tiba-tiba muncul kembali melalui lidah Perdana Menteri Malaya, tentulah ada sebabnya. Pada waktu itu peperangan di Indochina tidak menampakkan kekalahan pihak komunis. Perkembangan dan persiapan PKM (Parti Komunis Malaya) di bawah pimpinan Ching Peng kian bertambah di kawasan Betong, Utara Semenanjung, makin meluas di Malaya dan Singapura.

Dengan ini kedudukan Singapura dari segi politik perlu dikaji kembali oleh Inggeris, selewat-lewatnya pada Jun 1963, yang member makna bahawa Inggeris hendaklah memerdekan Singapura dengan segera. Indonesia pula dengan kelengkapan tentera Rusia terus memperhebatkan kempen mendapatkan kembali Irian Barat dari penjajahan Belanda. Jika ini berjaya, maka perhatian Indonesia dijangka akan tertumpu pula ke Kalimantan Utara. Filipina juga dikatakan akan mencuba menguasai North Borneo tersebut.

Memang politik Inggeris dikatakan bersedia memerdekakan tanah jajahannya, asal saja semua peraturan yang dibuat tetap melindungi kepentingan ekonominya. Untuk memerdekakan Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja, dibimbang masuknya pengaruh komunis di kalangan orang-orang Cina Sarawak yang memang sudahpun ada pengaruhnya. Maka kerana inilah pihak Inggeris perlu berkerjasama dengan Federal of Malaya yang ternyata begitu jujur menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi mereka di Malaya, dan memang setia kepada kebudayaan serta perundangan mereka untuk mengambil alih tugas-tugas penjajah atau menjadi talibarut penjajah tersebut, sebelum terjadi sesuatu yang akan merugikan mereka kelak.

Pada mulanya Indonesia tidak menentang kerana ‘Malaysia’ yang dicadangkan itu adalah negeri-negeri jajahan Inggeris sahaja. Indonesia tidak campur tangan, seperti tidak campur-tangannya dalam persoalan di Pulau Timor-timor yang diperintah oleh Portugis waktu itu. Kemudian dengan tiba-tiba sahaja Indonesia menyerang gagasan Malaysia dan menuduh sebagai ‘nekolin’ atau ‘new colonial’ (penjajahan baru), dan berazam ‘mengganyang’ Malaysia.

Ada yang menganalisis, tindakan Presiden Soekarno dari Indonesia itu didorong oleh golongan komunis yang merencanakan rampas-kuasa di Indonesia apabila berlaku pertempuran dengan Malaysia, di samping perjuangannya merebut Irian Barat. Saudara Amaluddin Darus sendiri pada dasarnya adalah menyokong gagasan Malaysia kerana dalam tahun 1957/1958, beliau telah mengusulkan dalam Mesyuarat Agung PAS supaya mendesak Kerajaan Persekutuan mempengaruhi Inggeris menyerahkan negeri-negeri Kalimantan Utara termasuk Singapura digabungkan ke dalam Federation of Malaya. Usul tersebut diterima oleh PAS.

Kerajaan PAS Kelantan juga telah mengambil tindakan undang-undang menuntut supaya mahkamah supaya mahkamah mengisytiharkan Malaysia Act tidak sah pada 10 September 1963. Kelantan bertindak demikian adalah kerana projek Malaysia dibuat cuma dengan perundingan 5 negara iaitu Malaya, North Borneo, Sarawak, Singapura dan Brunei, tanpa berunding dengan kerajaan negeri Kelantan. Malaya cuma satu unit dari perundingan tersebut, sedangkan sebenarnya terdiri dari 11 unit negeri-negerinya, termasuk Kelantan.

Bagi negeri Kelantan, Malaysia adalah satu bentuk persekutuan yang longgar dibandingkan dengan Federatian of Malaya. Contohnya seperti perjanjian tentang agama, kerakyatan dan lain-lain. Malaysia telah berjaya ditubuhkan tanpa Brunei, yang tidak jadi menyertainya. Tetapi secara mendadak, tiba-tiba Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. Sidang parlimen dijadualkan pada 9 Ogos 1965, pemberitahuan hanya dibuat melalui telegram kepada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pagi itu persidangan Dewan Rakyat dimulakan tanpa ahli-ahli dari Singapura. Tunku Abdul Rahman PM Malaysia waktu itu membentangkan perkara pemisahan Singapura dari Malaysia. Persidangan berlarutan hingga pukul 1.00 pagi 10 Ogos dan disambung oleh Dewan Negara hingga hamper menjelang subuh barulah ditangguhkan. Maka luluslah undang-undang yang memisahkan Singapura dari Malaysia. Saudara Amaluddin Darus dari PAS memberi undi setuju di dalam Dewan Negara.

Beliau menulis dalam bukunya ‘Lintasan Politik Malaysia’, katanya:

Saya sungguh tidak mengerti mengapa Tunku mengambil keputusan mengeluarkan Singapura dan mengapa pula Datuk Mohd Asri sudah menyokong dan mengarahkan ahli-ahli PAS di parlimen supaya menyokong pemisahan yang tersebut tanpa sebarang perbincangan. Kesilapan besar yang telah terjadi adalah mempunyai akibat yang berlanjutan, dan sangat-sangat dikesali.”

Tan Sri Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agung UMNO ketika itu telah meletak jawatan sebagai bantahan. Seorang ahli Dewan Negara dari PERIKATAN, Tuan Haji M.Said dari Kuala Kangsar Perak yang tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Negara itu mengirim telegram tanda tidak setuju dan membantah. Sedangkan Amaluddin Darus sendiri berpendapat, dari segi sejarah Singapura sendiri adalah milik bangsa Melayu. Dari sudut ilmu alam juga terletak di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Begitu juga dari sudut politik dan ekonomi.

Menurut beliau lagi, memang sejak dari mula lagi, pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahukan Singapura bersama Malaya. Malah sebelum tahun 1960 lagi Lee Kuan Yew, David Marshall dan Tun Lim Yew Hock telah menghendaki supaya Singapura dapat bercantum dengan Malaysia, tetapi Tunku Abdul Rahman tidak pernah mengindahkan. UMNO satu pertubuhan kebangsaan, yang dipimpin oleh orang-orang kebangsaan telah begitu takut dengan Singapura.

Pada hal menurut Amaluddin lagi, yang dikatakan nasionalis itu adalah mereka yang mengenal bangsanya, tanahair serta sejarahnya, di mana mereka memperjuangkan hak-hak mereka dari segi politik, ekonomi dan tetap berpandu kepada ajaran mereka sebelum dijajah. Tetapi UMNO tidak menghendaki sebahagian dari tanahair bangsa Melayu semata-mata kerana takut kepada jumlah penduduk Cina Singapura yang nanti akan menghilangkan perimbangan penduduk dan pengundi menurut kaum.

(Sila lihat statistic penduduk Malaya tanpa Singapura 1947, penduduk Malaysia termasuk Singapura 1963 dan Malaysia tanpa Singapura 1970 menurut kaum, dalam buku ‘Personaliti Perkahwinan’ oleh Ibnu Hasyim, terbitan GG Edar 1992).

Apabila Malaysia terpaksa ditubuhkan untuk mengimbangi keramaian keturunan Cina, maka ditentukan perwakilan dari Singapura di dalam parlimen hanya seramai 17 orang sahaja, iaitu 15 di Dewan Rakyat dan 2 di Dewan Negara. Menurutnya lagi, pemisahan Singapura dari lingkungan politik Malaysia adalah berpunca dari sebab-sebab politik perkauman, perlembagaan, kewangan dan pertentangan tokoh kepimpinan Cina antara Lee Kuan Yew dengan Tun Tan Siew Sin yang mengetuai MCA.

Menurutnya lagi pemisahan Singapura adalah satu langkah yang gopoh, untuk selamat buat sementara. Singapura akan berpisah sebagai negara berdaulat di tengah alam Melayu adalah sama seperti Istael di tengah-tengah alam Arab, malah lebih hebat lagi. Sebuah pulau kecil yang tidak cukup tanah untuk didiami dan tidak ada bahan mentah, pasti akan bergerak liar menguasai negara-negara sekelilingnya, demi kehidupan ekonominya. Perkembangan penduduknya akan menyebabkan ia terpaksa mencampuri politik negara-negara lain untuk kehidupan politiknya.

Singapura yang berasingan sekarang ini, tidaklah menjamin akan menyenangkan Malaysia khasnya, samada dari segi politik, ekonomi dan social. Sebagai penyelesaiannya Saudara Amaluddin menyarankan:

Sebelum Malaysia wujud saya pernah memberi ceramah kepada orang-orang Melayu di Singapura, di mana dalam ceramah saya telah saya nyatakan bahawa PAS di Singapura tidak akan berpeluang memerintah Singapura, sekalipun PAS memasuki 100 kali pilihan raya di Singapura. Justeru kerana itu tugas utama bagi PAS Singapura ialah dakwah mengIslamkan manusia di Singapura.”

Kini PAS sudah tiada lagi di Singapura. Maka menurut penulis sebuah gerakan Islam perlu diwujudkan atau jika sudah ada perlu digerakkan di Singapura. Hubungan mereka dengan gerakan-gerakan Islam se dunia perlu dieratkan. Barulah tugas-tugas ‘dakwah mengIslamkan manusia di Singapura’ boleh dilaksanakan. Pendekatan dakwahnya hendaklah sesuai dengan suasana penduduk Singapura yang berbagai kaum itu sendiri.

Tidak boleh seperti yang difahamkan oleh sebilangan nasionalis-nasionalis Melayu, ‘peluk Islam’ dikatakan ‘masuk Melayu’, sedangkan dari sudut sejarah orang Cina dan India lebih dulu masuk Islam dari orang Melayu. Apalagi bila dilihat jumlah penduduk Islam di negara China sekarang melebihi dari semua penduduk pelbagai kaum di Malaysia dan Singapura. Apalagi juga, bila seseorang bukan Melayu yang memeluk Islam di Malaysia telah di’bin atau binti’kan kepada ‘Abdullah’, maka terputuslah salsilah keturunan dan asal usul yang sangat-sangat dipertahankan.

Mungkin inilah juga sebabnya, ramai orang-orang Cina yang masuk Islam atau sejak datang dari negara China pun sudah Islam di Malaya, tetapi tidak dapat dikesan, seolah-olah tiada. Yang tinggal hanya ‘baba & nyonya’ Melaka yang mungkin boleh jadi Melayu, tetapi tidak disebut Melayu kerana enggan bertukar agama. Mereka boleh diterima oleh masyarakat Melayu Islam kerana masyarakat Melayu mengamalkan pegangan Islam ‘tiada paksaan dalam beragama.’

Kenapa tidak dapat dikesan bangsa Cina yang masuk Islam ini? Pada saya, adalah kerana sikap me’Melayu’kan orang bukan Melayu yang masuk Islam. Bangsa mereka larut dalam bangsa Melayu, menyebabkan hilang identity asal mereka. Itu, satu kesilapan yang perlu diperbetulkankan, kerana PAS kini, sangat perlu pemimpinnya dari kalangan orang Cina!

Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com 1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan 2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama 3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat. 4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas. 6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam 7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas 8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

Friday, February 20, 2009

Lawan Yahudi Di Indonesia..

phosphos bom digunakan Israel membunuh rakyat Palestin..



Ibnu Hasyim Catatan Santai

HARI-HARI rakyat Palestin dibantai, apakah serangan melalui pemboikan barangan Yahudi dan kuncu-kuncunya itu hanya bermusim? Perjuangan menentang Yahudi perlu diperluaskan. Di Indonesia Ketua Umum FUUI (Forum Ulama Ummat Indonesia), Athian Ali menyebutkan, “Freemasonry ini merupakan intelejen Yahudi yang merupakan induk dari organisasi-organisasi di bawahnya antara lain Rotary Club dan Lions Club.”

Menurut beliau, hal ini yang pernah difatwakan oleh ulama Mekkah pada tahun 1978 sabagai salah satu ancaman terbesar bagi umat Islam. Bahkan Vatikan pun melarang umatnya untuk mengikuti organisasi tersebut.

“…terdapat organisasi yang merupakan jaringan Zionis Israel, iaitu Rotary Club Internasional bermarkas di Amerika, yang jaringannya terdapat di Indonesia. Rotary club yang ada di Indonesia saja dalam setahun dapat menghimpun US$145,000 dari anggotanya kebanyakan Muslim, yang setengahnya dikirimkan ke Rotary Internasional (pusat).. Tentu saja, semua itu digunakan untuk kepentingan Zionis Internasional. Angka-angka itu dan pernyataan bahawa setengahnya dikirim ke Rotary Internasional… bukan kata saya, web resmi mereka sendiri yang bercerita.” Kata Bambang Ahmad Somantri, Ketua IMAJID (Ikatan Pemuda dan Mahasiswa Masjid) Jabar.

“Israel, hancurkan! Yahudi, kalahkan! Rotary, bubarkan!” Demikian antara jeritan dalam demontrasi dari halaman Pusdai Jawa Barat menuju halaman gedung DPRD Provinsi Jabar, yang dilancarkan oleh IMAJID. Tuntutan mereka ialah:

1..Mendukung sepenuhnya Maklumat FUUI No.15/Shofar/1430 yang mendesak pemerintah untuk memberlakukan kembali Keppres RI No.264 Tahun 1962 mengenai pelarangan organisasi-organisasi yang menginduk pada Zionis Israel diantaranya Rotary Club.

2..Mendukung sepenuhnya surat dari Komite Solidaritas Palestin No.01/II/RotaryLions /KSP/30/09 yang telah disampaikan kepada Presiden RI (Republik Indonesia) untuk menuntut peniadaan Sinagog Yahudi dengan semua simbolnya di jalan Kayon No.4 Surabaya, Jawa Timur.

3..Menyeru kepada seluruh umat Islam, ‘Ulama dan Institusi Islam baik di Indonesia mahupun di seluruh dunia untuk bersama-sama perjuangkan pelarangan Rotary Club.

Di Malaysia, memang perkara ini telah lama diperkatakan, apakah ianya sudah selesai? Ataupun kelab-kelab begini telah berjaya bersembunyi di balik topeng NGO-NGO kebajikan sehingga perjuangan menentang Israel tiada kena sasaran? Namun perjuangan menegakkan kebenaran tetap perlu diteruskan. (detik/berbagai sumber)

Sekian, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 20, 2009.

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ 1..Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot... 2..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 3..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 4.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim. 5..Saturday, February 7, 2009 Bantai 95% Penduduk, Untuk Ambil-Alih? - Philip Slater. 6.. Monday, February 2, 2009 Cerpen: Aku Anak Palestin.

Reformasi Di Saudi, Ala Yahudi?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

NENEK saya dulu bercerita, semasa menunaikan fardhu haji di Makkah kira-kira 1930an, kalau polis kerajaan Saudi melintas dekat bilik jamaah mereka, dan terdengar bunyi merengek-rengek muzik dari radio, dia tolak pintu terus merempuh masuk… “Haram!” katanya, dan merampas radio itu. Begitu tegasnya paraturan.

Hujung 1980an, semasa saya berada di Makkah kalau saya lalui kedai video (waktu itu belum ada VCD), saya lihat itulah kedai yang sentiasa penuh pelanggan. Sehingga dipintu kedai bertulis ‘for man only’, perempuan tidak dibenarkan masuk. Di dalamnya terpasang kuat lagu-lagu dan VCD, di mana pengunjungnya sedang bersorak gembira mengikut rentak lagu yang dipasang. Tertanya-tanya dalam hati saya, lagu apa yang menarik sangat itu?

Saya pun masuk, rupanya terlihat video Hetty Koes Endang, artis jelita dari Indonesia sedang menyanyi dan bergencok, di antara banyak artis-artis antarabangsa lain. Waktu itu, ia berpakaian macam artis-artis lain menjolok mata (tetapi sekarang khabarnya ia sudah pakai pakaian menutup aurat), sedangkan wanita-wanita di Arab Saudi dahulu dan sekarang memang memakai pakaian menutup aurat (purdah).

Cuma hari ini saya lihat di internet, dikatakan di Arab Saudi, tiba-tiba menjadi gempar. Seorang wanita, Noura Abdullah Al-Faez telah dilantik sebagai Menteri di Kementerian Pendidikan dan Pelajaran Urusan Wanita, beberapa hari lepas.. pertamakali berlaku dalam sejarah negara itu. “Kerajaan Saudi sedang menyampaikan pesan yang jelas kepada dunia, bahawa kami sedang menuju arah moderat, toleran dan fleksibel.” Jelas Menteri Penerangan Saudi, Abdul Aziz Al-Khoja.

“Ini adalah penghargaan bukan hanya untuk saya, tetapi juga untuk semua wanita Arab Saudi,” kata Noura. Noura Abdullah Al-Faez adalah ibu kepada lima anak, lulusan university Amerika, pernah memegang jawatan di Institut Pentadbiran Awan Arab Saudi.

Beliau diangkat oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud, raja Saudi sekarang. Raja Abdullah lahir tahun 1924, Raja Arab Saudi ke 6. Dari empat isterinya, lahir 10 putera dan 10 puteri. Abdullah mendapat pendidikan tradisional di lingkungan Sekolah Kerajaan di tangan para ulama kenamaan dan dibesarkan di bawah pengawasan langsung Raja Abdul Aziz. Baginda naik takhta pada 3 Ogos 2005 setelah wafatnya Raja Fahd. Beliau sebenarnya sudah menjadi penguasa de facto sejak tahun 1995 lagi ketika Raja Fahd diserang stroke.

Abdullah adalah salah satu dari 37 putera Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud (pendiri Arab Saudi modern) yang lahir dari Fahada binti Asi-al Syuraim, isteri kelapan Abdul Aziz dari keluarga Rasyid. Sebelum menjadi raja, Abdullah memang terkenal sebagai raja yang bertindak di luar kebiasaan orang Arab. Tujuh tahun lalu, beliau pertama kali melontarkan cadangan damai antara Israel dan Timur Tengah.

Inisiatif tersebut meminta Israel keluar dari bumi yang didudukinya sejak tahun 1967, dengan imbalan diadakan hubungan diplomatik dunia Arab dengan Israel secara kolektif, tertegaknya negara Palestin dengan ibu kota Jerusalem Timur, dan solusi mengenai pelarian Palestin. Walaupun usul ini disetujui Israel dan AS, tetapi ditolak mentah-mentah oleh rakyat Palestin. Beliau sering menyebut kalimat reformasi, pembaharuan dan perubahan di berbagai forum. Misalnya, Abdullah dalam beberapa tahun terakhir ini aktif dengan dialog nasional, membahas berbagai isu, khususnya isu reformasi, dengan melibatkan berbagai tokoh masyarakat.

Beliau juga mengizinkan pemilihan terus ahli Dewan Konsultatif secara nasional sejak awal tahun 2005. Dia jugalah telah membuka kesempatan bagi pemodal asing memiliki saham di bidang eksplorasi dan produksi gas. Akibatnya, kini AS semakin merajalela di bumi Arab. Beberapa bulan lalu, dia mengizinkan filem Hollywood ditayangkan di bioskop Saudi. Sebelumnya, Saudi adalah negara yang terkenal tidak memiliki bioskop atau pawagam.

Dia juga dikenali sangat rapat dengan George W. Bush, mantan Presiden AS, sehingga New York Times menyebutkan Saudi sebagai ‘House of Bush, House of Saud’. Mungkin itu sebabnya, ada web yang menyebut reformasi Raja Abdullah ini, sebagai ‘Reformasi Yahudi Ala Saudi.’ Tetapi saya lebih suka menterbalikkannya, menjadi ‘Reformasi Saudi Ala Yahudi.” Kerana sebenarnya reformasi itu baik, tetapi hendaklah mengikut acuan agama kita sendiri! (sa/cnn/guard/berbagaisumber)

Sekian, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 20, 2009. KL

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ 1..Saturday, May 26, 2007 Harga Barang Naik… atasi dengan nuklear 2..Sunday, February 8, 2009 Pakar Nuklier Pakistan Dibebaskan, Mengapa AS Curiga? 3..Saturday, February 14, 2009 30 Tahun Revolusi Iran Apa Manfaat Pada Kita? 4.. Wednesday, February 18, 2009 Rakyat Israel Buat Roket Sendiri Melalui Blog..


Thursday, February 19, 2009

Kerajaan BN Perak, Sikit Lagi Nak Jatuh..

MB Perak Palsu dari BN, bolehkah bertahan?

By ASYOK KUMAR

JAWATANKUASA Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini. Semalam, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar. Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily. Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN. Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya, termasuk tiga calon bebas, manakala Pakatan mempunyai 28 Adun. Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kerajaan BN Perak kini, diambang kejatuhan, sudah senget tunggu jatuh! Jom pakat-pakat tolak! (AK Feb18)

Ini Dia Helmi Malek… Boyfriend Eli Wong..

Helmi Malek
By ASYOK KUMAR

Lihat berita ini….

Now, where the **** has he run to. Has he got his millions too and disappeared like Saifool and Balasubramaniam??? By Yushaimi Yahaya & Frankie D’ Cruz February 18, 2009 Categories: News Malay Mail

Police are looking for Hilmi Malek, 32, for questioning in connection with the Elizabeth Wong nude photograph imbroglio.

Hilmi, a Parti Keadilan Rakyat member and one-time divisional secretary, is said to be Wong’s exboyfriend.

He has gone missing from work as personal assistant to Petaling Jaya Selatan Member of Parliament
Hee Loy Sian since Saturday.

Unconfirmed reports said Hilmi, who began work for Hee last April, is abroad.

Attempts by Malay Mail to contact him since Saturday have been futile.

It is learnt that Hilmi’s colleagues were aware of his relationship with the Bukit Lanjan assemblyman and State executive councillor for tourism, consumer affairs and environment.

Wong, 37, told Malay Mail editors last Friday that they had split recently and she had not been seeing anyone since the break-up.

Petaling Jaya police have so far taken statements from Malay Mail and theSun editors to help track the perpetrators behind the recording of the images.

Malay Mail editors had handed over two images of Wong to the police on Monday night.

One was of her sleeping on the sofa of her Bukit Gasing home and the other was taken at an angle that showed her private parts.

In the meeting with Malay Mail editors last Friday, Wong had maintained that these pictures were taken without her consent and that the identity of the photographer was unknown.

Wong, who had expressed her shock when informed of the pictures, had said that it was an intrusion of her privacy.

She lodged a report with Damansara police on Sunday and gave her statement to the police yesterday.

She did this after offering to resign from all posts. However, PKR has rejected her resignation and asked her to take a break.

Elizabeth Wong Nude Pix Saga: Ex-boyfriend’s former boss mobbed
NST NEWSDESK

KUALA LUMPUR, Wed: Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian was a man under siege in parliament today over the Selangor executive councillor Elizabeth Wong’s ‘nude’ pictures incident.

His former aide Hilmi Malik is said to be the person who was Wong’s alleged lover and widely believed to have taken the nude pictures of her.

Yesterday, Hee was mobbed by the parliament media the way a rock star would be by his fans.

Visibly shaken by the new found attention, mild mannered Hee had a tough time and had to be rescued by the irrepressible PKR Information chief Tian Chua (PKR-Batu)

Tian Chua launched into a tirade about how the media should leave Wong alone but despite this a few questions were posed to Hee.

Hee said said Hilmi had worked with him for nine months but was no longer in his employement.

He has been working with him for 9 months.

But where did Hilmi go or why did he quit?

“I don’t know where he is now,” he said, while telling everyone to read the Sin Chew Jit Poh.

Hee had been quoted extensively in the Chinese daily on the subject in Wednesday’s edition.

“Let the police do their work,” he said as Tian Chua stepped in and rescued Hee.

However, Azmin Ali (PKR-Gombak) shed some light on Helmi’s links to the PKR.

“Yes he is a member. He joined recently,” he said.

Azmin confirmed that Helmi is a member of the party but declined to give anymore details on the subject.

“I really don’t know about his private life,” he said.

Helmi dapat membantu polis untuk penyiasatan. (AK)

Wednesday, February 18, 2009

Rakyat Israel Buat Roket Sendiri Melalui Blog..


Ibnu Hasyim Catatan Santai

“(BUAT Roket) … Bukan kerja susah. Kalau orang-orang di Gaza boleh, maka anda dan sesiapa pun boleh pula!” Demikian dia menulis. Dia adalah dari Grup Sderot dipelupori oleh seorang Yahudi bernama Shai dan Batya Messenberg dari Petah Tikva. Iaitu, sebuah grup baru di facebook yang dibuat oleh pemukim Zionis-Yahudi di Sderot.

Baru-baru ini grup ini telah memuat cara-cara merekacipta sebuah roket, sama seperti roket Al-Qassam yang sering diluncurkan pejuang-pejuang Palestin ke tengah-tengah pemukiman
warga Zionis Yahudi di kota itu. Komuniti di alam maya tersebut sekarang telah memiliki 45 anggota dan diyakini akan terus bertambah dengan cepat.

Cara-cara merangkai roket ini juga dijangka akan disalin ke dalam berbagai blog dan situs peribadi. Facebook sendiri merupakan sebuah jaringan pertemanan di alam maya yang ahlinya tersebar luas ke seluruh dunia dengan sangat cepat. Siapa pun ahli facebook dapat mencipta grupnya sendiri dan mengajak ahli lain untuk bergabung. [sumber: rizki/Jpost/eramuslim]

KOMEN: Kita perlu membantu perjuangan rakyat Palestin, iaitu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dengan kuasa yang ada pada kita, termasuk perjuangan melalui weblog ini.


Sekian, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 18, 2009. KL

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/
1..Saturday, May 26, 2007 Harga Barang Naik… atasi dengan nuklear
2..Sunday, February 8, 2009 Pakar Nuklier Pakistan Dibebaskan, Mengapa AS Curiga?
3..
Saturday, February 14, 2009 30 Tahun Revolusi Iran Apa Manfaat Pada Kita?

Gambar Bogel Ini...

Gambar Terhangat Di Pasaran

MUNGKIN gambar ini menjadi penyebab kepada apa yang dikatakan "kemelut Elizabeth Wong". Gambar foto separuh bogel yang dirakam sewaktu beliau sedang tidur yang tiba-tiba tersebar begitu cepat di era digital ini yang tiba-tiba menjadi punca kejatuhan seorang pemimpin. Gambar itu sendiri pada hemat GB tidaklah begitu menghairankan kerana di internet ini sudah ada gambar yang lebih hebat dan dasyat daripada itu.

Apatah lagi ianya tidak mendapat keizinan dari tuannya. Ini bererti sesiapa yang teraniya di mana gambarnya sedang mandi atau tidur automatik ia mesti dihukum, kalau berdasar logik dua bekas MB Selangor yang perasan sangat dia dah cukup bermoral.


Cuma yang menjadikan ia begitu laris, ia tentang seorang tokoh politik seorang pemimpin Pakatan Rakyat. Blog national-express menyifatkan laporan Malay Mail yang mendedahkan kes tersebut sebagai satu contoh kewartawanan longkang apabila foto perempuan yang tidak ada kena-mengena berita berkenaan diselitkan bersebelahan dengan berita tersebut.

Dan hal yang sama dilakukan oleh sebuah akhbar online, agendadaily, yang wartawannya adalah bekas mereka yang terbiasa dengan kerja-kerja fitnah di sebuah syarikat akhbar bernama Utusan, yang sering menimbulkan isu perkauman sempit yang dimurkai oleh Sultan Mizan di dalam titahnya semalam yang tanpa mengenal batas etika asalkan saja ia boleh popular dengan menjadikan ia sebagai isu untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat. Gambar sebegini pun boleh dijadikan modal oleh mereka yang bangkrap idea dan bangkrap isu.


Kalau pemimpin UMNO rasanya mereka tidak begitu hairan dan banyak pula justifikasi yang akan diberikan bila berkeadaan begitu.


Bagaimana kalau di atas adalah pemimpin Pakatan Rakyat?
Tentunya dah macam nak kiamat dilakukan media massa arus perdana


Mungkin agaknya lebih berfaedah untuk mendedahkan gambar "misteri" yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tentang MPV Proton bernama Exora yang bakal berada di pasaran pada bulan April nanti yang harganya di bawah RM80,000 dan didatangkan dengan lima warna berbeza.




Atau setidak-tidaknya untuk meringankan kepala tengok gambar-gambar yang boleh menghilangkan sedikit ketegangan mental seperti ini:




Kalau tak suka sangat dengan gambar di atas di atas alasan ia boleh membnangkitkan rasa syahwat melulu terutama untuk mereka yang terlalu sensitif keberahiannya, maka boleh gantikan dengan melihat gambar ini yang sepastinya membangkitkan pula rasa kemanusian yang tinggi malah mampu menitiskan airmata.


Atau mengkaji dengan lebih jauh sedikit bagaimana dunia digital mampu "merubah" sesuatu wajah kehidupan.

Untuk tujuan itu kena belajar dari pakar di sini , yang penting jangan selama-lamanya hanya menjadi penonton pasif yang hanya pandai mengguna dan menerima tetapi hendaklah berusaha menjadi manusia yang kreatif, aktif dan rajin memberi. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga liang lahad, kita tidak akan rugi.

Dipetik dari Kelab Greenboc.
Diangkat oleh Asyok Kumar.

Sejarah PAS 24: Perginya Ustaz Zulkifli..


Gambar atas : Ustaz Zulkifli. Bawah: Rumah tinggalan Allahyarham di Perak (sila rujuk http://ummuaimi.blogspot.com/ ).


IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 24

PADA 6 Mei 1964 dalam perjalanan pulang dari Bacok Kelantan ke rumah ayahnya ke Kuala Kangsar, Ustaz Zulkifle Muhammad berada di dalam kereta jenis Fiat bernombor JB 9977. Kira-kira pukul 7 malam, sesampainya di suatu jalan sempit, batu 4 ½ , Jalan Kuantan Pahang, keretanya telah berlanggar dengan sebuah land rover yang datang bertentangan dari hadapan.

Isterinya meninggal di ribanya waktu itu juga, sedangkan beliau sendiri meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital. Dalam perjalanan yang panjang dari Bacok itu, beliau dikatakan terus berbincang mengenai penubuhan Yayasan Tinggi Islam Nilam Puri Kelantan, dalam usaha menubuhkan Universiti Islam, bagi merealisasikan system pendidikan Islam di negara ini.

Menurut Allahyarhan Tan Sri Dr Muhammad Asri Haji Muda:

Professor Ustaz Zuikiflli Muhammad dalam masa hayatnya, telah meyakinkan bahawa Islam di Tanah Melayu tidak akan boleh dibangun dan tidak akan mencapai keagungannya melainkan dengan dua jalan. Yang pertama melalui pendidikan dan pelajaran, dan yang kedua melalui kuasa politik yang wajib dimiliki oleh umat Islam. Beliau menekankan, jangan sesiapa mengharapkan Islam akan terbela di tanah air kita ini, kalau kuasa pemerintahan negara tidak umat 100% Islam yang memegangnya.

Pada awal tahun 50an melalui akhbar dan ceramah beliau menyuarakan penubuhan sebuah kolej Islam sebagai asas kearah university Islam. Tahun 1954, usaha-usaha dijalankan di Johor Bharu, Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor telah menganugerahkan istananya di Kelang untuk dijadikan bangunan awal Kolej Islam Malaya. Tahun 1955 beliau dilantik menjadi Setiausaha Kolej tersebut. Dua tahun kemudian dilantik menjadi pensyarah Pengajian Melayu, Perundangan dan Tata Negara Islam, juga Kesusasteraan Arab.

Pada 15 Julai 1957, beliau dianugerahkan Professor Kehormat dari Universiti Sawerigading Indonesia. Walaupun menjadi pembangkang, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Universiti Malaya 1960-1961 dan Ahli Jemaah Pengurus Sekolah Menengah Sultanah Zainab Kota Bharu Kelantan. Datuk Haji Muhammad Asri yang baru bergelar Tan Sri juga mengatakan sewaktu memberi kata pengantar buku tulisan Zulkifli Muhammad berjudul ‘Analisis Tentang Beberapa Masalah Hidup Manusia’ terbitan di Pulau Pinang 1968, beliau menulis:

Saya mengenali beliau sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah-majalah dan risalah-risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai juru pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai Setiausaha dan Pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti, ditambah dengan karya-karyanya yang membahas pelbagai bidang ilmu pengtahuan.”

Ustaz Zul pernah ikutserta dalam Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaya, antara kegiatan yang dicadangkan termasuklah Program Rancangan Lima Tahun dan Pembentukan Bank Melayu. Pada 1 Mei 1955, beliau membentangkan satu kertas kerja bertajuk ‘Preadvice Tentang Perusahaan Pengangkutan Melayu’ dalam satu Persidangan Perusahaan Pengangkutan Melayu Se Malaya anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaya di Ipoh.

Dalam kertas kerja itu beliau mengemukakan bahawa kelemahan orang Melayu di bidang tersebut disebabkan oleh kelemahan modal, latihan teknik, perhubungan perniagaan dan pengalaman, serta saranan-saranan untuk memperbaikinya supaya membolehkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat di kalangan orang-orang Melayu. Di bidang sosial pula, beliau melihat peranan filem Melayu dalam mempengaruhi masyarakat.

Menurut tulisannya:

Sebagai satu benda filem adalah bermata dua. Ia boleh digunakan bagi kebajikan dan bagi kejahatan. Kita tiada boleh dan jangan sekali-kali menghukum bahawa filem itu hanya berkesan buruk pada masyarakat. Buruk baiknya adalah pada kita anggota masyarakat sendiri. Cara filem yang kita kehendak dan lakunan yang kita hargai adalah menentukan kesan filem kepada kita.”

Bagi Ustaz Zul, filem-filem Melayu mestilah mempunyai identitinya tersendiri. Tidak wajar bagi filem Melayu dan pelakonnya meniru apa yang terdapat di barat sebagai satu nilai. Beliau berkeyakinan bahawa filem Melayu boleh mencapai mutu seperti filem-filem asing serta dapat memberikan pengajaran berdasarkan nilai-nilai tempatan, jika bimbingan yang sewajarnya diberikan kepada pengusaha-pengusaha filem tersebut. Beliau juga menyokong tindakan Lembaga Penapis Filem terhadap filem ‘Kipas Hikmat’ yang diselitkan dengan unsur-unsur yang tidak sihat.

Katanya dalam akhbar ‘New Straits Times’ pada 9 Mac 1955:

Malay film actresses should not copy what actresses in auther parts of the world do. We have a different way of live and culture.”

Menurut Tan Sri Muhammad Asri lagi:

Saya kenal dia sebagai ahli pidato dengan syarahannya yang memikat dan suaranya yang mengguntur di hadapan khalayak ramai dengan stailnya yang tersendiri. Saya kenal dia sebagai Ahli Parlimen yang cekap dan peranannya yang aktif sebagai anggota parti pembangkang yang terkemuka, mewakili partinya (PAS) dalam Dewan Rakyat Malaysia, yang mengikut kata orang belum ada Ahli Parlimen Malaysia yang boleh menandinginya sampai sekarang. Di atas dari semua itu, saya kenal dia sebagai seorang pemimpin yang berkelibar besar disegani oleh lawan dan kawan.

Menurut ‘Berita Harian’ 8 Mei 1964, Tunku Abdul Rahman mengulas tentang kematiannya mengatakan:

Beliau telah memberikan sumbangan-sumbangan yang sangat berguna dalam perbahasan-perbahasan di Parlimen, kerana itu kehilangannya akan turut dirasakan di Parlimen.”

Beliaulah orang yang pertama menempa sejarah berucap empat jam berturut-turut di Parlimen. Dari laporan-laporan Parlimen di dapati beliau mengemukakan hujjah-hujjah bernas dan berkualiti tinggi. Membangkitkan hak orang-orang Melayu dan gemar berucap mengenai ekonomi dan kewangan negara, sehingga beliau dilantik menduduki Public Accounts Committee. Umpamanya dalam November 1959, beliau membangkitkan soal-soal kerakyatan, cukai, minuman keras, pertanian seperti koperasi dan bidang teknik, hak Melayu dan nperkembangan bahasa Melayu, pengiktirafan sijil Kolej Islam Malaya, Pusat Latihan Guru dan menghentikan penghantaran guru ke Brinsford dan Kirby di United Kingdom.

Disember 1959, beliau membangkitkan soal kerakyatan, perang saraf, pelajaran dewasa, rumah murah, penuntut Melayu di Mesir, Bahasa Melayu, cukai import, perlunya institute penyelidikan industry dan lain-lain. April 1960, mengenai bahasa Melayu sebagai pengantar, ekonomi orang Melayu termasuk RIDA. Ogos hingga Disember 1960 mengenai pendatang haram, orang Melayu luar negeri, Laporan Razak mengenai pelajaran, pengiktirafan ke atas negara Israel, perlunya Malay Economic Secretariat, ali baba, RIDA, cukai, anti corruption agency, architecture kebangsaan dan perlunya rumah-rumah murah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah.

Dalam tahun 1961, beliau mengemukakan pendapat mengenai Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengenai pelajaran dewasa, penggunaan Bahasa Melayu RIDA, FELDA, Dewan Bahasa dan Pustaka, menentang penubuhan Malaysia, dasar pelajaran dan rasuah. Tahun 1962, mengemukakan perlunya Staff Training Centre, Public Record, Crown Agent, RIDA, kemunduran pelajar Melayu, pengjian Islam, Kolej Islam, penubuhan Tabung Haji, perturan sekolah-sekolah, Kolej Pertanian, Bahasa Kebangsaan, perlunya Secretariat Melayu Kuala Lumpur, bahasa Melayu di mahkamah dan keselamatan jalan raya.

Pada 19 Ogos 1963, beliau berucap menentang penubuhan Malaysia dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Sehingga Januari 1964 penggal terakhir parlimen bersidang sebelum pilihan raya umum 1964, dari perkara sebesar-besarnya hingga sekeci-kecilnya, yang tidak dapat diselesaikan dibawa ke Parlimen seperti Bahasa Kebangsaan, Syarikat Kerjasama, dasar luar negara Association of Southeast Asia (ASA), kesihatan, sehingga kepada pengaduan bekas seorang mata-mata memohon jawatan pemandu Mohd Yusof Mohd Zain, dan bekas mata-mata dari Seberang Pumpong Alor Setar yang mengadi diberhentikan kerja.

Akhbar Utusan Melayu pada 10 MEI 1964 mengatakan:

Juga bagi PAS kehilangan Ustaz Zul itu merupakan kehilangan suatu alam fikiran. Alam fikiran Ustaz Zulkifli Muhammad merupakan keperibadian PAS di samping Dr Burhanuddin.”

Ustaz Zul berfikiran terbuka dan berpandangan jauh ke depan. Semasa menuntut di Mesir beliau menubuhkan dan menjadi Presiden ‘Egyption Relief Fun Committee’, sebuah badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dan bukan Islam. Beliau mampu melaksanakan suatu bentuk kerjasama antara kaum dan agama untuk keadilan seperti mengutuk pencerobohan Israel dan lain-lain. Ustaz Zul berpendapat, bahawa Islam tidak dapat ditegakkan dalam negara ini tanpa sokongan orang-orang bukan Islam, malahan mereka mempunyai hak masing-masingdi dalam sesebuah negara Islam.

Beliau juga berpendapat bahawa, jika lambat laun PAS menguasai Kuala Lumpur atau Kerajaan Persekutuan, itu bermakna pemerintahan PAS di Kelantan akan terus menerus lemah. Kerana itu beliau mencadangkan supaya PAS membuka pintu keahlian kepada warga negara Malaysia yang bukan Islam sebagai Ahli Bersekutu. Menurutnya ‘satu perkara yang perlu dilakukan segera’. Tetapi ditolak oleh Jawatankuasa Agung PAS yang menurut Saudara Amaluddin Darus ‘semata-mata kerana takut kalah pilihan raya’

Dalam ucapan dasar Muktamar Agung PAS ke 12 tahun 1964, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Yang Di Pertua Agung PAS ke 3 mengatakan:

Berpulangnya Timbalan Yang Di Pertua kita yang dikasihi, Professor Zulkifli Muhammad bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin selaku Naib Ketua Dewan Muslimat ke rahmatullah, adalah suatu peristiwa yang cukup mengharukan hati dan perasaan kita. Hingga saat ini suasana muram dan sedih masih menyelubungin kita semua. Beliau telah pergi dengan meninggalkan kita amanat-amanat perjuangan yang tidak dapat kita lupakan. Yang tetap menjadi kenangan yang tidak kunjung padam.

Beliau telah pergi sesudah beliau menunaikan tugas beliau sebagai pemimpin yang berani, jujur dan bijaksana. Tidak hairanlah kalau kepergiannya dianggap suatu kehilangan besar kepada kawan dan lawan. Tidak hairanlah, kalau Perdana Menteri Malaysia sendiri telah mensifatkan beliau sebagai Pahlawan Demokrasi. Parlimen Malaysia telah mensifatkan beliau sebagai ‘tokoh parlimen yang payah ditandingi’. Malah Sultan Kelantan telah mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Muhammadi Yang Ke II, sebagai mengiktiraf atas jasa-jasa dan kebaktian yang telah beliau berikan selama hayatnya.

Memang wajar orang besar tanahair ini berhak menerima penghargaan yang sedemikian rupa, kerana kebesarannya adalah kebesaran perjuangannya. Bagi parti kita PAS, kepergian beliau mempunyai makna yang tersendiri kerana anggapan kita terhadap kebesaan Al-marhum ustaz Zulkifli Muhammad adalah dari segi kepimpinannya selama memegang jawatan Timbalan Yang Di Pertua. Sikap keberanian dan kecekapan, ketabahan dan kejujuran, disertai oleh semangat sedia berkorban adalah antara sifar-sifat utama yang memikat hati kita semua terhadap beliau dalam perjuangan PAS selama ini.

Kini beliau telah pergi dan kita yang tinggal akan menyambung terus perjuangan ini. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT semoga dihimpunkan oleh Allah roh beliau suam isteri ke dalam himpunan para syuhadak dan mujahidin. Sambil itu, marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Ummul Quran Al-Fatihah..

Demikian ucapa dasar Dr Burhanuddin selaku Yang Di Pertua Agung PAS . Kalaulah perjuangan kebangkitan PAS ini boleh diibaratkan sebagai seekor burung, di mana regu Burhanuddin-Zulkifli ini sebagai sayapnya, bolehkah dikatakan sebelah sayapnya sudah patah terkulai menyebabkan penerbangan perjuangan tersebut mula menjunam??

Abdul Samad Gul Ahmad, pemimpin PAS ( Ketua Pemuda) pertama yang dibunuh... sila lihat sejarah PAS sebelumnya. Sejarah PAS siri 12..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails