Saturday, March 28, 2009

Pemilu Indonesia, 9 April Ini.. Bagaimana Aceh?

Ibnu Hasyim CatatanPerjalanan
Gambar
idola mereka
Sultan
Iskandar Muda Aceh..

“BULAN lepas Tgk Yahya datang cari kamu, ketemu ngak?” Tanya kawan saya kepada saya bila kami jumpa dalam pertemuan di KL beberapa minggu lepas.

“Tak. Kebetulan saya ada hal, tiada di KL.” Saya jawab.

Tengku Yahya adalah Sekretaris Jenderal Partai Aceh (didirikan 2007) di bawah Ketua Umumnya Muzakkir Manaf. Partai Aceh adalah salah satu partai politik tempatan atau lokal di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Partai ini ikut dalam Pemilihan Umum (PEMILU) Legislatif Indonesia 2009 dan pemilihan anggota parlemen daerah Provinsinya. Dulunya bernama Partai Gerakan Aceh Merdeka (GAM), kemudian pernah berubah menjadi Partai Gerakan Aceh Mandiri, kini menjadi Partai Aceh. Dua kali tukar nama.

Selain Partai Aceh, terdapat 5 lagi yang lulus untuk bertanding di Aceh, iaitu:
  • Partai Aceh Aman Sejahtera, Ketua Drs.H.Ghazali Abbas Adan dan Sekretaris Drs. H. Nusri Hamid.  
  • Partai Bersatu Aceh, Ketua Dr. Ahmad Farhan Hamid,MS dan Sekretaris Muhammad Saleh,SE. 
  • Partai Daulat Aceh, Ketua Tgk Nurkalis, MY, dan Sekretaris Tgk Mulyadi M Ramli, S Pd.I.
  • Partai Rakyat Aceh, Ketua Ridwan H Mukhtar dan Sekretarisnya, Thamren. Dan  
  • Partai Suara Independen Rakyat Aceh, Ketua M.Taufiq Abda dan Sekretaris, Arhama (Dawan Gayo).
Teringat saya, pernah Tengku Yahya menerangkan kepada saya dan kawan-kawan mengenai dasar perjuangan Partai Aceh, melalui komputer bimbit yang dibawanya di sebuah restoran di Kampung Baru KL, kira-kira sebulan dua lepas. Saya masih belum nampak jelas dasar-dasar perlembagaannya berteraskan Islam, iaitu mengikut Al-Quran dan Hadis. 

Sehingga kawan saya dari Malaysia berbisik perlahan, “Lebih kurang macam parti assobiah tu juga.. kalau di sini!"

“Aku nak pulang ke Aceh, nak undi partai Islam!” Kata kawan kami anak Aceh yang ada bersama-sama dalam pertemuan di KL ini.

“Aku nak pulang ke Medan, nak undi parti Islam juga!!” Kawan kami anak Medan pula mencelah. 

“Dah tak berapa hari lagi, nak Pemilu 9 April…”

Ya, sejak merdeka pada 17 Ogos1945 dari penjajahan Belanda, rakyat Indonesia sudah melalui sebanyak 9 kali Pemilihan Umum (Pemilu) iaitu pada tahun 1955, 1971, 1977, 1982, 1987, 1992, 1997, 1999 dan 2004. Kini, mereka akan mengikuti Pemilu ke-10 yang dijadualkan berlangsung tanggal 09 April 2009 ini. Setelah era kediktatoran regim Suharto berjaya ditumbangkan pada tahun 1998 hasil gelombang kebangkitan rakyat yang digerakkan oleh mahasiswa diseluruh univesiti di Indonesia, maka perubahan berlaku begitu pantas dengan pertambahan partai politik sehingga mencecah angka 48 partai yang bertanding pada Pemilu 1999. 
Sebelumnya hanya 3 partai sahaja yang bertanding pada Pemilu 1977 tanggal 29 Mei. Kemudian berkurangan pada tahun 2004 iaitu hanya sebanyak 24 partai sahaja. Bagi Pemilu 09 April 2009 ini, jumlah partai yang bertanding sebanyak 44 partai yang termasuk didalamnya 6 partai dari Acheh (local-di Acheh sahaja) seperti di atas. Partai-partai yang bertanding di peringkat nasional itu ialah… 
  1. Partai Hati Nurani Rakyat, 
  2. Partai Karya Peduli Bangsa (PKPB), 
  3. Partai Pengusaha dan Pekerja Indonesia (PPPI), 
  4. Partai Peduli Rakyat Nasional (PPRN), 
  5. Partai Gerakan Indonesia Raya (GERINDRA), 
  6. Partai Barisan Nasional. 
  7. Partai Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKP), 
  8. Partai Keadilan Sejahtera (PKS), 
  9. Partai Amanat Nasional (PAN), 
  10. Partai Perjuangan Indonesia Baru (PIB), 
  11. Partai Kedaulatan, 
  12. Partai Persatuan Daerah (PPD), 
  13. Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) 
  14. Partai Pemuda Indonesia (PPI), 
  15. Partai Nasional Indonesia Marhaenisme (PNI), 
  16. Partai Demokrasi Pembaruan (PDP), 
  17. Partai Karya Perjuangan, 
  18. Partai Matahari Bangsa (PMB), 
  19. Partai Penegak Demokrasi Indonesia (PDI), 
  20. Partai Demokrasi Kebangsaan (PDK), 
  21. Partai Republik Nusantara (RepublikanN), 
  22. Partai Pelopor, 
  23. Partai Golongan Karya (GOLKAR). 
  24. Partai Persatuan Pembangunan (PPP), 
  25. Partai Damai Sejahtera (PDS), 
  26. Partai Nasional Benteng Kerakyatan Indonesia (PNBK), 
  27. Partai Bulan Bintang (PBB), 
  28. Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), 
  29. Partai Bintang Reformasi (PBR), 
  30. Partai Patriot, 
  31. Partai Demokrat, 
  32. Partai Kasih Demokrasi Indonesia (PKD), 
  33. Partai Indonesia Sejahtera (PIS), 
  34. Partai Kebangkitan Nasional Ulama’ (PKNU), 
  35. Partai Merdeka, 
  36. Partai Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia, 
  37. Partai Sarikat Indonesia (PSI) dan 
  38. Partai Buruh.
Indonesia telah mempunyai 6 orang Presiden sejak kemerdekaan Indonesia pada17 Ogos 1945 . iaitu… 1) 1945 – 1967 : Sukarno, 2) 1967 – 1998 : Suharto, 3) 1998 – 1999 : B.J Habibie, 4) 1999 – 2001 : Abdur Rahman Wahid (Gusdur), 5) 2001 – 2004 : Megawati Sukarno dan 6) 2004 – 2009 : Susilo Bambang Yudhoyono. Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) adalah dari Partai Demokrat menjadi Presiden dan Jusuf Kalla menjadi wakilnya (timbalan) dari Partai Golongan Karya (GOLKAR). 

Bahkan di Indonesia sejak tahun 1945 sehingga 1959, terdapat jawatan Perdana Menteri Indonesia yang berfungsi sebagai pembantu Presiden. Antara Perdana Menteri Indonesia adalah.. 1) 1945 – 1947 : Sutan Sjahrir. 2) 1947 – 1948 : Amir Sjarifoeddin. 3) 1948 – 1950 : Mohammad Hatta. 4) 1950 – 1950 : Abdul Halim. 5) 1950 – 1951 : Mohammad Natsir (Pak Natsir). 6) 1951 – 1952 : Sukiman Wirjosandjojo. 7) 1952 – 1953 : Wilopo. 8) 1953 – 1955 : Ali Sastroamidjojo. 9) 1955 – 1956 : Burhanudin Harahap. 10) 1956 – 1957 : Ali Sastroamidjojo dan 11) 1957 – 1959 : Djuanda Kartawidjaja.
Seseorang dari mereka mengajukan pertanyaan kepada saya dalam pertemuan itu, “Pada pendapat Tgk (mereka juga panggil saya Tengku).. setelah beberapa kali ke Aceh dan pernah mengiringi Tgk Hasan Tiro di sana tempo hari, apa pandangan saudara tentang PA (Partai Aceh), boleh menang ke dalam Pemilu tahun ini?”

“Susah juga nak ramal, kerana saya cuma kenal PA saja, yakni dari dekat. Walaupun begitu saya yakin setakat ini PA boleh menang kerana…

1)..Pihak GAM, yang kebanyakannya berada dalam PA telah berjaya membawa keamanan di Aceh melalui Mou Helsenki (Nota Kesepahaman antara Pemerintah Republik Indonesia dan GAM menegaskan komitmen mereka untuk penyelesaian konflik Aceh secara damai, menyeluruh, berkelanjutan dan bermartabat bagi semua. Perjanjian itu di tandatangani pada 15 Ogos 2005 selepas tsunami di Helsinki, Finlandia) menyebabkan tiada lagi pembersihan dari TNI (Tentera Nasional Indonesia) terhadap apa yang disebutkan ‘pemberontakan rakyat’. Tiada lagi perang rakyat di Aceh!

2)..Ertinya rakyat Aceh sudah mengiktiraf GAM sebagai jurucakap mereka. Buktinya sambutan rakyat terhadap kepulangan pemimpin mereka Tgk Hasan Tiro dari pembuangan (pelarian politik) di luar negara amat memberangsangkan. Hal mudah diterapkan melalui sokongan dalam bentuk pengundian.

3)..Pemimpin-pemimpin PA setakat ini masih belum ada rekod buruk, dan masih ada dalam keyakinan rakyat untuk memerintah.

Itu pandangan saya dari jauh!” Saya jelaskan. “Cuma….”

“Cuma apa, engku??” mereka macam terperanjat.

“Saya lihat rakyat Aceh terlalu hauskan kerajaan dan perundangan Islam.. tapi tiada jaminan dari PA….”

Sekian catatan santai untuk kali ini. Salamku utamanya, buat rakyat Aceh yang melayari blog ini, samada di Malaysia, Aceh atau seluruh dunia. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 28, 2009. KL.

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

Rasuah Cemari Pemilihan UMNO.. Dakwa Dr M

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Jumaat Mac 27, 2009. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepatutnya hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2008 semalam mengubah fikiran kerana ia disertai ahli dan perwakilan yang mendukung amalan rasuah. “Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti..” dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua, kata beliau dalam blognya hari ini.

“…saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? … Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.” Beliau seolah-olah mencabar “Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.”

Komen blog Ibnu Hasyim, supaya segala-segalanya tidak jadi kelam-kabut, maka takrif rasuah itu perlu dibetulkan dulu, barulah mudah bertindak, dan hendaklah dihukum sewajarnya menurut agama Islam, yang kadang-kadang hukuman itu hanya baru diwartakan sudah mengurangkan kes-kes jenayah. (2MA)

Sila rujuk: ‘Friday, March 20, 2009 Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak Lengkap? ‘ & ‘Thursday, March 26, 2009 Ketua Pemuda, “KJ rasuah, KJ rasuah, Penipu!”

Friday, March 27, 2009

Lagu Rosakkan Aqidah, Pihak Berwajib Buat Apa?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

SAYA setuju pandangan Azwan Muhammad (Ruangan PENDAPAT Mstar online) supaya hati-hati dengan lirik lagu yang merosakkan akidah. Tulis beliau…

[.. Hari ni saya memang nak meluahkan satu benda yang dah lama terbuku dihati. Rasanya wajib disampaikan lebih-lebih lagi untuk mengingatkan diri yang senantiasa leka ni.Dari lirik-lirik lagu yang saban hari tersiar di radio dari dulu hingga sekarang ada lirik-lirik lagu yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam.Bait-bait perkataan yang digunakan sangat tidak sesuai dan berlebih-lebihan.

Antaranya:

Faizal Tahir - Mahakarya Cinta ‘Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia tanpamu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cintakau takkan dapat aku lupakan kerna kau lah punca cinta kita mengajar aku erti bahagia kembalilah .. terimalah pesan daku yang akan terus menunggu’

Gigi - 11 Januari ‘Akulah Penjagamu Akulah Pelindungmu Akulah Pendampingmu Di setiap langkah-langkahmu Pernahku Menyakiti HatimuPernah kau melupakan janji ini Semua Karena kita ini manusia’

Banyak lagi sebenarnya. Kita boleh tafsir sendiri kenapa aku kata merosakkan akidah. Tapi itulah menjadi siulan dan penghayatan ramai anak-anak remaja sekarang ni.Bila dengar lagu-lagu yang liriknya boleh merosakkan akidah memang saya akan tukar cepat untuk dengar stesen lain. Nak ikut atau tidak terpulang.Yang penting saya dah sampaikan. Dan lagi satu buat peminat-peminat fanatik Agnes Monica yang nyanyi lagu Matahari tu semak la balik lagu dia yang ni.

Kalau dengar ada orang Islam yang nyanyi lagu ni memang boleh dipancung saja. Memang elok diban saja lagu ini. Agnes Monica- Allah Peduli Allah mengerti Allah peduliSegala persoalan yang kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sebab Allah Yesus ku mengerti. …]

Cabut gigi yang rosak...

Pihak berwajib seperti Bahagian Agama JPM, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, atau yayasan dakwah Islam itu dan ini perlu ambil tahu, atau biro agama UMNO tulang belakang pemerintah perlu sensitive hal ini, dan ambil tindakan sewajarnya. Bukan mesti mengharamkan, boleh juga berunding atau menasihati penyanyi, pencipta lagu (walaupun dari luar negara) atau pihak radio yang menyiarkan.

Yang penting jangan lagi kedengaran menyakitkan telinga orang ramai seperti Azwan Muhammad itu. Bahkan banyak lagi yang perlu pihak berwajib ambil tahu. Mengenai aktres Agnes Monica, sila lihat ‘Saturday, March 14, 2009 Agnes Monica: Sebab Allah Yesusku Mengerti, Bukan Itu Saja.’ & ‘Sunday, March 15, 2009 Guna Nama Allah: Tak Setuju Haram Lagu Agnes Monika?

25 Mar 2009

اوچاڤن ياب توان ڬورو داتوء' منتري بسر كلنتن سمڤينا ڤلنچاران ويفي اڤتوس نيت دان بلوڬ توك ڬورو

Kategori: Ucapan

اوچاڤن ياب توان ڬورو داتوء' منتري بسر كلنتن سمڤينا ڤلنچاران ويفي اڤتوس نيت دان بلوڬ توك ڬورو ڤد ٢٩ ربيع اول ١٤٣٠/٢٦ مچ ٢٠٠٩ برمولا جم ٣.٠٠ ڤتڠ برتمڤت د قب مالل، كوتا بهارو، كلنتن.


سروله (مأنسي) كڤد جالن توهنمو دڠن حكمه دان ڤلاجرن يڠ باءيق دان بنتهله مريك دڠن چارا يڠ باءيق. سسوڠڬوهڽ، توهنمو دياله يڠ لبيه مڠتاهوي تنتڠ سياڤا يڠ ترسست دري جالنڽ دان دياله يڠ لبيه مڠتاهوي اورڠ-اورڠ يڠ منداڤت ڤتونجوق،

(سوره ان-نهل ايات ١٢٥)

ترلبيه دهولو ماريله سام-سام كيت مڠوچڤكن ريبوان شكور ك حضرة الله سبحان وتعالى كران هاڽ دڠن ليمڤه رحمن رحيمڽ جوا كيت ماسيه دڤنجڠكن عمور هيڠڬ ك ساعت اين اونتوق ستروسڽ مڽقسيكن مجليس ڤلنچاران ويفي اڤتوس دان بلوڬ توك ڬورو ڤد ڤتڠ يڠ بربهاڬيا اين.

د كسمڤتن اين، ايذينكن ساي مڠوچڤكن سبسر-بسر تهنيئه كڤد يڠ برحرمت داتوء' دوكتور محمد فاذلي بن داتوء' حاج حسن سلاكو ايايك سچو يڠ برتڠڬوڠجواب دالم ڤورتفولياو اين. سڬالا اوسها، تناڬ دان اينسياتيف يڠ دأمبيل اوليه ڤيهق اينفراقويست يعني سبواه انق شريكت ڤكينق ساڠتله ڤرلو دألو-ألوكن.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،

ايات يڠ بارو سام-سام اين ڤتيق د اول اوچاڤن تادي سڠاج ساي امبيل اونتوق ممبوقتيكن بتاڤ اسلام ساڠت چرمت دالم سبارڠ اوسها دعوة. جلس ڤد ايات ترسبوت الله سبحان وتعالى تله منكنكن ڤريحال مستحقڽ ڤركارا حكمه ايت ددهولوءي اوليه ڤارا دا'ا. دعوة واجب ممباوا روح بيمبيڠن دڠن ممبريكن ڤلاجرن دان ڤڠاجرن يڠ باءيق. جك ڤرلو بربنته-بنته سكاليڤون كران اد ڤرسليسيهن ڤنداڤت مك اي هندقله دڤيليه دالم قاعده يڠ ترباءيق. ايات اين ستروسڽ مڠيڠتكن كيت تنتڠ تيدق سياڤا يڠ تاهو سياڤا يڠ ترسست اتاو يڠ منداڤت ڤتونجوق سلاين درڤد الله سبحان وتعالى دمكين، بتاڤ چرمتڽ اسلام دالم ممرليهارا ادب دان اخلاق سوقتو بركومونيكاسي كتيك بردعوة.

دالم كسدرن ويفي يڠ اكن دلنچركن سكجڤ لاڬي ترماسوق بلوڬ ساي يڠ اكن دراسميكن سبنتر لاڬي مك كهندق سوره ان-نهل ايات ١٢٥ اين هاروس دڤرهاتيكن دان دڤنوهي شرط-شرطڽ دڠن سهابيس چرمت.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،
دالم سجاره هيدوڤ مأنسي، سجق كچيل لاڬي اكن ترداڤت سؤال مڽوال دان ڤربيذأن دالم ڤنداڤت. اين فطره مأنسي. بيلا مأنسي دسوال، اوتق مأنسي اكن ليڬت منچاري جواڤن. سچارا تيبا-تيبا، اي منجادي اكتيف. جواڤن اكن منجادي ساڠت كوڠكريت اڤابيلا جواڤن ايت برساندركن كڤد حجه-حجه درڤد وحي يڠ داتڠ دري لاڠيت. اوسها اونتوق منچاري جواڤن يڠ بنر اين جوڬ دسبوت فطره. موسوه يڠ جوجور لازيمڽ اكن تركدو دان تردودوق اڤابيلا بردڤن دڠن كبنرن. ايتڤون جك مريك تيدق سومبوڠ، دڬيل اتاو بوڠكق.

د دالم سوره ڤرتام يڠ دتورونكن دري لاڠيت ترداڤت ٣ ڤوتوڠ ايات:

١) “باڬايمان ڤنداڤتمو تنتڠ اورڠ يڠ ملارڠ سأورڠ همبا كتيك دي مڠرجكن صلاة.“

٢) “باڬايمان ڤنداڤتمو جك اورڠ يڠ دلارڠ (ايايت رسول الله صلى الله عليه وسلم ايت برادا دأتس كبنرن اتاو دي مڽوروه برتقوى (كڤد الله)؟

٣) “باڬايمان ڤنداڤتمو جك اورڠ يڠ ملارڠ ايت مندوستاكن دان برڤاليڠ؟ تيدقكه دي مڠتاهوي بهاوا سسوڠڬوهڽ الله مليهت سڬالا ڤربواتنڽ.“
(سوره الالاق : ايات ٩ – ١٤).

كسموا ڤرسؤالن اين ممولاكن ڤرتاڽان “باڬايمان ڤنداڤتمو“ سبنرڽ دتوجوكن كڤد ڬولوڠن يڠ ممبڠكڠ رسول الله صلى الله عليه وسلم سموا اين ممبوقتيكن بهاوا اسلام مڠڬالقكن اومتڽ برمشاوره، برواچان، بربينچڠ دان برفوروم. سمواڽ اين اداله اونتوق مڠمباڠكن فطره مأنسي اونتوق برسؤال جواب. ڤروسيس اينله يڠ ملاهيركن داي اينتليكتواليسمى دان ديناميسمي دالم كهيدوڤن اينتليكتوال رعيت سلوروهڽ. ساي تيدق نمڤق نية باءيق اڤابيلا اخبار-اخبار الترناتيف دڬنتوڠ دان ستڠه-ستڠه بلوڬ دحرامكن درڤد ممبوات ليڤوتن ك اتس ببراڤ ڤرهيمڤونن ڤنتيڠ برتارف ناسيونل. سكت اونتوق اداكن ڤرهيمڤونن سچارا امان. سكت ڤرميت-ڤرميت مجله دان مڠهالڠ درڤد سستڠه توكوه درڤد بربيچارا د اونيۏرسيتي. اين يڠ ساي ناماكن اوسها اونتوق مڽكت اليرن ڤركمبڠن اينتليكتواليسمى رعيت يڠ برچڠڬه سام سكالي دڠن ايمڤين اونتوق منجاديكن نڬارا اين هوب ورڬ دنيا كلس ڤرتام.

كيت ڤرلو ايڠت، اڤابيلا مأنسي دسكت، مأنسي اكن منجادي بودوه. باڬي كراجأن يڠ تغاوت، مريك اكن سرونوك. اينله ڤونچاڽ يڠ منيمبولكن ڤيليهن د بلوڬ-بلوڬ. سبلوم ڤراسمين بلوڬ اين ڤون تله تيمبول برڤولوه-ڤولوه بلوڬ. مأنسي تيدق بوليه دكوڠكوڠ داي ڤميكيرن مريك كران اين سؤال فطره. اي تونتوتن سمولا جادي نالوري ستياڤ مأنسي، سباڬايمان اير يڠ تورون درڤد ڬونوڠ، جك اي دسكت، دالم جومله يڠ سديكيت اي اكن منجادي كولم. اير يڠ ستاتيق اكن منجادي سارڠ تمڤت كديامان ڽاموق دان سراڠڬ يڠ بربهاي. بيلا اير سوده باڽق دان دسكت جوڬ، اي سام اد بوليه مليمڤه دان مروسقكن كهيدوڤن اتاو مڽراڤ ماسوق ك لاڤيسن باوه تانه اونتوق ملاهيركن مالا ڤتاك اتاو اير يڠ باڽق اكن ممبنتوق سواتو داي تولكن يڠ اكن ممچهكن تمبوك سكتن ايڠين ممبيبسكن ديري اونتوق كمبالي كڤد فطره اصل كجادينڽ يعني كڤرلوان اونتوق برسؤال جواب دالم منچاري كبنرن يڠ هاكيكي.

دنيا ڤد هاري اين اداله دنيا يڠ ديديديق دالم اچوان كبيبسن ميندا يڠ مرءيقان ڤروسيس سؤال جواب. سڬالا اوسها يڠ مڽكت ڤروسيس تابياي اين اكن ممباوا كبينسءن كڤد ڤيهق بركواس يڠ مڠنجوركن سكتن اين.

سبنرڽ، فيكيرن دان ڤروسيس برفيكير دچتوس دان ديڬرقكن دالم دوا كادأن، ايايت ايۏولوسي دان ريۏولوسي. كسن كحاضيرن جالن برفيكير اين هاڽ بوليه داوجي دان دليهت جك دبري رواڠ اونتوق مڠواساءي نڬارا. سبوروك-بوروق سيستم كومونيس ايت ڤون تله دبري ڤلواڠ اونتوق منونجوقكن تيوريڽ دالم بنتوق ڤلقسانأن د نڬارا ريڤوبليق رعيت چينا، سوۏيايت روسسيا، جرمان تيمور دان ببراڤ نڬارا كومونيس يڠ لاين. سام جوڬ حالڽ دڠن ڤميكيرن ديموكراسي. ماسيڠ-ماسيڠ تله دبري كسمڤتن ايايت جيلماكن دالم بنتوق ڤلقسانأن.

لبيه-لبيه لاڬيله اسلام. سوقتو نبي صلى الله عليه وسلم برادا د مكه، كبايكن اسلام تيدق داڤت دليهت اوليه كران اسلام تيدق دبري كسمڤتن اونتوق ممرينته دان بيبس برسؤال جواب. اڤابيلا د مدينه، بردويون-دويون ڬولوڠن ڤمباڠكڠ تله منريما اسلام بركت ڤروسيس ڤرتوكرن ڤنداڤت، ڤوليميك دان واچان. تراس ترڤيڠڬير دري اليرن كسدرن اين مك لاهيرله ڬولوڠن منافق يڠ تيدق اد د مكه سبلوم اين.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،

رعيت كلنتن تله ممبري كمناڠن كڤد اسلام سجق تاهون ١٩٩٠. مريك داڤت مڽقسيكن سنديري ڤروسيس ديديقن، “براءينوسه“ دان تربيييه دلاكوكن دالم ڤلباڬاي بيدڠ ترماسوق اسڤيك كواڠن، عقيدة، ايكونومي، كسنين، سوكن، سوسيال، ڤرڬاولن دان كباجيكن. اين يڠ منجاديكن لاهيرڽ كلب-كلب ڤڽوكوڠ Pas دري كالڠن مشاركت چينا دان اينديا. اين يڠ مڠچيواكن ڤيهق يڠ ساتو لاڬي. دأتس نام مڽكت ڤروسيس ڤينچيرهن ڤميكيرن د كالڠن رعيت، مك مريك ممباوا Isa، Osa، اكتا هاسوتن دان اكتا ميسين چيتق. جادي، مجليس ڤلنچاران Wifi دان بلوڬ ساي ڤد ڤتڠ اين، اداله اونتوق مڽوبوركن ڤروسيس واچان اينتليكتوال يڠ سداڠ درامڤاس اوليه ڤيهق يڠ بيمبڠكن كڤلسوان مريك ددده. ڤد ساي، اين ڤركمبڠن يڠ تيدق صيحت. ساي ماهو مليهت اسلام سباڬاي سيستم يڠ لڠكڤ يڠ “برموجسسد“. اي ڤرلو ووجود دان برتوبوه. اي ڤرلو دبري كسمڤتن سڤنوهڽ اونتوق منونجوقكن كسن كحاضيرن دان جيلمأنڽ ستله دلقسانكن. ستله رعيت مليهت سنديري كبايكن اسلام، مريك اكن دڠن سنديريڽ منجادي جيجيق كڤد سكولر. دڤرايڠكت ايت، اي اكن برايمان دڠن ايمان يڠ سبنر-بنرڽ يعني ايمان بيللهي وليومال اخير.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،

ڤڠليبتن ڤيهق سواستا ماهوڤون شريكت بركاءيتن دڠن كراجأن د دالم ايندوستري تيكنولوڬي معلومت دان كومونيكاسي امتله دألو-ألوكن. اداله منجادي داسر كراجأن نڬري اونتوق مڽوكوڠ دان مڠڬالقكن ڤرتومبوهن ايندوستري اين كران اي اكن منجادي ڤمڠكين كڤد ڤرتومبوهن ميندا، اخلاق، ايكونومي دان شخصية دمي ڤركمبڠن دان ڤمباڠونن امة سچارا كسلوروهن.

كراجأن نڬري جوڬ امت برشكور دأتس كرجاسام سوروهنجاي كومونيكاسي دان مولتيميدي مليسيا كران دفهمكن تله باڽق ممبنتو كراجأن نڬري د دالم ڤركمبڠن ايندوستري تيليكومونيكاسي سرتا ممبري ڤڠيعترافن كڤد infra quest، سبواه انق شريكت Pkink سباڬاي ڤوست ستيمڤت ڤڽلارسن ڤمبينأن منارا تيليكومونيكاسي باڬي سلوروه نڬري كلنتن.

ڤڠليبتن اڬينسي كراجأن ڤرسكوتوان سچارا تروس تراوتما Mdec جوڬ، تله بايق ممبنتو كراجأن نڬري اونتوق مڽدياكن “blue print Ict“ باڬي نڬري كلنتن. ساي دفهمكن، Mdec جوڬ تله برستوجو اونتوق ممبنتو منوبوهكن “incubator Ict“ سچارا اوسهاسام دڠن Pkink باڬي مڠڬالقكن ڤركمبڠن تيكنوڤرينياور. اين سچارا تيدق لڠسوڠ اكن ممعموركن لاڬي ايندوستري معلومت دان كومونيكاسي دالم ملاهيركن امة يڠ چليق Ict.

تهنيئه داوچڤكن كڤد Pkink كران برجاي منچبوري بيدڠ ويفي ملالوءي انق شريكتڽ سچارا اوسهاسام دڠن شريكت Infolient Sdn. Bhd. ساي مڽرو سوڤاي كموداهن يڠ دسدياكن تيدق دسالهڬونا دڠن ملايري لامن-لامن ويب يڠ ترلارڠ، اتاو مڽيبار فتنه ملالوءي لامن بلوڬ. كموداهن دان كماجوان تيكنولوڬي اين هندقله دڬونقن ك اره كبايكن، مڽرو كڤد معروف دان منچڬه كموڠكرن.

كبڽقان ڤڠڬونا اينترنيت ترديري درڤد ڤلاجر-ڤلاجر، اهلي ڤرنياڬان، كاكيتاڠن كراجأن دان سواستا. درڤد ١.٥ جوت رعيت كلنتن، هاڽ ١٠٠،٠٠٠ سهاج ڤڠڬونا اينترنيت. بيلڠن اين اداله ترلالو كچيل، يعني سكيتر ١٠% سهاج. سكيراڽ اين برتروسن، جورڠ ديڬيتل اكن برتمبه بسر منجاديكن رعيت كلنتن سباڬاي رعيت يڠ تيدق ممڤوڽاءي كسايمبڠن ديڬيتل. جوسترو ايت، جورڠ كومونيكاسي اكن برتمبه بسر دانتارا ڬولوڠن ڤڠڬونا دڠن ڬولوڠن يڠ تيدق مڠڬوناكن كموداهن اينترنيت. جورڠ علمو جوڬ اكن برتمبه، بڬيتو جوڬ دڠن كومونيتي يڠ سربا لڠكڤ. دڠن تربيننيا كومونيتي اين، ڤڠڬونا اينترنيت اكن برتمبه. لبيه راماي ڬولوڠن توا، سوري رومه، ڤنياڬ-ڤنياڬ كچيل، امام، ڤلاجر ڤوندوق يڠ اكن منجادي سباهاڬين دري كومونيتي اين. جورڠ ديڬيتل اكن بركورڠن دان سالورن معلومت اكن بوليه دچاڤاي اوليه لبيه راماي اورڠ. ستياڤ اورڠ اكن منجادي لبيه كاي دڠن علمو، داتا دان معلومت. سمواڽ اين دهارڤكن اكن منجادي سالورن يڠ سوبور ك اره ڤروسيس ڤمبينأن ايمان دان تقوى.

ڤد هاري اين جوڬ كيت اكن ملنچركن اڤ يڠ دسبوت ‘بلوڬ توك ڬورو'، ايايت بلوڬ راسمي ساي سنديري، اتس نام منتري بسر. ڤڠڬوناان بلوڬ سباڬاي ڤڽامڤأي معلومت دان ڤنداڤت اداله الت يڠ ڤنتيڠ ك اره اوسها-اوسها دعوة. اي منجادي سالورن تمبهن يڠ ان شاءالله اكن بركمبڠ تروس منروس. جك دولو، سبدا نبي صلى الله عليه وسلم برڤينده دري مولوت ك مولوت دان برجڠكيت دري ميمبر ك ميمبر ملالوءي ريساله، كتاب دان توليسن، تتاڤي كيني اي برڬرق چوكوڤ ڤانتس. اي بوليه ممبوات چاڤاين دالم جومله جوتان مأنسي دالم ساتو-ساتو ماس. ملالوءي سالورن ماي، ڤندعوه يڠ بيجقسان ڤاتوت مڠڬوناكن كموداهن اين اونتوق مڠڬالقكن معروف دان مننتڠ كموڠكرن.

ساي دفهمكن بهاوا بلوڬ ساي اين ساڠت بربيذا دڠن بلوڬ-بلوڬ يڠ سديا اد. اين اياله كران بلوڬ اين دسدياكن دالم دوا ۏرسي، ايايت رومي دان جاوي. اوليه يڠ دمكين، داڤتله ڤمباچ يڠ ترديري دري امام دان ڬورو-ڬورو ڤوندوق ممباچ بلوڬ ترسبوت اونتوق مڠتاهوي توليسن/ڤنديرين ساي سلاكو منتري بسر دان مرشدال عام. بارڠكالي بلوڬ ساي اين بوليه جوڬ منجادي سومبر رجوكن كڤد ورتاون سوڤاي ستياڤ ڤنديرين ساي دالم ستياڤ ايسو تيدق موده دكليرو اتاو لبيه-لبيه لاڬي چوبا دڤوتر بليتكن.

دڠن كات-كات اين، ايذينكن ساي ملنچركن Wifi Aptus نيت دان بلوڬ توك ڬورو،

بسم الله رحماني رحيم، ساي دڠن اين ملنچركن.

وابي الله توفيق ولهدايه. والله ا'لم.


ڤجابت منتري بسر كلنتن
كوتا بهارو.

برتاريخ : ٢٨ ربيع اول ١٤٣٠ (٢٥ مچ ٢٠٠٩)

Sekian catatan santai untuk kali ini, wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 27, 2009. KL.

Blog Tok Guru.. Atasi Layanan Tak Wajar Dari Media Parti Sendiri?



Ibnu Hasyim Catatan Santai

SAYA terima SMS memberi tahu supaya melayari blog http://www.blogtokguru.com . Ucapan pelancaran wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru pada 19 Rabiul Awal 1430/26 Mac 2009 bermula jam 3.00 petnag bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu, lahir pada tahun1931 di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.

Berlatar belakang pengajian, di Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut, Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan, Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam. Setelah saya layari, memang menarik, dan di sini saya muatkan ucapan pelancaran beliau…

[.."Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk," (Surah An-Nahl Ayat 125)

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana hanya dengan limpah Rahman Rahimnya jua kita masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini untuk seterusnya menyaksikan majlis pelancaran Wifi Aptus dan Blog Tok Guru pada petang yang berbahagia ini. Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan sebesar-besar tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan selaku EXCO yang bertanggungjawab dalam Portfolio ini. Segala usaha, tenaga dan inisiatif yang diambil oleh pihak infraquest yakni sebuah anak syarikat PKINK sangatlah perlu dialu-alukan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Ayat yang baru sama-sama ini petik di awal ucapan tadi sengaja saya ambil untuk membuktikan betapa Islam sangat cermat dalam sebarang usaha dakwah. Jelas pada Ayat tersebut Allah S.W.T telah menekankan perihal mustahaknya perkara hikmah itu didahului oleh para da’i. Dakwah wajib membawa roh bimbingan dengan memberikan pelajaran dan pengajaran yang baik. Jika perlu berbantah-bantah sekalipun kerana ada perselisihan pendapat maka ia hendaklah dipilih dalam kaedah yang terbaik.

Ayat ini seterusnya mengingatkan kita tentang tidak siapa yang tahu siapa yang tersesat atau yang mendapat petunjuk selain daripada Allah S.W.T. Demikian, betapa cermatnya Islam dalam memerlihara adab dan akhlak sewaktu berkomunikasi ketika berdakwah. Dalam kesedaran wifi yang akan dilancarkan sekejap lagi termasuk blog saya yang akan dirasmikan sebentar lagi maka kehendak Surah An-Nahl Ayat 125 ini harus diperhatikan dan dipenuhi syarat-syaratnya dengan sehabis cermat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dalam sejarah hidup manusia, sejak kecil lagi akan terdapat soal menyoal dan perbezaan dalam pendapat. Ini fitrah manusia. Bila manusia disoal, otak manusia akan ligat mencari jawapan. Secara tiba-tiba, ia menjadi aktif. Jawapan akan menjadi sangat konkrit apabila jawapan itu bersandarkan kepada hujah-hujah daripada wahyu yang datang dari langit. Usaha untuk mencari jawapan yang benar ini juga disebut fitrah. Musuh yang jujur lazimnya akan terkedu dan terduduk apabila berdepan dengan kebenaran. Itupun jika mereka tidak sombong, degil atau bongkak.

Di dalam surah pertama yang diturunkan dari langit terdapat 3 potong Ayat:

1)“Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia mengerjakan solat.”
2)“Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang (iaitu Rasulullah S.A.W. itu berada diatas kebenaran atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah)?
3) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya.”
(Surah Al-Alaq : Ayat 9 – 14).

Kesemua persoalan ini memulakan pertanyaan “bagaimana pendapatmu” sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membangkang Rasulullah S.A.W. Semua ini membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya bermusyawarah, berwacana, berbincang dan berforum. Semuanya ini adalah untuk mengembangkan fitrah manusia untuk bersoal jawab. Proses inilah yang melahirkan daya intelektualisme dan dinamisme dalam kehidupan intelektual rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak niat baik apabila akhbar-akhbar alternatif digantung dan setengah-setengah blog diharamkan daripada membuat liputan ke atas beberapa perhimpunan penting bertaraf nasional.

Sekat untuk adakan perhimpunan secara aman. Sekat permit-permit majalah dan menghalang daripada sesetengah tokoh daripada berbicara di Universiti. Ini yang saya namakan usaha untuk menyekat aliran perkembangan intelektualisme rakyat yang bercanggah sama sekali dengan impian untuk menjadikan negara ini hub warga dunia kelas pertama. Kita perlu ingat, apabila manusia disekat, manusia akan menjadi bodoh. Bagi kerajaan yang taghut, mereka akan seronok. Inilah puncanya yang menimbulkan pilihan di blog-blog. Sebelum perasmian blog ini pun telah timbul berpuluh-puluh blog.

Manusia tidak boleh dikongkong daya pemikiran mereka kerana ini soal fitrah. Ia tuntutan semula jadi naluri setiap manusia, Sebagaimana air yang turun daripada gunung, jika ia disekat, dalam jumlah yang sedikit ia akan menjadi kolam. Air yang statik akan menjadi sarang tempat kediaman nyamuk dan serangga yang berbahaya. Bila air sudah banyak dan disekat juga, ia sama ada boleh melimpah dan merosakkan kehidupan atau menyerap masuk ke lapisan bawah tanah untuk melahirkan mala petaka atau air yang banyak akan membentuk suatu daya tolakan yang akan memecahkan tembok sekatan ingin membebaskan diri untuk kembali kepada fitrah asal kejadiannya yakni keperluan untuk bersoal jawab dalam mencari kebenaran yang hakiki.

Dunia pada hari ini adalah dunia yang dididik dalam acuan kebebasan minda yang meraikan proses soal jawab. Segala usaha yang menyekat proses tabie ini akan membawa kebinasaan kepada pihak berkuasa yang menganjurkan sekatan ini. Sebenarnya, fikiran dan proses berfikir dicetus dan digerakkan dalam dua keadaan, iaitu evolusi dan revolusi. Kesan kehadiran jalan berfikir ini hanya boleh diuji dan dilihat jika diberi ruang untuk menguasai negara. Seburuk-buruk Sistem Komunis itu pun telah diberi peluang untuk menunjukkan teorinya dalam bentuk pelaksanaan di Negara Republik Rakyat China, Soviet Russia, Jerman Timur dan beberapa negara komunis yang lain.

Sama juga halnya dengan pemikiran demokrasi. Masing-masing telah diberi kesempatan iaitu jelmakan dalam bentuk pelaksanaan. Lebih-lebih lagilah Islam. Sewaktu Nabi S.A.W. berada di Mekah, kebaikan Islam tidak dapat dilihat oleh kerana Islam tidak diberi kesempatan untuk memerintah dan bebas bersoal jawab. Apabila di Madinah, berduyun-duyun golongan pembangkang telah menerima Islam berkat proses pertukaran pendapat, polimik dan wacana. Terasa terpinggir dari aliran kesedaran ini maka lahirlah golongan munafik yang tidak ada di Mekah sebelum ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Rakyat Kelantan telah memberi kemenangan kepada Islam sejak tahun 1990. Mereka dapat menyaksikan sendiri proses didikan, “brainwash” dan tarbiyyah dilakukan dalam pelbagai bidang termasuk aspek kewangan, akidah, ekonomi, kesenian, sukan, sosial, pergaulan dan kebajikan. Ini yang menjadikan lahirnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. Ini yang mengecewakan pihak yang satu lagi. Di atas nama menyekat proses pencerahan pemikiran di kalangan rakyat, maka mereka membawa ISA, OSA, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak.

Jadi, majlis pelancaran Wifi dan blog saya pada petang ini, adalah untuk menyuburkan proses wacana intelektual yang sedang dirampas oleh pihak yang bimbangkan kepalsuan mereka didedah. Pada saya, ini perkembangan yang tidak sihat. Saya mahu melihat Islam sebagai sistem yang lengkap yang “bermujassad”. Ia perlu wujud dan bertubuh. Ia perlu diberi kesempatan sepenuhnya untuk menunjukkan kesan kehadiran dan jelmaannya setelah dilaksanakan. Setelah rakyat melihat sendiri kebaikan Islam, mereka akan dengan sendirinya menjadi jijik kepada sekular. Diperingkat itu, ia akan beriman dengan iman yang sebenar-benarnya yakni Iman billahi walyaumil akhir.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Penglibatan pihak swasta mahupun syarikat berkaitan dengan kerajaan di dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi amatlah dialu-alukan. Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sahsiah demi perkembangan dan pembangunan ummah secara keseluruhan. Kerajaan Negeri juga amat bersyukur diatas kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kerana difahamkan telah banyak membantu Kerajaan Negeri di dalam perkembangan industri telekomunikasi serta memberi pengiktirafan kepada infra Quest, sebuah anak syarikat PKINK sebagai pusat setempat penyelarasan pembinaan menara telekomunikasi bagi seluruh Negeri Kelantan.

Penglibatan agensi Kerajaan Persekutuan secara terus terutama MDEC juga, telah bayak membantu Kerajaan Negeri untuk menyediakan “Blue Print ICT” bagi Negeri Kelantan. Saya difahamkan, MDEC juga telah bersetuju untuk membantu menubuhkan “incubator ICT” secara usahasama dengan PKINK bagi menggalakkan perkembangan teknopreneur. Ini secara tidak langsung akan memakmurkan lagi industri maklumat dan komunikasi dalam melahirkan ummah yang celik ICT. Tahniah diucapkan kepada PKINK kerana berjaya menceburi bidang wifi melalui anak syarikatnya secara usahasama dengan Syarikat Infolient Sdn. Bhd.

Saya menyeru supaya kemudahan yang disediakan tidak disalahguna dengan melayari laman-laman web yang terlarang, atau menyebar fitnah melalui laman blog. Kemudahan dan kemajuan teknologi ini hendaklah digunakan ke arah kebaikan, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Kebanyakan pengguna internet terdiri daripada pelajar-pelajar, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta. Daripada 1.5 juta rakyat Kelantan, hanya 100,000 sahaja pengguna internet. Bilangan ini adalah terlalu kecil, yakni sekitar 10% sahaja. Sekiranya ini berterusan, jurang digital akan bertambah besar menjadikan rakyat Kelantan sebagai rakyat yang tidak mempunyai keseimbangan digital.

Justeru itu, jurang komunikasi akan bertambah besar diantara golongan pengguna dengan golongan yang tidak menggunakan kemudahan internet. Jurang ilmu juga akan bertambah, begitu juga dengan komuniti yang serba lengkap. Dengan terbinanya komuniti ini, pengguna internet akan bertambah. Lebih ramai golongan tua, suri rumah, peniaga-peniaga kecil, imam, pelajar pondok yang akan menjadi sebahagian dari komuniti ini. Jurang digital akan berkurangan dan saluran maklumat akan boleh dicapai oleh lebih ramai orang. Setiap orang akan menjadi lebih kaya dengan ilmu, data dan maklumat.

Semuanya ini diharapkan akan menjadi saluran yang subur ke arah proses pembinaan iman dan taqwa. Pada hari ini juga kita akan melancarkan apa yang disebut ‘Blog Tok Guru’, iaitu Blog rasmi saya sendiri, atas nama Menteri Besar. Penggunaan Blog sebagai penyampai maklumat dan pendapat adalah alat yang penting ke arah usaha-usaha dakwah. Ia menjadi saluran tambahan yang InsyaAllah akan berkembang terus menerus. Jika dulu, sabda Nabi S.A.W. berpindah dari mulut ke mulut dan berjangkit dari mimbar ke mimbar melalui risalah, kitab dan tulisan, tetapi kini ia bergerak cukup pantas.

Ia boleh membuat capaian dalam jumlah jutaan manusia dalam satu-satu masa. Melalui saluran maya, pendakwah yang bijaksana patut menggunakan kemudahan ini untuk menggalakkan makruf dan menentang kemungkaran. Saya difahamkan bahawa Blog saya ini sangat berbeza dengan blog-blog yang sedia ada. Ini ialah kerana Blog ini disediakan dalam dua versi, iaitu rumi dan jawi. Oleh yang demikian, dapatlah pembaca yang terdiri dari imam dan guru-guru pondok membaca Blog tersebut untuk mengetahui tulisan/pendirian saya selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am.

Barangkali Blog saya ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian saya dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan. Dengan kata-kata ini, izinkan saya melancarkan Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru, Bismillahi Rahmani Rahim, saya dengan ini melancarkan. Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wallahu a’lam.

Pejabat Menteri Besar Kelantan Kota Bharu. Bertarikh: 28 Rabiul Awal 1430 (25 Mac 2009) ]

Demikan saya salinkan ucapan beliau. Antaranya (Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru) bertujuan, ‘untuk mengetahui tulisan/pendirian saya selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am. Barangkali Blog saya ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian saya dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan.’ Oleh itu saya mencadangkan kepada kawan-kawan bloger kita, supaya mengambil berita mengenai beliau dari sumber yang betul dan asli.

Apalagi bila melihat SMS yang dihantar kepada saya itu bertulis ‘Jom kita layari ramai-ramai Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru, panjangkan idea beliau (Tok Guru) hingga sampai ke bawah akar umbi dan ke atas pemimpin-pemimpin negara, kerana bukan saja media-media dikuasai pemerintah tidak memberi layanan sewajarnya kepada beliau, bahkan media milik partinya (..??) sendiri.’ Waalhu ‘aklam. Saya hanya sampaikan.

25 Mar 2009

اوچاڤن ياب توان ڬورو داتوء' منتري بسر كلنتن سمڤينا ڤلنچاران ويفي اڤتوس نيت دان بلوڬ توك ڬورو

Kategori: Ucapan

اوچاڤن ياب توان ڬورو داتوء' منتري بسر كلنتن سمڤينا ڤلنچاران ويفي اڤتوس نيت دان بلوڬ توك ڬورو ڤد ٢٩ ربيع اول ١٤٣٠/٢٦ مچ ٢٠٠٩ برمولا جم ٣.٠٠ ڤتڠ برتمڤت د قب مالل، كوتا بهارو، كلنتن.


سروله (مأنسي) كڤد جالن توهنمو دڠن حكمه دان ڤلاجرن يڠ باءيق دان بنتهله مريك دڠن چارا يڠ باءيق. سسوڠڬوهڽ، توهنمو دياله يڠ لبيه مڠتاهوي تنتڠ سياڤا يڠ ترسست دري جالنڽ دان دياله يڠ لبيه مڠتاهوي اورڠ-اورڠ يڠ منداڤت ڤتونجوق،

(سوره ان-نهل ايات ١٢٥)

ترلبيه دهولو ماريله سام-سام كيت مڠوچڤكن ريبوان شكور ك حضرة الله سبحان وتعالى كران هاڽ دڠن ليمڤه رحمن رحيمڽ جوا كيت ماسيه دڤنجڠكن عمور هيڠڬ ك ساعت اين اونتوق ستروسڽ مڽقسيكن مجليس ڤلنچاران ويفي اڤتوس دان بلوڬ توك ڬورو ڤد ڤتڠ يڠ بربهاڬيا اين.

د كسمڤتن اين، ايذينكن ساي مڠوچڤكن سبسر-بسر تهنيئه كڤد يڠ برحرمت داتوء' دوكتور محمد فاذلي بن داتوء' حاج حسن سلاكو ايايك سچو يڠ برتڠڬوڠجواب دالم ڤورتفولياو اين. سڬالا اوسها، تناڬ دان اينسياتيف يڠ دأمبيل اوليه ڤيهق اينفراقويست يعني سبواه انق شريكت ڤكينق ساڠتله ڤرلو دألو-ألوكن.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،

ايات يڠ بارو سام-سام اين ڤتيق د اول اوچاڤن تادي سڠاج ساي امبيل اونتوق ممبوقتيكن بتاڤ اسلام ساڠت چرمت دالم سبارڠ اوسها دعوة. جلس ڤد ايات ترسبوت الله سبحان وتعالى تله منكنكن ڤريحال مستحقڽ ڤركارا حكمه ايت ددهولوءي اوليه ڤارا دا'ا. دعوة واجب ممباوا روح بيمبيڠن دڠن ممبريكن ڤلاجرن دان ڤڠاجرن يڠ باءيق. جك ڤرلو بربنته-بنته سكاليڤون كران اد ڤرسليسيهن ڤنداڤت مك اي هندقله دڤيليه دالم قاعده يڠ ترباءيق. ايات اين ستروسڽ مڠيڠتكن كيت تنتڠ تيدق سياڤا يڠ تاهو سياڤا يڠ ترسست اتاو يڠ منداڤت ڤتونجوق سلاين درڤد الله سبحان وتعالى دمكين، بتاڤ چرمتڽ اسلام دالم ممرليهارا ادب دان اخلاق سوقتو بركومونيكاسي كتيك بردعوة.

دالم كسدرن ويفي يڠ اكن دلنچركن سكجڤ لاڬي ترماسوق بلوڬ ساي يڠ اكن دراسميكن سبنتر لاڬي مك كهندق سوره ان-نهل ايات ١٢٥ اين هاروس دڤرهاتيكن دان دڤنوهي شرط-شرطڽ دڠن سهابيس چرمت.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،
دالم سجاره هيدوڤ مأنسي، سجق كچيل لاڬي اكن ترداڤت سؤال مڽوال دان ڤربيذأن دالم ڤنداڤت. اين فطره مأنسي. بيلا مأنسي دسوال، اوتق مأنسي اكن ليڬت منچاري جواڤن. سچارا تيبا-تيبا، اي منجادي اكتيف. جواڤن اكن منجادي ساڠت كوڠكريت اڤابيلا جواڤن ايت برساندركن كڤد حجه-حجه درڤد وحي يڠ داتڠ دري لاڠيت. اوسها اونتوق منچاري جواڤن يڠ بنر اين جوڬ دسبوت فطره. موسوه يڠ جوجور لازيمڽ اكن تركدو دان تردودوق اڤابيلا بردڤن دڠن كبنرن. ايتڤون جك مريك تيدق سومبوڠ، دڬيل اتاو بوڠكق.

د دالم سوره ڤرتام يڠ دتورونكن دري لاڠيت ترداڤت ٣ ڤوتوڠ ايات:

١) “باڬايمان ڤنداڤتمو تنتڠ اورڠ يڠ ملارڠ سأورڠ همبا كتيك دي مڠرجكن صلاة.“

٢) “باڬايمان ڤنداڤتمو جك اورڠ يڠ دلارڠ (ايايت رسول الله صلى الله عليه وسلم ايت برادا دأتس كبنرن اتاو دي مڽوروه برتقوى (كڤد الله)؟

٣) “باڬايمان ڤنداڤتمو جك اورڠ يڠ ملارڠ ايت مندوستاكن دان برڤاليڠ؟ تيدقكه دي مڠتاهوي بهاوا سسوڠڬوهڽ الله مليهت سڬالا ڤربواتنڽ.“
(سوره الالاق : ايات ٩ – ١٤).

كسموا ڤرسؤالن اين ممولاكن ڤرتاڽان “باڬايمان ڤنداڤتمو“ سبنرڽ دتوجوكن كڤد ڬولوڠن يڠ ممبڠكڠ رسول الله صلى الله عليه وسلم سموا اين ممبوقتيكن بهاوا اسلام مڠڬالقكن اومتڽ برمشاوره، برواچان، بربينچڠ دان برفوروم. سمواڽ اين اداله اونتوق مڠمباڠكن فطره مأنسي اونتوق برسؤال جواب. ڤروسيس اينله يڠ ملاهيركن داي اينتليكتواليسمى دان ديناميسمي دالم كهيدوڤن اينتليكتوال رعيت سلوروهڽ. ساي تيدق نمڤق نية باءيق اڤابيلا اخبار-اخبار الترناتيف دڬنتوڠ دان ستڠه-ستڠه بلوڬ دحرامكن درڤد ممبوات ليڤوتن ك اتس ببراڤ ڤرهيمڤونن ڤنتيڠ برتارف ناسيونل. سكت اونتوق اداكن ڤرهيمڤونن سچارا امان. سكت ڤرميت-ڤرميت مجله دان مڠهالڠ درڤد سستڠه توكوه درڤد بربيچارا د اونيۏرسيتي. اين يڠ ساي ناماكن اوسها اونتوق مڽكت اليرن ڤركمبڠن اينتليكتواليسمى رعيت يڠ برچڠڬه سام سكالي دڠن ايمڤين اونتوق منجاديكن نڬارا اين هوب ورڬ دنيا كلس ڤرتام.

كيت ڤرلو ايڠت، اڤابيلا مأنسي دسكت، مأنسي اكن منجادي بودوه. باڬي كراجأن يڠ تغاوت، مريك اكن سرونوك. اينله ڤونچاڽ يڠ منيمبولكن ڤيليهن د بلوڬ-بلوڬ. سبلوم ڤراسمين بلوڬ اين ڤون تله تيمبول برڤولوه-ڤولوه بلوڬ. مأنسي تيدق بوليه دكوڠكوڠ داي ڤميكيرن مريك كران اين سؤال فطره. اي تونتوتن سمولا جادي نالوري ستياڤ مأنسي، سباڬايمان اير يڠ تورون درڤد ڬونوڠ، جك اي دسكت، دالم جومله يڠ سديكيت اي اكن منجادي كولم. اير يڠ ستاتيق اكن منجادي سارڠ تمڤت كديامان ڽاموق دان سراڠڬ يڠ بربهاي. بيلا اير سوده باڽق دان دسكت جوڬ، اي سام اد بوليه مليمڤه دان مروسقكن كهيدوڤن اتاو مڽراڤ ماسوق ك لاڤيسن باوه تانه اونتوق ملاهيركن مالا ڤتاك اتاو اير يڠ باڽق اكن ممبنتوق سواتو داي تولكن يڠ اكن ممچهكن تمبوك سكتن ايڠين ممبيبسكن ديري اونتوق كمبالي كڤد فطره اصل كجادينڽ يعني كڤرلوان اونتوق برسؤال جواب دالم منچاري كبنرن يڠ هاكيكي.

دنيا ڤد هاري اين اداله دنيا يڠ ديديديق دالم اچوان كبيبسن ميندا يڠ مرءيقان ڤروسيس سؤال جواب. سڬالا اوسها يڠ مڽكت ڤروسيس تابياي اين اكن ممباوا كبينسءن كڤد ڤيهق بركواس يڠ مڠنجوركن سكتن اين.

سبنرڽ، فيكيرن دان ڤروسيس برفيكير دچتوس دان ديڬرقكن دالم دوا كادأن، ايايت ايۏولوسي دان ريۏولوسي. كسن كحاضيرن جالن برفيكير اين هاڽ بوليه داوجي دان دليهت جك دبري رواڠ اونتوق مڠواساءي نڬارا. سبوروك-بوروق سيستم كومونيس ايت ڤون تله دبري ڤلواڠ اونتوق منونجوقكن تيوريڽ دالم بنتوق ڤلقسانأن د نڬارا ريڤوبليق رعيت چينا، سوۏيايت روسسيا، جرمان تيمور دان ببراڤ نڬارا كومونيس يڠ لاين. سام جوڬ حالڽ دڠن ڤميكيرن ديموكراسي. ماسيڠ-ماسيڠ تله دبري كسمڤتن ايايت جيلماكن دالم بنتوق ڤلقسانأن.

لبيه-لبيه لاڬيله اسلام. سوقتو نبي صلى الله عليه وسلم برادا د مكه، كبايكن اسلام تيدق داڤت دليهت اوليه كران اسلام تيدق دبري كسمڤتن اونتوق ممرينته دان بيبس برسؤال جواب. اڤابيلا د مدينه، بردويون-دويون ڬولوڠن ڤمباڠكڠ تله منريما اسلام بركت ڤروسيس ڤرتوكرن ڤنداڤت، ڤوليميك دان واچان. تراس ترڤيڠڬير دري اليرن كسدرن اين مك لاهيرله ڬولوڠن منافق يڠ تيدق اد د مكه سبلوم اين.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،

رعيت كلنتن تله ممبري كمناڠن كڤد اسلام سجق تاهون ١٩٩٠. مريك داڤت مڽقسيكن سنديري ڤروسيس ديديقن، “براءينوسه“ دان تربيييه دلاكوكن دالم ڤلباڬاي بيدڠ ترماسوق اسڤيك كواڠن، عقيدة، ايكونومي، كسنين، سوكن، سوسيال، ڤرڬاولن دان كباجيكن. اين يڠ منجاديكن لاهيرڽ كلب-كلب ڤڽوكوڠ Pas دري كالڠن مشاركت چينا دان اينديا. اين يڠ مڠچيواكن ڤيهق يڠ ساتو لاڬي. دأتس نام مڽكت ڤروسيس ڤينچيرهن ڤميكيرن د كالڠن رعيت، مك مريك ممباوا Isa، Osa، اكتا هاسوتن دان اكتا ميسين چيتق. جادي، مجليس ڤلنچاران Wifi دان بلوڬ ساي ڤد ڤتڠ اين، اداله اونتوق مڽوبوركن ڤروسيس واچان اينتليكتوال يڠ سداڠ درامڤاس اوليه ڤيهق يڠ بيمبڠكن كڤلسوان مريك ددده. ڤد ساي، اين ڤركمبڠن يڠ تيدق صيحت. ساي ماهو مليهت اسلام سباڬاي سيستم يڠ لڠكڤ يڠ “برموجسسد“. اي ڤرلو ووجود دان برتوبوه. اي ڤرلو دبري كسمڤتن سڤنوهڽ اونتوق منونجوقكن كسن كحاضيرن دان جيلمأنڽ ستله دلقسانكن. ستله رعيت مليهت سنديري كبايكن اسلام، مريك اكن دڠن سنديريڽ منجادي جيجيق كڤد سكولر. دڤرايڠكت ايت، اي اكن برايمان دڠن ايمان يڠ سبنر-بنرڽ يعني ايمان بيللهي وليومال اخير.

توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين،

ڤڠليبتن ڤيهق سواستا ماهوڤون شريكت بركاءيتن دڠن كراجأن د دالم ايندوستري تيكنولوڬي معلومت دان كومونيكاسي امتله دألو-ألوكن. اداله منجادي داسر كراجأن نڬري اونتوق مڽوكوڠ دان مڠڬالقكن ڤرتومبوهن ايندوستري اين كران اي اكن منجادي ڤمڠكين كڤد ڤرتومبوهن ميندا، اخلاق، ايكونومي دان شخصية دمي ڤركمبڠن دان ڤمباڠونن امة سچارا كسلوروهن.

كراجأن نڬري جوڬ امت برشكور دأتس كرجاسام سوروهنجاي كومونيكاسي دان مولتيميدي مليسيا كران دفهمكن تله باڽق ممبنتو كراجأن نڬري د دالم ڤركمبڠن ايندوستري تيليكومونيكاسي سرتا ممبري ڤڠيعترافن كڤد infra quest، سبواه انق شريكت Pkink سباڬاي ڤوست ستيمڤت ڤڽلارسن ڤمبينأن منارا تيليكومونيكاسي باڬي سلوروه نڬري كلنتن.

ڤڠليبتن اڬينسي كراجأن ڤرسكوتوان سچارا تروس تراوتما Mdec جوڬ، تله بايق ممبنتو كراجأن نڬري اونتوق مڽدياكن “blue print Ict“ باڬي نڬري كلنتن. ساي دفهمكن، Mdec جوڬ تله برستوجو اونتوق ممبنتو منوبوهكن “incubator Ict“ سچارا اوسهاسام دڠن Pkink باڬي مڠڬالقكن ڤركمبڠن تيكنوڤرينياور. اين سچارا تيدق لڠسوڠ اكن ممعموركن لاڬي ايندوستري معلومت دان كومونيكاسي دالم ملاهيركن امة يڠ چليق Ict.

تهنيئه داوچڤكن كڤد Pkink كران برجاي منچبوري بيدڠ ويفي ملالوءي انق شريكتڽ سچارا اوسهاسام دڠن شريكت Infolient Sdn. Bhd. ساي مڽرو سوڤاي كموداهن يڠ دسدياكن تيدق دسالهڬونا دڠن ملايري لامن-لامن ويب يڠ ترلارڠ، اتاو مڽيبار فتنه ملالوءي لامن بلوڬ. كموداهن دان كماجوان تيكنولوڬي اين هندقله دڬونقن ك اره كبايكن، مڽرو كڤد معروف دان منچڬه كموڠكرن.

كبڽقان ڤڠڬونا اينترنيت ترديري درڤد ڤلاجر-ڤلاجر، اهلي ڤرنياڬان، كاكيتاڠن كراجأن دان سواستا. درڤد ١.٥ جوت رعيت كلنتن، هاڽ ١٠٠،٠٠٠ سهاج ڤڠڬونا اينترنيت. بيلڠن اين اداله ترلالو كچيل، يعني سكيتر ١٠% سهاج. سكيراڽ اين برتروسن، جورڠ ديڬيتل اكن برتمبه بسر منجاديكن رعيت كلنتن سباڬاي رعيت يڠ تيدق ممڤوڽاءي كسايمبڠن ديڬيتل. جوسترو ايت، جورڠ كومونيكاسي اكن برتمبه بسر دانتارا ڬولوڠن ڤڠڬونا دڠن ڬولوڠن يڠ تيدق مڠڬوناكن كموداهن اينترنيت. جورڠ علمو جوڬ اكن برتمبه، بڬيتو جوڬ دڠن كومونيتي يڠ سربا لڠكڤ. دڠن تربيننيا كومونيتي اين، ڤڠڬونا اينترنيت اكن برتمبه. لبيه راماي ڬولوڠن توا، سوري رومه، ڤنياڬ-ڤنياڬ كچيل، امام، ڤلاجر ڤوندوق يڠ اكن منجادي سباهاڬين دري كومونيتي اين. جورڠ ديڬيتل اكن بركورڠن دان سالورن معلومت اكن بوليه دچاڤاي اوليه لبيه راماي اورڠ. ستياڤ اورڠ اكن منجادي لبيه كاي دڠن علمو، داتا دان معلومت. سمواڽ اين دهارڤكن اكن منجادي سالورن يڠ سوبور ك اره ڤروسيس ڤمبينأن ايمان دان تقوى.

ڤد هاري اين جوڬ كيت اكن ملنچركن اڤ يڠ دسبوت ‘بلوڬ توك ڬورو'، ايايت بلوڬ راسمي ساي سنديري، اتس نام منتري بسر. ڤڠڬوناان بلوڬ سباڬاي ڤڽامڤأي معلومت دان ڤنداڤت اداله الت يڠ ڤنتيڠ ك اره اوسها-اوسها دعوة. اي منجادي سالورن تمبهن يڠ ان شاءالله اكن بركمبڠ تروس منروس. جك دولو، سبدا نبي صلى الله عليه وسلم برڤينده دري مولوت ك مولوت دان برجڠكيت دري ميمبر ك ميمبر ملالوءي ريساله، كتاب دان توليسن، تتاڤي كيني اي برڬرق چوكوڤ ڤانتس. اي بوليه ممبوات چاڤاين دالم جومله جوتان مأنسي دالم ساتو-ساتو ماس. ملالوءي سالورن ماي، ڤندعوه يڠ بيجقسان ڤاتوت مڠڬوناكن كموداهن اين اونتوق مڠڬالقكن معروف دان مننتڠ كموڠكرن.

ساي دفهمكن بهاوا بلوڬ ساي اين ساڠت بربيذا دڠن بلوڬ-بلوڬ يڠ سديا اد. اين اياله كران بلوڬ اين دسدياكن دالم دوا ۏرسي، ايايت رومي دان جاوي. اوليه يڠ دمكين، داڤتله ڤمباچ يڠ ترديري دري امام دان ڬورو-ڬورو ڤوندوق ممباچ بلوڬ ترسبوت اونتوق مڠتاهوي توليسن/ڤنديرين ساي سلاكو منتري بسر دان مرشدال عام. بارڠكالي بلوڬ ساي اين بوليه جوڬ منجادي سومبر رجوكن كڤد ورتاون سوڤاي ستياڤ ڤنديرين ساي دالم ستياڤ ايسو تيدق موده دكليرو اتاو لبيه-لبيه لاڬي چوبا دڤوتر بليتكن.

دڠن كات-كات اين، ايذينكن ساي ملنچركن Wifi Aptus نيت دان بلوڬ توك ڬورو،

بسم الله رحماني رحيم، ساي دڠن اين ملنچركن.

وابي الله توفيق ولهدايه. والله ا'لم.


ڤجابت منتري بسر كلنتن
كوتا بهارو.

برتاريخ : ٢٨ ربيع اول ١٤٣٠ (٢٥ مچ ٢٠٠٩)

Sekian catatan santai untuk kali ini, wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 27, 2009. KL.

UMNO: Muka Baru, Parti & Dasar Lama.

Timbalan & 3 Naib..

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR (Jumaat Mac 27, 2009): Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno malam tadi menyaksikan muka baru manakala kerusi Majlis Tertinggi (MT) juga melibatkan kehadiran wajah-wajah baru. Tan Sri Muhyiddin Yassin, 61, dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno dengan memperoleh 1,575 undi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menewaskan rakan sejawatannya dalam Kabinet, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menerima 916 undi.

Kemenangan Muhyiddin yang telah diramalkan sejak awal termasuk kajian pendapat umum Merdeka Center dua minggu lalu, diperolehi dalam keadaan seorang lagi calon dilucutkan hak bertanding. Calon itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno pada pukul 10.30 malam tadi. Ini kali pertama Muhyiddin tanding jawatan Timbalan Presiden.

Kerusi itu kosong ekoran keputusan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanding jawatan Presiden. Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masing-masing memenangi tiga jawatan Naib Presiden. Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru Naib Presiden Umno.

Zahid memperoleh 1,592 undi, Shafie (1,445) manakala Hishammuddin pula 1,515 undi. Dalam pada itu, dua menteri dan seorang timbalan menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Datuk Noraini Ahmad gagal dalam usaha merebut kerusi MT kali ini. Menteri Besar yang gagal ialah Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Johor) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan).

Jika diambil kira kedudukan Mohd Ali, lima ketua kerajaan negeri hilang jawatan kerusi MT. Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed memperoleh undi terbanyak bagi kerusi MT. Beliau menerima 2,259 undi. Seramai 25 calon yang menang kerusi MT.

Komen blog Ibnu Hasyim: Walaupun ramai muka baru, mereka tetap orang lama dalam parti yang lama, dengan dasar perjuangan assobiyah sempitnya. Tiada tanda-tanda untuk bertukar kepada perjuangan dan parti Islam. Mereka boleh berubah, berubah dalam kerangka jahilliah yang lama, walaupun cuba dimodenkan. (2MA)

Thursday, March 26, 2009

Sah Najib Bakal PM ke 6, Pak Lah Tunaikan Janji..


By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Khamis Mac 26, 2009 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Dasar Presiden terakhirnya hari ini menegaskan, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya percaya, saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara… Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang," kata beliau dalam ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008 pagi ini.

Komen blog Ibnu Hasyim, kesimpulannya Pak Lah pemimpin yang baik tidak gila kuasa, susah nak cari pemimpin sebaik beliau masa kini.. (2MA)

Husam Musa, Mengapa Dengan Kambing?

Jihad di bidang penternakan..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

SURAH An-Nahl, Ayat 5, ertinya, “Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan.” Dalam blog YB Dato’ Haji Husam Musa http://www.husammusa.comKejayaan Ladang Ternakan Kambing’ (Mac 25, 2009) ada disebutkan, antaranya…

[Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengapa kambing menjadi pilihan Allah? Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1..Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2..Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3..”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu.” Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing. Bela kambing mengajar rasa tawaduk. Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri. Kata Nabi SAW, “Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”. Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ. Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi. “Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .” Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu. Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat. Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik? Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi. Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu. Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’. Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit). Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi. Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan. “Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya. Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat. “Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi. “Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.

Keistimewaan Suku Kambing.

-Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
-Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
-Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
-Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
-Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing.

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah ‘penyakit dalaman’ antara lain:

a.Penyakit demam kuning.
b.Penyakit lemah jantung.
c.penyakit darah tinggi/pening2.
d.Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e.Penyakit batuk kering.
f.Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g.Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h.Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i.Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

Kandungan Purata Susu Kambing (GM/Liter)

KANDUNGAN

GM/LITER

Bahan kering

15 - 135

Lemak

35- 40

Laktos

47 - 52

Protin - Casein
Albumin
Globulin

27 - 30

Abu

5 - 6

Perbandingan Komposisi Susu Kambing Dengan Lain-lain Susu
Perbandingan kandungan bahan susu mengikut peratus

BAHAN

KAMBING

LEMBU

MANUSIA

Air

87.5

87.5

86.8

Lemak

3.9

3.7

3.8

Protin

3.2

3.1

1.3

Laktos

4.5

4.6

7.8

Abu

0.8

0.7

0.2

Perbandingan Kandungan Vitamin
Perbandingan mengikut gm/liter

VITAMIN

KAMBING

KERBAU

LEMBU

Vitamin A

2070

1669

1560

Vitamin D

23.7

t.m

t.m

Riboflavin

1.84

1.07

1.75

Asid Nikotik

1.87

1.71

1.94

Choline

150

t.m

121

Inositol

210

t.m

110

Vitamin B1

0.0006

0.0043

0.0043





….]

Yang penting, saya ingin menucapkan tahniah kepada YB Dato’ Husam selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan yang telah membuat kunjungan mengejut di beberapa buah ladang ternakan kambing keloloaan Kerajaan Negeri Kelantan di sekitar jajahan Kota Bharu. Beliau memilih untuk menjengok penternak-penternak di kawasan dun Kijang yang telah berjaya dengan ternakan kambing yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dulu.

Wan Hussin B Deraman, 57 antara penternak berjaya yang dilawati oleh Dato Husam. Wan Hussin yang tinggal di Kg Tengku Mahani memulakan penternakan kambing pada akhir Mei 2007 dimana pada ketika itu ternakannya hanya 5 ekor kambing sahaja. Berkat usaha dan kesabaran pada Mac 2009 ternakannya telah membiak kepada 20 ekor. Beliau memberitahu bahawa harga jualan seekor kambingnya adalah sekitar RM400 hingga RM600 seekor. Dengan hasil jualan tersebut, beliau mendapat purata pendapatan adalah sekitar RM 1000 hingga RM 1500 sebulan. Selain menjadi penternak kambing, beliau juga menjalankan tanaman sayuran, pokok buahan, pokok kelapa, pokok pisang, tanaman herba, tanaman serai, dan halia, rumput ternakan, ikan air tawar .

Di Kg. Pulau Kundor Badang, Dato’ Husam turut melawat seorang lagi penternak Nik Majiddi B Nik Mahmud, 36 yang memulakan pemeliharaannya pada 1 November 2007 dengan juga diberikan 5 ekor kambing. Pada Mac 2009, Nik Majiddi telah berjaya menghasilkan 28 ekor kambing. Harga jualan kambing dijual oleh Nik Majiddi adalah antara RM400 dan RM600. Purata pendapatan yang diperolehi oleh beliau adalah sekitar RM1000 hingga RM2000 sebulan.

Projek inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan di bawah YB Dato’ Husam menjadi contoh kepada petani dan peladang. Ladang ternak kambing kini banyak diusahakan di seluruh Kelantan. Ladang-ladang ternakan kambing dan lembu dapat dilihat di sekitar jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Satu lagi langkah kehadapan bagi mencapai hasrat kerajaan negeri iaitu ingin menjadikan Kelantan sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nanti. Selamat berjihad di bidang pertanian!

Sekian catatan santai untuk kali ini, wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 26, 2009. KL.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails