Saturday, April 04, 2009
Pemilu I'sia: Isu Rasuah, PKS Yakin Menang..
Motorola Apartheid, Jangan Beli Produk Israel, Jangan Undi BN..
By Asyok Kumar
KHAMIS 02-04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen 'Boikot Global Terhadap Israel' yang akan melibatkan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia, menurut http://www.palestine-info.co.uk/en/
Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”, “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.
Komen blog Ibnu Hasyim: Setakat ini kerajaan BN pimpinan UMNO tidak bersungguh-sungguh memboikot barangan produk Israel laknatullah (Orang bukan Islam boleh guna istilah atau laknatullah). Umat Islam dan pencinta keadilan wajib tidak mengundi BN dalam tiap pilihan raya di Malayisa. (AK)
Friday, April 03, 2009
P'raya: Parti Aceh Kuasai Keadaan, Najib Juga Cuba Kuasai Keadaan Di M'sia..
Siti Nurhaliaza & Tok Guru: Persembahan Ikut Aturan Agama Ke?
JUMAAT April 3, 2009
By Megat Ali Megat Alang
SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.
Dato' Siti Nurhaliza Taruddin melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan. "Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat. Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami… Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.”
Sambungnya lagi, "Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana persembahannya, mengikut peraturan agama ke tidak? Kalau tidak, bagaimana boleh lulus? (2MA)
Thursday, April 02, 2009
Pamer Gadis Seksi, Bukti UMNO Buta Halal Haram!
Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Drs Rosdi Deraman
(Menulis dari Bukit Gantang)
KEHADIRAN calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan hangat yang mencabar maruah umat Islam di DUN Pilihan Raya Bukit Gantang..
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert yang mempamerkan tiga gadis remaja berimej seksi berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak yang mengaibkan. Lebih aib dan mencabar umat Islam lagi bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di majlis itu, majlis yang meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tandanya, Umno sudah tidak kira halal haram lagi, berbuat apa saja demi kemenangan calon Melayunya. Itulah Umno, Pak Aji dan Pak Lebai nak sokong lagi? (RD)
Sila klik: Tuesday, March 31, 2009 Guna Artis Wanita Untuk Kempen Pilihan Raya, Apa Hukumnya?
Peralihan Kuasa, Pak Lah Mengadap Agung.
Aceh: Amaran Kekacauan, Sudah 10 Calon Pilihan Raya Di Culik?
Gambar:Atas Hasan Tiro. Bawah, 1 April 2009, 10:04 Di Nagan Raya Caleg PDIP Bagikan wang untuk Warga
PEMILU Indonesia dan 7 Hari Lagi…
* KBS: Wali Hanya Melepas Rindu di Malaysia
Sementara itu, pihak PA hingga kemarin terus melakukan berbagai persiapan terkait kegiatan kampanye terbuka putaran terakhir. Kampanye PA ini akan dipusatkan di beberapa wilayah. Gubernur Irwandi Yusuf dikabarkan akan menjadi jurkam di Lapangan Lawe Pakam, Kutacane, Aceh Tenggara. “Kemungkinan beliau juga akan berkampanye di Singkil,” kata Juru Bicara PA, Adnan Beuransah.
Penemuan ‘Penawar Patah Hati’, Inikah Pilnya?
Ibnu Hasyim Catatan Santai
PATAH hati atau kecewa, boleh disembuhkan, inikah penemuan baru? Para penyelidik di AS telah meneliti 70 pesakit menderita 'sindrom patah hati', penyakit yang ada hubungan dengan stress atau peristiwa emosional. Semuanya berjaya disembuhkan, setelah sebahagian besarnya diberi aspirin atau ubat penyakit jantung, meski 20% dianggap sakit parah. “Keadaan ini mungkin disebabkan oleh peningkatan hormon stress” kata Peneliti Jurnal Kardiologi AS itu.
Sindrom ini secara mediknya disebut ‘Takotsubo cardiomyopathy’, pertama kali didefinisikan oleh peneliti Jepun di awal tahun 1990an. Meski gejala-gejalannya mirip dengan serangan jantung seperti sakit di dada dan nafas tersengal atau tersumbat, namun ianya hanya sementara dan boleh disembuhkan, jika diubati dengan cepat. Penelitian tersebut dijalankan di dua hospital di Providence, Rhode Island pada Julai 2004 dan April 2008.
Dilaporkan juga sekitar 67% pesakit itu mengalami tekanan secara fizik atau emosional, seperti berita buruk mengenai ahli keluarga, pertengkaran di rumah tangga, penyakit fizik yang parah atau kemalangan kendaraan, sebelum gejala-gejala itu muncul. Enam pesakit mendapat perawatan kejutan letrik untuk menghidupkan kembali jantung dan tiga memiliki detak-detik jantung tidak normal yang memerlukan perawatan darurat. Dua pertiga pesakit, hampir semuanya wanita yang telah menopause mengalami tekanan secara fizik atau peristiwa emosional sebelum datang ke hospital dengan gejala seperti terkena serangan jantung.
Secara keseluruhan, majoriti pesakit mendapat pengubatan aspirin atau ubat penyakit jantung seperti beta blockers dan statins waktu di hospital. Meski seperlima dalam keadaan sakit parah dan memerlukan perawatan darurat agar dapat diselamatkan jiwa mereka, seluruh pesakit tetap hidup dalam 48 jam pertama dan kemudian sembuh total. Para peneliti ini juga menemui di mana, tidak seperti serangan jantung yang cenderung terjadi di musim sejuk, tetapi sindrom ini cenderung terjadi di musim semi dan musim panas.
Dr Richard Regnante dari hospital Miriam ketua penelitian ini mengatakan, pola musim ini dapat membantu untuk mengetahui penyakit. “Sebagian pihak memandang hal itu merupakan satu bentuk serangan jantung yang 'berhenti' dengan sendirinya, sehigga tidak merosak otot jantung secara permanen.. Pihak lain mengatakan sindrom ini tidak ada hubungan dengan arteri jantung dan hanya merupakan masalah dengan otot jantung. Kerana ‘pola musim’ sindrom patah hati yang kami pelajari, berbeda dengan pesakit serangan jantung. Penelitian ini mengisyaratkan, walaupun bukan bukti, namun teori belakangan ini agak benar."
Sementara itu, otak orang-orang agama terbukti lebih tenang bila menghadapi situasi yang tidak pasti dan memiliki tingkat stress yang lebih rendah sewaktu mengalami apa-apa kesalahan berbanding orang yang tidak mempercayai agama. Ini kesimpulan sebuah studi di Kanada yang mempelajari hubungan antara penganut agama dari berbagai latar belakang agama, termasuk umat Islam, Kristen, Hindu, dan Budha dengan aktivis otak.
"Orang-orang agama atau mereka yang percaya pada Tuhan terbukti memiliki tingkat stress atau kecemasan yang lebih rendah setelah melakukan kesalahan," ujar Michael Inzlicht, profesor psikologi University of Toronto.
Peserta diminta untuk mengisi kuesioner agama tentang keyakinan mereka terhadap Tuhan dan tingkat keimanan mereka. Lalu, mereka diminta untuk mengerjakan tugas Stroop, sebuah test psikologi yang mengukur waktu reaksi selama menjalankan berbagai tugas seperti mengenali warna dengan cepat. Pada tubuh setiap responden dipasang elektrod yang mengukur aktiviti di wilayah otak yang disebut ‘anterior cingulate cortex’ (ACC). ACC berfungsi untuk mengendalikan emosi dan membantu orang untuk memodifikasi perilaku masa mengalami sebuah kejadian yang memicu kecemasan seperti semasa membuat kesalahan.
“Bahagian ini akan terganggu saat anda melakukan kesalahan atau dihadapkan pada situasi dimana anda tidak tahu apa yang perlu dibuat." jelas Prof Michael Inzlicht lagi.
Maka penelitian ini menunjukkan aktiviti ACC pada orang agama lebih rendah bila dibandingkan kepada mereka yang tidak percaya pada Tuhan. Ini menunjukkan mereka tidak terlalu cemas semasa melakukan kesalahan selama ujian. Semakin kuat tingkat keimanan dan keyakinan pada Tuhan, maka semakin rendah aktiviti ACC sebagai respons atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri.
Ini menunjukkan adanya korelasi antara keyakinan agama dan aktiviti otak. Namun begitu, ahli-ahli penyelidik itu, masih belum mengetahui alasan yang tepat, sekalipun mereka menyangka bahawa orang-orang agama memiliki tujuan yang lebih besar berbanding diri mereka sendiri khususnya hidup setelah mati.
Jadi pil penawar patah hati dan stress sebenarnya bukan sahaja aspirin atau ubat penyakit jantung seperti beta blockers dan statins waktu di hospital, tetapi juga terlatak sejauh mana keyakinan dan perlaksanaan ‘kepercayaan kepada Tuhan’, yang mungkin secara kebetulan diwartakan sebagai rukun pertama dari lima rukun negara bagi Malaysia! [sumber bbc/ cha/. hidayatullah/ dll]
Hanya sekian maklumat dan makluman dari catatan santai kali ini.
Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
KL. April 2, 2009.
Apakah kambing hitam dari Melaka ini perlukan pil itu juga?
Wednesday, April 01, 2009
Israel Akui Serang Sudan.. Sama Dengan BN? –Dr Hj Mohd Hasyim
By Asyok Kumar. Rabu Apr 1, 2009
RADIO Tentera Israel pagi Selasa Mac31 2009 mengakui bahawa Israel telah melakukan serangan di Sudan, yakni penyerangan atas konvoi 23 kontainer, yang membawa beberapa pelancar roket jenis Fajr, dikatakan mampu menjangkau sasaran sejauh 45 km.
Dalam penyerangan itu, Israel menggunakan beberapa pesawat Amerika Syarikat tipe F-16 dan F-15 serta melibatkan beberapa pesawat tanpa manusia yang bertugas memotret hasil penyerangan. Untuk memastikan hancurnya sasaran, pengeboman dilakukan sekali lagi di lokasi yang sama.
“Sumber Israel, pertama kalinya mengakui beberapa pesawat tempurnya telah menyerang konvoi kontainer di Sudan dua bulan lalu, dengan dalih bahawa kendaraan-kendaraan itu mengangkut senjata dari Iran untuk dikirimkan ke Hamas di Gaza. Majalah Time pula menyebutkan, Isreal mengerahkan puluhan pesawat tempur dan beberapa pesawat tanpa manusia menyerang, beberapa hari sebelum pihak Israel menerima informasi mengenai konvoi tersebut…” Demikian ulas Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Hj Mohd Hasyim sewaktu dihubungi pagi ini.
“Ah! Itu helah Israel untuk membenarkan tindakannya. Sama dengan helah kerajaan BN melalui Ketua Polisnya yang mengeluarkan amaran supaya isu Altantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam politik Perak tidak disentuh semasa berkempen, oleh mana-mana parti politik di 3 pilihan raya kecil itu (DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai). Mereka sebut pembangkang derhaka kepada Sultan, dan pemfitnah kes Altantuya boleh! Pembangkang nak jawab tak boleh? Demokrasi apa??” Sindir beliau lagi.
Sementara itu di Sungai Petani, ceramah pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Selambau di sini, malam tadi berlangsung tanpa menyentuh isu-isu yang dilarang polis iaitu mengenai wanita Mongolia Altantuya Sharibu, dan institusi Raja-Raja. (AK)
SPR Lembab: Pengundi Lahir 1916, Dah 36 Tahun Meninggal Pun Boleh Undi Lagi?
Siri 2 Bukit 1 Batang
By Megat Ali Megat Alang.
BUKIT GANTANG, 1 April 2009 – Lembabnya SPR, cakap saja berdegar-degar, kata seorang bloger di sini, bila dapat berita dari Malaysian For Free And Fair Elections (MAFREL) telah menemui seorang yang telah 30 tahun meninggal dunia tetapi masih lagi terdapat di dalam senarai daftar pemilih Bukit Gantang yang boleh digunakan di dalam pilihan raya kecil kali ini.
Antaranya..
1..Kes seorang pemilih bernama Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916. Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun). Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu). Beliau juga telah membawa wakil MAFREL ke tanah perkuburan di mana bapa beliau dikebumikan. Kematian Encik Kassim juga telah disahkan oleh Ketua Kampung Ulu Cheh, Encik Ismail b. Ahmad.
2..Sebuah lagi kes melibatkan pemilih iaitu Encik Che Man b. Said. Dilahirkan pada 9 Nov 1912 di lokaliti Kg Jelutong, Pengkalan Aor, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual cucunya yang bernama Nasron b. Che Harun di Kg Pecah Batu, Jelutong. Beliau mengesahkan Datuknya, Che Man telah meninggal dunia lebih kurang 8 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, MAFREL juga menemui pemilih yang berumur 101 tahun yang masih hidup yang bernama Encik Mat Hussin b. Bandar di Kg Banggol Rendang, Kg Cheh, DUN Changkat Jering. MAFREL juga telah berusaha menjejaki beberapa pemilih yang namanya berada dalam senarai daftar pemilih tetapi tidak dijumpai. Malah sebahagian penduduk kampung juga tidak mengenali pemilih-pemilih tersebut. (sumber http://mafrel.wordpress.com).
“Apa la punya teruk.. SPR lembab tanda kerajaan BN pun lembab, jangan undi parti lembab, UNDILAH PAS!” demikian harapan bloger itu kepada pengundi-pungundi di 3 kawasan 7 April ini. (2MA).
Tuesday, March 31, 2009
Saranan Dr Asri Ke Arah Kerajaan Perpaduan…
TERTARIK saya kepada saranan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis yang menulis dari Dubai, tentang pembentukan kabinet baru di negara ini. Supaya pihak berkenaan mengambil kira secara bersungguh-sungguh tentang amanah yang dipikul dan menilai keperluan semasa politik negara, sesuai dengan perintah Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak" .
Cadangan beliau..
1..Anggota kabinet yang hendak dibentuk hendaklah benar-benar dipastikan bersih dari segala unsur yang boleh merosakkan negara. Mereka yang mempunyai rekod buruk, atau telah meleburkan kepercayaan rakyat hendaklah dipinggirkan. Jika tidak, perlantikan tersebut adalah pengkhianatan.
2..Anggota kabinet yang hendak diberikan amanah kepimpinan hendaklah benar-benar atas asas kemampuan dan kecekapan dalam bidang yang diamanahkan. Dengan itu, seseorang sekalipun anggota kuat parti yang memerintah, atau ahli Majlis Tertinggi tidak boleh dilantik jika tidak mempunyai kewibawaan dan kecekapan.
3..Saya mencadangkan perlantikan anggota kabinet merentasi sempadan parti pemerintahan. Dalam ertikata lain, tokoh professional atau ahli politik parti pembangkang, atau bebas terutama jika mereka anggota parlimen yang berwibawa dan mahir dilantik dalam kabinet yang hendak dibentuk.
Menurut beliau lagi, hal ini tidak semesti menunggu kerajaan campuran, sebaliknya dilantik sesiapa sahaja anggota pembangkang yang berpotensi menunaikan amanah dengan cemerlang. Jika ini berlaku menunjukkan kesungguhan kerajaan menjaga perpaduan dan membangunkan negara bukan sekadar menjadi kepentingan parti semata. Dengan perlantikan seperti itu, ketelusan, kewibawaan dan kepercayaan rakyat terhadap kabinet negara akan ditingkatkan.
Pada beliau, hendaklah kerajaan sedar, peranan para Menteri bukan untuk kepentingan yang terbatas bagi sesebuah parti politik sahaja, sebaliknya, ia adalah demi kepentingan rakyat awam yang merentasi sempadan kepartian dan puak. Negara mesti bergerak ke arah politik yang lebih matang.
Saya setuju cadangan itu, suatu ujian kepada pemerintah yang mahukan perubahan dan sokongan penuh rakyat. Walaupun pada saya, bagaikan mahu membaiki rumah buruk supaya tahan lebih lama dan nampak cantik, tetapi tegaknya di atas dasar yang tidak kukuh. Kerajaan campuran atau perpaduan yang dibayangkan beliau, moga-moga jadi kenyataan tidak hanya jadi bayang-bayang.
Terima kasih, tahniah dan syabas Dr Asri.. Saya sokong!
ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 31, 2009. KL.
Perang Poster Bukit Selambau..
Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Asyok Kumar
-foto China Press,http://n25bukitselambau.blogspot.com/, dll.
Guna Artis Wanita Untuk Kempen Pilihan Raya, Apa Hukumnya?
Ibnu Hasyim Catatan Santai
INDONESIA, Selasa, 31/03/2009 11:35 WIB. Seorang ‘Moeslem’ ‘ bertanya kepada Ustaz Sigit Pranowo, Lc.. (Indonesia)… “Assalamu alaikum. Ustaz, ana pernah mendengar bahawa hadir pada suatu acara (acara apapun, termasuk acara pengajian, kempen dll) dimana ada perempuan yang menyanyi (baik nasyid ataupun lainnya) di panggung, untuk hadirin lelaki-laki dan perempuan adalah haram, baik penyanyinya menutup aurat ataupun tidak menutup. Semoga ustaz berkenan menjawab beserta dalil-dalil yang jelas secara syarie.... Salam.”
Jawab Ustaz itu…
“Waalaikumussalam Wr Wb. Gemerlap pesta lima tahunan yang saat ini tengah digelar memang menjadi ajang pertarungan seluruh kekuatan politik untuk bisa meraih kekuasaan dan kepemimpinan di negeri ini. Partai-partai politik ini sangat menyedari bahawa keinginan mereka meraih kursi sebanyak-banyaknya di dewan maupun kepemimpinan negeri ini hanyalah tinggal isapan jempol manakala tidak mendapatkan dukungan yang signifikan dari rakyat. Untuk itu para pimpinan partai, caleg dengan tim suksesnya pun terus memutar otak bahkan menggelontorkan dana yang tidak sedikit demi memanjakan rakyat dengan satu tujuan iaitu dipilih oleh rakyat.
Tidak jarang dari partai-partai peserta pemilu hanya berfikir meraih suara sebanyak-banyaknya tanpa berfikir ulang apakah cara yang digunakan untuk itu diridhoi Allah swt dan sesuai dengan rambu-rambu syari’ah kerana inilah sebetulnya kemenangan yang hakiki bukan semata-mata banyaknya suara dan wakil-wakilnya di dewan. Dan hal yang demikian, bisa dijumpai di lapangan, seperti keberanian mengumbar sekian banyak janji kepada rakyat padahal janji seperti ini tidak diperbolehkan manakala di dalam dirinya saja tidak meyakini akan bias melaksanakannya, atau dengan membagi-bagikan wang dan sembako dengan tujuan agar yang diberikan ini kelak memilih dirinya padahal ini bisa digolongkan sebagai suap, hingga dengan menghadirkan para penyanyi di panggung-panggung kampanye baik si penyanyi lelaki atau pun perempuan.
Tentang hukum mendengarkan musik telah saya jelaskan sebelumnya pada beberapa waktu yang lalu di rubrik ini. Adapun tentang hukum mendengarkan penyanyi perempuan maka berikut pendapat Asy Syeikh Ahmad asy Syarbashi, salah seorang ustadz di Universitas al Azhar didalam bukunya ‘Mereka bertanya kepada anda...’
Hukum mendengarkan suara penyayi perempuan bergantung keadaan suaranya. Apabila suaranya digetarkan (pecah) dan dapat membangkitkan syahwat maka hal itu haram, diharamkan mendengarkannya. Dikeranakan hal itu telah jatuh ke dalam dosa dan dan pembangkitan syahwat. Begitupula halnya apabila nyanyiannya mengandung sesuatu yang diharamkan maka hal itu tidak boleh dinyanyikan oleh si penyanyinya dan tidak boleh didengarkan oleh si pendengar.
Adapun apabila suara si penyanyi itu adalah biasa saja tidak bergetar (pecah) dan tidak membangkitkan fitnah dan juga syair-syair yang dikandungnya adalah kebaikan yang akan membangkitkan semangat, keutamaan akhlak maka hal ini tidaklah haram. Didalam siroh Rasulullah saw disebutkan bahawa salah seorang sahabat perempuan melangsungkan pernikahan, namanya Ar Ruba’i binti Mu’widz dan disana terdapat kaum wanita yang menabuh duff (rebana) dan hal ini tidaklah diingkari akan tetapi ada salah seorang dari kaum wanita itu mengatakan, “Ditengah-tengah kami ada seorang Nabi yang mengetahui tentang esok hari. Kemudian Nabi saw bersabda,’Biarkanlah ini dan katakanlah apa yang akan kamu katakana!” Sebagaimana Islam membolehkan nyanyian dan penabuhan rebana di hari pernikahan. (www.islamonline.net ).
Dan hampir jarang ditemukan para penyanyi wanita pada suatu acara atau panggung besar seperti kempen yang menyanyi dengan suara biasa, ala kadarnya tanpa dibagus-baguskan atau dia hanya menyanyi dengan sikap yang biasa dan wajar tanpa menggoyangkan anggota tubuhnya sebagai bentuk ekspresi dari syair yang dilantunkannya. Sehingga menghadirkan para penyanyi perempuan di panggung kempen yang disaksikan tidak hanya oleh kaum perempuan tetapi juga kaum lelaki lebih banyak membawa mudharat daripada manfaatnya.
Didalam hal ini perlu dibedakan antara si pengunjung kempen dengan panitia penyelenggara yang menentukan acara-acaranya. Panitia penyelenggaralah yang kelak akan dimintai pertanggung-jawabannya dihadapan Allah swt manakala dengan sengaja menghadirkan penyanyi perempuan yang bisa membangkitkan syahwat dan mengundang fitnah para hadirin yang hadir.
Adapun bagi si pengunjung maka ia tidak diperbolehkan menghadiri kampanye tersebut apabila dia mengetahui akan ada para penyanyi perempuan yang dia yakini akan mengundang fitnah dan membangkitkan syahwat. Lain halnya apabila dia tidak mengetahuinya sejak awal dan ia terjebak didalam keadaan seperti itu saat dia menghadirinya, maka ada baiknya dia menghindar untuk tidak mendengarkannya akan tetapi manakala hal ini tidak mungkin dilakukan kerana padatnya pengunjung atau khawatir akan berpisah dengan isteri dan anak-anaknya maka hal ini dianggap sebagai sesuatu yang darurat dan semoga mendapat pemaafan dari Allah swt. Wallahu A’lam.” (sumber http://www.eramuslim.com )
Demikian jawapan Ustaz itu, yang kita boleh kiaskan dalam suasana di negara ini. Tetapi dalam pilihan raya kecil di 3 kawasan yang sedang rancak berjalan, kita belum dengar lagi ada artis-artis terlibat dalam nyanyian. Kalau sebelumnya ada, iaitu dari BN.
Sekian, wallahu ‘aklam.
ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 31, 2009. KL.
Masa Depan Perusahaan Ganja di Aceh…
Di luar Indonesia, ganja dibahagiakn dua jenis, iaitu ganja untuk kepentingan industri atau medis iaitu ganja jenis Hemp, dan ganja terlarang sering disebut Cannabis. Yang terlarang adalah kerana zat THC di dalamnya boleh mengakibatkan pengguna jadi mabuk jika disalahgunakan mengikut kadarnya. Dengan program Alternatif Development (AD) yang dicanangkan pemerintah melalui Badan Narkotika Nasional (BNN), semoga 15 tahun mendatang, Aceh bebas dari efek negatif ganja dan dapat memanfaatkan potensi eksport ganja demi kepentingan industri tanpa disalahgunakan.
- “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, undi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar anda dapat untung.”
- Genting Bhd : Kasino.
- Resort World: Hiburan dan Judi.
- Magnum Corp. : Loteri.
- Metroplex Bhd : Subic Bay Casino judi atas kapal.
- Laisure man : Nombor ekor.
- Lumba Kuda : Nombor ramalan.
- Berjaya Sport Toto : Empat nombor ekor.
- Guiness Anchor Bhd : Minuman keras.
- Tanjong Public Limited Co : Nombor ramalan.
- Carlsberg Brewery Bhd : Arak.
- Ada kaitan antara judi dengan penagihan dadah.
- Pertambahan penceraian, 5 kali ganda dari biasa.
- Pertambahan potensi dalam kes-kes jenayah.
- Pertambahan hutang peribadi yang besar.
- Merosakkan hubungan antara kawan dan keluarga.
- Pertambahan kes bunuh diri.
- Cukai korporat sebanyak 28%.
- Cukai perkhidmatan sebanyak 5%.
- Perlesenan.
- Melalui syer.
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
2009.
Monday, March 30, 2009
Isu Rampas Masjid, Imam Jelaskan, Zamri Keluar Sebelum Baca Yasin..
Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Drs Rosdi Deraman
(Menulis dari Bukit Gantang)
"MEMANG ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" kata Tuam Hj Hisham, Imam Masjid Simpang Tiga, Taiping, sewaktu ditemuramah oleh http://politikbanjar.blogspot.com/ melalui telefon dalam perjalanan Taiping KL. Beliau bercerita...
“Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... (mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb! -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi ...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (AliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..
DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan.. tinggal Muhyidin dan Calon. Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu... Lepas ni mungkin kena pecat le ana...”
Tuan Hj Hisham menghabiskan cerita.
Begitulah… Dalam negeri yang diperintah oleh BN, nak sembahyang, jadi imam, nak berkuliah agama, nak buat baik pun kena minta izin pemerintah. Kalau orang tak sembahyang terus takpa pula? (RD)
(Seterunya sila lihat sumber sebelumnya Ir Nizar Jelaskan Isu Rampas Masjid.. Apa Kata Penduduk? , dan Ceramah, SMS, Kartun? ).