Saturday, May 02, 2009

Jihadul Kuffar.

Laporan terbaru pejabat PBB bidang kemanusiaan, Jumaat semalam menyebutka, Israel makin memperluas wilayah Palestin di Al-Quds (Jerusalem Timur) dengan melakukan pengusiran warga Palestin. PBB menilai tindakan Israel itu salah dan memerintahkan Israel menghentikan kerja jahatnya, yang melibatkan paling kurang, 195,000 pendudukan Yahudi Israel menempati pemukiman haram di Jerusalem Timur.

Renungan 10 Minit Sebelum Tidur 9:


Jihad dari jenis lawan yang dihadapi, telah diterangkan dua jenis dalam huraian yang lalu, kini seterusnya…


Ketiga: Jihadul Kuffar.


Iaitu Jihad menghadapi orang kafir dengan memerangi dan membunuh mereka, dan mengerahkan segala yang diperlukan dalam peperangan baik berupa harta, jiwa dan yang lainnya sebagaimana sabda nabi Muhammad saw :

“Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, diri dan lisanmu.” (HR Abu Daud, An Nasa’i, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Baghawi dan Ibnu Asakir dari Anas RA)


Ia bertanya lagi : “Apakah Jihad itu? Beliau menjawab: “Engkau perangi orang-orang kafir jika engkau menjumpai dimedan perang.” Ia bertanya lagi : “Jihad macam mana yang paling utama?” Beliau menjawab : “Sesiapa yang dilukai anggota badannya dan dialirkan darahnya.” (HR Ahmad)


Sebagaimana telah dinyatakan dalam pembahasan pengertian Jihad bahawa lafaz Jihad fi Sabilillah dinyatakan secara mutlak, maka tiada lain yang dimaksud adalah jenis Jihad ini, iaitu Jihadul-Kuffar. Oleh itu jika status hukum Jihad ini sudah menjadi fardu ain maka kewajiban ini tidak dapat diganti dengan dakwah dan infaq atau amal-amal lainnya selain Jihad.


Adapun yang dimaksud dengan kaum Kuffar ialah Ahli Kitab (Yahudi dan Nashrani), Majusi, Shobiah dan non Muslim lainnya. Ahli Kitab diarahkan untuk membuat pilihan: memeluk Islam, atau masuk ke dalam jaminan kaum Muslimin dengan membayar Jizyah atau Perang.


Firman Allah:


“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (Agama Allah), (yaitu orang-orang) yagn diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar Jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.” (QS At-Taubah ayat 29)


Abu Buraidah dari ayahnya, ia berkata, “Jika Rasulullah SAW menyuruh seorang komandan perang atau sariyah, maka beliau SAW berwasiat khas kepadanya agar bertakwa kepada Allah dan mewasiatkan kebaikan kepada orang-orang Muslim yang bersamanya, kemudian beliau SAW bersabda:


“Berperanglah kalian dengan nama Allah dan di jalan Allah. Perangilah orang-orang yang kufur kepada Allah. Berperanglah dan janganlah berlebih-lebihan, berkhianat dan mendendam. Janganlah membunuh anak kecil. Jika kamu menghadapai musuh dari kalangan orang-orang musryik, maka serulah mereka kepada tiga hal. Mana saja diantara tiga hal itu yang mereka penuhi, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Kemudian serulah mereka kepada Islam. Jika mereka memenuhinya, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka.


Kemudian serulah mereka agar berpindah dari daerah mereka ke daerah Muhajirin. Beritahukanlah mereka bahawa jika mereka mahu melaksanakannya, maka mereka akan mendapatkan seperti yang didapatkan orang-orang Muhajirin dan berkewajiban seperti kewajiban orang-orang Muhajirin. Jika mereka menolak untuk berpindah dari sana, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka seperti orang asing bagi orang-orang Muslim. Hukum Allah berlaku atas mereka seperti yang berlaku atas orang-orang Mukmin.


Mereka tidak mendapatkan sedikitpun dari harta rampasan perang dan Fa’i, kecuali jika mereka berperang bersama-sama orang Muslim. Jika mereka menolak hal itu maka mintalah Jizyah dari mereka. Jika mereka memenuhi seruanmu, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Jika mereka tetap menolak, maka mintalah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka. (HR Muslim dan Ahmad)


Adapun bagi kaum Kuffar lainnya selain Ahli Kitab dan kaum Murtad dari Islam, mereka diarahkan untuk memilih diantara dua pilihan: masuk Islam atau Perang.


Firman Allah..


Katakanlah kepada orang-orang Badui yang tertinggal:” Kamu akan diajak untuk (memerangi) kaum yang mempunyai kekuatan yang besar, kamu akan memerangi mereka atau mereka menyerah (masuk Islam)… (QS Al-Fath 16)


Ahli Fukaha berbeda pendapat mengenai kaum kuffar selain Ahli Kitab:


Menurut Mazhab Hanafi:


Didalam Kitab Hasyiyah Ibnu Abidin, dinyatakan: Pasal Jizyah… Jizyah dibebankan kepada Ahli Kitab, dan Majusi, dan Wathani (penyembah berhala) yang berbangsa Ajam (bukan Arab dan bukan orang murtad). Oleh itu Jizyah tidak diterima dari Wathani yang berbangsa Arab dan dari orang Murtad. Mereka hanya disuruh memilih masuk Islam atau Perang.


Menurut Mazhab Maliki:


Didalam Kitab Bulghatus-Salik dinyatakan Pasal Jizyah: Harta yang dibebankan oleh Imam kepada orang kafir baik terhadap Ahli Kitab, orang Musyrik ataupun orang kafir selain mereka, walaupun kaum Quraisy.


Menurut Mahzab Syafi’i:


Didalam Kitab A-Um, Asy-Syafi’i menyatakan: Majusi itu beragama selain agama berhala, tapi dalam sebahagian agama mereka berbeda pula dengan Ahli Kitab dari Yahudi dan Nashrani sebagaimana Yahudi dan Nasrani berbeda pula dalam sebahagian agama mereka. Dan Majusi itu berada di satu kawasan bumi yang Ulama Salaf penduduk Hijaz tidak mengenal agama mereka sebagaimana mereka kenalnya terhadap agama Nasrani dan Yahudi. Dan Majusi itu adalah Ahli Kitab. Wallahu A’lam, mereka tercakup pada satu nama Ahli Kitab bersama Yahudi dan Nasrani.


Menurut Mazhab Hambali:


Didalam Kitab Al-Mughni, Ibnu Qudamah menyatakan: Ahli Kitab dan Majusi diperangi sehingga mereka masuk Islam, atau mereka membayar Jizyah dalam keadaan hina, dan orang-orang kafir selain mereka diperangi hingga mereka masuk Islam.

Bersambung…


Wassalam dari Ibnu Hasyim.

Syura, Terbaik Pilih Pemimpin..


Ikrar PAS, tidak kira siapa pemimpin...

By Megat Ali Megat Alang.


PESURUHJAYA PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat kaedah syura adalah amalan yang terbaik diamalkan dalam pemilihan pimpinan PAS. Bagaimanapun katanya, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat pilihan mana-mana pimpinan yang dirasakan mampu untuk menerajui parti.

"Syura adalah jalan terbaik. Dalam memilih pemimpin, kalau boleh dibuat secara syura itu lebih baik, tapi jika tak boleh, kenalah buat pemilihan,"jelasnya mengulas tentang pemilihan pucuk pimpinan parti dalam Muktamar Agung PAS yang akan berlansung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim juga menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan permainan media yang cuba melaga-lagakan antara pimpinan PAS. "Dalam PAS tidak ada puak-puak tertentu. Ada orang cuba lagakan Presiden dengan Mursyidul Am, ada yang menyebut tentang kumpulan Erdogan dan sebagainya, ini adalah mainan pihak media.

"Jadi, ahli PAS janganlah terpengaruh dengan isu yang cuba dimainkan ini. Pemilihan dalam PAS bukannya macam dalam Umno. Sekarang ni bulan April, Muktamar pula bulan Jun, tak sampai dua bulan pun. "Kita dalam PAS ni masih bercakap tentang keterbukaan, siapapun boleh bertanding jawatan parti. Tapi kalau dalam Umno masa inilah mereka dah sibuk berkempen,"ujarnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Hashim mahu setiap ahli PAS bersikap bersih hati dengan menyokong siapa sahaja yang dipilih dalam pemilihan parti di semua peringkat. "Bagi yang tidak terpilih pula janganlah berkecil hati. Ruang untuk bekerja di dalam jemaah begitu luas. Jangan jadikan kekalahan di dalam pemilihan untuk meminggirkan diri dari kerja-kerja jemaah," Ujar beliau lagi. (2MA)

Perusahaan Kereta AS Terus Bengkrap..


By Asyok Kumar

EKONOMI AS terus Merudum. Pemerintahnya kini gagal menyelamatkan Chrysler, salah satu perusahaan otomotif terbesar di AS. Presiden AS Barack Obama di Rumah Putih Khamis 30 April lalu menyatakan, Chrysler bakal di nyatakan muflis atau bengkrap setelah tidak tercapai kata sepakat dalam perundingan.

Sebelumnya, Obama telah memberikan tempuh waktu sampai tengah malam waktu tempatan bagi perusahaan itu untuk menyelesaikan urusannya dengan pihak pengkredit, syarikat buruh dan perusahaan mobil Fiat Itali sebagai rakankongsi Chrysler, ataupun Chrysler akan dinyatakan muflis. Sehingga waktu ditetapkan pihak Chrysler gagal menyelesaikannya, apbila majoriti kreditor menolak proposal untuk memberikan jaminan terhadap hutang Chrysler yang nilainya mencapai 6.9 milionr dollar.

“Saya tidak mahu berpihak pada mereka, saya berpihak pada pekerja di perusahaan Chrysler," kata Presiden Obama.

Sebelumnya, Chrysler masih diberi kesempatan untuk melakukan pembetulan. Sementara itu, Ketua Eksekutif Chrysler Robert Nardelli mengatakan akan terus meninggalkan perusahaan tersebut. Chrysler adalah satu dari tiga perusahaan otomotif terbesar di AS, setelah General Motors dan Ford. Ketiga perusahaan itu menghadapi masalah kewangan apabila berlaku krisis ekonomi di AS. Chrysler dan General Motor meminta kerajaan membantu 21.6 milion bagi menyelamatkan perusahaan-perusahaan tersebut.

Setelah Chrysler menuju muflis, General Motor masih ada masa 30 hari lagi untuk melakukan penyusunan semula, dan Ford masih mengaku cukup dana untuk bertahan tanpa bantuan kerajaan. General Motor awal April lalu sudah mengumumkan kemungkinan pembuangan pekerja menutup sebagian kilang dan showroomnya. Pemerintahan Obama, telah memecat Ketua Eksekutif General Motor, Rick Wagoner sejak bulan Mac lalu.

Bagaimana dengan perusahaan kereta Malaysia? Harap-harap akan tetap teguh! (Sumber Era Muslim dll.AK)

Kolam Renang Untuk Muslimah, Malaysia Bila Lagi?


By Asyok Kumar


MENURUT sebuah akhbar Italy Corriere Della Sera, kini di utara daerah Bergamo sudah terdapat kolam renang khas untuk Muslimah di mana mereka dapat berenang bebas tanpa perlu menggunakan pakaian renang tradisional. Lelaki tidak diperkenankan untuk berenang di kolam renang Siloe semasa kaum Muslimah melepaskan hijab, tudung atau cadar mereka setiap seminggu sekali.


Maida Ziaradi, seorang Muslimah asal Iran yang telah tinggal di Italy sejak berumur 17 tahun yang mempelopori langkah tersebut mengatakan ramai Muslimah dari Tunisia, Iran dan Mesir termasuk Muslimah Italy sendiri akan mendapat banyak manfaat dari adanya hak khusus Muslimah di kolam renang.


“Pada awalnya beberapa Muslimah masih ragu-ragu dan takut untuk masuk ke kolam renang itu...” kata Ziaradi. Kolam renang tersebut dimiliki oleh uskup Bergamo. Aturan pemisahan kolam renang khas perempuan menurut Ziaradi dianggap sebahagian dari mematuhi ajaran yang ada di dalam Al-Quran.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Itali bukan negara pertama yang memperkenalkan kolam renang khas untuk Muslimah. Di Jerman penggunaan Burqa/Cadar boleh dikenakan di beberapa kolam renang umum, sementara itu di Australia terdapat beberapa kolam renang membuat jadual khusus untuk Muslimah. Di Malaysia sepatutnya boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan hotel-hotel atau tempat permandian kolam renang supaya orang Islam dapat mengamalkan ajaran agamanya dengan bebas. Tetapi mengapa hal ini tidak dapat dilakukan, walaupun pemimpinnya ramai terdiri dari orang Islam? (AK)


Kepimpinan Ulama Atau Pilih Ulama...


SILA lihat kenyataan-kenyataan ini sebagai perbincangan...

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap.

Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diberi kepada golongan ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti.

Beliau berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

“Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam Mohamad dilaporkan berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu diterajui golongan ulama.

“Orang nombor satu (presiden) dan nombor dua (timbalan presiden) mesti ulama.

“Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua,” kata Mohamad. - mstar

Tonggak Kepimpinan Ulamak adalah Majlis Syura Ulamak, bukannya Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Sepatutnya semua kena faham samada pemimpin atau ahli PAS kena baca semula Perlembagaan PAS (Pindaan 2002) yang memperuntukan ciri-ciri kepimpinan Ulamak. Peranan dan ciri Majlis Syura Ulamak telah dimaktubkan dalam Fasal 7 Perlembagaan PAS iaitu mengenai Hukum, Kekuasaan dan Majlis Syura Ulamak.

Adapun ciri-ciri yang perlu ada pada Presiden dan Timbalan Presiden (Fasal 22 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat) tidak disebutkan, hanya menyebutkan tugas dan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Fasal 23 (Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat), bererti jawatan tersebut terbuka kepada semua ahli PAS yang difikirkan layak oleh Muktamar PAS yang ada pemilihan.

Baca juga artikel disini.

Di bawah ini, saya perturunkan sedikit disini petikan Fasal 7 (4), Fasal 16 (2)Perlembagaan PAS.
Fasal 7 ceraian 4 Perlembagaan PAS (Pindaan 2002):

4. Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak hendaklah terdiri daripada lima belas orang dan tertakluk kepada peruntukan berikut:
(a) Seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli Majlis Sura Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (al-usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

Jelas diatas, Fasal inilah yang merupakan teras kepimpinan Ulamak. Ahli Majlis Syura mesti dikalangan Ulamak.

Satu lagi perbezaan yang jelas antara Ahli Majlis Syura Ulamak dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah Ahli-Ahli Majlis Syura tidak dipilih Muktamar Tahunan PAS.

Manakala Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diketuai Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli lain TIDAK dicirikan sedemikian rupa tetapi dipilih oleh perwakilan mengikut Fasal 16 (2) Muktamar Tahunan yang ada pemilihan setiap dua tahun sekali.

Fasal 16 Muktamar PAS
(2). Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya,
(b) Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,
(c) Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan,
(d) Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya ia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang ahli jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu,
(e) Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh tiap-tiap sebuah kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 17 (5).
(f) Lima belas orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat,
(g) Lima belas orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusatm dan
(h) Lima belas orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Fasal 22 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(2) Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar Tahunan PAS pada tiap-tiap dua tahun daripada ahli-ahli PAS atau dengan apa-apa cara jua yang dipersetujui oleh Muktamar Tahunan PAS itu.

Saya juga tertarik dengan tulisan bertajuk “Kepimpinan Ulama dalam Pas: Satu kajian semula” ditulis Mohamad Hasan Marzuki, antaranya:

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah. Baca tulisannya disini.

Dipanjangkan dari dari