Saturday, May 23, 2009

Pergi Tandas.. You Nak Ikut Ke? Terhina..


KUALA LUMPUR Sabtu Mei 23, 2009. Menurut bertatuk ' MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita'... Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan berunsur "menghina" kaum wanita terhadap beliau semalam.

Justeru, Ahli Parlimen Titiwangsa itu mahu Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka walaupun beliau ada mengatakan 'maafkan saya'. "Saya merakamkan kekesalan saya atas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen, malah biadap terhadap wanita," kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Dr. Lo'lo berkata, Raja Nong Chik telah mengatakan bahawa "I turun everywhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ke?"

"Kata-kata seperti ini sangat tidak layak dikeluarkan oleh seorang menteri apatah lagi menteri yang baru dilantik," katanya. "Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang wanita Islam yang menjaga sahsiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang menteri, lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Menjelaskan insiden itu, Dr. Lo'lo berkata, Raja Nong Chik mengeluarkan kata-kata itu apabila beliau mengkritiknya kerana tidak memaklumkan "lawatan mengejut" ke Keramat Mall, Kg. Dato' Keramat petang Khamis lalu. Katanya, selain membawa isu tersebut ke Parlimen beliau juga akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenainya.

"Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walaupun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan," katanya. Ketika ditanya mengapa membawa isu berkenaan hari ini sedangkan Raja Nong Chik telah pun "memohon maaf" petang semalam, Dr. Lo'lo memberitahu, beliau mahu menteri memohon maaf dengan diketahui semua kerana ketika kenyataan tersebut ada ramai pihak di sekelilingnya. Kata Dr. Lo'lo, beliau hanya mengatakan "maafkan saya" kepadanya yang sama sekali tidak didengar pihak lain.

Komen Blok Ibnu Hasyim: Elok ahli-ahli parlimen di ajar disiplin, kerana kurang ilmu sivic. (AK)

Friday, May 22, 2009

Kementerian HEA, Martabatkan Islam -Nik Aziz


KOTA BHARU, 22 Mei 2009. Walaupun PM silih berganti, namun tiada seorang pun yang berminat mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam seperti diamalkan di negara-negara lain. Di negara ini Menteri di Jabatan PM sahaja yang dipertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam. Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata beliau lagi, sedangkan kementerian lain sering bertukar ganti, namun kementerian khusus untuk menjaga agama Islam tidak ada. "Sedangkan kementerian yang mampu menangani hal ehwal pengurusan Islam khususnya aspek moral dan akhlak umat Islam cukup penting.. Sebaliknya pemimpin Umno sering menukar nama kementerian, misalnya Kementerian Kebudayaan kini menjadi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Menurutnya dengan ada kementerian khusus mengenai hal ehwal Islam pelbagai perkara dapat dirancang bagi memartabatkan lagi agama Islam, sebagai agama rasmi negara. Beliau juga berkata, Kelantan agak bernasib baik apabila wujud banyak pusat pengajian pondok sejak berpuluh tahun lalu yang menjadi penggerak perjuangan Islam.

Pada kuliah itu beliau turut mengambil kesempatan membaca al-Fatihah dan berdoa kepada Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob yang baru meninggal dunia. (2MA)

Istytihar Keputusan Mahkamah Tinggi Salah, Zamri MB Perak.

Perjuangan untuk rakyat tetap diteruskan, walau siapa pun jadi MB..

PUTRAJAYA Jumaat Mei 22, 2009 : Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu.

Hakim Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop berkata, pihaknya mendapati keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah adalah salah. Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," katanya. Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah ketika keputusan diumumkan.

Dalam penghakiman lisannya, Hakim Md Rausjuga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperolehi atau ditentukan dengan cara lain.

Justeru, Hakim Md Raus berkata, tindakan Sultan Perak bertanya sendiri bagi memuaskan hati baginda bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti adalah betul. Katanya, Mohammad Nizar juga seharusnya meletakkan jawatan apabila sultan tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana kuasa untuk membubarkan dewan adalah kuasa Sultan.

"Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.. Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan Dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu," katanya.

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan petang ini, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, memohon mendapatkan penghakiman bertulis daripada mahkamah untuk tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah bersetuju dengan permohonan itu. Sementara itu di Slim River, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dan dengan berprasangka berharap pembangkang menghormati proses perundangan. (2MA)

Ibnu Hasyim Ikut Jalan Laut Ke Mindanao, Terus Keliling Dunia?


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

JAROD atau Jalan Roda adalah satu-satu tempat orang-orang Islam berkumpul di kedai kopi siang di bandar Manado. Saya istilahkan tempat itu sebagai 'parlimen kaki lima'. Berbagai jenis pemikiran permasalahan rakyat dicurahkan dan perbincangkan. Ada wakil rakyat, pegawai kerajaan, ahli peniagaan, rakyat biasa, artis dan sebagainya saya temui sejak beberapa hari berada di Manadao. Nampaknya mereka memang gemar bertukar-tukar fikiran.

Di situlah saya dapat maklumat untuk pergi ke Filipina Selatan ikut jalan laut. Naik kapal penumpang dari Manado ke Pulau Tahuna kira-kira 8 jam perjalanan. Lepas itu, baru naik bot laju yang boleh muat kira-kira 6 orang ke perbatasan laut di pulau-pulau kecil, dan terus ke kepulauan Mindanao, dalam masa kira-kira 8 jam. Saya pun ambil keputusan untuk pergi. Malamnya jam 7, saya pun bertolak. Suasana sungguh mencabar bagi yang tak biasa seperti saya.

Pertama, naik kapal bersama rakyat awam. Penumpang kira-kira 500 oramg lebih, dalam kapal 3 tingkat. Tiap tingkat ada katil 2 tingkat, hanya tilam saja, tiada dinding. Bercampur lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, tua muda... Terlentang. tertiarap, mengiring dan macam-macam gaya. Terdengar bayi menangis, cakap-cakap macam dalam pasar dan lain-lain.

Kedua, yang sangat mencemaskan saya sewaktu melintas dari kapal ke kapal untuk masuk ke kapal yang dinaiki hanya ber'titi'kan papan sekeping. Bergoyang bagaikan spring.. sangat mencemaskan saya, hampir jatuh ke laut pelabuhan yang airnya hitam kotor itu...

Ketiga, yang tidur bersebelahan saya itu, seorang perempuan muda, beserta anaknya satu, dan suaminya. Bererti 3 orang di satu tempat tidur, berhimpit-himpit, tak muat tapi dimuatkan juga, walaupun terpaksa ganggu tempat orang lain. Harga satu tetapi 3 yang dimuatkan. Jelasnya, kapal itu boleh memuatkan tambahan dua kali ganda muatan secara gelap atau tak ikut peraturan. Mungkin itulah penyebab antara sebab-sebab selalu berlaku kemalangan.

Se sampainya di Tahuna, iaitu sebuah kecamatan di kabupaten kepulauan Singihe, Sulawesi Utara. Kecamatan ini berada di pinggir laut, di mana sarana transportasi dari luar yang paling dekat adalah dermaga Tahuna. Lapangan udara terdekat dan satu-satunya yang ada di kabupaten Kepulauan Sangihe adalah bandar udara Naha yang terletak di Awu, beberapa kilometer di sebelah utara Tahuna. Saya berkeliling pulau Tahuna, dan ke Peta, mencari orang yang boleh mengantarkan saya ke Dafur, Filipina Selatan.

Orang itu bersetuju, tetapi perjalanan mesti di waktu malam, takut tertangkap. Apakah perjalanan ini salah dari sudut undang-undang? Terfikir saya. Akhirnya saya ke Kantor Imigrasi tempatan dan meminta pandangan.

"Pihak kami baru dalam proses membuka cawangan di sempadan itu pada orang luar. Tetapi kalau rakyat tempatan, memang bisa Pak!" Kata pegawai itu setelah saya berbincang di biliknya.
Saya pun fikir-fikir lagi.. Sudah 50% semangat saya untuk ke sana sudah hilang terbang. Dulu memang saya pernah ke Myanmar Selatan melalui Thai juga ikut jalan laut secara gelap... (Sila lihat Wednesday, April 16, 2008 Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar .)

Kalau nak melalui udara di Manado, kena tunggu 10 hari lagi penerbangan sebulan sekali, itupun belum tentu ada, kerana kalau tak cukup penumpang perjalanan dibatalkan. Dan kalau sampai di sana pula belum tentu ada penerbangan ke Malaysia terus, kerana terpaksa ke Manila dulu. Manila itu sudah jauh ke utara.. Dari situ kalau pergi ke Hawaii, dan pulang ke Malaysia melintasi benua Amerika sudah keliling dunia!? Ha, Ibnu Hasyim sudah keliling dunia? Begitulah imaginasi saya untuk dapatkan 1% lagi bagi membuat keputusan samada nak pergi ke Mindanao atau tidak..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Tahuna, Sulawesi.

Mei 21, 2009

Thursday, May 21, 2009

Raja Petra: Tak Dapat Tanduk, Mula Pulas Telinga...


Lihat Komen blog ini.. pihak kami cuma panjangkan..

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com Thursday, May 21, 2009

JANGAN ASYIK MENGATA ! ANAK KITA ADALAH HARTA BERNYAWA KITA !


Tiada akhbar yang memberi tajuk 'Raja Azman Ditahan' atau 'Raja Azman Dituduh Mencuri'. Yang ada ialah 'Anak Raja Petra Mengaku Mencuri', 'Anak Raja Petra Dituduh Mencuri' 'Anak Raja Petra...'. Semuanya kena sebut nama Raja Petra bagi melariskan akhbar!

Semuanya kena sebut nama Raja Petra! Tiba-tiba Raja Petra telah menjadi bahan pelaris akhbar. Sebuah akhbar bernama Kosmo (kepunyaan Utusan Meloya) siap mencatatkan profil dua anak beranak ini seperti berikut:

"Si-Bapa: Raja Petra Kamarudin, 59, seorang blogger terkenal, menghadapi beberapa tuduhan memfitnah dan menghasut di mahkamah.

Si-Anak: Raja Azman, 32, semalam didakwa di Mahkamah Majisterit Shah Alam atas empat tuduhan jenayah iaitu mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi."

Hebat Kosmo, pakai sebut 'si-' 'si-' saja, 'si-bapa' 'si-anak'! Kononnya hendak mempengaruhi fikiran masyarakat bahawa bapa jahat, anak pun jahat, bapa borek anak pun rintik. Sedang semua orang tahu Raja Petra tidak pernah dituduh di mahkamah atas tuduhan jenayah - mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi. Dia hanya dituduh menerbitkan artikel mengenai PM Satu Malaysia yang sangat tidak disenangi oleh hulubalang-hulubalang beliau.

(AK)

Wednesday, May 20, 2009

Gadis Minahasa/Manado, Apa cantiknya?



Berkereta kuda di antara bandar-bandar di pergunungan Minahasa.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

GADIS-GADIS Minado cantik-cantik. Teras cantiknya, adalah dari gadis suku-kaum Minahasa yang asal dari pergunungan Minahasa. Jelas kelihatan, bila saya lewati beberapa bandar di pergunungan ini, seperti Tomohon, Tandano, Tandengan, Minahasa, Bukit Kasih tugu peringatan pelbagai agama, dan lain-lain. Mengelilingi Danau Tondano, kawasan pertanian dan perikanan air tawar.

Masjid yang saya temui, bukan lagi nisbah 1:10 dengan gereja Kristian, bahkan satu masjid bersamaan 100 gereja. Perjalanan saya dan kawan saya itu dengan motosikal. Tiba-tiba hujan datang di pertengahan jalan, makin lama makin lebat. Kebetulan kami singgah berteduh depan rumah bertentangan dengan sebuah gereja.

"Kenapa kita tak singgah di gereja itu?" Saya tanya. "Takkan pengawal gereja itu tak beri kita tumpang teduh?"

"Oh. Jangan salah faham. Pernah sekali hujan begini aku singgah di gereja kawasan pergunungan ini pada hari minggu, hari mereka sedang sembahyang ramai-ramai. Aku di luar gereja, mereka panggil masuk, duduk di bangku tempat upacara mereka, walau mereka tahu aku seorang Islam." Kata kawan saya itu. "Bukan saperti orang Islam di Kampung Arab di Manado, anjing yang masuk ke kampung itupun diburu, jarang yang pernah keluar hidup-hidup!"

"Nampaknya hebat kempen toleransi beragama oleh pemerintah Manado?"

"Bukan itu sahaja, hari keramaian orang Islam dikawal oleh orang Kristian, begitu juga sebaliknya." Jelasnya.

"Oh. Ada lagi toleransi baragama, gadis-gadis Islam dibenarkan berkahwin dengan pemuda bukan Islam.. Betulkan?" Saya menambah. Dia mengangguk dan terdiam.

Hujan mulai reda. Beberapa wanita dan lelaki Minahasa keluar dari rumah, melintas di depan kami dengan senyuman yang ramah. Memang orangnya putih-putih, yang saya lihat sepanjang perjalanan itu. Mungkin kerana tempat tinggalnya di cuaca sejuk. Atau mungkin kerana mengalir darah kacukan penjajah Belanda yang berjaya mengkristian anak-anak tempatan. Tetapi hidung mereka tidak nampak yang mancung-mancung pun. Ada juga yang mengatakan bangsa Minahasa ini berasal dari Filipina yang memang kulitnya putih dan raut mukanya memang begitu. Itu sebabnya, gadis Minahasa itu dikatakan cantik-cantik.

"Cantikkah? Apa pandangan tuan?" Dia tanya pendapat saya.

"Pada saya, cantik itu menurut mata orang yang melihatnya. Bahkan ada bangsa Negro Amerika menganggap bangsa kulit hitam itu lebih cantik dari bangsa kulit putih. Kalau tidak bangsa-bangsa Asia Tenggara yang kebanyakannya sawo matang ini tak laku lah, orang tak mahulah!"

"Jadi, bagaimana cantik yang sebenarnya?"

"Cantik sebenarnya ialah cantik semuanya. Bukan cantik rupa sahaja, tetapi cantik juga akhlaknya. Ramai anak-anak Minahasa yang jadi pelacur di Manado, bahkan pelacur kelas satu kerana cantik wajahnya. Orang sini panggil 'wanita panggilan', atau 'gadis nakal'. Itu tidak tepat.. sebenarnya perempuan jalang." Jelas saya.

"Ada juga antara kami yang menyebut begitu!" Tingkahnya.

"Ya! Kalau begitu akhlak yang baik bukan sahaja baik dalam melayani manusia, bahkan baik juga terhadap Allah yang Maha Pencipta. Menurut titah perintahNya, sebagai tanda cinta. Agama Kristian juga mengharamkan minuman keras seperti yang terpampang tertulis di tempat awan (Lihat di pelabuhan kapal di Minado) dan hubungan luar nikah. Mengapa mereka tidak ikut, berakhlak menurut agama mereka?" Jelas saya lagi.

Maka 'minah-minah' ini sepatutnya diajari dengan pelajaran ke 'Esa'an atau ke'Asa'an dalam kepercayaan kepada Tuhan dan peraturan-peraturannya, maka barulah boleh cantik akhlaknya.. Dan layak disebut 'Minah-asa..'

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Minahasa, Sulawesi.

Mei 19, 2009

Monday, May 18, 2009

'Jerusalem of Indonesia', Bahayakah Pada Asia?

Di belakang saya, bandar Menado di lembah pantai antara berbukitan dingin ini..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

KALAU di Tanah Arab, Israel atau Jerusalem dicipta menjadi duri dalam daging umat Islam, Malaysia ada Singapura yang terpancut keluar dari negara kerdil ini, apakah Indonesia ada Jerusalemnya juga? Lihat tulisan ini...

Manado Ingin Jadi “Jerusalem of Indonesia”

SUMRINGAH wajah Pak Ci, begitu panggilan Ir. Ciputra, Ir.Ciputeratatkala Museum Rekor Indonesia (MURI) memberikan penghargaan untuk Patung Yesus Memberkati, 2 Desember 2007.

Proyek ini merupakan karya yang telah lama diidam-idamkan. Sebuah patung yang didirikan di atas kavling terbaik di kawasan Citraland Manado. Dari sini, orang dapat melihat langsung pemandangan terindah dari Kota Manado, Pulau Manado Tua, Bunaken dan Gunung Klabat.

Untuk proyek ini, Ciputra mencurahkan perhatian secara penuh, baik dalam merencanakan dan membentuk patung. Termasuk model, ukuran, sampai usai pembuatannya.

Monumen Tuhan Yesus Memberkati yang dibangun Ciputra di kawasan Citraland di Kelurahan Winangun Kota Manado sudah diresmikan pada hari Ahad (2/12/2007) lalu oleh Gubernur Sulut Sinyo Harry Sarundajang.

Keberadaan monumen Tuhan Yesus yang merupakan tertinggi di Asia dan kedua di dunia, menjadi hadiah terindah bagi umat Kristen di Sulut, terlebih khusus dalam masa penantian (minggu adven) menyambut Hari Natal, 25 Desember 2007 kala itu.

Melalui Monumen Tuhan Yesus, Ciputra ingin mempersembahkan sebuah ikon baru untuk Kota Manado, yaitu sebuah lokasi tujuan wisata religi yang baru bagi masyarakat Nusantara dan mancanegara. Kabarnya, ini adalah monumen religi tertinggi di Indonesia. Selain itu, monumen ini menjadi patung kedua tertinggi sesudah patung Tuhan Yesus Christ The Redeemer di Corcovado Rio De Janeiro Brasil.

Di sekeliling patung Tuhan Yesus Memberkati itu diletakkan empat patung dengan masing-masing sebuah prasasti yang menggambarkan penderitaan rakyat Manado selama Perang Dunia ke-2. Dengan meletakkan empat patung ini di kaki patung Tuhan Yesus, terdapat pesan untuk setiap orang yang dalam penderitaan agar datang kepada Tuhan Yesus untuk mendapatkan kelegaan.

Jerusalemnya Indonesia

Menurut suami Dian Sumeler ini, Manado menjadi salah satu kota yang paling spesial dari kota-kota lainnya di Indonesia. Ini terlihat dari keseriusannya dalam membangun Manado. Setelah sukses membangun perumahan Citraland dan Monumen Yesus Memberkati yang menghebohkan, ia kembali membuat Jalan Salib pada ketinggian 33 meter, panjang 164 meter, dan 187 anak tangga.

Proyek ini baru saja diresmikan Gubernur Sulawesi Utara (Sulut) Sinyo Harry Sarundajang dan diberkati oleh Uskup Manado Mgr Joseph Suwatan melalui sebuah Misa, Sabtu (11/4) lalu.

Dalam bukunya yang berjudul “Manusia Unggul yang Disertai Tuhan” pak Ci menulis bersama rekannya, Ir. Antonius Tanan. Buku yang berisi kiat-kiat Pak Cik itu menceritakan harapan dan keinginannya dalam hidup. Di antaranya, ingin menjadi manusia unggul yang diberkati dan disertai Tuhan dalam hidup, baik pekerjaan dan pelayanannya.

“Dan yang pasti, pembangunan wisata religi ini karena saya dan teman-teman ingin menjadikan Manado, Jerusalem of Indonesia,” tandasnya.

Meski demikian, ia menilai proyeknya masih belum seberapa. Sebab, ia masih memiliki lima proyek lainnya tak kalah besarnya yang sedang dibangun. Diantaranya; Plasa Taman Getsemani, yang menggambarkan peristiwa ketika Yesus Kristus ditangkap, Plasa Gereja-gereja berbagai dinominasi, Open Air Theatre, Rumah Biara, dan Rumah Doa.

Sementara itu, Gubernur Sulut SH Sarundajang, mengatakan monumen Jalan Salib itu akan menjadikan Sulut di mata dunia sebagai wisata religi. Momentum peresmian Jalan Salib tersebut bertepatan dengan peringatan Kamis Putih, Jumat Agung dan Minggu Paskah yang diperingati pada Ahad (12/4) kemarin, sekaligus bertepatan dengan rencana digelarnya WOC (World Ocean Conference) yang akan digelar di Manado 11-15 Mei.

“Dunia internasional akan mengenal wisata religi ini dan datang ke Sulut untuk menyaksikan karya Tuhan melalui inisiatif maestro properti Indonesia Ciputra ini. Kita bangga dengan prakarsa ini,” puji Sarundajang.

Monumen Jalan Salib tersebut oleh Museum Record Indonesia (MURI) dicacat memecahkan rekor, karena merupakan yang paling terjal dengan kemiringan 70 persen. Sementara yang diresmikan sebelumnya, monumen Patung Yesus Memberkati, termasuk monumen ketiga tertinggi di dunia.

Sebagaimana diketahui, ritual Jalan Salib itu dilakukan untuk merefleksikan peristiwa penyiksaan terhadap Yesus Kristus hingga wafat disalib.

Tapi apa sesungguhnya motivasi Ciputra untuk semua proyek-proyek religious ini? [cha, berbagai sumber/www.hidayatullah.com]

Wassalam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Minahasa, Sulawesi. Mei 18, 2009.

Sebuah Lagi Filem Pendidikan..

Denias senandung diatas awan


DENIAS, anak seorang petani suku di pedalaman tengah Papua. Semangat dan keinginan sekolah selalu bergejolak di hati dan fikirannya. Kata-kata orang yang ia sayang dan hormati terus terngiang-ngiang dan membakar semangatnya.

Hidup Denias berikutnya dibayangi kesedihan berlarutan kerana orang-orang yang dia sayangi dan hormati satu demi satu meninggalkannya. Ibunya tersayang meninggal dunia dalam suatu tragedi kebakaran honai keluarga mereka.

Maleo pernah memberitahunya ada kemudahan sekolah di balik gunung. Untuk mencapai impiannya untuk bersekolah, Denias pergi meninggalkan rumah.

Tidak peduli perjalanan ke sana sangat jauh dan sama sekali tidak mudah, harus berhari-hari melewati sungai, hutan dan gunung, Denias terus mengejar cita-citanya.

Lakonan : Albert Fakdawer, Ari Sihasale, Marcella Zalianty, Mathias Muchus, Michael Mohede, Audrey Papilaya
Arahan : John De Rantau
Terbitan : Alenia Pictures
Tarikh Tayangan : 19 Oktober 2006 (Indonesia)

Blog Ibnu Hasyim: Pihak kami hanya panjangkan, belum nonton lagi..(AK) Sila klik.... http://achoksabah.blogspot.com/2009/05/denias-senandung-diatas-awan.html

Sunday, May 17, 2009

Tuduhan Atau Teguran: Bercakap Mesti Ada Fakta -Nil Aziz

KOTA BAHARU Sunday, May 17, 2009: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.

"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.. Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, hari ini.

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini. Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.. Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.

Semalam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti. "Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu," katanya. Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.

"Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.. Saya sudah serik berlawan dalam parti seperti mana saya menentang tok guru Haji Husin Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama pada tahun 60an dulu tetapi kalau lawan Umno sampai bilabila pun saya sanggup." katanya. (Sumber: BERNAMA 2MA)

Pahlawan Gua Selarong Dibuang ke Menado..

Patung di belakang saya ini adalah patung Tuanku Imam Bonjol di Manado..

Pangeran Diponegoro

Lukisan Persitiwa Pengkapan Pangeran Diponegoro oleh VOC

Makam Pangeran Diponegoro di Jl. Diponegoro Makassar, Sulawesi Selatan

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

SEORANG lagi yang tidak dapat dipisahkan dari Tuanku Imam Bonjol iaitu Pangeran Diponegoro . Nama aslinya adalah Raden Mas Ontowiryo, lahir di Yogyakarta tanggal 11 Nopember 1785. Ayahnya Sultan Hamengku Buwono III mengangkatnya sebagai raja, tapi Pangeran Diponegoro menolak dengan alasan kerana ibunya bukan permaisuri.

Ditahun 1820-an kompen Belanda sudah memasuki dan mencampuri urusan kerajaan-kerajaan Yogyakarta. Peraturan tata tertib dibuat oleh pemerintah Belanda yang sangat merendahkan martabat raja-raja Jawa. Para bangsawan diadu domba. Tanah-tanah kerajaan banyak yang diambil untuk perkebunan milik pengusaha-pengusaha Belanda. Melihat keadaan seperti itu, Pangeran Diponegoro merasa tidak senang, lalu meninggalkan keraton dan menetap di Tegalrejo. Lucunya Belanda menuduhnya menyiapkan pemberontakan. Tanggal 20 Juni 1825 pasukan Belanda menyerang Tegalrejo dan dengan demikian mulailah perang yang dikenal dengan nama Perang Diponegoro (1825-1830).

Setelah Tegalrejo jatuh, Pangeran Diponegoro membangun pusat pertahanan di Selarong. Lalu perang dilancarkan secara gerila. Belanda kewalahan kerana sulit dihancurkan dan Belanda mengalami kesulitan. Beberapa tokoh perlawanan dibujuk oleh Belanda sehingga mereka menghentikan peperangan. Sejak tahun 1829 perlawanan semakin berkurang, tapi masih berlanjut terus. Belanda mengumumkan akan memberi hadiah sebesar 50,000 golden kepada siapa saja yang dapat menangkap Diponegoro. Pasukan dan kekuatan Diponegoro melemah, tapi ia tidak pantang menyerah.

Kerana Belanda tidak berhasil menangkap Pangeran Diponegoro, lalu Belanda menjalankan cara yang licik iaitu dengan cara mengundang Pangeran Diponegoro untuk berunding di Magelang pada 28 Mac1830, tapi Diponegoro malah ditangkap dan dibuang ke Menado, kemudian dipindahkan ke Ujungpandang. Pangeran Diponegoro meninggal dunia di benteng Rotterdam Ujungpandang, pada 8 Januari 1855 dan dimakamkan
di sana. Dalam perjuangannya,

Pangeran Diponegoro dibantu oleh puteranya bernama Bagus Singlon atau Ki Sodewo. Ki Sodewo melakukan peperangan di wilayah Kulon Progo dan Bagelen.
Ki Sodewo memiliki ibu bernama Citrowati yang meninggal dalam penyerbuan Belanda. Ki Sodewo kecil atau Bagus Singlon tumbuh dalam asuhan Ki Tembi, orang kepercayaan Pangeran Diponegoro. Bagus Singlon atau Raden Mas Singlon atau Ki Sodewo setelah remaja menyusul ayahnya di medan pertempuran. Sampai sekarang keturunan Ki Sodewo masih tetap eksis dan salah satunya menjadi wakil Bupati di Kulon Progo bernama Drs RH Mulyono.

Setidaknya Pangeran Diponegoro mempunyai 17 putera dan 5 orang puteri, yang semuanya kini hidup tersebar di seluruh Indonesia, termasuk Jawa, Sulawesi dan Maluku. Kisahya ini pernah difilemkan di Indonesia dengan nama 'Pahlawan Gua Selarong', mengenang gerakan pembebasan Islam membantu kemerdekaan Indonesia, bukannya pengganas. Pengganas atau pelampau adalah tuduhan penjajah.

Saya dan kawan saya itu meneruskan perjalanan mengelilingi danau pergunungan Minahasa.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Minahasa, Sulawesi.

Mei 18, 2009.

Manado Tempat Syahid Pejuang Islam?


Maqam Imam Bonjol.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan


PAGI-PAGI saya membonceng di belakang motosikal rakan yang baru dikenali semalam. Ingin memanjat pergunungan sekeliling bandar Menado. Sesampai di daerah Pineling, dia berhenti. Menunjukkan monumen atau patung berwajah Tuanku Imam Bonjol. Kalau nak melawat maqamnya, boleh masuk kiri, kira-kira satu kilometer.

"Di sinilah maqam Pahlawan Nasional Indonesia. Nama aslinya, Peto Syarif Ibnu Pandito Bayanuddin. Pejuang dalam Perang Padri di Sumatra Utara (1821-1838). Beliau ditangkap Belanda dan diasingkan di beberapa tempat diIndonesia. Terakhir dibuang ke Manado hingga meninggal dunia pada (6 November 1864). Di sinilah maqamnya, dan terdapat juga tempat beliau sembahyang beliau." Dia menjelaskan. "Jom kita ke sana!!"

Siapa sebenarnya tuanku Imam Bonjol?

Menurut Wikipedia, Tuanku Imam Bonjol dilahirkan di Bonjol, Pasaman, Indonesia pada tahun 1772. Beliau kemudiannya meninggal dunia di Manado, pada 6 No9vember dalam usia 92 tahun dan dimaqamkan di Khusus Lotak, Minahasa. Tuanku Imam Bonjol bukanlah seorang Minahasa. Dia berasal dari Sumatera Barat, 'Tuanku Imam Bonjol' adalah sebuah gelaran yang diberikan kepada guru-guru agama di Sumatra. Nama asli Imam Bonjol adalah Peto Syarif Ibnu Pandito Bayanuddin.

Dia adalah pemimpin yang paling terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera, yang pada mulanya menentang perjudian, laga ayam, penyalahgunaan dadah, minuman keras, dan tembakau, tetapi kemudian mengadakan penentangan terhadap penjajahan Belanda yang memiliki semboyan Gold, Glory, Gospel sehingga mengakibatkan perang Padri (1821-1837) yang banyak membantu gerakan kemerdekaan Indonesia.

Mula-mula ia belajar agama dari ayahnya, Buya Nudin. Kemudian dari beberapa orang ulama lainya, seperti Tuanku Nan Renceh. Imam Bonjol adalah pengasas negeri Bonjol. Pertentangan kaum Adat dengan kaum Paderi atau kaum agama turut melibatkan Tuanku Imam Bonjol. Kaum paderi berusaha membersihkan ajaran agama islam yang telah banyak diselewengkan agar dikembalikan kepada ajaran agama Islam yang murni. Golongan adat yang merasa terancam kedudukanya, mendapat bantuan dari Belanda.

Namun gerakan pasukan Imam Bonjol yang cukup tangguh sangat membahayakan kedudukan Belanda. Oleh sebab itu Belanda terpaksa mengadakan perjanjian damai dengan Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1824. Perjanjian itu disebut 'Perjanjian Masang'. Tetapi perjanjian itu dilanggar sendiri oleh Belanda dengan menyerang Negeri Pandai Sikat. Pertempuran-pertempuran berikutnya tidak banyak bererti, kerana Belanda terpaksa mengumpul kekuatanya terhadap Perang Diponogoro.

Tetapi setelah Perang Diponogoro selesai, maka Belanda mengerahkan pasukan secara besar-besaran untuk menaklukan seluruh Sumatra Barat. Imam Bonjol dan pasukanya tidak mahu menyerah dan dengan gigih membendung kekuatan musuh. Namun kekuatan Belanda sangat besar, sehingga satu demi satu daerah Imam Bonjol dapat direbut Belanda. Tetapi tiga bulan kemudian daerah Bonjol dapat direbut kembali oleh Imam. Ini terjadi pada tahun 1832.

Maka Belanda kembali mengerahkan seluruh kekuatan pasukannya yang besar. Tidak ketinggalan Gabernor Jeneral Van den Bosch ikut memimpin serangan ke atas Bonjol, tetapi gagal juga. Ia mengajak Imam Bonjol berdamai dengan maklumat "Palakat Panjang", walaupun menambah kecurigaan Tuanku Imam. Imam Bonjol tidak mahu berdamai, meski kedudukan beliau bertambah sulit. Tiga kali Belanda mengganti panglima perangnya untuk merebut Bonjol, sebuah negeri kecil dengan benteng dari tanah liat.

Setelah tiga tahun dikepung, barulah Bonjol dapat dikuasai, iaitu pada 16 Ogos 1837. Beliau kemudian diasingkan di beberapa tempat, akhirnya dibawa ke Minahasa sehingga meninggal dunia.

Sumber kekuatannya adalah Islam agama yang dianutinya, membawa konsep pembebasan sehingga beliau diakui sebagai Pahlawan Nasional Indonesia. Sebuah bangunan berciri khas Sumatera melindungi makam Imam Bonjol. Sebuah relief menggambarkan Imam Bonjol dalam perang Padri menghiasi salah satu dinding di maqam itu, di samping bangunan ini adalah rumah asli tempat Imam Bonjol tinggal selama pengasingannya.

Makam Tuanku Imam Bonjol dibuat berbentuk rumah adat Minangkabau dengan batu nisan marmar serta sketsa tiga dimensi di salah satu dinding yang menggambarkan kegigihannya berjuang melawan penjajahan. Di sekitar 50m belakang rumah gadang tadi terdapat sungai kecil, tempat bersuci Tuanku Imam Bonjol setiap kali beliau akan menunaikan ibadah sholat sebagai pemeluk Islam sejati. Di bawah naungan pepohonan bambu dan berbagai pepohonan hijau, sungai terlihat apik dan gemericik alirannya menghadirkan ketenangan bagi sesiapa yang mendengar.

Cuma yang saya tidak senang ada ciri-ciri khurafat dalam mengingati sejarah perjuangannya. Apalagi bila melihat patung rupa beliau dibina, seperti berhala-berhala di keliling Kaabah yang dirobohkan semasa berlaku pembebasan Mekah di bawah pimpinan Muhammad SAW. Teringat saya puluhan tahun lalu semasa melawat daerah beliau di kawasan Bukit Tinggi di Sumatra, Kampung Imam Bonjol, juga terdapat patung beliau didirikan pemerintah. Ingin berbuat kebajikan tetapi dengan cara yang menyalahi syarak.

Ingin mewangikan sesuatu, tetapi guna minyak yang dikatakan wangi tetapi sebenarnya berbau busuk. Ingin menunjukkan 'contoh konkret kerukunan umat beragama' tetapi sebenarnya melakukan perbuatan sesat yang boleh merosakkan agama. Niat baik tetapi menggunakan teori usang Barat 'menghalalkan cara'! Begitu juga dengan satu lagi Pahlawan Nasional Indonesia, Pangeran Diponegoro, yang juga pernah diasingkan ke Manado-Makassar oleh pemerintah (penjajah) Belanda pada 1830, dan meninggal dunia di sana. Apakah Manado-Makassar menjadi medan syahid pejuang-pejuang Islam??

Sekian kali ini, bersambung... insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Pergunungan Minahasa, Sulawesi.

Mei 17, 2009.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails