Saturday, June 27, 2009

Maaf PAS Tanjung Karang..

Pulau Dua (Victoria Island) pulau paling selatan..

SAYA Ibnu Hasyim memohon maaf kepada PAS Kawasan Tanjung Karang Selangaor, kerana ada kemungkinan besar tidak dapat hadir berceramah seperti yang dirancang oleh pihak tuan (Drs Rashidi Deraman YDP PAS Kawasan Tanjung Karang). Iaitu ceramah bersama, saya (DR HJ MOHD HASYIM) dengan YB IR NIZAR JAMALUDIN pada 1 Julai 2009 ini, di KomPAS Selangor.

Hal ini disebabkan saya sekarang masih berada di Pulau Dua (Voctoria Island) Myanmar, terkandas sementara oleh suatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya sengaja beritahu lebih awal walaupun ada masa beberapa hari lagi, yang saya rasa tidak sempat. Jika sempat, saya akan hadir juga, insya Allah. Haraf maaf terutama kepada ahli-ahli dan penyokong PAS yang akan hadir..

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang Maha Perancang.

Untuk selanjutnya anda boleh lihat 'Catatan Perjalanan di Myanmar', yang akan saya persembahkan seterusnya.

Ibnu Hasyim
Pulau Dua Selatan Myanmar
Jun 27, 9.45 malam waktu Myanmar.

Michael Jackson, Mengapa Tiada Kisah Beliau Masuk Islam?

Ribuan peminat tangisi pemergian 'Raja Pop' Michael Jackson

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa tiada berita mengenai kisah beliau masuk Islam?


Friday, June 26, 2009

Shah Rukh Khan: Ulamak atau Media Yang Membela?


HALAMAN HIBURAN

Terlampau tergila-gila sampai dikurniakan Dato darikerajaan Negeri Melaka

Berita mStar Online, Jumaat Jun 26, 2009:
Ulamak bangkit membela Shah Rukh atas salah lapor isu Nabi

DATO Shah Rukh Khan yang selalu dihambat kontroversi sekali lagi terheret ke lembah yang sama apabila kata-katanya tentang Nabi Muhammad SAW telah disalah tafsir dan dicetak sedemikian rupa oleh sebuah majalah “Time’n Style Luxury.” Menurut aktor berlesung pipit itu, dia telah disalah petik oleh wartawan yang menemuramahnya.

Masalah salahfaham tentang isu 'menghina' Nabi itu menjadi begitu serius hingga sebuah laporan polis dibuat di Stesen Polis Bandra oleh beberapa pihak yang tidak puas hati. Pihak Mumbai Aman Committe juga telah membuat laporan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan dalam majalah itu.

Pejuang-pejuang Islam dan fundamentalis agama di bandar Mumbai juga tidak dapat memaafkan 'kesilapan' Shah Rukh kali ini dan bangkit memprotes apa yang dihamburkan oleh Shah Rukh dalam majalah tersebut.

Desakan demi desakan supaya dikenakan tindakan ke atas bintang terlaris Bollywood ini semakin memuncak hinggakan mengheret tokoh-tokoh agama, ulamak serta mufti-mufti yang warak tentang hukum agama untuk mengeluarkan fatwa mereka.

Antara tokoh agama yang terpaksa memberi kenyataan ialah Maulana Shahbuddin dari Markazi Darul Ifta, Ashraf Usmani dari Darul-Uloom Deoband dan Mufti terkenal bernama Maulana Yaseen Misbahi. Mereka terus-terusan didesak untuk keluarkan fatwa terhadap apa yang dinyatakan oleh Shah Rukh Khan itu.

Mujurlah, kesemua tokoh agama itu mempertahankan Shah Rukh dan membuat kenyataan balas bahawa "apa yang tercetak dalam majalah itu hanyalah satu salah faham. Kita tidak perlu keluarkan fatwa atas satu kenyatan media yang salah. Jadi soal keluarkan fatwa tidak timbul sama sekali."

Bagi menamatkan kontroversi yang sedang meruncing dari berlanjutan, Shah Rukh telah meminta sidang redaksi majalah itu membuat klarifikasi dengan segera untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pihak majalah telah cepat-cepat mengeluarkan satu kenyataan bagi meredakan suasana panas dari terus bergolak akibat dari salah lapor majalah itu.

Perenggan dalam artikel itu sepatutnya berbunyi begini dan bukan seperti yang tercetak...." kata kenyataan majalah itu.

“Siapakah yang anda anggap tokoh paling impresif dalam sejarah?

"Ramai sekali, tapi ada di antara mereka agak negatif imej mereka seperti Hitler, Napoleon dan Winston Churchill dan mereka ini adalah tokoh sejarah. Kemudian ada Nabi Muhammad dan yang terkini Nelson Mandela. Ada juga yang 'agak baik' seperti Gandhiji dan Mother Teresa.’”

Orang yang paling risau sekali di tengah kehangatan kontroversi ini ialah pengarah Karan Johar. Ini adalah kerana dia sedang sibuk menghabiskan filem yang ada unsur Islam iaitu 'My Name is Khan' yang turut dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Kontroversi ini menyebabkan Karan terpaksa membuat kajian semula tentang subjek Islam yang cuba diterokanya.

Inilah pertama kali Karan cuba lari dari subjek kebiasaannya tema cinta dan mencuba sesuatu yang lebih serius seperti subjek Islam. Walaupun Karan cuba meyakinkan semua orang yang 'My name Is Khan' adalah berkisarkan tentang tema kemanusiaan sejagat dan tidak ada kena mengena dengan isu politik, kini dia juga agak was-was samada pilihannya itu selamat atau tidak.

Kini apa yang memening dan menggusarkan Karan ialah bagaimana dia akan berhadapan dengan fundamentalis Islam seandainya mereka merasakan filemnya 'My Name Is Khan' itu tidak kena dengan selera mereka dan bersifat sensitif sedangkan pelaburan mengeluarkan filem ini sudahpun menelan berjuta ringgit kerana penggambaran filem ini banyak dilakukan di luar negara India seperti di Amerika.

Lihat ..Shah Rukh Khan Hina Nabi? Jun 23 2009. Apa sebenarnya? Apakah ulama atau cuma media yang membela? (AK)

Thursday, June 25, 2009

Rosmah Mansur Jawab Tuduhan..


Rosmah Perempuan Puaka? Klik..
Kemaskini: Rosmah Puaka? (1, 2 & 3... 4 & 5).

Weblog: Pandangan Kepada PR..


Sila lihat berita ini..

PAS mesti rebut peluang 12 juta pengguna internet

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS mesti merebut peluang yang terdedah dengan sejumlah 12 juta rakyat negara ini mengakses internet sekali gus mendekatikan parti itu dengan hubungan yang lebih luas, pantas dan berpengaruh.

Mantan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang kini Naib Presiden PAS berkata, pendekatan dan pencambahan teknologi maklumat dalam era globalisasi, kini memberi peluang kepada PAS untuk berada di sisi segenap lapisan masyarakat dalam negara ini.

Katanya, fenomena-fenomena seperi Facebook dan blog seharusnya dimanfaatkan oleh PAS bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan dan pengajian tetapi dalam konteks lebih luas termasuklah panyaluran maklumat dalam bidang politik.

Dalam satu majlis ringkas penyerahan tugas, Mahfuz turut menyerahkan beberapa dokumen dan cakera padat yang mengandungi maklumat Lujnah Penerangan kepada pengerusi yang baru iaitu Ustaz Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 22 Jun lalu.

Mahfuz juga mengharapkan Lujnah Penerangan dapat mewujudkan kumpulan pembaca dan penulis media utama sebagai usaha membentuk pemikiran dan fikrah rakyat terhadap persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga yakin di bawah kepimpinan penggantinya, Idris Ahmad akan membentuk kumpulan penonton dan pemanggil khususnya dalam siri program realiti yang bersifat wacana intelektual.

"Kita memanfaatkan pendekatan ini supaya ada kumpulan penonton dan pemanggilan terus membuat panggilan terhadap rancangan yang disiarkan siaran langsung yang banyak membincangkan isu-isu semasa.

"PAS harus mengambil kesempatan ini dalam pelbagai bentuk strategi untuk menyampaikan pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu," katanya.

Bahkan Mahfuz juga percaya dengan pendekatan ini PAS mampu menguasai pemikiran masyarakat walaupun tidak boleh memonopoli media.

"Kalaupun kita tidak boleh menguasai media arus perdana ini tetapi kita boleh menguasai pendekatan kumpulan pembaca," katanya yang mengharapkan pendekatan ini akan memberi lonjakan lebih besar untuk PAS mencipta kemenangan dalam PRU-13.

Dalam pada itu, Idris optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat benar yang disampaikan kepada mereka.

"Inilah tanggungjawab besar Lujnah Penerangan untuk memberi pemahaman kepada rakyat," katanya.

Idris tidak menafikan masyarakat luar bandar lebih mempercayai medium penyiaran yang dianggap paling berkesan mempengaruhi mereka, bagaimanapun PAS akan memastikan maklumat akan sampai ke akar umbi.

Bagaimanapun, katanya dengan wujudnya akhbar alternatif dan blog-blog di dalam internet sekali gus, maklumat itu disampaikan kepada ahli keluarga yang berada di luar bandar.

"Kita akan bekalkan maklumat ini kepada jentera penerangan di peringkat kawasan kita bekalkan isu peringkat nasional serta pendirian parti serta dasar," katanya. - mns_

Lihat juga berita dibawah ini, terutama bagi pimpinan-pimpinan PAS dan PR..

1..Blogger Sokong PR Bagai Melukut Di Tepi Gantang.. Jun 9 2009/

2..Weblog Bantu Kebangkitan Rakyat & Agama, Bagaimana? Mac 25 2008

(2MA)

UMNO Sesat? -Nik Aziz



Lihat berita ini!!

Khamis Jun 25, 2009 Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Melihat kepada perlembagaan UMNO yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan partinya, maka jelas ia tersesat dari jalan yang lurus menurut Al-Qur'an. Lihat pengakuan dan ikrar kita dengan Tuhan tiap hari dalam sembahyang, seperti yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah, 'Jalan Yang Lurus' bukan 'jalan yang sesat'.

Bagaimana pula dengan kerjasama PAS dengan parti gabungan? Boleh, kerana parti-parti itu merestui perjuangan PAS atau parti Islam untuk menegakkan negara Islam. UMNO setakat ini menentang PAS untuk menegakkan negara Islam, dan amat takut kepada perundangan Islam, contohnya dalam menolak hudud, amalan asobiah kebangsaan menjadi dasar parti, rasuah, pilih kasih, membazirkan wang rakyat atau lain-lainnya.

Apakah UMNO sepatutnya disuruh bertaubat dan pengundi-pengundi Manek Urai wajib mengundi PAS? (2MA)

K/Perlancungan Jawab Le! Selewang Wang Rakyat?

Gambar: jean todt, michelle yeoh, ..

KEMENTERIAN Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000. Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau. Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin. Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini. Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin. “Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin. “Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin. Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar. “Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerajaan BN, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi?? Seleweng wang rakyat? Jawab le.. (AK)

Purdah: Ulama India Lwn Presiden Peranciis, Mana Malaysia?

JENDELA GLOBAL

SELASA Jun 23 2009. KAUM Muslimin di India membantah keras atas kenyataan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy yang menyatakan penggunaan jilbab adalah pilihan individual dalam Islam dan bukan merupakan tanda dari sikap seorang perempuan Islam.

"..yang pertama-tama perlu difahami bahawa tidak satupun yang memaksa penggunaan burqa (disebut juga cadar atau jilbab, yang penting pakaian menutup aurat) di salah satu negara seperti di Perancis. Wanita disana dan dimana saja menggunakan pakaian sesuai dengan pilihan mereka dan pilihan sesiapa pada pakaian yang mereka pakai perlu dihormati," kata Maulana Abdul Khaliq Madrasi salah seorang wakil ketua di Darul Ulum, sebuah pusat pengajian Islam di kota Deoband sebelah barat Uttar Pradesh, India.

Madrasi mengatakan, memaksa larangan burqa hanya akan mencabut kebebasan seseorang atas apa yang perlu atau tidak, yang dia pakai. Sedangkan Sarkozy dalam ceramahnya didepan ahli dewan Isnin lalu mengatakan burqa (pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk wajah yang dikenakan oleh beberapa Muslimah) tidak sesuai dengan nilai-nilai yang ada di Perancis dan bukan merupakan tanda ketaatan dalam beragama. Sarkozy juga mengatakan dia akan mengkaji samada Muslimah yang menggunakan burqa di Perancis, menolak nilai-nilai sekularisme Perancis dan hak-hak wanita.

Amir Ali, asisten profesor di jurusan ilmu politik universiti Jawaharlal Nehru (JNU) mengatakan, kenyataan yang dilontarkan oleh Sarkozy di negara seperti Perancis itu hanya akan menimbulkan kontraversi dan wanita yang menggunakan burqa akan bertindak melawan terhadap pernyataanu.

Zoya Hasan profesor ilmu politik lain di JNU mengatakan meskipun secara histori burqa merupakan tanda ketaatan seorang Muslimah tetapi dalam masyarakat sekarang setiap orang perlu memiliki pilihan untuk mengamalkan ajaran agama dan budayanya, termasuk pola dalam berpakaian.

Seorang ulama senior di Delhi, Mufti Muqarram Ahmad mengatakan, "Memakai burqa adalah soal pilihan individual dan gagasan untuk melarang penggunaan pakaian seperti itu adalah tindakan yang salah, Sarkozy dan banyak masyarakat barat telah terpengaruh dengan pemahaman yang mereka lihat dari kekuasaan Taliban di Afghanistan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa suara-suara pembelaan soal pakaian Muslimah kini sudah berkurangan di kalangan badan-badan pencinta Islam di Malaysia berbanding di tahun-tahun awal 1980an dulu? Apakah kerana strategi atau sudah memadai?

(Sumber Era Muslim dan berbagai sumber)

Wednesday, June 24, 2009

Balakirsnan Mimpi Jumpa Nabi.

PENGERUSI Kelab Penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Naib Presiden PAS yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW. Demikan diberitakan oleh blog Lajnah Penerangan DU PAS Pahang baru-baru ini.

Ustaz Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang menjumpainya itu adalah Nabi Muhammad SAW? Individu dilihat didalam mimpinya itu memakai serban, berjubah dan mengakui dia adalah Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama Muslim kepadanya. Mengenai mimpi jumpa Nabi ini, Tuan Ibrahim membacakan dalam ceramahnya sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

"Berdasarkan pengalaman ramai non Muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam." komen editor blog tersebut. "Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Inilah suatu fenomena menarik dalam arena politik Islam di negara ini.(2MA)

Ustaz Ahmad Karim As-syahid Al-Kubra Di Patani.

JENDELA GLOBAL
Al-Fatihah untuk As-syahid..
Assyahid bersama anak-anak

PATANIKINI sebuah blog dan seluruh pencinta-pencinta keamanan di bumi Patani telah menghadiahkan gelaran penghormatan 'As-Syahid Al-Kubra' kepada Allahyarham Ustaz Ahmad Karim melalui hadiah bacaan Al-Fatihah, seperti yang dilaporkan dalam blog tersebut. Allahyarham semasa hidupnya adalah imam Msjid Kampung Keranji ,daerah Teluban, Patani, telah syahid pada Jumaat 3 Safar 1430 bersamaan 30 Januari 2009.


Menurut blog itu, beliau adalah simbol seorang rakyat Pattani yang tidak pernah mahu tunduk kapada segala bentuk kezaliman yang di lakukan oleh penjajah Thai. Beliau, seorang warga Patani yang benar-benar insaf akan nasib umat Islam Patani dan sentiasa berdakwah memberi kesedaran kapada rakyat Patani yang setiap masa ditindas. Beliau di tangkap, di penjara, dihadapkan ka Mahkamah dan setelah beliau berjaya membuktikan tidak bersalah, beliau terpaksa dibebaskan oleh pemerintah.


Namun menurut blog itu lagi, "..penjajah (pemerintah Thai) telah mengugutnya secara psikologi dengan meletakkan beberapa kenderaan tentera berhampiran rumahnya dengan harapan beliau gentar dan terus meninggalkan kampung halaman. Ada juga pegawai Melayu yang berkhidmat dalam polis Thai menasihati beliau supaya undur. Tetapi beliau tetap istiqamah dengan pendiriannya. Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kenapa harus berundur." Sehingga "..hampir kesemua keluarga dan sahabat handai telah menasihati beliau agar berundur diri dari kampung nya, kerana mereka bimbang pihak penjajah akan menggunakan kan kekerasan".


Akhirnya, pada hari Jumaat , 3 Safar bersamaan 30 Januari baru lalu, beliau ditembak sebanyak empat das, 2 dikepala dan 2 didada, ketika sedang menaiki tangga masjid untuk azan Jumaat hari tersebut. Tembakan datang melalui cermin tingkap sebuah kenderaan tentera yang terus meluru ke dalam kem tentera Ketik Siam, berhampiran, setelah menembaknya. Tetapi dalam masa tidak sampai tiga jam selepas kejadian itu, jenazah tersebut diarak ke perkuburan oleh beratus-ratus pemuda yang datang dari seluruh pelusuk tanah air sambil bertakbir , Allahu Akbar!


Menurut Blog itu lagi, jenazah tersebut telah dikebumikan bersama pakaian yang masih berdarah dan tidak dimandikan sebagai seorang yang mati syahid, walaupun pihak berkuasa Thai telah memberi amaran keras untuk menghukum sesiapa yang tidak memandikan jenazah tersebut.

Biodata 'As-Syahid Al-Kubra' Ustaz Ahmad Karim.

Tarikh lahir : 24 januari 1963

Syahid : 30 januari 2009.

Nama : Abdul Karim bin Hj. Muda baka Yusof.

Nama Bapa : Hj Muda Yusof

Nama Ibu : Maimunah.

Isteri Safiah

Adik beradik 3 lelaki 4 perempuan. Anak keempat.

Anak-anak:

Zulkarnain 13 tahun

Adnin 11 tahun

Furqan 9 tahun

Hamlah

Pelajaran :

1..Sekolah Rendah Tasban, Kg Keranji

2..Sekolah Menengah Chen Pachakan Teluban.

3..Sekolah Agama Vittaya Darul Salam.

4..Maktab Perguruan Senggora.

5..Sekolah Guru Pelajaran Fisikal

6..International Islamic University Islamabad : Diploma Dakwah

Pekerjaan: Berniaga.& Menjadi Imam Masjid Attaqwa Keranji yang dibinanya sendiri..

Ditangkap pada : 9 october 2007 & dibebas : 30 october 2008.


(Sumber http://patanikini.wordpress.com/2009/02/16/tabik-untuk-assyahid-kubra-awang-karim/)

Tuesday, June 23, 2009

Shah Rukh Khan Hina Nabi?

HALAMAN HIBURAN:

http://eramuslim.com/berita/dunia/shahrukh-khan-menghina-nabi-muhammad.htm

Shah Rukh Khan Menghina Nabi Muhammad?

Selasa, 23/06/2009
Shahrukh Khan
Shahrukh Khan
Sebuah pesantren Islam di India telah mengeluarkan fatwa penentangan terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khan yang diduga telah membuat komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Bahkan atas komentarnya itu para pemuka agama Islam menolak untuk menerima klarifikasi dari sang bintang Bollywood tersebut.

Sebelumnya Sharukh Khan yang banyak digilai para wanita ini dalam sebuah wawancara disebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak mengesankan sepanjang sejarah, sejajar dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill. Namun dirinya menolak tulisan yang ada di majalah tersebut dan mengatakan bahwa wartawan majalah yang mewawancarai dirinya telah 'salah kutip'.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shakhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu dia harus mempertanggung jawabkannya dengan dibunuh," Pernikahannya tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal alias Kafir serta dia tidak boleh dikubur dipemakaman kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertobat dan meminta maaf untuk kembali kedalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komentar yang ada di majalah yang memuat wawancaranya itu dengan beralasan majalah tersebut salah kutip.

Pekan lalu, sebuah kasus kriminal telah didaftarkan di Mumbai untuk melawan Shahrukh Khan dan majalah yang mempublikasikan wawancaranya dibawah UU penghinaan terhadap agama dan pelanggaran terhadap kepentingan umum dari UU hukum pidana India.

Namun fatwa terhadap Shahrukh Khan yang dikeluarkan oleh ulama dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam tersebut ditentang oleh ulama lain. Juru bicara lembaga Darul Ulum Deoband Ashraf Usmani mengatakan bahwa "mereka tidak mempunyai rencana untuk mengeluarkan fatwa seperti itu. Fatwa yang dikeluarkan terhadap Shahrukh Khan tidak signifikan."

Ulama lain yang bernama Maulana Yasin Misbahi mengatakan bahwa," Fatwa tidak boleh dikeluarkan hanya berdasarkan laporan dari media."

Sedangkan juru bicara Jamiat Ulama India - Maulana Abdul Hamid Noamani Echoed mengatakan,"Ketika Khan mengatakan bahwa dirinya tidak pernah berkata seperti itu, maka fatwa apa yang harus dikeluarkan untuk dirinya?"

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristri seorang musyrik Hindu, dia terkenal di Indonesia setelah filmnya yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai menjadi box office di bioskop-bioskop Indonesia.(fq/thehindu)

K/Perpaduan: Luka Nampak Sembuh Tapi..

CATATAN SANTAI

SEBENTAR tadi, saya ditemukan dengan seorang sahabat lama PAS yang sama-sama berada di majlis ukhuwah pemimpin-pemimpin PAS petang dan malam semalam berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.

"Okey. Semuanya beres, yang seolah-olah luka itu sudah nampak sembuh sekarang??" Saya tanya.

"Ya! Luka luar sudah nampak sembuh, tapi yang bengkak masih belum surut, seolah-olah ada duri yang masih belum boleh dicabut!" Jawabnya. "Memang duri-duri kecil sudah dicabut, tetapi bengkak tak nampak surut lagi, mungkin masih ada bapak duri mencengkam di dalamnya.."

"Ah.. berkias-kias pula.." Saya nak terus terang. "Apa duri-duri itu?"

"Terus terang aku kata.. Sebelum dijalankan undi dalam muktamar 55 lepas, melihat kepada perlantikan pengira undi, dari segi jumlah, masa dan ketidak telusan pemerhati, pemerahati tidak dibenarkan masuk dan segala macam, kami sudah tahu idola kami akan kalah. Tapi bukan kerana kalah kurang dari undi perwakilan.. kalah kerana SPR muktamar!!"

Kami yang dengar, terkejut.

"Dalam pertandingan Timbalan Presiden, undi penentang penyandang, keputusannya tiba-tiba terpecah dua. AJK yang menangpun tidak imbang, ditinjau dengan selidik perwakilan. Bila perlantikan AJK pula, orang yang sudah tidak dilantik muktamar beberapa penggal, tiba-tiba dipilih memegang jawatan penting! Seolah-olah dia yang menentukan dasar, apalagi bila dilihat rekod-rekod lalunya berhubung Kerajaan Campuran/Perpaduan dalam ertikata hubungan PAS/UMNO saja...."

Mata yang mendengar kritiknya mulai terbeliak.

Seorang dari kawan kami mencelah, "Aku terima SMS sebelum ini dari penyokong PAS yang bukan Islam, katanya, Lu sokong Tok Guru mana? Tok Guru sokong UG (Kerajaan Perpaduan) ke, tok Guru lawan UG? Kalau jadi UG UMNO-PAS, kami mahu pergi mana?, katanya. Aku tak boleh jawab apa-apa.. Nasib baik ada kumpulan 10 Ahli Parlimen yang mula cetuskan anti K/Perpaduan, bertolak dari situlah berlaku seperti sekarang."

Sahabat lama PAS itu menyambung lagi, "Mengapa tiada ketelusan dalam menjelaskan mengenai biaya pengurusan muktamar yang dilaporkan dibiayai syarikat UMNO?? Benarkah?" Katanya menikam, walaupun nampak tenang. "Aku bimbang.. bengkak dari kesan luka itu lambat laun akan bernanah, dan merosakkan tubuh PAS. Na'auzubillah.."


Tanpa disedari, air sudah tergenang di kelopak matanya. Dengan sebak katanya,"Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT selamatkan jamaah dan perjuangan kita...."

Dia membacakan doa, dan kami aminkan beramai-ramai...

Catatan Santai Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
UK Perdana.
Jun 23, 2009.

Berkatalah Nalapambu.. Hanya PAS Saja.

CATATAN SANTAI

SESAORANG melayari blog saya.. Saya lihat blognya bernama 'Nalapambu' . Dia adalah... begini ceritanya..

"Di kampung tempat aku tinggal hampir 70% penduduk nya Melayu, 20% Cina dan 8% India, lain2 2%. Aku berkawan dan bergaul rapat dengan semua kaum ini kerana kerja ku sebagai guru sekolah rendah. Aku dapati kaum Melayu ini tidak menunjukan apa2 perbezaan pergaulan harian mereka antara PAS dan UMNO.

Mereka berbaik berkawan mesra.
Bila PRU di adakan baru lah kita tahu siapa PAS dan siapa UMNO. Ini berlaku semasa kempen dan gantung poster. Perbezaan yang sangat ketara ialah orang PAS lebih meminati Islam dari orang UMNO. Jika seseorang Melayu itu kuat tentang ilmu Islam ianya mesti menyokong PAS. Orang yang kuat Islam yang menyokong UMNO cuma ada kepentingan diri sahaja.(cari makan)"

Katanya lagi dalam tulisan yang lain di bawah judul 'Selamat Tinggal BN.'

"Selama lebih 50 tahun UMNO berkuasa memerintah dengan pertolongan kaum Cina dan India. Kini sudah sampai masanya UMNO terpaksa di tolak kerana sikap pemimpn2 UMNO yang tamak gila kuasa dan terlalu rasuah. Sekarang kami mahukan perubahan. Hanya PAS sahaja yang lebih nampak bersih dan jujur memerintah. Kami akan terus memberi sokongan yang padu terhadap PAS."

Pada saya, inilah contoh generasi baru Malaysia, yang akan mengubah politik Malaysia masakini ke arah kebaikan dan perubahan pembangunan sejati. Anda sendiri boleh melihat, banyak pandangan-pandangan menarik darinya. Sila lawati blognya http://nalapambu-09.blogspot.com. Terimakasih kepadanya dan selamat berkenalan.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL.
Jun 23, 2009.

K/Perpaduan: Tamat & Tutup Buku.





Lihat juga tulisan sebelum ini...

Monday, June 22, 2009

Pertemuan Nik Aziz, Hadi, Nasharuddin Dll... Damai?


KL. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepimpinan tertinggi parti itu - membabitkan lapan pihak - bertemu di sini petang ini bagi menyelesaikan "kemelut" yang tercetus ekoran lontaran idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN.

Pertemuan bersifat "ukhuwah" itu akan berlangsung pada pukul 5 petang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

"Ia perbincangan berbentuk ukhuwah atau persaudaran libatkan Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin tertinggi parti," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi.

Nik Aziz sebelum melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Minggu lalu, Nik Aziz meminta Nasharudin yang dilabelkan sebagai "terlalu liberal" ke arah Umno keluar PAS dan menyertai Umno.

Adalah difahamkan pertemuan hari ini membabitkan Nik Aziz, Hadi, Nasharudin dan salah seorang Naib Presiden, Salahuddin Ayub. Turut akan ambil bahagian ialah Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat serta dua ahli Majlis Syura termasuk Ahmad Awang yang juga bekas Naib Presiden PAS.

Manohara: Huru-hara Dengan 30 Isu Lagi..

JENDELA GLOBAL



Dari isu Manohara dengan anak Sultan Kelantan mulanya, media Indonesia meneruskan paparan isu ambalat atau sempadan negara, rentetan dari kapal Malaysia yang masuk ke kawasan Indonesia baru-baru ini dan isu itu terus bertalu-talu bertiup kencang tanpa henti hingga ke permasalahan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.

Kini huru-hara Manohara hidup lagi, tetapi kali ini
'Beredar 30 Fakta Sinis Seputar Manohara', mungkin akan menggerhanakannya pula? Lihat blog ini http://www.filmpendek.com/beredar-30-fakta-sinis-seputar-manohara/3186

Adakah memberi kesan kepada politik Malaysia? (AK)

K/perpaduan: Ini Keputusan Sidang PR Sebentar Tadi..

: SIDANG Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia telah bersidang dan mengambil pendirian mengenai Kerajaan Perpaduan seperti berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

Tak Layak Baca Buku Ini.. Patut Diharamkan Di Malaysia?

ULASAN BUKU
Buku edisi Indonesia

C. Holland Taylor (berdiri tengah) mendampingi Gus Dur (duduk) di Israel

KONTROLVERSI muncul lagi di Indonesia. Kini dalam buku, berjudul 'Ilusi Negara Islam: Ekspansi Gerakan Islam Transnasional di Indonesia, ', dalam edisi Inggeris 'The Illusion of an Islamic State'... Buku ini dikatakan hasil dari penelitian LibForAllFoundation, sebuah LSM didirikan oleh C. Holland Taylor bersama Abdurrahman Wahid. Zahirnya nampak macam sebuah pemikiran ilmiah, based on research, akademis dan mengungkap kebenaran yang tersembunyi. Tetapi sebenarnya tidak, kalau bagi yang faham metodologi kajian, terutama kajian sosial.

Seorang jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Muhammad Ismail Yusanto mengulas buku ini.. "konon merupakan hasil penelitian selama dua tahun, namun semuanya itu tidak bisa menutupi fakta," katanya. Beliau menanggapi dari sudut Hizbut Tahrir. Begini ulasannya..

Dari Aspek Metodologi:
Seorang C. Holland Taylor (kiri) dalam sarang LibForAll?

Pertama, dari sisi referensi: Buku ini sama sekali tidak menggunakan referensi utama (primer), yaitu buku-buku resmi Hizbut Tahrir. Satu-satunya referensi resmi yang digunakan adalah booklet Selamatkan Indonesia dengan Syariah, itu pun tampaknya hanya dicomot judulnya. Selebihnya, pandangan dan sikap penyusun buku tersebut tentang Hizbut Tahrir didasarkan pada kesimpulan-kesimpulan yang dibangun oleh Zeno Baran dalam bukunya, Hizb ut-Tahrir: Islam’s Political Insurgency (Washington: Nixon Center, 2004) dan Ed. Husain dalam bukunya, The Islamist (London: Penguin Books, 2007).

Mereka tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, bahwa baik Zeno Baran yang berdarah Yahudi maupun Ed. Husain adalah sama-sama bukan orang yang ahli tentang Hizbut Tahrir. Ed. Husain yang diklaim sebagai salah seorang pimpinan Hizbut Tahrir terbukti bohong, yang memang sengaja dibangun untuk menunjukkan kredebilitas karyanya, yang sesungguhnya tidak kredibel. Dari sini saja, sebenarnya cukup untuk membuktikan, bahwa buku Ilusi Negara Islam ini sebenarnya tidak ilmiah dan jauh dari obyektivitas.

Karena itu, kesimpulan-kesimpulan yang dibangun di dalamnya tidak lebih dari ilusi penyusunnya. Bahkan, buku ini juga sangat narsis, karena kebencian dan provokasi yang ditaburkan di dalamnya mulai dari awal hingga akhir. Tampak jelas, bahwa buku ini disusun dengan target, bukan sekedar untuk mengemukakan pandangan, tetapi untuk memobilisasi perlawanan.

Kedua, cara menarik konklusi : Konklusi di dalam buku ini banyak ditarik dengan menggunakan analogi generalisasi (qiyas syumuli), sehingga menganggap semua kelompok dan organisasi yang nyata-nyata berbeda, seperti DDII, MMI, PKS dan HTI sebagai sama. Ini adalah bukti, bahwa buku ini tidak obyektif. Lebih-lebih ketika, sejak pertama kali, penyusun buku ini sudah melakukan monsterisasi terhadap Wahabi, kemudian mengeneralisasi bahwa semua organisasi Islam yang tidak sepaham denganya dicap Wahabi. Ini jelas merupakan kesalahan berpikir yang sangat fatal, dan kalau tujuannya untuk mengungkap kebenaran, maka cara-cara seperti ini tidak akan pernah menemukan kebenaran apapun.

Ketiga: inkonsistensi cara berpikir: Buku ini menyerang cara berpikir literalisme tertutup, tetapi pada saat yang sama penyusun buku ini menggunakan teks hadits, dengan makna literal, dan sangat tertutup, karena tidak mau melihat nas-nas yang lain. Seperti, Umirtu an uqatila an-nas hatta yaqulu la’ilaha illa-Llah (Aku diperintahkan untuk memerangi manusia, hingga mereka menyatakan la’ilaha illa-Llah), yang kemudian ditafsirkan, bahwa ini tidak berarti boleh memerangi orang Kafir, karena tidak ada penegasan tentang keyakinan akan kerasulan Muhammad saw.

Dari Aspek Isi: Buku ini menawarkan...

Pertama, Islam yang toleran, tapi anehnya penyusunnya sendiri dengan sangat narsis tidak toleran dengan sesama Muslim, dengan terus-menerus menyerang mereka sebagai kaum literalis tertutup, dan stigma-stigma negatif lainnya. Di sisi lain, ketika mereka sendiri tidak bisa bersikap toleran terhadap kaum Muslim, mereka malah menyerukan toleransi terhadap kaum Kafir, dengan justifikasi bahwa mereka adalah Muslim juga. Malah, ayat dan hadits yang memerintahkan untuk memerangi mereka pun harus ditafsir ulang agar sejalan dengan maksud mereka. Jadi, nalar yang dibangun dalam buku ini jelas sekali, sangat tidak konsisten.

Kedua, perdamaian dan Islam yang damai, tapi penyusun buku ini justru menyulut bara api yang sudah padam, seperti sejarah kelam Khawarij dan Wahabi yang sudah dilupakan oleh kaum Muslim. Dalam kasus Wahabi, jelas sekali bahwa ini dimaksud untuk mengadudomba antara NU dan kelompok lain yang dicap Wahabi, karena generasi tua NU memiliki memori yang tidak baik terhadap Wahabi. Lalu, di mana wajah Islam damai yang mereka tawarkan?

Cara-cara yang mereka lakukan ini persis seperti yang dilakukan oleh Syasy bin Qaisy, penyair Yahudi, yang mengingatkan kembali permusuhan antara suku Aus dan Khazraj dalam Perang Bu’ats. Kalau betul mereka menginginkan perdamaian, mestinya bisa bersikap seperti ‘Umar bin ‘Abdul Aziz ketika ditanya tentang Perang Shiffin, dengan tegas beliau menyatakan, "Ini adalah darah yang telah dibersihkan oleh Allah dari tanganku, maka aku tidak ingin membasahi lidahku dengannya lagi."

Ketiga, ilusi, kebencian dan provokasi: Meski konon merupakan hasil penelitian, tetapi penyusun buku ini tidak bisa membedakan antara fakta dan ilusi. Sebagai karya ilmiah, seharusnya buku tersebut jauh dari kebencian, dan apalagi provokasi yang sangat narsis. Karena itu, isi buku ini akhirnya terjebak pada kepentingan sponsornya, dan sama sekali jauh dari obyektivitas ilmiah, lazimnya sebuah karya ilmiah.

Dari aspek penyusun dan penerbitnya:

Sebagaimana diakui oleh Abdurrahman Wahid, buku ini adalah hasil penelitian Lib-ForAll Foundation, sebuah LSM yang memperjuangkan terwujudkan kedamaian, kebebasan dan toleransi di seluruh dunia. Abdurrahman Wahid bersama C. Holland Taylor bertindak sebagai pendiri bersama, sementara bersama-sama KH A. Mustofa Bisri, Prof. Dr. Ahmad Syafii Maarif, Por. Dr. M. Amin Abdullah, Prof. Dr. Azyumardi Azra, Porf. Dr. Nasr Hamid Abu-Zayd, Syeikh Musa Admani, Prof. Dr. Abdul Munir Mulkhan, Dr. Sukardi Rinakit dan Romo Franz Magnis Suseno menjadi penasehat LSM tersebut.

Mereka selama ini dikenal sebagai tokoh Liberal. Bersama sejumlah peneliti lapangan, mereka menyusun buku Ilusi Negara Islam ini, yang kemudian diterbitkan bersama oleh the Wahid Institute, Maarif Institute dan Gerakan Bhineka Tunggal Ika. Lib-ForAll Foundation sendiri bermarkas di AS, dan didirikan pasca peristiwa 11/9, dengan tujuan untuk memerangi apa yang mereka sebut Radikalisme Agama. Tokoh-tokoh Lib-ForAll Foundation di Indonesia juga mempunyai hubungan baik dengan Israel, dan sangat membela kepentingan entitas Yahudi itu.

Sebaliknya, mereka selama ini dikenal bersikap sumir terhadap syariah, formalisasi syariah dan kelompok Islam yang memperjuangkan syariah. Adapun tuduhan terhadap Hizbut Tahrir sebagai kelompok yang membahayakan Indonesia, adalah sebuah kebohongan besar. Hizbut Tahrir dengan perjuangan syariah dan Khilafah justru bertujuan untuk menyelamatkan Indonesia dari keterpurukan akibat Sekularisme, Liberalisme, Kapitalisme dan penjajahan modern di segala bidang.

Sebaliknya, Liberalisme dan Sekularisme yang selama ini mereka propagandakan itulah yang telah nyata-nyata merusak dan menghancurkan Indonesia. Atas dasar Liberalisme pula, mereka mendukung aliran sesat (Ahmadiyah, Lia Eden, dll), legalisasi aborsi, menolak larangan pornografi dan pornoaksi, mendukung penjualan aset-aset strategis. Maka, merekalah yang sesungguhnya harus diwaspadai, karena mereka menghalangi upaya penyelamatan Indonesia dengan syariah, dengan tetap mempertahankan Sekularisme dan penjajahan asing di negeri ini. Wassalam.

Demikian dari Muhammad Ismail YusantoDari Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia Hp: 0811119796 Email: Ismaily@telkom.net www.hizbut-tahrir.or.id

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ini suatu maklumat yang kami panjangkan kepada pelayar-pelayar blog ini.. Kepada pihak berwajib dan bertanggung jawab, silalah buat kajian apakah wajar
dibiarkan berkembang ke negara ini. Wallahu 'aklam.

Tulisan ini ada kaitan..

Siapa? Nyalakan Api Di Peta Iran..

JENDELA GLOBAL

LIHAT gambar ini...

Gambar Barack Obama Presiden Amerika Syarikat (AS) sedang menyalakan api di peta Iran.. diangkat dari Majalah 'Schweizmagazin' berbahasa Jerman di bawah tajuk 'Iran: AS Pantau Rusuhan'. Membuktikan Rumah Putih terlibat terus dalam mencetuskan rusuhan di Teheran.

Makalah tersebut menyebutkan, 85 juta US dilaburkan oleh Rumah Putih AS bagi membiayai rusuhan di Teheran sejak dari pemerintahan Presiden Bush lagi, dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Ahmadinejad. AS juga mendirikan sejumlah setesyen radio berbahasa Persi seperti Radio Farda, dan lain-lain. Jadi tidak hairan jika kemenangan Ahmadinejad dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Iran kali ini disambut dengan cemohan dan hasutan dari Washinton DC.

Semasa PRU tersebut media massa Barat terutama BBC memberitakan situs jejaring Facebook dan Twiter di Negeri Mullah itu telah diblok oleh pemerintah Iran, padahal pernah satu hari selepas PRU situs jejaring itu boleh di akses di Iran. Makalah itu juga menyebutkan...

(Satu) AS mempunyai kepentingan besar di Iran. AS ingin menguasai minyak Iran dari dalam, seperti yang berlaku di Irak yang telah mereka kuasai. Kuasai minyak Iran memang penting bagi AS..

(Kedua) Tetapi lebih penting lagi menghentikan program reaktor nuklier Iran. Oleh itu jika pemerintahan Iran dipegang oleh Mousavi, maka setidaknya untuk empat tahun kedepan Iran akan menghentikan operasi reaktor nukliernya.

(Ketiga) Selain itu, sokongan Iran terhadap bangsa tertindas di Palestin juga akan lemah. Meskipun Mousavi tetap akan memihak Palestin namun, tawaran Obama untuk membagi dua negara Palestin dan Israel kemungkinan besar diterima oleh Mousavi.

(Keempat) Bukan itu sahaja, sokongan Iran terhadap Hizbullah Lebanon pun akan berbeda jika Mousavi terpilih menjadi presiden.

(Kelima) Disinilah kelicikan pemerintahan Obama, yang memehami betul politik Timur Tengah dan semuanya akan selesai jika Iran runtuh.. Dan projek untuk menjadikan pemerintah Saudi Arabia sebagai kiblat negara Muslimin akan terlaksana.

Begitulah kira-kira.. (Sumber http://www.schweizmagazin.ch dll /AK)

Sunday, June 21, 2009

M/Urai: Anwar Temui Nik Aziz Petang Ini..

Flag war: Barisan Nasional, Umno and PAS flags flying high along Jalan Manek Urai in Kuala Krai (2008)


KUALA KRAI, 21 Jun 2009 - Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini. Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang di DUN Manek Urai tersebut, tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.

Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid. Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini. Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.

PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai. Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh. Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam. Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar. Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal. (AK)

M/Urai: Undi Hari Kerja, Dera Rakyat Sokong Pembangkang?


SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) digesa supaya mengarahkan majikan-majikan membenarkan pekerja-pekerja mengambil cuti pada hari mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan diadakan pada 14 Julai nanti. Seruan ini disuarakan oleh Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah.

Keadaan ini berlaku, katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja. "Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya seperti yang diberitakan oleh Harakahdaily.net 20 Jun. SPR telah menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil tersebut pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. Pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei. Jelas beliau lagi.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi. Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa SPR memilih pengundian pada hari bekerja? Tidakkah ini menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi? Atau sengaja hendak mendera rakyat yang telah memilih parti pembangkang sebelumnya? Minta penjelasan dari SPR. (AK)

Sila lihat berita terdahulu..

1..Manik Urai: Terburai Terurai, T/Kasih MAFREL,..
2..Bagaimana Lawan UMNO? -Wan Abdul Rahim Kelantan
3..Manek Urai: Isu K/Perpaduan Dilawan Dengan Poster ...

M/Urai: K/Perpaduan Dilawan Dengan Poster MB Kelantan.


‘KERAJAAN Perpaduan’ telah dijadikan isu oleh pemimpin Umno dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, 'walaupun begitu, jentera PAS akan berjuang habis-habisan untuk menang..' Begitu kira-kira kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Haji Abdul Fatah Haron.

Sementara itu Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya DUN Manek Urai, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan 'poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.' Jelasnya hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

“Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi,” katanya. Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. “Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,” katanya ketika dihubungi. Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang telah digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

“Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masing-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham, ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.. Kita tidak menggesa jentera negeri (lain) untuk datang awal sampai akhir.. ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah.. memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung,” jelas beliau.

PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini iaitu pada hari bekerja dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan. Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut. DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS. (AK)

Sila lihat berita terdahulu..

1..Manik Urai: Terburai Terurai, T/Kasih MAFREL,..
2..Bagaimana Lawan UMNO? -Wan Abdul Rahim Kelantan




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails