Percuma! Periksa Kesihatan.. M/Urai

Pemeriksaan Kesihatan Percuma


Staf Klinik Komuniti yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada penduduk

Pemeriksaan Jantung


Pemeriksaan Mata, eh, macam Zorro pulok..



Cakno Keluarga Manek Urai Baru






Eh Wau Bule.. Manek Urai





Menaikkan Replika Wau Bulan di Pos PAS Blok Pangkal Kalong
Lajnah ICT DPPKKK

Xinjiang 7: Nasib Orang Islam Di Bawah Negara Bukan Islam.

JENDELA GLOBAL

Nasib keturunan Afghan di Xinjiang


Muslimah bertongkat ini terus memperjuangkan haknya.

IA bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.

Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan.

Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik.




Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China. Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini.

Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989 yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

"Lindungi Xinjiang!," jerit ribuan pegawai pencegah rusuhan dan polis bersenjata sewaktu mereka dikerah ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.

Setakat ini, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Cina Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Siasatan awal mengesahkan sebanyak 261 buah kenderaan telah dibakar melibatkan 190 buah bas, 10 buah teksi dan dua kereta peronda polis.



Turut musnah ialah 203 buah kedai dan 14 buah kediaman. Lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis.

Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.

Keganasan ini sebenarnya mungkin boleh dielakkan jika pihak berkuasa tidak bertindak keras terhadap peserta-peserta protes.

"Kemarahan ini sudah lama terpendam. Pada awalnya, ia hanya satu perhimpunan aman. Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!' Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang negara.

Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain. Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu.


BEBERAPA wanita Islam Uighur cuba menghalang kemaraan pasukan polis bersenjata.


Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah Xinjiang. Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah.

Namun, majoriti penduduk berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan 'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli, pertanian dan minyak di Xinjiang.

Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han.

Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama Islam.

Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah bebas, Turkestan Timur ditubuhkan.

Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an.


PROTES di Turki mendesak kerajaan China membebaskan etnik Uighur.Di Malaysia belum ada pun.


Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya.

Menyifatkan diri mangsa keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai kumpulan al-Qaeda versi China.

China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas oleh Washington.

Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.


Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949, Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. Sepanjang Revolusi Budaya, identiti umat Islam terus terdedah kepada serangan bertalu-talu daripada kerajaan China.

Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab.

Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam.

Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang.

Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.


WANITA-WANITA Uighur tidak terkecuali menghalang pihak polis dalam peristiwa ketegangan etnik di Xinjiang, China baru-baru ini.

China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu.

Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Contoh nasib orang Islam di bawah negara bukan Islam, nak amalkan agama sendiri pun dihalang, apalagi nak menegakkan kebenaran untuk bersama-sama orang lain? Begitu jugakah nasib orang Islam di bawah negara bukan Islam dipimpin oleh pemimpin yang mengaku beragama Islam tetapi menolak negara Islam? (2MA)

Lihat ini..

Tuntut Gantirugi Kerana Tarian Lucah.

JENDELA GLOBAL

Pekerja wanita dibuli tonton tarian lucah



LONDON - Sebuah tribunal pekerjaan akan memutuskan sama ada Rachel Kelly (gambar) layak diberikan ganti rugi selepas dia didakwa dibuli oleh pengurusnya supaya menonton tarian lucah bagi menghiburkan pelanggan perniagaannya di sebuah pusat hiburan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelly yang berumur 38 tahun memberitahu hakim tribunal itu bahawa dia dibuli oleh pengurusnya, Danny Whelan supaya menemani seorang pelanggan perniagaan pergi ke sebuah kelab tarian lucah.

Menurut wanita itu, Whelan memberitahunya bahawa pekerjaannya di sebuah agensi perunding memerlukan dia menghiburkan pelanggan di kelab tarian lucah sebagai cara untuk menyaingi pesaing perniagaan mereka.

Kelly berkata, seorang pelanggan pernah merabanya ketika dia menaiki teksi bersamanya selepas dia memberi amaran kepada pengurusnya supaya tidak meninggalkan mereka berdua dalam teksi.

Dia kemudian membuat aduan dan menyaman majikannya kerana dipaksa menonton tarian lucah bersama pelanggannya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di Malaysia ada tak macam tu? ..adakah mereka buat laporan bela diri atau tuntut gantirugi?

Xinjiang 6, Lepas Solat Jumaat, Ditangkap Semula.

JENDELA GLOBAL
Sabtu, 11/07/2009
POLIS China telah menangkap kembali etnik Uighur antara 5 sampai 6 orang, setelah selesai solat Jumaat semalam. Sebelumnya pemerintah komunis China telah memerintahkan masjid di kota Urumqi provinsi Xinjiang untuk di tutup.
Ratusan orang berkumpul di dekat masjid 'Putih' di awasi oleh polis anti huru hara dengan bersenjata lengkap serta kendaraan lapis baja, polis juga memnyekat jalan-jalan di sekitar masjid dan helikopter mengawasi dari udara. "Anda lihat ini, bagaimana mereka memperlakukan etnis muslim Uighur seperti binatang!" kata seorang perempuan.
Tetapi beberapa Muslim Uighur dapat melaksanakan solat Jumaat di beberapa masjid yang ada di kota Urumqi meskipun larangan solat Jumaat berlaku bagi seluruh masjid yang ada di kota Urumqi. Di Masjid 'Putih', salah satu masjid yang paling populer sebagai tempat ibadah yang cukup besar, sekitar 100 orang meminta kepada pegawai polis yang menjaga masjid untuk mengizinkan mereka masuk ke dalam untuk melaksanakan solat Jumaat. Imam masjid mengatakan kepada polis bahawa mereka akan persingkatkan pelaksanaan solat Jumaat itu.
Seorang polis dari etnik Uighur yang menjaga masjid tidak mahu menyebutkan namanya, mengatakan : "Kami memutuskan untuk membuka masjid dan mengizinkan mereka solat kerana telah banyak orang yang berkumpul di depan masjid. Kami tidak ingin terjadi sesuatu."

Larangan solat Jumaat di masjid oleh pihak komunis China dilakukan dengan alasan 'demi keamanan umum'. Beberapa blok jalanan dari masjid 'Putih' terdapat masjid Yang Hang, dimana pada pagi Jumaat sebuah poster ditampal di depan gerbang masjid bertulis, 'masjid ditutup sementara untuk solat'.

Namun pengumuman tersebut tidak diindahkan. Masjid lain sering dikunjungi oleh etnik Hui-etnis Muslim lain yang ada di China, membuka pintu masjid pada Jumaat kelmarin setelah kerumunan ratusan orang berteriak meminta masjid tersebut dibuka. Masjid-masjid lain di wilayah Xinjiang sebelumnya telah memberikan pengumuman bahawa pelaksanaan solat Jumaat tidak boleh dilaksanakan di masjid.

"Kami merasa terhina. Ini masjid kami. Namun kami tidak boleh masuk ke dalam, sementara mereka mengizinkan komunis itu masuk ke dalam masjid," kata seorang pemuda, menunjuk kepada pegawai keamanan China yang masuk ke dalam masjid dan berjaga-jaga di atas menara masjid dengan seragam lengkap. (Pelbagai sumber 2MA)

Lihat Sebelum ini..

Kini, Pak Su Wel Dah Ada Dalam PAS...

Manek Urai: keranda buat BN?


KOTA BHARU, Jun 11— PAS dan Umno perlu mencari orang seperti bekas ADUN Manek Urai, Ismail Yaakub atau lebih dikenali dengan nama Pak Su Wel jika mereka mahu menang dalam pilihan raya kecil itu.

Bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkifli Omar dilaporkan berkata BN perlukan calon seperti Ismail untuk menang PRK tersebut.

"Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung. Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang,” jelasnya.

Sementara itu, PAS akan mewujudkan sebuah Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memudahkan gerak kerja jentera pilihan raya DUN Manek Urai.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada strategi awal PAS sempena PRK tersebut bakal diadakan pada 14 Julai depan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, ketika dihubungi memberitahu perasmian akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Markas Majlis Tindakan DUN (MTD) Manek Urai malam esok.

PRK DUN Manek Urai akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakub, pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Allahyarham merupakan calon tidak pernah tewas dalam pertandingan pilihan raya dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi DUN Manek Urai selama lima penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lalu Ismail menewaskan calon BN, Mohamad Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352, dan PAS berjaya meraih undi popular melebihi 55 peratus.

Komposisi pengundi DUN Manek Urai ialah 99.2 peratus terdiri dari pengundi Melayu manakala Cina 0.46 peratus dan India 0.23 peratus.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krai optimis PAS akan berjaya mengulangi kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai.

Timbalan Ketua Dewan Muslimah PAS kawasan, Hazimah Khalipah, berkata kesungguhan serta semangat kerjasama yang tinggi ditunjukkan jentera pilihan raya di sembilan Unit Peti Undi (UPU) cukup meyakinkan beliau bahawa PAS akan menang pada PRK tersebut.

“Kita juga telah berjaya mengadakan perjumpaan dengan pengundi di sembilan UPU berkenaan. Hasilnya positif,” katanya ringkas semasa dihubungi.

Diangkat dari: The Malaysian Insider: PAS dan Umno perlukan ‘Pak Su Wel’ untuk menang di Manek Urai - oleh Mohd Zuharman

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah hal sebagai isyarat dari The Malaysia Insider bahawa PAS akan menang? Kerana Pak Su Wel adalah anak didik PAS, dan kini penggantinya sudah ada.. (AK)





Apa khasiat teh hijau? Beli sambil berderma. Kik di sini..
Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh H...


Samad Said: PPSMI Bukan Mansuh.. Mana RM5 Billion?

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Sasterawan Negara Dato' A Samad Said berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan sewajarnya untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah-sekolah sebagaimana yang diberikan untuk pengukuhan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, seperti yang dilaporkan Harakah.

Menurut Bernama, beliau berkata sekiranya kerajaan seperti yang dilaporkan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah, ia seharusnya boleh dilakukan terhadap bahasa Melayu.

"Saya ingin tahu juga, untuk memartabatkan bahasa Melayu berapa jumlahnya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran buku antologi sajak bertajuk "Mengabdi, Melestari" sempena ulang tahun ke-30 Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini Jumaat.

Peruntukan RM5 bilion itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Dr Puad Zarkashi di Dewan Negara semalam.

Sementara itu A Samad Said yang juga Penasihat Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai PPSMI sebagai bukan pemansuhan PPSMI, tetapi menangguhkan pemansuhan.

"Cuma yang saya tidak setuju, ia (pemansuhan PPSMI) bukan sekarang, bukan tahun depan tetapi ia 2012," katanya. Bagaimanapun, katanya beliau memahami bahawa pemansuhan itu tidak dapat dilakukan serta merta dan kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat itu sudah cukup baik.(AK)

Membeli sambil berderma 'teh hijau.. klik sini.
Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh H...

Xinjiang 5: 'Solat Di Rumah Saja'.. Ditarik Balik.

JENDELA GLOBAL
Masyarakat Islam Uighur berpusu-pusu ke sebuah masjid selepas dikatakan pihak berkuasa membenarkan solat Jumaat di wilayah itu hari ini. -fotoAP



URUMQI
Jumaat Julai 10, 2009 : Beratus-ratus masyarakat Islam Uighur berpusu-pusu ke sebuah masjid selepas pihak berkuasa memutuskan untuk membenarkan mereka mengerjakan solat jumaat bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku di wilayah itu hari ini.

Tindakan tersebut akan menguji sejauh mana kemampuan kerajaan untuk mengawal penentangan yang dilakukan oleh etnik Uighur yang tidak puashati dengan tindakan etnik Han yang menyerang dan menyebabkan kematian etnik Uighur Selasa lepas. Serangan tersebut merupakan rusuhan paling teruk yang pernah berlaku di wilayah itu.

Beribu-ribu pasukan tentera dan polis anti-rusuhan sudah dihantar ke kawasan itu untuk menghadapi sebarang protes daripada etnik Uighur. Beijing mengambil berat tentang situasi di kawasan itu kerana ia mempunyai simpanan minyak yang banyak. Lebih kurang 500 masyarakat Uighurs berada di luar sebuah masjid untuk sama-sama menunaikan solat dengan 1,000 lagi yang berada didalam.

"Saya berpuas hati mereka membenarkan kami mengerjakan ibadah hari ini" kata seorang lelaki Uighur, Ahmedadji. "Sudah tentu ramai yang akan membantah jika mereka tidak buat demikian." katanya lagi.

NOTIS TUTUP

Semua masjid di kawasan Urumqi sebelum ini sudah diberikan notis supaya sebarang aktiviti ibadah tidak akan dibenarkan. Sekumpulan etnik Uighurs yang menunggu di luar masjid besar Dong Kuruk berkata mereka amat marah dan sedih kerana ia tidak dibuka.

"Kami rasa terhina. Ini adalah rumah ibadat kami... kami tidak dibenarkan masuk, tapi mereka benarkan orang-orang yang tidak beragama berada di dalam" kata seorang pemuda sambil menunding jari ke arah seorang pengawal keselamatan yang sedang berkawal di dalam masjid itu.. Pihak atasan mengarahkan supaya aktiviti ibadah tidak boleh diadakan di masjid, "kandungan yang tertera pada notis di pintu hadapan masjid Guyuan Rabu lepas. "Sesiapa yang ingin menunaikan solat... lakukan di rumah sahaja."

Parti pemerintah, Parti Komunis China bimbang masjid akan menjadi tempat etnik Uighur berkumpul dan memulakan bantahan selepas sudah seminggu berlaku ketegangan. Etnik Uighurs berasal dari Turki dan hampir semuanya beragama Islam, mereka membentuk separuh daripada penduduk Xinjiang yang berjumlah seramai 20 juta orang.

Presedin Hu Jintao bergegas meningalkan sidang G8 di Itali disebabkan rusuhan etnik di wilayah itu. Beliau berkata mengawal keselamatan dan kestabilan di kawasan yang kaya dengan minyak itu adalah "tugas yang perlu diselesaikan segera" Hu turut menjelaskan yang rusuhan tersebut merupakan "satu jenayah kejam yang telah dirancangkan oleh 'three forces'"

'Three forces" ialah istilah kerajaan China yang merujuk kepada puak pelampau, puak pemisah dan terroris yang menjadi ancaman di Xinjiang. Selasa lepas, beribu-ribu etnik Han menyerang etnik Uighur dan ramai yang dilaporkan terkorban. Kerajaan China belum lagi secara rasmi mengeluarkan jumlah sebenar.

Xinjiang merupakan wilayah yang sudah lama bergolak antaranya disebabkan jurang ekonomi diantara etnik Uighurs dan Han, sekatan kerajaan berkaitan dengan hal-hal keagamaan dan kebudayaan, serta kebanjiran etnik Han yang sudah menjadi majoriti di bandar-bandar besar termasuklah Urumqi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah menjadi lumrah alam, apabila sesuatu golongan itu dizalimi, ditekan dan ditindas, tandanya akan berlaku kebangkitan dan ledakan. Jangankan manusia, kucing yang jinak lembut akan menggigit walaupun terpijak ekornya! Itu suatu amaran kepada penguasa yang zalim, kalau tidak mahu berlaku revolusi jangan berlaku zalim kepada rakyat, termasuk di Malaysia ini...

Lihat Sebelum ini..

Membeli sambil berderma 'teh hijau.. klik sini.

Friday, July 10, 2009

Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd Hashim

BY ASYOK KUMAR

NATRAH (kanan) menziarahi ahli keluarga angkatnya, Kamariah Mad Dahan sewaktu kembali ke Kemaman pada 1997.



Natrah (kanan) bersama suaminya (kiri) & ibu angkat (depan).

Orang Melayu marahkan penjajah.


'PERISTIWA Natrah' adalah lambang penentangan dan penolakan rakyat Islam Melayu terhadap perundangan penjajah yang dipaksakan ke atas penduduk di negara ini. Demikian pendapat yang dikemukakan oleh Dr Haji Mohd Hasyim atau nama samarannya Ibnu Hasyim, apabila mendapat berita Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Dr Haji Mohd pernah menulis sebuah buku sejarah '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' terbitan GG Edar 1993 setebal 672 muka surat, antaranya menyebutkan Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, dituduh terlibat dalam ‘kes Natrah’, ditangkap oleh penjajah Inggeris pada Disember 1950, dan di tahan di Singapura. Antara tulisannya menyebutkan..

"Natrah (ada juga tulis Nadra), nama asalnya Maria Hertogh, adalah anak perempuan seorang soldadu Belanda yang ditahan tentera Jepun di Jawa Indonesia. Untuk selamatkannya, anak itu diberikan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu di Terengganu dari keluarga yang berada. Natrah dibesarkan di negeri Terengganu dalam masyarakat Melayu-Islam, dan akhirnya berkahwin dengan pemuda Islam bernama Mansur Adabi.

Tetapi pada tahun 1950, ibubapa Natrah yang berada di Belanda meminta mahkamah Singapura kembalikan balik Natrah kepada mereka. Walaupun proses penghakiman penjajah telah menyetujuinya, namun ia ditentang oleh Jawatankuasa Bertindak Natrah yang dianggotai oleh Dr Burhanuddin. Beliau (Burhaniddin) dituduh ‘membangkitkan kemarahan orang ramai melalui tulisannya, berakibatkan rusuhan orang Islam menuntut hak secara Islam, yang akhirnya ramai terkorban di pulau tersebut.’ Setahun kemudiannya, beliau dibebaskan.
" (Sila rujuk Sejarah PAS dalam blog ini..
Saturday, April 5, 2008 'Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin')

Berita BERNAMA pula menyebutkan:

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

Natrah digendong oleh ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed. Gambar ini diambil sekitar tahun 50-an.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

"Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah yang di bawa ke timur ini sebagai lanjutan dari Perang Salib menentang Islam, di Eropah." Kata Dr Mohd lagi sewaktu dihubungi pagi tadi. "Sehingga sekarang perjuangan tersebut masih diteruskan, walaupun kononnya kita sudah merdeka, tetapi masih mengekalkan undang-undang penjajah ciptaan Lord Ried itu. Merdeka apa?" (AK)