Saturday, July 18, 2009

Detik-detik Bom Jakarta, Tuduh Siapa? -video klip..

JENDELA GLOBAL
Ini adalah video setelah ledakan bom di hotel Ritz Carlton Mega Kuningan. Video ledakan bom yang telah menghancurkan sebagian gedung Hotel Ritz Carlton.

Terlihat juga, kegiatan evakuasi korban ledakan bom dalam video Bom jakarta 2009 ini. Lihat Video Ledakan di Ritz Carlton Mega Kuningan dan video ledakan bom di hotel JW Marriot berikut:







Video di atas Indonesia tuduh siapa? Kenyataan Presiden Indonesia selepas ini menuduh kumpulan JI (Jamaah Islamiah) lagi? Apakah ini bahan buktinya? Jangan ikut Bush mantan Presedin AS lalu, terus hukum tanpa bukti dan diadili di mahkamah. Inilah antara kesan-kesannya ke'pengganas'an AS . (AK)

Teoh: Kemuncak Siri Kamatian Dalam Tahanan.. -PR

SABTU Julai 18, 2009 | 25 Rajab 1430 Hijrah:

KEMATIAN mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat. Sebelum ini telah terdapat banyak siri kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Oleh itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Menurut kenyataan media ini yang dikeluarkan oleh 3 tokoh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP, sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin PR, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin BN tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh BN dan Umno untuk melemahkan PR. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan PM yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PR, menurut kenyataan itu lagi.

"Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

"Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara. Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan PR hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini." Tegas kenyataan tersaebut. (17 Julai/AK).

Zahid Jumpa Netanyahu Tagih Keamanan, Siapa Tipu Siapa?

JENDELA GLOBAL

18 Julai, 2009: Zahid Pernah Jumpa Netanyahu Nyatakan Pendirian Malaysia
Daripda Zulkifli Bujang


BEIRUT, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu.

"Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata Malaysia melahirkan pendirian tegas kepada Israel sekiranya mereka benar-benar ikhlas mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat, mereka harus mengiktiraf kerajaan Palestin.

"Jika Israel mahu menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri masih melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara-negara di sekelilingnya," katanya.

Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Netanyahu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.

Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..Yang nak jumpa sebenarnya Israel, bukan Malaysia, bererti itu adalah agenda Israel.

2..Zahid adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang Israel jumpa, ertinya ada kaitan ketenteraan.

3..Harapan Zahid 'sekiranya mereka benar-benar ikhlas mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat, mereka harus mengiktiraf kerajaan Palestin, ' Tidak disebut 'Palestin' mana, Palestin dikuasai HAMAS yang tidak diiktiraf Israel atau Palestin tajaan Israel, yang Israel suka.

4.. Soalnya, adakah yang diiktiraf itu 'PAS Palestin' atau 'UMNO Palestin'? Sila klik & lihat..
5.. Pertemuan itu adalah merupakan lambang 'restu dan iktiraf'nya Malaysia mengenai sikap ke'pengganas'an Israel di bumi yang sebenarnya Israel adalah bangsa pelarian. Zahid mengiktiraf juga, bahawa Israel tiada "double standard".

6.. Jelas kini, siapa tipu siapa?

(AK)

Pertandingan Burung Ketitir.

HALAMAN HIBURAN

PERTANDINGAN Burung Ketitir antara acara mingguan bagi peminatnya yang tersendiri. Pertandingan ini disifatkan oleh peminat sebagai Hiburan Rakyat Kelantan.

Burung Ketitir pernah dijual dengan harga RM30,000, ikuti Temubual bersama Pakcik Abdul Kadir, 70an, Pemenang Pertandingan Burung Ketitir minggu ini (17 Julai 2009) di Padang Kg Delima, Wakaf Bharu, Kelantan.

Sesiapa yang berminat untuk melihat dan menyertainya bolehlah datang ke Lokasinya pada setiap pagi Hari Jumaat.

Di angkat dari http://jiwokelate.wordpress.com/

Takziah Dari IH... Teoh Dibunuh SPRM?

Ibnu Hasyim
KEMASKINI:
JULAI 17 2009, Shah Alam. Blog Ibnu Hasyim turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Benarkah itu suatu pembunuhan?

Pertama: Menurut Harakah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.

"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.. Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.

Kedua
: Menurut Blog Penarik Beca, "Saya percaya. Tinggal lagi, nak tanya satu perkara ja. Katanya, baju Teo terkoyak. Kalau betul, kenapa baju dia terkoyak?!!"

Ketiga
: Utusan Online melaporkan, Ronnie dihalau dari kawasan pejabat SPRM oleh pegawai yang berada di situ dan wakil rakyat DAP itu turun ke tingkat lima bangunan. Ronnie ketika menemui pemberita kemudian melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana tidak dilayan pegawai SPRM dan tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian.

"Sebagai wakil rakyat, saya tidak pernah datang ke tempat kejadian dan tidak sangka saya dilayan seperti itu. "Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata beliau.

Keempat:
Utusan Online: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan empat pakar patologi daripada tiga buah hospital untuk mengetahui punca kematian. Katanya, empat pakar itu iaitu dua pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), seorang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kelima
: Kata Blog Malaysia Waves, "Hairan saya. Seorang pembantu exco yang akan berkahwin esok "membunuh diri" beliau hanya selepas berjumpa dengan SPRM untuk disoalsiasat. Hanya soal-siasat dan bukannya beliau telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Mendiang Teo Bon Hock telah dijumpai mati di Pejabat SPRM di Shah Alam hari ini. Diberitakan beliau telah berada di pejabat SPRM sepanjang malam semalam (16/07/09). Mengapa beliau membunuh diri sehari sebelum beliau berkahwin? Exco yang beliau berkerja dengan, YB Ean Yong Hian Wah, adalah anak orang kaya. Beliau tidak memerlukan korupsi untuk hidup mewah kerana beliau memang sudah kaya. "

Keenam:
Dari Blog Tukar Tiub, 300 WARGA SATU MALAYSIA BANGUN MEMBANTAH – 6 DI TAHAN. Antara yang di tahan dan sedang berada dalam Black Maria. Angka terus bertambah, setakat ini:

YB Xavier
Saudara Low Boon Keat - pembantu kepada YB Hee
Saudara Richard Yeow - pembantu kepada YB Dr. Cheah
YB Mike - Kapar
Saudara Shahruddin Abu Bakar
Saudara Thilai
Saudara Loh Boon Keat
Saudara Razak

Dll. Tunggu dan lihat.
(AK)


Berita berkaitan:

1.. ~penarik beca: Kenapa baju terkoyak
2.. Exco tidak puashati
3.. Polis klasifikasi sebagai kematian mengejut
4.. Malaysia Waves: SU Exco Bunuh Diri di PEjabat SPRM...ataupun Tidak?
5..
Tukar Tiub TER - NOW !!!! TERKINI !!! KES MATI TEGOLEK DOG
6.. Harakah
7.. Ibnu Hasyim
-S'ngor: Exco Guna Pej. Mesyuarat Kongsi Gelap?
-Terbunuh Ketika Dalam Siasatan SPRM.

S'ngor: Exco Guna Pej. Mesyuarat Kongsi Gelap?

Lihat berita bergambar ini. JULAI 16 2009: samsulsaid.com ...

Ean Yong Hian Wah,terbunuh

Candle light vigil untuk Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.Julai 16 2009. SH/Samsul said.

Tunang Ean Young Hian dipeluk oleh ahli keluarganya

Tunang Ean Young Hian dipeluk oleh ahli keluarganya, Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok.Shah Alam.Julai 16 2009.SinarHarian/Samsul Said.

Kawan kepada Ean Young Hian

Teman Ean Young Hian menangis semasa membakar lilin, Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok. Shah Alam. Julai 16 2009. SinarHarian/Samsul Said.

Sebahagian ahli PR membuat bantahan di hadapan SPRM Shah Alam

Sebahagian ahli PR membuat bantahan di hadapan SPRM Shah Alam malam semalam, Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.Julai 16 2009. SinarHarian/Samsul Said

Ean Yong Hian Wah

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Julai 16 2009. SinarHarian/Samsul Said.

Ahli Parlimen Wangsa Maju

Ahli Parlimen Wangsa Maju berjalan keluar dari IPK Selangor, selepas memberi keterangan, berhubung dakwaan di dalam blognya yang menyatakan terdapat Exco mengunakan pejabat sebagai tempat mesyuarat ahli kongsi gelap. Shah Alam. Julai 16 2009. SinarHarian/Samsul Said.

(Pelbagai Sumber/AK)

Thursday, July 16, 2009

Terbunuh Ketika Dalam Siasatan SPRM.

Teoh Beng Hock (gambar), pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah.

Pembantu ExcoSel terbunuh

KEMASKINI: TEOH Beng Hock, pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong, terbunuh ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dia dipercayai terjatuh dari tingkat 20 Plaza Masalam di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi, selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia ditahan oleh SPRM semalam. Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih. Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini. Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo – sebagai saksi kes – selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hanya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor disiasat setakat ini berhubung dakwaan salahguna peruntukan wakil rakyat. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull di sini, hari ini. Laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik sumber menyebut bahawa SPRM sedang menyiasat lima wakil rakyat di Selangor kerana mengalahgunakan peruntukan wakil rakyat negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).(Pelbagai Sumber)

Kes Liwat: Anwar Dalam Bahaya?


KEMASKINI:


BENARKAH DSAI dalam bahaya? Lihat kenyataan-kenyataan di bawah ini..

Dari malcolm coren

BUAT semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir-hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau. Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.

Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah-olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.

DSAI,

Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI. Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat. Izinkan saya memberi kata-kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.

Walk my shoes, just to see
What it’s like, to be me
All be you, let’s trade shoes
Just to see what I’d be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other’s mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you’re sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other’s shoes, at least

DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun. Suara Rakyat Suara Keramat!!!

http://anwaribrahimblog.com


Ada 1 Jam lebih Sikit Lagi, Semak Qiblat, Mengapa?

PENGGUNA
PADA hari ini 16 Julai 2009 (khamis) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM

Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah. Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

KAEDAH PENYEMAKAN

1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,

3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.

5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.

* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

Sebarang keraguan arah kiblat bagi Masjid dan Surau hasil dari semakan tersebut boleh menghubungi Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah, di talian No. 088 – 218322/268427 hanya mereka yang berada di negeri Sabah sahaja. Bagi negeri - negeri lain bolehlah rujuk kepada Jabatan Mufti negeri masing - masing. -hotpowers

Berita Gembira, Undilah BN. Tambang Teksi Naik!

PENGGUNA


[ "BERITA gembira, undilah BN!!" Seorang driver teksi menjerit dalam teksinya di Pudu Raya sebentar tadi.

Orang ramai yang dengar terpinga-pinga, tertanya-tanya. Belum sempat tanya, dia sendiri jelaskan, "Harga tambang naik!!"

Lepas itu baru aku tahu, bila dapat berita:

Khamis Julai 16, 2009
KUALA LUMPUR: Kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama, manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, sebentar tadi. Katanya, kadar tambang baru itu dijangka berkuatkuasa bulan depan, namun tarikhnya belum ditetapkan.

Aku tertanya-tanya, siapa yang gembira.. Driver teksi? Orang ramai? Atau BN (Barang Naik)?
...Dari peminat Blog Ibnu Hasyim. ]

Begitu bunyinya e-mail yang dihantar kepada Blog Ibnu Hasyim sebentar tadi. (AK)

Keluarga Marwa Dakwa Polis Jerman.

JENDELA GLOBAL
Marwa, suami & anaknya..

Rabu, 15/07/2009

KELUARGA Marwa Al-Sharbini akan mendakwa seorang polis Jerman yang telah menembak suami Marwa di ruang pengadilan kota Dresden. Menurut Khalid Abu Bakar dalam wawancara dengan press TV, pihaknya akan mengenakan tuduhan percubaan membunuh terhadap suami Marwa.

Suami Marwa ditembak semasa berusaha melindungi isterinya yang diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman bernama Alex yang juga tetangga mereka semasa berlaku proses pengadilan, dimana Marwa hadir sebagai pendakwa. Marwa menuntut Alex, kerana telah menyebutnya sebagai pengganas hanya kerana Marwa seorang Muslim dan bertudung menutup aurat.

Tetapi tanpa disangka di ruang sidang, Alex menikam dan menusuk Marwa sebanyak 18 kali hingga meninggal dunia. Sedangkan suami Marwa yang berusaha menolong isterinya, ditembak oleh polis yang mengawal ruang mahkamah. Akibat tembakan itu, suami Marwa mengalami luka serius. Kerajaan dan media massa Jerman tidak menanggapi kes ini dengan serius.

Saudara lelaki Marwa, Tarek Al-Sharbini yang baru pulang dari Jerman untuk membawa jenazah Marwa mengatakan semasa di Jerman ia diwawancara sebuah akhabar dan tv negara itu, tapi langsung tak keluar berita. Media dan kerajaan Jerman sejak awal berusaha menutup kes ini, bahkan baru secara rasmi menyampaikan dukacita pada kerajaan Mesir negara asal Marwa, setelah 10 hari terjadi. Ada pejabat-pejabat di Jerman melarang press TV, untuk melakukan wawancara dengan suami Marwa.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sikap media dan pemerintah Jerman terhadap kes Marwa menunjukkan biasnya negara-negara Barat dalam menangani kebiadaban perkauman dan Islamofobia yang menimpa Muslim di negeri itu. Polis Jerman juga telah gagal melindungi korban kerana kejadian itu terjadi dalam ruang mahkamah. Polisi Jerman juga dinilai tidak betul kerja kerana tidak dapat mengenali mana yang suami Marwa dan mana yang menyerang Marwa. (AK)

Dan banyak lagi, sila lihat...

M/Urai: BN Pun Terkejut Majoriti 65 Undi.

KUALA LUMPUR, Julai 15 — Jentera Umno yang ditugaskan dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai terkejut apabila PAS menang dengan majoriti 65 undi dalam persaingan satu lawan satu dalam pilihan raya kecil tersebut.

Petugas dari Umno Wilayah Persekutuan, Abdul Hamid Mayuni yang ditugaskan berkempen sepanjang pilihan raya kecil ini berlangsung memberitahu jangkaan majoriti kemenangan PAS adalah sekitar 500-1000.

Sambil mengakui ia bukan membuktikan kelemahan jentera BN mahupun jentera PAS namun keputusan majoriti 65 undi adalah di luar jangkaan beliau.

“Memang kami akui jentera Umno/ BN menghadapi kesukaran untuk bergerak pada peringkat awal bagaimanapun beberapa hari sebelum menjelang hari pengundian sambutan dari pengundi begitu menggalakkan,” katanya yang juga Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Setiawangsa.

Dalam pilihan raya kecil ini, calon PAS, Mohamad Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi sementara calon BN, Tuan Aziz Tuan Man mendapat 5,283 undi. Bilangan yang keluar mengundi adalah 10,736 undi atau 87 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,293 undi. Majoriti undi adalah 65.

Keputusan pilihan raya kecil ini juga menyaksikan undi PAS merosot 398 undi sementara undi BN pula meningkat 919 undi jika di bandingkan dengan keputusan undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam analisis yang dilakukan oleh bilik gerakan BN menunjukkan peningkatan sokongan undi terhadap calon mereka tetapi tidak sampai ke tahap selesa dan menang.

“Walaupun ada beberapa ramalan yang mengaitkan calon BN menang daripada beberapa peti undi tetapi secara keseluruhan masih disifatkan sedikit kabur terutamanya kepada pengundi luar,” katanya.

Bagaimanapun dia akui sambutan pengundi yang berbeza parti begitu harmoni dan menggalakkan ketika berkempen. "Pengundi sentiasa bersikap terbuka ketika dikunjungi oleh jentera BN mahupun PAS.”

Selain itu, Abdul Hamid juga mengakui ada sedikit unsur provokasi antara jentera yang berkempen tetapi ia tidak menjejaskan keseluruhan pilihan raya kecil ini.

“Malahan kami menerima beberapa pimpinan PAS kampung yang bersedia untuk membantu dan bekerjasama semasa berkempen,” katanya lagi.

Sehubungan itu, dia akui keputusan pilihan raya kecil ini juga sedikit sebanyak menjejaskan wibawa Datuk Nik Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai kebal sehingga tidak boleh disentuh sebarang isu.

“Maklumat balas yang kami terima, pengundi veteran dan lama masih teguh kepada Nik Aziz sementara sudah ada perubahan kepada pengundi muda," katanya lagi.

Oleh Samsuri Roslan (The Malaysian Insider)

Sila lihat Blog ini pun terkejut juga..

Manek Urai: Keputusan Ganjil TAPI Kemenangan Gemilang PAS

Remaja Melayu Murtad. Benarkah?

Mereka ini di'pulih'kan disebuah gereja di Rawang yang ditemui oleh Ibnu Hasyim.

Pertama:
  • Malaysiakini: Roti suci seret Al-Islam ke balai
Abdul Rahim Sabri
Jul 15, 09


Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja.

Dalam artikel "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto.

Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik.

"Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi," aduan polis 8 Julai lalu dipetik.

"Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja."

Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai "pencerobohan" satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut.

Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video "Citizen Journalism" semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah.

"Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian," katanya.

"Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa."

Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video "Police report against Al-Islam", berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

"Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

"Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

"Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

"Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati," tulis Muhammad Ridhwan.

"Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu."

Kedua:

Malaysiakini: 9 orang Kristian ditahan di UPM
Wong Pheak Zern
Jul 15, 09


Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.

Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.

Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

Ketiga:

Ada orang Melayu-Islam yang dipulihkan di geraja. Lihat Catatan Santai Ibnu Hasyim..
Tuesday, July 14, 2009
Kalau Murtad Melalui Gereja, Salah Siapa?

Benarkan Remaja Melayu dimurtadkan? Kita lihat perkembangan lanjut..

Wednesday, July 15, 2009

Akhil Hayy Sah Bercerai, 'Aku Pohon Setangkai Bunga..'

HALAMAN HIBURAN

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian. Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.

"Semua dah selesai..jangan keruhkan suasana..saya tegaskan penceraian saya bukan disebabkan pihak ketiga. Ini ketentuan 'tuan punya dunia' ..jalan hidup perlu diteruskan. Cukup-cukuplah gosipkan pihak yang satu lagi. Moga-moga semuanya dapat meneruskan kehidupan," ujar Akhil yang berkali-kali menegaskan penceraian mereka bukan disebabkan oleh pihak ketiga.

Ditanya kenapa dia berbuat demikian, Akhil berkata sebab spekulasi yang timbul. Akhil berkata dengan penuh makna,"Kadang-kadang aku pohon setangkai bunga, Allah bagi pohon berduri; aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu.....mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi.. Allah dah letak keputusan yang baik dan saya ambil hikmah yang positif.

"Kita tiada ruang... orang panggil saya berceramah dan ini kehidupan peribadi saya. Itu (penceraian) hakikat dan lepas ni jangan sensasikan lagi. Doakan yang terbaik.. Kredibiliti saya sudah banyak yang tercalar... tapi perjuangan perlu diteruskan," hujahnya.

Dalam pada itu, Akhil sempat lagi mengaitkan kes cerainya hari ini dengan PAS menang tipis dalam pilihan raya kecil Manek Urai, dia berkata: "Takbir...semalam keputusan di Manek Urai dan hari ini keputusan saya."

Akhil yang kelihatan gembira itu juga memaklumkan yang program 'Cafe Akhil Hayy' dijangka akan disambung siarannya dalam masa terdekat ini. Hasil persetujuan kedua belah pihak, hak penjagaan empat orang anak (hadanah) mereka diserahkan kepada Maiza manakala hak lawatan diberikan kepada Akhil pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah dan perayaan. Bagi anak-anak yang telah mumaiyiz (cukup umur) dibenarkan untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka mengikut keselesaan.

Melalui persetujuan itu juga, Akhil akan biayai keseluruhan keperluan am dan nafkah anak-anak termasuk tempat tinggal, persekolahan dan sebagainya. Selain itu, Akhil perlu melunaskan bayaran ansuran kereta Gen 2 milik Maiza sebanyak RM500 sebulan selagi bekas isterinya itu tidak mendirikan rumah tangga. Sementara itu, rumah yang didaftar atas nama bersama akan dikekalkan bahagian pada Maiza manakala bahagian Akhil akan diserahkan kepada empat orang anak dan dia menjadi peneraju rumah serta biayai ansuran dan bil-bil dalam rumah tersebut.

Seterusnya, Akhil diminta membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Maiza dalam tempoh tiga kali suci. Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan penceraian itu, Akhil berkata 'orang beriman tidak akan puas selagi tidak jalankan tuntutan sunnah.' Diaju pula tentang isu dia pernah meminta persetujuan Maiza untuk berkahwin dengan penyanyi Waheeda pada Februari lalu, Akhil berkata itu antara dia dan bekas isterinya lantas berkata 'buat apa saya nak beritahu wartawan?'.

Diasak pula dengan soalan adakah dia akan meneruskan niat untuk berkahwin dengan Waheeda selepas ini, Akhil enggan mengulas lanjut. Hos program 'Cafe Akhil Hayy' ini hanya berkata dia tidak mahu melibatkan isu itu dengan penceraiannya sebaliknya mereka bercerai kerana masalah peribadi. Sebelum Akhil pulang, dia sempat berjumpa dan bersalaman dengan anak sulung perempuannya.

Anaknya itu kelihatan sebak dan menangis tersedu-sedan saat memeluk Akhil. (Sumber mStar Online/AK)

Ekoran Ledakan Beg Misteri.. Beratur Ambil Wang.

Inilah kesan seperti dalam tulisan 'M/Urai: Beg Misteri, Strategi Serangan Berkesan BN...
Antaranya:

Satu...

Ramai beratur ambil wang di Manek Urai

Email Oleh : Designer
http://malaysiakini.com/news/108448

camana ni....Topeng... tarak gambaq close up ka... kot2 leh nampak tokey dia sapa...
skrip awek baju hijau tu "Hang dah dpt duit tak? aku dapat RM300" gadis import daripada PERAK undi kat MU.

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria. Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih. Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang. Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur. Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.



Kedua:

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Kelantan itu berkata faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

"Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada hari Rabu.


Dua perkara ini tentu boleh dikaitkan dengan' beg misteri' seperti yang disebutkan.


Lihat tulisan ini, ada kaitan..


Gambar Ini Hina Islam.. Apa Boleh Kita Buat?






PIHAK kami cuma panjangkan dari web http://budakkampungonline.blogspot.com/..
Katanya...

"Islam difitnah, dihina dan dilekehkan? Banyak halaman-halaman di internet yang isinya sarat dengan fitnah, perlekehan Islam, penggunaan ayat Al Qur’an sebagai tatoo dan juga permainan isu pribadi Rasulullah SAW. Sebagai umat Islam, wajar sekali kita merasa sedih dan marah dengan keadaan seperti ini. Di sebalik isu ini perlulah difikirkan adakah mereka ini takut dengan kebangkitan Islam sehingga sanggup melabelkan Islam sebagai penjenayah? "

M/Urai: Beg Misteri, Strategi Serangan Berkesan BN.


M/Urai: Lihat Gambar Ini, Siapa Cedera?

salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin
Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut
Pemuda PAS ini juga cedera teruk di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial
kepalanya terpaksa dibalut dengan kain tuala utk memberhentikan darah yang keluar..
Gambar dari atas..

1..Salah seorang Muslimah PAS cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan Sek Men Perial kelmarin.

2..Kerana kecederaan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

3..Pemuda PAS ini juga pecah di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial.

4..Kepalanya terpaksa dibalut dengan kain tuala untuk memberhentikan darah yang keluar..

Menurut blog http://wfauzdin.blogspot.com

"Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini."

Tunggu pembongkaran dan bukti-bukti selanjutnya. (AK)

Lihat tulisan ini, ada kaitan.

Xinjiang 8: Cina Indonesia Selar China. Cina Malaysia, Bagaimana?

JENDELA GLOBAL

JAKARTA 12 Julai - Persatuan China Muslim Indonesia (PITI) menyelar tindakan ganas China terhadap masyarakat minoriti Uighur Islam dan kesal dengan sikap membisu negara-negara Islam terhadap penderitaan akibat diskriminasi yang ditanggung mereka.

"Masyarakat China Islam kini terpinggir dalam dunia Islam. Mereka telah melalui penderitaan yang berpanjangan dan diabaikan," kata jurucakap PITI, Steven Indra Wijaya kepada Jakarta Post melalui panggilan telefon. "Kami minta seluruh umat Islam mengenepikan soal identiti etnik masing-masing dan bantulah saudara seagama Uighur."

Lebih 180 orang terbunuh dalam rusuhan dan keganasan etnik yang melibatkan puak Han dan Uighur di wilayah Xinjiang. Rusuhan berlaku apabila ribuan orang Uighur berarak membuat bantahan ekoran pembunuhan ke atas dua pekerja kilang kaum berkenaan di Guangdong.

Tifatul Sembiring, Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang berlandaskan Islam mengutuk pembunuhan umat Islam di Xinjiang. "Sebagai sebahagian masyarakat antarabangsa, kerajaan China mesti menghentikan segala bentuk tindakan yang mencabul hak asasi kemanusiaan.. China tidak boleh terus bertindak sewenang-wenang ke atas orang-orang yang berpegang dengan agama kepercayaan berlainan. Kami mendesak kerajaan China agar mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan," katanya.

PKS juga mahu badan antarabangsa hak asasi manusia membuat siasatan segera kejadian tersebut. Kerajaan China bagaimana menuduh puak pemisah yang hidup dalam buangan sebagai dalang. -AGENSI

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cina Islam Indonesia dan parti Islamnya dah bantah, bagaimana sikap Cina Islam dan parti Islam di Malaysia? Yang penting lagi bagaimana sikap Cina bukan Islam yang menjadi rakan karib orang Islam di Malaysia? (AK)

Lihat ini..