Saturday, August 01, 2009

438 Ditahan, Penyokong ISA Batal Himpunan.



Sabtu Ogos 1, 2009: Himpunan ISA: 434 orang ditahan di KL

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil hari ini berikutan perhimpunan haram pro dan anti-ISA.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.

Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.

(Sumber Mstar Online/AK)

Pemansuhan total ISA. - Hassan Karim






1 Ogos hari membanggakan rakyat Malaysia – Hassan Karim

DARI dalam LRT aku melalui Stesen Mesjid India. LRT itu berhenti tetapi pintu tidak dibuka. Tiada penumpang yang naik atau dibenarkan turun. Ada pengumuman sebelum itu bahawa LRT tidak berhenti di Stesen Mesjid Jamek dan Stesen Bandaraya kerana ada perhimpunan di Dataran Merdeka.

Apabila LRT Star yang aku naiki itu melalui kawasan berhampiran Dataran Merdeka, aku lihat padang Dataran itu kosong, tak ada manusia. Tidak menghairankan. Kawasan di situ dipenuhi dengan pasukan polis FRU lengkap dengan trak-trak merah mereka yang siap sedia dengan meriam air.

Bagaimanapun LRT itu kemudian berhenti di Stesen Bandaraya. Pintu kenderaan itu dibuka yang dikatakan sebelum ini tidak boleh turun. Aku segera turun.

Aku lihat Jalan Kuching telah dipenuhi sebahagiannya dengan penunjuk perasaan yang berbaju merah dan hitam. Kumpulan yang pertama aku lihat mereka sedang berarak ke arah Mesjid Negara. Kumpulan yang kedua berada di sekitar Kompleks Sogo. Aku turun dan menyertai kumpulan di Kompleks Sogo.


TEMBAKAN BERMULA

Tidak sampai lima minit berada di situ tembakan gas pemedih mata kedengaran dan sesetengah orang ramai yang berhimpun mencari tempat selamat. Aku melihat pasukan polis memburu rakyat yang berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang telah berumur kini hampir 50 tahun.

Kehadiranku pada petang ini dalam perhimpunan mendesak supaya ISA dimansuhkan tidak penting. Sama ada aku datang atau tidak datang, anak-anak muda, aktivis-aktivis yang berani akan tetap menjayakan perhimpunan bersejarah ini untuk mengkuburkan ISA.

Aku yang telah agak tua ingin turut sama. Aku ingin sertai detik yang bersejarah ini. Aku tidak mahu malu pada diriku sendiri bersenang-senang di rumah pada hujung minggu sedangkan sebahagian rakyat yang sedar sedang berhempas pulas berdepan polis, gas, gari, tangkapan, undang-undang dan penjara untuk memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan rakyat dengan menentang ISA.

“Jangan lari,” teriak satu suara.

Kemudian kelihatan orang kiri kananku lari. Orang yang berteriak jangan lari itu juga akhirnya lari apabila sebiji canister gas pemedih mata jatuh tak jauh dari kami. Ketika itu aku sedang berada di sebatang jalan antara Kompleks Sogo dengan sebuah bangunan bank berhadapan stesyen LRT Bandaraya.


ADA ETIKA TERHORMAT

Aku bukan hero. Jadi aku pun turut sama berundur ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya aku ingatkan diri sendiri kalau berundur pun mesti ada etika secara terhormat, jangan lari cabut macam seorang penakut. Pengalaman masa muda-muda sewaktu mahasiswa dahulu mengajarku supaya jangan takut sangat pada gas pemedih mata.

Tapi kini sudah tua. Aku sentiasa memerhatikan di mana jalan selamat sekiranya diburu FRU.

Aku nampak anak-anak muda sungguh berani. Anak-anak muda yang ramai di tempat aku berada kelihataan begitu berazam menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.

Mereka memakai baju-baju sama ada berwarna merah atau hitam yang tertulis dengan kata-kata antara lainnya “ISA Akta Zalim”.

Bila diri sudah terasa tua, pada generasi mudalah harapan kita terletak supaya agenda perubahan masyarakat untuk keadilan dan kebebasan diteruskan. Dan aku hadir antara lainnya ialah untuk memberi sokongan kepada anak-anak muda yang berani berdepan polis dan alat negara dalam usaha membantah ISA.

Jika esok lusa aku mati, anak cucuku yang dapat membaca tulisan ini akan menyedari bahawa ayah atau datuk mereka pernah berada di atas jalanraya menuntut ISA dimansuhkan.

Perhimpunan menentang ISA di kawasan sekitar Sogo dan kemudian di Jalan Tuanku Abdul rahman ini disertai rakyat pelbagai kaum, peringkat umur. Orang yang berumur 50-an pun macam aku agak ramai. Lelaki dan perempuan. Kebanyakannya semuanya sudah merah mata masing-masing kerana pedih asap gas.


TAWAR GARAM

Ada seorang muda yang kenal padaku menawarkan garam kepadaku untuk mengurangkan pedih. Aku ucapkan terima kasih, kerana masih boleh bertahan. Sebenarnya aku tak tahu bagaimana hendak menggunakan garam itu.

Tiba-tiba pasukan FRU memburu kami, dan seperti orang lain aku berundur ke lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu kawasan orang berniaga pakaian, kuih muih dan air. Aku harus berhati-hati supaya tidak terjerumus ke kuali minyak panas yang sedang mengoreng cempedak atau pisang.

Aku rasa aku telah tersilap berundur di kawasn sesak seperti itu.

Aku bergerak ke arah Jalan Mesjid India. Kemudian aku lihat sepasukan polis biasa berkaki ayam mengejar seorang pemuda pembantah ISA yang berpakaian t-shirt hitam dengan lambang anti-ISA, berumur lewat 20-an. Aku melihat jam di tangan.

Ketika itu pukul 3.05 petang, anak muda Melayu itu diheret oleh polis beruniform biru itu dan disumbat ke dalam kereta proton wira Polis berwarna putih. Aku tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu pemuda itu walaupun aku seorang peguam.

Begitu angkuh polis-polis yang menangkap pemuda itu dan mengherdik orang ramai di kawasan Jalan Mesjid India berhadapan Panggung Collesium. Tetapi aku lihat orang ramai tidak takut dengan jerit herdik itu. Orang ramai faham apa yang dibantah ialah ISA.

Dari segi undang-undang atau lebih tepatnya jurisprudence, aku dapat melihat di hadapan mata bagaimana rakyat biasa bangun untuk menentang satu undang-undang yang mereka anggap zalim.


TEKAN SUARA RAKYAT

Aku dapat menyaksikan bagaimana jentera atau mesin negara dalam bentuk polis sedang menekan suara rakyat. Inilah jentera atau mesin negara dalam bentuk polis atau tentera yang selama ini bersama-sama undang-undang seperti ISA menjadi tunggak untuk sesebuah kerajaan berkuasa.

Hari 1 Ogos ini hari yang membanggakanku sebagai rakyat Malaysia. Ternyata kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa lebih 50 tahun ini dengan dibantu oleh ISA sedang ditentang oleh rakyat jelata. satu waktu dulu hanya parti-parti politik pembankang, para pelajar dan intelektual membantah ISA.

Tetapi kini Kuala Lumpur pada petang Sabtu ini hampir lumpuh apabila rakyat bangun bersatu menyatakan bahawa ISA yang telah berumur 50an itu mestilah dimansuhkan.

ISA tidak sesuai lagi dengan dunia sekarang yang rakyat semakin sedar hak kebebasan dan hak demokratik mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara Malaysia yang merdeka.

Penahanan tanpa bicara yang menjadi asas ISA mesti ditentang. Rakyat telah nyatakan tuntutan mereka. Kerajaan BN yang ada sekarang perlu akur. Pindaan sekadar perubahan kosmetik tidak mencukupi.

Pemansuhan total ISA adalah tuntutan rakyat. – harakahdaily.net

Himpunan GMI Gagal Hantar Memo? Dr Mujahid Antara 200 Ditahan.




Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 01, 09 | 4:46:31 pm (Harakah)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Sementara itu Menurut Mstar Online, lebih 200 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA - yang disifatkan oleh polis sebagai tidak sah - ditahan hari ini. Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak pagi tadi.

Antara lokasi berkenaan ialah Pasar Seni, Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Kompleks Sogo. Kira-kira 20,000 orang dipercayai sertai himpunan GMI yang menyifatkan telah mencapai matlamatnya. Dalam pada itu, kumpulan pro-ISA yang sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 70,000 orang telah menggerakan sekitar 2,000 orang di kawasan Pasar Seni petang tadi.

Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online, kumpulan itu juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan." Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sivarasa dan Mujahid masing-masing merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.

"Maklumat yang kami terima menunjuklkan lebih 200 orang telah ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan. Belum pun perarakan diadakan polis sudah menahan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS kira-kira 3.45 petang tadi.

Sidang media diadakan selepas ucapan siri pemimpin Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang di pekarangan Ibu Pejabat PAS, di hadapan 1,000 orang. Ekoran langkah pencegahan itu, yang bermula 9 pagi, GMI gagal menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Istana Negara petang ini sebagaimana dirancangkan. Syed Ibrahim menegaskan, pihaknya akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara kemudian hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih menganggap perarakan hari ini yang dinamakan Perhimpunan 100,000 Rakyat berjaya mencapai matlamat mereka. "Kami anggap usaha kami ini berjaya, dapat capai sasaran kumpulkan angka 100,000 orang yang disasarkan," katanya.

Pihak polis menggunakan gas pemedih mata di kawasan Masjid Jamek, Kompleks Sogo, hadapan stesen LRT Bandar Raya di Jalan Raja Laut dan Ibu Pejabat PAS antara 1.40 tengah hari dan 3.50 petang.

Berita terdahulu dari Mstar Online menyebutkan, hampir 200 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA - yang disifatkan oleh polis sebagai tidak sah - ditahan hari ini. Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak pagi tadi.

Dua Ahli Parlimen yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sivarasa dan Mujahid merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.

"Maklumat yang kami terima menunjuklkan lebih 200 orang ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan. Belum pun polis sudah menahan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media.

(AK)

Kebangkitan Rakyat Menentang ISA.... Sudah 70+!


BERARAK... Kumpulan penyokong anti-ISA kembali berkumpul di hadapan pusat beli belah Kamdar dan berarak menuju ke Jalan Raja Laut.

Himpunan ISA: Hampir 70 penyokong GMI ditahan


LENGANG..Suasana kawasan di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak-Jalan Raja Laut lengang kerana polis dan pasukan FRU menutup jalan tersebut sejak awal pagi tadi.

Sabtu Ogos 1, 2009: Gas pemedih mata surai himpunan anti-ISA.


DITAHAN... Seorang wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Puspawati Osman, 27, berada dalam kenderaan polis selepas ditahan kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi di kawasan Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. --foto mStar Online

Kumpulan demonstrasi berpecah tapi tidak berundur
Harakahdaily

JAM 3 PETANG: Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan.

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.

Polis makin ganas tembak gas pemedih mata

JAM 2.45 PETANG: Polis semakin galak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta himpunan Mansuh ISA dekat kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Keadaan makin tidak terkawal apabila gas pemedih mata itu, yang dilepaskan dengan menggunakan meriam air, secara membabi-buta terhadap kumpulan yang turut ada bersamanya pimpinan utama Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Wartawan Harakahdaily yang membuat liputan di sana turut terkena tembakan gas berkenaan dan ini menyukarkan usaha menyampaikan laporan langsung kepada kami.

Keadaan sama juga berlaku dekat bulatan Bank Negara apabila perarakan kumpulan dari Masjid Negara di sekat situ.

Jumlah peserta himpunan Mansuh ISA capai sasaran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos, 2.30 petang (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata

Lintas langsung Perhimpunan Mansuhkan ISA

Harakahdaily

3.00 Petang: Di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis.

Orang ramai dari Masjid Negara dikepung oleh FRU di bulatan Jalan Parlimen.

Orang ramai kini mula berhimpun di depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dan pimpinan PAS memberikan ucapan.

Dataran Merdeka dipenuhi oleh anggota polis dan petugas-petugas media.

2.40 Petang: Di SOGO, orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek kini bergabung dengan orang ramai di depan kompleks Sogo menjadikan jumlah kesemuanya melebihi 50,000 orang. Malah ada menganggarkan kehadiran di semua lokasi memghampiri 100,000 orang. Jalan menghala ke Dataran Merdeka dikepung oleh pasukan polis dan mereka melepas gas pemedih mata.

Orang ramai yang berarak dari Masjid Negara yang ingin ke Dataran Merdeka juga dihalang oleh polis dengan gas pemedih mata.

Orang ramai kini berhimpun di tepi kompleks Pertama. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Ahman Nawawi, Penasihat DAP Lim Kit Siang, pimpinan KeADILan Tian Chua dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim turut berada di sini.

Polis mula menyerbu dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalang orang ramai daripada berarak ke Dataran Merdeka. Orang ramai mula mencari perlindungan di bangunan Sogo dan MARA, sementara pihak polis menambahkan bilangan anggota dan kekuatan mereka. Trak-trak FRU dan trak water cannon berkawal di Stesen LRT Bandaraya.

2.00 tengah hari: Di SOGO, 2 orang lelaki dari parti PKR ditangkap oleh polis kerana memakai lencana Mansuhkan ISA dan ia menimbulkan sedikit kekecohan. Pegawai Khas MB Kedah, Yusrin Zakri Adnan dan bapanya Hj Adnan Din ditahan polis. Orang ramai mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 orang bertembung di Jalan TAR dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Di MASJID NEGARA, Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu bahawa setakat ini 157 orang telah ditangkap. Orang ramai mula berarak ke Dataran Merdeka dipimpin oleh Dr Hatta Ramli tetapi diminta bersurai oleh polis. Namun mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 5,000 orang sedak berarak.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. 3 orang lelaki telah ditangkap secara aneh oleh pasukan apabila mereka dikehendaki bergambar bersama T'shirt lambang ISA. Polis membuat benteng dan mengarahkan orang ramai segera beredar. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.

Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.

Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.

Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.

Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

(AK)

Bermulalah Tangkapan ISA.. 39 Orang... +++!!



Polis mula buat tangkapan menjelang perhimpunan anti-ISA

Ogos 1. SEBENTAR TADI

POLIS mula membuat tangkap menjelang perhimpunan anti-ISA petang ini. sehingga ini polis menangkap 39 orang - 14 di KL Sentral, 22 di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, mereka yang ditahan itu ialah 14 anggota Unit Amal PAS - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan tersebut

Mereka ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini. (Malaysiakini. Mstar /AK)

[Berita lanjut menyusul]

ISA Gerakan Pun Bantah Juga.

LIM SI PING/ PEMUDA GERAKAN BANTAHAN ISA

Demonstrasi esok bukan landasan terbaik selesai isu ISA: PM
Demonstrasi yang dirancang beberapa pihak di ibu negara esok bukan landasan terbaik bagi penyelesaian kepada isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, sebentar tadi. – Berita Harian 1 Ogos 2009

Baca: Testimoni anak seorang tahanan ISA,

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Baca lanjut di sini.(Harakah)

Pemuda Gerakan turut hantar memorandum bantah ISA

KETUA Pemuda Gerakan, Lim Si Ping (dua dari kiri), berbincang sesuatu dengan pegawai polis ketika hendak menyerah dokumen memorandom bantahan ISA di Istana Negara, petang ini. Foto di atas Berita Harian Online 31 Julai 2009.

Tunggu apa jadi.

Friday, July 31, 2009

1 Hari Lagi, Mansuhkan ISA.. Mengapa & Bagaimana?


INILAH antara suara hati rakyat di negara ini....

SATU:
Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa ISA -...Pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.


Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.


Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula. - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

KEDUA: Mansuh ISA vs Pro-ISA - 1 Ogos adalah hari referen... Seruan USTAZ HAJI IDRIS BIN AHMAD Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos ini.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan satu himpunan pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.

Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti. Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya. PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.

PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.

KETIGA

Apa tindakan rakyat.. Rubahlah kemungkaran, sekadar kemampuan yang ada, termasuk dengan doa kepada Allah SWT. Dan hadir ke PERHIMPUNAN 1 Ogos ini!!

Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!



ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia .

Allahyarham Hamdan Abdul Rahman

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia.
Sabri Said dan Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya./wann/AK

Tengok tajuk-tajuk yang ada kaitan dalam blog http://www.ibnuhasyim.com.

1… Ibnu Hasyim: Mengapa PAS Mampu Bertahan Di DUN Permatang Pasir Pulau Pinang?"
2… 4 Sebab Pembangkang Tawan Pulau Pinang?
3…
Kerajaan Bertukar, YB Hamdan Tetap Bela Rakyat..
4...
Ibnu Hasyim: PAS PP Boikot P'raya P.Pauh..
5...
Ibnu Hasyim: Tak Reti Tadbir..Pak Lah Bole Belaah!!
6...
Ibnu Hasyim: Matang Pauh: Tak Dak Hati Perut.. Projek Najib Jatuhkan Pak Lah..
7...
Ibnu Hasyim: Minyak: Proton Patut Keluarkan Kereta Guna Air..
8… Ibnu Hasyim: Bantu PKR Sungguh-sungguh... Wan Rahim Wan Abdullah.
9… Ibnu Hasyim: Exco Perak Ditahan: Banyak Lagi Jerangkap Samar BN Akan Meledak…Wan Rahim.
10.. Ibnu Hasyim: Melayu Ditindas, Mana Keadilan?
11.. Ibnu Hasyim: Pukul Jurugambar, Pecah Kereta, Maki Orang, Raba Puteri…

Dll..

Thursday, July 30, 2009

Pusat Hiburan: Didalangi Kongsi Gelap - Khir Toyo


Berita Mstar Online: Khamis Julai 30, 2009 Selangor perlu beri penjelasan mengenai pertumbuhan pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor perlu telus dan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai pertumbuhan pusatpusat hiburan, rumah urut dan pusat refleksologi dalam negeri yang cukup ketara, kata Pengerusi badan perhubungan Gerakan Selangor, Senator A Kohilan Pillay.

Beliau berkata statistik Majlis Keselamatan Negara menunjukkan bahawa ketika ini terdapat kira-kira 4,000 premis sedemikian yang beroperasi di Selangor berbanding 700 sebelum ini.

"Memandangkan jumlahnya meningkat secara drastik, orang ramai ingin tahu berapa banyak daripadanya yang menjalankan aktiviti itu dengan mematuhi undang-undang, dan bukan hanya menggunakan ia untuk melindungi aktivitiaktiviti haram," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Gerakan berkata kerajaan Selangor kelihatan mengambil sikap tidak endah terhadap gesaan oleh banyak pihak yang mahukan penjelasan mengenai perkara itu.

"Kami difahamkan lesen rumah urut di Selangor sudah dibekukan oleh kerajaan Selangor tahun lepas ekoran ada pengusahanya yang cenderung menggunakan pusatpusat itu untuk melindungi kegiatan haram. Bagaimanapun kegiatan pusat-pusat ini sebaliknya kini dilihat semakin berleluasa, mesti ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan berkata kebanyakan kegiatan curi pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi oleh "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap. BERNAMA

'Pengganas' Yang Baik Di Amerika.

JENDELA GLOBAL
Daniel Boyd

Di TEPI danau dalam kawasan Raleigh North Carolina, seorang lelaki bernama Daniel Boyd, berkerja sendiri dalam bidang bangunan, tiba-tiba ditangkap bersama 6 lagi warga North Carolina pada 27 Julai Selasa lalu. Mereka dituduh pengganas di beberapa negara seperti Jordan, Kosovo, Israel termasuk di Jalur Gaza, dan Boyd adalah ketuanya.

Boyd yang berusia 39 tahun dituduh pernah ikut bertempur dan mendapat latihan dari kumpulan mujahidin Afghanistan dan Pakistan antara tahun 1989-1992. Pihak Amerika Syarikat (AS) menuduh mereka membentuk kem latihan, mendirikan organisasi menggunakan dana sendiri, dan merekrut dua anak lelakinya berusia 20 dan 22 yang menjadi tertuduh.

"Selama tiga tahun kebelakangan ini, Boyd dan kumpulannya dituduh merekrut anak-anak muda AS dan membantu mereka keluar negara melakukan pembunuhan." dakwa David Kris dari Jabatan Kehakiman AS.

Dalam surat dakwaan disebutkan, bahawa Boyd dan kumpulanya terlibat dalam sebuah konspirasi bergelar Angkatan Jihad Global di berbagai negara pada akhir tahun 2006 hingga Julai 2009. Boyd dituduh membiayai mereka, walaupun dalam surat dakwaan itu tidak disebutkan secara spesifik serangan-serangan yang dilakukan. Cuma dituduh pernah ke Israel pada Jun 2007 untuk melakukan serangan jihad, tetapi rancangan itu gagal dilakukan.

Selain Boyd, yang ditangkap bernama Ziyad Yaghi, 21, disebut-sebut pernah ke Jordan pada Oktober 2006 untuk melakukan tindakan keganasan disana. Sejauh ini, mereka 7 yang ditahan itu masih belum diberi ruang membuat kenyataan pembelaan. Sebenarnya perkara begini adalah suatu yang lumrah bagi negara AS yang kononnya memberi kebebasan domokrasi itu. Contohnya, pada Januari 2008, seorang mualaf bernama Jose Padilla dihukum lebih dari 17 tahun penjara kerana dituduh merancang pembunuhan di luar negera. Pada Mei 2009, 5 lelaki ditangkap atas tuduhan berkonspirasi untuk meledakkan Sears Tower di Chicago.

Suatu tinjauan dibuat kepada jiran tetangga Boyd. Mereka mengatakan, Boyd dan isterinya adalah orang tua yang baik, yang sangat mengambil berat keluarganya dalam mendidik anak-anak dan terkenal dengan sifat suka menolong. "Jika benar ia seorang pengganas, memang ia seorang pengganas paling baik yang pernah saya jumpai dalam hidup saya. Tetapi, saya tidak percaya Boyd seorang pengganas" kata Charles Casale, 46, salah seorang yang mengenali Boyd.

Isteri dan tetangga Boyd tetap tidak percaya dengan tuduhan itu. Apalagi dua anak Boyd, Zakaria, 20 dan Dylan, 22 yang juga ikut ditahan. Isteri Boyd, Sabrina meminta orang ramai tidak mempercayainya. "Kami ada hak menuntut keadilan dan kami yakin keadilan akan segera terungkap. Kami cuma orang biasa yang juga mengambil berat kepada manusia lain," ujar Sabrina.

Seorang jiran yang juga sahabat Boyd, Jeremi Kuhn mengatakan, keluarga Boyd adalah keluarga yang dekat bahkan sangat mengambil berat membantu orang lain di sekitarnya, berbanding jiran lain. "Kalau memang benar mereka teroris, saya akan menjadi orang yang paling gembira di dunia. Saya fikir pemerintah telah menangkap 7 manusia tidak berdosa, memerosok ke penjara dan menunggu hancurnya hidup mereka," jelas Kuhn.

Jahannam Amerika! (Pelbagai sumber/AK)

Sila link kenyataan isteri Boyd...

Malaysia, Siapa Beri Nama? Sempena 31 Ogos..



Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949

by Mohd. Rusydi Azfar


SEMPENA Hari Kebangsaan ke-52 yang bakal di sambut pada 31 Ogos depan, di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.


Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.


Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia” (Rujuk lampiran di bawah..).


TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".


Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.


Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.


2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Thai iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.


3) Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu (lihat gambar

bendera di atas).

Chicago Map 1914


Utusan Malaysia 29 Julai 2009.

Terima kasih kepada penulis, pihak Ibnu Hasyim sangat menghargai sumbangan tuan. Alhamdulillah. (AK)

MIC-PAKATAN, Sebenarnya Siapa Bantah Siapa?

Pasukan FRU dikatakan mengawal pertembungan perhimpunan antara penyokong Pakatan Rakyat dan MIC di luar bangunan MIC di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur hari ini.--fotoTHE STAR oleh Azhar Mahfof

Berita Mstar Online: Khamis Julai 30, 2009 Penyokong Pakatan, MIC bertembung di ibu pejabat MIC

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat sini.

Penyokong-penyokong memegang kain rentang tertulis 'perhimpunan demi keadilan kepada pelabur-pelabur Maika Holdings' dan 'pulangkan hak kami'.

Perhimpunan tersebut diketuai Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Terdahulu, pada pukul 12 tengah hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tiba di bangunan itu dan bertemu dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan Maikan Holdings.

Kira-kira 50 anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Selain penyokong PKR, kira-kira 300 penyokong MIC turut berhimpun melaung 'Pakatan penipu' dan memegang kain rentang tertulis 'Pakatan Rakyat aniaya penduduk Kampung Buah Pala, pulangkan tanah kami, Kampung Buah Pala'.

Pada ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.

Anak Samy Vellu, Vell Paari hadir di pekarangan bangunan MIC ketika itu.

Isnin lalu, Vell Paari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings berkata, beliau sedia untuk bertemu dengan sesiapa hari ini untuk menerangkan keadaan sayap pelaburan MIC itu.

Blog Ibnu Hasyim: Sebenarnya Siapa bantah siapa? Kita lihat berita lanjutnya.

Saya Bukan Lari Dari Medan Perang -Ahmad Awang

Ustaz Ahmad Awang semasa ditemui di pejabat sementaranya.

Ustaz Ahmad bersama Dr Hj Mohd editor Blog Ibnu Hasyim

KL. Julai 30 2009. USTAZ Ahmad Awang bukan lari dari medan perang, tetapi cuma tukar divisyen. Katanya kepada wakil Blog Ibnu Hasyim di pejabat sementaranya di Jalan Ipoh semalam.

"Saya bukan lari dari medan perang, melawan UMNO dan kemungkaran tetapi cuma tukar divisyen..." katanya. "Lagi satu umur pun dah tua, calun lain banyak yang muda... bagi peluang pada yang muda...." Ucap beliau dengan nada terharu tetapi tetap sentiasa tersenyum.

Blog Ibnu Hasyim datang menemuinya setelah membaca tulisan beliau dalam blog http://usahmadawang.blogspot.com/ Beliau yang dilahirkan pada tahun 1936, sebagai anak jati Semanggol, Perak, sebelum ini menyandang jawatan Naib Presiden PAS sebelum pemilihan yang dalam muktamar PAS lalu bersama Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Beliau menolak pencalunan selanjutnya, walau pernah dirayu oleh Presiden PAS sendiri untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Beliau menarik diri dari pencalunan dalam muktamar PAS ke 55 lalu, dan menolak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang telah dipimpinnya kira-kira lapan tahun. Selanjutnya beliau sedang mengusahakan di bidang pendidikan di kampungnya sendiri. Menurut sejarah silamnya, setelah 4 tahun belajar di sekolah Melayu, beliau memulakan pengajian agama di Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff, Gunung Semanggol bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah atas (Thanawi Rabi’).

Sekolah Agama Rakyat tersebut ketika itu bukan sahaja terkenal sebagai pusat pendidikan, tetapi juga dikenali sebagai sebuah institusi gerakan Islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang ditakuti oleh penjajah. Dato’ Onn, Presiden pertama UMNO pernah mengungkapkan kata-kata “hubaya, hubaya, bahaya dari gunung”. Ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang ditahan oleh penjajah Inggeris adalah terdiri daripada lepasan maahad ini. Dari sinilah bermula mengalirnya semangat perjuangan Islam dalam diri beliau.

Setelah tamat Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pelajaran dalam bidang perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana di samping Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Beliau menyertai PAS pada tahun 1984 dan bergerak aktif setelah menjadi AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 1999. Bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Bagan Serai dalam PRU ke-10, dan kemudian dalam PRU ke-11 di Parlimen yang sama dan diDUN Selinsing.

Menurutnya, "Saya memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan sebagai guru agama kementerian di Sekolah Menengah St David High School, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 1963 dengan Biasiswa Kementerian Pelajaran. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, saya bertugas menjadi guru semula di Sekolah Aminuddin Baki, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Kemudian berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sebagai Pegawai Perancang Agama Dewasa. Kemudian saya bertugas sebagai pensyarah pendidikan Islam di Universti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur."

Sambung beliau, "Apabila ditubuhkan Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1974, saya dilantik sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, selepas itu ditukarkan ke Kementerian Pelajaran pada 1980 dan kembali semula ke Bahagian Agama JPM, kini dikenali sebagai JAKIM, sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam dan akhir sekali menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Islam sehingga bersara pada 1991."

Walaupun masih dalam perkhidmatan kerajaan, beliau aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan. Di antaranya menerajui menerajui pimpinan Persatuan Ulama’ Malaysia selama kira-kira 17 tahun, Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun, memimpin Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Di bidang ekonomi dan dakwah, menurutnya, "Saya juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain. Di peringkat antarabangsa, saya pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran
,"

Dr Haji Mohd Hasyim yang ikut bersama dalam pertemuan itu menyampuk, "Pada saya, itu sebabnya sebelum ustaz memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak, pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS sebelum itu sentiasa bertukar ganti. Lapan tahun uataz tadbir Perak sehingga wujud markas sendiri. Percakaran sesama PAS di negeri itu berjaya di selesaikan." Kata Dr Haji Mohd lagi, "Saya masih ingat, Setiausaha Agung waktu itu adalah Ustaz Halim Arshat yang ditugaskan menyelesaikannya, saya rapat dengan Ustaz Halim.. Oleh itu jasa anta sangat besar dalam hal ini!!" Jelas Dr Haji Mohd yang juga editor Blog Ibnu Hasyim. ( SJ/MS)

Sila lihat...

Pecat Ketua Polis Negara -Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2009. Menurut Harakah, Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa. Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, membuat desakan tersebut selepas mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam. Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia. Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu. Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya. Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (AK)

Polis Wanita Di England Wajib Pakai Tudung..

JENDELA GLOBAL

RABU, Julai 2009 Suatu langkah maju ke depan dilakukan Polis England, khasnya Polis Avon dan Somerset yang mewajibkan polis wanitanya memakai tudung jika hendak masuk ke masjid atau tempat-tempat suci orang Islam semasa sedang bertugas. Kebijaksanaan ini adalah sebagai suatu bentuk rasa saling hormat menghormati terhadap ajaran agama yang dianut oleh komuniti Muslim di Eropah.

Polis Avon dan Somerset telah menyediakan dua jenis tudung untuk polis wanitanya bertugas. Tudung tersebut, dilengkapi dengan nama dan logo polis tempatan, disulam di tudung yang disesuaikan dengan pakaian seragam berwarna biru dan hitam. Tudung biru digunakan untuk pakaian seragam polis yang bertugas melayani masyarakat dan yang lainnya bertudung hitam.

"Hal ini merupakan langkah positif untuk melengkapkan keseragam polis di Avon dan Somerset, dan saya yakin akan diterima oleh seluruh polis di sini," kata pejabat Polis bagi wilayah Avon dan Somerset, Jackie Roberts.

Menurut Ibupejabat Polis Bandar, penambahan tudung tersebut dilakukan setelah berbincang dengan komuniti masyarakat Muslim di sana. Imam Rashad Azami dari Komuniti Bath Islami menilai positif terhadap dasar baru itu dan menganggapnya sebagai langkah tepat untuk membangun kepercayaan antara Muslim Inggeris dan kerajaan di negeri itu. Syarat memakai tudung kepada polis wanita, bukan sahaja dikenakan untuk memasuki masjid dan rumah ibadat bagi orang Islam, bahkan juga untuk orang Yahudi dan Kristian.

"Tudung itu direka supaya sesuai digunakan disemua tempat ibadat dengan menutup bahagian kepala sampai bahu. Jadi polis wanita boleh memakainya semasa masuk ke gereja atau sinagog," kata jurucakap Polis itu lagi. (AK)

Wednesday, July 29, 2009

Muka Tak Malu.. Mohon Maaf, Utusan Tak Sengaja?

Tak sengaja: Utusan mohon maaf kepada MB Kelantan 29 Jul 2009 3:36PM

UTUSAN MALAYSIA memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut. / Utusan Online

Blog Ibnu Hasyim: Tok Guru kata, nasihat beliau "tidak semestinya didengar" 'ter'tukar jadi "Nasihat saya mesti didengar"... Utusan Tak Sengaja? Muka Tak Malu.



(AK)

Tuesday, July 28, 2009

Gempar! Virus Baru Menyerang Malaysia.. B1N1

"AWAS virus baru menyerang Malaysia? Hari-hari ada beritanya dalam surat khabar perdana.. rasmi itu, rasmi ini! Kalau H1N1 memakan korban sudah 3 orang, penyakit ini bagaimana?" Seseorang bercakap kuat di sebuah restoren di Jalam Ampang sebentar tadi. Demikian laporan dari pemberita Blog Ibnu Hasyim.

"Siapa dia?" Seorang bertanya.

"Cari sendiri! Tengok akhbar harian, gambar bini siapa hari-hari ada dalam akhbar. Mengapa Lee Kuan Yew menteri penting Singapura datang menemuinya? Bila ditanya Kuan Yew mengapa menemuinya, lihat apa jawab Kuan Yew? Apa pula komen Zaid Ibrahim mengenainya?" Jawab si yang bercakap awal tadi.

"Itulah virus 'B1N1'.... naik muak dan loya rakyat menatapnya. " Jawapan yang menggempar dan gamatkan restoren itu dengan suara ketawa.

Ha ha ha.. Ha ha ha..

(AK)

Klik sebelum ini...

1..Rosmah Mansur, Isteri PMku. Lihat Gambar Ini..
2..Kemaskini: Rosmah Puaka? (1, 2 & 3... 4 & 5).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails