Saturday, August 15, 2009

SPRM DS Ahmad Said Patut Dipecat -Lau Weng San



PESURUHJAYA Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dipecat kerana kegagalannya dalam menjalankan tugasnya dalam siasatan skandal PKFZ yang melibatkan amaun RM12.5 bilion. Demikian dinyatakan oleh Lau Weng San Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku di Petaling Jaya melalui blognya semalam.

Menurutnya, Pasukan Tugas Khas (Task force) yang ditubuhkan pada Jun 2009 telah dalam tempoh tiga bulan yang lalu telah mendapati bahawa pemaju PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) telah mengenakan bayaran lebih kurang RM1 bilion yang sebenarnya sama ada terlebih bayar, tidak berasas malahan bayaran itu mungkin adalah palsu. Bayaran RM1 bilion ini merupakan lebih kurang 30% daripada kos keseluruhan projek ini yang berjumlah RM3.522 bilion, tanpa mengira kos faedah.

Contohnya Pasukan Tugas Khas ini mendapati tuntutan yang dikenakan terhadap infrastruktur elektrikal yang bernilai RM55.8 juta, serta kerja-kerja infrastruktur kejuruteraan awam dan pembinaan kabel elektrikal 33 kV yang bernilai RM83 juta mungkin ialah tuntutan palsu kerana kerja-kerja ini tidak pernah dilakukan. Selain itu, terhadap juga kerja-kerja Variation Order (VO) sejumlah RM550 juta yang tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana dokumen.

"Saya berasa terkejut dengan apa yang diperolehi oleh Pasukan Tugas Khas ini kerana SPRM atau BPR sebelum ini seharusnya boleh menjalankan siasatan yang sama dan memperolehi butiran-butiran yang sama seperti ini dan kita tidak perlu menunggu sehingga sekarang untuk mengetahui penyelewengan-penyelewengan ini.

"Ini sekali lagi menunjukkan kegagalan SPRM dalam menjalankan tugasnya bagaikan “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”. SPRM harus memfokuskan segala kudrat tenaganya dalam menyiasat kes PKFZ yang melibatkan wang berbilion-bilion ringgit ini. Walaupun begitu, SPRM memilih untuk tidak mengambil tindakan awal untuk merawat isu PKFZ ini tetapi menjadikan kes ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang melibatkan beberapa ribu ringgit sebagai sasaran.

"Kegagalan SPRM di bawah pengelolaan Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dikecam dan kerajaan persekutuan harus menggantikan beliau dengan seorang lagi yang lebih sesuai dan dapat menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama." Katanya lagi.

Begitu juga mengenai Sebuah badan NGO bernama GERAK yang diketuai oleh Mohd Nazree Mohd Yunos telah pada 30 Julai 2009 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap YB Rodziah Ismail, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Batu Tiga berkenaan dengan beberapa tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan peruntukan DUN Sementa yang diangkat oleh YB Rodziah Ismail sebanyak RM375,000.

"Mengapakah SPRM belum menyiasat kes rasuah BN yang dilaporkan lebih awal daripada kes Rodziah?" Cabarnya lagi. (AK)

Nottingham: Seks & Maruah Remaja Menjalar Ke Malaysia?

HARI ini saya ke Bestwood Park, sebuah kawasan terpencil, kira-kira 20 minit menaiki bas daripada pusat bandar Nottingham untuk sessi outreach contraception and sexual health (CASH) clinic.

Sebenarnya klinik ini bukanlah klinik sebenar. Merupakan sebuah klinik yang direka di sebuah youth club. Ia merupakan sebuah pusat santai tempat anak-anak muda datang dan berekreasi di waktu petang (selepas jam 6 petang). Terdapat sebuah dewan serbaguna dan dilengkapi dengan pemain muzik, gelanggang futsal, snoker dan bola keranjang.

Ini memang merupakan taktik dan skil Primary Care Trust, dengan meletakkan klinik contraceptive di kawasan sebegini. Klinik diletakkan di kawasan perumahan golongan bawahan, dan mudah diakses oleh penduduk sekitar. Klinik dibuka seawal 5 petang, dan dewan serba guna ini hanya dibuka pada jam 6. Oleh yang demikian, kepada mereka yang ingin hadir secara bersembunyi tanpa kelibatan kawan-kawan yang lain, boleh hadir pada jam 5 petang tersebut.

Ada remaja berusia 14 yang baru sahaja mengenali seorang jejaka beberapa bulan, lalu datang ke klinik ini untuk mendapatkan kondom. Dia menyatakan hasrat untuk melakukan hubungan seks dengan jejaka berusia 17 tahun tersebut. Maka menjadi tugas staf klinik untuk memberikan nasihat yang sewajarnya, dan panduan menggunakan alat contraceptive, seperti mengajarkan cara menggunakan kondom, dan cara memakan pil (tidak semudah makan pil dan minum air suam)

Ada seorang remaja wanita yang berusia 15 tahun, yang apabila ditanya dia tinggal dengan siapa, dia menyatakan dia tinggal bersama ibu dan partner kepada ibunya... ayahnya hilang ke mana pun, kita tak tahu. Dia pun sekarang mempunyai hubungan dengan seorang jejaka, namun dia masih lagi sexually inactive. Kalau mak makan roti canai, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke....??

Ada seorang lagi remaja wanita, apabila ditanya tentang sexual history, pada bulan 3, dia masih belum pernah melakukan sebarang hubungan kelamin, namun menjelang Disember pada tahun yang sama, dia sudah berkali-kali melakukan hubungan seks pada usia 15 tahun. Jadi klinik ini menjadi tumpuannya untuk mendapatkan perkhidmatan pil contraceptive dan kondom buat pasangannya. Waduh, waduh, sungguh mudah maruah anak mudah tercalar, macam budak-budak nakal calarkan kereta cikgu disiplin yang mereka marahkan!

Seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang hadir membincangkan masalah terkininnya - just had a recent split - dengan teman lelakinya kerana didapati unfaithful...begitulah sifat lelaki yang 'mengganas' dengan hawa nafsunya, saling tukar wanita dengan sewenang-wenangnya.

Inilah dia lumrah kehidupan sebenar warga barat, nun jauh di ceruk. Apabila berada di kawasan universiti, atau di kawasan bandar seperti bandar besar London, secara superficial kita dapat melihat segala yang positif belaka. Cantik, kebersihan, budi bahasa, kemajuan, dan serba serbi lagi sifat-sifat yang baik. Namun yang tidak kelihatan ialah barah yang semakin kronik di dalam masyarakat, yang melahiran golongan muda yang tiada aspirasi, dan kehilangan individu untuk mereka jadikan role model.

"I'm amazed to see all these stunning records'', kata saya kepada Joanna, CASH nurse di klinik tersebut yang berpakaian serba casual, demi untuk tidak kelihatan terlalu jururawat di kawasan sebegitu.

''Well, you should'' katanya sambil tersenyum.

''I can't see any solution for these problem. It did happened 20 years back, but it seems that more and more teenagers are having sex at an earlier age''

Beritulah luahan hati seorang nurse yang berhadapan dengan realiti masyarakat sebegini setiap hari. Dia juga berasal daripada kawasan tersebut, dan mengenali kebanyakkan daripada remaja-remaja yang datang, dan mengklasifikasikan remaja-remaja yang dirasakan Fraser Competent. Anak-anak muda semakin mabuk lantas tenggelam dalam dunia sendiri lantaran dunia yang semakin meninggalkan nilai-nilai sejagat.

Klinik ini habis pada jam 8 malam, dan sepanjang perjalanan di dalma bas, realiti masyarakat ini terus saya hadam dan fikir-fikirkan.

Ini sedang berlaku bukan sahaja di negara barat, bahkan saya berani mengata it is happening right under our nose. Anak-anak muda belia di Malaysia yang kehilangan tujuan hidup, tiada aspirasi dan wawasan for the ultimate end, sedang di ambang kerosakan..

Adus...ada segolongan yang lain pula sibuk dengan hal masing-masing. Betapa angkuh dan pentingkan diri sendiri insan...


P/Pasir, Ustaz Salleh Man lawan Rohaizad.




PERMATANG PASIR, 14 Ogos 2009: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir. Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas. Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos. Mohd. Salleh Man 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Pinang Tunggal dan Sungai Dua merupakan antara empat bahagian pilihan raya yang pernah ditandinginya sejak tahun 1986. Bagaimanapun beliau tidak pernah memenangi mana-mana kerusi, pun begitu kata Salleh beliau berharap untuk menang pada kali ini.

Salleh, seoarang pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Syariah dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu. Terkenal di Seberang Perai sebagai ustaz yang sentiasa mengajar dari masjid ke masjid. Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak. Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

"Kami harap beliau akan menang kali ini," kata Abdul Hadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu. Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman. Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996. Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi. (Pelbagai sumber/ AK)

Detail mengenai undi di P/Pasir & berhibur dengan lagu politik, sila klik sini..

Friday, August 14, 2009

Cabar Ke Mahkamah Kerana Aurat.



Selain baju mandi, berpurdah pun boleh juga seperti gambar di bawah..

Ogos 12, 2009. AKHBAR La Parisien melaporkan, seorang wanita yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah, di Perancis. Hal ini terpaksa dilakukan, apabila pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis. Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka.

Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan. Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. (AFP. http://www.islamonline.net dll.AK)

Blog Ibnu Hasyim: Begitulah hebatnya perjuangan untuk menegakkan syariat Islam, walau baru menemui Islam. Sanggup berkorban kerana mempertahankan aurat Muslimah, bahkan ada yang sanggup mati seperti yang berlaku di Jerman baru-baru ini. Ya.. mereka sudah dapat kemanisan iman.. Sila lihat hadis-hadis Nabi mengenai kemanisan iman.. Malang bagi orang Islam yang masih belum dapat, bukan mempertahan untuk tutup aurat tetapi mencari helah untuk membuka aurat.

Dr Mujahid -Calon N11 P/Pasir....

DR MUJAHID Yusof, AJK PAS Pusat menyatakan kemenangan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir dalam dalam pilihan raya kecil kali ini adalah kemenangan bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

Mujahid anak jati Pulau Pinang, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, adalah menjadi keperluan supaya kerusi Dun Permatang Pasir kekal kemenangannya di tangan PAS kerana ia adalah satu keperluan walaupun hanya dengan satu kerusi yang ada di Pulau Pinang.

"Dengan kemenangan tersebut walaupun dengan satu kerusi yang ada maka PAS dapat memberi pandangan, teguran dan memberi pembelaan kepada nasib orang Melayu dan umat Islam khususnya di negeri ini.

"Perkara ini bukan hanya setakat amalan soleh sahaja malah ia adalah suatu keperluan untuk membela dalam banyak perkara dan isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

"Tetapi sekiranya ia di menangi oleh pihak yang lain maka mereka tidak dapat memberi pembelaan apa-apa kepada orang Melayu dan umat Islam kerana mereka itu bukannya parti yang memerintah di negeri Pulau Pinang," katanya.

Beliau juga menyebutkan, bagi PAS, kemenangan di Permatang Pasir nanti adalah untuk orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, kemenangan nanti bererti sokongan kepada kerajaan pimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng di negeri itu. Bagi PKR, kemenangan di sini bererti sokongan terus menerus kepada anggota Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah perspektif yang ada kepada semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir nanti. Perspektif inilah yang bakal menyatukan mereka dengan satu tujuan iaitu memenangkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat melawan calon Umno yang akan mewakili BN.Walaupun siapapun mewakili PAS, perpekstif ini jelas di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang berbengkel sehari suntuk semalam di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh iaitu dalam kawasan pilihan raya Permatang Pasir.(Sumber Harakah dll AK)

Sila lihat yang lepas-lepas..

Arak & Penyelesaian, Cina DAP Cabar Melayu..

SUDAH wujud jalan selesai mengenai arak, Bagaimana kesimpulannya? Ikutilah Kenyataan Media oleh Lau Weng San Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku di Petaling Jaya pada Khamis, 13 Ogos 2009:

UMNO perlu bertindak ikhlas dan bukan berpoliticking dalam isu larangan menjual minuman beralkohol

UMNO perlu bertindak ikhlas dan bukan berpoliticking dalam isu larangan menjual minuman beralkohol. Untuk beberapa minggu yang lalu, UMNO dan Utusan Malaysia telah menggunakan isu larangan menjual minuman beralkohol untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat Selangor.

Malahan UMNO dan Utusan Malaysia telah mencampur-adukkan isu ini dengan isu-isu perkauman dan agama yang lain dan melancarkan serangan dan fitnah yang tidak berasas dan terhadap DAP, kononnya DAP anti-Islam dan anti Melayu.

Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri-negeri yang mereka mentadbir.

UMNO juga perlu menggubal undang-undang Parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol.

Janganlah UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga sahaja.

Artikel 5 dalam Perlembagaan telah memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam Perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.

Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat menyakinkan parti-parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama.

Jikalau UMNO dan Utusan Malaysia tidak memberanikan diri untuk melakukan apa yang disarankan saya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidak-ikhlasan UMNO dan BN.

Berikutan dengan perbincangan larangan menjual minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam, Menteri besar Selangor telah mengumumkan dasar “Kawalan-Kenditi” (Self-Regulating) di mana sepuluh (10) kedai serbaneka di kawasan sekitar Shah Alam tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pengguna.

Ia melibatkan 7-Eleven di Seksyen 2,6,19,11,13, 8, 7, 3, dan 7-Eleven di Jalan Kristal dan Jalan plumbum U7/7 di Seksyen 7. Sementara itu, untuk tujuh kedai 7-Eleven di Seksyen 16, 17, 20, 9, Seksyen 13 (bersebelahan Giant), Seksyen 13 (bersebelahan Hotel Carlton dan juga Seksyen 18, minuman beralkohol tidak lagi dipamerkan di rak minuman tetapi dijual di kaunter untuk pelanggan khusus seperti pelancong dan orang bukan Islam.

Ini merupakan langkah-langkah awal dan bijak daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan minuman ini tidak dijualkan kepada mereka yang tidak memerlukannya dari segi undang-undang di mana keputusan ini juga tidak bercanggahan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Blog Ibnu Hasyim: ... Antara cabaran Lau.. "..maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri-negeri yang mereka mentadbir. UMNO juga perlu menggubal undang-undang Parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol."

Kita tunggu jawapan dari UMNO atau juak-juaknya... (AK)

'Tidak Pelik' Bukan 'Tidak Salah' Tok Guru Akui. Salahnya...


MENURUT lapuran terbaru, Tok Guru Nik Aziz mengakui beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ ketika mengulas isu pemimpin DAP yang didakwa menghina Islam. Tok guru menyatakan, perkataan sepatutnya dinyatakan ialah ‘ tidak pelik’ kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud ‘tidak pelik’. Perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Konkrit Kampong Kelaweh ke Kuala Sat. Tok Guru Nik Aziz berkata , perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macamana mereka nak ‘reti’ mengenai Islam hanya berdakwah kepada orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam, menurut beberapa sumber berita. Beliau berkata sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri (Menteri Besar Kelantan), Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

“Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat parti DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam. (DAri beberapa sumber, Jiwa Kelate dll/AK)

Bukan DAP, UMNO/BN Hina Islam Lagi Teruk.

Oleh Megat Ali Megat Alang

PETALING JAYA, 14 Ogos : Harakah sebentar tadi menyebutkan, Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini.

Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.

Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina. "Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.

Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum. "Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.. Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan. Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh. Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat. Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat. Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.

Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana.

Sementara itu Blog Ibnu Hasyim mendapat beberapa ulasan daripada pembaca mengenai tajuk DAP Tolak Islam, Orang Islam Tolak Lebih Hina -Nik Aziz... (Berita BERNAMA), antaranya mengkritik PAS seolah-olah tidak mampu menjelaskan kepada DAP rakan gabungannya yang hina Islam.

Jawab pihak kami (Blog Ibnu Hasyim)...

Sengaja saya jawab lambat isu ini, kerana:

1..Nak dengar pandangan tuan-tuan dulu.


2..Nak tunggu berita asli dari Tok Guru atau PAS, kerana dalam memperjelas sesuatu tak boleh dengar dari musuhnya sahaja, apa lagi Bernama yang ada rekod menyelewengkan berita PAS.


3..Baru saya jawab fasal hina Islam...


Memang musuh hina Islam wajib dipertahan atau dihukum kalau ada kuasa, tak kira dalam atau luar negara. Hatta bantah melalui demontrasi pun. Tapi BN tak bantah sngguh-sungguh, banyak buktinya.
Soalnya sekarang benarkah DAP itu hina Islam? Tidak boleh dihukum hanya dengan bukti melalui berita dari musuhnya. PAS tidak ada kuasa menghukum, yang ada kuasa ialah kerajaan BN.

Bukti yang ada di hadapan kita, DAP berbaik-baik dengan PAS & PKR. DAP tidak pernah apa-apakan orang PAS. Tapi BN penjarakan & bunuh ramai orang PAS termasuk ulama. Tolak hudud, rampas royalti minyak & tak bertegas dengan rasuah sehingga hak rakyat, orang Islam-Melayu tergadai.


Memang bunyinya DAP macam hina Islam. Itu masih di peringkat forum, bincang, kadang-kadang keras kerana mereka masih belum faham. Itu yang PAS sedang lakukan menerangkan kepada mereka.DAP baru cakap tak mahu hudud, tapi BN dah tolak permintaan PAS nak buat hudud. Tapi kadang-kadang UMNO lebih teruk hina Islam. Contohnya tuduh Hj Hadi sebagai nabi, pernah disaman & bayar gantirugi pun. Tuduh PAS lebih bahaya dari komunis, roboh masjid.

Banyak bukti perbuatan UMNO yang mengaku Islam tetapi menentang Islam.
Patutlah dalam Islam kesalahan murtad (keluar Islam) hukumnya lebih teruk dari yang bukan Islam.

Cukup setakat ini dulu.. Kita sambung lagi coming soon. Terima kasih kerana diajak berbincang supaya terbuka fikiran. Allahu aklam.
August 13, 2009 11:36 PM

(2MA)

Thursday, August 13, 2009

Isu Arak S'ngor, Selesai - PR Makin Kukuh.

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini. - azm

Kesimpulanya, isu arak di Selengor sudah selesai dan nampaknya PKR makin kukuh. (AK)

Asri, Perginya Penghibur Hiburan Alternatif Munuju Taqwa.

HALAMAN HIBURAN
Oleh Megat Ali Megat Alang
KL. Pemergian vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi adalah pemergian seorang penghibur yang berjasa besar memperendangkan sebuah hiburan alternatif ke arah lagu bermoral dan menuju taqwa. Mohd Asri dan Kumpulan 'Rabbani' berjaya membawa dan memulihkan imej nama baik penghibur-penghibur yang sebelum ini kebanyakannya dianggap buruk oleh masyarakat.
Mereka memperkenal hiburan alternatif bersesuaian dengan kehendak agama Islam berserta akhlak mereka yang baik sejajar dengan lagu mereka bawa. Demikian pandangan Blog Ibnu Hashim melalui editornya Dr Haji Mohd Hasyim setelah mendapat berita pemergiannya akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurutnya, Rabbani pernah dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut. Tidak kurang juga yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
"Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan. Ada berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada. Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu 'Pergi Tak Kembali' ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid. Tetapi yang penting pada saya, lagu-lagu itu dapat memalingkan dunia hiburan ke arah hiburan alternatif menuju taqwa... meninggalkan kemungkaran dan maksiat dari hiburan " Kata Haji Mohd lagi.
Namun, kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri. Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'Arah Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala Melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.
Kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur. Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar. Balu arwah, Haliza Shahadan turut hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4. Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Blog Ibnu Hasyim mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, dan "Marillah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah!" Kata Haji Mohd. Al-Fatihah!! (2MA)

PERHATIAN:
Pihak kami telahpun mempersembahkan siri koleksi hiburan dan lagu-lagu 'Hibur Hibur Sikit' disesuai untuk anda, tidak menyimpang dari ajaran agama dan moral, yang membawa ke arah pembanguna insan. Dari akan terus diterbitkan dalam blog ini dari masa ke masa.
SILA ikuti koleksi hiburan, lagu dan nasyid ini, sebagai alternatif.. ke arah membentuk insan.. klik di sini..

Anwar Cabar Menteri UMNO Yang Menghunus Keris?



DATO' Seri Anwar Ibrahim mencabar pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional yang handal- handal, menteri mereka yang menghunus keris, dan menyuruh tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera? Wang berpuluh juta diambil untuk keluarga dan kroni mereka?

Menurutnya lagi,"Bukit Tinggi? Gunung Genting?.. diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke-tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain-lain."

Kalau beliau ada mengambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri beliau, isteri beliau dan anak-anak, sila cabar beliau. "Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya! Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu." tambah Anwar.

Beliau menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau. Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar.

Sebaliknya Anwar menegaskan Umno dan BNlah yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama. "Orang Melayu diperbodohkan kerana Umno hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Beliau juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci. "1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi.

Demikian kata Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. (Harakah/AK)

Hibur, Hibur Sikit...13 -Asri & Rabbani.
















SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I

Album II

Asri Rabbani Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2009 - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia. Menurut Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut. Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. (AK)

SILA ikuti koleksi hiburan, lagu dan nasyid ini, sebagai alternatif.. ke arah membentuk insan..


Hibur, Hibur Sikit...12 -Sambut Puasa Upin & Ipin.











SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I

Album II

Wednesday, August 12, 2009

DAP Tolak Islam, Orang Islam Tolak Lebih Hina -Nik Aziz.


BERNAMA: Rabu Ogos 12, 2009 Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Yang tolak hudud nak dilaksanakan di Kelantan bukan DAP tetapi kerajaan Pusat BN. Yang rampas royalti minyak dari Kelantan & Terangganu bukan DAP. Arak di Selangor agak-agak siapa??? (2MA)

Biadap, Lihat Rumah Arak Ini! Dan...



Jangan lupa, Zionis terus biadap.

Gambar Atas..
Lihat rumah arak ini, terletak di tengah kota , Manhattan, New York. Mereka dirikan sebuah rumah minuman arak berbentuk kiblat umat Islam , Mekah. Mereka namakan " Apple Mecca ".

Gambar bawah..
Di Israel pula, tandas yang merupakan patung wanita bertudung menjadi popular. Ini satu persendaan terhadap wanita Islam.



Jangan lupa teruskan boikot barangan Zoinis Israel bangsat itu dan kuncu-kuncunya di Malaysia! Di negara ini, jangan sampai arak jadi lambang 'hina' dan dayusnya umat Islam!(2MA)

Sila lihat sebelumnya..

Yang Mati Itu, Bukan Noordin Mohd Top -Polis Indonesia.

POLIS Indonesia hari ini mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung pada Sabtu lalu ialah 'pengganas' yang dikenali sebagai Ibrohim, 37, yang konon terlibat merancang dan mengatur pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas... hasil dari ujian DNA. Bukan Noordin Mohd Top. Berita BERNAMA Foto AP (AK)

Sila klik sebelumnya..

Jom Kreatif: Buat Seliper Dari Tayar Terpakai.

JOM KREATIF

Cantikkan? Boleh guna sendiri, jual tambah pendapatan, atau untuk sedekah jariah di masjid. Bagaimana mendapatkannya?


Lihat! Lelaki ini cuma memanfaatkan barang buangan..

Dia berkreatif hingga berhasil.. Buat seliper, dah boleh guna..

Tahan lasak lagi..

Oh! Ada yang tajam pula! Berbagai design..

Bayangkan kalau dibisneskan. Dibuat pembungkusan yang baik. Sesuai pula untuk tempat lasak. Apalagi kos jualbelinya jimat di saat ekonomi merudum ini? Berfikir kreatiflah!!

Tunggu siri Jom Kreatif coming soon.. (AK)

Tuesday, August 11, 2009

Arak: 'Kawalan Kendiri' MB... PAS Beri Tempuh Se bulan.

Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali sedang membaca khutbah di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang.

PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung 'kawalan kendiri' terhadap penjualan arak dan memohon agar MB tersebut memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan kaedah itu didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan balas yang difikirkannya wajar untuk mengatasinya.

Demikan kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor selepas satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Negeri yang diadakan pada 09 Ogos Ahad lepas. Mesyuarat diadakan bagi membincang segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak, khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/Islam di negeri ini berhubung isu melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di Selangor.

PAS Selangor juga mahu isu kontroversial ini tidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak termasuk Umno dan BN. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan, galakkan serta pandangan positif yang mencerminkan keprihatinanrakyat, tidak pernah menyarankan ahli-ahlinya menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil dan menegaskan akan terus konsisten dengan tuntutannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh penjualannya seluruh Selangor, tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja, demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri, tetapi hanya perubahan jawatan kepada YAB MB sendiri atau mana-mana Exco lain yang MB fikirkan sesuai. (Sumber Jiwo Kelate).

Serang Islam Melalui Filem, Malaysia Pun Sama?

HALAMAN HIBURAN


GEERT WILDERS, anggota legislatif Belanda pembuat filem "Fitna" yang isinya menghina Al-Quran, menjadi sasaran para hacker di Turki. Para hacker Turki mengolah foto Wilder yang hasilnya seperti terlihat dalam gambar dan menyebarkannya ke ratusan laman internet.

Akhbar Turki, Yenisafak dalam laporannya menyebutkan, gambar Wilder yang diubah seperti monyet itu adalah idea seorang hacker asal Turki berkode "aLpTurkTegin" sebagai bentuk protes terhadap Wilders yang dikenal dengan pernyataan-pernyataannya yang anti-Islam.

Meski menuai kecaman atas filemnya yang berjudul "Fitna", Wilders tak berniat berhenti menyerang Islam. Ia malah berniat membuat filem anti-Islam baru. Bulan April lalu, Wilders yang juga anti-imigran ini mengaku sedang menggarap filem tentang "Islamisasi di Barat."

Sejak kes Wilders mencuat, para hacker menggunakan media internet untuk memprotes sikap anti-Islam Wilders dan sasaran mereka adalahlaman-laman internet asal Belanda. Selama satu minggu belakangan ini, sedikitnya 140 laman Belanda di-hack dengan cara menyematkan komentar dan gambar anti-Wilders. (Era Muslim & Pelbagai Sumber)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Seorang ahli bisnes Amerika Syarikat bernama Hendry Ford I, pengasas dan ketua Syarikat Motor Ford dalam bukunya ‘The International Jew’ terbitan 1920, menuulis, '… Panggung wayang gambar sudah lama masuk dalam program Yahudi untuk memandu, mempengaruhi dan menjajah fikiran manusia. Setiap minggu dan malam, panggung wayang akan menjadi teman rapat yang sentiasa utarakan idea-idea kehendak kuasa balik tabir tersebut…'

Kini panggung wayang itu sudah dikecilkan dan disesuaikan untuk masuk ke setiap rumah, dijadikan tv, video, komputer, internet dan segala macam. Filem-filem digunakan untuk menyerang dan menjajah fikiran manusia. Di Malaysia mereka yang bercakap tidak berlandaskan agama, atau mempertahankan konsert lucah dan tak bermoral akan terjebak ke dalam perangkap samar serangan terhadap Islam tersebut.

Amat wajar seperti yang dilakukan di Turki, persiapan mempertahankan diri dari serangan musuh-musuh Islam atau menyerang balik. Bagaimana di Malaysia?

Klik ini sebagai tambahan... Jajah Melalui Fikiran, Budaya & Filem...

dan...






(Era Muslim & Pelbagai Sumber)

'Manifesto Al-Badawi' Bawa PAS Perjuangkan Merdeka.

Gambar Kenangan Dato' Mohd.Asri bersama Prof.Hamka (bersongkok)

BERBICARA tentang gerakan Islam di Malaysia, tentu tak boleh memisahkan PAS (Parti Islam Semalaysia) sebagai salah satu bahagian yang cukup dominan dan memberikan warna. Parti Islam yang konsisten menjadi pembangkang dalam pemerintahan Malaysia ini kini mengalami pelbagai fasa dan pasang surut dalam sejarah perkembangannya.

Pilihanraya 2008 tak pelak telah mengubah wajah dan peruntungan PAS. Dari sebuah parti yang dianggap ekstrem, PAS berubah menjadi parti moderat tanpa meninggalkan cita-cita Islamnya dan menjadi salah satu pilihan rakyat Muslim di Malaysia. Di Parlimen, PAS menguasai 10% kerusi, atau menjadi 25% parti pembangkang. Empat tahun sebelumnya, PAS masih belum dianggap siapa-siapa, dan kini parti ini menjadi perhatian umum, dan sekaligus banyak pengamat.

Sejarah PAS

Kemunculan PAS dalam sejarah politik Malaysia bermula dari 23 Agustus 1651. Ketika para ulama Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur dan bersepakat mendirikan Persatuan Ulama Se-Malaysia. Namun pada 24 November 1951, nama ini diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada pertemuan ulama Malaysia di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai. Sesuai dengan namanya, PAS memang tidak lepas dari kiprah ulama-ulama Islam di negara itu.

Namun, keterlibatan PAS dalam politik Malaysia baru terjadi pada pilihanraya 1955. Melihat suasana sosial Malaysia ketika itu, PAS akhirnya mulai beranjak diri menjadi sebuah gerakan politik dakwah. Pergeseran dan perubahan ini juga tak lepas dari pengaruh Ikhwan di Mesir, dan Masyumi di Indonesia. Para ulama dan mahasiswa yang sedang belajar di Indonesia dan Mesir sedar bahawa negaranya memerlukan sebuah institusi rasmi yang mewakili dalam semua aspek kehidupan terutama dalam kondisi Malaysia yang sedang dijajah Inggeris saat itu.

Sebenarnya tahun 1947, percik pergerakan sudah dimulai dengan adanya Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) dan diikuti oleh Hizbul Muslimin setahun kemudian. Keduanya merupakan usaha keras dari Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Namun, keduanya tidak cukup bergaung kerana tekanan penguasa.

PAS selalu bertentangan dengan Umno, parti paling besar di Malaysia yang berhaluan nasionalis. Tahun 1950 boleh dikatakan peranan ulama di Malaysia tidak ada apa-apanya. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lulusan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan seorang tokoh Hizbul Muslimin mengatakan dalam tulisannya yang sampai saat ini menjadi salah satu pedoman PAS bahawa kedudukan ulama tak ubahnya seperti sampah, jika tunduk pada pemerintah dan tidak mempunyai kekuatan apapun. Ketika itu, kondisi masyarakat Malaysia memang menyedihkan kerana banyaknya pemurtadan orang Islam, judi, dan berbagai kesenangan duniawi lainnya, yang dalam hal ini ditaja oleh Umno.

Pada 24 November 1951, Haji Ahmad Badawi, seorang ulama di Seberang Perai mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulama Ke Jalan Allah” untuk menyambut persidangan PAS. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah gerakan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Secara tegas, para ulama PAS menolak bentuk-bentuk perjuangan yang didasarkan pada ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Perkembangan PAS

Dari sejak awal, PAS selalu mengusung agar Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Tahun 1959, PAS memenangi pilihanraya di Terengganu dan Kelantan, dan kemudian membentuk pemerintahan sendiri di bawah Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kekuasaan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak lama, kerana pada Oktober 1961, PAS berhasil digulingkan oleh hasil permainan politik kotor Perikatan. Hanya Kelantan yang bertahan cukup lama iaitu sampai tahun 1977.

Layaknya gerakan Islam yang memperjuangkan Islam, PAS mengalami restriksi penguasa yang tak suka. Penangkapan, embargo politik, dan pembunuhan rahsia terjadi. Cita-cita PAS untuk menampilkan Islam dianggap sebagai ancaman. Pada tahun 1973, PAS mulai membentuk kerjasama dengan pihak lain, iaitu Perikatan dan BN. Kerjasama ini membuka eskalasi baru kerana PAS menyampaikan Islam dengan lebih terbuka. Selama ini, cara PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan menggembor-gemborkan isu Islamnya.

Tahun 1982, terjadi perpecahan di tubuh PAS dan mereka sekaligus kehilangan kekuasaannya dalam pemerintahan. PAS mengalami krisis kepemimpinan dalam tempoh ini. Campur tangan pihak lain dalam hal ini sangat kental. Misalnya saja pada tahun 1996, PAS berkonflik dengan Parti Melayu Semangat 46, dan pada tahun 1991, dengan Umno.

Kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan wujudnya gerakan reformasi dalam tubuh PAS. Pada pilihanraya 2004, walau tidak dominan, Terengganu berhasil kembali dikuasai. Dan puncaknya adalah pada Pilihanraya 2008, yang berhasil merebut hati rakyat di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai ancamana utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Rakyat Islam Malaysia tentu sangat berharap bahwa PAS akan terus konsisten dalam membela kepentingan rakyat. Mereka tidak ingin PAS menjadi parti yang bekerja sama dengan pemerintah namun kemudian banyak mengabaikan kepentingan rakyatnya seperti yang selalu terjadi di negara-negara lain. Selama bertahun-tahun, PAS terus dijadikan pilihan utama rakyat Islam Malaysia, dan satu manuver politik yang kurang perhitungan akan membuat rakyat meninggalkan PAS selama-lamanya. (Di angkat dari Satu Umat))

Oleh MEDIA INDONESIA

Kepada peminat-peminat atau pengkaji sejarah PAS, sila layari blog ini, antara blog terbaik mengenai sejarah PAS..

towardsmardhatillah.wordpress.com/.../histories/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails