


Lihat artikel-artikal mengenai puasa dan hari raya sebelum ini.
"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.
Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.
Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu. Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.
Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira". Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.
Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu. Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu. "Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.
(Pelbagai Sumber)
Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu. Hal ini berikutan dengan berita Harakah semalam yang menyebutkan kemungkinan akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh dalam masa terdekat.
Abu Hasan wakil rakyat DUN tersebut tidak hadir sidang dua kali, pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana ADUN dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.
"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily. Berikutan itu, Dr. Abdul Isa (lihat gambar di atas) telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.
Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi. Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.
Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat RajaRaja Kali ke188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga.
"Sehubungan itu saya ingin menasihatkan umat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam supaya berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengeliru dan memecah-belahkan umat Islam.
"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh daripada kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya. BERNAMA
Lihat Jawapan Tok Guru Nik Aziz
Artikel sebelum ini.. klik..
PUTRAJAYA 19 Ogos 2009: Menurut Bernama, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga.
"Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.. Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.. Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.
Muhyiddin juga berkata sebagai seorang yang beriman dan faham tentang agama Islam adalah tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Jadi, saya tak tahulah. Banyak yang beliau buat kenyataan yang bagi saya bercanggah dengan Islam itu sebenarnya," katanya.
Beliau berkata jika benar PAS mendakwa ia mengamalkan politik berlandaskan Islam yang sebenar, ahli dan pemimpin lain dalam parti itu perlu menasihati Nik Aziz agar tidak keterlaluan membuat tuduhan.
"Ini bahaya bagi Islam. Memang sebelum ini kita telah menunjukkan hasrat kita untuk bekerjasama untuk membangunkan negara, untuk tujuan umat Islam dan semangat perpaduan.. Itu Perdana Menteri dan Umno dah sebutkan tetapi dalam keadaan sebegini, tuduhan politik yang menggunakan agama agak menyulitkan. Jadi, saya serahkan kepada beliau (Nik Aziz) untuk fikir apa yang patut," katanya.
Sedangkan di Kota Bharu pagi tadi Menurut Harakah Datuk Nik Abdul Aziz menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap... Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW. "Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
Blog Ibnu Hasyim: Bolehkah dikatakan sekali lagi pemimpin UMNO tertipu dengan laporan silap akhbarnya sendiri? Kalau Mufti, mungkin beliau terperangkap, tetapi kalau pemimpin tinggi adakah kemungkitan dia yang memasang perangkap?? (AK)
Beliau mengulangi lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga. "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu. "Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Beliau akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataannya, katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. (AK)
Dia yang hendak pergi ke Chicago untuk ikut serta dalam perayaan Hari Kemerdekaan, mengatakan peristiwa itu "Sikit memalukan!.. Ini nama Muslim dan saya fikir nama tersebut biasa dalam daftar mereka,” katanya kepada saluran tv India melalui telefon. Sedangkan di New Delhi, Duta Besar AS Timothy J Roemer membayangkan Khan sebagai “ikon global” merupakan tamu yang patut disambut di AS.
“Saya ditahan…Saya dibawa ke satu ruang tempat beberapa orang lain menunggu pemeriksaan imigresen. Mereka kelihatan jelas orang Asia.. Saya menunggu barang yang saya bawa… Senang-senang mereka bawa saya ke ruang lain… Melakukan siasat kedua.." Katanya dengan marah. "Saya punya dokumen lengkap!”
Khan, telah beberapa kali ke AS untuk penggambaran filem, terakhirnya filem “My Name is Khan”, mengatakan, “Ini bukan peristiwa pertama. Tapi saya sendirian, kali ini... agak memalukan."
Artis yang akan kembali ke India pada 20 Ogos ini, menolak menyebut insiden itu berkait dengan maslah kaum tetapi adalah berkait dengan nama Muslimnya. Dua bulan sebelumnya sorang lagi superstar Malayalam Mammottyy ditahan di lapangan terbang JFK kerana memiliki nama Ismail. Artis itu merupakan cucu penyanyi lagenda Mukesh, Neil Nitin Mukesh.
Dari New Delhi diberitakan Kerajaan India bersikap keras atas penahanan Sakhrukh Khan tersebut dan menyatakan banyak insiden serupa terjadi dan memerlukan tindakbalas. “Saya berpendapat, kita patut lakukan hal sama...” kata Menteri Penerangan dan Penyiaran, Amibika Soni. "...dah melampau!"
Sementara itu carian di laman web mengenai Shah Rukh Khan ataupun lebih dikenali sebagai SRK meningkat kepada 800% Sabtu lepas ketika berita mengenai kejadian itu tersebar luas. Ia kemudian disiarkan di muka hadapan akhbar-akbahr di India, menduduki carta paling atas dalam laman web Yahoo! India dan forum online mula dibanjiri dengan tajuk seperti "Adakah AS bertindak keterlaluan keatas sesiapa yang mempunyai nama Islam?".
"Saya dimalukan tanpa sebab yang munasabah, saya tidak terfikir mahu menjejakan kaki ke Amerika lagi," kata Shah Rukh Khan.
Peminat-peminat pelakon terkenal Hollywood itu memprotes tindakan tersebut dengan membakar bendera AS dan seorang ahli kabinet India mencadangkan agar para pelawat dari Amerika di negara itu juga tidak dilayan dengan baik.
Dalam pada itu, pihak berkuasa AS mengatakan SRK ditahan selama 66 minit kerana dia dan bagisinya berada dalam penerbangan yang tidak sama. "Ia adalah satu prosuder yang perlu dipatuhi, ia tidak dijangka sama sekali," kata pegawai tersebut.
Walaupun ada yang menganggap Shah Rukh Khan baru sahaja habis membuat pengambaran filem mengenai seorang berbangsa India menjadi mangsa kepada sifat perkauman di AS, namun sebenarnya ia ada kaitan dengan nama Islam dan kempen anti pengganas.
Bagaimana kalau pihak Imigresen India menahan pelakon Hollywood terkenal Tom Hanks di lapangan terbang New Delhi dan mengurungnya selama lebih 2 jam seperti yang dilakukan AS kepada rakyat India? (AK)
"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.. Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya. "Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.
"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu. (http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html)
Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.
Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.
Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.
Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.
Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.
Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.
Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.
Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.
Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. (Sumber Harakah/AK)
PERMATANG PASIR, 17 Ogos : Isu menjanjikan pembangunan dan sogokan projek mee segera merupakan amalan Barisan Nasional (BN) di setiap pilihan raya kecil yang diadakan. Bagi calon PAS, beliau berpendapat bahawa BN sudah tidak mempunyai isu untuk digunakan dalam pilihan raya pada kali ini.
Beliau menyifatkan bahawa isu pembangunan merupakan isu yang tidak akan berkesan memandangkan Permatang Pasir sudah mempunyai prasarana dan kemudahan yg baik. Menyentuh mengenai amanah yang akan dijalankan sekiranya memenangi kerusi DUN Permatang Pasir, beliau berkata, sekiranya dipilih oleh pengundi Permatang Pasir, beliau akan meneruskan agenda yang telah dijalankan oleh YB sebelum ini, iaitu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.
Ustaz Salleh turut mengharapkan sokongan berterusan oleh penduduk seperti mana mereka berikan kepada YB Hamdan sebelum ini yang memenangi DUN tersebut untuk 3 penggal. Tegas beliau,
"Kita perlu memikul amanah yang telah diberikan. Apatah lagi kita mendapat kepercayaan dari para pengundi dan apabila mencapai kemenangan, sudah tentu kesinambungan berterusan yang ditinggalkan oleh arwah dahulu harus diteruskan." (AK)
![]() Berita dari Malaysiakini: Blog buang artikel 'konspirasi' PAS selepas diugut saman |
Oleh: Eko Hardjanto, Eindhoven.
TAHUN ini menandai lima kali Ramadhan saya habiskan di negeri tulip dan windmolen. Masyarakat Indonesia lebih mengenal windmolen dengan istilah kincir angin, ya betul, kincir angin negeri Belanda, negeri datar yang hampir seluruh daratannya lebih rendah dari permukaan samudra. Di tanah datar ini bunga tulip menyebarkan aroma khas pariwisata ke seluruh penjuru dunia. Tulip adalah Belanda.Belanda, negara relatif kecil di Eropa Barat, dengan penduduk hampir 17 juta jiwa. Satu juta di antaranya adalah kaum Muslimin yang sebagian besar adalah imigran asal Maroko, Turki, Iraq, Somalia, dan juga Indonesia. Tidak dipungkiri, hubungan sejarah Indonesia dan Belanda selama masa kolonial menjadikan pendatang maupun budaya Indonesia cukup mudah ditemui di negeri ini.
Ramadhan di Belanda, sebagaimana di negeri sub tropis lainnya, membutuhkan perjuangan ekstra. Selain kultur budaya dan agama yang berbeda, faktor alam pun membuat banyak perbedaan. Karena letak geografis Belanda jauh di sebelah utara garis katulistiwa, pada musim panas waktu siang jauh lebih panjang dibanding waktu malam. Tahun ini Ramadhan jatuh pada akhir musim panas di mana waktu maghrib tiba hampir pukul 21.00 malam dan subuh pada pukul 4.30 dini hari. Sehingga total waktu berpuasa tahun ini hampir 17 jam, jauh lebih panjang dibanding waktu berpuasa di Tanah Air.
Bagi saya di tahun kelima ini, Ramadhan di Belanda sudah menjadi biasa. Tidak ada lagi rasa kaget dan sepi ketika puasa dan berbuka, yang sering saya rasakan dulu ketika datang pertamakali ke negeri ini. Semarak aktivitas kaum Muslimin di negeri Belanda sepanjang Ramadhan membuat saya tetap merasa feeling at home, walau tentu saja ada kerinduan tersendiri mendengarkan suara adzan bersahutan seperti di Tanah Air, karena di Belanda suara adzan umumnya dikumandangkan hanya untuk di dalam masjid.
Groningen, kota pelajar di utara Belanda, di sini pertama kali saya habiskan Ramadhan dua tahun pertama. Kota kecil nan damai inilah yang pertamakali merubah rasa sepi, rindu, dan terasing ketika datang ke negeri ini. Komunitas Muslim di kota ini luar biasa hangat dan erat. Setiap akhir pekan selama Ramadhan selalu diadakan buka bersama oleh deGromiest – deGroningen Indonesian Moslem Society, komunitas Muslim yang terdiri dari para mahasiswa, pekerja, maupun mukimin asal Indonesia yang telah lama menetap di sekitar area Groningen.
Tidak jauh dari area Rijks Universiteit Groningen, ada sebuah rumah yang telah lama dijadikan masjid oleh warga muslim Groningen asal Maroko. Masjid ini dapat menampung sekitar 500 jamaah. Selama Ramadhan masjid ini penuh oleh jamaah tarwih maupun tadarrus Qur’an. Kami biasa memanggil masjid ini dengan masjid Selwerd. Selalu saya ingat pertama kali datang ke masjid ini adalah jabat tangan erat dan senyuman khas orang Maroko, sambutan yang biasa mereka berikan sebagai tanda ukhuwah dan persaudaraan.
Den Haag, kota pemerintahan, tempat sang Ratu Beatrix bermukim dan bekerja. Kota ini identik dengan masyarakat Indonesia karena mudah ditemui rumah makan, toko, maupun warga asal Indonesia. Dekat dengan pusat kota, berdiri megah masjid Al-Hikmah, masjid yang dibangun oleh KBRI dan warga Indonesia. Seperti halnya masjid-masjid lain, selama Ramadhan masjid ini pun semarak dengan ibadah shalat, tadarrus, tarwih, dan buka puasa.
Amsterdam, ibu kota Belanda sekaligus ikon pariwisata. Di sana semarak Ramadhan menemukan gairahnya. Sebuah organisasi Islam masayarakat Indonesia setiap tahun melaksanakan aktifitas Ramadhan dan tarwih bersama, tidak tanggung-tanggung, mereka selalu mendatangkan imam dan penceramah dari Tanah Air. Suatu kali seorang imam yang hafidz Qur’an datang dengan bacaan yang indah menggetarkan kalbu.
Karena kagum dengan hafalan dan bacaan Qur’an sang imam asal Indonesia ini, seorang wanita Maroko meminta sang imam untuk menikahinya. Sang imam telah berkeluarga, terimakasih ia ucapkan, dengan sopan ia menolaknya. Sumbangan mengalir deras dari para jamaah untuk sang imam yang memiliki yayasan da’wah dan pendidikan di Indonesia. Satu kali terlihat pula sebuah sepeda motor langsung dihibahkan seorang jama’ah tarwih sebagai infaq bagi perjuangan sang imam di Tanah Air.
Utrecht, kota central di tengah Belanda. Di sini ada Stichting Generasi Baru dan Yayasan Bina Dakwah. Mereka semua yayasan yang didirikan oleh masyarakat mukimin Indonesia di Utrecht. Selama Ramadhan kedua yayasan itu bekerjasama membangun semarak ibadah tarwih dan buka bersama.
Semarak Ramadhan di Belanda memang luar biasa. Para bule Belanda pun sudah maklum karena intensitas hubungan mereka dengan kaum muslim yang cukup besar. Dalam keseharian, nuansa sinis ala Geert Wilders jarang saya temui, alhamdulillah. Bagi saya sejauh ini, orang Belanda adalah keramahan dan kebebasan beragama.
Suatu pagi, seorang kolega saya di kantor, menawarkan secangkir kopi, minuman penyegar nan hangat yang sangat populer di Belanda. Dalam sehari orang Belanda bisa menghabiskan lima cangkir kopi. Saya tidak suka minum kopi, namun karena sering ditawari, akhirnya sekali-kali saya minum juga. Ini salah satu kebiasaan baik orang Belanda, setiap mereka pergi untuk ambil minum, mereka juga selalu menawarkan minuman untuk orang lain.
‘’Something to drink?’’
‘’No, thanks’’
‘’Are you fasting?, also not drinking? ‘’
Si bule Belanda ini geleng-geleng kepala, rupanya ia pikir saya puasa hanya tidak makan saja, dia sekarang sadar saya pun tidak minum. Sepanjang bulan Ramadhan itu si bule ini selalu melewatkan saya ketika ia pergi untuk minum kopi, sambil tersenyum ia bilang,
‘’Tot volgende maand’’
‘’Sampai (ketemu kopi) bulan depan’’
4 Ramadhan 1429 H
Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan denga sambut Ramadzan..
BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikan saingan satu lawan satu apabila hanya BN dan PAS yang menyerahkan borang penamaan calon.
Status calon kedua-dua parti itu diumumkan sebentar tadi. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man.
Sementara itu pada jam 11.30 pagi Harakah melaporkan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.(AK)
BLOG Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..
“Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan.
Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.
Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.
Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.
Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.
Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”
Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu?
Blog Ibnu Hasyim telah meneliti surat-sarat asal, semuanya betul. Kami memohon pandangan dari tuan-tuan, apa yang boleh kita bantu?