Saturday, August 29, 2009

Marhaban Bikum! Tiba-tiba Tv China Berbahasa Arab 24 Jam..

JENDELA GLOBAL
“MARHABAN bikum!” sapa seorang pengacara berita tv itu. Lebih kurang perkataan 'salam sejahtera' tetapi dalam bahasa Arab. Kalau di Malaysia, 'Salam satu Malaysia'. Tetapi 'Marhaban bikum' sapaan sembah salam di berita seluruh dunia, diucapkan oleh seorang perempuan bernama Chiang Lu, seorang China, yang membawakan acara berita di sebuah saloran tv asal Beijing.

Walaupun Chiang Lu tidak pakai tudung, namun ia fasih berbahasa Arab. Pasca kejadian Uighur, jelas sekali nampak, pemerintah China cuba mendekati orang Islam. Itu salah satu contohnya. Beberapa minggu lalu China Central Television (CCTV) sudah mulai menayangkan berita dan acara berbahasa Arab, selama 24 jam. Marc Lynch, seorang penganalis media Arab, terkejut melihat perkembangan ini. Untuk apa China lakukan ini? Ada ke orang Arab atau Islam yang menontonnya?

Kesimpulannya, hal ini merupakan sebuah projek besar kerajaan China dalam meraih simpati dunia Islam. Luka berdarah kejadian Uighur masih belum sembuh lagi, China sedar itu. Dia perlu buat sesuatu supaya barangan dan makanan asal China terus mengalir deras ke negara Arab, tidak terhenti kerana pembunuhan durjana di Uighur itu.

Bukan tidak menasabah pihak Arab Islam akan berpihak kepada Muslim Uighur dan akan memengaruhi konsumsi atau kepenggunaan mereka terhadap barangan produk China, walaupun sejauh ini, masih belum terbukti. Fasalnya, di katakan saluran-saluran tv China masih menjadi favorit di Timur Tengah. Beberapa negara menjadi mitra China. Iran misalnya, menjadi mitra kuat bagi China, sedangkan Syria menjadikan China sebagai model pertumbuhan ekonominya.

Tetapi Yaman sekarang ini, sudah membatalkan semua bisnes dengan China dan mereka mulai memboikot produk asal Negara Tirai Bambu itu. Mahukah Malaysia atau Indonesia mengikut rentak Yaman? (AK)

Ramadzan: Seks Dalam Internet, Bagaimana Di Malaysia

HALAMAN HIBURAN


MUNGKIN berkah Ramadhan, menurut Google Graph, selama bulan Ramadhan, pengguna internet di seluruh dunia, terutama di negeri Arab menurun sangat drastik. Di bulan-bulan lain sebelumnya, kata 'seks' di mesin pencari menduduki salah satu yang paling popular dan hampir tidak pernah sepi peminatnya.

Namun ketika memasuki bulan Ramadhan, kata ini hampir tidak pernah muncul dari pengakses internet di Arab. Mengapa di Arab? Ini mungkin kerana Arab sebagai simbol pemeluk Islam sedang menjalankan ibadah puasa. Seperti kita tahu, dalam puasa Ramadhan, umat Islam perlu mengawal diri.

Pada tahun 2008 lalu, pada awal September permulaan Ramadhan ketika itu pencarian kata 'seks' menjunam sampai ke titik terendah. Bagaimana pula dengan negara-negara lain? Di Barat dan AS, sama sekali tidak terpengaruh, 'seks' terus sangat popular. Bagaimana dengan Indonesia, negera yang penduduk Muslim terbesar di dunia? Hal ini juga ternyata mengalami penurunan yang signifikan.Malaysia pula bagaimana? Jumlah penduduk kecil dan pelbagai agama pula?

Namun, ketika Ramadhan berakhir, dari laporan tahun-tahun sebelumnya, pengguna internet yang mencari kata 'seks' berlipat-lipat lagi, dan bahkan mencapai puncaknya. Barangkali buang geram agaknya! (Sumber Era Muslim dll/AK)

Budaya Muzik & Tarian Melanda Saudi..

HALAMAN HIBURAN

SEBUAH video di Youtube. Video berasal dari Arab Saudi, menunjukan sebuah perubahan dahysat yang sangat keterlaluan melanda negara itu. Di Saudi, video ini menjadi sangat popular, dan menunjukkan dua arah dalam pemerintahan Saudi.

Dalam video itu, diperlihatkan sebuah pesta muzik yang dibubarkan oleh pemerintah. Pesta muzik itu dilakukan di sebuah kediaman peribadi di Riyadh. Ketika acara dimulai, pengacara naik ke pentas dan berkata..

“Hadirin sekalian, minta perhatiannya. Saya umumkan bahawa pertunjukan ini dibatalkan. Anda semua diminta meninggalkan tempat ini segera, dengan tenang. Informasi lanjut akan disebarkan melalui Facebook dan e-mel. Terima kasih dan mohon maaf.”

Kalau di Barat, pengumuman seperti ini bererti adanya ancaman bom. Namun di Saudi hal itu berdiplomasi. Acara-acara hiburan terus bersemarak di Saudi. Bulan lalu misalnya, di Riyadh, pemerintah meleraikan pesta tarian di mana 60 orang lelakinya berpakaian perempuan ditahan. (Era Muslim /AK)

Klip video ini tiada kena-mengena seperti yang disebutkan di atas, cuma ianya memberi saham besar dalam menyemarakkan budaya muzik dan tarian di Saudi yang melanda dari rumah ke rumah walaupun secara underground..


Kapan Partai Islam Indonesia Mahu Ikut PAS?

HALAMAN HIBURAN
Partai Islam Malaysia Tolak Konser Black Eyed Peas

PARTAI Islam di Malaysia patut di contoh oleh partai-partai Islam Indonesia. Partai Islam Malaysia berani dengan tegas membuat pernyataan dan menentang adanya kemaksiatan di negara tersebut seperti konser-konser musik yang lebih banyak merusak moral anak muda.

Bandingkan dengan Indonesia yang Partai Islamnya lebih banyak dari yang ada di Malaysia, kita belum pernah membaca atau melihat ada partai Islam di Indonesia yang dengan tegas menolak, menentang secara tegas dan terbuka adanya aktivitas kemaksiatan seperti konser-konser musik yang kebanyakan tidak bermoral tersebut diselenggarakan di Indonesia.

Umat Islam Malaysia telah dilarang untuk menghadiri sebuah konser musik dari grup band Hip Hop asal Amerika - Black Eyed Peas yang disponsori oleh perusahaan bir Guinness yang dimiliki oleh kelompok usaha terbesar di dunia - Diageo.

Langkah ini dilakukan setelah pengadilan Islam di Malaysia memutuskan untuk menghukum seorang model Malaysia yang beragama Islam dengan hukuman dipukul rotan setelah dirinya tertangkap basah sedang meminum bir di sebuah hotel dan pada saat yang bersamaan partai Islam oposisi Malaysia sedang gencar-gencarnya melakukan upaya memberantas penjualan minuman bir.

Konser grup band Black Eyed Peas di Malaysia merupakan bagian dari perayaan ulang tahun perusahaan Guinness yang ke 250 tahun, dan di dalam situsnya ada pertanyaan,"Apakah anda seorang non-Muslim yan berusia diatas 18 tahun ke atas?" dan jika jawabannya tidak, akses untuk masuk lebih jauh ke situs tersebut tidak diijinkan.

Umat Islam Malaysia menempati 55% dari 27 juta orang total jumlah penduduk Malaysia yang berada di Asia Tenggara dan sangat dibatasi dalam mengkonsumsi alkohol. Meskipun aturan tersebut banyak dilanggar oleh penduduknya, terutama di kota-kota besar seperti ibukota negara - Kuala Lumpur.

Kelompok bisnis Guinness sendiri telah menjual merk lain dari produknya di Malaysia dengan total penjualan sekitar 1,2 Miliar ringggit (sekitar 340,6 juta dollar) pada tahun 2008.

Bahkan tanpa minuman beralkohol pun, band-band luar negeri yang ingin menyelenggarakan konser di Malaysia mendapat pengawasan ketat. Awal pekan ini, Partai Islam Semalaysia (PAS) menyatakan bahwa mereka menolak dan melarang kehadiran grup band asal Denmark - Michael Learns to Rock untuk menggelar konser karena akan menyebabkan rusaknya moral anak muda Malaysia.

Sejak 2007, PAS partai Islam oposisi terbesar di Malaysia telah melakukan kampanye menentang penyelenggaraan konser musik seperi Beyonce, Rihanna, Gwen Stefani dan Avril Lavigne.

Kapan partai Islam di Indonesia menyusul melakukan tindakan serupa yang dilakukan PAS Malaysia?(Era Muslim/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah dalam memperjuangkan yang hak tidak kira batas sempadan.

Apa Erti Kepala Lembu Berdarah Di Depan Pagar?


Demontrasi bantah ubah kuil.

KUALA LUMPUR Jumaat Ogos 28, 2009 : BERNAMA melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Sementara itu di Shah Alam, Malaysiakini mendedahkan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.
Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.
Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22". "Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut. Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.
"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam. "Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur. "Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya. Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.

"Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.“Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Khalid seperti yang tercatat di blognya.


Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam. Beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.

“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO. Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.

Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23. Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini. Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan. Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang. Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau benar kata Khalid Samad, nampaknya UMNO sudah menampakkan tembelang perkaumannya. Orang-orang bukan Islam kena sedar hal ini. Bagi PAS, bukan begini caranya untuk menjaga maruah agama. (AK)

Friday, August 28, 2009

Jemput Rakan Bukan Islam Ke Masjid -Nik Aziz

Atas: Rakan bukan Islam yang hadir.
Bawah: Majlis tazkirah.

Tok Guru sedang menyampaikan hadiah kepada warga miskin.

KOTA BHARU, 28 Ogos 2009: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatankuasa Masjid perlu menjemput rakan-rakan dari kaum lain yang belum Islam seperti di majlis sambutan Maulidurrasul, Israk Mikraj, Sambutan Awal Muharram yang sering diadakan di masjid, bertujuan bagi memperkemaskan lagi institusi masjid.

"Mereka ini memerlukan pendedahan yang sebenarnya terhadap kemurnian agama Islam yang tidak mengamalkan sebarang keganasan, bila mereka ada bersama, mereka akan dapat melihat dengan jelas keadaan yang sebenar berlaku di masjid, masjid bukan hanya tempat bersembahyang semata-mata,"katanya lagi.

Sebelumnya beliau berkata, perubahan perlu diadakan di setiap masjid negeri itu iaitu dengan menyediakan imam-imam atau penceramah agama dari pelbagai kaum seperti kaum Tionghua dan India. "Kalaulah kaum ini juga diterima sebagai penceramah di masjid-masjid, nescaya kita akan lebih memahami masalah kaum mereka dan ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negeri ini," katanya lagi.

Nik Aziz juga berkata tanggapan orang ramai yang mengatakan bulan Ramadhan hanya untuk berpuasa sahaja perlu dikikis, kerana Ramadhan meliputi pelbagai program yang sudah diatur oleh Allah swt seperti setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya, perbanyakkan sedekah, melakukan amalan solat sunat, membaca Al-Quran dan pelbagai lagi perkara yang berfaedah.

Dalam majlis itu, seramai 60 warga miskin Kota Bharu telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Darulnaim untuk menerima sumbangan RM100 setiap orang bagi meringankan beban sempena bulan Ramadhan.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan MB yang juga Pengerusi Jawatankuasa masjid tersebut Ir.Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman ketika ditemui di majlis Perasmian Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Kompleks Kerajaan negeri Kelantan itu berkata, seperti di tahun-tahun lepas, masjid yang terletak dipinggir pagar komplek kerajaan negeri tersebut akan menyediakan program tazkirah pada setiap hari bermula jam 12 tengahari dan berharap kakitangan kerajaan dapat mengambil menafaat tersebut.

Perasmian Ihya Ramadhan tersebut telah dirasmikan oleh Tok Guru. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato'Aiseri Ilias, Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Mat Jusoh, Exco negeri, Wakil-Wakil Rakyat, Ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri dan swasta.

Sementara itu Tuan Guru semasa menyampaikan tazkirah pertamanya berharap pada tahun ini rakyat negeri itu dapat menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan meraikan Al-Quran kerana Al-Quran telah diturunkan pada bulan yang mulia ini.

"Kita sering menyambut puja umur (hari lahir) manusia seperti isteri,anak-anak kita, Pemimpin Negara kita juga sambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw, oleh itu bulan Ramadhan ini kita pakat-pakat (ramai-ramai) sambut kedatangan Al-Quran iaitu dengan membacanya seberapa banyak yang boleh, bertaddarus mahupun mentafsirkannya," kata beliau.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 300 orang termasuk dari masyarakat India dan Tioghua. (2MA)

Berpuasa Makin Sihat Tidak Lemah -Frederic Kanoute.


SUKAN

TIDAK ada yang berubah dalam diri Frederic Kanoute. Pemain bola sepak asal Mali yang kini bersama Kelab Menengah Liga Spanyol Sevilla ini menjalani bulan Ramadhan tahun ini sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Ia tetap melaksanakan ibadah puasa.

Bulan Ramadhan tahun ini bertepatan dengan perlawanan Liga Bolasepak Sepanyol 2009-2010. Selama bulan Ramadhan, Sevilla akan emnghadapi tiga pertandingan liga iaitu melawan Valencia, Real Zaragoza, dan Real Osasuna. Untuk tiga pertandingan itu, Kanoute tetap akan bermain, tanpa buka puasa.

“Saya hormati agama saya sungguh-sungguh.” Ujarnya pada Reuters dan Goal.com. “Saya tidak akan mengecewakan kelab dan penyokong kelab ini. Dengan menjalani ibadah puasa, saya merasa se makin sehat dan kuat. Puasa tidak melemahkan orang Islam.”

Menurut Kanoute, ia sangat bersyukur kepada Allah, kerana suasana masa ini kelab dan rakan-rakan teamnya sangat memahami dirinya,. "Memang terkadang berat untuk berpuasa. Sebab keadaan cuaca di Spanyol bahagian selatan sangatlah panas. Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana saya mampu menjalani puasa," ujar Kanoute.

Kanoute adalah pemain bola sepak Muslim yang terkenal selalu menjalani ibadah sebagai orang Islam, di manapun dia berada. Dia sudah terbiasa melakukan solat ketika pertandingan di ruang ganti. Dia juga menolak memakai jersi pasukan dari penaja judi, dan pihak Kelab Sevilla menghormatinya, dia memakai pakaian seragam sendiri yang disediakan oleh kelabnya.

Tahun 2007, Kanoute menyelamatkan sebuah masjid di Sepanyol selatan kerana terancam akan ditutup akibat tidak cukup dana. Dia menyerahkan sekitar 510,860 euro. Beliau juga mendirikan yayasan membantu anak-anak yatim piatu di negaranya, Mali.

Beritanya...

'PEMAIN bola sepak FC Seville, Sepanyol, Frederic Kanoute, 30, yang dianggap sebagai umat ISLAM yang warak telah membeli sebuah masjid berharga lebih AS$700,000( kira-kira RM 2.3 juta ). Masjid yang terletak di kota Seville, Sepanyol itu hampir dilelong setelah kontrak untuk menggunakan premis itu oleh masyarakat ISLAM di situ telah tamat.

Kebanyakan penduduk di Seville adalah pendatang umat ISLAM dari utara dan barat Afrika, demikian menurut sumber intenet. Pihak berkuasa tempatan mengesahkan hartanah itu telah didaftarkan atas nama Kanoute. Harganya sama dengan setahun dari hasil pendapatan Kanoute. Kanoute memeluk ISLAM sejak 10 tahun lalu.'

Al-hamdulillah! (2MA)

Main Bola Boleh Tidak Puasa -Daral-Ifta Mesir.. Malaysia?

SUKAN

KAHERAH - MENURUT Berita AFP, Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.

Namun begitu, pemain-pemain bola sepak tersebut enggan berbuat demikian meskipun telah diberi kelonggaran. Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir. Kejohanan antarabangsa itu dijadualkan bermula 23 September ini iaitu selepas beberapa hari berakhirnya bulan Ramadan. Keputusan yang diambil oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada beberapa buah negara yang tidak mahu bertolak ansur dalam isu ponteng puasa.

Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'. Oleh demikian, amalan berpuasa tersebut tidak akan mengganggu sesi latihan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan bawah 20 itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Alaa Abdel Aziz.

"Namun begitu, pemain-pemain telah bertindak menolak kelonggaran tersebut. Mereka berkeras untuk meneruskan puasa," kata Alaa.

Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain. Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.

Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm. Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi. Namun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Barisan Cendekiawan Al Azhar, kumpulan pemikir dasar Islam.

Kumpulan itu menyatakan: "Bermain adalah bermain. Ia bukan daripada bahagian kehidupan yang penting dan membolehkan golongan itu berbuka di bulan Ramadan," katanya. - AFP

Blog Ibnu Hasyim: Kita tunggu fatwa dari Malaysia pula..

Bekas Bintang Sukan Jadi Pendakwah Kepada Remaja..

SUKAN

Gambar Atas: Abdul Rauf semasa bersukan dulu.. Gambar Bawah: Setelah mendapat kemanisan iman dalam memperjuangkan Islam sebagai pendakwah.

MALAM itu, di tingkat dua masjid di Gulport, Mississipi, Abdul Rauf memberi ceramah di hadapan kebanyakan anak-anak muda remaja dalam acara makan malam dan kutip derma untuk sekolah Islam masjid tersebut. Dalam ceramahnya, beliau berpesan, kepada anak muda itu supaya tegakkan Islam dimanapun mereka berada dan menuntut ilmu sebanyak-banyak yang boleh.

"Ilmu dapat menukar seorang hamba menjadi raja." kata Mahmoud Abdul Rauf, mantan bintang National Basketball Association (NBA) yang kini menjadi imam masjid yang didirikan sendiri itu. "Kita senantiasa melihat pendidikan sebagai bekal untuk mencari kerja demi kebebasan kewangan. Tetapi kita lupa tujuan utama pendidikan yang sepatutnya menjadi bekal bagi seseorang, agar dapat bertahan dalam hidup."

Beliau membandingkan pendidikan Barat yang berasaskan sekularisme, memisahkan antara negara dengan agama. Menurutnya, pendidikan dalam Islam perlu mencakup dalam segala aspek kehidupan. "Umat Islam tidak boleh menyingkirkan agamanya ke dalam suatu juzuk yang terpisah."

Beliau menunjukkan hasil kajian dilakukan oleh beberapa profesor di Universiti Harvard dan Universiti Yale yang menunjukkan bahawa anak-anak Afrika memiliki bakat 'lebih cepat menangkap pelajaran'. Katanya, "Sejarah membuktikan bahawa orang-orang Afrika dan Muslim adalah penemu disiplin ilmu moden seperti aljabar dan berbagai ilmu pengetahuan lainnya."

Ketika masih menjadi bintang di NBA dulu, Abdul Rauf pernah membuat gempar, tidak mahu berdiri sewaktu mendengar lagu kebangsaan negara. Menurutnya, sikap itu lahir dari agama yang dianutnya dalam kehidupan harian. "Saya memanfaatkan kontroversi itu sebagai alat untuk menjelaskan pada orang lain tentang agama saya," tukas Rauf.

Di mana akhirnya beliau berjaya meyakinkan orang ramai untuk menghormati nilai dan prinsip yang dianutnya. Mereka menghormati Rauf bahkan dalam banyak hal mereka mengikuti langkah beliau. Beliau berpesan pada anak-anak Muslim khasnya, yang bersekolah di sekolah biasa yakni bukan sekolah Islam, agar dapat memilih kedudukan sebagai pemimpin dan melakukan pendekatan seperti beliau, terutama kepada yang bukan Islam.

"Kita perlu belajar sejarah kita, fahami masa yang sedang kita lalui dan siapkan masa depan kita!" Jelas Abdul Rauf mantan bintang NBA itu.

Beliau pernah bermain untuk Kelab Basket Denver Nugget dari tahun 1990-1995. Beliau adalah bintang kumpulannya yang menang penghargaan sebagai pemain paling hebat persembahannya pada tahun 1993. Kemudian berpindah ke Kelab Basket Sacramento Kings dan ke Kelab Vancouver Grizzlies, yang membawa kemenangan pada kumpulannya pada tahun 1994 dan 1996. Tetapi akhirnya beliau memilih bidang dakwah, meninggalkan bidang basket, dengan membangun masjid di kota kelahirannya di Gulport, Mississipi dan menjadi imam di masjidnya itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa beliau sanggup jadi begitu? Kerana beliau sudah bertemu 'kemanisan iman' dalam beragama. Malang bagi kita yang masih belum jumpa manisnya iman.. Allahu 'aklam. (2MA)

Thursday, August 27, 2009

Bank Islam Tg Malim Masih Pekak Kepada Pengguna..

Sila lihat pengaduan seorang pengguna Bank Islam yang malang, sehingga sekarang masih belum dapat apa-apa jawapan dari cawangannya di Tanjung Malim. Klik di sini...

Sunday, August 16, 2009

Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.

Merdeka: Isteri A/Parlimen PAS 1955, Berumur 101 Tahun.

Inilah toksu Hjh. Safiah Hj Idris.. masih maniskan walau usia sudah 101 tahun!

"BAPA saudara arwah mak bernama Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin al-Banjari. Arwah bersama ayahnya yang mengasaskan Pondok Pokok Sena ini. Dan arwah juga merupakan ahli parlimen PAS pertama (Kerian) pada tahun 1955.

Isterinya yang kami ziarahi bernama Hajah Sofiah Hj. Idris (kami panggil toksu). Umurnya sudah menjangkau 101 tahun. Alhamdulillah, ingatannya masih kuat, matanya juga terang. Masih boleh membaca Quran tanpa memakai kaca mata. Cuma dia tidak lagi boleh berjalan kerana lututnya sudah tidak kuat dan pendengaran juga sudah kurang. Mungkin amalannya yang selau mengaji (beliau merupakan guru Quran) membuatkan ingatannya masih kuat.

Beliau sibuk menyuruh kami makan malam di rumahnya. Menurut anaknya, Hjh. Zainab yang kami panggil panggil Mak Anjang, toksu akan meluahkan rasa terkilan kepada anak-anak kalau tetamu tidak makan di rumahnya. "

Demikian petikan dari..
Komen Blog Ibnu Hasyim: Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin al-Banjari, suami kepada Hajah Sofiah Hj. Idris ini adalah seorang tokoh bersejarah dalam perjuangan membangunkan Islam di Tanah Melayu. Menjadi ahli parlimen PAS yang pertama, sudah tentu banyak saham dalam perjuangan kemerdekaan agama, bangsa dan tanah air. Sila lihat sejarah PAS...
(2MA)

Pilihan Raya Di DUN Terengganu Pula?

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

KUALA LUMPUR —9 ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan 8 ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu. Sekurang-kurangnya inilah khabar angin yang bertiup kencang sekarang terutama di kalangan ADUN Umno yang bercadang untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR di negeri itu.

Sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu. Dalam sidang DUN yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang itu dengan alasan pejabat MB menghantar mesej mengugut mereka.

Namun, hasil siasatan polis didapati semuanya dimanipulasi oleh bekas setiuasaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa beliau menjadi MB dahulu iaitu Datuk Ramzi. Kini Ramzi telah didakwa di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan. Perpecahan dalam Umno Terengganu bermula sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke 12 tahun lalu apabila Idris tidak diperkenan oleh Istana Terengganu untuk menjadi Menteri Besar.

Ekoran itu, Ahmad telah dilantik. Ahmad pula telah mengenepikan semua penyokong Idris dan melantik mereka yang boleh bekerjasama dengan beliau dalam barisan exconya. Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai.

Dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR. Langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad. Terengganu mempunyai 32 ADUN. Umno mempunyai 24, manakala PAS mempunyai lapan. Namun, di kalangan 24 ADUN Umno itu pula berpecah kepada dua kumpulan. 12 bersama Ahmad dan 12 lagi menentang.

Tetapi, hasrat ini terganggu apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib dikatakan menjadi penghalang pembentukan kerajaan baru di negeri itu. Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar yang ada, Datuk Ahmad Said. Benarkah khabar angin seperti yang disiarkan Malaysian Insider Ogos 25 itu?

"Saya difahamkan, Harun Taib jadi faktor penghalang gabungan ini," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Menurut rancangannya, ADUN Umno yang menyertai PKR itu akan bergabung dengan PAS dan membawa undi tidak percaya dalam sidang DUN. Apabila menguasai kerajaan mereka bercadang untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Namun, menurut sumber itu, apabila Harun tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan PKR kerana bagi beliau, hubungan dengan Ahmad lebih baik untuk PAS, Ahmad tidak jadi membubarkan DUN itu. Hubungan Harun dengan Ahmad mula tersebar apabila Ahmad ke rumah Harun dan membeli dua ekor kambing dari beliau. Penganalisis politik percaya hubungan itu bukan setakat jualbeli kambing sahaja tetapi lebih dari itu.

Namun begitu, menurut sumber lain, cerita Harun tidak bersetuju dengan rancangan kerjasama dengan bekas Umno yang mahu menyertai PKR ini tidak lojik. Ini kerana, PAS Terengganu pimpinan beliau pada dasarnya setuju dengan rancangan untuk mengadakan pilihan raya semula di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu taklimatnya kepada satu kawasan PAS di Terengganu meminta ahli PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya semula di Terengganu. Beliau menjangkakan, besar kemungkinan DUN Terengganu akan dibubarkan untuk membolehkan satu mandat baru rakyat di perolehi. (Sumber Malaysian Insider dll/RD)

Turutan Siri Kekalahan: UMNO Perlu Ubah Dasar -Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Ogos: Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu, menurut HARAKAH hari ini.

Beliau ketika diminta mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.. Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran. "Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."Katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekean kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi. Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon. Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.

Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi.Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi. Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi. Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.

Naib Presiden Umno antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon Pas dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku. (AK)


Panduan H1N1..

Blog Ibnu Hasyim: Pihak kami mencadangkan supaya kita sama-sama membaca ayat-ayat al-Quran dan doa nabi yang ma'thur ini dalam menghadapi musibah H1N1 yang melanda dunia dan negara kita.

Pertama: Kita perlu memba 3 Qul. Anda boleh lihat dalam tafsir Al-Quran 3 surah terakhir dalam Al-Quran iaitu QulhuAllah, Al-Falaq dan An-Nas.

Kedua: Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)]

Kata Rasulullah SAW: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.

Sekian, Allahu aklam. (2MA)
Lihat tulisan sebelum ini...

1.. H1N1 Kerana Hantu Bisu? Mari berdoa. - Nik Aziz
2..Gempar! Virus Baru Menyerang Malaysia.. B1N1

Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PAS

Ini zalim! bukan hudud sebenar.. tambah menghina Islam!

KUALA LUMPUR 26 Ogos 2009. APA yang sepatutnya berlaku ialah arak hendaklah di haramkan penjualannya secara menyeluruh lebih dahulu kepada semua orang Islam. Begitu kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga boleh memberi gambaran salah terhadap syariat Islam, menurut harakah hari ini.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.," kata beliau dalam kenyataannya. "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun,"

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan. Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya. Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya, kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40- 80 rotan jumlahnya, kata beliau. Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Blog Ibnu Hasyim: Jadi hukum sebat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno adalah tidak Islamik dan boleh memberi gambaran salah terhadap syariat Islam. Walaupun bunyinya macam hendak ikut hukum Allah tetapi sebenarnya adalah sebuah penyelewengan dan kezaliman. (2MA)

S'pura Sedia Perang Kerana Air & Bimbang UG -Lee Kuan Yew

Lee Kuan Yew

Isteri PM bersama Lee

Lee turut ziarah Nik Abdul Aziz di Kelantan
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air.. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr. Mahathir dalam laman blognya hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr. Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

"Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.. Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Permatang Pauh semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.. Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap..

"Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita. Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah kereta api kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.. Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi," kata Dr. Mahathir dalam blognya.

Menurut risikan pihak-pihak tertentu Lee Kuan Yew amat bimbang jika berlaku Kerajaan Perpaduan (UG) antara PAS-UMNO seperti yang uar-uarkan. (AK)

Tahniah Ustaz Salleh & Syabas Lim Guan Eng.

Khamis Ogos 27, 2009: ADUN Permatang Pasir akan dilantik Presiden MAIPP

PULAU PINANG: BERNAMA melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang baru, Mohd. Salleh Man dari PAS dijangka dilantik sebagai Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong dan Gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu. Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata, Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," kata beliau.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi. Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata, sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau. Katanya sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut.

Blog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada Ustaz Salleh Man dan syabas kepada LIm Guan Eng.

Masjid Cina Pertama, Berkonsep 1 Malaysia.


Masjid Cina di Rantau Panjang

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEMALAM saya masuk ke Malaysia dari Thailand melalui Sungai Kolok, berbuka puasa di Rantau Panjang. Dalam perjalanan dari sempadan ke pekan Rantau Panjang melintas sebuah masjid yang baru siap dibina. Masjid yang dibina menurut senibina pagoda Cina di atas tapak seluas 3.7 ekar dikatakan bernilai kira-kira RM7.2 juta, disebut sebagai Masjid Cina atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Hal ini membuktikan bahawa Kelantan di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz lebih rasional dalam mengambil langkah ke hadapan mengembangkan Islam di kalangan masyarakat berbagai kaum. Inilah antara ciri-ciri satu Malaysia yang diciptakan oleh PM Malaysia baru-baru ini. Cuma bedanya satu Malaysia ini berteraskan Islam, satu Malaysia Najib tidak berteraskan Islam. Walaupun masjid masih belum dibuka secara rasminya, tetapi telah digunakan sepenuhnya untuk solat, berbuka puasa, tarawih dan sebagainaya.

Tidak seperti sesetengah masjid yang dibangunkan kerajaan BN, selagi tidak dirasmikan tidak dibenarkan rakyat menggunanya. Masjid ini akan dirasmi oleh Sultan Kelantan apabila kesihatan beliau agak pulih.. begitu menurut cerita anak-anak jamaah di situ.
Namun ianya tetap dibuka kepada umat Islam untuk sembahyang, pelawat-pelawat juga dibenarkan untuk melihat senibina masjid dan sebagai tempat untuk berehat kerana ada disediakan tempat khas di ruangan bawah masjid.

Kewujudan masjid ini dijangka akan menarik ramai pelancong datang untuk melihat masjid yang satu-satunya terdapat di Negeri Kelantan sepertinya. Setakat ini, sambutan daripada pengunjung-pengunjung adalah diluar jangkaan. Mereka terdiri daripada pelawat-pelawat luar Kelantan dan penduduk di Selatan Thailand. Memang di Melaka sudah lama dibina masjid bercirikan rekabentuk Cina seperti ini oleh golongan-golongan agama terdahulu.

Tetapi setakat ini kerajaan Malaysia masih belum mengiktiraf atau bercita-cita untuk memajukan sejajar dengan konsep satu Malaysia yang berteraskan Islam. Bahkan tuntutan-tuntutan dari kaum Cina Islam yang mahukan Masjid Cina terus berkumandang, sehingga pihak kerajaan menjanjikan tapak Penjara Pudu di KL untuk dijadikan Masjid Cina. Bila nak siap? ..allahu 'aklam. Kerana masih belum dimulakan pembinaannya.

Sekian, catatan santai kali ini..

Ibnu Hasyim
27 Ogos 2009.
KL.

Sila lihat artikel berkaitan..

1..Pusat Pengkayaan Budaya Cina Islam Global -Lim Gua...
2..Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tu...
3..Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap...
4..Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu
5..Dari Niaga Depan Masjid Ke Peniaga Global..
6..Antara Masjid Negara KL & Masjid Huai Sheng China....
7..Dari Niaga Depan Masjid, Ke Guangzhou

MLTR: UMNO & Majlis Fatwa Hina Islam? -Dr Mohd Hasyim.

By ASYOK KUMAR
HALAMAN HIBURAN

China Confidential: Celine Dion/Michael Learns ti Rock/ Eric Piatti

BLOG Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang mengutuk sekeras-kerasnya dan menganggap penganjuran konsert kumpulan Micheal Learns To Rock (MLTR) dijadualkan akan mengadakan konsert Micheal Learns To Rock — Eternity Tour 2009 — Live in Malaysia pada 5 September ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highland sebahagian dari siri jelajahnya, adalah satu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa bulan Ramadhan.

"Kami menyokong Nasrudin dalam kenyataannya menyifatkan tindakan kerajaan dalam meluluskan penganjuran konsert tersebut adalah seperti tidak menunjukkan sensitiviti terhadap masyarakat Malaysia yang majoritinya Islam. Apalagi dalam bulan Ramadhan pun, masyarakat seperti tidak terhenti dari diasak dengan agenda kelekaan dan kelalaian." Kata editornya Dr Mohd Hasyim yang baru pulang dari negara jiran pagi ini.

Nasrudin sebelumnya, turut mempersoalkan bagaimana konsert sebegitu boleh diluluskan penganjurannya, bukan hanya kerana dalam Ramadhan, tetapi juga dalam tempoh sambutan bulan kemerdekaan, yang kebiasaannya tamat pada 16 September (Hari Malaysia). Sepatutnya, seperti selalu, bulan kemerdekaan harus dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti majlis tahlil, forum dan dialog yang mampu meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

"Saya sama berpendapat dengan Nasrudin, konsert sebegini tidak pernah membantu memotivasi rakyat untuk menjadi yang lebih baik, bermoral dan berdaya saing, bahkan semakin melemahkan moral dan mental mereka, sekaligus mengheret mereka tenggelam di bawah gelora nafsu. Mengapa pihak-pihak tertentu masih belum sedar?" Tanya Dr Mohd lagi.

Pemuda PAS juga berpendirian bahawa konsert MLTR mestilah dibatalkan serta-merta dan tidak teragak-agak untuk turun membantah jika masih diteruskan. Beliau tertanya-tanya di mana suara Pemuda Umno? Beliau menyeru semua NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS atau GAMIS turut serta dan di mana Majlis Fatwa Kebangsaan yang diam membisu bila maksiat mungkar sedang berlaku dihadapan mata?

"Apakah ini tidak menjatuhkan muruah umat Islam, lebih-lebih lagi di bulan puasa? Kalau DAP tak bantah menasabah le, kerana mereka mungkin masih belum faham Islam.. tetapi UMNO atau Majlis Fatwa bagaimana? Tidakkah ini menghina Islam?" Kata Dr Mohd Hasyim yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Di P/Pasir: Di Mana Kekuatan PAS N11? -Ibnu Hasyim




Terkini keputusan PRU Permatang Pasir.
9.00 mlm : YB Ustaz Salleh Man dan penyokongnya baru kembali dari Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Kini sedang menunggu solat Isya dan terawih sebelum majlis ceramah kemenangan. 8.45mlm- Pada pilihan raya yang lalu (2008) , keputusannya adalah seperti berikut :

PAS: 11004

BN : 5571

Majoriti :5433


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL 2009 (Rasmi )N 11 -PERMATANG PASIR sebelum terkini seperti di atas. (20,350)

Haji Mohd Salleh Man (PAS ): 9,618
Rohaizat Othman ( BN ): 5,067
Majoriti: 4,551
Undi Rosak : 43
Jumlah Mengundi : 72.37 %

PAS kekurangan 882 undi untuk menyamai majoriti PRU 12 lepas sebanyak 5,433 undi.

Keputusab 2008N11 - PERMATANG PASIR 20,350
Ahmad Sahar Shuib (BN) : 5571
Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) : 12,004Majoriti : 5,433Jumlah undi : 17,575

KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2004
N11 - PERMATANG PASIR (19,149)Melayu: 69.70 Cina: 28.39 India: 1.75 Lain-lain: 0.15
Mohd Hamdan Abd Rahman (PAS) 8,057
Md Isa Ramli (BN) 7,378
Majoriti : 679
Jumlah Undi : 15,681
Undi Rosak: 246% mengundi : 82

Suatu pengalaman menarik ialah, di mana kekuatan PAS di N11? Menurut Ibnu Hasyim..

1. Kuatnya benteng pertahanan PAS. Lihat kenyataan Pemuda UMNO mengenai 'pengundi hantu' yang menuduh didalangi Pakatan Rakyat. Sedangkan sebelumnya kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh pembangkang kepada BN. Itulah bukti kebalnya PAS.. Cuba anda fikir-fikir yang tersirat di dalam kisah pengundi hantu itu, yang sebenarnya bukan hantu.. tetapi menghantui BN.

2. Kelemahan calon BN, suatu yang luar biasa bagaimana boleh pimpinan BN tertipu dengan lobi puak-puak tertentu atau BN sudah tiada lagi calon bersih?

3. Strategi 'tabur duit' oleh BN & guna jentera kerajaan masih berkesan mungkin hingga boleh kurangkan undi majoriti PAS.

4. Kekuatan ikatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tetap utuh walau pun sudah diuji dengan pelbagai cara, mehnah dan fitnah.

5. Dan beberapa lagi.

Tahniah ke Ustaz Salleh Man dan PAKATAN.

Oleh Ibnu Hasyim.

Hasil diskusi dengan beberapa kumpulan
pada 25-08-2009
jam 1 pagi di Permatang Pauh.

Sunday, August 23, 2009

Kehadiran Samad Said Bukti UMNO Khianati Melayu.

Dari kiri A.Samad Said, Salleh Man & YB Mahfuz Omar

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

Permatang Pasir Ogos 22, 2009.

KEDATANGAN A. Samad Said melibatkan diri berkempen menyerang parti pemerintah, di Pilihan raya kecil Permatang Pasir N11 ini membuktikan bahawa UMNO bukan pejuang bangsa Melayu, tetapi pembelot dan pengkhianat bangsa Melayu. Demikian menurut kenyataan Dr Haji Mohd Hasyim bekas YDP PAS Kawasan Balik Pulau di sini pagi ini.

Menurut beliau, lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah, menyebabkan hadirnya Dato A Samad Said melibatkan diri berkempen menyerang parti pemerintah. Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini dijangka dapat membantu kemenganan PAS membela hak orang Melayu malalui perjuangan Islamnya.

"PPSMI diiktiraf sebagai simbol perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, sehingga PAS memberi Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya di Shah Alam, Selangor baru lalu. Bila kerajaan BN pimpinan UMNO gagal menyelesaikan tuntutan PPSMI, sehingga pemimpinnya terpaksa mengguna pentas PAS menyerang UMNO.. maka tandanya 'UMNO gagal pertahankan hak Melayu dan sudah mengkhianati bangsanya sendiri'. " Jelas Dr Mohd yang juga editor Blog Ibnu Hasyim.

"Bagaiman nak harap boleh tolong bangsa lain, sedang bangsa sendiri pun tak terjaga? Saya ucap tahniah kepada beliau! Alhamdulillah." Katanya lagi.

Orang Cina Antara Penaja Awal Penubuhan PAS.. Dr Mohd Hasyim.

Dr Hj Mohd Hasyim


Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

PERMATANG PASIR 22 Ogos 2009. APAKAH benar PAS ditubuhkan oleh orang Cina Di Pulau Pinang? Dan Orang Cina menubuhkan sekolah agama sistem pondok yang pertama di Pulau Pinang, yakni di pulau tidak termasuk Seberang Prai? Tanya Ustaz Idham seorang ustaz di sebuah sekolah di situ kepada Dr Hj Mohd Hasyim bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau, ekoran dari ceramah beliau di Permatang Janggus pada sehari sebelum itu.

Menurut Dr Hj Mohd dalam ceramah malam itu, PAS dan orang Melayu terhutang budi kepada kaum Cina di Malaya pada masa itu kerana salah seorang pengasas penubuhan PAS adalah Haji Mansur JP anak kepada Hasan Kwantung yang berasal dari negara China. Haji Mansur antara salah seorang penaja penubuhan PAS, pernah memegang jawatan Bendahari dan Naib Yang Dipertua Agung di peringkat awalan.

"Semasa saya menjadi YDP PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau dulu, saya pernah menemu-ramah anak Haji Mansur, iaitu Ustaz Murshid. Melihat kesan sejarah di rumahnya di Bayan Lepas, antara perigi lama dirumahnya yang menjadi pusat kegiatan dakwah dan tumpuan puak-puak Islam pada masa itu. Sekarang masih ada masjid yang berunsur kecinaan (kini dijadikan surau) di simpang jalan antara Teluk Kumbar, Bayan Lepas & Kampung Seronok di Bayan Lepas. Lihat tanda kipas Cina di anjung surau itu. Di situ dibina pondok-pondok pengajian Islam.. Saya pernah menyebutnya dalam buku saya 'Krisis UMNO-PAS, Satu Penyelesaian Menurut PAS' terbitan dalam tahun 1990an". Jelas Dr Mohd yang juga pernah menghasilkan beberapa buah buku sejarah PAS.

"Teringat saya sewaktu bertemu Allahyarhan Ustaz Fadzil Noor masa itu dan mencadangkan untuk membuat program seperti yang pernah PAS Balik Pulau buat, program 'Pasar Negara' di Bayan Lepas dan 'Long Tambang' di Pulau Betong.. tetapi waktu itu PAS Balik Pulau memilih nama 'Mengenang Sejarah Laksamana Cheng Ho' di tengah pekan Bayan Lepas, diiringi dengan tarian naga dan kebudayaan kaum Cina." Kata Dr Mohd lagi.

"Ha.. Apa kata Ustaz Fadzil?" Tanya ustaz Idham.

"Ustaz Fadzil jawab, memang baik untuk PAS jangka panjang, tetapi kurang sesuai buat masa itu terutama bagi negeri-negeri pantai timur yang menjadi base PAS waktu itu.. Jadi saya akur dengan pandangan politik beliau." Jelas Dr Mohd lagi.

"Pandangan hang laju sangat, terlampau kedepan, takut orang tak boleh ikut.." kata Ustaz Idham, memberi pandangannya pula.

(RD)

Sila lihat siri sejarah PAS di..
http://www.ibnuhasyim.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails