Saturday, October 24, 2009

Menonton Filem Hollywood, Membantu Yahudi? -Drs Mohd Rashidi

HALAMAN HIBURANOleh Drs Mohd Rashidi Deraman

INDUSTRI perfileman Hollywood, benarkah didalangi Yahudi?

Dikatakan pada tahun 1964, hanya 50% orang Amerika yang percaya bahawa filem dan industri televisyen Hollywood dijalankan oleh orang-orang Yahudi. Tetapi sekarang, menurut polling di LaTimes, hanya 22% saja yang percaya hal itu.

Benarkah begitu? Realitinya bagaimana? Si Yahudi ketawa dengar berita ini.

Beberapa minggu lalu, ketika pengetua studio mengeluarkan satu halaman penuh iklan di Los Angeles Times menuntut agar Screen Actors Guild menyelesaikan kontraknya, surat terbuka ini ditandatangani oleh:

1. News Corp Presiden Petrus Chernin (Yahudi),
2. Paramount Pictures Brad Grey (Yahudi),
3. Co Chief Executive Walt Disney Robert Iger (Yahudi),
4. Ketua Sony Pictures Michael Lynton (kejutan!, Belanda Yahudi),
5. Ketua Warner Bros Barry Meyer (Yahudi),
6. Chief Executive CBS Corp Leslie Moonves (Yahudi , bapa saudaranya adalah Perdana Menteri Israel pertama),
7. Ketua MGM Harry Sloan (Yahudi), dan
8. Ketua Pelaksana NBC Universal Jeff Zucker (mega-Yahudi).

Dengan data seperti itu, jelas bahawa Yahudi mengendalikan Hollywood. Bahkan beberapa slogan Hollywood yang baru sedang dipersiapkan, seperti..

(i) "Hollywood: Lebih Yahudi daripada sebelumnya!";
(ii) "Hollywood: Dari orang-orang yang membawa Anda Alkitab" dan
(iii)"Hollywood: Jika Anda menikmati TV dan filem, maka Anda mungkin seperti orang-orang Yahudi sepenuhnya.”

Ketua Foxman Abe, yang berada di Santiago, Chili, mengatakan bahawa jumlah orang Yahudi menjalankan Hollywood masih terlalu tinggi. Jadi, puak-puak Yahudi memang dalang industi perfileman Hollywood.

Maka menonton filem-filem keluaran mereka adakah membantu Yahudi? (MRD)

Bajet 2010: Gagal Lahir Manusia Berakhlak -Presiden PAS


KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Walaupun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2010, namun gagal melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana mereka yang menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan tidak melaksanakannya dengan betul.

"Belanjawan (Bajet 2010) besar, duit banyak, tapi (kerajaan) yang jalankan tugas tak betul, punca gagal untuk melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman," ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bagi Mengisi Tabung Pembinaan Madrasah Darul Iman (MDI) di sebuah resort di sini, malam tadi.

Turut berucap ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ringkas Bajet 2010 dengan peruntukan RM191.5 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang semalam.

Abdul Hadi yang juga Penasihat PAS negeri menambah, kegagalan melahirkan manusia yang berguna itu berpunca daripada kerajaan meninggalkan perintah Allah.

Sehubungan itu, beliau menggesa para hadirin supaya melibatkan diri dengan usaha mendirikan pusat pengajian Islam bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah. (Harakah)

Perbincangan bajet 2010..

Bajet 2010: Ubat Generik Penadol Sakit Kepala.

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.

Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu disenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara 'regular' atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.

Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu kanser otak.

BEGITU juga dalam hal perumusan belanjawan ini. Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.

Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.

Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana knowledge workers adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara. (AK)

Muktamar Luar Biasa: Nak Pecah, Pecah Gi Lah! -Nik Aziz

OKT 24 2009. BERNAMA melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti. Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik. Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tidak semua perpecahan itu tidak baik (kalau betul laporan di atas). (AK)

Bajet 2010: Bimbang IPTA Jana Pendapatan Sendiri -Tim Pres PAS



AHLI parlimen Bachock, Nasharudin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden PAS melahirkan kebimbangan mengenai cadangan kerajaan untuk membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.

Apa yang dibimbangkan ujarnya, kebebasan yang diberikan kepada IPTA untuk menjana pendapatan sendiri itu akan menjejaskan fungsi IPTA untuk membangunkan modal insan.

"Universiti diberikan semacam satu kebebasan untuk menjana pendapatan, tetapi tidak disentuh dalam pembentangan itu mengenai peluang-peluang yang harus diberikan kepada universiti untuk benar-benar membangunkan modal insan."

"Saya bimbang universiti akan menjadi institusi yang hanya menjana kewangan lebih daripada institusi untuk membangunkan modal insan," katanya.

Najib dalam pembentangannya berkata, dalam usaha kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia, kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan.

Dengan autonomi yang bertambah ujarnya, IPTA misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

"Bagi mencapai objektif ini, kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatnnya sendiri, "katanya.(AK)

Bajet 2010: Baru Menang Dah Lupa Tentera -Datuk Seri Anwar


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai bajet 2010 yang langsung tidak diperuntukkan untuk sektor pertahanan.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, inilah kali pertama pembentangan bajet yang langsung tidak menyentuh mengenai peruntukan untuk anggota tentera yang telah berkhidmat menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ujarnya, selepas Barisan Nasional memenangi kerusi Bagan Pinang yang majoriti pengundinya terdiri daripada anggota tentera, BN terus melupakan jasa mereka sedangkan pelbagai janji ditaburkan kepada anggota tentera sebelum pilihanraya kecil berkenaan.

"Saya agak terkejut kerana pembantangan belanjawan tidak menyebut langsung sektor pertahanan. Selepas menang di Bagan Pinang, pasukan tentera dilupakan. Baru sangat menang, terus dilupakan,"katanya kepada pemberita sewaktu mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi parlimen siang tadi.

Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Namun apa yang dikesalkan, bajet yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama itu langsung tidak memberi penghargaan kepada golongan tentera.

"Sepanjang ingatan saya, ini kali pertama pembentangan belanjawan yang tidak menyebut dan mengucapkan penghargaan kepada anggota tentera,"ujarnya kesal.(AK)

Kemelut Pakatan: Kes S'ngor, Surat MB Kepada Hadi.

KUALA LUMPUR, Okt 24 — Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk menentukan hala tuju kepimpinan PAS dipercayai ekoran kekesalan pemimpin veteran PAS itu terhadap apa yang berlaku di Selangor. Demikian ulasan yang dibuat oleh The Malaysian Insider hari ini.

"Saya percaya Nik Aziz sangat kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Yang lebih dikesalinya adalah beliau tidak nampak ada sebarang kenyataan apatah lagi tindakan dari pemimpin PAS terhadap Hasan Ali yang menggoncang kerajaan Selangor dari dalam itu. Padahal muktamar PAS telah memutuskan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat.

"Ia menjadi semakin parah apabila PAS kalah di Bagan Pinang. Salah satu puncanya dikatakan kerana kekurangan sokongan orang bukan Islam. Salah satu puncanya pula dikatakan kerana mereka tidak berpuashati dengan apa yang berlaku di Selangor," kata seorang penganalisa politik PAS.

Beliau mengulas tulisan Nik Aziz dalam blognya semalam. Nik Aziz dalam tulisan itu mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat agung khas untuk memilih kepimpinan PAS yang baru. Tulisan Nik Aziz dipercayai dibuat bagi mengulas tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam sebuah akhbar harian yang melebelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai pro Umno.

Ekoran itu, Aziz mencadangkan agar PAS membuat perubahan pimpinan dan mencadangkan nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebagai ganti Abdul Hadi kerana bagi beliau Azizan lebih terbuka dan PAS Kedah pula lebih tersusun berbanding PAS Terengganu. Tulisan Aziz diserang hebat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam web PAS, Harakahdaily. Harakahdaily juga menyiarkan tulisan sebuah badan PAS dari Terengganu yang juga menyerang Aziz.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan pula tulisan yang pro kepada Aziz yang dibuat oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Tulisan Hanipa mengambil sikap terbuka dengan tulisan Aziz sebagai satu kritikan untuk mematang dan membetulkan PAS.

"Saya yakin Nik Aziz kesal dengan apa berlaku di Selangor dan dia tidak lihat apa pemimpin PAS yang ada buat untuk membetulkannya," kata penganalisa itu.

Sementara itu menurut The Malaysian Insider lagi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk memperbetulkan apa yang berlaku di Selangor. Beliau dikatakan merujuk kepada kes Hasan Ali dan meminta PAS khasnya membuat satu Standard Operating Procedure (SOP) dalam kes membuat kenyataan akhbar di kalangan pimpinan parti untuk mengelakkan pertembungan berlaku lagi di kalangan pimpinan Pakatan.

Namun, The Malaysian Insider difahamkan, Abdul Hadi belum menjawab surat itu dan pejabat MB Selangor dikatakan ternanti-nanti apakah reaksi PAS terhadap surat itu. Namun begitu, The Malaysian Insider di fahamkan, tindakan telah diambil oleh PAS melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang telah memberikan amaran agar para pimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati dalam membuat kenyataan media. Beliau meminta agar semua masalah sesama mereka diselesaikan menerusi mekanisma Pakatan.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat telah menubuhkan Majlis Bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 33 anggota iaitu 11 dari setiap parti. Ia juga akan ditubuhkan di peringkat negeri untuk menjadi platform antara mereka.

Di Shah Alam pula, Muktamar Khas PAS seperti dicadangkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak perlu kerana parti itu tidak hadapi sebarang kemelut, kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahrir Mohd Shahir. Menurutnya, dalam sejarah Pas, tidak pernah ada Muktamar Khas kerana parti itu sudah memiliki muktamar tahunan, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini. (AK)

Hina Islam, Melalui Iklan Coke Di Eropah

PENGGUNA
Assalammualaikum
source : from email
Ni adalah email yang kuperolehi yang mana menunjukkan satu iklan coke yang telah di tayangkan di Eropah.. perhatikan yer!!!

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula2 tengok dekat email, aku x berapa perasan sebenarnye pic ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sebijik macam botol air yang disusun. cantik jer. Tapi aku mula perasan biler tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.



Perhatikan word 'coca-cola'. Cube beli satu botol coke dan koyakkan plastik cover die, & then terbalik kan. Kite akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.


Sedarlah wahai sahabat2, bile kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.


Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

Sama-samalah kita boikot coke..
:// air coke bila diminum bersama-sama dengan gula2 MENTOS boleh mengakibatkan kematian secara mengejut.

Kalau x percaya buat xperimen ok!!

Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola

Internet: Tak Berubah, Indonesia Masih Dunia Porno.

PENGGUNA
komik Manga Naruto
JAKARTA Okt 24, 2009. Indonesia menduduki peringkat tiga besar pornografi, serentak menjadi negara pengakses situs pornografi terbesar ketujuh pula di dunia. Ini menurut laporan data dari google trends.

Kerana itu sudah dapat diagak, Miyabi atau Maria Ozawa menjadi nama yang selalu dicari di dunia internet. Oleh itu tidak hairan bila ia seolah-olah menjadi 'bintang filem tempatan terkenal' yang ramai peminat. Selain Miyabi, ada lagi tokoh kartun yang juga berasal dari negeri matahari terbit itu, digelar Naruto. Dia juga menjadi salah satu ikon dari penyebar pornografi di kalangan kanak-kanak.

Dalam komik Naruto memang mengandung adengan vulgar dan berbau pornografi. Sehingga kini, komik masih menjadi media penyebaran pornografi paling efektif di internet. Berdasarkan internet pornography statistic, Indonesia menempati peringkat ketujuh dunia. Keadaan ini terus meningkat menjadi peringkat kelima pada 2007 dan ketiga pada 2009. Yogyakarta pula menjadi daerah yang paling banyak mengakses pornografi, kemudian Bandung, Medan, Surabaya, dan Jakarta.

Uniknya Jakarta sebagai ibukota negara yang menjadi kota paling ramai mencari maklumat tentang "Islam." Sedangkan Yogyakarta yang menjadi kota porno terbanyak dan daerahnya terdapat ramai mahasiswa. (Maya)

Sila lihat...
Ramadzan: Seks Dalam Internet, Bagaimana Di Malaysia?

Kicap Beralkohol & Penipuan Sijil Halal.

PENGGUNA
KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mewah di ibu negara yang mempamerkan logo halal besar di hadapan premis dikesan menggunakan sejenis kicap beralkohol buatan Jepun bagi menyedapkan masakan selain turut digunakan untuk memerap ayam sebelum dimasak dan dihidangkan. Kicap terbabit juga dipercayai berfungsi mirip wain yang menjadi bahan popular dalam resipi masakan barat. Demikian sumber berita dipetik dari MyMetro semalam.

Ketika pemeriksaan, pemilik restoran terbabit mendakwa dia membeli sijil halal yang tidak diiktiraf Jakim itu pada harga RM3,000 daripada sebuah syarikat. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata sijil halal palsu berkenaan sebelum ini turut dikesan dijual pihak syarikat terbabit secara berleluasa terutama kepada pengusaha syarikat pengeluar makanan bukan Islam.

Pemeriksaan sama turut dilakukan terhadap sebuah restoran berhampiran yang dikesan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran. Mohd Amri berkata, pemilik restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, syarikat yang mengeluarkan sijil perakuan halal kepada restoran di Wangsa Maju itu mendakwa sijil dikeluarkan mereka sah dan diperakui secara meluas di seluruh dunia. Kakitangan wanita syarikat itu yang enggan dikenali berkata, bagi pemilik restoran yang ingin mendapatkan sijil halal, mereka perlu memastikan ayam dan semua jenis daging termasuk kambing, lembu, kerbau dan sebagainya yang boleh dimakan mempunyai sijil sembelihan yang sah.

“Semua pihak boleh memohon dapatkan sijil halal ini dengan borang diperoleh menerusi laman web kami, tapi perlu sertakan dokumen berkaitan termasuk mahu sijil sembelihan yang disahkan halal, menu masakan dan bahan digunakan.

“Setiap permohonan diterima akan disemak pegawai kami sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh di restoran terutama bahagian dapur, malah pemohon perlu menyertakan dua kakitangan beragama Islam memasak di dapur.

“Selepas berpuas hati dan yakin pengurusan restoran menggunakan produk halal barulah kami akan keluarkan sijil yang dicaj mengikut kriteria tertentu sama ada dalam mahupun luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, bayaran untuk pengeluaran sijil halal bagi restoran di Lembah Klang ialah RM800 tidak termasuk caj pemeriksaan RM200, manakala untuk kios, medan selera, kafe dan kantin, masing-masing dikenakan bayaran RM200, RM400 dan RM600.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini dua perkara perlu dijelaskan. Pertama, status haram kicap beralkohol. Kedua, masalah sijil halal palsu. Perkara-perkara seperti ini perlu ditangani dengan baik oleh pihak berwajib demi khidmat untuk kemudahan kepada rakyat dan masyarakat. (AK)

Friday, October 23, 2009

Najib Bentang Bajet 2010


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2010 bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" di Parlimen sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia ke-10.

Bajet 2010 disokong oleh tiga strategi iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2009 diunjurkan negatif 3 peratus, lebih baik daripada anggaran awal negatif 4 hingga 5 peratus yang diumumkan pada 28 Mei 2009.

Menjelang tahun hadapan ekonomi negara dijangka berkembang kepada 2 hingga 3 peratus. (Mstar Online/AK)

Guru Ghaib Halal Arak & Zina -Akhil Hayy

HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA: Segelintir artis tersohor tanah air yang didakwa terpengaruh dengan ajaran sesat disebarkan ‘guru ghaib’ mereka, dipercayai menjadi tali barut menyebarkan ajaran pelik yang antara lain menghalalkan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk bersekedudukan, berzina dan meneguk minuman keras.

Penyebaran ajaran yang dengan jelas memperlekehkan hukum Islam itu bukan saja dilakukan di kalangan artis veteran, malah membabitkan artis baru yang begitu teruja mahu popular di kalangan peminat dengan melakukan perbuatan yang sebenarnya boleh merosakkan masa depan mereka.

Aktiviti terkutuk artis terbabit yang kebanyakannya memang selesa dalam ‘zon maksiat’ dilakukan secara sulit dengan mendekati rakan artis yang mudah dipengaruhi terutama mereka yang menjadikan kerjaya lakonan dan nyanyian sebagai sumber pendapatan utama.

Kumpulan artis terbabit memang berniat menyesatkan rakan seperjuangan selain merosakkan akidah mereka dengan mengumpan kononnya mahu mempermudahkan ajaran Islam mengikut selera ‘guru ghaib.’

Artis terbabit juga dikesan gemar mengadakan majlis tahlil dan kenduri, tetapi aktiviti itu sebenarnya diadakan semata-mata untuk berdiskusi mengenai ajaran ‘guru ghaib’ bagi mengaburi mata artis lain kononnya mereka membawa ajaran benar.Pendedahan mengejutkan itu dilakukan penceramah, artis dan pengacara rancangan televisyen, Akhil Hayy, yang mengakui artis ‘tali barut’ ajaran sesat itu nampak baik dan alim pada luaran, tetapi sebenarnya mereka penyebar ajaran sesat.

Menurutnya, artis terbabit membawa ajaran pelik, termasuk memesongkan ajaran al-Quran dengan membenarkan maksiat dilakukan dalam kehidupan harian.

“Ajaran yang dibawa artis yang sudah selesa dalam zon maksiat itu tidak melarang artis bersekedudukan dengan suami atau isteri orang lain, termasuk artis remaja lain yang beria-ria mahu dikenali ramai sehingga terpedaya melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Sebenarnya, kegiatan ini memang wujud dan ia dilakukan segelintir artis yang sudah ada dalam zon maksiat dan mahu maksiat yang mereka lakukan diikuti artis lain dengan alasan apa saja amalan yang dilakukan sudah ‘ditulis’ Allah.

“Mereka mengatakan perbuatan maksiat yang dilakukan sudah ditulis Allah (sejak azali) dan tidak perlu bimbang kerana boleh bertaubat,” katanya.

Akhil yang terkenal dalam rancangan ilmiah terbitan sebuah stesen televisyen berbayar berkata, dia tidak berniat menuding jari kepada sesiapa, tetapi amalan berkenaan hakikat dalam dunia artis yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa.

Tanpa berselindung, Akhil berkata, kegiatan itu dikesan apabila dia sendiri mendekati dan berbual dengan beberapa artis yang menjadi pengikut ajaran sesat berkenaan sebelum mendapati mereka memiliki pegangan dipercayai menyeleweng daripada al-Quran dan hadis serta boleh merosakkan akidah.

“Bukan itu saja, artis terbabit dipercayai menggunakan pegangan pelik itu untuk disebarkan di kalangan artis lain, termasuk artis gemar bersosial yang dikenali pasti mudah dipengaruhi.

“Sebagai contoh, ada artis kononnya alim dalam filem atau drama, tetapi dalam kehidupan sebenar, jiwanya kosong dan artis ini jugalah antara individu yang menjadi sasaran artis ajaran sesat ini,” katanya.

Selain orang awam, Akhil berkata, artis adalah golongan yang menjadi sasaran artis sesat terbabit kerana mereka menjadi ikon masyarakat dan mempunyai agenda supaya perbuatan tidak bermoral artis itu menjadi ikutan masyarakat, terutama remaja.

Bagaimananpun, katanya, ada artis yang terpengaruh dengan kehidupan penuh maksiat itu akhirnya insaf dan kembali ke pangkal jalan selepas mendapat hidayah Allah.

Tetapi, katanya, apa yang amat ketara, artis sesat terbabit menggunakan kepetahan bercakap dan nama yang mereka ada untuk memberikan ‘bimbingan palsu’ kepada rakan artis lain dengan alasan mendapat ilmu daripada guru ghaib mereka.

“Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dengan artis terbabit, mereka mendakwa menimba ilmu pelik itu daripada guru tertentu yang sudah jelas menyebar ajaran sesat.

“Artis sesat ini sentiasa akur dan taat serta dipercayai tidak akan mendedahkan kaitan mereka dengan guru terbabit kerana pegangan ajaran itu yang tidak membenarkan mereka mempersoalkan apa yang dilaku dan disuruh guru terbabit.

“Artis ini hanya akur dan meneruskan usaha menyebarkan ajaran pelik di kalangan artis kononnya Islam membenarkan maksiat dilakukan dan tidak perlu bimbang perbuatan tidak bermoral dilakukan kerana ada ruang untuk bertaubat kepada Allah,” katanya.

Tanpa berselindung, Akhil mempertikaikan kedangkalan artis yang terlalu ghairah mengikut ajaran sesat terbabit, walhal mereka sepatutnya peka dengan kepalsuan ajaran yang disebarkan guru ghaib terbabit. (Sumber MyMetro/AK)

Muktamar Luarbiasa: PAS Perlu Perubahan -Nik Aziz

Oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan


PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?


JARANG sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.”

Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya


Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Sila lihat...

Iklan Lucah Tunjuk Punggung & Dada, Apa Kata Mereka?

PENGGUNA
APA komen mereka...

Pertama
:

shamsuleffendey 8:36 pm on May 14, 2009

Apa yang aku nak bangkitkan berkenaan satu iklan syarikat penerbangan yang agak melampau pada pendapat aku. Syarikat tersebut, Air Asia mengiklankan pengalaman 2 orang penumpang menggunakan model terbaru kapal terbangnya, Airbus.

Pengalaman seorang cucu dan neneknya yang menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia kepada kedua ibu-bapanya. Tiba-tiba terpapar adegan lucah yang dipertontonkan kepada umum kemudiannya, yang tidak patut sama sekali diperkatakan oleh budak kecik tersebut. Gambar ketika itu menfokuskan bontot dan payudara pramugari yang dikatakan ‘HOT’ oleh neneknya itu.

Babak akhir iklan sekali lagi memaparkan gambar kandid yang diambil budak kecik tersebut menunjukkan bahagian bontot pramugari yang memakai skirt ketika itu. Umum pasti dah tau skirt merupakan pakaian rasmi pramugari syarikat Air Asia itu. Sementara itu ibu-bapanya yang membaca kisah itu didalam poskad yang telah dikirim oleh anaknya itu hanya tersenyum gembira.

Amatlah memalukan bagaimana budak kecik yang masih bersih akal fikirannya telah dikotori dengan iklan-iklan sebegini. Ianya mungkin bakal menarik minat kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk meniru lakonan budak kecik tersebut. Bayangkanlan bila dah besar budak ini, apa yang akan diwarisi dari sikapnya sejak kecik itu?

Jangan hairan jika masalah gejala rogol dan sumbang mahram akan lebih kerap menghiasi dada akhbar dan media massa kita selepas ini sekiranya masalah sebegini tidak dibendung. Bukti kebejatan akhlak yang ditaja oleh kerajaan UMno Be End. Seharusnya kita bersama-sama berganding bahu mengutuk sekeras-kerasnya tayangan iklan ini agar anak kita tidak menjadi mangsa dikemudian hari nanti. Apa kata anda?

Kedua: Komen skycrewz.net/

Iklan Lucah Terbaru AirAsia – Sesuai Ke ??

Korang dah tengok kan iklan ni? Apa pendapat korang tentang iklan terbaru ni? Nampaknya mereka lebih mengutamakan dada dan punggung pramugari AirAsia yang seksi daripada servis penerbangan mereka. Kalau tak silap aku, iklan ini telah diarahkan oleh arwah Yasmin Ahmad.


Ketiga: Harakah Daily Net.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat buat apa? Tidak sensitif dengan eksploitasi wanita. Hanya oleh syarikat penerbangan pun tak mampu? Kita tunggu tengok.. (2MA)

Sila lihat..

Jurang PAS-UMNO Asalnya Diketuai Abu Jahal -Nik Aziz

KOTA BHARU, 23 Okt: Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru.

Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam. Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Sementara itu, PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak pernah membina jurang dengan mana-mana parti di negara ini khususnya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, pihak lawan yang telah menciptakan jurang pemisah antara pejuang parti Islam itu dengan pihak mereka.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perpecahan telah berlaku sejak zaman Rasulullah apabila kumpulan penentang diketuai Abu Jahal bertindak mewujudkan persengketaan dengan pengikut Islam. "Perpecahan serta jurang telah wujud di zaman Rasulullah sebagaimana yang diciptakan oleh Abu Jahal yang memusuhi Islam dan bukannya Nabi Muhammad.. Begitu juga sekarang ini, bukannya PAS yang memisahkan jurang, sebaliknya pihak mereka (Umno dan BN) yang memisahkan ruang pendekatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menggulung perbahasan menyokong titah ucapan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sewaktu merasmikan pembukaan persidangan Dun Kelantan (Belanjawan). Kenyataan itu juga sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pembangkang yang mengingatkan kerajaan supaya tidak mewujudkan jurang antara kerajaan negeri dengan pihak mereka.

Beliau juga kesal jalinan kerjasama antara PAS-DAP sering dikritik khususnya oleh pemimpin Umno akibat tidak senang dengan perkembangan itu. "Kerana semakin menerima perjuangan PAS, pemimpin DAP telah menjemput saya pergi menyampaikan ceramah di tempat mereka, namun Umno tidak pernah berbuat demikian," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, selagi wujud halangan serta sekatan dari mereka yang tidak bertanggungjawab, selagi itu hasrat untuk memberi penerangan tentang Islam kepada golongan terbabit tidak akan berjaya. (2MA)

Kelantan Catat Negeri Pertama M'sia Bebas Rasuah?


KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan. Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Pin Gambar Nabi, Jangan Sampai Masuk M'sia.

Pin gambar Nabi Muhammad

PIN yang mempunyai gambar lelaki yang disebut sebagai Nabi Muhammad beredar di Makassar, Sulawesi. Peredaran pin ini meresahkan masyarakat, khususnya umat Islam. Pin tersebut pertama kali ditemui oleh seorang anggota Forum Komunikasi Muslimah Makassar. Pin tersebut milik kepada seorang wanita bernama HDY (samaran).

Namun HDY mengaku, dia bukan pemilik pertama benda tersebut. Pin itu dibelinya dengan harga Rp 20 ribu (RM7.19) dari seorang wanita bernama MAR. HDY dan MAR selama ini memang kawan perniagaan busana Muslimah. Pin yang menggemparkan itu berbentuk bulat, berdiameter sekitar 5 cm dan berwarna asas hijau muda. Pada pin itu, gambar wajah jejaka yang disebut sebagai Nabi Muhammad sangat tampan.

Hidungnya mancung dengan bibir yang tidak tipis atau tebal. Alisnya juga tebal rapi. Demikian pula matanya yang berwarna cokelat. Kepalanya tertutup serban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan terlihat gulungan serban yang menyerupai kembang.

Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan Arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam. Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab perlu ambil perhatian, mengawasi supaya tidak menimbulkan kegelisahan dan meresahkan umat Islam. Bukan sahaja di Indonesia bahkan perlu diawasi supaya tidak merembas masuk ke Malaysia atau tersebar negara-negara lain di dunia. (2MA)

Thursday, October 22, 2009

Tentera Islam Dalam Tentera Israel, Sama Dengan M'sia?

DALAM tentera negara Israel ada tentara Islam. Mereka adalah Muslim Badui yang juga ikut mengangkat senjata memerangi saudara-saudara se iman mereka di Jalur Gaza dan Tepi Barat dalam operasi tentera Israel. Sebenarnya mereka tidak wajib ikutserta dalam operasi tersebut seperti warga Israel lain yang diwajibkan jadi tentera. Tetapi anehnya ramai Muslim Badui yang secara sukarela daftarkan diri masuk jadi tentera Israel. Mengapa?

Salah seorang Muslim Badui bernama Major Fehd Fallah mengaku amat suka dengan tugasnya sebagai tentara Zionis, walaupun siapa lawan yang perlu dihadapi dalam pertempuran, tak kira samada Islam atau tidak. "Saya buat apa yang diperintahkan dengan penuh yakin demi mengabdikan diri pada negara Israel," ujar Major Fallah pada BBC.

Dia juga ikut bertempur melawan Muslim di Gaza dalam 'Operasi Cast Leads' bulan Januari 2008 lalu. "Dan saya sedia bertempur lagi jika diperintahkan. Orang Islam di Israel yang tidak mahu jadi tentera Israel sepatutnya malu kerana tidak mengabdi diri pada negaranya," kata Fallah buat mudah. Orang-orang Badui Israel majoriti beragama Islam dan berbahasa Arab. Mereka adalah orang-orang nomaden yang hidupnya berpindah-pindah tempat dan dulunya menjadi sebahagian dari masyarakat Palestin.

Tetapi sekarang, kebanyakan Muslim Badui itu lebih bangga menjadi sebahagian masyarakat Israel dan bangga disebut orang Israel. Kerjasama kaum Yahudi dan suku Arab Badui dikatakan sudah terjalin sejak sebelum tegaknya negara haram Israel 1948 lagi. Bermula sejak1946 ketika pemimpin Arab Badui, Abu Yusuf Al-Heib mengirimkan lebih dari 60 orang-orangnya untuk membantu pasukan Zionis bertempur melawan orang-orang Arab di Galilea.

Kesetiaan Arab Badui pada Zionis masih tercermin pada sikap Major Fallah yang hingga kini lebih selesa guna bahasa Ibrani dibandingkan bahasa ibundanya, bahasa Arab. Di desa-desa suku Badui terutama di wilayah utara Israel, menjadi tentara Israel rupanya sudah menjadi semacam tradisi keluarga. "Menjadi tentara Israel sudah menjadi warisan turun temurun dari satu generasi ke generasi dalam keluarga saya. Ayah dan nenek saya juga mantan tentara Israel," kata Major Fallah.

Pihak tentera Israel tidak mahu memberi data-data jumlah orang non-Yahudi yang menjadi tentara Israel. Mereka hanya mengatakan, setiap tahun ada ratusan Muslim, Kristian dan kalangan Druze yang mendaftarkan diri dan jumlahnya terus meningkat pasca serangan ganas Israel ke Jalur Gaza 2008.

Kolonel Ahmed Ramiz, seorang Druse, adalah komandan yang bertanggung jawab untuk kelompok minoriti dalam tentera Israel. Menurutnya, khas untuk Muslim di Israel tidak wajib, demi hindarkan konflik! Walaupun begitu, kalau mereka mahu mereka dibolehkan bekerja di semua unit tentera termasuk pasukan elit.

Menurut Maher seorang Muslim Badui, ia mendaftar jadi tentara Israel kerana mudah dapat kerja. Kini ia bekerja sebagai guru sukan sambilan, yang sebelumnya bekerja di unit pendidikan tentera Israel. "Ketika saya dalam tentera, mereka kata saya akan mudah dapat kerja kalau pernah jadi tentara. Saya cuba minta kerja tapi tidak mudah juga. Mereka yang Muslim tidak mahu terima saya kerana saya pernah menjadi tentara Israel, sedangkan orang Yahudi lebih senang beri kerja pada sesama Yahudi," keluh Maher.

Ia merasa terperangkap jadi askar Israel. Meskipun pihak Israel kata tidak wajib bagi non-Yahudi, tetapi kenyataannya non-Yahudi dan Muslim mesti pilih antara jadi tentera atau bukan tentera, supaya mereka tetap dapat bantuan pendidikan atau bantuan sosial untuk keluarga mereka.

Maher mengaku perlu hindari dari pakai pakaian seragam tentara Israel jika berada di desa-desa Arab yang penduduknya bukan Arab Badui, agar tidak dicemuh atau diancam sebagai pengkhianat. Kerana itu, keluh Maher serba salah, "Mengabdi pada Israel, dihina. Tidak mengabdi juga dihina."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perasaan serbasalah begitulah juga berlaku di kalangan tentera-tentera dan polis di dalam negara orang Islam yang tidak mahu melaksanakan perundangan Islam. Apalagi bila negaranya terpaksa berlawan atau berperang dengan negara Islam atau negara orang Islam, yang bukan dengan kehendak agama Islam sendiri. Apalagi, kalau negara umat Islam itu menindas umat Islam yang mahu kepada sebuah negara Islam, iaitu ingin mengamal ajaran agama Islam di dalam negaranya sendiri.

Kerana itu negara sekutu dan talibarut Israel termasuk AS sentiasa melebelkan pejuang-pejuang Islam seluruh dunia sebagai pengganas, untuk menghilangkan rasa serbasalah negara umat Islam menentang agamanya sendiri. Lihat saja Afghanistan, Pakistan, Palestin di bawah Mahmud Abbas dan banyak lagi. Bagaimana Malaysia semasa 'Peristiwa Pembunuhan Di Memali' atau lain-lainnya? Cinta kepada negara keterlaluan melebihi cinta kepada Allah dan Rasul juga adalah juga projek Negara Israel menundukkan tentera-tentera Islam dalam tenteranya. Itu jugakah yang dipaksakan perlaksanaannya dalam negara umat Islam seperti Malaysia? Asobiah jugakah itu? (Berbagai sumber/IH)

Kepincangan BN Mengurus Negara -YB Khalid Samad

Oleh YB Khalid Samad.

OKT 22 — Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Rakyat ke 12 telah bermula pada hari Isnin, 19 Okt yang bakal menyaksikan berbagai lagi kepincangan kerajaan BN dalam mengurus tadbir negara kita ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mulakan dengan mengulas jawapan yang telah pun diberikan oleh dua Kementerian yang berikut.

Pertama: Jawapan TPM berhubung rasionalnya mengapa kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk menukar semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda. Beliau menjawab — perlu membuat kajian serta menentukan tenaga guru mencukupi, terlatih dan sebagainya.

Tetapi persoalannya, dahulu apabila melaksanakan PPSMI, mengapa tidak dilakukan sedemikian? Buat kajian terlebih dahulu, tentukan tenaga pengajar mencukupi dan begitu juga kemahiran yang berkaitan. Ini tidak, main rempuh sahaja walaupun ramai yang membantah. Dalam melaksanakan satu dasar dan kaedah yang baru, sudah semestinya dasar dan kaedah tersebut memerlukan kajian dan persiapan yang teliti. Kaedah kerajaan BN seperti biasa, terbalik! Apabila ingin laksanakan dasar baru tiada kajian dan persiapan yang teliti. Tetapi, apabila menukar kembali ke dasar yang asal, perlu kajian dan persiapan yang teliti!

Berkenaan soalan tambahan mengenai apa jaminan kerajaan tidak akan kembali kepada dasar PPSMI atau yang seakannya dan seterusnya mengabaikan Bahasa Malaysia, TPM telah menjawab bahawa status Bahasa Kebangsaan dijamin dalam Perlembagaan negara.

Tetapi apa yang lebih merisaukan banyak pihak ialah status Bahasa Kebangsaan telah pun dijamin dalam Perlembagaan sejak dari dulu lagi. Namun perkara ini tidak menghalang kerajaan BN melaksanakan satu dasar yang jelas bercanggah dengannya! Atau apakah mungkin TPM baru sahaja sedar kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?

TPM seterusnya menyebut bahawa yang penting ialah persoalan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris tanpa menjejaskan status dan penggunaaan Bahasa Kebangsaan. Maka jelaslah bagi beliau, ini masih lagi merupakan satu persoalan yang beliau sendiri tidak tahu cara mengatasinya. Jawapan sebenarnya mudah sahaja. Bukan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!

Jika kita ingin meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, maka perlulah belajar bahasa Inggeris. Kita mengajar Sains dan Matematik untuk anak-anak kita faham Sains dan Matematik. Oleh itu perlu mengajar mata pelajaran ini di dalam bahasa yang mereka mudah fahami. Bukan dalam bahasa yang kita sendiri mengakui bahawa pelajar lemah penguasaannya.

Kedua: Jawapan Timbalan Menteri berhubung perlanjutan perkhidmatan Ketua Polis Negara yang menyebut prestasi KPN amat memuaskan. Sebenarnya prestasi KPN memuaskan hanya dari persepsi BN. Kadar jenayah dikatakan meningkat dan banyak persoalan berhubung penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran dan pengurusan beliau masih tidak terjawab.

Status rasuah dalam Institusi PDRM diketahui dan diakui umum. Ini masih tidak berubah. Biasanya dalam menangani masalah rasuah, orang nombor satu institusi terlibat perlu dipertanggung jawabkan tetapi di bawah kerajaan BN sebaliknya yang berlaku. Setelah pendedahan dibuat oleh sebuah Suruhan Jaya Di Raja sekalipun, namun tiada apa-apa tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Hakikatnya, walau sejelas mana sekalipun kegagalan KPN tersebut, KPI yang terpenting dalam pertimbangan kerajaan BN ini adalah kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah dan arahan yang diberikan oleh kerajaan BN itu sendiri. Itu sahaja. — khalidsamad

Kontraversi Prof Aziz Bari: Kritikan Terhadap Pemimpin PAS?

Pengajaran dari Bagan Pinang
Oleh Prof ABDUL AZIZ BARI
Tenaga pengajar undang-undang di UIAM, Gombak.


PILIHAN raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang berlangsung, 11 Oktober lalu, sudah pun diketahui keputusannya. Kemenangan calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad memang dijangkakan meskipun kegagalan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar, untuk mengurangkan undi majoriti Barisan Nasional (BN) agak memeranjatkan.

Pelbagai analisis dibuat dan saya tidak mahu menambah apa-apa. Saya sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting daripada sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya. Hal-hal ini penting kerana selain menjadi tema dan mauduk utama ruangan ini, itu semua penting dalam membina sebuah Malaysia yang adil, telus dan sistematik walau siapa dan apa pun warna politik kita. Saya ada menyebut betapa kewujudan sebuah sistem dua parti yang mantap penting bagi memperkasa ideal perlembagaan kita. Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.

Berbalik kepada Bagan Pinang apa yang kita lihat ialah betapa wakil rakyat – yakni Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – pada hakikatnya dianggap sebagai 'pegawai kebajikan'. Walaupun ini tidak salah tanggapan dan imej memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan peranan wakil rakyat berkenaan dan kualiti dewan perundangan kita. Dan seterusnya ini memberi kesan langsung kepada kualiti undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kita. Begitu juga dengan fungsi dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.

Ada kemungkinan pengundi dalam DUN Bagan Pinang, kerana ia adalah pilihan raya kecil dan tidak memberi kesan kepada kedudukan Kerajaan Negeri, mahu mengingatkan Pakatan supaya lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada masalah dan kebajikan rakyat. Ada pihak yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Teluk Kemang yang merangkum DUN berkenaan gagal memainkan peranan. Ini mungkin benar. Tetapi apakah ini cukup kuat untuk mereka memenangkan calon Barisan yang diketahui korup, yang hanya dikatakan ‘teknikal’ oleh pemimpin utamanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun tidak suka calon itu meskipun selepas keputusan diumumkan Mahathir berubah dan turut bergembira dengan keputusan di Bagan Pinang itu.

Keputusan pilihan raya kecil itu menyebabkan sesetengah pihak kesal dan sedih kerana kemenangan besar itu menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon. Apatah lagi mengingat bahawa calon Pas adalah seorang yang begitu aktif dalam isu-isu umum, termasuk alam sekitar dan kes pelupusan sampah Broga. Dalam pada itu sebagaimana di tempat-tempat lain khidmat Barisan bukanlah sempurna, di sana sini banyak juga kegagalan dan kelemahan pentadbiran Mohd Isa sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Begitu juga dengan pentadbiran sekarang di bawah Datuk Seri Mohamad Hassan.

Hal ini memberi gambaran bahawa kemenangan besar Barisan itu adalah kerana kawasan itu memang kubu UMNO. Sebab itulah ada pihak yang berkata bahawa parti itu tidak harus terlalu seronok kerana apa yang terjadi di Bagan Pinang itu tidak semestinya aliran umum yang akan mendominasi politik negara.

Walau apa pun imej Pakatan yang dipaparkan dalam media yang dikuasai Barisan juga tidak membantu. Imej yang dipaparkan membayangkan betapa gabungan ini rapuh dan tidak berupaya mengambil tempat Barisan. Secara kebetulan itulah kesimpulan yang dibuat oleh Merdeka Center dalam tinjauan lapangan yang diselesaikannya pada awal bulan ini: sekitar 43 peratus dari pengundi berdaftar yang diselidikinya tidak yakin kepada kemampuan Pakatan untuk memerintah di peringkat persekutuan.

Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan salah Hasan itu secara terbuka. Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir beliau tidak faham konsep tanggung jawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan.

Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam Pas yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti. Secara perlahan-lahan lulusan syariah Universiti Al-Azhar dan sarjana undang-undang perbandingan Universiti Kent itu mula dilihat sebagai mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mohd Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda Pas dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi Pas di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. Ini menyedihkan kerana selain pernah memerintah dari 1999-2004 Pas juga mentadbir negeri itu dari 1959-1961.

Perubahan kepemimpinan penting bukan saja untuk Pas, tetapi juga dalam konteks mereformasikan sistem kita. Perubahan mendasar hanya akan berlaku sekiranya ada kerajaan baru di peringkat persekutuan. Kita semua maklum Barisan tidak akan berbuat apa-apa kepada SPR dan undi pos umpamanya. Begitu juga dengan kedudukan perkhidmatan awam umumnya dan pasukan polis khususnya. Perubahan-perubahan ini amat penting jika kita mahu Malaysia membuat perubahan sebagaimana yang mula kelihatan di Indonesia selepas dua penggal Susilo Bambang Yudiyono memimpin negara. Jika tidak kita akan terus ketinggalan dan menggigit jari.

Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika Pas kekal dengan kapten yang ada ini mungkin akan berkurang. Sejumlah 21 peratus pengundi yang masih berada di atas pagar kemungkinan besar akan berpihak kepada BN dan untuk memperkasa demokrasi di Malaysia akan gagal lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Reaksinya, sila lihat Harakah, antaranya.. Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda oleh Mohamed Hanipa Maidin (Sumber: Sinar Harian, Harakah dll /2MA)

Gigit Polis Hilang Kelayakan Ahli Parlimen? -YB Tian Chua

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas. Laporan Malaysiakini hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu. Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut. Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap. Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan. Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua. Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku. Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen. "Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali. Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal. Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun. (Malaysiakini/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails