Saturday, October 31, 2009

Awas, Minum Jus Buah Pun Boleh Mabuk -CAP

PENGGUNA

Hati- Hati Dengan Jus Buahan Mengandungi Alkohol - CAP

LANGKAWI, 31 Okt 2009 (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli sejenis minuman ringan jus buah-buahan kerana ia mengandungi alkohol yang boleh memabukkan.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata jus itu mengandungi antara empat hingga enam peratus alkohol.

"Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alcohol, tapi sukar melihatnya kerana kurang jelas," katanya pada persidangan akhbar selepas kempen bahaya arak kepada masyarakat di tempat letak kereta di pekan Kuah di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Subbarow meminta kerajaan dan kementerian berkaitan menjalankan kajian terhadap minuman itu dan mengeluarkan garis panduan kepada peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur.- BERNAMA

Bambu: Seni Khas Sunda Lambang Indo/M'sia Bersaudara..

JOM KREATIF
Istana Bambu Sdn. Bhd. mampu menghasilkan produk-produk berasaskan buluh dengan rekaan moden.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai Istana Bambu, rumah dan harga yang ditawarkan bolehlah menghubungi Istana Bambu di talian 019-338 1858, e-mel di alamat info@istanabambu.com atau layari istanabambu.com.

Ekon Indon Terkuat Di Asia, Helang M'sia Perlu Terbang Ke Sana

JENDELA GLOBAL
Ekonomi Indonesia Terkuat di ASEAN, Satu-satunya Yang Mengalami Pertumbuhan Ekonomi Positif

Okto31 2009: KEPALA Ekonom Allianz Group Michael Heise mengatakan Indonesia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif. Pertumbuhan ini ditopang oleh permintaan domestik yang cukup kuat. Besarnya permintaan lokal bisa mencegah efek negatif penurunan permintaan luar negara terhadap pertumbuhan ekonomi.

Heise memprediksi pertumbuhan produk domestik bruto riil Indonesia tahun ini pada kisaran 3,5 persen atau lebih rendah dibanding pencapaian 2008 sebesar 6,1 persen. Tapi dia mengingatkan, pergerakan harga komoditas perlu diwaspadai karena harga komoditas dunia bisa naik mendadak. Kondisi ini bisa menghambat perbaikan ekonomi yang sedang berlangsung.

"Tekanan inflasi sudah tidak terasa, tapi pergerakan harga komo-ditas harus diwaspadai sekarang," kata Heise di Jakarta kemarin. Berdasarkan riset Allianz Group, secara keseluruhan riset tentang Indonesia menunjukkan sisi positif.

Menurut Jens Reisch, Chief Executive Officer Allianz Life Indonesia, fundamental ekonomi Indonesia saat ini jauh lebih baik ketimbang saat terjadi krisis ekonomi pada 1997-1998. Fundamental ekonomi Indonesia dinilai cukup kuat. "Kombinasi langkah kebijakan moneter dan fiskal yang diambil pemerintah cukup baik," kata Reisch.

Selain pertumbuhan ekonomi Indonesia yang positif, Heise mengatakan perekonomian Asia akan kembali tumbuh pada semester kedua 2009 karena perdagangan dunia mulai stabil, lapi, sampai akhir 2009, pertumbuhan ekonomi Asia masih rendah sekitar 2,7 persen. Perbaikan ekonomi pada semester kedua bisa dilihat dari sistem perbankan regional yang kuat, cadangan mata uang yang besar, surplus neraca pembayaran, dan pinjaman luar negeri yang rendah. Dengan kondisi itu, pertumbuhan ekonomi Asia pada 2010 bisa mencapai 5,6 persen atau dua kali lipat dibanding tahun ini.

Menurut Heise, negara-negara di kawasan Asia terkena dampak kri-sis ekonomi global yang sangat keras. Hal ini disebabkan oleh aktivitas ekspor negara-negara Asia yang meningkat pesat dalam beberapa tahun terakhir. Bahkan produk domestik bruto sepanjang 2004-2008 meningkat rata-rata 8 persen per tahun. Kawasan Asia tumbuh menjadi wilayah yang paling dinamis.

Heise mengatakan penurunan angka impor Amerika Serikat yang drastis membuat model pertumbuhan Asia berubah. Selain itu, momentum ekspor akan lebih rendah dibanding sebelum krisis keuangan terjadi dan surplus perdagangan menurun. Pasar Asia harus mencoba menguatkan permintaan domestik dalam jangka menengah untuk mencapai pertumbuhan yang kuat. Heise mengatakan, meski Asia terpukul oleh krisis keuangan global, kawasan ini tetap terhindar dari kelesuan yang lebih panjang.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ahli-ahli perniagaan dan usahawan Malaysia perlu menjenguk ke Indonesia untuk turut bersama menyertai kebangkitan ekonomi yang secara tidak langsung juga melibatkan Asia termasuk Malaysia. Apalagi bila melhat latarbelakang agama dan budaya di sana. Helang ekonomi perlu terbang ke sana meninjau lautan yang banyak ikan..

(Sumber : Koran Tempo /Departemen Keuwangan RI/AK)

K'tan: Pakej Bantuan Berkahwin 'Bergembira Bersama Ibu Tunggal'


Majlis perkahwinan penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, dan penyanyi popular Waheeda, (16 Ogos 2009). Ada yang berkahwin ada yang menjanda, yang penting ibu tunggal perlu dibela.

Gambar bawah: Wan Ubaidah

KOTA BHARU: Seorang ahli parlimen Kelantan mengusulkan supaya anugerah khas diberi kepada para ahli dewan negeri yang menikahi ibu tunggal. Usul Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar, itu mendapat sokongan para ahli parlimen biasa Kelantan sambil mengetuk-ngetuk meja.

Beliau berkata ahli dewan boleh menambah 'kuota' mereka untuk membantu ibu tunggal yang mempunyai anak kecil untuk dijaga. Apabila Speaker Dewan, Encik Nassuruddin Daud, memintanya menjelaskan istilah 'kuota' itu, Wan Ubaidah berkata: 'Apa yang saya maksudkan dengan 'kuota' ialah menambahkan bilangan isteri.'

Beliau mengusulkan demikian ketika menjawab soalan Encik Hassan Mahmood, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi Tawang, di dewan rakyat Kelantan, kelmarin, mengenai langkah mengurangkan jumlah perceraian dan membantu ibu-ibu tunggal. Menjawab soalan sampingan Wan Yusuff Wan Mustafa, Adun PAS bagi Gubal Ipoh, Wan Ubaidah berkata rekod menunjukkan terdapat 16,500 ibu tunggal di bawah usia 60 tahun yang didaftarkan di Kelantan.

Beliau berkata antara dilema yang dihadapi ibu tunggal di Kelantan dan Malaysia ialah sebahagian besar daripada mereka tidak dapat berdaftar dengan Jabatan Kebajikan atau agensi-agensi berkaitan kerana suami mereka meninggalkan mereka tanpa memfailkan sebarang dokumen perceraian. Menurutnya, kerajaan Kelantan membelanjakan RM2 juta ($820,400) setahun untuk kebajikan ibu tunggal yang tidak mempunyai sumber pendapatan. Begitu menurut The Star.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hari ini BERNAMA melaporkan Wanita MCA naik melenting, ".. poligami tidak menyelesaikan masalah ibu tunggal yang memerlukan bantuan.." kata Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun ketika mengulas tersebut, "..banyak lagi cara lain yang boleh membantu ibu tunggal seperti mewujudkan pinjaman kredit mikro atau latihan kemahiran bagi membolehkan mereka berdikari."

Tetapi bagi blog Warta Shubhi, "Cadangan di atas patut disambut dengan baik oleh para suami yang berhasrat membuat kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada para janda dan anak-anak mereka. Kerajaan juga sepatutnya menyediakan satu skim galakan kepada mereka yang menyambut dan melaksanakan cadangan di atas.

Skim galakan yang boleh diberikan adalah seperti pengecualian cukai pendapatan, kemudahan pembelian rumah, kemudahan proses kelulusan berkahwin poligami, kemudahan pinjaman perniagaan dan lain-lain lagi yang dapat menyibukkan keluarga tersebut. Dengan kesibukan mendapat dan menguruskan segala kemudahan di atas maka akan berkuranganlah aktiviti cemburu serta gaduh antara para madu. Ini akan dapat menghindarkan para suami dari pening kepala melayan kerenah isteri masing-masing."

Oleh itu Blog Ibnu Hasyim mencadangkan perlu diwujudkan suatu pakej bantuan 'Bergembira Bersama Ibu Tunggal', yakni suatu skim membantu ibu tunggal secara bersungguh-sungguh, dengan memberi pelbagai kemudahan, kerana ia adalah menjadi tanggangjawab sebuah kerajaan seperti yang dituntut oleh agama Islam. (2MA)

Friday, October 30, 2009

Tahniah, Majlis Agama Islam P.Pinang Akan Berwajah Baru.


by ASYOK KUMAR

KL, 30 Okt: Editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Haji Mohd Hasyim menyambut baik, mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang akan berwajah baru pada tahun depan, apabila proses perubahan bermula daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Menurut lapuran Harakah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim memberitahu wajah dan imej baru MAIPP ini adalah satu reformasi yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang menerajui Pulau Pinang. Abdul Malik berkata demikian semasa merasmikan Kursus Undang-Undang Jenayah Syariah kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Pulau Pinang di Safira Country Club, Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Dr Mohd Hasyim bersetuju dengan pandangan Abdul Malik, antara perubahan yang akan dilakukan ialah memastikan infrastruktur masjid berada dalam keadaan yang sempurna serta meningkatkan profesionalisme pentadbiran masjid kepada semua yang diamanahkan untuk melaksanakan tugasan tersebut.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, negeri tempat kelahiran saya. Insya Allah kita akan bantu sama-sama, jika diperlukan." Kata Dr Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)

Dr Hasan Ali Jadi Punca Masalah, Boleh Selesai?

Atas: mesyuarat khas PAS. Bawah: Dr Hasan, Teo Nie Ching & Tuan Ibrahim Tuan Man

KL OKT 2009: BENARKAH masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu seperti kata seorang ahli parlimen DAP?

Beliau adalah wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching. Menurutnya lagi, "Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching, ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Malaysiakini melaporkan, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing. "Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya.

Beliau, yang juga timbalan ketua publisiti DAP, mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan.

Ada sumber-sumber melaporkan, tindakan mengheret PAS Selangor (Dr Hasan Ali) ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar. Penulis politik Mohd Sayuti Omar disebutkan berkata, mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali. Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor. "Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah ". Sementara itu Harakah Daily melaporlan, Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

(Pelbagai sumber/2MA)

Thursday, October 29, 2009

Gereja Perlu Lawan Israel -Paderi Atallah Hanna

JENDELA GLOBAL
Gambar 1,2 & 3 di atas Atallah Hanna, Bawah sekali umat Islam Palestin hanya bersholat di luar dinding masjid.

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

"KAMI berseru semua gereja Kristen di dunia berdiri teguh menentang dan melawan tindakan Israel terhadap Al Aqsha dan sikap diskriminasi kaum terhadap saudara-saudara Muslim kami di Palestin."

Begitulah seruan salah seorang dari tokoh Kristian Ortodoks Yunani Jerusalem, juga seorang paderi yang mendesak supaya semua gereja di dunia membantu membela Masjid Al-Aqsha dari serangan dan cengkaman Israel. Beliau ialah Paderi Besar bernama Atallah Hanna yang berseru kepada seluruh semua umat Islam dan Kristen supaya bersatu dalam rangka mencegah serangan dan penodaan terhadap Masjid Al Aqsha.

Seruan ini berlaku setelah pasukan khas Israel menyerang Masjid Al-Aqsha di wilayah pendudukan Jerusalem Timur, dengan menembak peluru getah dan gas pemedih mata. Menurutnya, kaum Kristian Palestin juga perlu melindungi tempat-tempat suci umat Islam.

"Kami, sebagai orang Kristian Palestin, melihat setiap serangan terhadap tempat-tempat suci umat Islam adalah serangan terhadap tempat suci kami juga! Kami berdiri berwsama Masjid Al Aqsha, dan kami sangat mengutuk pengepungan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Masjid Al Aqsha." Katanya.

Menurutnya lagi, Israel memang telah berusaha untuk menghancurkan semua tempat suci, kecuali tempat suci umat yahudi, sambil mengingatkan bahawa Israel sebelumnya juga pernah menyerang gereja Ortodoks Yunani. Sekatan dari zionis Israel, menyebabkan warga Palestin tidak dapat masuk ke dalam kompleks Masjid Al Aqsha. Warga Palestina tidak dapat melaksanakan sholat di dalam masjid, dan melaungkan seruan adzan. Sholat pun terpaksa dilakukan di luar masjid.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sepatutnya pemimpin dan tokoh agama lain pun patut menyahutnya, apalagi di Malaysia dengan masyarakat majmuk dan multi-racialnya, berslogankan 1 Malaysia pula. Bagaimana dengan pemimpin mengaku Islam yang tidak menyahut bahkan menentang seruan itu dalam tindakannya? Contohnya membeli coca-cola bererti membunuh rakyat Palestin walaupun sebotol?? (Sumber Era Muslim dll/MRD)

Lihat juga...

1. Hina Islam, Melalui Iklan Coke Di Eropah
2. Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola
3. Serangan Israel Ke M/Aqsa Bangkitkan Perang Cyber

3 Kisah Perbandingan Hidup Sejahtera Hari Ini..

Saya mendapat kisah berikut daripada email teman-teman di ikram. Amat baik untuk diteladani.

KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

  1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
  6. Suka menolong orang Dan memberi derma
  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

  1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
  2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
  3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
  4. Sering bertengkar dengan isteri.
  5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
  6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
  7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
  8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini…

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."(Hadis Riwayat Muslim)

ADUN Ke 4, Keluar PKR, Proses Penapisan?


SEORANG lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat MB hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Biasa dalam perjuangan, sebagai proses penyaringan dan penapisan.

(Sumber Malaysiakini.com/AK)

Lihat sebelum ini..

* ADUN Pelabuhan Kelang Sertai UMNO? -The Star."

Dataran Romantik Depan Masjid Putrajaya, Mengapa Biarkan?


PUTRAJAYA Okto 29, 2009: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari. Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.

Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan. Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.

“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.

“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.

“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.

“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.

“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka. Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.

“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.

“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di situlah perlunya undang-undang yang berkesan dalam mentarbiah manusia. Itulah Al-Quran sebagai perundangan. Bukan undang-undang syariat yang bernaung di bawah ketiak undang-undang ciptaan manusia. (Sumber: MyMetro/2MA)

Lihat status undang-undang syariah di Malaysia dan yang berkaitan..

1. Pinda Artikel 3, Hukum Syarak Terbatal Kerana...
2. Flat Hijau Putrajaya Sarang Maksiat, Kenali Puncanya...
3. Awet Tegang Tawarkan Khidmat Picit Bertelanjang..

Selepas Malam Tadi, Perlu Lagikah Tulisan Seperti Ini?

Oleh Megat Ali Megat Alang


SELEPAS menyuarat khas AJK Agung PAS malam tadi, apa masih perlukah tulisan-tulisan seperti ini? Contohnya lihat tulisan ini dipetik dari.. http://baganutama.blogspot.com

Mustafa Ali yang daku kenali

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpghcgnwepLsYsGvVoXz0HJjDCx2DPV46hzcXKrr_j1cEThyawFFlFxwgqQ8hvQjdmW0k_KQf8OiUH24SbzEBTKHyiu-zPT5USvEIC0-_LiV-Aa2WZHeU9b9EwFyBbv2iz6nDuEEPmRcg/s400/mustafa+ali+on+UG.gif

Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!

Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok langgan sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…

Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…

Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…

Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!

Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.

Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…

Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!

Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!

Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!

P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?

Posting terbarunya...

Hasan Ali bakal hilang jawatan !!! - oleh ali : Tuan Guru Nik Aziz dalam meeting malam tadi telah menyebut nama Hasan Ali sebagai orang yang terlibat dalam projek "Unity Government". Hasan Ali...

Cuba-cuba, anda nilaikan dan beri komen untuk kebaikan bersama.. Insya Allah. (2MA)

KDN Silap Haram Buku: Buat SIS Naik Tocang?

KDN khilaf haramkan buku SIS
Okt 28, 09
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan kekhilafan semasa melaksanakan budi bicaranya untuk mengharamkan buku bertajuk Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism dan tindakannya itu tidak sah, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam K Shanmuga yang mewakili pertubuhan Sisters In Islam (SIS) sebagai pemohon dalam semakan kehakiman terhadap tindakan pengharaman buku itu oleh KDN berhujah bahawa perintah itu 'ultra vires' Seksyen 7 Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, dan tidak selari dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara.

"Sekalipun jika responden dianggap memiliki bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah itu atas sebab-sebab yang diberikan, tindakannya dalam melaksanakan budi bicaranya untuk mengeluarkan perintah itu adalah khilaf, dan boleh diketepikan," katanya.

Ogos lepas mahkamah membenarkan permohonan SIS untuk membuat semakan kehakiman terhadap tindakan KDN yang mengharamkan buku yang diterbitkan pada 2005 itu.

SIS yang mahukan supaya pengharaman itu ditarik balik menamakan menteri dalam negeri ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai responden.

Buku itu merupakan susunan esei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendekiawan antarabangsa yang disunting oleh ahli sosiologi Prof Norani Othman dari Institut Kajian Antarabangsa dan Malaysia (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIS mendakwa pengharaman buku itu pada 5 Nov tahun lepas di luar kuasa Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Shanmuga berkata perintah itu dicemari oleh pencabulan terhadap keadilan kerana tiada peluang diberikan kepada SIS dan tiada sebab diberikan semasa buku itu diharamkan.

"Pengharaman itu jelas bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, sebaliknya semata-mata untuk mengelak daripada menghadapi kritikan mengenai cara undang-undang Islam dan sistem pentadbiran undang-undang peribadi Islam dilaksanakan di Malaysia dan antarabangsa," katanya.

KDN diwakili oleh peguam kanan persekutuan Noor Hishamuddin Ismail. BERNAMA

Komen Ibnu Hasyim:
Kekhilafan yang membuat SIS dan JAG naik tocang? (2MA).

Sila lihat..
1. Isu Bantahan SIS/JAG: 5 Resolusi Undang Syariah -1...
2.Mansuh Undang Syariah -SIS & JAG Cabar Mufti S'ngo...

Gubernor Aceh Tolak Syariat Islam?





OKTO 29 2009. DALAM Lintas Aceh, TV Aceh hari ini, sekali lagi Irwandi Yusuf, Gubernor Aceh menzahirkan sikapnya yang jelas mula berdolak-dalik dalam isu pelaksanaan hukum rejam kepada penzina di Aceh.

Antara lain, beliau mengatakan bahawa pelaksanaan ini perlu dikaji terlebih dahulu kerana sangat sulit untuk kita mendapatkan 4 orang saksi dalam kes zina. Maka, jika tidak cukup 4 saksi, ini adalah peluang untuk penzina berjaya meloloskan (melepaskan) diri. Adapun, bagi orang yang membuat laporan kes zina, akan dikenakan pula hukuman (qazaf) kerana tidak dapat membawa 4 saksi. Dan Aceh juga masih belum mempunyai hakim yang berkelayakan dalam mengurus hal ini. Kenyataan ini jelas menggambarkan kejahilan beliau dalam memahami kaedah pelaksanaan hukum rejam, kaedah dan aturan dalam soal saksi dan sekitarnya.

Terdahulu, dalam akhbar Serambi Indonesia tanggal 24 Okt 2009, tertera satu tajuk besar dihalaman pertamanya iaitu ‘Gubernor Aceh Tolah Teken (Tanda Tangan) Qanun Jinayat’. Dalam kenyataan ketika berada di Jakarta pada 22 Okt 2009, beliau menyebut bahawa “ pemerintah Aceh menolak Qanun Jinayat dari awal kerana tidak sesuai dari draf yang kami ajukan. Tidak tahulah bagaimana qanun itu nanti. Pemerintah tetap menolak hukuman rejam kerana itu bertentangan dengan hukum nasional dan hukum internasional”. Tambahnya lagi, “qanun itu juga harus sesuai dengan kondisi masyarakat setempat”.

Entah mengapa sekali lagi hari ini beliau mengulas hal qanun rejam ini di TV Aceh setelah beberapa hari lalu beliau berada di Jakarta dalam satu pertemuan dengan sebahagian daripada Menteri-Menteri Luar beberapa buah Negara yang terlibat dalam penyaluran dana ke Aceh dan juga Negara-negara yang banyak membantu penyelesaian konflik di Aceh seperti Kanada dan lain-lain.Apakah beliau ditekan, wallahua’lam.

Yang jelas, penolakan ini adalah darinya sendiri yang merupakan Gubernor dari Partai Aceh (PA) atau dahulunya dikenal dengan sebuatan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Dalam pilihanraya di Aceh lalu, calon-calon dari partai mereka jugalah yang kebanyakan gagal dalam ujian membaca Al-Qur’an yang telah menjadi syarat untuk setiap calon-calon pilihanraya di Aceh. Sehinggalah muncul cadangan dari mereka agar peraturan test Al-Qur’an ini dihapuskan. Namun, mereka jugalah yang menuju ke segenap desa memaklumkan kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan syariat Islam yang akhirnya kerajaan Pusat memberikan status autonomi khusus kepada Aceh untuk bebas melaksanakan pemerintahan dan undang-undang sendiri. Namun, malang sekali apabila hak autonomi ini disia-siakan dari melaksanakan syariat Islam secara sepenuhnya dengan pelbagai alasan.

Di sisi lain, muncul juga tanggapan dari beberapa pihak yang bimbang jika syariat Islam dilaksanakan di Aceh, nanti mereka akan dianggap teroris dan melanggar hak asasi manusia. Pejuang-pejuang ‘hak asasi manusia’ dan ‘gerakan wanita’ di Indonesia saat ini sudah mula melakukan serangan terhadap pelaksanaan syariat Islam di Aceh atas alasan melanggar hak asasi manusia. Paling menyedihkan, baru-baru ini pemenang ratu cantik Indonesia adalah wanita yang berasal dari Aceh. Media sengaja mendedahkan wanita ini dari Aceh, padahal beliau hanya lahir di Aceh, bukannya tinggal di Aceh pun. Sengaja dilakukan oleh media bagi memberi gambaran buruk terhadap pelaksanaan Syariat Islam di Aceh.

Bebarapa ulama di Aceh mula mengkritik sikap Irwandi Yusuf sehingga ada yang mencadangkan beliau meletak sahaja jawatannya sebagai Gubernor.

Ketika ini di Aceh masih berkuatkuasa peraturan kepada pesalah minum arak, judi, khalwat dan beberapa hukum ta’zir yang lain seperti mendedahkan aurat dan sebagainya walaupun ianya sudah kelihatan agak longgar saat ini khasnya pendedahan aurat yang sudah tidak terkawal lagi. Alhamdulillah, di Aceh tidak ada kelab malam, kedai arak, tempat perjudian, konsert-konsert mungkar dan seumpamanya yang disediakan pemerintah.

Jelas! Yang bersusah payah mahukan syariat Islam di Aceh dilaksanakan secara sepenuhnya bukanlah pihak pemerintah Aceh, tetapi adalah golongan ulama’. Jika ada masalah sekalipun mengenai kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat lain dalam hal hukum rejam, ianya adalah masalah teknikal yang boleh diteruskan perbincangannya. Namun, kini jelas, Gubernor sendiri menzahirkan diri untuk tidak menerima langsung pelaksanaan undang-undang ini. Apakah nasib undang-undang Islam di Aceh yang masih ada, wallahua’lam.

Sila lihat lanjut..

Tiada EGM Ganti Seminar Politik & Siasat PAS S'ngor -A.Hadi


Sekitar mesyuarat khas AJK PAS tersebut.

KUALA LUMPUR: PAS telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.

"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar." kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi."

Menurut Abdul Hadi, seminar yang akan diadakan pada 7 November depan akan dihadiri oleh kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam PAS. Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Ditanya sama ada Nik Abdul Aziz memberikan penjelasan berhubung tuduhan yang mengatakan terdapat di kalangan pemimpin parti itu cuba melakukan penyatuan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Itu tidak ada, tuduhan itu tidak ada, beliau dah jelaskan... beliau puas hati."

Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi berkata, mesyuarat khas ini juga telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat mengenai beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor. "Isu yang berkait dengan Selangor, yang juga terdapat beberapa tuduhan dan beberapa pandangan, perkara ini kita serah kepada jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan pasukannya untuk menyiasat sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," katanya.

Ditanya sama ada siasatan itu akan memfokuskan kepada individu tertentu seperti Dr. Hassan, Abdul Hadi menegaskan siasatan akan dijalankan secara keseluruhan. "Untuk siasat tuduhan yang dikatakan dalam isu Selangor... Selangor sahaja," katanya.

Abdul Hadi juga berharap siasatan berkenaan beberapa isu yang enggan didedahkan itu boleh diselesaikan secepat mungkin. Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini.

Mesyuarat tersebut yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri telah memutuskan dua keputusan penting itu. Keputusan itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat. Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya. Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut. (2MA)


Wednesday, October 28, 2009

Tok Guru Nik Aziz Nak Rakaman Dialog Bloger Dg Datuk Hasan Ali..


IBNU HASYIM; CATATAN SANTAI

"TOK Guru Nik Aziz Nak Rakaman Dialog Bloger Dg Datuk Hasan Ali.. Sebelum jam 8 malam ni.." Kata seorang teman lama saya melalui telefon sekejap tadi... walaupun saya beritahu saya tak pergipun majlis itu malam tadi di rumah Datuk Hasan... dan tak dijemput pun.

Katanya lagi sebagai bahan bukti, "Tolong le!"

"Aku nak cari di mana? Tak sempat pun!". Lepas tu ramai lagi yang tercari-cari. Ada yang cuma nak tahu sahaja.. yang nak tahu sila layari blog ini...

1. http://cenangau.blogspot.com/2009/10/hot-isi-rakaman-dialog-drhasan-ali.html
2. http://politikbanjar.blogspot.com/

Kalau ada yang dah dapat rakaman itu, sila hubungi pimpinan PAS termasuk Tok Guru Nik Aziz, beritahulah apa yang patut.. Itu saja yang boleh saya tolong, buat masa ini.

Sekian, wassalam.

Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
Okto 28 2009 Lepas Isyak
KL.

Mengapa Datuk Dr Hasan Ali Perlu Dihukum?




OKT 2009— Bagaimanakah PAS akan menyelesaikan persoalan yang berbangkit dalam parti itu sekarang? Inilah soalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak ekoran kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagi saya kita kena kembali kepada pokok masalahnya. Apa masalahnya sehingga Nik Aziz membuat kenyataan dan cadangan sedemikian.

"Bagi saya kerana beliau tidak berpuashati dengan cara pemimpin PAS mengendalikan isu di Selangor. Kalau begitu selesaikan isu di Selangor," kata seorang penganalisa.

Bagi beliau, sebagaimana ramai pihak di luar PAS, Nik Aziz sangat risau dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia telah menghasilkan satu persepsi umum yang kurang baik kepada PAS.

Ia bermula dengan siri-siri kenyataan dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam hal ehwal Selangor.

Yang terakhir adalah serangan Hassan, exco kerajaan negeri Selangor ke atas Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi serangan ke atas kerajaan negeri itu.

Mereka beranggapan, Umno telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan pimpinan kerajaan negeri Selangor.

Padahal, yang paling banyak membuat penyelewengan adalah kerajaan Selangor yang dipimpin oleh BN sebelum ini. Antaranya menghabiskan peruntukan kerajaan negeri untuk setahun dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu habis pada Mac 2008 sahaja.

Ini semua didedahkan dalam sidang Selcat yang dipimpin oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chan Kim.

Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.

Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.

Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.

Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.

Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.

Kalau begitu, apa pula yang Nik Aziz marahkan kepada pimpinan PASPAS. Nik Aziz marah kerana beliau melihat para pemimpin PAS yang ada semacam membela Hasan pula. Ini kerana, bagi beliau, semua pemimpin kanan PAS yang ada sekarang rakan sepasukan Hasan dalam isu kerajaan perpaduan.

Bahkan pihak yang dianggap sebagai musuh Hasan dalam politik Selangor, iaitu Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam diserang oleh pemimpin PAS dalam beberapa siri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kalau begitu bagaimana cara menyelesaikan perkara ini? Mesyuarat agung luar biasa yang bakal berakhir macam MCA atau bertindak tanpa perlukan mesyuarat sebegitu.

Menurut seorang ahli Parlimen PAS di Selangor, sesaorang harus di hukum dan bertanggungjawab ke atas segala masalah ini untuk mempastikan semua yang lain termasuk nama baik parti terselamat. Beliau mencadangkan, Hasan Ali yang mesti dihukum.

Beliau mencadangkan agar Hasan melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor kerana nampak sangat beliau tidak boleh lagi bekerja dalam pasukan Pakatan di Selangor.

"Dia sudah main ragbi ketika ahli pasukan lain main bola. Jadi dia yang kena kad merah," kata beliau. (Sumber The Malaysian Insider/2MA)

Isu Bantahan SIS/JAG: 5 Resolusi Undang Syariah -14 NGO

Abim Selagor telah membuat 11 laporan polis terhadap NGO hak wanita, Sisters in Islam (SIS), yang didakwa menghasut dan melakukan provokasi berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.
Oleh Zukri Aksah

5 Resolusi Martabatkan Perundangan Syariah

KUANTAN, Okt 26 – Isu bantahan yang dibuat SIS dan JAG terhadap hukuman sebatan ke atas Kartika Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak di khalayak ramai telah berjaya menyatukan 14 buah NGO Islam di Negeri Pahang. Kejayaan pertama kumpulan ini ialah dengan berlangsungnya sidang media pada Oktober 2 yang lalu.

Semalam, kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sekretariat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Pahang ini sekali lagi mengambil langkah terkedepan bila menganjurkan Seminar Perlaksanaan Perundangan Syariah: Isu dan Cabaran, di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini.

Dalam sidang media selepas usai seminar tersebut, jurucakap sekretariat, Amidi Abdul Manan, Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melahirkan rasa gembira kerana seminar telah berjaya meluluskan lima resolusi penting.

Lima resolusi tersebut adalah pertamanya memberi kuasa dan kebebasan sepenuhnya kepada penguatkuasa Agama Islam dan mahkamah syariah dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana diperuntukkan oleh Enakmen Syariah Negeri tanpa dipengaruhi dan ditekan oleh mana-mana pihak.

Kedua, menyeru kepada ahli politik beragama Islam supaya bertindak secara proaktif dalam memperjuangkan kedaulatan Agama Islam dan institusi mahkamah syariah, juga memperjuangkan perluasan bidang kuasa mahkamah syariah.

Seminar, melalui resolusi ketiga menurut Amidi mendesak supaya pihak berkuasa negeri dan kerajaan memberi tekanan kepada media supaya menyokong dan menghulur kerjasama sepenuhnya kepada NGO Islam dalam mendidik dan memahamkan masyarakat tentang segala isu yang menyentuh kepentingan umat Islam.

Keempat, kerajaan diminta supaya berusaha menaikkan taraf institusi kehakiman syariah supaya setanding dan seiring dengan institusi kehakiman sivil, sesuai dengan semangat pemisahan perlembagaan persekutuan, supaya nanti ia tidak lagi dipandang sebagai institusi kehakiman kelas dua sama ada dari segi kepakaran dan bidang pendakwaan, perjawatan atau jumlah kakitangannya.

Resolusi terakhir pula, jelas Amidi, mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu badan pemantau yang berkuasa mengawasi organisasi-organisasi yang menggunakan nama Islam supaya objektif dan matlamat organisasi-organisasi tersebut selari dengan prinsip Islam serta bukan bertujuan mengelirukan umat Islam dengan ideologi-ideologi dan pendekatan yang nyata terpesong.

Amidi dalam kenyataannya memberitahu bahawa naskhah resolusi yang dinamakan sebagai “Memartabatkan Perundangan Syariah Pahang” ini akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, selaku Ketua Agama Islam Negeri, yang mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang.

Sekretariat, tambah Amidi kini hanya menunggu perkenan Tuanku Sultan untuk menghadap. Ini juga ujar beliau adalah tanda sokongan 14 NGO Islam Pahang kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

Seminar Perlaksanaan Perundangan Syariah ini berlangsung sehari dan dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dengan kehadiran kira-kira seramai 300 orang peserta.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Amidi dalam sidang media yang sama mengumumkan yang seminar serupa akan terus dianjurkan di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai, terutamanya bukan Islam mendapat kefahaman tentang perbezaan perlaksanaan hukuman di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Pada minggu hadapan sahaja, seminar serupa ini dijadualkan berlangsung di negeri-negeri seperti Selangor, Kelantan dan Perak, atas usaha NGO-NGO Islam negeri-negeri tersebut. (Sumber: The Malaysian Insider)

S/DUN Perak: Sambungan Drs Khalil Idham Lim.

Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan.
28 Oktober 2009. 1.54 pm : Sidang media berakhir

Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai. Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh.

1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin.

Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin.


1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah .
Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah.


1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak .
Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub. Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah. Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.


Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan.
Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan.

1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh .
Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk. Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar. Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda.

Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak
1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat
Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN. Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami. Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.

Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan.

1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails