Saturday, November 21, 2009

Lelaki Bionik: Tempurung Kepala Logam

KESIHATAN
LONDON: Seorang pemuda yang tinggal hanya separuh kepalanya selepas diserang secara kejam oleh dua samseng, menerima tempurung kepala baru yang diperbuat daripada titanium, semalam.

Steve Gater, 26, menjadi lelaki bionik selepas dipasang dengan kepingan titanium untuk melindungi otaknya dan menggantikan dahinya.

Ibunya, Nina, 47, menyifatkan perkembangan itu sebagai langkah besar untuk membolehkan anaknya meneruskan kehidupan.

“Kepingan titanium itu akan menjadikan kehidupan Gater lebih baik.” Pemandu forklif itu mengalami kerosakan otak dan kehilangan separuh tengkorak selepas diserang dua remaja ketika berjalan pulang dari tempat kerja awal tahun ini.

Kisah sedih yang dialami pemuda itu menjadi tumpuan akhbar di seluruh dunia selepas pendakwa raya menggugurkan kes itu dan membolehkan penyerangnya bebas.

Gater menjalani pembedahan rumit di Hospital Queens, Romford Khamis lalu untuk membolehkan kepingan titanium itu dipasang pada kepalanya.

“Kepalanya bengkak ketika ini tetapi agak melegakan untuk melihat dia dengan dahi barunya.

“Kini, yang tinggal ialah untuk membina semula keyakinannya dan memastikan dia merasa lebih selamat.

“Selepas kejadian itu, dia tidak ada perlindungan langsung. Otaknya hanya dilitupi kulit,” kata Nina.

Serangan itu berlaku ketika Steve dalam perjalanan pulang pada 15 Januari lalu.

Dua samseng berusia 18 dan 17 tahun mengejeknya.

Gater kemudian mencabar mereka tetapi dia diserang dan dibelasah di muka dan jatuh menyebabkan kepalanya terhentak di lantai.

Dia koma dua minggu akibat kejadian itu dan kini berdepan dengan masalah hilang ingatan. -Agensi

Hibur Hibur Sikit.. 25 -Nasyid Bosnia.















SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I

Album IIAlbum III

Gambar Ini, Sireh Pulang Ke Gagang? Sila Komen...

Lihat gambar ini, ada orang kata bagai sireh pulang ke gagang. Usul balik asal. Biduk berlalu kiambang bertaut. Air dicincang takkan putus. Perjuangan kebangsaan kembali kebangsaan? Asobiah??

Sila beri komen...

Tutup Aurat Bib!!

Ciri-ciri Pakaian Muslimah :
  1. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
  2. Baju mestilah labuh dan longgar
  3. Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
  4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
  5. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
  6. Memakai sarung kaki
Lanjutnya sila lihat...
Berpakaian tetapi telanjang

Blogger.. Dakwahlah! -Harun Taib

Haram Fanatik Bola - Fatwa Al-Azhar

SUKAN

FENOMENA fanatik dan gila bola yang berkembang di kalangan masyakat Mesir dan Arab mendorong Lajnah Fatwa Lembaga Al-Azhar meluluskan fatwa yang mengharamkan sikap fanatisme (ta'ashshub) kepada bolasepak.

Dalam fatwa itu disebutkan, barang siapa yang berfanatik kerana bola dan sampai melakukan tindakan anarkis dan kriminal, maka ia dikenakan hukum hadd al-harabah (had perang), meskipun tidak sampai ke tahap menumpahkan darah.

Syaikh Dr. Abdul Aziz, Sekretariat Jenderal Dewan Fatwa Al-Azhar mengatakan, jika fanatisme bolasepak itu sampai menimbulkan kerosakan, penyerangan, menghilangkan nyawa, maka hal tersebut termasuk dalam hukum membuat kerosakan di bumi' (ifsad al-ardh).

"Siapa saja yang fanatik kerana bola dan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan, maka ia dikenakan hukum hadd perang," kata Abdul Aziz.

Al-Azhar mengeluarkan fatwa tersebut menyusul akibat panasnya hubungan antara Mesir dan Aljazair kesan dari pertandingan bola di kedua negara, kerana merebut piala dunia 2010 di Afrika Selatan nanti. Kedua belah pihak sama-sama 'panas' dan terlibat 'perang saraf'.

Ketika pasukan bolasepak Aljazair tiba di Kairo pada Khamis Nov 12 lalu, bas yang mengangkut mereka dilempar oleh penyokong Mesir hingga mengakibatkan kerosakan dan 3 orang pemain pasukan "Muharib as-Shahra" (Penyerang Sahara) itu cedera.

Pasca kekalahan Aljazair oleh Mesir 2-0 di stadion Kairo pada Sabtu Noc 14 kelmarin, warga Aljazair telah merosakkan sebuah perusahaan Mesir di Aljazair dan sebuah pejabat biro pesawat Egypt Air di Aljazair. Sementara itu, warga Aljazair di Marsilia, Perancis, melakukan kerosakan dan pembakaran secara brutal.

Atas kekalahan Aljazair, kedua kumpulan tersebut terpaksa bertanding sekali lagi untuk menentukan siapa yang lulus ke piala dunia. Rabu Nov 18 malam keimarin, kedua kumpulan pun bertanding lagi di Stadion Umm Durman, Sudan. Pertandingan pun dimenangi Aljazair dengan skor 1-0.

Sementaara itu, Mesir telah memanggil duta besarnya dari Aljazair untuk berunding pada hari Khamis kelmarin Nov 19 setelah pasukan bolaksepak Mesir kalah di tangan Aljazair dalam pertandingan playoff untuk merebut piala dunia 2010. Mesir menuduh penyokong Aljazair melakukan tindakan kekerasan terhadap pemain dan penyokong Mesir. (2MA)

Sila lihat...

Presiden Indo Masuk 500 Muslim Berpengaruh. PM Malaysia?


ROYAL Islamic Strategic Studies Center di Jordan baru saja menerbitkan buku berisi daftar 500 Muslim paling berpengaruh di dunia, dari berbagai bidang. Ada beberapa tokoh dari Indonesia di antaranya mantan Presiden Abdurahman Wahid, Prof. Dr. Din Syamsuddin, dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Dari antara 500 yang masuk dalam buku itu 50 orang pertama disebut sebagai kelompok yang paling berpengaruh, dan ada tiga tokoh indonesia dalam 50 besar KH. Hasyim Muzadi (18), Prof. Dr. Din Syamsuddin (35), dan KH. Abdullah Gymnastiar (48). Yang menarik tokoh paling berpengaruh nomor satu adalah Raja Abdullah dan nomor dua adalah Ayatollah Khamenei.

Buku yang ditulis bersama dengan Georgetown’s Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding itu memasukkan tokoh yang dinilai berpengaruh dalam bidang politik, spiritual, keturunan (trah berpengaruh), cendekiawan, ahli dakwah, tokoh gerakan wanita, pemuda, filantropi, pembangunan, ilmu dan teknologi, seni & budaya, media dan tokoh radikal.

Ada 72 orang Amerika dalam dalam daftar itu sedangkan dari Indonesia, selain ke-empat orang yang sudah disebut di atas ada Prof. Azyumardi Azra (mantan rektor Universitas Islam Syarif Hidayatullah, Prof. Dr. Syafi’i Ma’arif mantan ketua Muhammadiyah, dan Helvy Tiana Rosa penulis puluhan buku fiksi dan non-fiksi.

Blog Ibnu Hasyim: Mari kita cari ada ke tidak, nama Perdana Menteri Malayisa, Datuk Seri Najib Tun Razak.. Buku itu dapat diakses secara percuma (gratis) dalam format pdf dalam situs Royal Islamic Strategic Studies Center dengan link http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf.

(Sumber : tempointeraktif.com/AK)

Klik di sini...

Nik Aziz Antara 50 Tokoh Berpengaruh Di Dunia Layak...

Friday, November 20, 2009

Nik Aziz Antara 50 Tokoh Berpengaruh Di Dunia Layak Jadi PM?

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh m\Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan,
1. Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud;
2. pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei;
3. PM Turki Recep Tayyib Erdogan;
4. Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo,
5. Dr Muhammad Sayyid Tantawi;
6. Syaikh Yusuf Al-Qaradawi;
7. Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef,
8. Sekjen Hizbullah,
9. Syed Hassan Nasrallah
10. dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali. Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia. Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tepat sangatlah cadangan Zaid Ibrahim supaya Tok Guru Nik Aziz Jadi Ketua Pakatan Rakyat. Maka ada harapan untuk jadi PM ke 7 selepas PM sekarang, jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13 akan datang dan dipersetujui oleh rakan-rakan parti gabungan. (Sumber Harakah)

Sila lihat ini...

Rumah Ke2 Termahal Di Ottawa.. Milik Pemimpin BN?

Rumah yang terletak di 688 Manor Avenue, Rockcliffe Park yang disiapkan tahun lalu bernilai C$9,609,000 atau RM28.3 juta menduduki tangga kedua daripada 25 buah rumah termahal di Ottawa, apatah lagi taksiran cukai pihak berkuasa tempatan sejumlah C$100,000 atau RM293,000 setahun. Milik pemimpin BN, siapa?

Klik Di sini...
Rumah Kedua Termahal di Otawa, Kanada.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/rumah-kedua-termahal-di-otawakanada.html

Rumah siapa agaknya, Nak tahu? klik di sini
(http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://sabahkini.net)
atau
Klik PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2

Bila dah tahu, di sini pula....
Rujukan, sila klik tulisan lalu...

Hee Menakutkan! Mangsa Pewarna Rambut.

PENGGUNA
LONDON: Wajah seorang pelajar berubah seperti makhluk asing akibat alahan terhadap pewarna rambut yang digunanya. Abigail Colbourne, 15, mewarnakan rambut coklatnya kepada warna lebih gelap tapi tidak melakukan ujian seperti yang dinasihatkan.

“Mata saya kini rapat, umpama digam dan kepala pula membengkak. Pengalaman ini menakutkan,” kata Abigail yang menetap di Sydenham, selatan London. - Agensi

Polis Bebaskan Derita & Dagang Gadis Thai. Tahniah!

JENAYAH
KUALA LUMPUR: Mereka dari pedalaman Thailand yang dijanjikan kerja dan gaji lumayan, namun hakikatnya semua gadis terbabit dikurung dengan diberi makan tiga hari sekali serta dikawal rapi bapa ayam. Bilik sempit dirantai pintu dan tingkap menjadi kediaman gadis semuda 15 tahun dan kehidupan mereka akan bermula apabila dibawa ke hotel sekitar ibu negara untuk dilacur apabila tempahan dibuat.

Penderitaan gadis warga Thailand akhirnya berakhir semalam, apabila polis mengesan kegiatan sindiket terbabit dengan menyerbu empat pangsapuri sekitar Cheras di sini, untuk membebaskan mereka. Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata serbuan pertama dilakukan jam 1.45 tengah hari, di Taman Midah.

“Serbuan ke atas dua rumah dengan jarak 30 meter antara satu dengan lain menemui lapan gadis dikurung manakala empat gadis diselamatkan dalam serbuan kedua di kondominium di Taman Mutiara Awana, Cheras.

“Tiga lagi diselamatkan di sebuah unit pangsapuri di Taman Yulek, kira-kira satu kilometer dari dua lokasi terbabit kira-kira jam 4 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam. Razali berkata, semua gadis terbabit berumur 18 hingga 30 tahun dipercayai dari kawasan pedalaman di Thailand dikurung sejak setahun lalu.

“Siasatan mendapati mereka dipaksa melacur tanpa dibayar gaji bagi mengelak daripada melarikan diri. Ada antaranya baru tiba 10 hari lalu manakala yang paling lama mencecah setahun.

“Setiap tiga hari, bapa ayam akan menghantar lauk mentah ke kediaman mereka untuk dimasak, namun setiap tingkap dan pintu rumah dirantai bagi mengelak mereka memboloskan diri,” katanya.

Serbuan oleh sembilan pegawai dan anggota itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun di Taman Yulek dipercayai bapa ayam.

Suspek ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda.

Blog Ibnu Hasyim: Tahniah kepada pihak polis. Tidak makan gaji buta..

(Sumber: Mymetro)

Kes Bala: Jawapan JPM Tak Boleh Diterima -Tian Chua


Bala bebas keluar masuk negara ini: Tian Chua

KUALA LUMPUR - Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa kedudukan P Balasubramaniam tidak dapat dikesan untuk dipanggil memberi keterangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak boleh diterima.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, penyiasat persendirian itu dikesan sudah tiga kali kembali ke negara ini selepas ‘hilang’ tahun lalu.

Katanya, dalam jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri yang diterimanya Isnin lalu, jelas tertulis kerajaan hanya mengetahui kedudukan Balasubramaniam di Bangkok, Thailand, dan tidak mengetahui kedudukannya selepas menghilangkan diri.

“Nazri menjelaskan siasatan sudah selesai seperti yang beliau cakap dalam Dewan Rakyat, tetapi beliau menjelaskan tidak dapat mengambil tindakan lanjut kerana tidak dapat mengambil kenyataan Balasubramaniam yang hilang hingga kini.

“Jawapan seperti ini langsung tidak masuk akal kerana kedudukan terakhir Balasubramaniam yang diketahui kerajaan bukannya di Bangkok tetapi Kathmandu, Nepal,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, turut menjelaskan pergerakan Balasubramaniam diketahui kerajaan dan 'kehilangannya' tahun lalu penuh dengan tanda tanya.

“Bagaimana pasport Balasubramaniam dan seluruh keluarganya berjaya disiapkan dalam sehari sahaja dan selepas itu beliau hilang.

“Selain itu, kedutaan kita di negara yang dilawati Balasubramaniam sedar perkara ini. Jadi alasan tidak dapat mengesan kedudukan Balasubramaniam amat tidak boleh dipercayai,” katanya.

Balasubramaniam adalah pesara polis yang bekerja sebagai penyiasat persendirian dan diupah penganalisis politik, Abdul Razak Baginda untuk mengesan pergerakan Altantuya di Kuala Lumpur.

Balasubramaniam menghilangkan diri sejak 3 Julai 2008 selepas menarik balik surat sumpah yang cuba mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang menjadi perhatian seluruh dunia.

Pada November tahun lalu, ketika Datuk Seri Syed Hamid Albar masih menjadi Menteri Dalam Negeri menyatakan Balasubramaniam seorang yang bebas dan terpulang kepadanya untuk kembali ke negara ini. (Sinar Harian/AK)

Saya bukan Islam, kata 'Siti Hasnah. Penyelesaian?


SEORANG surirumah beranak dua mendakwa bahawa pihak agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam sewaktu dia masih kanak-kanak ketika ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kepala Batas.

S Banggarma, yang nama Islamnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah berkata, dia menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada tahun 2000.

Menurut surirumah itu, agamanya ditukar kepada Islam pada tahun 1989, ketika dia baru berusia tujuh tahun.

Banggarama telah meminta bantuan timbalan ketua Angkatan Muda PKR Kedah yang juga seorang peguam, Gooi Hsiao Leung dan timbalan ketua biro hal ehwal kaum India PKR kedah, R Kumaraguru Naidu.

Sebelum berkahwin dengan suaminya seorang nelayan, S Sockalingam, surirumah yang berusia 27 tahun itu berkata dia sudahpun memperolehi MyKad dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Ipoh.

Perkahwinannya berlangsung di Tanjung Piandang, Perak.

Banggarma telah lari dari Rumah Kanak-kanak Taman Bakti ketika dia berusia 16 tahun, bersama dengan beberapa lagi penghuni di situ, tanpa membawa sama sebarang dokumen pengenalan dirinya.

"Saya terperanjat apabila pegawai JPN memberitahu yang saya seorang Islam bernama Siti Hasnah. MyKad

saya dikeluarkan atas nama tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabat Gooi di George Town hari ini.

Ekoran nama Islam itu, katanya, dia tidak dapat mendaftar perkahwinannya dengan Sockalingam yang dijalankan mengikut upacara agama Hindu. Dia juga tidak dapat mendaftarkan nama suaminya sebagai bapa kepada anak-anaknya dalam sijil kelahiran mereka.

Sijil lahir catat 'Hindu'

Banggarma berkata selepas diberitahu mengenai pertukaran agamanya itu, dia pergi semula ke rumah kebajikan tersebut untuk mengambil dokumen pengenalan dirinya.

Seorang pegawai di rumah tersebut menyerahkan kepadanya sijil kelahiran yang mencatatkan dia dilahir beragama Hindu pada 13 Ogos 1982. Sijil tersebut mencatatkan dia dilahirkan di Keratong, Pahang. Bapanya seorang pekerja ladang, B Subramaniam dan ibunya bernama Latchumy Ramadu.

Pegawai kebajikan di rumah tersebut juga menyerahkan satu sijil yang menunjukkan pertukaran agamanya pada tahun 1989.

Pertukaran agamanya dikatakan dibuat di hadapan seorang pegawai agama yang mewakili jabatan dan majlis agama Islam negeri. Dokumen tersebut mempunyai tandatangannya 'Hasnah' pada sudut bawah sebelah kiri.

Bagaimanapun, Banggarma tidak dapat mengingati insiden itu dan mendakwa dia sentiasa bersembahyang dan menjalani kehidupan sebagai seorang penganut Hindu ketika tinggal di rumah kebajikan tersebut.

"Saya sentiasa mengamalkan agama Hindu," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, dia mengakui pernah menghadiri sesi solat bersama penghuni yang lain.

"Saya hanya ikut mereka," katanya.

Ekoran pertukaran agama itu, Banggarma menghadapi kesulitan untuk mendaftarkan kelahiran dua anaknya - Kanagaraj (8 tahun), dan Hisyanthini (2 tahun) - tahun lalu.

"Saya akhirnya dapat juga sijil kelahiran anak-anak saya itu melalui bantuan guaman. Dua kali

saya cuba untuk menukar balik nama saya kepada nama asal Hindu saya dalam MyKad. Tetapi usaha saya itu tidak berjaya," katanya.

Pihak berkuasa agama siasat

Sementara itu, Gooi berkata beliau akan membawa isu kepada pihak berkuasa agama untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri masalah Banggarma itu.

"Kita akan membawa perkara itu ke mahkamah jika perlu berbuat demikian," katanya.

Gooi juga menyifatkan tindakan pegawai yang menukar agama Banggarma sebagai tidak "bertanggungjawab" serta membidas rumah kebajikan itu yang didakwanya telah mengabaikan tanggungjawabnya.

"Objektif utama sesebuah rumah kebajikan ialah untuk menjaga kanak-kanak. Hanya seseorang yang tidak bertanggungjawab sahaja yang akan menukar agama anak yang baru berusia tujuh tahun." katanya.

Ketika dihubungi, Presiden Majlis Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya Said berkata satu siasatan akan dijalankan terhadap kes tersebut.

Katanya, memandangkan perkara itu sudah lama berlaku, maka pihaknya akan memeriksa terlebih dahulu rekod-rekod lama dan ia mungkin mengambil masa.

Manakala exco negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, Abdul Malik Kassim pula enggan mengulas kes itu kerana menurutnya, ia adalah satu isu perundangan.

Dalam sidang akhbar tersebut, Banggarma memberitahu yang dia dimasukkan ke rumah kebajikan tersebut bersama dua lagi abangnya dan seorang adik perempuannya.

Katanya, dia ditemui sedang tidur bersama abang dan adiknya itu di tepi jalan di Kepala Batas dan pegawai kebajikan telah menempatkan mereka di rumah kebajikan tersebut.

Bagaimanapun sebaik sahaja mereka dimasukkan di situ, dia dan abang serta adiknya dipisahkan dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

Banggarma berkata ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil manakala bapanya telah meninggalkan mereka tidak lama selepas itu.

Katanya, bapanya pernah sekali melawatnya di rumah kebajikan itu ketika dia berusia 13 tahun.

Dan yang ada padanya kini, kata Banggarma, hanya suami dan anak-anaknya. (Sumber Malaysiakini)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tiada Paksaan Dalam Beragama. Penyelesaiannya mesti telus, jelas, tegas berdasarkan pandangan Islam. (AK)

Lagi Filem '2010', Apa Pendapat Puak Yahudi?

HALAMAN HIBURAN

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman
NAMPAKNYA filem Hollywood '2012' dibuat oleh Rolland Emmerich, seorang Yahudi ini terus mendapat pasaran dunia. Filem-filemnya selalu berkisar tentang kiamat atau bencana dunia. Menariknya, di balik eforia, dan ketakutan dari filem ini, orang-orang Yahudi sendiri cuma ketawa saja..

Rebbetzin Esther Jungeris, seorang penulis Yahudi yang produktif mengatakan bahawa dalam kitab suci Yahudi sendiri tidak pernah disebutkan bila akan datangnya kiamat. “Akan terjadi pada siang hari Jumaat, tetapi tidak ada cara untuk mengetahui bila akan datang Shabbos (hari Jumaat) ini.” ujarnya.

Rabi Berel Wein
, direkur The Destiny Foundation mengatakan, Yahudi tidak tertarik pun berspekulasi mengenai hal-hal seperti ini.

Sedangkan Niles Elliet Goldstein, rabi dari The New Shul di Manhattan megatakan, “Kiamat tidak akan jadi pada tahun 2012!”

Beginilah selalunya perangai orang-orang Yahudi, memutarbelit dunia, sesuai dengan kehendak mereka, sedangkan mereka sendiri terkekeh-kekeh gelakkan kebodohan manusia di seluruh dunia, yang hanya mampu mengikut ke mana hidung mereka diarahkan! (Sumber Jewishweek dll/AK)

Sebelum ini...

Mengapa Lambang Bintang 6 Penjuru Ada Dlm M/Aqsa?

CATATAN PERJALANAN KE AL-AQSA

Sholat di puncak sebuah pergunungan di Iran, Ustaz Muhamad penulis catatan ini (blog Ustaz Amin) sebagai imam, disebelahnya penulis blog Shahabudeen Jalil, di belakang kiri penulis blog Bal (Suhaimi) dan Ibnu Hasyim belakang kanan.

Coca cola tidak diboikot di Palestin.

Lambang bintang 6 penjuru di dalam Masjid Aqsa 2 gambar di atas & bawan bendera Israel bintang 6 penjuru.

JUMAAT 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun. Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula. Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya. "Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

"Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan?" Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala. Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa. "Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam.

Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ". Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu. Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini. Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah. Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah. Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan. Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka.

Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama': "Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .

"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
12 Mei 09


Thursday, November 19, 2009

Polis & Bank Islam, Tolonglah, Apakah Perlu Mengadu Pada Menteri?


PIHAK Blog Ibnu Hasyim telah dihubungi oleh mangsa seorang pengguna Bank Islam yang malang, sehingga sekarang masih belum dapat apa-apa jawapan dari cawangannya di Tanjung Malim. Beliau menyimpan wang di BankIslam tersebut kira-kira RM6,000, tetapi akhirnya lesap, sudah dicuri orang. Pihak bank menyuruh buat report polis.

Pengaduan dibuat di Balai Polis Tanjung Malim pada 2 Ogos 2008, tapi hingga sekarang tiada apa-apa jawapan dari bank tersebut. Pihak Polis pula dalam seminggu dua lepas ada menghubungi mangsa beberapa kali, dan membuat temujanji untuk menyiasat, tetapi sampai sekarang pun tiada apa-apa. Siasat pun tidak, apa pun tidak.

Bank pun tak peduli, polis pun tak peduli. Pihak-pihak bertanggung jawab tolong ambil perhatian. Apakah perlu hingga merayu kepada Menteri terlibat yang kakitangannya tidak prihatin kepada rakyat?

"Tolonglah. Duit itu puluhan tahun makcik simpan untuk pergi ke haji.. Makcik tak tahu apa nak buat lagi..." Katanya kepada blog Ibnu Hasyim.

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

1..Thursday, August 27, 2009 Bank Islam Tg Malim Masih Pekak Kepada Pengguna..
2..Sunday, August 16, 2009 Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.

Sila beri komen, sekian.

Ibnu Hasyim. KL. 19 Nov 2009. Kes ini dah lebih 1 tahun 2 bulan.

Kedudukan Rasuah CPI: Sokong K/Pengarah SPRM Letak Jawatan.

by Asyok Kumar

KUALA LUMPUR Nov 19 2009– Malaysia jatuh ke kedudukan terburuk sejak 15 tahun lalu dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International. Kedudukan Malaysia tahun lalu adalah di tempat 47 tetapi kini menjunam ke tempat 56. Ini kejatuhan terburuk, berbanding pencapaian terbaik pada 1995 apabila Malaysia menduduki tangga 23.

Demikian di nyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulang Klang dalam satu majlis taklimat kepada AJK kelab tersebut, di Setapak malam tadi.

"Saya sokong saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan kerana prestasi buruk tersebut." Jelas Hj Mohd.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan tidak ada sesiapa dalam kerajaan berani bersuara mengenai hasil perancangan lima tahun dalam Pelan Integriti Nasional (2004-2008) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membanteras rasuah. (AK)

Kes Haji Tok Guru: 19 Tahun Jadi MB, Tidak Kaut Kekayaan Diri.

by Asyok Kumar.

NOV 19 2009. Isu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya perlu ditangani dengan baik, supaya jelas kedudukan yang sebenarnya. Umpamanya, apabila meletup kes ini, rakyat awam perlu diberitahu bagaimana telusnya kehidupan Tok Guru, 19 tahun jadi Menteri Besar tidak mengaut kekayaan semahu-mahu macam pemimpin lain, apa lagi pemimpin-pemimpin parti pemerintah di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim ketika diminta mengulas keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini yang dianggap Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu, dan menyetujui MB Kelantan itu sebagai bukan seorang perasuah.

"Isu ini sepatutnya perlu ditangani dengan baik. Takrif rasuah sebenarnya perlu dipaparkan ke tengah masyarakat, dan perlu dibetulkan supaya sesuai menurut kehendak agama Islam." Kata Dr Hj Mohd.

Ditanya apakah takrif rasuah meneurut Islam, Hj Mohd menjelaskan, di dalam kitab ‘Riadhus Sholihin’ (Fasal 1 .Haram berlaku zalim dan perintah mengembalikan hak orang’, hadis no 7) dinukilkan sebuah hadis Abu Humaid (Abdurrahman) bin Saad Assaidy RA berkata…Rasulullah mengangkat seseorang (jadi pegawai) untuk kumpulkan zakat. Namanya Ibnu Allutbiyah dari suku Al’azd. Setelah beliau kembali dari bertugas bertemu Rasulullah (dan serahkan apa yang patut) katanya, “Yang ini untuk kamu (kerajaan pimpinan Rasulullah) dan yang ini saya dapat hadiah dari orang-orang itu!”

Maka Rasululah SAW cepat-cepat naik atas mimbar, setelah memuji syukur kepada Allah kata beliau, “Amma ba’du, adapun saya mengangkat seseorang untuk satu tugas yang diberikan Allah kepada saya, lepas itu dia datang dan berkata, ini bahagianmu dan yang ini saya sendiri dapat dari orang-orang (yang dikutip itu)! Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya hingga datang hadiah itu kepadanya kalau benar-benar demikian (yakni kalau benar-benar orang-orang itu hendak memberi kepadanya bukan kerana tugasnya ke sana sebagai pemungut wang zakat, duduk di rumah pun dapat juga)? Demi Allah, tiada seseorang yang mengambil sesuatu yang bukan haknya, pasti akan dipikulnya di hari kiamat. Akan saya tahu juga seseorang yang memikul unta, lembu atau kambing yang mengembek. (yakni orang itu tidak lepas dari tanggungjawab dan dihisab di akhirat).”

Dalam kes Tok Guru Nik Aziz ini, kata Hj Mohd, "Kalau Tok Guru tak jadi MB pun, hadiah pakej haji itu datang juga kepada beliau, maka layaklah beliau terima! Memang ramai pun Tok-tok Guru pondok dulu yang dihadiahkan pakej pergi haji.. "

Menurut beliau lagi, "Tetapi yang penting sangat ialah isu ini mendedahkan ketelusan dalam kehidupan Tok Guru. Seolah-olah suatu cadangan dan pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara, termasuk PR sendiri. Bukan sahaja kepada BN dan PR, tetapi juga kepada mereka yang bernaung di bawah ketiak PAS. Mereka yang menumpang tuah pemimpin-pemimpinnya hidup sederhana macam Tok Guru, tetapi mereka memiliki cara hidup sebaliknya.

"Pada saya, sepatutnya pemimpin parti Islam pembawa amanah Rasul, kewangan mereka pun perlu telus kepada parti atau rakyat yang mengundi dan menaikkan mereka. Supaya rakyat tahu cara hidup pemimpin mereka. Orang bukan Islam pun akan kagum dengan kehebatan agama Islam dalam menjaga amanah rakyat secara bersungguh-sungguh. Sejarah sahabat-sahabat Nabi seperti Khalifah Ar-rasyidin ada contohnya.

"Rakyat juga ingin tahu ke mana mereka yang berpendapatan tinggi menghabiskan duitnya. Dari mana mereka dapat wang itu, di mana mereka membayar zakat dan sedeqahnya? Semuanya baik dijelaskan untuk menunjukkan kepimpinan yang bersih. Apalagi kalau mereka adalah pemimpin yang dermawan, sebagai suatu panduan yang sihat." Kata beliau yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Kalang, selangor. (AK)

Rujukan, sila klik tulisan lalu...

Gambar-gambar Fitnah Kepada PR.

Inilah gambar-gambar FITNAH yang telah dibuat oleh segolongan manusia yang tidak mempunyai hati perut....manusia yang suka menempah tiket untuk ke NERAKA JAHANNAM!!
Alim Ulamak ditohmah begitu hebat menandakan kita semakin hampir dengan saat KIAMAT....
Peristiwa besar yang sedang berlaku di akhir zaman ini adalah semakin bertambahnya manusia yang AMAT GEMAR MEMPERSENDAKAN AGAMA ALLAH.....
Hakikatnya dalam kita memperjuangkan ISLAM pasti wujud manusia-manusia yang tidak berpuas hati menyebabkan mereka sanggup membuat BID'AH sebegini kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS
Manusia yang jahil suka sangat menabur FITNAH, mereka-reka cerita dongeng yang tak berasas...mereka hanya pandai menilai dengan NAFSU SYAITAN sahaja...

Dua:

Renungan Profesional

Renungan Profesional
"Ingatlah wahai saudara seislam dan se'anak adam' denganku bahawa HUKUMAN SEBATAN DALAM ISLAM tidaklah SEZALIM gambar di atas".....Islam bukan AGAMA YANG MENDERA tapi sebaliknya ISLAM LAHIR SEBAGAI AGAMA YANG MENDIDIK"

Komen Blog Ibnu Hasyim: Blog-blog perlu memainkan peranan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi. Lihat kisah sejarah dalam Al-Quran bagaimana peranan burung hud-hud menegakkan agama Allah di zaman Nabi Sulaiman AS, yang mentadbir semua mahluk bukan manusia sahaja. Membebaskan kaum Ratu Balqis dari kesesatan. Kalau tidak burung hud-hud layak di sembeleh.. (2MA).


Lihat Ini, Bahagian Agama Masih Jadi Syaitan Bisu?

Satu:

Menurut http://abdulwahabarbain.blogspot.com & Blog Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang.

Saya terfikir kenapa JAIS terlalu marah kepada Dr. Asri mengajar tanpa tauliah? Kenapa pihak berkuasa agama terlalu heboh pasal Wahabi? Kenapa hal-hal jahat berleluasa? Contoh kejahatan yang belum didengari mendapat cegahan dari pihak berkuasa ialah aktiviti swingers lifestyle. Swingers lifestyle sudah lama merebak di negara kita. Kenapa tidak kedengaran sebarang tindakan dari pihak berkuasa agama?Lihat contoh-contoh di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan banyak lagi.
Apa dah jadi dengan negaraku?

Acara ini ada tauliah kerana tiada Jabatan Agama Islam yang datang dan menangkap. Mungkin ada tetapi terpaku dengan api asmara yang meluap-luap. Apa nak jadi dengan Malaysia?

Acara ini ada tauliah kerana tiada Jabatan Agama Islam yang datang dan menangkap. Mungkin ada tetapi terpaku dengan api asmara yang meluap-luap. Apa nak jadi dengan Malaysia?


Kedua:

Menurut sumber http://ajijoi.blogspot.com/
Setelah 9 bulan BN ‘mengandung’ Zambry ‘melahirkan’ Pejabat Pemasaran Arak di Perak..
Tahniah..Yam Seng..!!

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Arak Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kata Nabi SAW, diam tidak mahu menyatakan kebenaran adalah 'syaitan bisu'. Bagaimana bahagian yang dipertanggungjawab dalam hal agama? Dah le diam buat-buat pekak, bisu pulak lagi.. (2MA)

Tok Guru Bukan Perasuah -Datuk Seri Nazri Aziz

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah. Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah. (Harakah/AK)

Bantah Kes Tauliah: Khalid Samad Dituduh Penjenayah


NOV9 2009. Lebih 650 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad. Bantahan t ersebut disuarakan melalui kempen kutipan tandatangan yang digerakkan seorang pegawai khas Khalid sejak seminggu lalu.

Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang dekat Shah Alam berkata, tandatangan tersebut dijangka diserahkan kepada Jais dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan. "Sekarang kita tidak serahkan lagi sebab masih ada (tandatangan) yang masih belum dikutip," katanya hari ini.

Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid. Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Izham Hashim, sebagai ahli kariah di situ, mengetuai sidang media.

Kempen kutipan tandatangan itu akan dilanjutkan lagi selama seminggu sebelum tindakan lanjut, katanya. Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Mohd Jamil berkata beliau mengambil inisiatif menganjurkan kempen tersebut bagi mendengar pandangan awam berhubung isu tauliah – yang kini menjadi kontroversi susulan pendakwaan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

"Sebagai orang yang dipimpin, kami juga mahu memberikan pandangan. Kami turun dan lihat sendiri. Kami tanya ahli-ahli agama.

"Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang," jelas Mohd Jamil.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak?

"Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan."

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008 (foto atas), pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan oleh jabatan itu dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung ahli parlimen BN Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam.

Sementara itu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah, semalam. (AK)

Wednesday, November 18, 2009

Filem '2010', Ada Kaitan Dengan Kedatangan Dajjal?

HALAMAN HIBURAN
TERTARIK aku bila membaca ulasan filem yang menjadi primadona hiburan kini. Ulasan bertajuk Filem Hollywood '2012' Menyesatkan? Apa Kata Ulama... Filem box office yang merentap pehatian sebahagian besar penduduk planet bumi ini. Apa masalahnya?

Maaf, aku ingin komen tambah.

Ke 1:

Filem ini ingin mengkondisikan umat manusia untuk meyakini bahawa the end of time atau apocolypse atau meyakinkaan bahawa hari Kiamat akan terjadi pada tarikh yang boleh ditentukan, iaitu pada 21 desember tahun 2012. Pada ku ini merupakan suatu ramalan yang sangat merbahaya dari sudut pandang aqidah Islam.

Mengapa? Kerana Islam mengajarkan bahawa hanya Allah saja yang tahu bila berlakunya hari Kiamat. Bahkan Nabi Muhammad SAW (shollallahu ’alaih wa sallam) juga tidak tahu bila?

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي

لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا

قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ


"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (QS Al-A’raaf ayat 187)


Satu-satunya isyarat soal jadual hari Kiamat dari Rasulullah SAW hanyalah akan terjadi pada hari Jumaat. Tapi tidak disebut Jumaat bila, bulan dan tahun berapa? Wallahu a’lam. Hanya Allah Yang Maha Tahu.


Rasulullah SAW bersabda:

وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Dan tidak akan terjadi hari Kiamat kecuali pada hari Jum’at.” (HR Muslim).


Maka sesiapa yang lepas menonton filem ini yakin hari Kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut bererti ia telah mempertaruhkan eksistensi aqidahnya.. jadi sesat. Maka tidak wajar jika ada mana-mana pihak yang mengutip maklumat selain dari sumbernya, iatu kitab Allah dan sabda Rasul Muhammad SAW. Tidak ada satu haditspun yang menjelaskan masa, bulan dan tahun kejadian hari Kiamat. Begitu juga dalam perkara-perkara lain, yang tidak berhukumkan dengan dengan sumber dari Allah dan Rasul.


Ke 2:

Kisah dalam filem 2012 ini ternyata berakhir dengan masih tinggal lagi segelintir manusia yang dapat survive atau bertahan hidup sesudah dahsyatnya peristiwa hari Kiamat. Padahal dalam keimanan Islam, kita diajarkan, pada masa Malaikat Israfil meniup sangkakala pertama kali sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah.

Bila semuanya mati, Malaikat Israfil akan meniup sangkakala kali kedua, sebagai tanda berlangsungnya hari Berbangkit. Iaitu hari dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya masing-masing untuk hidup semula.

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ

إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ


"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)


Ertinya, idea di balik filem ini amat merbahaya, kerana ia ingin mengajak penonton ingkar adanya Kiamat dalam pengertian aqidah Islam. Islam mengajar, hari Kiamat merupakan the day of total destruction of the whole universe by Allah the Al-Mighty Creator (hari penghancuran total alam semesta atas kehendak Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah SWT). Hari Kiamat merupakan berakhirnya kehidupan fana dunia untuk selanjutnya akan hadir kehidupan abadi akhirat yang sangat berbeda dengan dunia fana ini.


Sedangkan Kiamat menurut produser filem ini, ialah 'peradaban sistem dajjal' hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga setelah berlangsungnya apocolypse, masih ada segelintir manusia terus hidup melewati dahsyatnya hari Kehancuran tersebut. Maknanya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di planet bumi ini. Selanjutnya, siapakah yang bakal memimpin dan berkuasa di dunia sesudah 2012? Itu kita akan bincangkan kemudian.


Kita lihat apakah 'Peradaban Sistem Dajjal' ini? Menurut Ahmad Thomson di dalam bukunya 'Dajjal – The AntiChrist' mengatakan bahawa dunia yang sedang kita jalani ini, terutama sejak hampir satu abad yang lalu, adalah sebuah 'Sistem Dajjal'. Peradaban dunia semenjak ghaibnya 'Sistem Islam' berdasarkan Khilafah Islamiah, telah beransur-ransur mengarah dan membentuk menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan 'Dajjalic Values'. Kian hari kian nyata di mana nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematik telah mengalami marginalisasi alias penghapusan.


Begitulah hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu singkat oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia. Dajjal tersebut akan dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibina dengan sebutan 'Novus Ordo Seclorum' (the New World Order) ini, sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai line kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar sesuai dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal).


Segenap linekehidupan manusia yang mencakup ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, tentera, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari dienullah alias nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment dan hiburan pun diarah untuk menyambut kedatangan Dajjal, seperti yang dilakukan oleh filem tersebut. Begitulah kira-kira...


Ke 3:

Jika kita buka situs www.whowillsurvive2012.com yang merupakan 2012-Official Movie Site, maka bila anda klik kotak berjudul ”The Experience”, maka anda akan temukan salah satu kotak pilihan lagi dengan judul Vote For The Leader of the Post 2012 World (Pilihlah Pemimpin Dunia Paska 2012). Apakah maksud dan helahnya itu?


Tuan-tuan pembaca-pembaca budiman..

Maaf.. Sesungguhnya aku bimbang, gagasan tersembunyi di balik filem ini, cuba mempromosikan 'Penyelamat Palsu Dunia', iaitu Dajjal. Dajjal yang akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung kepada survivors atau orang-orang yang berjaya selamat melewati bencana 2012 itu. Sungguh, mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai figur pemilik syurga dan neraka, alias dialah Tuhan.


Barangsiapa mematuhinya dan merasa perlu, diberikan syurga kepadanya. Dan barangsiapa yang mengingkarinya dan merasa tidak perlu kepadanya, maka bakal dimasukkan ke dalam neraka Dajjal.


Sehingga Rasulullah SAW bersabda:

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya Dajjal memiliki syurga dan neraka. Maka nerakanya adalah syurga (Allah) dan syurganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah).


Maka sudah tiba masanya bagi setiap Muslim untuk persiapkan diri dan keluarganya dari fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman. Itulah fitnah Dajjal.

Akhirnya kita lihat, Nabi Muhammad SAW mengajar kita beberapa panduan untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, antaranya:


Satu: Bacalah doa permohonan perlindungan Allah pada saat duduk sholat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)


Kedua: Bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau hari Jumaat sesuai hadits berikut:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك

الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak dapat menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)


Ketiga: Hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadits berikut:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Dawud)


Keempat: Menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadits berikut:

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ

وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ

مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال

"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya ia berupaya menjauh darinya, sebab demi Allah, sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang ia mengira bahawa Dajjal tersebut mukmin kemudian ia mengikutinya kerana faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)


Kelima: Menetap di Mekkah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا

"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

Sekian, Wallahu aklam.


ABU, anak muda dari PLANET HIJAU.

http://tujuhijau.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails