Saturday, December 05, 2009
50 NGO Tubuh 'Gegar' Tuntut Hak Royalti Minyak
KOTA BAHRU, 5 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menggesa kerajaan supaya mengembalikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Pusat juga, sewajarnya menjelaskan hasil royalti kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof, dalam sidang medianya memberitahu, bagi menjayakan hasrat yang dicapai itu juga, pihaknya akan mengembeling tenaga bersama semua masyarakat tanpa mengira faham politik, bangsa dan agama dengan memberi kesedaran pelbagai cara.
“Pada masa yang sama juga, Gegar akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur Januari tahun hadapan,”ujarnya.
Menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Gua Musang akan dijemput bagi menjayakan program yang julungkali akan dianjurkan Gegar itu.
Pada masa yang sama, menurutnya pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat di negara ini mengikuti program terbuka yang dianjurkan Gegar itu.
Gegar adalah gerakan yang menggabungkan 50 pertubuhan badan-badan Ngo di dua buah negeri.
Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menuntut hak royalti rakyat Kelantan, sebaliknya Terengganu yang telah lama memperolehi hasil tersebut namun kedudukan negeri itu masih ditempat kedua kemiskinan di negara ini.(Harakahdaily/AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mampukah 'Gegar' gegarkan penyelewengan Najib? Siapa yang gegar, siapa yang gege..
Ha!! Tenung Buah Dada Wanita Boleh Umur Panjang..
Kelab Bola Sepak Remaja India Penyokong Pas Ditubuhkan.
TASIK CEMPAKA, Bangi – 18 Zulkaedah = 5 Dis. (Sabtu): Pagi ini ADUN Bangi ke Tasik Cempaka merasmi dan menyampaiakan jersey bagi Kelab Bola Sepak Remaja India Penyokong Pas yang ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 lepas.
Turut hadir Encik Krishnan selaku Pengerusi Indian Football Club di sini dan jurulatih Encik M. Ragendran Bekas coach bagi Pasukan Tentera Udara Malaysia yang beliau juga Pesara Tentera Udara Malaysia dan sekarang bekerja di Euro-Copter Malaysia selaku juru teknik dan kini menetap di Bangi.
Menurut En. Krishnan En. Ragindran secara sukarela melatih pasukan kelab yang baru ditubuh yang kini berjumlah 16 orang ahli. Anak-anak muda di bawah 18 tahun ini adalah dari Sekolah di Sungai Chua, Jalan Bukit dan Jalan Reko. Hari ini mereka hadir bagi sesi latihan. ADUN Bangi memperuntukkan sebanyak RM900/= bagi membeli jersey (termasuk seluar, stoking dan bola) yang disampaikan pada pagi ini.
Latihan pagi ini merupakan persiapan akhir bagi menghadapi pertandingan dengan pasukan remaja dari Rinching pagi esok. Untuk itu buat kali pertama jersey baru ADUN Bangi akan digunakan. ADUN mengharapkan pasukan yang baru diresmikan ini menjadi satu pasukan yang kuat dan establish di DUN Bangi dan pihak ADUN bersedia memberi bantuan bagi kemajuan pasukan. Diharap akan lahir pasukan-pasukan remaja yang lain dari DUN Bangi.
Dengan itu pertandingan akan dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan mutu bola sepak remaja di DUN Bangi. Terima kasih kepada En. Krishnan dan En. M. Ragindran. Semoga pasukan yang dibimbing maju jaya.(AK)
Dakwah Kena Sampai Ke Pusat Hiburan S'ngor -Dr Asri
KANGAR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat mengembangkan kegiatan dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangar (JAIs) terhadapnya menghalang usaha itu.
Katanya beliau bercadang memulakan usaha itu di Selangor kerana terdapat banyak pusat hiburan di negeri itu dikunjungi oleh golongan Melayu.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan motivasi sempena hari keluarga RTM Perlis di Tasoh Lake Resort & Retreat di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini tumpuan ceramah oleh pendakwah hanya pada majlis rasmi dan tempat beribadat.
"Sepatutnya mereka juga memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan golongan Melayu sedikit demi sedikit tentang kefahaman Islam sebenar," kata bekas mufti yang mencetuskan kontroversi di Selangor.
Ketika menyampaikan ceramah, Mohd Asri mencadangkan para artis tanah air supaya menyelitkan budaya murni dalam persembahan mereka termasuk menasihati orang ramai melakukan sesuatu yang baik semasa persembahan mereka.
Sebagai individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat, beliau berkata golongan artis mempunyai peranan membentuk sikap masyarakat sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Mohd Asri turut menyelar segelintir ibu bapa yang membiarkan tabiat songsang anak-anak mereka termasuk anak lelaki yang mempunyai jiwa perempuan dan lebih suka berlagak perempuan.
Katanya setiap lelaki perlu menjadi lelaki dan mereka tidak boleh diubah menjadi perempuan melalui perubahan perlakuan dan pakaian.-BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: JAIS kena dengar tu, dakwah kena sampai ke pusat-pusat hiburan di Selangor.
PRM, Hidup Segan.. Mati?? -Sosialis Hijau
PRM adalah satu2nya parti politik berhaluan kiri yang di tubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud sehingga kini. PRM yang telah di asaskan oleh Presiden pertamanya Ahmad Boestamam adalah kesinambungan daripada Kesatuan Melayu Muda(KMM) yang di tubuhkan pada tahun 1937 dan apabila ianya di haramkan oleh pemerintah Jepun maka aktivis2nya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) pada tahun 1945 sebagai sebuah wadah untuk menuntut kemerdekaan.
Pada tahun 1946 PKMM telah mewujudkan cabang pemudanya yang di berinama Angkatan Pemuda Insaf(API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam di samping cabang wanitanya yang di beri nama Angkatan Wanita Sedar (Awas) yang telah di pimpin oleh Shamsiah Fakeh. Namun begitu pihak British telah melihat parti2 ini mendatangkan bahaya kepada kelansungan pemerintahan mereka lalu telah mengistiharkan darurat dan parti2 politik ini telah di haramkan.
Ramai aktivis parti parti dan pertubuhan pro kemerdekaan telah di tahan di bawah undang2 darurat. Antara yang di tahan ialah Ahmad Boestamam iaitu ketua API. Perintah darurat telah mengakibatkan segala aktiviti menuntut kemerdekaan hampir lumpuh. Maka dengan itu beberapa aktivis yang tidak dapat di tahan oleh pihak British telah mengambil keputusan untuk masuk ke hutan dengan memulakan perang gerila menentang British. Dr Burhanudin pula telah berjaya meloloskan diri ke Singapura dan terselamat daripada tangkapan kerana pada waktu itu Singapura masih belum di laksanakan perintah darurat.
Selepas di bebaskan Ahmad Boestamam telah menubuhkan PARTI RAKYAT iaitu pada 11 November 1955. Parti ini kemudiannya telah bergabung dengan Parti Buruh dengan membentuk Barisan Sosialis dan telah berjaya memenagi 8 kerusi Parlimen pada PRU 1959. Barisan Sosialis juga telah berjaya menguasai banyak kerusi-kerusi Majlis Kerajaan Tempatan memaluli pilihan raya kerajaan tempatan.
Namun begitu Barisan Sosialis akhirnya terpaksa di bubarkan dan Parti Rakyat kembali bergerak secara solo sebagai antara parti pembangkang utama negara pada ketika itu. Pada tahun 1970 parti ini telah di tukarkan namanya kepada PARTI SOSIALIS RAKYAT MALAYSIA(PSRM) yang telah di pimpin oleh Kassim Ahmad. Pihak kerajaan telah mengambil kesempatan daripada pertukaran nama Parti Rakyat kepada Parti Sosialis untuk mebuat propaganda bahawa PSRM adalah sebuah parti komunis untuk menjauhkan sokongan rakyat kepada parti ini. Ramai pemimpin parti ini telah di tahan di bawah undang-undang ISA. Bermula daripada itu bermulalah zaman kegelapan PSRM dan parti itu telah gagal untuk mendapatkan kerusi untuk setiap kali Pilihanraya.
Setelah parti itu di pimpin oleh Kampo Radjo sekali lagi parti itu telah membuat perubahan kepada nama parti dengan mengugurkan perkataan Sosialis dan hanya menjadikan parti itu sebagai Parti Rakyat Malaysia(PRM). Namun begitu di era kepimpinan Dr SyedHusin Ali congress parti pada tahun 2003 telah mengambil keputusan untuk membubarkan PRM dan ahli parti itu menyertai Parti keADILan Nasional (keADILan) yang kemudiannya telah bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat(PKR) setelah bergabung dengan ahli PRM. Syed Husin Ali telah di lantik menjadi timbalan Presiden parti itu. Walaupun mendapat sokongan majority daripada perwakilan parti di atas usul untuk bergabung dengan keADILan namun beberapa ahli jawatankuasa tertinggi parti itu membantah dan kemudiannya telah menghidupkan semula parti itu di bawah kempimpinan Hasan Karim.
Walaupun begitu parti ini telah di lihat tidak lagi mampu untuk bangun semula seperti awal kebangkitannya. Mungkin melihat kepada itu Hasaan Karim telah mengusulkan agar parti itu menjadi satu kompenan parti Pakatan Rakyat. Hasratnya itu telah di tentang oleh majority ahli parti kerana sejarah ahli PRM yang memasuki PKR telah membuktikan bahawa mereka sebenarnya terpinggir di dalam PKR. Mungkin nama-nama ahli PRM yang memasuki PKR hanyalah tinggal seperti Dr Syed Hussin Ali dan Latefa Koya sahaja. Hala tuju dan ideology perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak jelas dan bertentangan dengan prinsip perjuangan PRM juga adalah salah satu sebab mereka menolak untuk bersama dengan pakatan Rakyat.
Sebenarnya PRM memerlukan satu suntikan kekuatan untuk kembali menjadi parti yang berada di persada politik tanah air. Hanya gah pada nama tidak akan membuat parti itu untuk di terima rakyat di mana rakyat pada hari ini lebih cenderong untuk memilih antara BN dan PR. PRM sepatutnya menjadikan Parti Sosialis Malaysia(PSM) sebagai satu paradigma kepada mereka di dalam membangunkan semula parti yang di warisi Boestamam itu. PSM yang bangun dengan kekuatan akar umbi juga tidak bersama dengan Pakatan Rakyat namun kehadiran parti itu telah menjadi satu alternative kepada rakyat yang mula melihat kecelaruan parti2 politik yang ada pada hari ini sama ada di pihak BN ataupun PR.
Kini telah tiba masanya untuk pemimpin PRM memikirkan sama ada mahu terus untuk menjadi parti kelansungan sejarah parti politik
Untuk menyertai pilihan raya PRM sudah pasti tidak akan di beri ruang sama sekali oleh PR yang sudah sedia ada kerusi yang mereka miliki sama ada kerusi yang mereka menang atau mereka kalah di dalam PRU yang lalu. Jika PRM mahu juga menyertai pilihan raya maka sudah pasti pati ini akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. Di saat rakyat hanya mahu memilih antara BN dan PR apakah mereka sedia memilih logo parti berlambangkan Seladang yang tidak mereka kenali untuk mereka undi? Begitu juga dengan pimpinannya yang tidak lagi di kenali seperti Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Kamarulzaman Teh iaitu seorang tokoh pejuang kemerdekaan dari Pahang.
Oleh itu jika pemimpun PRM merasakan mereka adalah pejuang rakyat yang berprinsip dan sama sekali tidak akan mengadai perjuangan maka mereka sepatutnya melepaskan ego mereka untuk terus mempertahankan parti yang mereka sendiri sedar bahawa parti mereka adalah parti yang “Hidup segan mati tak mahu”.
Mungkin ijtihad mereka untuk bergabung dengan PKR adalah satu kesilapan tetapi tidak mustahil jika kali ini mereka memilih parti yang benar-benar menjiwa perjuangan rakyat sebagaimana PRM suatu ketika dahulu. Ini adalah lebih baik daripda menyertai parti-parti di dalam Pakatan rakyat yang di lihat kini penuh dengan permainan politik.
Parti yang di maksudkan itu adalah Parti Sosialis Malaysia yang kini sebuah parti marhaen yang di pimpin oleh aktivis2 sentiasa hidup dengan penderitaan rakyat. Apatah lagi pengerusi parti ini sendiri adalah salah seorang daripada pimpinan PSRM pada suatu ketika dulu yang telah di uji ketahanan prinsip perjuangannya. Jikalah benar pimpinan PRM sekarang tidak pernah memikirkan jawatan dan kepentingan maka sudah sepatutnya mereka memikirkan agar PRM di semadikan dan mereka teruskan amanah perjuangan Boestamam dengan memilih PSM sebagai satu wadah perjuangan yang baru. (AK)
Kahwin Sejenis: Jarang Dihormati Pihak Berkuasa -SIS
PETALING JAYA, Dis 4 — Sisters in Islam (SIS) gesa pihak berkuasa melayan transeksual warga Malaysia, Fatine yang kini berhadapan dilema perundangan dan budaya termasuk kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, dengan perikemanusiaan dan hormat.
Malah Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari juga berhak menerima perlindungan yang sama di bawah undang-undang negara ini, kata Pengurus Program SIS Mas Elati Samani.
“Cik Fatine berhak dilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat serta mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang.
“Walau bagaimanapun, hak-hak sebegini jarang-jarang dihormati oleh pihak berkuasa tempatan dan masyarakat umum terhadap masyarakat transeksual,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.
Fatine kini juga berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah “berkahwin” dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di London Mei lalu selepas berkenalan di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.
Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Dia mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.
Menurut Mas Elati, SIS ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita sejak 1995, Malaysia berkomited untuk menghormati hak kaum wanita. Oleh itu katanya, SIS menggesa pihak kerajaan dan institusi tempatan menonjolkan sikap positif dalam mengubah sikap masyarakat dengan menghormati kewajipan hak asasi manusia.
“Tambahan pula, pihak kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkuasa dan institusi awam bertindak bersesuaian dengan kewajipan ini, termasuklan Jabatan Imigresen,” katanya lagi.
Sehubungan itu tambah beliau, SIS memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Abdul Rahman Othman baru-baru ini.
“Kami mempersoalkan mengapa beliau telah memilih Cik Fatine dan menuduh beliau telah memalukan negara atas kesalahan imigresen, walhal lebih daripada setahun yang lepas, pihak kerajaan telah menggunakan pendekatan yang agak sederhana bagi rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di United Kingdom (UK).
“Kami terkenang kembali ketika Menteri Dalam Negeri terdahulu (Datuk Seri Syed Hamid Albar), mengatakan bahawa kerajaan
Malaysia akan memberi kerjasama terhadap skim penghantaran pulang sukarela oleh kerajaan UK, dan tidak akan mengenakan tambahan penalti ke atas mereka yang pulang secara suka rela,” katanya.
Terdahulu Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) memberitahu The Malaysian Insider tentang kesediaan untuk membantu Fatine. Menurut beliau ada banyak pilihan untuk membantu Fatine jika memerlukan bantuan dan Jakim sedia mengadakan perbincangan dengannya kerana “ada peluang untuk membaiki keadaan.”
Bagaimanapun beliau enggan berkongsi pilihan-pilihan yang ada pada Jakim sekarang. Fatine juga menerima sokongan moral Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru Zulkifli Noordin yang lazimnya berpendirian lantang dalam isu-isu agama. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Benarkah dikatakan SIS pembela kaum kahwin sejenis? Pembela ''makhluk 2 alam', kaum yang mewarisi budaya jahat zaman Nabi Lut?
Isu Akhil Hayy: JAIS Pemegang Amanah, Pagar Makan Padi.
PUTRAJAYA: “Cuba nilaikan pengalaman 15 tahun saya berceramah dan berdakwah di depan pelbagai peringkat pendengar termasuk tokoh dan pakar agama dan jangan sekadar melakukan ‘serkap jarang’ semata-mata.
“Bukan mahu membangga diri, saya juga pernah memberikan ceramah di luar negara dan mendapat sokongan mufti di negara berkenaan,” kata penceramah muda dan bekas penyanyi rock, Akhil Hayy, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman itu, beliau tidak pernah berceramah dalam ‘gelap’ dan sentiasa terbuka kerana mahu masyarakat menilai sendiri input yang mampu ditawarkan kepada mereka.
Akhil berkata, Jais sepatutnya peka dan menyedari tempoh 15 tahun beliau berkecimpung dalam bidang itu (ceramah) selepas meninggalkan dunia artis sepatutnya dilihat dengan hati yang terbuka.
“Apa yang dilakukan adalah untuk membawa kebaikan kepada pendengar dan sudah pasti pengalaman yang dimiliki mahu dikongsi bersama dengan pendengar supaya dapat membantu mereka setidak-tidaknya mampu menyedarkan mereka supaya kembali menjadi insan yang memiliki nilai murni,” katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, berkaitan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menganggap bekas penyanyi rock itu tidak mempunyai latar belakang agama yang mencukupi bagi memberikan ceramah agama selain mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.
Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan Jais, beberapa tahun lalu. Akhil berkata, sebagai umat Islam yang sentiasa patuh perintah Allah, setiap input ceramah yang diberikan semuanya berlandaskan kitab suci al-Quran dan hadis.
“Mengapa Jais melabelkan saya sebagai individu yang tidak memiliki latar belakang agama dan ia tidak sepatutnya berlaku.
“Jais sepatutnya meneliti pengalaman dan ilmu saya miliki dan bukan membuat tohmahan tidak tepat itu,” katanya mengakui pernah ke sebuah pusat pengajian Islam di negara jiran bagi memuhasabah diri selepas meninggalkan dunia artis.
Akhil mengakui beliau pernah ditahan Jais apabila berceramah sebelum ini tetapi menganggap ia cabaran sebagai seorang penceramah yang cuba membawa kebaikan kepada pendengar.
Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dimiliki dengan umat Islam lain dengan harapan mencetuskan perubahan diri mereka untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.
“Lebih penting, saya bukan individu yang membawa ajaran sesat tetapi ceramah agama yang menjurus ke arah kebaikan.
“Sepatutnya, Jais melihat kemampuan saya yang melakukan transformasi dari dunia artis ke dunia yang lebih mampu mendekat dan menjadikan kita insan yang baik,” katanya yang mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jais itu.
Bukan itu saja, Akhil berkata, beliau mengakui setiap manusia memiliki kelemahan tersendiri tetapi tidak bijak jika hanya menilai individu itu dengan hanya melihat penampilan luar tetapi tidak kepada input positif yang dibawa dan mampu diberikan kepada pendengar.
“Persoalannya, adakah kerana tidak memiliki latar belakang agama itu menjadi masalah besar sedangkan kita mampu memberikan sumbangan baik kepada masyarakat dan dijemput menjadi penceramah di negara lain yang menghargai ceramah disampaikan,” katanya.
Tanpa menidakkan hak Jais untuk membenar atau tidak seseorang itu berceramah di Selangor, Akhil berkata, pihak berkuasa agama itu perlu bersikap terbuka seperti yang dilakukan di negeri dan di negara lain yang menghayati kelebihan seseorang individu itu untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.
Menurutnya, tempoh 15 tahun terbabit dengan aktiviti ceramah dan berdakwah di seluruh negara yang diterima baik masyarakat tidak wajar dilihat secara sempit oleh Jais.
“Tempoh itu cukup panjang bagi saya memuhasabah diri sehingga tidak terlintas dalam fikiran untuk menipu atau melakukan penyelewengan terhadap masyarakat.
“Saya percaya masyarakat mungkin selesa pendekatan ceramah yang saya lakukan dengan menampilkan pendekatan nyanyian ilmiah selain ceramah berhemah,” katanya.
Sebagai penceramah muda, Akhil berkata, dia bersedia ditegur atau dinasihat jika ada perkara yang tidak betul dilakukan tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah supaya ia dapat membawa kepada kebaikan. Apa yang pasti, katanya, Jais perlu melihat ‘track record’ dan tidak sewenang-wenangnya melakukan tohmahan yang boleh mematahkan semangat untuk menaburkan bakti kepada masyarakat.
“Saya tidak akan merayu hanya kerana mahu mendapatkan ‘skrip tauliah’ dan jika tauliah itu dijadikan pertimbangan, siapa yang akan mengajar mereka di luar sana,” katanya. (Sumber: MyMetro)
Kalau salah buktikan salahnya? Jangan menuduh dan menghukum diakhbar sebelum terbukti kesalahannya. Mana Maruah JAIS yang memegang amanat Nabi SAW supaya menyampaikan risalahnya walaupun satu ayat? Jangan jadi pagar makan padi yang mengkhianati amanah Allah SWT. Syaitan bisu! (2MA)
Tahniah Erma Fatima, Berpakaian Sopan!
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2009:
- Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
- Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu
- Pelakon Lelaki Terbaik: Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)
- Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Saregar (Tak Serupa Tapi Sama)
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
- Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)
- Lakon TV Terbaik : Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)
- Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru
- Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe
- Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu
- Kategori Filem
- Filem Terbaik: Wayang
- Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan (Wayang)
- Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay (Kami The Movie)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zulhuzaimy (Wayang)
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina (Wayang)
- Pengarah Terbaik Filem: Hatta Azad Khan (Wayang)
- Lakon Layar Terbaik Filem: Fariza Azlina Ishak (Kami The Movie)
- Kategori Penerbitan Dalaman
- Dokumentari atau Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)
- Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini (musim ke-5)
- Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23
- Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2
- Realiti Terbaik: Gadis Melayu (peringkat akhir)
- Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama- Air Najis
- Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad)
- Jaclyn Victor (Talentime)
BTN Semai Perkauman Asobiah.. -Hizbut Tahrir
HISBUT Tahrir Malaysia (HTM) membantah program Biro Tatanegara (BTN) dengan mendakwa ia satu bentuk "maksiat" kepada Allah apabila kursusnya menjurus kepada unsur mendewa-dewakan pemimpin negara secara "membabi buta". Demikian laporan Malaysiakini hari ini.
"Daripada pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara," satu risalah kumpulan itu dipetik.
"Dengan kata lain menyemai perasaan 'assabiyyah (perkauman) dan wathaniyah (kebangsaan) yang jelas diharamkan oleh Islam.
"Indoktrinasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada (kini) memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua."
Risalah dua halaman bertajuk 'Indoktrinasi Yang Menyimpang Wajib Dibetulkan' diedarkan di beberapa masjid di ibu kota ketika solat Jumaat hari ini, antaranya Masjid Negara, masjid Bangsar dan masjid Kampung Baru.
Malaysiakini menyaksikan kira-kira 20 aktivis perkumpulan Islam antarabangsa itu, yang ditubuhkan pada 1950-an untuk menegakkan sistem khalifah Islam, mengedarkan risalah sehelai itu sebelum dan selepas solat di Masjid Negara.
Memetik tulisan risalah tersebut, HTM berkata kursus BTN sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman terhadap bangsa Melayu, lalu menyeru orang-orang Melayu "memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanahair tidak tergadai."
"Pendek kata, dalam (kursus) BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN," risalah itu dipetik.
Dengan menyifatkan BTN "satu senjata perang saraf kerajaan", Hizbut Tahrir berkata Perdana Menteri sendiri "tidak senang duduk dengan pendedahan (keburukan) ini."
"Siapa tidak tahu tentang propaganda Umno menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut?
"Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor," kata organisasi itu dalam risalah tersebut.
HTM juga menggesa umat Islam menegur dan membetulkan pemimpin daripada terus melakukan perkara maksiat itu.
"Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin.
"Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak rakyat, mengabai kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang daripada hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah".
Risalah Suara Kebangkitan (atau Shoutul Nahdhah), yang mendapat permit penerbitan mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut memetik maksud al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah mereka berhubung biro kontroversi bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Ketua Cawangan HTM Kuala Lumpur Ahmad Kori Shafie, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan risalah tersebut memang diterbitkan oleh kumpulannya Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN).
Sebelum ini, tambahnya, HTM juga sering menerbit dan mengedarkan risalah yang menjelaskan pendirian mereka di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan umat Islam ketika hari Jumaat.
Setiap edisi termasuk edisi terbaru ini, kumpulannya sebagai mewakili HTM mengedarkan 10,000 keping risalah, tambahnya
Ahmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya. (AK)
Sebarkan Rakaman Biadab Israel Ini..
DIS 2, 09 Rabu lalu TV 2 Israel menayangkan potongan rakaman aksi biadab seorang pemukim Yahudi sedang menggelek seorang pemuda Palestin dengan keretanya berulang kali, sebelum akhirnya berhenti tepat di atas pemuda itu. Jeritan kesakitan pemuda itu membuatkan rakaman itu semakin mengiris hati yang melihatnya. Aksi keji ini terjadi di Hebron, Selatan Tebing Barat, Palestin, di depan mata polis Israel, petugas Bintang David Merah pengurus ambulan dan hadirin lainnya yang ada di situ.
Laman 'Infopalestin' berbahasa Arab menyiarkan, salah seorang di antara mereka menjerit dalam bahasa Ibrani "Gelek dia!" Sebahagian yang lain pula cuba menjauhkan kamera untuk menutup aksi keji ini dari media. Mangsa ialah Wasim Usamah Maswadah (21), seorang mahasiswa Universitai Jordan, bidang pengurusan. Polis Israel menuduhnya melakukan serangan terhadap dua orang Yahudi di pemukiman Kiryat Arba di Hebron.
Walau berstatus masih tertuduh, polis Israel telah menembaknya 6 kali; 4 peluru bersarang di perutnya dan 2 lagi di paha kanannya. Setelah itu, rakan Yahudi yang dikatakan diserang itu, menggelek Wasim dengan kereta berkali-kali. Laman Aljazeera.net dan beberapa sumber lain mengatakan, selepas kejadian itu keadaan Wasim Usmah sangat kritis tetapi masih hidup.
Wasim yang meringkuk di hospital Hadasa Ain Karim, di kota Al-Quds, dikawal ketat oleh tentera, dan keluarganya tidak dibenarkan menziarah. Sedangkan penggelek Wasim hanya diinterogasi sejenak oleh pihak polis, kemudian dibebaskan dan tiada tinadakan apa-apa diambil.
Sementara itu Ketua Badan Islam-Kristian Menyelamat Al-Quds & Kesucian, Syekh Taisir Rajab Al-Tamimi berkata, "Ini adalah jenayah biadab yang jarang terjadi dalam sejarah. Bukan pula terjadi secara kebetulan, tetapi kekejian demi kekejian itu terjadi secara terancang, sebagai aplikasi dari setiap kata fatwa pendeta Yahudi radikal, yang menyeru untuk membunuh setiap warga Palestin dan orang Arab."
Syekh Taisir juga memberitahu, telah terjadi lebih dari 600 kes pembunuhan yang dilakukan oleh pemukim Yahudi terhadap orang-orang Palestin. Kes-kes itu tidak dibawa ke mahkamah kecuali 20 kes sahaja. Hukuman terberat yang pernah dijatuhkan hanya 6 bulan penjara, itupun tidak dilaksanakan! Peristiwa keji kali ini terjadi pada 25 Oktober 2009, tetapi baru petang hari Rabu lalu telah ditayangkan di TV 2 Israel, walaupun mulanya dilarang.
Wakil Aljazeera di Al-Quds, Ilyas Kiram, mengatakan, "Ditayangkannya video ini oleh TV 2 Israel boleh jadi kerana dua motif..
- Pertama, kerana adanya persaingan media antara TV 2 dan TV 10 Israel.
- Kedua, Israel berusaha menciptakan kebiasaan tindakan keji di depan polis dan pekerja ambulan."
Usamah, bapa kepada Wasim memberitahu wakil Aljazeera itu, dia tidak akan berhenti menuntut hak anaknya, dan akan membawa kes ini ke mahkamah mana sekalipun, walau dengan cara apapun. Hingga kini, ia tidak tahu bagaimana keadaan anaknya.
Hari Khamis lalu Dis 3, Menteri Hal Ehwal Maklumat Palestin di Gaza mengatakan, "Kejadian ini merupakan jenayah perang baru, yang menambah panjangnya silsilah kejahatan perang dan penjajahan yang dilakukan Israel." Pada hari yang sama, Menteri Kebudayaan Palestin di Gaza meminta seluruh media menyebarkan kejahatan ini, bagi membongkar silsilah kebiadaban penjajah Zionis Israel. (Pelbagai sumber/AK)
Menikahi Kaum Sejenis, Apa Tindakan JAKIM?
Fatine Perlu Berani Hadapi Kesan Tindakannya - Jakim
PETALING JAYA: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine tidak perlu menyalahkan pihak lain dan takut untuk berhadapan dengan sebarang implikasi jika pulang ke tanah air.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz berkata, Fatine perlu berani menghadapi kenyataan dengan tindakan nekadnya menikahi kaum sejenis di United Kingdom (UK) pada Mei lalu.
"(Fatine)Tak boleh salahkan mana-mana pihak, dan dia tak perlu takut dengan sesiapa, dia dah berani buat perubahan pada dirinya, dia kena berani hadapi kesannya sekarang," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Fatine yang takut untuk pulang ke Malaysia kerana menerima pelbagai reaksi mengenai tindakannya itu termasuk pihak imigresen atas kesalahan tinggal lebih masa di negara lain.
Wan Muhammad berkata, Jakim sedia memberikan sebarang pertolongan kepada Fatine termasuk memberikan bimbingan untuk memperbetulkan akidahnya.
"Kita sedia memberikan kaunseling ataupun bimbingan dari segi akidah kepadanya, perkara-perkara sebegini jabatan agama Islam negeri juga boleh uruskan.
"Saya difahamkan Fatine berasal dari Selangor, jadi Jakim boleh bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk bantu mana yang perlu.
"Tapi bagaimanapun Fatine perlu pulang ke Malaysia dahulu dan beliau sendiri perlu sedia untuk berubah atas tindakannya," katanya.
Ditanya sama ada Jakim akan membantu membawa pulang Fatine, Wan Muhammad berkata: "Dia pandai pergi, pandailah dia pulang."
Fatine, 36, seorang jurusolek artis kini menghadapi tindakan dihantar pulang ke negara ini selepas tinggal melebihi tempoh visa di UK.
Berhubung tindakan Fatine menikahi kaum sejenis, Wan Muhammad berkata perkara tersebut sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam.
"Memang tak boleh dalam Islam, malah komuniti-komuniti lain juga tidak membenarkannya," katanya. (Sumber: Mstar Online/AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Orang ramai nak tahu apa kuasa dan tindakan JAKIM?
Aceh: Bukti Rakyat Mahu kepada Perundangan Islam.
TAKENGON - Ratusan pemuda Kampung Mendale dan Kebayakan, Aceh Tengah, Senin (30/11) sekitar pukul 11.00 WIB, mengarak empat pria dan seorang wanita muda karena diduga melakukan khalwat di sebuah rumah di Kampung Mendale. Mereka diarak mengelilingi delapan kampung dengan berjalan kaki. Dari rumah tersebut, warga juga menemukan sejumlah botol minuman keras (miras) yang diduga baru dikonsumsi kelima orang itu.
Seorang pemuda Mendale, Kandar, mengatakan, kelima orang itu tertangkap ketika puluhan pemuda Kampung Mendale menggerebek sebuah rumah yang terletak di perbatasan Kampung Mendale dengan Kala Lengkio Kebayakan, Senin (30/11) dini hari. Dalam penggerebekan itu, warga mendapatkan empat orang pria dan seorang wanita sedang berada di dalam rumah tersebut. Namun, saat digerebek, mereka tidak melakukan mesum, namun sedang duduk-duduk di ruang tamu rumah tersebut.
Namun warga yang menduga para pelaku telah berbuat maksiat, langsung mengamankan kelimanya. Mereka adalah YA (17), seorang wanita warga Kampung Kebayakan, serta empat pria, BIP (17) warga Blang Rakal, Kecamatan Pintu Rime Gayo, Bener Meriah, SA (18) warga Kutacane, Aceh Tenggara, ESP (21) warga Kecamatan Bebesen, Aceh Tengah, dan MLM (15) warga Kampung Kuyun, Kecamatan Celala, Aceh Tengah.
Menurut seorang warga Mendale, penggerebekan itu bermula saat pemuda Kampung Mendale menerima laporan via SMS dari seorang warga yang menyebutkan ada empat pria dan seorang wanita dalam sebuah rumah. Saat digerebek, kata warga itu, empat pria memberikan perlawanan dengan pisau. Namun warga berhasil mengamankan mereka bersama seorang wanita. Malam itu juga, kelimanya dibawa ke rumah Kepala Kampung (keuchik) Mendale.
Sebelum diarak keliling desa, rambut kelima orang itu digunting. Saat diarak, keempat pria muda itu hanya mengenakan celana dan pada badannya ditulis nama masing-masing dengan spidol. Selain itu di leher kelimanya juga gantung kartun dengan bertuliskan ‘Penzina’, ‘Pemabuk’ serta botol-botol miras aneka merek.
Arak-arakan dimulai dari depan rumah Keuchik Kampung Mendale melewati Kampung Kala Lengkio, Lot Kala, Gunung Bukit, Gunung Balohen, Kute Lot, Lentik, Jalan RSU Datu Beru, Jalan Sengeda (depan SDN Nangka), kemudian melintasi Kampung Gunung Bukit hingga berakhir di Mapolsek Kabayakan untuk kemudian diserahkan ke Kapolsek Kabayakan, Ipda Salamuddin.
Kapolres Aceh Tengah, AKBP Edwin Rachmat Adikusumo, melalui Kapolsek Kebayakan, Ipda Salamuddin, mengatakan, setelah dilakukan investigasi, kelima orang itu kemudian diserahkan ke Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP) dan Wilayatul Hisbah (WH) Aceh Tengah. “Karena pelanggarannya terkait dengan Qanun Perintah Aceh, maka kita serahkan kepada Satpol PP dan WH,” kata kapolsek.
Sementara Kepala Satpol PP dan WH Aceh Tengah, Syukuruddin, mengatakan, dari pemeriksaan awal terhadap kelimanya, tidak semuanya mengonsumsi miras dan mesum, sebagian dari mereka sedang duduk-duduk di ruang tamu rumah tersebut saat terjadinya penggerebekan itu.
Bila diantara mereka ada yang melanggar Qanun Pemerintah Aceh, maka akan kita limpahkan ke Mahkamah Syariah Takengon untuk diproses. Namun, sebelumnya akan ditempuh mupakat dengan Sarak Opat (Tuha Peut) masing-masing kampung asal kelima orang itu. “Kita akan kembangkan terus kasus ini, hingga tuntas,” ujar Syukuruddin. (Harian PROHABA, The Real City Paper/AK).
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kes ini membukti bahawa rakyat mahu kepada perundangan Islam. Pemerintah perlu menangani dengan perundangan syariat Islam dengan sebaik-baiknya, menurut hukum agama.
Friday, December 04, 2009
Demontrasi Pelbagai Kaum 1 Malaysia Sokong Tok Guru
oleh M Faqih
|
Demontrasi K/Bharu: Doa sampai Pecah Perut -Nik Aziz
KOTA BHARU Dis 4, 09. Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong Menteri Besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.
Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.
Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain. Nik Abdul Aziz berkata penafian bayaran royalti itu melanggar keadilan asasi.
"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS dengan sorak para penyokongnya.
Ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya. Mereka juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.
Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian berhubung keengganan kerajaan persekutuan meyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar wang ehsan.
Lihat saranan Blog Ibnu Hasyim mengenai doa dan sembahyang hajat mengenai royalti minyak..
Royalti Minyak K'tan: Berdoa Untuk Najib Di Kelambu Kaabah.
KOTA BHARU,4 Dis: Usaha pihak lawan mahu menggugatkan kestabilan kerajaan Kelantan turut mendapat perhatian rakyat negeri ini yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah.
Mereka turut bersimpati terhadap apa yang berlaku melalui berita yang disampaikan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati Perdana Menteri supaya memberi royalti minyak.
Timbalan Pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat tersebut akan disertai jemaah di kalangan rakyat Kelantan dan beberapa pemimpin PAS yang berada di tanah suci.
Difahamkan turut berada di Makkah Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kob, Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Chetok, Ustaz Abdul Abdul Halim Abdul Rahman dan Zainuddin yang juga Adun Limbongan.
Zainuddin ketika dihubungi di sini berkata, senjata utama di kalangan orang-orang mukmin ialah doa dan solat hajat bukannya wang ringgit.
Beliau juga menyifatkan tindakan segelintir pemimpin Umno berhimpun di depan bangunan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan kerana isu doa sebagai benar-benar ketandusan isu.
“Di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno sehingga memperalatkan orang kampung dan penarik beca datang menyertai demonstrasi,” katanya.
Selasa lalu kira-kira 100 orang penyokong Umno yang diketuai Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berhimpun tanpa permit di depan SUK membantah Menteri Besar berkaitan isu doa.
Sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam khutbah Hari Raya memohon kepada Allah Taala membuka pintu hati Perdana Menteri bagi memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Bagaimanapun katanya, kalau pemimpin negara masih enggan didoakan sesuatu musibah berlaku sebagai satu peringatan kepada mereka. (Harakah)
Lihat saranan Blog Ibnu Hasyim mengenai doa dan sembahyang hajat mengenai royalti minyak..
Penasihat Salah Nik Aziz, Presiden PAS Tepuk Air Di Dulang..
Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui individu yang didakwa memberi nasihat yang salah kepadanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang nasihat yang diterima akan dipertimbang dan difikirkan dengan sebaiknya sebelum beliau memutuskan sama ada menerima atau menolak cadangan yang diberikan.
“Saya pun tidak tahu siapa dia penasihat saya yang tidak betul... orang beri nasihat, saya pilih yang betul... saya tidak tahu... tanya dialah( Abdul Hadi) siapa yang betul, siapa yang tidak betul,” katanya selepas hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2009 di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan Nik Aziz menjalankan tugas dengan ikhlas, tetapi individu di sekelilingnya tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada beliau.
Ditanya adakah beliau menerima semua nasihat yang diberikan penasihatnya, Nik Aziz berkata: “Bila diberi nasihat pada saya, saya bincang dulu... kalau saya berasa puas hati saya terima, tak puas hati saya tolak... Bergantung kepada sayalah... saya tak terima bulat- bulat.”
Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap integriti yang ada dalam Kerajaan Negeri, Nik Aziz berkata, beliau masih belum berpuas hati dan perkara itu boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa.
“Mana ada puas hati, kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia,” katanya. (Sinar Harian)
Komen Blog Ibnu Hasyim:
Pertama. Ada orang kata, kali ini kenyataan Presiden PAS mungkin salah langkah, dan membuat perhitungan silap. Bagaikan menepuk air di dulang.. akhirnya muka sendiri yang terpercik. Nampak kuman di seberang lautan, gajah di depan mata tak nampak.
Kedua, hakikatnya, Tok Guru Nik Aziz akur dengan muhasabah dan teguran PAS Pusat dan menghormati kehendak PAS Pusat. Soalnya sekarang adakah Presiden mahu meniru jejak langkah baik yang telah ditunjukkan oleh Mursyidul Am itu?
Contohnya, Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini secara majoriti telah mengkehendaki supaya Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar. Ia adalah kehendak jumhur AJK PAS Pusat dan berasaskan kepada bukti-bukti yang kukuh lagi sahih. Tiada sebab untuk Presiden menolak kehendak AJK PAS Pusat. Namun, kehendak AJK PAS Pusat tetap ditolak.
Ketiga. Ada yang bertanya, siapa sebenarnya Presiden PAS sekarang ini? Adakah Presiden ataupun SUnya? Itu yang sepatutnya dilihat disamping mengatakan penasihat Nik Aziz yang salah. SU yang pernah ditolak perlantikan dalam beberapa Muktamar Agung dan mesyuarat AJK Agung sebelumnya? Dan masih diterima lagi? Jangan sampai dalam air lagi berpeluh!
Wanita Muncul Di Tv Iran Tanpa Make-up..
"Make-up bagi wanita dalam acara selama program tv berlangsung adalah ilegal dan melawan hukum syariah Islam ... Tidak boleh ada satu pun kes seorang wanita yang mengenakan make-up selama berjalannya program acara tv itu." kata Ezatollah Zarghami seperti dikutip oleh akhbar Reformis Etemad.
Zarghami merupakan seorang mantan anggota elit Pengawal Revolusi yang ditunjuk oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei. Beliau memerintahkan bintang tamu wanita yang muncul dalam rancangan televisyen perlu dipandu oleh host wanita juga.
Bercakap di sebuah konfren jaringan sutradara, beliau juga menyebut untuk memotong suara muzik selama program televisyen itu berlangsung dan mendesak stafnya untuk mengambil beberapa adegan dari film action Barat.
"Saya tidak bermaksud kita perlu jadi seperti mereka, tetapi kita perlu menggunakan point positif. Kerana itu kita (perlu) memakai agenda pengurangan dan memperbaiki muzik tersebut." katanya.
"Mulai hari ini, anda di departemen produksi hendaklah memulai metode pengawasan baru ... Saya tidak ingin mengatakan kepada anda untuk menyaring, tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidak boleh ada yang tidak patut." kata Zarghami.
Kepada sutradara, Zarghami mengatakan mereka juga perlu melarang "gurau yang menjijikkan" antara lelaki dan perempuan di tv atau radio, seperti diarahkan pejabat berita Etemad dan Fars. Ketika Khamenei mengangkat kembali Zarghami 2 bulan lalu, Khamenei mengatakan bahawa amat perlu membuat suatu program yang mempersembahkan acara lebih menonjolkan moral, agama, simpati dan harapan" dalam program-program media kerajaan.
Republik Syi'ah Iran memiliki 8 saluran tv dan 15 stasyen radio, telah mengawal dengan ketat penonjolan pakaian dan alat make-up wanita. Wanita yang tampil di kaca tv tidak boleh mengekspos rambut mereka. Larangan ini dikuatkuasakan kerana dalam beberapa tahun terakhir ini wanita yang tampil di televisyen telah berdandan dan memakai make-up yang cukup menjolok. Tv di Iran kini berada di bawah pengawasan yang ketat dan kena mematuhi panduan yang ditentukan, bahkan beberapa filem tempatan pun perlu ditapis sebelum ditayangkan. (2MA)
40 Terkaya Indo Gandakan Harta Sejak Tahun Lalu.
40 orang terkaya Indonesia menambah kekayaan
JAKARTA 3 Dis. - Seramai 40 individu paling kaya di Indonesia berjaya menggandakan harta mereka sejak tahun lalu kepada AS$42 bilion (RM141.7 bilion), kebanyakan mereka terlibat dalam bidang komoditi seperti arang dan minyak sawit, lapor majalah Forbes, hari ini.
Forbes dalam laman webnya melaporkan, golongan elit di negara ini memecahkan rekod jumlah kekayaan mereka yang dicatatkan pada 2007 dengan kelebihan AS$2 bilion (RM6.8 bilion), walaupun krisis kewangan dunia berlaku tahun lalu.
Daripada 12 ekonomi utama Asia Pasifik yang ditinjau, Forbes melaporkan hanya golongan kaya di China menunjukkan peningkatan aset berjumlah AS$106 bilion (RM357.7 bilion) daripada AS$52 bilion (RM175 bilion).
Jutawan India berada di tempat kedua dengan peningkatan kekayaan sebanyak 65 peratus.
"Permintaan global terhadap sumber semula jadi Indonesia melonjakkan kekayaan hartawan dalam senarai itu.
"Lebih satu pertiga daripada 40 golongan kaya di negara ini memperoleh kemewahan daripada industri arang, minyak kelapa, bahan api dan gas, termasuk empat daripada lima pendatang baru," demikian menurut majalah itu.
Sembilan usahawan Indonesia menikmati kekayaan tiga kali lebih banyak berbanding tahun lalu, dan kuasa ekonomi Asia Tenggara ini kini mempunyai 12 jutawan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak AS$28 bilion (RM94.5 bilion), berbanding AS$7 bilion (RM23.6 bilion) pada tahun lalu.
Adik-beradik R. Budi dan Michael Hartono yang menceburkan diri dalam perniagaan rokok kretek, perbankan dan pusat beli belah Grand Indonesia, menduduki tangga teratas dengan aset berjumlah AS$7 bilion (RM23.6 bilion).
Tempat kedua diduduki usahawan kelapa sawit, Martua Sitorus dengan aset berjumlah AS$3 bilion (RM10.1 bilion) dan tempat ketiga diduduki Susilo Wonowidjojo dengan aset sebanyak AS$2.6 bilion (RM8.8 bilion) daripada perusahaan tembakaunya. - AFP
Thursday, December 03, 2009
Kaya Giler.. Dalam Hartanya Ada Hak Orang Miskin?
Era Muslim.com melaporkan, hampir semua kegunaan harian dalam kehidupannya terbuat dari emas, atau paling tidak, ada unsur salutan emasnya. Misalnya, tempat makan, baju-baju dan lain-lain. Istananya sangat besar dan megah indah. Terdiri dari 1788 bilik, semuanya disalut emas dan permata.
Ada 257 bilik mandi, juga masih dengan emas dan perak. Istana Sultan juga mempunyai 650 bilik suite. Harga furnish tiap bilik tidak kurang dari 150,000 euro.
Jadi, kalau kebetulan kita bertamu ke istananya, kita perlukan masa 24 jam hanya untuk berada di satu ruang, selama 30 detik!
Jom kita ke garej kereta pula. Garej yang menyimpan 110 buah kereta. Sultan Hassanal Bolkiah memang gemar koleksi kereta. Pada tahun 1998, Autocar, majalah kereta Eropah memaparkan kereta-kereta Sultan.
Ada Ferrari dan Bentley, jumlah kesemuanya itu antara 3,000 sampai 6,000 buah.
Tercatat dalam buku Guiness World Record, koleksi kereta Rolls-Royce berjumlah 500 buah, yang tersebar di beberapa negara.
Pesawat terbang Sultan Hassanal Bolkiah juga merupakan salah satu pesawat yang paling mewah juga. Jangan lupa, memeang betul, disalut emas! Pesawatnya, di dalamnya, macam istana juga. Berharga lebih dari $120 ribu dollar. Ada kolam renang, juga disalut emas. Sultan juga ada 6 pesawat lain yang 'kecil' dan dua helikopter.
Semasa perkahwinan anak perempuannya, majlis diadakan selama 14 hari 14 malam, dengan menghabiskan sebanyak $ 5 juta dollar.
Majlis tersebut dihadiri oleh lebih dari 25 ketua-ketua negara dan anggota keluarga.
Begitulah kisah orang kayawan.. Apakah beliau sudah menunaikan hak orang miskin yang ada dalam hartanya? Contohnya zakat dan lain-lain? Hak jihad fi sabilillah, di mana umat Islam di Palestin sedang dirampas hak hidupnya? Atau tugas sebagai pemerintahIslam terhadap rakyatnya? Bagaimana dia boleh kaya begitu, terlibatkah dengan harta kerajaan dan rakyat?
Bukan sahaja sultan, bahkan tokoh agama atau ulama-ulama pun akan ditanya di hadapan Allah SWT mengenainya. Mereka juga akan terpalit dengan najis busuk yang diberak oleh tok ketuanya. Kita akan bongkar lagi kisah 'kaya giler' dari luar hingga ke dalam negara. Insya Allah! Sesiapa yang ada maklumat, kita alu-alukan untuk sumbangan.
Wallau 'aklam. (Pelbagai sumber/2MA)
Rujukan, sila klik tulisan lalu...
- Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun...
- PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama!...
- Tok Guru Bukan Perasuah -Datuk Seri Nazri Aziz
- PAS Pertahan Tajaan Kerja Haji Nik Aziz.
- Nik Aziiz Terlibat Rasuah Haji Secara Tak Langsung..
- Ahmadinejad : Bukan Ganjil, ikut cara Nabi
- Polemik Zuhud Dalam Perjuangan...
- Siapa Jutawan Melampau? Menurut Tuan Guru Nik Aziz..
- Kes Haji Tok Guru: 19 Tahun Jadi MB, Tidak Kaut Ke...
- Masjid 'Anggap Saja Aku Dah Makan' Mencabar Orang Kaya
- Syabas M'sia Waves, Teruskan Selongkar Penyakit Mewah Dlm PAS.
- Budaya Mewah Dalam PAS, Jadi Macam UMNO?
Daftar Pemilih: Gunakan Hak Semak & Bantah, Dis Ini..
PUTRAJAYA Dis 3, 2009. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggugurkan 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar kerana pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009.
DPT yang diperakui SPR itu adalah bagi tempoh Julai hingga September tahun ini.
Berikutan itu, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11,085,863 - termasuk 81,625 pemilih dalam DPT suku tahun ketiga itu, yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPR turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.
"SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.
"Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.
Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.
Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web www.spr.gov.my. (Sumber: Bernama/AK)
Misteri Rahsia Di Balik TF 2010 & 'Kolonel Mat'
Rumah ini termasuk dalam usaha Malaysiakini menyelidik misteri TF2010 & Kolonel Mat.
MENURUT Malaysiakini, setelah beberapa pencarian dibuat, Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak, Pattani, Yala dan Narathiwat.
Penubuhannya dibuat hasil perbincangan antara PM ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahu mengembalikan kestabilan di selatan Thailand. Bagaimanapun, fungsinya dilaporkan akan ditamatkan pada penghujung tahun ini dan segala peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.
Awal minggu ini pula, nama pasukan petugas tersebut muncul kembali apabila Nik Abdul Aziz berkata terdapat usaha menjatuhkannya yang melibatkan seorang pegawai tentera, dikenali sebagai 'Kolonel Mat'. Sumber dekat tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata.
Menjelang muktamar pemilhan PAS Jun lalu, yang menyaksikan pertarungan sengit jawatan nombor dua parti itu antara exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, nama Task Force 2010 mula diperkatakan. Laporan di blog-blog mendakwa Nasharuddin mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pasukan petugas khas itu dan cuba membabitkan Nik Abdul Aziz tetapi Mursyidul Am PAS didakwa tidak menunjukkan minat.
Selain Nasharuddin, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga turut dikaitkan dengan Task Force 2010 yang mula menukar arahnya kepada isu "Perpaduan Melayu" susulan keputusan pilihan umum 2008 yang memihak kepada pembangkang. Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella), yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz.
Soalnya apakah benar pasukan petugas untuk keamaan di Selatan Thailand, Task Force 2010, ada kaitan dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno? Ada kaitan dengan desakan diadakan muktamar khas bagi membincang pembabitan beberapa pemimpin parti itu dalam usaha tersebut? Tetapi, selepas perbincangan diadakan, muktamar itu digantikan dengan seminar politik yang berlangsung bulan lalu, apakah ini juga ada kaitan?
Terakhir melibatkan demontrasi meminta Nik Aziz letak jawatan dan besok akan berlaku demontrasi balas pula di Kota Bharu. Inilah keindahan dan kesenian politik Malaysia yang perlu ditangani dengan baik. Sekurang-kurangnya untuk mematangkan mutu kepimpinan, dan meneroka ruang bagi meletakkan Islam ke tempat tertinggi seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Ruang itulah yang perlu dicari sekarang, walau sebanyakpun pun kemelut yang melanda.
Rahsia itulah yang perlu diperolehi. Berdoa dan berusahalah, insya Allah. (2MA)
Oleh Megat Ali Megat Alang