Saturday, December 19, 2009

'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Apa Maknanya?


SHAH ALAM, 19 Dis 09: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan purnama.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini. Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup. "Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz... apa salahnya... saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mari kita renung apa maknanya kata-kata dua pemimpin itu.

  1. Kata pemimpin kontraversi PAS Tok Guru Nik Aziz, ''di dada Karpal Singh ada bulan'.
  2. Kata pemimpin kontraversi DAP, Karpal Singh, "..saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini,"(AK)
Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Rasa Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Kerajaan Amerika Akan Merudum - Yediot Aharonot Israel


SUMBER media Israel menegaskan Kerajaan Amerika akan jatuh merudum dan segera runtuh, tanda-tanda tersebut telah muncul sejak mulai musim gugur dekad pertama abad duapuluh satu lagi.

Akbar Israel 'Yediot Aharonot' melaporankan baru-baru ini, tanda utama dari dekad pertama abad 21, dimulai dengan jatuhnya simbol kekuatan ekonomi, diwakili dengan hancurnya WTC dan jatuhnya simbol militer AS, diwakili runtuhnya markas besar pertahanan AS Pentagon dalam serangan 11 September 2001. Juga melalui adanya akumulasi defisit fiskal dalam anggaran belanja pemerintah AS sebagai akibat dari perang tiada henti-henti yang mereka cipta di Irak dan Afghanistan, sehingga berlakunya krisis ekonomi global melanda perekonomian AS selama setahun terakhir.

Yediot Aharonot juga menambahkan, perang di Irak dan Afghanistan sangat merugikan anggaran belanja AS hampir satu triliun dollar, sementara kerugian tidak langsung sudah cukup membuat Washington bertekuk lutut meskipun terdapat tambahan besar telah dicapai dalam anggaran selama tahun sembilan puluhan.

Akhbar tersebut menjelaskan, indikator runtuhnya Kerajaan Amerika melalui ekonomi semakin jelas selama tahun 2009, dengan keseluruhan defisit dalam anggaran sebesar 1.4 triliun dollar dan akan mencapai hingga 9 triliun dollar selama dekad berikutnya. Jatuhnya nilai dollar dan penurunan nilai mata wang AS terhadap mata wang dunia lain membuat AS kena jual dollarnya dan membeli emas di banyak negara terutama India, menurut akhbar berbahasa Ibrani itu lagi.

Salah satu tanda lain akan runtuhnya Kerajaan AS, adalah runtuhnya hegemoni tenter AS meskipun AS memiliki kekuatan, peralatan ketenteraan terbaru dan paling canggih di dunia, namun ikutsertanya dalam berbagai peperangan di berbagai belahan dunia, serta tidak mampu menghadapi kelompok-kelompok pejuang seperti Al-Qaidah atau Taliban, menyebabkan ketenteraan runtuh secara tidak langsung.

Menurut akhbar Yediot Aharonot lagi, 'tidak menutup kemungkinan krisis ekonomi berkepanjangan di AS akan mempercepat runtuh dan jatuh merudumnya kerajaan besar AS terutama dalam hubungan dengan akumulasi hutang pemerintah AS. (AK)

4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan.

By ASYOK KUMAR


SHAH ALAM, Dis 19, 09. EMPAT teras pegangan Pakatan Rakyat telah dirangka bagi menghayati dan melaksanakan agenda politik baru Malaysia dengan menggembleng rakyat pelbagai kaum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dasar itu ialah:

  • Demokrasi Telus dan Tulen,
  • Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil,
  • Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan Hubungan Persekutuan-Negeri dan
  • Dasar Luar Negara.

Pakatan Rakyat (PR) mengadakan konvensyen sulungnya antara negeri yang diterajuinya, di Selangor hari ini. Kira-kira 20 bulan selepas ditubuhkan hasil keputusan pilihan raya umum ke-12. Pertemuan pertama bakal menyaksikan pembentangan Dasar Pakatan Rakyat yang terdiri daripada empat pegangan teras, digubal sedemikian rupa untuk menggambarkan bahawa ketiga-tiga komponennya, PKR, DAP dan PAS walaupun berlainan prinsip perjuangan tetapi masih mampu untuk bermuafakat dalam banyak perkara.

Blog Ibnu Hasyim difahamkan, teras Demokrasi Telus dan Tulen dijangka akan memfokus pada soal negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil manakala teras Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial akan memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau, ekonomi demokratik dan telus, ekonomi kemahiran tinggi, dasar afirmatif berdasarkan keperluan, tenaga kerja, jaringan perlindungan sosial, perumahan, prasarana dan kemudahan awam dan alam sekitar.

Dalam pada itu, teras Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan pula akan menyentuh aspek perpaduan, agama, pendidikan, wanita, belia, keselamatan, kesihatan dan kebudayaan. Teras keempat Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara akan menyentuh sistem persekutuan, Sabah dan Sarawak dan dasar luar negara.

Difahamkan juga, PR menyediakan dasarnya itu, yang sebahagian kandungannya merupakan janji manifesto pilihan raya umum ke-12, untuk membawa rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip perlembagaan.

“Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan... Hanya dengan keadilan, semua rakyat akan makmur dan bersatu padu,” bunyi dasar seperti yang dinukilkan oleh The Malaysian Insider hari ini.

Menurut The Malaysian Insider lagi, PR juga dipercayai merangka dasar itu dalam usaha untuk menyediakan satu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing. Hasil perbincangan dasar itu, Konvensyen Pakatan Rakyat juga akan mengeluarkan deklarasi 10 perkara.

Konvensyen pertama ini akan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam iaitu salah satu negeri yang dipimpin oleh PR. Konvensyen ini dijangka merumuskan beberapa perkara penting, antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang. Tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Mengikut atur cara yang dikeluarkan, konvensyen akan bermula dengan ucapan perdana tiga pemimpin komponen PR iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ucapan rumusan dijangka disampaikan oleh Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Anwar.

"Kami menunggu-nunggu ucapan rumusan dari dari 'pimpinan ruhani' kami." kata seseorang yang di temui di situ.

'Pemimpin Ruhani' yang dimaksudkan itu ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR ditugaskan untuk mengukuhkan PR. Sebelumnya Datuk Zaid mencadangkan Nik Aziz sebagai pengerusi PR.
(AK)

Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Rasa Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

DHPP -Dewan Himpunan Penyokong PAS Lulus -Dr Mujahid


PETALING JAYA, Dis 19 — Kelab Penyokong PAS akan dikenali Dewan Himpunan Penyokong PAS mulai tahun depan, dilihat sebahagian usaha susulan parti itu untuk menarik sokongan penyokong bukan Islam walaupun “kuasanya masih dilihat terhad”.

PAS pusat telah meluluskan perlembagaan khusus bagi sayap baru itu dan ia dijangka dilancarkan menjelang Februari depan.

Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban. Ia ditubuhkan pada tahun 2004.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu The Malaysian Insider, usaha mengiktiraf ‘kehadiran’ penyokong bukan Islam dalam bentuk “dewan” akan membolehkan mereka menjadi pemerhati khas dalam muktamar.

“Mulai awal tahun depan mereka akan dikenali sebagai dewan,” katanya.

Dewan itu akan diketuai oleh pengerusi.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa buat masa sekarang mereka tidak ada kuasa untuk mengundi dalam muktamar peringkat pusat dan negeri.

Usaha naik taraf itu dibolehkan dengan mengadakan perlembagaan tersendiri tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.

Mujahid berkata, perlembagaan induk membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.

“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.

Draf perlembagaan Dewan Himpunan Penyokong PAS, kata beliau, telah tiga kali dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat PAS dan telah diterima untuk diguna pakai.

“Bermakna dewan ini boleh dilancarkan bulan depan atau pada Februari ini,” katanya.

Draf itu membolehkan Dewan Himpunan Penyokong PAS ditubuhkan di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

“Tetapi tiada Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat cawangan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan hak mengundi, Mujahid yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, peruntukan itu memerlukan pindaan pada perlembagaan induk parti yang kelulusan Pendaftar Pertubuhan juga akan mengambil masa yang lama.

Bagaimanapun apabila usaha terbaru ini diterima ramai langkah meminda perlembagaan induk akan dilakukan dalam jangka panjang, tambah beliau.

“Kami hendak menjalankan perubahan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Jawatankuasa teknikal ke arah menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu telah ditubuhkan awal tahun ini. (The Malaysian Insider)

Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

SHAH ALAM, 19 Dis 09: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili parti masing-masing dalam menyampaikan kesepakatan itu.

Ketiga-tiga mereka memberikan ucapan utama di permulaan konvensyen pertama PR yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Slam (MBSA) pagi ini.

Lebih 1,500 pemimpin dan perwakilan memenuhi auditorium itu untuk menyertai konvensyen yang bertema 'Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan' itu.

Di atas pentas utama, selain ketiga-tiganya, duduk di sana adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh di samping Datuk Seri Khalid Ibrahim, MB Selangor sebagai tuan rumah.

"Kita akan mengamalkan prinsip hubungan 'karamah insaniah' melawan perkauman sempit yang diperjuangkan oleh Umno," kata Anwar.

"Kita mesti melihat kita semua dalam konteks ibu, ayah, anak, adik, abang, kakak dan sebagainya bukannya dari warna kulit dan kaum serta agama masing-masing," kata Lim Guan Eng.

Abdul Hadi pula dalam ucapannya meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat mendahulukan yang disepakati di kalangan mereka dan menangguhkan dulu perbezaan sehingga mereka mencapai kata sepakat.

Tindakan ini perlu untuk memboleh Pakatan bergerak ke depan tanpa dilagakan oleh musuh-musuh mereka. (Harakahdaili net/AK)

Sekitar Konvensyen PR Pertama..

# Projek Firaun, Gurauan Sinis Presiden PAS
# Saya Rasa Berasa Di Dunia Baru -Nik Aziz
# Anak Malaysia Milik Semua -Lim Guan Eng
# Apakah Yang Rakyat Mahu? -Anwar Ibrahim
# Kuasai Putrajaya, Janji PR Pembaharuan & Kesaksama...
# 'Di dada Karpal Singh ada bulan' Kata Nik Aziz. Ap...
# 4 Teras PR, Nik Aziz Dijangka Buat Ucapan Rumusan...
# Leburkan Perkauman Sempit -Sepakat 3 Parti PR

Benarkah Iran Ceroboh Irak Atau Bermula Perang Iran-AS?




DIS 18, 09. BBC dilaporkan, tentara Iran telah memasuki wilayah Irak selatan dan menguasai sebuah telaga minyak. Walaupun begitu, seorang kakitangan pejabat Irak cuba mengecilkan insiden ini dengan mengatakan daerah itu memang daerah tidak bertuan, dan berada dekat dengan perbatasan yang menjadi persengketaan kedua negara.

Menurut keterangan jurucakap militer Amerika Syarikat (AS) kepada pejabat berita AFP, tentara Iran melintasi perbatasan dan menaikkan bendera Iran di telaga minyak Fakkah. Wakil Menteri Dalam Negeri Irak mengakui, tentara Iran tersebut berada di Irak, dan menguasai telaga minyak itu.

Sebelumnya dilaporkan, tentara Iran itu sudah menarik diri kembali ke wilayah perbatasan mereka. Wakil Menteri Dalam Negeri Ahmed Ali al-Khafaji pada awalnya membeitahu pejabat berita Reuters mengatakan, pencerobohan oleh Iran itu tidak benar. Namun Khafaji kemudian mengukuhkan bahawa hal itu sudah terjadi, dan 11 tentara Iran bertahan di telaga minyak, dan belum meninggalkan wilayah tersebut.

Dia mengatakan sejauh ini tidak ada reaksi militer dari pasukan Irak. "Kami sedang menunggu perintah dari para pemimpin kami,"katanya. Ditambahkannya, pencerobohan itu merupakan satu dari beberapa insiden yang terjadi dalam beberapa hari terakhir.

Telaga minyak itu berada 500 meter dari pos perbatasan Iran dan sekitar satu kilometer dari pos Irak, kata Kolonel Peter Newell dari AS kepada AFP.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah ianya benar-benar akan berlaku perang Iran-AS (dengan menggunakan Irak) setelah dikatakan Iran ceroboh Irak, atau hanya baru perang saraf?

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

2 Yusuf Sebagai Tokoh Maal Hijrah

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah kepada Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kanan) ketika sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. -Foto BERNAMA.

Jumaat Disember 18, 2009. Yusuf Al-Qaradawi, Yusof Noor Tokoh Maal Hijrah -mStar Online

PUTRAJAYA: Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, hari ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai penerima, Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Dalam ucapannya, tokoh ilmuwan kelahiran Mesir itu berkata, beliau menghargai anugerah yang diberikan kepadanya namun apa yang lebih utama ialah kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.

“Hubungan dan perkenalan saya dengan Malaysia bukanlah baru hari ini atau pun semalam, malah ia adalah satu hubungan yang telah bermula sejak setengah kurun yang lalu.

“Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di sini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar.

“Saya juga telah sampai ke beberapa buah negeri di sini sehingga pernah satu ketika saya dibawa menaiki pewawat tentera bagi memudahkan saya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat.

“Saya juga ada bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada Umno mahupun PAS serta saya pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” ujarnya.

Menyusuri kisah hidupnya, tokoh ilmuwan ini telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam fiqh al-Zakat pada tahun 1973.

Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan

Beliau mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan anugerah tersebut.

Antaranya ialah Allahyarham Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah kepada Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor (kanan) pula.-Foto BERNAMA.

Sementara itu, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Beliau turut menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan.

Dalam ucapannya, Yusof yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai bukti kejayaan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya sekadar mewakili mereka. Saya tidak fikir saya telah banyak membuat jasa namun ia akan menjadi cabaran kepada saya untuk menyumbang lebih banyak buah fikiran untuk pembangunan ummah,” katanya.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, generasi muda pada hari ini perlu mempunyai ketahanan diri dan mampu melawan cabaran budaya asing.

“Tuntutan kebendaan perlu dikurangkan, kita perlu memperkuatkan ketahanan diri agar dapat melawan gerakan materialisme. Jika tidak pada masa akan datang umat Islam akan menjadi lemah,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Justeru, perkara tersebut perlu diambil serius oleh semua pihak kerana minda golongan belia mudah terpengaruh dengan perkara yang bercirikan kebendaan.

Friday, December 18, 2009

Dasar Ekonomi Najib, Tidak Sumbang Pertumbuhan -KS Jomo


Gambar : KS Jomo

PETALING JAYA, 18 Dis o9: Ahli ekonomi terkemuka KS Jomo secara tidak langsung mengkritik dasar ekonomi terbuka yang mula diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jomo yang kini bertugas sebagai penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata dasar ekonomi terbuka yang membolehkan liberalisasi kewangan negara tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kini.

Sebaliknya beliau menjelaskan dasar ekonomi tersebut hanya menyumbang kepada peningkatan harga pasaran saham dan hartanah yang boleh melambung tinggi dan kemudiannya merudum secara tiba-tiba. Jomo berkata sedemikian semasa memberi syarahan yang bertajuk “adakah malaysia menggambil iktibar dari kesan krisis ekonomi yang lepas”, yang berlangsung di Hotel Singgahsana di sini malam semalam.

Program tersebut dianggarkan dihadiri seramai 200 orang. Ia dianjurkan oleh Gerak Budaya dan Pusat Maklumat Strategik dan Pembangunan Penyelidikan (SIRD). Penganjur bersama adalah Youth4 Change. Jomo berkata dasar tersebut mungkin disokong oleh golongan berpendapatan kelas pertengahan yang melabur di dalam pasaran saham tetapi menurutnya dasar tersebut tidak menyumbang kepada “ekonomi sebenar”.

Beliau memberi contoh kejayaan syarikat-syarikat tempatan dalam memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit yang telah ditapis sebagai satu kejayaan yang menyumbang kepada ekonomi sebenar negara ini. Katanya lagi, minyak sawit untuk kegunaan memasak keluaran Malaysia kini tidak “menyebabkan siling dapur berjelaga”.

“Inilah contoh-contoh kejayaan kejuruteraan Malaysia membawa perubahan kepada ekonomi (sebenar),” tambahnya lagi.

Jomo berkata perubahan ke arah dasar ekonomi terbuka kini adalah hasil kerja para pelobi yang bergerak aktif diperingkat antarabangsa. Katanya usaha-usaha tersebut amat giat dijalankan sehingga dasar-dasar yang bertujuan untuk melindungi kepentingan negara seperti yang telah diamalkan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “dicampak begitu sahaja”.

“Perkara-perkara seperti ini jarang-jarang sekali didebatkan di parlimen,” katanya.

Jomo juga membangkitkan kecenderungan kerajaan di bawah pimpinan Najib untuk bergantung kepada pengunaan dan perbelanjaan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi sebagai “satu strategik yang tidak ampuh”. Katanya kecenderungan tersebut akan menjadikan impian negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 akan terpaksa ditangguh “sekurang-kurangnya selama satu dekad lagi”.

Di antara perubahan dasar ekonomi yang diperkenalkan Najib adalah liberalisasi 27 subsektor dan sektor kewangan, pengeluaran lesen bank-bank komersil baharu untuk rakyat asing menyertai sektor kewangan negara, pertumbuhan kewangan Islam, serta memansuhkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) membabitkan ekuiti Bumiputera.

Dasar ekonomi terbukanya juga dijangka mengurangkan pemilikan ekuiti bumiputra dari paras 18 peratus sekarang kepada sekitar hanya 12 peratus. Sementara itu pemilikan ekuiti di kalangan pihak asing dijangka meninggkat sehingga 70 peratus. (Harakahdaily net)

Salam Maal Hijrah.. Pungguk Rindukan Bulan.

Salam Maal Hijrah

Hijrah, ertinya pindah.
Pindah tinggal Makkah penuh jahiliah
Bina hidup baru Islam Madinah.
tinggal semua yang jahiliah
ambil semua yang Islam.

Bukan Hijrah nak ambil ekonomi saja..
Jahiliah lain masih bersarang.. sosial, politik &..
Ekonomi pun ambil tak habis,
Cuma tempel ekonomi Islam atas busut jahiliah.
Cuma berselindung di bawah topeng Islam..
Pegi dah!!

Hijrah, ialah hij-rah..
hij = himpunan jihad
rah = rahmatullah

Itulah hijrah!
La ilaha illallah..
Allahu Akbar!

Ibnu Hasyim
KL 1 Muharram bukan 1 M'sia.

2009/1431


Maal Hijrah, Pungguk rindukan bulan?

Ahli Parlimen Kinabatangan Sah Kahwin Zizie


Gambar Datuk Bung Mukhtar & Zizie Ezette

KUALA LUMPUR - Desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette, akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz semalam mengesahkan perkahwinan mereka.

Mohamad, Ahli Parlimen Sri Gading apabila ditanya berkata “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persida- ngan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di sini, malam semalam.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila 'tiba masanya'.

“Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa,” katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana 'kerja yang sangat mustahak.'

“Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz),” katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata: ”Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi.” - Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau wakil rakyat atau pemimpin PAS kahwin artis begitu? Bagaimana pula kalau PM kita tambah satu lagi begitu? Atau untuk buktikan 1 Malaysia dalam keluarga?

Kacang hijau Untuk Cantik & Dan Seribu Manfaat.

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan


PERUBATAN

Kacang hijau untuk cantik

SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri.


Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2.

Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan.

Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya. Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak.

Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan.

Proses rawatan menerusi spa muka Aura selama 45 minit itu menyediakan urutan wajah menggunakan minyak aroma selama 15 minit bagi menghilangkan ketegangan muka selepas seharian bekerja.

Seluruh wajah diurut menggunakan teknik tertentu bagi menghilangkan tekanan serta memberikan kesan kelegaan maksimum kepada pelanggan.

Kemudian proses sental wajah menggunakan kacang hijau mula dilakukan. Kacang hijau berkenaan dilumur ke seluruh wajah terlebih dulu dan dibiarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.

Wajah pelanggan juga akan diletakkan pupur pulut hitam selama 20 minit. Lapisan berkenan perlu disapu dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan kesan diingini.

Ketika ini pelanggan akan berasa kulit wajah mereka seolah-olah digigit semut kecil, bagaimanapun ia tidak memudaratkan dan berlanjutan hingga pupur berkenaan kering sepenuhnya.

Spa muka berkenaan lain daripada yang lain menerusi bahan yang digunakan manakala harga ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM48.

Semua produk yang digunakan dalam setiap rawatan disediakan spa berkenaan menggunakan bahan semula jadi daripada jenama Tanamera yang tidak memberikan sebarang kesan memudaratkan kepada pelanggan.

Mithila berkata, selain rawatan wajah menggunakan kacang hijau, pusat kecantikan itu turut menyediakan rawatan urutan untuk ibu lepas bersalin secara tradisional yang diubah mengikut keperluan pengguna masa kini.

Malah tukang urut disediakan juga memiliki kepakaran yang diiktiraf kerana sudah menghadiri kursus diperlukan bagi memperoleh sijil melakukan rawatan berkenaan.

Menurutnya, walaupun digabungkan dengan cara moden untuk melakukan rawatan urutan lepas bersalin, ia tidak sedikit pun mengubah perkara asas yang perlu dilakukan terhadap ibu lepas bersalin.

"Kami masih mengikut cara lama walaupun kaedah digunakan berlainan kerana pantang larang lepas bersalin masih sama dan ia wajar diikuti untuk kebaikan wanita berkenaan.

"Jangan memandang remeh perkara ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri pada masa depan," katanya ketika ditemui di pusat kecantikan berkenaan di No 11-1, Jalan Remia 4, Bandar Botanic, Klang, Selangor baru-baru ini.

Antara pakej rawatan lain disediakan ialah spa Aura Tradisional Boreh berharga RM98 selama satu jam 30 minit serta spa pengantin Aura yang boleh dicuba pasangan bakal raja sehari bernilai RM198 untuk tiga jam rawatan.

Selain itu, spa terbabit turut memberikan potongan harga sehingga 50 peratus kepada pelanggan yang membuat rawatan pada setiap Ahad.

Info:

  • Kacang hijau antara makanan berkhasiat tinggi. Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka.

  • Kacang hijau mempunyai kandungan lemak yang rendah. Kadar lemak rendah itu menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.

  • Zat gizi kacang hijau membantu menangani beberapa masalah termasuk anemia (kurang sel darah merah), mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.

  • Protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau membantu tumbesaran seseorang terutama kanak-kanak.

  • Dalam kes diabetes, kacang hijau membantu meningkatkan penggunaan glukos dalam badan. Menurut kajian makmal di Mysore, India, pesakit kencing manis kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, menunjukkan penurunan ke atas keperluan insulin menjadi 20 unit sehari apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau.

    Kajian menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah, toleransi glukos dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk membantu melegakan kembung perut dan kencing tertahan.

  • Kacang hijau juga dikenali sebagai makanan penyahtoksik bersifat sejuk dan penawar toksik yang berkesan sejak dulu.

    Ia membantu untuk menawarkan logam berat, ubat pertanian dan pelbagai racun dalam makanan. Ia dapat mempercepatkan penguraian bahan bertoksik dalam badan untuk dibuang keluar.

  • Petua orang tua bagi menghilangkan urat timbul di kaki turut menggunakan kacang hijau. Hanya ambil segenggam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.

  • Makan pada waktu pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit. Selepas itu barulah tidur. (MyMetro/AK)

  • Faham 1 Malaysia Sesat, Apa & Di mana Asasnya?


    DILAPORKAN oleh banyak media massa Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan konsep Gagasan 1Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

    Perdana menteri berkata gagasan yang berteraskan kepada nilai murni yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.

    Dalam perutusan Maal Hijrah 1431, beliau berkata cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat, tetapi ironinya ialah, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan negara.

    "Kejayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan.

    "Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian.

    "Sekarang, kita melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.

    "Ini semua bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global," katanya. (Pelbagai sumber rujukan)

    Komen Blog Ibnu Hasyim: Kami sanggah pendangan PM yang 'sesat' di atas ini kerana..

    Pertama: Katanya 'semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan konsep Gagasan 1Malaysia'. Itu tidak betul kerana cara kempennya bertentangan dengan agama.

    Contohnya, ucapan salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan (diarahkan) kepada pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita. Mengapa buat bidaah dengan ucapan 'salam satu Malaysia' tidak 'assalamu 'alaikum', hingga yang menjawabnya pun sudah beroleh pahala? Jadi ianya tidak Islamik, dan tidak sesuai dengan semangat 'hijrah'.

    Kedua: Salam satu Malaysia adalah suatu salam nasionalisme, dan perkauman kedaerahan, membawa kepada asobiyah yang bertentangan dengan Islam. Salam yang mengasah perkauman. Islam melebarkan salam sesuai dengan dunia global tanpa batasan, tiba-tiba ada yang mengecilkan kepada tempurung satu Malaysia sahaja. Rasulullah SAW tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah' ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam, walaupun selepas beliau diusir oleh Quraisy dari sempadan batasan kerajaan Mekah'.

    Ketiga: Apalagi bila PM menyebutkan 'semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam' bertepatan dengan 'konsep gagasan 1 Malayisia', solah-olah Islam ikut 1 Malaysia, sedangkan Islam datang jauh lebih dahulu dari penubuhan Malaysia sendiri.

    Keempat: Kita jadi curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah SWT didahulukan dalam segala hal. Allah dan Islam yang menjadi matlamat segala-segalanya. Tauhid amali tidak mahu dilaksanakan oleh kerajaan BN (dulunya PERIKATAN) dari sejak awal merdeka lagi. Iaitu konsep tauhid 'La ilaha illallah' tidak menjadi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan, sebab Allah SWT tidak didahulukan. Bahkan Islam dan hak Allah, tidak ditunaikan.

    Kelima: Bolehkah dikatakan penganut faham 1 Malaysia itu telah mensyirikkan Allah SWT,
    dengan menduakan sistem perundangan, sehingga ada yang menyebutnya sebagai 'syirik nasional'? Ia adalah suatu fahaman sesat?

    Keenam: PM berkata 'cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat', sedangkan perpaduan sebenarnya ialah 'berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecahbelah'. Tali Alllah seperti yang disebutkan dalam Al-Quran itu, adalah Islam dengan segala peraturannya. Bukan sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

    Ketujuh: PM juga menyebutkan, 'Kejayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan.' Hijrah ertinya pindah. Pindah ertinya tinggal semua yang lama termasuk maksiat, bina yang baru, tidak termasuk maksiat.

    Tetapi kalau hanya 'melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.' seperti yang disebut PM itu, maknanya kecil sangat taarif hijrah... Belajarlah mengenal 'hijrah' seluas keluasan Islam yang global itu sendiri.

    Saranan:

    Bahagian Agama JPM perlu mengkaji semula dan mengambil pandangan dari semua para ulama yang adil secara keseluruhan, bukan dari kelompok kerajaan semata-mata untuk menilainya, samada dalam atau luar negara. Sekian, Allah Maha Tahu.

    Thursday, December 17, 2009

    Kirim Wang Haram: Isteri PM, A/Sahid, Adik S/Mukhtar Bukhari?


    AHLI parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

    Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut. Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

    Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah. Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah. Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

    Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu. Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja. (Sumber Malaysia kini.com/AK)

    Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM

    PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.

    Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.

    "Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.

    "Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolahkita," katanya.

    Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihankepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalampeperiksaan itu. - BERNAMA

    Rupanya Hang DKK, Nu..

    CATATAN SANTAI

    Di atas adalah keratan yang menunjukan penulis Zaini Hassan mogok menulis pada minggu ini. Dan dibawah pula adalah surat saya kepada Utusan Malaysia yang disiarkan.

    SEMALAM saya terbaca berita ini di Utusan Malaysia ditulis oleh kawan saya, rupanya dia DKK.. Dia mengulas artikel Zaini Hassan yang terbit minggu lepas , mengenai kaum India di Malayia. Oi, hang DKK nu!

    Cuba baca tulisannya..

    India Malaysia bersyukurlah

    SAYA merujuk kepada artikel saudara Zaini Hassan bertajuk Alkisah India di India dan India di Malaysia.

    Saya boleh dikategorikan sebagai DKK seperti yang disebutkan oleh saudara Zaini Hassan dalam cuitan beliau. Saya ingin menceritakan pengalaman serta kisah yang diceritakan oleh ayah saya mengenai asal- usul orang India di Malaysia.

    Saya ke Madurai, Tamil Nadu, tempat asal ibu saya baru-baru ini. Kebanyakan orang India yang berada di Malaysia pada hari ini sama ada Islam atau Hindu berasal dari wilayah ini. Kisah suasana di India telah diceritakan dengan tepat dan terperinci oleh saudara Zaini dalam artikelnya.

    Sewaktu di India, saya berulang kali bersyukur kepada datuk dan moyang saya yang membuat keputusan nekad untuk berpindah ke Tanah Melayu pada zaman itu. Saya sering juga berkata kepada ayah saya, jika datuk dan moyang saya masih hidup, sudah pasti mereka adalah orang yang saya akan peluk erat dan ucap terima kasih kerana membawa keturunan kami ke Tanah Melayu.

    Saya mula bertanya kepada ayah saya tentang apa yang dia tahu tentang asal-usul orang India di Malaysia.

    Ayah saya menceritakan bahawa orang India di Malaysia terbahagi kepada dua golongan utama iaitu orang Hindu dan orang Islam. Orang Islam terdiri daripada peniaga dan pekerja kapal yang datang berdagang ke Tanah Melayu sejak zaman Melaka dan pada 100 tahun kebelakangan ini mereka lebih banyak berpusat di Pulau Pinang.

    Sebab itulah majoriti orang India Muslim berada di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ramai juga yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan ramai juga yang sudah terasimilasi dalam bangsa Melayu. Ramai yang tidak tahu lagi bercakap Tamil walaupun paras wajahnya pekat India.

    ''Bagaimana pula dengan orang Hindu dan kenapa kebanyakan mereka berada di estet?'' tanya saya kepada ayah saya seperti seorang budak kecil yang ingin tahu.

    Mereka ini telah diambil oleh British dari Tamil Nadu dan dibawa ke Tanah Melayu untuk mengusahakan ladang getah milik British. Mereka ini tidak mendapat gaji tetap. Sekadar diberikan duit untuk makan minum serta sedikit duit lebihan untuk minum arak dan berjudi.

    ''Jika begitu, teruklah orang British ini. Mereka menipu orang India Hindu ini,'' kata saya kerana berasa terganggu dengan tindakan kejam British ini.

    Ayah saya menyambung hujahnya bahawa saya tidak tahu menahu bagaimana kehidupan orang India yang dibawa ke Malaysia sewaktu mereka di India. Mereka ini bersetuju untuk bersama British kerana keadaan mereka di kampung mereka itu tersangat teruk. Mereka ini bukan sahaja menjadi hamba kepada seorang tuan, malah mereka ini akan diperlakukan sebagai hamba untuk sebuah kampung.

    Untuk mencari sesuap nasi pun sangat susah pada musim kering. Untuk mendapatkan air, mereka perlu berjalan sejauh 10-15 kilometer. Anak- anak mereka tidak mendapat pendidikan langsung. Malah anak-anak ini akan dilatih untuk menjadi hamba untuk keturunan yang seterusnya.

    Jadi kebanyakan orang India Hindu yang sampai ke Semenanjung sangat bersyukur pada zaman itu dengan kehidupan yang mereka terima di estet di Malaysia, di mana mereka tidak perlu lagi menjadi hamba kepada orang lain.

    Mereka boleh hidup berkeluarga dengan bebas, boleh bekerja, mendapat sedikit duit untuk makan. Ini adalah jasa besar British kepada mereka.

    Saya terdiam. Dalam kekejaman British itu rupanya terdapat hikmah.

    Bukanlah niat penulis ingin mengungkit kisah lama atau menghina sesiapa. Tiada apa yang hina dalam menyatakan kebenaran.

    Sepatutnya orang India di Malaysia perlu bersyukur dengan apa yang mereka ada pada hari ini. Pendidikan sehingga mereka mampu bercakap dengan berani. Makanan yang mewah. Rumah yang luas dan selamat. Kenderaan untuk ke sana dan ke mari.

    Terima kasih juga kepada orang Melayu yang telah menerima bangsa asing ini dengan hati terbuka untuk berkongsi tanah bertuah ini. Sehingga kepada apa yang kita ada pada hari ini. Sebuah negara berbilang kaum yang aman damai dan sejahtera. Moga Tuhan kekalkan apa yang kita ada pada hari ini. Bersyukurlah.

    Malaysia tidaklah buruk seperti kata saudara Zaini Hassan.

    SHAHABUDEEN JALIL

    DKK

    Begitulah istimewannya peranan kaum India dengan peranan 'hijrah'nya dalam membangunkan umat dan ketamadunan di Tanah Melayu. Oleh itu saya bersetuju DKKnya.

    Tapi bukan DKK Darah Keturunan Keling sahaja, bahkan DKK, Dah Kaya Kini... kerana keusahawanan dan semangat agamanyanya... Sekian.

    Ibnu Hasyim, Catatan Sanai.
    ibnuhasyim@gmail.com
    Dis 17, 2009
    KL.

    Lihat..

    Seks Bergilir Gadis 14 Tahun Di Merapoh, Siapa Salah?


    KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

    Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.

    Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

    Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

    Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya. Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

    Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

    “Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. Menurut sumber MyMetro Online.

    Komen Blog Ibnu Hasyim: Terima kasih pihak polis. Tetapi itu bukan tugas pihak polis sahaja, bahkan melibatkan banyak pihak, contohnya pejabat agama, kementerian penerangan termasuk pihak tv. kementerian pendidikan. Apa lagi pemimpin negara yang ada kuasa menggubal dan merangka perundangan. Tidak mungkin, tidak ada jalan penyelesaiannya menurut Islam. Apakah rakyat perlu tolak pemerintahan yang tidak bertunjangkan Islam seperti BN sekarang?

    Perlu Wujudkan Undang-undang Kes Sihir - Datuk Dr Harun Din


    SHAH ALAM Dis 17 09– Kerajaan diminta mewujudkan undang-undang sihir bagi mencegah amalan negatif itu terus menular dalam kalangan masyarakat seperti pasangan suami isteri dan penjenayah. Perkara itu dinyatakan tokoh-tokoh agama dan pengamal undang-undang dalam satu majlis perbincangan ilmiah bertajuk ‘Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis’ anjuran Jabatan Mufti Selangor, semalam.

    Seorang penceramah bebas yang juga salah seorang panel majlis tersebut, Datuk Dr Harun Din berkata, peruntukan perundangan berkaitan kes sihir perlu diwujudkan agar pengamal sihir tidak terus berleluasa dan merosakkan akidah masyarakat.

    “Peruntukan perundangan mengenai sihir perlu diwujudkan sebelum perkara ini menjadi serius,” katanya.

    Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, kertas perbincangan termasuk cadangan mengenakan hukuman terhadap pengamal sihir itu akan dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dan seterusnya kepada Mesyuarat Muzakarah Faktwa Kebangsaan.

    “Hasil perbincangan muzakarah ini akan dirujuk ke peringkat tertinggi dan dipersembahkan dalam Majlis Raja-Raja.

    “Setelah diperkenankan dan diluluskan, akan dibawa ke peringkat negeri untuk diwartakan dan dilaksanakan penguatkuasaannya,” katanya dalam sidang media pada majlis muzakarah itu, bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

    Mohd Tamyes berkata, cadangan peruntukan undang-undang ini adalah pelaksanaan secara umum membabitkan rakyat bukan Islam yang didapati sabit kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman.

    “Pelaksanaannya sama juga seperti kes jenayah membabitkan dadah iaitu suspek yang disabitkan bersalah akan menerima hukuman tanpa mengira agama.

    “Sekiranya cadangan peruntukan ini dipersetujui, ia akan dimasukkan di dalam satu Enakmen Jenayah Syariah,” katanya.

    Menurutnya, muzakarah itu bertujuan mencari kaedah terbaik agar kes berkaitan sihir dapat diadili mengikut enakmen perundangan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak terus terpengaruh. (2MA)

    Lihat..

    Sekolah Internasional Al-Quran & Sains Online Pertama Di Dunia


    SEKOLAH Al-Quran online untuk pertama kalinya melaksanakan kelulusan para siswa mereka baru-baru ini. Sekolah agama bertaraf internasional ini, merupakan sekolah agama online yang mensasarkan siswanya dari seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mempelajari Al-quran dan bagi mereka yang tertarik mengkaji sains yang ada dalam Al-Quran dalam semua bahasa.

    Hisyam Said Hassan, direktur sekolah dan penggagas berdirinya sekolah Al-Quran online tersebut menyatakan bahawa para lulusan dari sekolah onlinenya akan mendapatkan sertifikat penguasaan terhadap ilmu-ilmu Al-quran setelah mereka belajar secara online dalam masa 6 bulan.

    Mengatakan kepada IOL pada hari Ahad kemarin (13/12) - Hisyam menyatakan bahawa belum lama ini mereka telah menerima siswa kelompok pertama yang berbicara dalam bahasa Sepanyol, merujuk pada kenyataannya bahwa hampir semua siswa yang belajar di sekolah online berasal dari Sudan dan Uni emirat Arab - sebelumnya majoriti siswanya berasal dari Mesir. Para siswa akan ditingkatkan kemampuan mereka dalam hal ilmu Al-quran dan menghafal Al-Quran melalui internet.

    Sekolah Al-Quran online yang mendunia ini telah diluncurkan di Internet pada bulan Juli oleh Asosiasi untuk pengembangan masyarakat dan perawatan Alquran, sebuah LSM yang berbasis di provinsi Minya wilayah selatan Mesir.

    Untuk mencapai tujuan tersebut, sekolah online ini menyediakan sejumlah besar ulama dan penterjemah untuk berkomunikasi dengan siswa melalui ruangan bilik suara yang dapat diakses dengan kod khusus; yang memungkinkan adanya komunikasi yang efektif dari para siswa dengan para pengajar sehingga mereka dapat mengoreksi kesalahan membaca para siswa.

    Mengenai munculnya idea unik sekolah Al-quran online ini," Hisyam Hassan mengatakan bahwa sebelumnya dia telah menawarkan idea sekolah tersebut kepada pejabat di Majlis, dan ideanya diterima serta disetujui - dan Majelis bersedia untuk mendanai biaya sekolah dari proyek ini berjalan sampai nantinya bisa mandiri.

    Dia menambahkan bahawa sekolahnya adalah "sekolah internasional pertama yang menerapkan aturan yang mereka buat sendiri dalam mengajarkan aturan pembacaan Al-Quran di Internet," ia mencatat bahwa biasanya biasanya minimal 3 tahun seorang siswa untuk menyelesaikan hafalan Alqurannya, namun ada kelompok-kelompok khusus untuk kelompok Studi yang bisa menyelesaikan hafalan Al-Quran mereka hanya dalam 6 bulan saja.

    Dia menjelaskan bahwa sekolah Al-Quran online mulai merakam data siswa pada website (www.alquranschool.com) untuk menentukan waktu yang tepat dari perkuliahan, perkuliahan bisa dilakukan dengan 10 kali pertemuan setiap bulannya.

    Dan yang menariknya lagi, siswa yang belajar di sekolah online ini tidak dibebankan yuran- alias percuma.

    Sekolah Al-Quran online menerima semua kelompok umur dari usia 5 tahun, dan tahun akademik dibagi menjadi dua semester, dan ujian akan dilangsungkan secara berkala setiap bulan.

    Sebagai komitmen untuk para siswa - tingkat kehadiran tidak kurang dari 90% dari jumlah total perkuliahan. (Era Muslim/2MA)

    Wednesday, December 16, 2009

    Nik Aziz Puji PM, Tetapi Dukacita Dg Bekas PM Thai


    KOTA BHARU, 16 Dis 09: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini, iaitu memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berani melawat selatan Thailand katanya, manusia ada baik dan tak baiknya.

    “Ketika dia melakukan kebaikan kita kena puji, begitu juga dalam kes nak aniaya Kelantan untuk memberikan wang ihsan, itu tidak baik, dia kena bagi royalti,” ujarnya.

    Sementara itu, Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam memberitahu beliau tidak terkejut dengan pujian diberi Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadapnya. Menteri Besar bagaimanapun melahirkan rasa dukacita terhadap tuduhan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra (gambar di atas) yang mendakwa Kelantan sebagai pusat militan.

    Dakwaan itu dibuat ekoran tertangkapnya beberapa lelaki yang menghasilkan bom di sebuah rumah di Pasir Mas semalam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, perbuatan yang boleh mencetus keganasan adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam perkembangan lain beliau mengajak rakyat Kelantan menyertai solat hajat yang akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat ini.

    Katanya, solat hajat tersebut akan diadakan selepas kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu. “Bulan Muharram yang akan tiba merupakan bulan baik, bertuah dan mulia tambah-tambah lagi pada 1 hingga 10 Muharam umat Islam diharuskan berpuasa sunat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

    “Sebelum ini Allah SWT telah banyak menyelesaikan segala masalah yang timbul dan mudah-mudahan dengan banyak berdoa Allah sekali lagi akan menolong kita menyelesaikan kekusutan yang berlaku,” jelasnya. (AK)

    Islam Penakluk, Serangan Mengejut Sebelum PRU 13?

    CATATAN SANTAI


    PADA tahun 2001, bancian dari sebuah agensi di France mendapati hanya 21% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan Masjid di negara mereka. Baru-baru ini pula satu bancian baru yang dijalankan oleh IFOP (L'Institute Francais D'Opinion Public, sebuah agensi kajian pemasaran antarabangsa di France) menunjukkan bahawa 41% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan masjid di France, yakni meningkat sebanyak 2 kali ganda. Banyak lagi kajian-kajian berikutnya.

    "Ketegangan atau ketakutan terhadap Islam berada di tahap tinggi yang tidak pernah dialami sebelum ini", kata Jerome Foquet pegawai yang mengetuai kajian tersebut. Begitu juga kajian mengenai menara azan juga meningkat. Sila lihat.. klik

    - Ketakutan Kepada Islam Di Eropah Memuncak
    - Masjid Di Cabuli Di Tarn, France

    Yang menarik rumusannya berbunyi, 'kajian yang dijalankan menyatakan ketakutan terhadap Islam di Eropah adalah atas percepsi bahawa Agama Islam merupakan 'Agama Penakhluk'.' Segala apa yang berlaku mungkin merupakan tempias atau lanjutan daripada pengharaman kerajaan Swiss terhadap pembinaan menara sebagai lambang Masjid di Negara mereka di mana terdapat 400,000 umat Islam. Akibat dari pengharaman tersebut timbul rungutan dan kemarahan dari seluruh umat Islam ke semua negara Eropah.

    "Perkembangan di atas sepatutnya menyedarkan kita terhadap bahayanya arus deras yang sedang bangkit menentang para pengganut agama Islam di seluruh dunia walaupun para pemimpin kuasa-kuasa besar pada zahirnya nampak seperti sedang meneutralkan perpecahan dan buruk sangka terhadap Islam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya."Demikian kata penulisnya Mohd Shubhi dalam blog Warta Shubhi.

    Saya kenal Mohd Shubhi. Dia lama belajar dan tinggal di Perancis. Mahir bahasa Perancis. Dia termasuk usahawan berjaya. Dia banyak mengkaji isu-isu terkini dari Perancis dan Eropah. Anda boleh lihat blognya. Saya terpanggil dengan saranan seterusnya, "Bagaimana pula pandangan mereka yang Non-Muslim di Malaysia terhadap Islam?, satu kajian perlu dilakukan untuk tindakan kita selanjutnya."

    Ini yang perlu kita fikirkan. Baik dan akrabnya PAS/DAP, apakah ada kesan kepada keseluruhan rakyat bukan Islam di Malaysia? Apakah akan berlaku kesan yang negatif kepada Islam, sama mengikut trend seperti yang berlaku di Perancis dan mungkin Eropah itu? Apakah trend itu akan mengalir ke Malaysia?

    Teringat pula kepada berita sehari dua dari Tok Guru Nik Aziz. Lihat...
    Apakah ini ada kena mengena dengan gambaran ngeri Islam sebagai 'agama penakluk' seperti mimpi khayal di Eropah itu? Apakah virus mimpi buruk itu ada tanda-tanda akan berjangkit ke negara ini? Kalau betul akan berjangkit, apa persiapan kita? Perlukah kita tukar mimpi buruk itu kepada mimpi indah, dari 'agama penakluk' kepada 'agama pembebas', jika berlaku serangan mengejut di saat hampir PRU 13? Barangkali ini isu umph! ..boleh menggerhanakan purnama PAS?

    Sebab itu saya sokong kata blok Warta Shubhi, 'satu kajian perlu dilakukan untuk tindakan kita selanjutnya.'

    Sekian, wallahu 'aklam.

    Ibnu Hasyim, Catatan Sanai.
    ibnuhasyim@gmail.com
    Dis 16, 2009
    KL.

    Kunci Rahsia Khasiat Bawang Putih

    PERUBATAN

    bawang putih
    bawang putih
    Gambar bawang putih, gambar bawah pokoknya..

    KAJIAN telah berjaya mengungkap misteri penyebab makan bawang putih dapat membantu mengawal kesihatan jantung. Kuncinya ialah allicin, yang diuraikan menjadi senyawa sulfat yang sangat berbau yang mencemarkan bau nafas.

    Senyawa ini bereaksi dengan darah merah dan menghasilkan sulfida hidrogen yang merenggangkan saluran darah, dan membuat darah mudah mengalir. Itulah riset dari University of Alabama di kampus Birmingham dengan munculnya di Kertas Kerja Akademi Sains Nasional (NAS).

    Namun, pakar Inggeris memperingatkan mengkonsumsi suplemen bawang putih boleh menimbulkan kesan sampingan. Sulfida hidrogen menghasilkan bau telur busuk dan dipergunakan untuk memproduksi bom bau (stink bomb).

    Namun, pada kadar rendah, senyawa itu memainkan peranan vital dalam membantu sel-sel saling berkomunikasi dengan sesamanya. Pada pembuluh darah, senyawa itu merangsang sel yang membentuk lapisan mengendur dan menyebabkan pembuluh melebar. Ini pada gilirannya mengurangi tekanan darah, memungkinkan darah mengangkut lebih banyak oksigen ke organ tubuh esensial, dan mengurangi tekanan pada jantung.

    Team pengkaji Alabama mencelupkan pembuluh darah tikus pada larutan yang mengadung ekstrak dari bawang putih yang diremukkan.

    Satu: Hasilnya sangat menjolok. dengan ketegangan di dalam pembuluh berkurang sebesar 72%.

    Kedua: Pengkaji juga mendapati sel darah merah yang terkena sedikit sekali sari bawang putih yang dijual di toserba segera menghasilkan sulfida hidrogen.

    Ketiga: Percobaan lanjutan memperlihatkan reaksi kimia berlangsung utamanya pada permukaan sel darah merah.

    Team pengkaji menunjukkan indikasi produksi sulfida hidrogen dalam sel darah merah mungkin boleh digunakan untuk menetapkan standard kadar bawang putih yang ditambah kepada makanan.

    Ketua kumpulan pengkaji tersebut Dr David Kraus mengatakan: "Hasil kajian kami memperlihatkan bawang putih dalam makanan itu sangat baik."

    "Tentu saja di kawasan tempat konsumsi bawang putih tinggi, seperti laut Tengah dan Timur Jauh, tingkat terjadinya penyakit kardiovaskuler rendah."

    Judy O'Sullivan, ahli rawat jantung pada Yayasan Jantung Inggeris (BHF), mengatakan: "Penelitian menarik ini mengindikasikan bawang putih mungkin bermanfaat bagi kesehatan jantung."

    "Namun, tetap saja belum ada bukti yang cukup menyokong gagasan memakan bawang putih sebagai ubat untuk mengurangi risiko mengalami penyakit jantung," tambahnya O'Sullivan.

    "Memasukkan bawang putih sebagai bahagian dari variasi makanan adalah pilihan peribadi," ujarnya.

    "Perlu dicamkan bahawa suplemen [bawang putih] dalam kadar tinggi mungkin berinteraksi dengan ubat pelancar darah dan mungkin memperbesar risiko pendarahan," kata Judy O'Sullivan. (BBC)

    Lihat berikut..
    Misai Kucing: Berita Gembira Kepada Pengidap Kanser

    Rabbi Israel Kecam Serangan Ke Atas Masjid


    TEBING BARAT - Ketua rabbi Israel ketika melawat sebuah perkampungan Palestin kelmarin mengutuk serangan ke atas sebuah masjid oleh sekumpulan pelampau Yahudi beberapa hari lalu. Rabbi Yona Metzger menyifatkan serangan ganas tersebut sebagai mengimbas semula peristiwa Holocaust yang berlaku pada era Perang Dunia lalu.

    Lawatan Metzger ke perkampungan Palestin itu adalah reaksi daripada kebimbangan beliau mengenai insiden keganasan yang dicetuskan pelampau Yahudi ke atas sebuah masjid pada Jumaat lalu.

    Namun, serangan tersebut dipercayai didalangi kumpulan pelampau Yahudi yang membantah dasar pembekuan penempatan dalam wilayah Palestin yang diumumkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

    “Semasa Holocaust, terdapat beratus-ratus kuil dan mereka (Nazi) mengambil dan membakar semua kitab suci di jalanan.

    “Kami masih hidup dalam trauma dan kami tidak akan membenarkan seorang Yahudi pun melakukan tindakan serupa ke atas orang Islam di negara Yahudi ini,” katanya.

    Somalia: Laksana Hukum Islam Dlm Apa Keadaan Sekalipun.


    Mohamed Ibrahim, 48, testifies before being stoned by militants from Hizbul Islam for illicit sexual intercourse with a woman in the Afgoye district, December 13, 2009. Ibrahim was sentenced to death by a local Islamic court after he was found guilty of infidelity.

    Moments before his execution, his hands still free, Mohamed Abukar Ibrahim is buried in the ground

    Moments before his execution, his hands still free, Mohamed Abukar Ibrahim is buried in the ground

    SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.

    Horror: Mohamed Abukar Ibrahim is stoned to death by militants from the Hizbul Islam group in the Afgoye district of Somalia yesterday

    BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga mati.

    MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

    Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

    "Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

    "Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

    "Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

    "Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

    Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

    Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

    "Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

    "Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

    Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

    Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

    Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati. "Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

    Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

    Komen Blog Ibnu Hasyim: Walau bagaimanapun bentuk berita yang kita dapat samada tepat atau tidak, yang penting umat Islam tetap mahu kehidupan mereka tetap di bawah perundangan dan cara hidup Islam, walau dengan apa cara dan keadaan sekalipun. Walau berjalan lancar atau tidak, yang penting hukum itu lebih baik dari hukum ciptaan manusia. Demikian antara sesetengah pandangan.