Saturday, January 02, 2010

Terima Kasih Ustaz Misbahul Munir.. Tahniah.

Petikan dari blog Ustaz Misbahul Munir

GAMBAR ini keluar dalam sebuah laman, kononnya saya bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim. Timbul persepsi pimpinan PAS boleh menghalalkan apa sahaja kalau ia yang melakukannya dan haram kalau UMNO yang melakukan. Dalam blog tersebut turut dipaparkan gambar Mat Sabu yang berpegangan dengan seorang wanita tua yang layak dipanggil nenek atau opah.

Saya nak jelaskan kerana penulis blog dan pengunjung-pengunjungnya dalam ruangan komen memberi persepsi yang negatif terhadap gambar tersebut yang diambil dari blog saya sendiri.

Saya menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh di kampung Sungai Tiang Tengah, Bagan Datoh yang tidak jauh dengan kampung saya sendiri Sg. Tiang Darat. Perempuan Cina tersebut adalah isteri mangsa yang dibunuh, tangannya sakit dan sukar untuk diangkat kesan kena pukul oleh perompak. Saya lahirkan rasa simpati dan ucap takziah di atas insiden yang menimpanya.

Atas dasar simpati dan kemanusian saya menghulurkan sumbangan kepada perempuan Cina tersebut. tangannya tidak boleh diangkat untuk menerima sumbangan tersebut. Saya tidak menjamah dan memegang pun tangannya, saya sekadar menghulurkan sebuah sampul surat yang berisi sumbangan ke tangannya.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan, kunjungan saya bersama pimpinan PAS kawasan yang lain rupanya menjadi buah mulut masyarakat Cina di situ terutama kaum keluarganya, mereka memuji langkah PAS yang menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh.

Blog Ibnu Hasyim: Terima kasih Ustaz Misbah. Inilah tugas blogger menjelaskan kekeliruan masyarakat yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Tahniah atas kerjabuat, sikap dan prihatin ustaz dengan blogger. Kita akan cari lagi isu-isu yang perlu dijelaskan.(IH)

Kalau Jadi Pejuang Islam, Mungkin Dia Tak Takut Mati..

Gambar atas, seorang wanita yang sanggup bergadai nyawa semasa cuba mengelak ditangkap khalwat di Kuantan semalam. Gambar bawahnya pula, anggota penguat kuasa JAIP menarik seorang wanita yang cuba bersembunyi di luar bilik sebuah hotel dalam Operasi Insaf di Kuantan semalam.

KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut. Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki. (Sumber: Kosmo! Online/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau dia pejuang Islam, mungkin dia tak takut mati, dia sunggup letupkan diri dengan bom syahid..

Ratu Barang Kemas, Mana Barangnya?

Peserta dari seluruh dunia menyertai pertandingan ratu barangan kemas ke 6, anjuran Poh Kong Jewellers.


Gabriela Korinkova dinobatkan

sebagai ratu Miss Poh Kong 2009


KEMENTERIAN Pelancongan, Malaysia menyokong pertandingan merebut gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009. Sebanyak 46 peserta Miss Tourism International 2009 ke-13 didatangkan dari serata dunia berkumpul di pusat beli-belah Sunway Pyramid Selangor di sini.

Menurut kenyataan e-mel Pixarus Communications Sdn. Bhd. kepada Kosmo!, gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009 telah dinobatkan kepada Gabriela Korinkova, 24, seorang pelajar dari Republik Czech. Beliau membawa pulang hadiah mutiara South Sea dan Tahiti dengan rantai leher berlian bernilai RM10,000 daripada Poh Kong Jewellers.

Pada pertandingan itu, para pengunjung begitu kagum menyaksikan barang kemas rekaan dan koleksi terkini yang diperagakan oleh peserta antarabangsa yang jelita. Barang kemas tersebut termasuklah emas daripada koleksi Tranz dan mutiara, batu berharga pelbagai warna dan berlian daripada jenama antarabangsa seperti Schoeffel, Luca Carati, Angel Diamond, SunDay, Rodney Rayner dan Alessandro Fanfani.


Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada pemain biola elektrik tempatan, Dennis Lau dan pemain saksofon berpengalaman, Jimmy Sax. Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong, Datuk Eddie Choon berkata, pihaknya berasa bangga dapat menaja acara itu bagi kali keenam.

"Ia merupakan sumbangan syarikat bagi memeriahkan perayaan akhir tahun untuk pengunjung dan pada waktu yang sama membantu mempromosikan industri pelancongan negara.

"Acara ini tepat pada masanya kerana diadakan pada waktu jualan akhir tahun yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan," katanya.

Katanya, Poh Kong sentiasa menawarkan produk menarik untuk semua orang daripada yang ringkas kepada glamor. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ratu barang kemas, yang mana barangnya? Inilah antara kerja-kerja 'maksiat' bernaung di bawah Kementerian Pelancungan Malaysia, yang kononnya sebuah kerajaan Islam maju ikut perkembangan masa. Halal-haram.. tak kira??

RM 800 Juta Gantirugi: Orang Lain Buang Sampah.. -Nik Aziz



KOTA BHARU: “Orang lain buang sampah, kita kena sapu." Begitulah kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura. Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalau tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang).. kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya.(Sinar Harian/AK)

Bantah Guna Kalimah Allah, Jangan Nyalakan Api Agama..

AHLI Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Selangor memegang sepanduk membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Jan 02, 10: KL. SEKUMPULAN ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan semalan bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan. Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

Sementara di Batu Pahat pula, diberitakan Raja-Raja Melayu pun disuruh campur tangan segera dalam isu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah. Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz, berkata kerajaan juga perlu segera mengemukakan rayuan supaya isu itu tidak menggugat sensitiviti orang Islam. (Pelbagai sumber/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Buat apa larang orang bukan Islam sebut 'Allah'? Gunakan peluang orang sebut 'Allah' itu, untuk kita sampaikan kebaikan Isam, melalui semua media masa yang ada. Lagi ramai sebut Allah lagi baik. Yang kita bimbang orang sudah tidak ingatkan Allah! Jangan nyalakan api perkauman agama, kan kalimah 'Allah' itu hanya istilah?

LIHAT pandangan yang ada kaitan...

Taktik SPRM Tolak Repot Pornthip & Tutup Suara Keadilan


Jan 02, 10
: KL. LAPORAN polis yang dibuat oleh SPRM Malaysia terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock, mungkin taktik untuk menutup hasil siasatan Dr Porthip.

Begitu kenyataan dan pendapat bekas majikan Beng Hock, yang juga ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, seperti yang tertulis disebuah laman web tempatan hari ini. (http://btmmari.blogspot.com)

SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya yang mendakwa mendiang mati di bunuh. "Saya rasa SPRM mungkin hendak menutup mulut Suara Keadilan dan juga cuba untuk menolak report Dr Pornthip untuk dijadikan satu bukti di dalam inkues," Ean memberitahu TV Selangor.

Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.

Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi. Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.

Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM. Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.

Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM. Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.

Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh. Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh. (AK)

Friday, January 01, 2010

Isu Misbah & Mohd Sabu Sentuh Perempuan?


ARTIKEL bertajuk 'Gambar Ini, Pemimpin PAS Boleh Pegang Perempuan?' disiarkan siang tadi mendapat beberapa komen. Walaupun pengomen itu tidak bernama, kita layan juga, kerana yang penting isinya..
Anonymous Anonymous said...

As. Bila saya jumpa Mat Sabu & Misbah saya akan tanya mereka / saya akan hubungi mereka apakah keadaan sebenarnya. Jika fitnah maka ternyatalah ada something wrong pada yang menonjolkan gambar tersebut. Periksa dulu macammana berlaku insiden tersebut. Jangan kita berdendam peribadi terhadap seseiapa jika ada le. Istighfar jika kita salah. Jika betul kita nasihat mereka. Bukan memaparkan gambar tanpa usul periksa. Insaflah sahabat sekelian."Mohon maaf amat sukar jika di dalam hati (dendam, dengki dll mungkin) masih tidak suci". Wallahua'lam. -saya amat mengenali anda dan latarbelakang anda.

Ibnu Hasyim said...

3 Keping gamabar dengan komen telah kami paparkan sebentar tadi. Tentu ianya dibuat oleh lawan PR atau PAS.

Terdapat 10 jawapan. Katakan berlaku pilihan raya, dan tokoh-tokoh PAS tersebut Saudara Mohd Sabu dan Misbah bertanding.

Tiba-tiba pihak lawan sogokkan misi risalah tersebut. Apakah 10 jawapan tadi boleh selesaikan persoalan pengundi dan mereka mahu menyokong PR?

Jawapan yang kita mahu, ialah jawapan yang pendek, tepat, mudah faham, samada dalam bentuk percakapan, tulisan, kartun atau apa-apa media elektronik, yang mampu melunakkan pengundi menyokong PR.

Itulah tujuan contoh 3 gambar itu dipaparkan. Serangan-serangan begini sudahpun ada dalam blog-blog yang bukan pro PAS & PR.

Soalnya sekarang, perlukah isu-isu seperti ini ditangani sekarang, sebelum mereka guna menjelang PRU 13? Sepatutnya blog-blog PR & proPR tidak perlu buang masa menghalakan serangan bukan kepada sasarannya, walaupun kita tidak nafikan perlunya islah dalaman?

Itu saja tujuan entri ini dipersembahkan oleh Blog Ibnu Hasyim.. Wassalam. January 1, 2010 8:16 PM

Begitulah kira-kira.. Terima kasih pelayar-pelayar weblog budiman. (By Asyok Kumar)

Delete

Dr Asri Akan Teruskan Misi Dakwah Bersama Ema Fatima


Dr Asri berdakwah pada malam tahun baru malam tadi di sekitar Butterworth


Risalah dakwah turut diedarkan kepada pemandu-pemandu yang tersekat di jalan raya se malam di Butterworth

Jan 01, 10: PETALING JAYA. Dr Asri dijangka akan meneruskan usaha misi dakwahnya di Lembah Kelang bersama aktres Erma Fatima dan beberapa aktivis lain pada 5 Januari ini. Malam tadi, hasrat berdakwah di kalangan remaja seperti yang pernah disuarakan beliau sebelum ini, diteruskan semalam bersempena dengan malam tahun baru di sekitar Butterworth.

Lebih kurang 80 aktivis dakwah yang menaiki 20 buah kereta ikut serta dalam misi dakwah tersebut yang diketuai Dr Asri, di sekitar Jalan Pantai Butterworth. Menurut Ariff Arifin dari portal rasmi www.dr Maza.com, operasi ini bermula pada jam 11.20 malam sebaik sahaja Dr Asri selesai menyampaikan tazkirah di Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam.

"Misi dakwah itu antara program yang disusun untuk tahun ini dan akan dijalankan dari masa ke semasa oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Institut al-Qayyim," jelas Ariff. Menurut Ariff, Dr Asri akan membantu aktivis-aktivis dakwah untuk menjalankan misi ini, bertujuan untuk menyebarkan dakwah kepada orang ramai, terutama muda-mudi dengan mendekati mereka.

"Selain itu, kami turut menyebarkan risalah yang diadaptasi daritulisan Dr Mohd Asri yang bertajuk; "Jalan Pulang ke Pangkuan TuhanTerlalu Luas".

"Sebanyak 1000 unit risalah yang dicetak berdasarkan artikel Dr Asri di bawah tajuk yang sama diedarkan semalam. Alhamdulillah, sambutan yang diberi amat menggalakkan," kata Ariff.

Jelas Ariff lagi, beberapa kumpulan telah dibahagikan dan ditugaskan untuk bergerak di beberapa tempat sekitar Seberang Prai yang menjadi tumpuan menyambut Tahun Baru 2010.

"Budak-budak muda memberikan sambutan yang hangat kepada usaha murni ini. Rata-rata mereka mengenali Dr Mohd Asri dan memberikan maklum balas positif di atas usaha yang dilakukan. Mereka juga dilihat tidak segan untuk mendekati Dr Mohd Asri dan beramah mesra dengannya dan ada yang merakamkan foto bersamanya," kata Ariff yang turut serta dalam misi tersebut.

"Sebelum ini, saya pernah pergi ke beberapa tempat termasuk ke utara Thailand ke perkampungan masyarakat yang tidak ada agama. Saya cuba melakukan misi yang sama.

"Tetapi selepas jadi mufti, saya agak sibuk dengan berbagai urusan, jadi sudah lama saya tidak turun menyertai misi dakwah.

"Namun semasa menjadi mufti, saya ada buat misi dakwah secara tidak rasmi dengan berkunjung ke tempat pengajian tinggi berjumpa dengan anak-anak muda. Tapi misi dakwah semalam agak tersusun," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyambut hari lahirnya yang ke 39 hari ini.

Tambah Dr Asri lagi, "Kami hanya berjumpa dan bertanya khabar dengan anak-anak muda semalam. Kami tidak menganggu mereka, sekadar bertanya khabar dan minta agar mereka sudi membaca risalah yang kami edarkan."

"Saya berharap misi ini akan berterusan dan sekali sekala saya akan turun untuk beri semangat," kata Dr Asri yang pernah mengundang kontroversi apabila menyuarakan hasrat untuk berdakwah di pusat hiburan dan kelab malam sekitar Selangor.

Dr Asri melahirkan rasa gembira kerana misi dakwah semalam dianggap berjaya kerana maklum balas yang diterima, rata-ratanya positif.

"Ini menunjukkan tidak wujud jurang di antara aktivis agama dengan para pemuda selagimana orang-orang agama tidak keberatan atau malu untuk turun ke medan dakwah dan mendekati mereka," kata tokoh agama yang agresif dengan idea tajdidnya.

Misi dakwah itu berakhir pada jam 2.00 pagi dan diteruskan dengan solat sunat gerhana yang dilakukan di Institut al-Qayyim. (Pelbagai Sumber/AK)

Memali: Muzium PDRM Hina Sultan Kedah? -Dr Hj Mohd Hasyim.

oleh Asyok Kumar

Catatan ini fitnah..

Muzium PDRM di Jalan Perdana KL.

As-syahid Ibrahim Libya

KL. Jan 01, 10: BOLEHKAH dikatakan Muzium PDRM menghina DYMM Tuanku Sultan Kedah apabila dipaparkan di dalam skrin di muzium itu sewaktu disentuh keluar catatan mengenai 'Tragedi Memali' berbunyi..

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....", seperti gambar di atas?

Demikian pertanyaan yang dikemukakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, editor Blog Ibnu Hasyim, setelah merujuk kepada http://tukulbesi.blogspot.com/ atau 'Membongkar Sebelum Terbenam'.

Menurut blog itu, baru sahaja 19 November lalu kita sama-sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali, Baling Kedah. Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Menurutnya lagi, selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan, akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali. Apapun sekurang-kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.

"Kalaulah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

"Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah. Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu, dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah, pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu." Tulis blog itu.

Sebenarnya pagi tadi penulis blog itu baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam, Masjid Negara dan Pusat Islam.

"Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah? Apa jenayah dia buat. Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam. Sultan Kedah pun ziarah kubur dia. Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?" Tanya Tukul Besi lagi.

Kepada pemimpin PAS, "Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS, tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah. Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu. Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.

Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata. Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.
" Rayunya.

Komen Dr Haji Mohd, "Saya sokong penulis blog itu, kerana saya sendiri pernah menziari Ustaz Ibrahim Libya semasa beliau masih hidup, iaitu kira-kira beberapa bulan sebelum syahid. "As-syahid mempertahankan kebenaran di rumahnya, beliau mempertahankan diri, beliau tiada senjata api, beliau dikepung di rumahnya. Mengapa pertumpahan darah tidak dapat dielakkan oleh pihak berkuasa? Ini misterinya!"

Gambar Ini, Pemimpin PAS Boleh Pegang Perempuan?

MISBAHUL MUNIR PULAK PEGANG BUKAN MAHRAM

MISBAHUL MUNIR PULA YANG MENYENTUH BUKAN MAHRAM. SEMUA BOLEH DALAM PAS DEMI UNDI

PAS: HALAL SENTUH PEREMPUAN DAN WELCOME KOMUNIS

SERONOK MAT SABU DAPAT BERPEGANG TANGAN. DULU PAS KATA, PEGANG TANGAN MAKCIK PUN HARAM. LA NI BOLEH LA PLAK......PAS NI ZINA PUN HALAL KALAU ORANG DIA YANG BUAT. AMBIL KES ELIZ PUN DAH CUKUP

MAKCIK PEGANG PEHA MAT SABU. SENYUM SIMPUL ABANG MAT....ABANG MAT SEDANG BERUSAHA KERAS NAK BAWA MASUK SEMULA CHIN PENG KE MALAYSIA. BAGUSLAH ABANG MAT. LEPAS NI BERUSAHA PULA NAK SOSIALISKAN RAKYAT BERAGAMA ISLAM.

SERANGAN-SERANGAN begini (contohnya 3 gambar dan komennya di atas) sudah ada dalam blog-blog yang bukan pro PAS & PR. Perlukah ditangani sekarang, sebelum mereka guna menjelang PRU 13? Mengapa blog-blog PR & proPR masih buang masa menghalakan serangan bukan kepada sasarannya, walaupun kita tidak nafikan perlunya islah?

Salam sumbangan hadiah untuk tahun baru! (..dari blog Ibnu Hasyim)

Mahkamah: Bukan Islam Boleh Guna Nama 'Allah'

KL Jan 01, 10: MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka. Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini. (AK)

LIHAT pandangan yang ada kaitan...

Tahniah YDP & TYDP Majlis Agama Islam PP -Dr Hj Mohd Hasyim

Oleh Megat Ali Megat Alang

Dr Hj Mohd Hasyim

KL Jan 01, 10; TAHNIAH diucapkan kepada Ustaz Elias Zakaria yang dilantik sebagai Yang Di-pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ustaz Salleh Man dilantik sebagai Timbalannya. Ucapan dari Blog Ibnu Hasyim seperti yang dinyatakan oleh editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

"Saya ucap tahniah, sempena tahun baru ini. Diharap mereka dapat berkerja dengan semangat yang baru. Alhamdulillah." Kata Dr Hj Mohd. "Mereka memang layak."

Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Elias Zakaria, sebagai Yang Di-pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berkuat kuasa hari ini juga. Begitu juga dengan pelantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Salleh Man sebagai Timbalan Yang Di-pertua MAINPP dan 13 lagi ahli MAINPP.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam kenyataan itu berkata, pelantikan terbabit sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Seksyen 11 (1)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004. Katanya, kerajaan negeri mencadangkan beberapa individu yang layak menganggotai majlis MAINPP di mana keputusan muktamad adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Abdul Malik berkata, lima daripada 13 ahli MAINPP dilantik sebagai ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman; Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Datuk Faiza Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus; Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob. Manakala lapan yang dilantik sebagai ahli biasa.

Sementara itu, Elias, 53, berharap beliau akan mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Pulau Pinang dalam usaha membangunkan umat Islam di negeri itu. Menurutnya, tugas ini adalah amanah yang diberikan kepadanya dan dia akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Beliau yang menerima surat pelantikan itu pada Isnin lalu pernah menjadi ahli MAINPP selama 10 tahun iaitu dari 1998 hingga 2007.

"Saya kenal mereka lama. Saya tak pasti mereka kenal saya lagi atau tidak. Tahniah. Tahniah!" Ujar Dr Hj Mohd Hasyim dengan gembira, sewaktu dihubungi malam tadi. (2MA)

Thursday, December 31, 2009

Gantirugi RM800 juta: K'tan warisi kes zaman Umno/BN

KOTA BARU, Dis 31 09: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975. Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini. Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004. Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu. Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan. Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus. Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat. Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya. Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi. Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini. (AK)

Selamat Tahun Baru Kurniaan Gula naik 20sen 1 Kilo


Gula berbentuk ketul dipasarkan oleh syarikat gula di Iran

PUTRAJAYA, 31 Dis: Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini. (AK)

'Ziarah Kasih', Malam Ini Di KLCC, D/Merdeka & T/Titiwangsa

KL, 31 Dis 09: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama-sama- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan Ekspedisi Dakwah atau 'Ziarah Kasih' sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2010 malam ini.

Program yang akan diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hasan itu dan turut disertai oleh muslimat dan Nisa' Wilayah Persekutuan bermula jam 10 malam dan akan berakhir pada jam 12 malam. Ziarah Kasih ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengaruh budaya barat dan ancaman kepada masyarakat selain menjalin hubungan secara terus dengan pengujung sambutan tahun baru.

Program ini juga bagi mendapatkan maklumat ringkas dan kajian ringan tentang pola kehadiran pengunjung. Ia mensasarkan kepada anak muda dan golongan remaja bawah umur yang berada di kawasan sambutan tahun baru. Untuk tujuan itu, DPPP dan DPPWP telah menyediakan risalah untuk diedarkan selain berbicara secara terus dengan mereka.

Tiga lokasi utama iaitu KLCC, Dataran Merdeka dan Taman Tasik Titiwangsa dipilih untuk Ziarah Kasih kerana tiga lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali menjelangnya tahun baru. PAS melalui DPPP, muslimat dan Nisa' mengambil inisiatif ini pada setiap tahun sebagai satu langkah untuk mendekati dan menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat.

Program sebegini juga merupakan salah satu cara 'amar makruf nahi mungkar' yang menjadi perjuangan PAS. (Harakah daily net/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas pemuda, Muslimat & Nisa'! Ziarah mesra turun padang bersama remaja.. Itulah antara medan perjaungan Islam..

'Tuk Din' Restoran Melayu Di London.

CATATAN PERJALANAN: Menulis terus dari London 3.

RESTORAN " TUK DIN ": Thursday, December 31, 2009

RESTORAN "TUK DIN" , 41 Craven Road, London W2 3BX Tel; 0207 723 6955 . Restoran ini sempena nama pemiliknya Tuan Zainuddin Yahaya, berasal dari Alor Star Kedah. Belia menguruskan perniagaannya dengan dibantu kaum kerabatnya sendiri. Saya dapat melihat kehebatannya , telah 29 tahun berada di London , tentulah permulaannya sangat mencabar. Harga menyewa premis perniagaannya 50,000 pound setahun.

Gambar dari kiri Pak Din (tokeh restoran), Saudara Abdullah Faroff ( sahabat Pak Din yang datang dari Kuala Lumpur) dan saya sendiri. Saya bergebang sungguh dengan mereka, ada saja cerita terutama perjalanan Saudara Abdullah yang kerap berulang-alek KL-UK. Beliau akan pulang besok setelah tiga minggu menjelajah Eropah dan berakhir di UK.


Gambar stesen bas dan stesen bawah tanah di Paddington London tempat yang selalu saya melilau sebab dekat dengan penginapan saya. Besok saya akan kedistinasi terakhir sebelom pulang keMalaysia pada 1 Januari 2010 melalui Lapangan Terbang Standsted London.

Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Khamis Dis 31 09.

Sebelum ini..

1..Tidak Terpedaya Dengan Pandangan Sendiri.
2..Bank Holiday & London Bridge, Perjalanan London 2

Gus Dur, Mantan Presiden Indonesia Tutup Usia

Kamis, 31/12/2009 08:52 WIB: SEKITAR sepekan lalu, Gus Dur jatuh sakit saat sedang bersilaturahim ke beberapa pondok pesantren di Jawa Timur. Saat itu, Gus Dur langsung dirawat di RS Jombang sebelum dibawa ke RSCM. Berangsur membaik, Gus Dur sempat mengajak Erman Suparno (mantan Menakertrans yang juga politisi dari PKB) dan beberapa sejawat untuk menjenguk Kantor PBNU di Jakarta pada Ahad (27/12/09).

Entah kenapa, Erman saat itu berfirasat bahwa kunjungan tersebut adalah kunjungan terakhir Gus Dur ke PBNU. Gus Dur pun masih berceloteh dan mengatakan akan menjalani operasi gigi pada keesokan harinya. Namun, Allah swt memanggil cucu K.H. Hasyim Asy'ari itu pada Rabu petang. Presiden keempat Indonesia, K.H. Abdurrahman Wahid atau yang lebih dikenal dengan Gus Dur tutup usia pada Rabu (30/12/09) pukul 18.45 petang di RS Cipto Mangunkusumo.

Setelah sempat disemayamkan di kediamannya di Warung Sila, Ciganjur, jenazah Gus Dur pagi ini diterbangkan ke Jombang pagi ini untuk dimakamkan. Sebelumnya, Presiden SBY sempat menjenguk Gus Dur menjelang detik-detik sakaratul maut. Presiden datang sekitar pukul 18.30 disusul oleh Menkes Endang Sedyaningsih. Gus Dur dirawat di ruang VVIP nomor 116 Gedung A RSCM. Sekitar 15 menit kemudian, Gus Dur menghembuskan nafas terakhir.

Gus Dur menjadi presiden Indonesia pada tahun 1999—2001. Pada masa pemerintahannya, sejumlah kebijakan kontroversial sempat menjadi buah bibir. Di antaranya dengan menjadikan Tahun Baru Imlek sebagai hari libur nasional dan juga membuka hubungan dagang dengan Israel. Gus Dur pun pernah diberikan gelar Doktor Kehormatan oleh salah satu universitas di Israel dan juga Korea Selatan.

Jenazah Gus Dur rencananya akan dimakamkan di dekat pusara sang kakek, K.H. Hasyim Asy'ari, pendiri Nahdhatul Ulama, yaitu di areal Pondok Pesantren Tebuireng, Jombang, Jatim. Upacara serahterima jenazah Gus Dur dari pihak keluarga ke pemerintah diiringi isak tangis. Ketua MPR, Taufik Kiemas, memimpin upacara tersebut. Sementara itu, Presiden SBY dan Wapres Boediono telah terbang terlebih dahulu ke Jombang. (Ind/berbagai sumber/AK)

Gossip Artis: UMNO Jadikan Melayu Pemuja Artis.

HALAMAN HIBURAN

KL 31 Dis 09: UMNO yang menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis. Itu pandangan yang dikemukan oleh web 'Malaysia Waves' semalam. Menurutnya, inilah kejayaan utama UMNO yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis. Ulama dikeji, artis dijunjung. Itulah kejayaan UMNO paling besar.

"Selama UMNO memerintah, ulama dikesampingkan, dibunuh, difitnah, dinista, dikeji, diketepikan dan segala yang keji yang boleh dilakukan kepada manusia telah dilakukan oleh UMNO kepada para ulama. Manakala para artis diberikan status yang cukup tinggi di minda orang Melayu. Segala cerita dalam kain para artis hendak dijadikan pengetahuan umum." Ujar web itu.

Menurutnya lagi, oleh sebab itu, demi membersihkan pengaruh dan kesan tarbiyyah UMNO ini, maka Malaysia perlu menerima serta melaksanakan fatwa Nahdatul Ulama ini secara menyeluruh. Inilah fatwanya..

'Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama, Hasyim Muzadi menyatakan tayangan infotainment gosip bersifat ghibah (pergunjingan), hukumnya haram. Fatwa tersebut menurutnya sudah diputuskan berdasarkan hasil Musyawarah Alim Ulama NU di Surabaya, Juli 2006 lalu..'
Di Indonesia, menurutnya lagi, terdapat satu jenis hiburan yang dipanggil “infotaimen”. Ianya adalah rancangan-rancangan di TV yang memaparkan gossip-gossip serta kesah-kesah pribadi dan kehidupan para artis. Biasanya kandungan laporan tersebut samada benar ataupun berasaskan khabar angin semata-mata. Maka, fatwa Nahdatul Ulama itu adalah sangat-sangat difahami dan dialu-alukan. Ianya wajib dibawa ke Malaysia untuk diamalkan.

"Walau sebagaimana jelek kehidupan artis itu, ianya tidak sepatutnya dijadikan bahan hebahan umum. Ini kerana kejelekan perangai para artis itu sekiranya dihebahkan bakal dijadikan ikutan serta contoh tauladan oleh masyarakat umum yang jahil dan lemah pegangan agama mereka. Ini adalah salah satu perancangan Barat untuk menghancurkan Islam.

"Berapa ramai belia dan beliawanis kita yang berpakaian serta berkelakuan seperti tauladan yang ditunjukkan oleh artis-artis kesayangan mereka? Juga, sememangnya definasi “Al Ghibah”(mengumpat) adalah aib serta kelemahan seseorang yang tidak diketahui umum. Sebagai contoh, sekiranya seorang saudara kita itu minum arak, tetapi ia dilakukan dalam keadaan tertutup, maka haram bagi kita menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai.

"Namun, sekiranya saudara kita itu meminum arak di khalayak ramai, maka selepas itu menceritakan tentangnya tidak lagi merupakan mengumpat (Al Ghibah). Begitulah juga kehidupan pribadi para artis. Selagi kejelekan serta aib para artis itu masih tertutup dan tidak diketahui ramai, maka HARAM hukumnya kita menceritakan kepada rakyat umum.

Menurutnya, maka, inilah asas kepada pengharaman “infotaimen” ataupun dalam bahasa kita di Malaysia, “Gossip Artis”. Secara mudahnya, pengharaman “gossip artis” ini diasaskan kepada beberapa sebab yang cukup baik:
1.0 Supaya kejelekan serta kebobrokan kehidupan artis tidak dijadikan contoh tauladan oleh majoriti umat Islam. Contoh tauladan pada umat Islam adalah para ulama, para pemimpin yang soleh, para politikus yang amanah, para intellek yang mahir dalam ilmu mereka. Bukan artis. Artis hanya menghibur bukan menunjukkan bagaimana hendak menjalani kehidupan sehari-hari.

2.0 Supaya para artis dijamin kehidupan pribadi mereka dan menjamin hidup mereka terjamin dari segi kerahsiaan dan privasi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat umu.
Contohnya, dalam kesah Mawi dan Ina, kata penulis web itu..

"Saya kata betapa hinanya orang Melayu di Malaysia pada masa itu. Kenapa kita orang Melayu nak sibuk mengapa Mawi dan Ina putus tunang? Mengapa peristiwa itu harus diadakan satu sessi program sejam dalam bentuk temuramah? Saya cuba untuk menonton temuramah Mawi dan Ina tersebut dan saya dapat nampak Mawi tidak berapa selesa dalam temuramah tersebut.

"Jelas, Mawi terpaksa mengadakan temuramah tersebut atas dasar mengikut kontrak beliau. Saya tak dapat menonton lebih dari 5 minit. Penghabisan sekali saya tukar channel dan menonton “Discovery Channel” yang lebih berfakta dan membina minda. Saya tak faham apasal orang Melayu sibuk sangat pasal kehidupan pribadi Mawi? Dia nak putus tunang ke, dia nak bercerai ke itu antara dia, keluarga dia, keluarga Syikin dan Syikin sendiri.

"Mengapa perlu disensasikan? Hanya kerana beliau sebagai artis maka segala dalam kain beliau harus dikeluarkan? Minda orang Melayu telah dirosakkan dengan budaya gossip artis. Kehidupan pribadi artis disensasikan dan menjadi bahan bualan orang Melayu sepanjang hari. Hasilnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terkebelakang dari segi pembangunan dan kemajuan dunia.

"Mengapa tokoh2 Melayu yang berjaya dalam berbagai bidang professional dan intelek tidak diagungkan oleh orang Melayu? Mengapa hanya artis yang menjadi keagungan orang Melayu? MAcamana orang Melayu nak jadi hebat? Zaman sahabat dahulu, para hero mereka adalah Nabi SAW dan para Anbiyya. Tidak heranlah para Sahabat dapat menjatuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas tertubuhnya Negara Madinah.

Oleh itu menurutnya, biarkan para artis hidup dengan cara hidup mereka. Kita umat Islam dan umat Melayu tak perlu sibuk menjaga tepi kain para artis. Kita ada kerja yang lebih besar, yakni membersihkan Malaysia dari pengaruh anti Islam dan anti Melayu UMNO.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Beranikah ulama-ulama di bawah ketiak kerajaan di Malaysia mengeluar fatwa seperti itu di Malaysia? Kalau berani buatlah! Ataupun mereka sebenarnya yang lebih-lebih, minat dengan gossip artis seperti itu daripada terbalik 'periuk nasi' sendiri?

Bank Holiday & London Bridge, Perjalanan London 2

CATATAN PERJALANAN: Menulis terus dari London 2.

Sambungan dari: Tidak Terpedaya Dengan Pandangan Sendiri.

Bank Holiday: Tuesday, December 29, 2009


ORANG ramai melimpah-limpah membanjiri kawasan-kawasan taman, tempat perniagaan dan rata-rata terdapat ramai pengunjung dari luar negeri berbilang bangsa dan berbilang kaum. Semasa keluar dari tiub di Stesen St. James Park kemudian berjalan kaki ke Parliament Square yang menyeberangi sungai, agaknya Sungai Thames, saya dapat melihat Eye of London, 130 meter tinggi bergerak perlahan pusingannya selama 30 minit untuk satu pusingan dengan mengenakan harga 16 pound untuk dewasa.

Hari ini ialah Hari Bank cuti (Bank Holiday) menjadikan orang ramai keluar membeli belah dengan tawaran harga yang murah, saya rasa memang murah macam hari " Boxing Day"yang jatuh pada 26 hb Disember setiap tahun. Semasa di atas bus dua tingkat saya ternampak harga tawaran potongan 80 persen, murahlah tu.

Saya sempat berpusing melawat London dan singgah di Malaysian Hall, masyaAllah , berjumpa Dr Akhbar, USM (dah buka klinik sendiri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang). Beliau terkejut dan menyapa saya, tetapi kami tidak lama berbual kerana beliau mempunyai jadualnya sendiri. Sebenarnya saya mencari En. Awi pengusha restoran di Malaysian Hall, beliau begitu sibuk dengan kerja-kerja walaupun mempunyai 16 orang pembantu setakat ini.

Saya sempat berbual pendek dan memohon diri cepat-cepat supaya tidak mengganggu kerjanya. Beliau sudah 13 tahun diLondon dan menurut cerita kawan saya yang menjadi rakan di UK dengannya, beliau telah memperolehi PR. Syabas, rebutlah balek hak kita yang suatu masa dulu dirampas mereka. Dulu saya memandang serong pada orang-orang yang berhijrah keluar negara sebagai tidak patriotik, tetapi bila saya mula sampai diPerth, Australia dalam tahun 80 an, saya mula sedar perlunya ada orang-orang Islam disana kerana kesulitan kita berada ditempat orang.

Begitu juga semasa saya di Kemboja 19 Sept 2007 walaupon terdapat Umat Islam, tetapi tidak terdapat kedai makanan untuk orang-orang Islam. Alasan mereka sangat mudah, siapa nak beli? Ini disebabkan rata-rata rakyatnya miskin, teringat Kemboja, kita memandu satu hari saja semasa pulang dari Poi Pet disempadan Thai melalui kawasan Pattaya, Bankok dan terus keselatan Bukit Kayu Hitam bersama sahabat saya Haji Sattar.

Kenangan manis selama 14 hari di Bulan Ramadhan mandi di sungai , minum air hujan dan memasak sendiri serupalah semasa saya di Long Laput, dekat Long Lama di kawasan pendalaman Baram Sarawak.

London Bridge: Wednesday, December 30, 2009






Tidak Terpedaya Dengan Pandangan Sendiri.

Wednesday, December 30, 2009

Tok Batin Orang Asli Cabar Mahyuddin Yasin?

TPM selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-65 Majlis Tanah Negara pada 4 Disember di Putrajaya baru lalu.


oleh Megat Ali Megat Alang


BUKIT KALA GOMBAK: 30 Dis 09: Mana buktinya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Putrajaya awal Disember lalu yang menyebutkan sebanyak 19,990 keluarga Orang Asli bakal diberikan hak milik tanah kekal sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup Orang Asli.

Demikan cabaran berupa keluhan oleh pemangku Tok Batin Bukit Kala Gombak, merangkap Ketua JKK Bukit Kala, Hussein bin Datuk Panglima Ngah Yin, sewaktu ditemui oleh wakil Blog Ibnu Hasyim di sini petang tadi mengenai pemberian tanah kepada 19,990 keluarga Orang Asli itu.

"Kami tak terima apa-apa maklumat pun. Sekeping surat atau apa-apa berita pun kami tak terima mengenai hal beri tanah itu. Tiada bukti kata kami dapat. Entah-entah orang lain yang dapat, kami tidak." katanya.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli untuk Kegunaan Pertanian dan Kediaman yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara itu melibatkan tanah seluas 50,563.51 hektar di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut Muhyiddin, bagi menjamin pelaksanaan dasar tersebut lebih terancang dan teratur, tanah-tanah terbabit akan dimajukan terlebih dahulu dengan tanaman-tanaman seperti kelapa sawit dan getah.

TPM berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-65 Majlis Tanah Negara pada 4 Disember baru lalu. Beliau juga memberitahu, keluasan tanah yang diberikan hak milik adalah 0.8 hingga 2.4 hektar untuk ladang dan 1,524 meter hingga 0.1 hektar bagi tapak rumah mengikut kemampuan kerajaan negeri.

"Sepatutnya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memberi maklumat itu kepada kami. Atau pun memang pihak kami tak dapat, sebab tu tiada maklumat. Bagaimana pula yang di bawah kuasa kerajaan negeri?" Tanya Hussein lagi.

"Nampaknya kami yang bawah kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.. tak ada harapan nak dapat le!" Kata Hussein lagi yang juga adalah Ketua UMNO cawangan Bukit Kala Batu 12, Gombak.

"Jadi, kami menyeru kepada pihak yang bertanggung-jawab samada pihak negeri ataupun Kerajaan Pusat mempercepatkan proses pemberian tersebut." Jelas Hussein.(2MA)

Tambahan..

1.. Strategi Kristian Menawan Orang Asli?
2.. Orang Asli: Pengkhianat & Serang balas Kristian?
3.. Lelaki Asli. Tiup Seruling Dengan Hidung
4.. Selamatkan Aqidah Masyarakat Kami..
5..Jangan Me'Melayu'kan Orang Asli..

Terjemahan Al-Quran Pertama Dalam Bahasa Iban

Budaya hidup kaum Iban memang sesuai dengan Al-Quran

TERJEMAHAN pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu. Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.

Ainon Mohd juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap pertama terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.

"Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.

"Bukan semua orang Iban mampu membaca dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Lagipun membaca dalam bahasa ibunda lebih mudah difahami," kata bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi.

Tambahnya, sasaran utama penerbitan terjemahan itu antaranya golongan muallaf yang bertutur dalam bahasa tersebut.

"Bahasa Iban adalah bahasa kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak, oleh itu kami dapati ada pasaran niche bagi buku-buku dalam bahasa Iban," katanya dalam wawancara melalui emel.

"Golongan yang akan mendapat manfaat paling baik daripada penerbitan buku ini nanti adalah individu keturunan Iban yang sudah memeluk Islam, atau mereka yang mungkin akan memeluk Islam kerana mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam.

"Namun kita yakin, masyarakat Iban yang tidak berminat dengan Islam pun tetap akan mendapat manfaat apabila membacanya kerana mereka akan dapat memahami dengan betul perbezaan-perbezaan pelbagai aliran agama di Malaysia ini. (Malaysiakini/AK)

Miskin Tegar Kaya Tegar, Mengapa Jadi Begini?


Inilah kediaman rumah YB ADUN Chenor (BN) itu yang sedang dibangunkan.

Ini pula rumah rakyat yang terletak tidak jauh dari kediamannya itu.

(Gambar ini diambil dari http://pahangdaily.blogspot.com/)

Sila lihat lanjut...

Lagi, Kegagalan Sistem Perundangan Ciptaan Manusia.

GAMBAR di atas, polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa yang berselindung di sebuah hotel yang disyaki menawarkan khidmat seks di Petaling Jaya, petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua lelaki, termasuk seorang pelanggan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan mengejut itu dan mereka disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana khalwat.

Hanya ditahan kerana khalwat? Di situlah kegagalan sistem perundangan di Malaysia, tidak dapat mnyelesaikan masaalah sosial negara.. Hukuman dinilai dari segi benda sahaja.

Beritanya...

Rabu Disember 30, 2009 :Polis Serbu Spa Disyaki Tawar Khidmat Seks

PETALING JAYA: Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa yang berselindung di sebuah hotel yang disyaki menawarkan khidmat seks di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua lelaki, termasuk seorang pelanggan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan mengejut itu dan mereka disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana khalwat.

Arjunaidi berkata hasil maklumat daripada orang awam dan risikan, serbuan dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang oleh polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan JAIS.

"Ketika serbuan lelaki tempatan itu sedang diurut oleh pekerja (wanita) dalam sebuah bilik manakala seorang lagi adalah pekerja spa itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Arjunaidi berkata, seramai 17 pekerja wanita tempatan yang berusia lingkungan 20-an turut diambil keterangan.

"Kita telah beberapa kali menyerbu spa yang menyediakan 54 bilik ini, namun tiada bukti mengatakan mereka menjalankan kegiatan haram berkenaan malah tiada bahan bukti yang digunakan bagi perkhidmatan seks," katanya.

Katanya, polis bagaimanapun akan terus membuat pemantauan bagi memastikan tiada aktiviti atau perkhidmatan tidak bermoral dijalankan di sebalik perniagaan yang dijalankan.

Spa yang baru beroperasi lebih tiga bulan itu menjalankan perniagaan pada setiap hari dari pukul 4 petang hingga lewat pagi yang turut menyediakan sauna dan mandi wap dipercayai dijadikan modal untuk mengaburi pihak berkuasa. -BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails