Wednesday, January 27, 2010

Buku SIS: JAKIM Tiada Kuasa & Hilang Maruah?

Datuk Wan Mohamad

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku "Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau" tetapi menegaskan ia juga bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kesalahan dalam mana-mana buku yang diedarkan di pasaran.

Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.

Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.

"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.

Buku itu turut mempertikaikan Institusi Fatwa dan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama, serta mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias", katanya.

Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Sehubungan itu, saya menasihati semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap sebarang bacaan yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam," tegasnya.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan dalam bahan-bahan penerbitan berunsur Islam, penulis, penerbit dan umat Islam serta masyarakat awam juga perlu merujuk buku-buku garis panduan yang diterbitkan oleh Jakim.

Ia termasuk merujuk kepada Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah Dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Menurut berita ini, kesalahan buku tersebut, antara lain ialah..

1. Mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita.

2. Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.

3. Turut mempertikaikan Institusi Fatwa.

4. Mempertikaikan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama.

5. Mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias".

Kalaulah benar seperti yang disebutkan, maka ini adalah suatu kesalahan berat dari sudut agama Islam. Seolah-olah menolak dan mengkritik agama Islam itu sendiri, yang biasanya dilakukan oleh golongan anti Islam atau bukan Islam. Mencabar kewibawaan Intitusi Fatwa melalui keputusan Mahkamah Tinggi?

Di mana maruah Jakim sekarang? Mana lebih berkuasa antara Keputusan Mahkamah Tinggi dengan agama dan hukum Islam? Beginikah nasib Islam dalam negara yang memartabatkan agama (yang kononnya rasmi) bagi Persekutuan? Jakim hanya mampu menyuruh orang Islam waspada terhadap bacaan yang bercanggah dengan syariat Islam? Malu kita, negara Islam apa macam ni! (IH)


Sila lihat juga...

1. SIS Menang, KDN Tarik Balik Pengharaman Buku SIS.....
2. http://www.drkhir.com/2009/06/sis-tukar-nama-lebih-baik-dari-haramkan.html

3 comments:

Anonymous said...

JAKIM boleh buat rayuan ke mahkamah rayuan....kalau JAKIM masih ada maruah. KDN mcmna?

Kalo tidak, akan muncul ramai lagi penulis yg akan menulis menghina Islam...lagi dan lagi.

Tutup segera lubang itu...

Lwn tetap lawan.

Pacifist said...

kenapa pengaruh islam liberal tidak disekat semasa kemunculannya?mana kesungguhan golongan yg mendaulatkan kesucian Islam dan mendabik dada yg negara ini sekarang adalah negara islam.kenapa perlu ianya dibiarkan membarah lalu mengancam pemikiran umat islam.fikir-fikirkan.oh..ini dinamakan kebebasan.

Anonymous said...

sis memang melampau.isu ini harus segera dibendung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails