Thursday, January 28, 2010

Catat Sejarah, 200 Pemimpin 5 Agama Bertemu Nik Aziz

Gambar di majlis pertemuan tersebut.

KOTA BHARU, 28 Jan 2010: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama. Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu. Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor. PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu. Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno. Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik. Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sementarta itu, Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam. Kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis tersebut. Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang Muslim beribadat. Sambungnya lagi.

Di Dewan Meru Selangor semalam, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman. (AK)

No comments:

Post a Comment