Tuesday, January 12, 2010

Esok Semua Perlu Sokong Bantah Gula Naik - Wan Hasrina

PENGGUNA

KUALA LUMPUR, 12 Jan 10:
Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu, Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok. Mewakili suara wanita Selangor beliau menyeru penglibatan semua wanita khususnya suri rumah supaya turun bersama-sama ke Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga gula tersebut.

Berhubung kenyataan Sabri yang tidak memberi jaminan tentang harga gula akan kekal pada RM1.65, beliau menegaskan Muslimat Selangor akan mengadakan himpunan membantah kenaikan tersebut. Beliau menyelar sikap pimpinan Umno BN yang ingin menjuarai suara rakyat tetapi dalam masa yang sama kehidupan rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga barang-barang asas.

"Saya berharap semua wanita Selangor dan seluruh negara akan turun membantah kenaikan harga gula esok petang di Putrajaya," tegasnya.

Bermula 1 Januari lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak. Antara yang akan teruk terjejas akibat kenaikan tersebut adalah golongan berpendapatan rendah, peniaga barang makanan kecil-kecilan dan golongan suri rumah.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Demi pembelaan kepada rakyat berpendapatan rendah, peniaga barang makanan kecil-kecilan dan golongan suri rumah atau mustad'afin, kita wajib menyokong usaha Muslimat PAS itu dengan apa cara, dan di mana sekalipun! Besok turunlah beramai-ramai hantar memo bantahan di Putrajaya..

3 comments:

Hang horatio said...

SALAM..UDAH2 LE 2 YONG OIIIIII....ANDA JGN TAHU DAN PANDAI MAIN POLITIK SAHAJA.ISU GULA INI PERLU ANDA FAHAMI BETUL2 SEBELUM MENGAMBIL TINDAKAN YG KONONYA DEMI RAKYAT.INI IDAK ADIL.SEBAGAI PEMIMPIN ANDA PERLU MEMBANTU MEMUPUK KESEDARAN KEPADA RAKYAT TNTG KENAIKAN INI!ATAS TUJUAN APA KERAJAAN SEDIA ADA BUAT BEGINI.BUKAN BERMAKSUD MENINDAS RAKYAT.TP CUBA FAHAMI BETUL2 AKAN SITUASI,EKONOMI,SOSIO,DAN SEBGAINYA.HIGHLIGHT KAN KPD RAKYAT HARGA GULA DI PASARAN NEGARA PALING MURAH DI ASIA TENGGARA!YA HARGA MENJADI ISU OLEH DEMIKIAN ANDA SAMPAIKAN MESEJ KPD RAKYAT ATAS TGGJWB ANDA SBGAI PEMIMPIN BHWASANYA ADAKAH KERAJAAN SEDIA ADA BEGITU KEJAM UNTUK MENAIKKAN HARGA SEWENANG2NYA!!APA KEBAIKAN YG RKYAT TERIMA SELAMA INI TIDAKKAH DI HARGAI SEMATA2 MEPERJUANGKAN ISU HARGA GULA!ISU KEPIMPINAN PERLU DI BERI PERHATIAN SERIUS OLEH ANDA.

yes said...

Kalau Pas memerentah, harga barang jamin tak naik kah?

Isu gula naik 20 sen isu besar, isu penggunaan kalimah Allah isu kecil.

Inilah tahap pemikiran muslimat Pas. Kenapa tak berdakwah dan beri penjelasan pada rakyat tentang hal ini ?

diod said...

gula tebu bertapis naik cuma 20sen kecoh satu dunia !

tahukah pembaca semua, gula merah (gula merah hancur bukan gula melaka) naik rm1.00 tak ada siapa peduli ?

gula melaka pun naik harga tiada siapa peduli.

gula merah dan gula melaka naik harga pertengahan tahun 2009. tepung gandum asli naik harga pun tak ada siapa peduli.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails