KL Jan 19 2010. PAS perlu isytiharkan gerak gempur jihad perang melalui peti undi. Demikian cadangan dari Blog Ibnu Hasyim, melalui editonya Dr Hj Mohd Hasyim, berikutan arahan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada Jentera Pilihanraya PAS di semua peringkat Parlimen dan DUN kepada media hari ini.
Ustaz Idris mengarahkan supaya PAS membantu Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih, semasa merujuk jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam mengenai baki 28 peratus dari jumlah pemilih layak tetapi masih belum mendaftar lagi. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi di negara ini belum mendaftar sebagai pemilih yang layak menyertai pilihan raya.
Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
Menurut Hj Mohd..
"Inilah peluang bagi PAS untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Inilah peluang menyampaikan risalah PAS dan PR ke haribaan masyarakat.. Supaya pengundi dapat membuat penilaian dan keputusan berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh sebuah kerajaan korup dan zalim.
"Juga dalam semboyan gerak gempur jihad perang melalui peti undi ini, PAS diseru supaya mengesan apa yang dikatakan 'satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan UMNO/BN menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda'.
"Contohnya, dilaporkan.. Semua anggota polis diarahkan membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa. Dengan kad pengenalan polis itu, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa. Dua kali undi merupakan suatu penyelewengan.
"Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak. Jadi, gempur jihad perang melalui peti undi perlu disegerakan." Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.
Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diberitakan memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli PAS dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka.
Menurut beliau, PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing. Pejabat Agung PAS juga mengambil inisiatif menggerakkan kempen keahlianan daftar pemilih ini. (AK)
No comments:
Post a Comment