Wednesday, January 20, 2010

Hambali: AS Enggan Serah, Walaupun Rakyat Indonesia.

Bukan Arab tapi duduk dalam Majlis Penasihat Al-Qaeda. Riduan Isamudin @ Hambali juga adalah bekas Ketua Wakalah Jamaah Islamiah yang pernah beroperasi di Sungai Manggis, Banting, Selangor. Kini beliau ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) enggan menyerahkan suspek pengganas, Riduan Isamuddin atau Hambali kepada polis Indonesia untuk perbicaraan di negara asalnya. Ketua Detektif Polis, Ito Sumardi berkata, Indonesia akan menunggu sehingga perbicaraan Hambali di AS selesai sebelum mengemukakan permintaan baru untuk menemui suspek berkenaan.

"Kami perlu menerima hakikat tidak dapat membawa balik Hambali untuk dibicarakan di sini," katanya.

Hambali atau nama sebenarnya, Encep Nurjaman, didakwa menjadi pemimpin Jemaah Islamiah (JI) serta dianggap sebagai orang kanan Osama bin Laden di Asia Tenggara. Dia ditangkap di Thailand pada 2003 dan kemudian ditahan di penjara rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke penjara Teluk Guantanamo di Cuba, pada 2006.

Hambali yang dilahirkan di Cianjur, Jawa Barat, dilaporkan menjadi satu-satunya orang bukan Arab yang menduduki majlis penasihat al-Qaeda. Dia dikaitkan dengan pengeboman di Bali pada 2002 yang menyebabkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya warga asing.

Kerajaan AS dilaporkan mahu membicarakan Hambali di Washington dan Jabatan Kehakiman dijanga membuat keputusan akhir mengenai perkara itu dalam masa beberapa minggu berikut. (AK)

2 comments:

  1. Dulu Barack Obama nak tunjuk kuasanya dengan sebut nak tutup penjara haram Guantanamo...

    Tapi betul ke Obama betul2 ada kuasa sebab Guantanamo masih beroperasi?

    Mana ada Presiden AS yg betul2 mereka, yg tak perlu sujud kpd kumpulan Yahudi?

    Kita penonton lawak antarabangsa...

    ReplyDelete
  2. Pembetulan

    Dulu Barack Obama nak tunjuk kuasanya dengan sebut nak tutup penjara haram Guantanamo...

    Tapi betul ke Obama betul2 ada kuasa sebab Guantanamo masih beroperasi?

    Mana ada Presiden AS yg betul2 MERDEKA, yg tak perlu sujud kpd kumpulan Yahudi?

    Kita sedang menonton lawak antarabangsa...

    ReplyDelete