Thursday, January 28, 2010

ISA: Pengebom 'Seluar Dalam,'4 S'ria, 2 N'ria , 1 Yemen & Jordan


SEBUAH pertubuhan hak asasi manusia mendakwa 50 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Khamis lalu di Kuala Lumpur tetapi sebahagian besar mereka telah dibebaskan.

Menurut presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim hanya 12 masih ditahan manakala yang lain dibebaskan pada jam 3 pagi, sehari selepas ditahan.

Katanya, kumpulan berkenaan yang kebanyakan mereka pelajar asing dicekup sepasukan polis ketika menghadiri kelas agama di Sungai Cincin, Gombak.

Syed Ibrahim berkata daripada sembilan nama mereka yang ditahan itu yang diperolehi oleh GMI menunjukkan seorang adalah rakyat Syria, dua rakyat Nigeria, seorang Yemen, seorang Jordan manakala seorang lagi adalah rakyat Malaysia.

"GMI percaya penahanan terbaru ISA mungkin sebagai tindak balas tekanan antarabangsa berhubung ancaman pengganas di Malaysia," katanya.

Pada sidang media hari ini, dia ditemani oleh seorang daripada tahanan ISA yang dibebaskan oleh polis minggu lalu.

Kemungkinan berkaitan dengan pengebom 'seluar dalam'

Semua tahanan didakwa sebagai kumpulan yang dikaitkan dengan Umar Farouk Abdulmutallab, 23, rakyat Nigeria yang ditahan di Amerika Syarikat.

Dia didakwa cuba meletupkan bahan ledakan yang disembunyikan di seluar dalamnya ketika cuba menaiki pesawat 253 Penerbangan Northwest yang dijadualkan dalam perjalanan dari Detroit ke Amsterdam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan sepuluh orang ditahan mengikut ISA kerana terbabit dengan kegiatan keganasan.

Dia bagaimanapun tidak memberikan butiran penahanan berkenaan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu di bawa ke mahkamah terbuka, bukan ISA. Rakyat ingin tahu dan patut diberitahu ketelusan sebenarnya, siapa dalang siapa?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails