Tuesday, January 26, 2010

Isu Kalimah Allah: Qardhawi Sokong Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.

http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7483&version=1&template_id=104&parent_id=15

Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.

"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini.

"Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan.

Manakala, kerajaan serta lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pula sebelum ini dilaporkan membantah masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah.

Menurut mereka yang terbabit, walaupun penganut agama Islam dan Kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah Allah, namun alasan tersebut tidak sesuai dalam konteks Malaysia. (AK)

5 comments:

Anonymous said...

Baca sekali lagi:
'PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan.'

Lantaran itu, ramai ulama usul fiqh meletakkan syarat memberi fatwa, bukan sekadar kebolehan memahami nas dalil (al-Quran & Sunnah) bahkan kebolehan memahami realiti masyarakat seblm memberi fatwa.

Tidak pelik jika kita temui kata-kata Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqi’in (lbh krg maksudnya): Ulama yg tinggal di puncak gunung tidak boleh memberi fatwa kpd masyarakat di kaki gunung. Sebaliknya ulama yg tinggal di kaki gunung tidak boleh memberi fatwa kpd masyarakat di puncak gunung.

Ulama bukan sekadar pandai memberi fatwa, tetapi perlu pandai melihat ke depan, kesan drp fatwanya (nazhoriah al-ma-al, – hukum juga mendapat hukumnya berdasarkan penelitian masadepan).

Sila ulama yg solih dan tahu realiti dakwah di negara ini membuat hukum menggunakan pelbagai pertimbangan fiqh (fiqh nusus, fiqh muwazanah, fiqh al-waqie dll), jangan terhad kpd fiqh nusus shj.

Biar ulama tempatan memutuska hukum. Selamat memutuskan hukum.

Anonymous said...

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal
> dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan
> Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2
> Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini..
>
> Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu
> dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah
> oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu,
> tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya
>
> Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok
> satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya
> penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah
> berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah
> kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah..
> bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke
> Yesus Kristus dan Bunda Maryam!"
> aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian
> rupanya..
>
> Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat
> khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali
> ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau
> dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati
> Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu
> ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to
> dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..
>
> Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku
> 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor,
> pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan
> cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah
> (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan
> kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah
> dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung
> jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja
> Kristian rupenye..
>
> Satu lagi kat sana nak beli buku-buku
> agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku
> kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi
> tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman
> Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku
> start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia..
> Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek
> aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..
>
> Risau gak klu jadi camni kat M'sia.
>
> Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja
> yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan
> timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan
> demokrasi-sekular..
> Lu Fikir lah Sendiri....

Anonymous said...

hahaha... bagus2. Teruskan Tuan Haji, banyakkan lagi artikel yang menyokong supaya kristian dibenarkan menggunakan nama Allah.

untung betul, tak payah susah payah kitorg.. =)

Anonymous said...

buang aja zulkifli nordin yang tak kenang budi tu!!! letak jadik calon, hentam kita balik. perjuangan parti yang utama, agama no.2!!!

Anonymous said...

hahaha... sekarang ni kitorg dah tak payah susah2.. orang islam sendiri sokong tindakan kami. so what??? just shut up!!! ni negara democracy OK!!!

teruskan tuan haji, banyakkan lagi artikel sokong kristian guna kalimah allah. banyakkan lagi artikel2 islam liberal di blog ni...

saya akan promote blog ni bsama2 blog khalid samad & lain2 rakyat islam yg lebih liberal, moden & terbuka. sangat happy jumpa blog ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails