Friday, January 15, 2010

Khutbah Jumaat S'ngor Mengampu Sultan & Mengapikan Perkauman?


by ASYOK KUMAR

AMPANG, Jan 15 10 — Bolehkah dikatakan Khutbah Jumaat hari ini mengampu Sultan dan tambah mengapikan perkauman agama? Demikian pertanyaan dari editor Blog Ibnu Hasyim Dr Hj Mohd Hasyim, sewaktu ditemui di sini lepas solat Jumaat tadi, setelah diminta mengulas mengenai kenyataan The Malaysian Insider.com mengenai khutbah Jumaat hari ini.

Menurut The Malaysia Insider, khutbah solat Jumaat hari ini disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk negeri Selangor, menekankan penggunaan kalimah Allah dengan meminta umat Islamnya agar mengetepikan permusuhan sesama sendiri untuk menghadapi isu semasa ini. Bagaimanapun khutbah kali ini juga menekankan harapan agar umat Islam di Selangor bertindak penuh hikmah dan tidak mengambil tindakan melulu akibat keputusan mahkamah 31 Dis lalu.

Sebagai warganegara yang menghormati kedaulatan undang-undang, hendaklah kita bertindak dengan bijaksana di dalam lunas undang-undang negara.

“Pihak yang berkuasa sedang mengambil tindakan yang perlu mengikut proses undang-undang negara kita. Kita berdoa semoga tindakan yang mereka ambil diperkenankan dan diredhai oleh Allah SWT,” kata khutbah yang bertemakan “Bersatu Mempertahankan Kalimah Allah”.

Tindakan pertama menurut khutbah itu, ialah bersatu perkukuh perpaduan. “Walaupun sebahagian kita berbeza ideologi, namun ianya tidak sampai menggadai maruah agama yang maha suci, semata-mata mempertahankan pangkat dan kuasa,” kata teks khutbah yang diperoleh dari laman web Jais.

Editor blog Ibnu Hasyim memberi komen, " ... 'sebahagian kita berbeza ideologi', seperti yang disebut dalam teks laman web Jais itu.. Pada saya inilah punca perpecahan umat. Mana ada ideologi lain lebih baik dari Islam yang menjadi pegangan hidup umatnya? Hal ini perlu diperbetul dan disatukan sebenarnya, oleh orang Islam sendiri. Bukan dengan mengambil ideologi asobiah, sekularisme atau lain-lain ciptaan manusia yang sesat, seperti sistem perundangan made in England, dan lain-lain."

Bagaimanapun menurut The Malaysian Insider, khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam (Jakim) pula hanya menyentuh soal gerhana matahari satu peringatan dan hidup lebih manis tanpa gula (menyokong kerajaan kerana harga gula naik).

Khutbah Jais juga menegaskan, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah “Allah”, yang disifatkan amat memeranjatkan bagi semua umat Islam di seluruh negara.

Kata teks khutabh Jais itu lagi,

“Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

“Dalam konteks Malaysia, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara agama seterusnya boleh membawa perpecahan yang serius jika gagal dikawal.

“Lebih-lebih lagi, apabila mengenangkan kelalaian umat Islam yang ada pada hari ini, telah memberi ruang kepada missionary bukan Islam mengambil kesempatan untuk tujuan-tujuan tertentu,” katanya.

Ia menambah kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam, yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa, sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.

Komen Dr Hj Mohd lagi mengenai khutbah Jais itu,

"Pertama: Sesiapa saja pun disuruh agama 'menghalang mudarat' . Itu betul.

Kedua: Soalnya apakah 'mudarat yang dijangkakan' itu?. Sila kemukakan alasan-alasan menasabah bahawa 'keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah “Allah”, sebagai mudarat yang dijangkakan.

Begitu juga menuduh penganut Kristian Malaysia guna nama Allah,

(i).. 'amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara agama''.
(ii).. 'missionary bukan Islam mengambil kesempatan untuk tujuan-tujuan tertentu'.
(iii).. '
menambah kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam, yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah'

''Itu adalah suatu tuduhan berat dan perkauman. Sikap 'buruk sangka' yang buruk tanpa alasan pada orang lain, patut dibuang jauh-jauh. Apalagi bila dikemukakan oleh jabatan yang mewakili umat Islam, dalam khutbah Jumaat atau majlis rasmi agama pula.

Ketiga: Sikap menyalahkan orang lain kerana kegagalan diri, contohnya kata-kata teks tersebut, 'boleh membawa perpecahan yang serius jika gagal dikawal' dan 'apabila mengenangkan kelalaian umat Islam..' Nak tutup burukdiri, dengan memburukkan orang lain."

Awal minggu ini Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar kerajaan negeri teguh dengan pendirian menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda turut menitahkan agar Mais membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald. Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam, kata beliau.

"Kita bimbang, sokong membawa rebah dan pagar sudah makan padi!" Kata Dr Hj Mohd lagi. (AK)

1 comment:

verstylista said...

slm dr..are u still attached to any universities?i am interested in doing a research on khutbah jumaat..please reply!tq!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails